You are on page 1of 62

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 562

AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997


Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... 18 Jun 1997 30 Jun 1997

Tarikh penyiaran dalam Warta

Tandatangan Digital UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 562 AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I PERMULAAN
Seksyen

1. 2.

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Tafsiran BAHAGIAN II SURUHANJAYA DAN PELESENAN PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Pelantikan Suruhanjaya Pihak berkuasa pemerakuan hendaklah dilesenkan Kelayakan pihak berkuasa pemerakuan Fungsi pihak berkuasa pemerakuan berlesen Permohonan bagi mendapatkan lesen Pemberian atau keengganan memberi lesen Pembatalan lesen Rayuan Penyerahan balik lesen Kesan pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh lesen Kesan ketiadaan lesen Pengembalian lesen Lesen terhad

4
Seksyen

Undang-Undang Malaysia
16. 17. 18. 19. 20. 21.

AKTA 562

Sekatan ke atas penggunaan ungkapan pihak berkuasa pemerakuan Pembaharuan lesen Lesen hilang Pengiktirafan lesen lain Audit prestasi Pengecualian daripada audit prestasi BAHAGIAN III KEHENDAK KE ATAS PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN BERLESEN

22. 23. 24. 25. 26.

Aktiviti pihak berkuasa pemerakuan berlesen Kehendak untuk mempamerkan lesen Kehendak untuk mengemukakan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan kendalian perniagaan Pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat Kehendak tentang pengiklanan BAHAGIAN IV KEWAJIPAN PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN BERLESEN DAN PELANGGAN BAB 1 Kehendak am bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen

27. 28. 29. 30. 31. 32. 33.

Penggunaan sistem boleh dipercayai Penzahiran atas pertanyaan Prasyarat kepada pengeluaran perakuan kepada pelanggan Penyiaran perakuan yang dikeluarkan dan diterima Penerimapakaian kehendak yang lebih ketat dibenarkan Penggantungan atau pembatalan perakuan kerana pengeluaran tidak betul Penggantungan atau pembatalan perakuan oleh perintah

Tandatangan Digital
BAB 2 Waranti dan obligasi pihak berkuasa pemerakuan berlesen
Seksyen

34. 35. 36. 37.

Waranti kepada pelanggan Obligasi berterusan kepada pelanggan Representasi atas pengeluaran Representasi atas penyiaran

BAB 3 Representasi dan kewajipan atas penerimaan perakuan 38. 39. 40. 41. 42. Representasi tersirat oleh pelanggan Representasi oleh ejen pelanggan Penolakan atau tanggung rugi terhad Penanggungan kerugian pihak berkuasa pemerakuan berlesen oleh pelanggan Pemerakuan ketepatan maklumat yang diberikan

BAB 4 Kawalan ke atas kunci persendirian 43. 44. 45. Kewajipan pelanggan untuk menyimpan kunci persendirian dengan selamat Harta dalam kunci persendirian Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menjadi fidusiari jika memegang kunci persendirian pelanggan

BAB 5 Penggantungan perakuan 46. 47. 48. Penggantungan perakuan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan Penggantungan perakuan oleh Suruhanjaya atau mahkamah Notis penggantungan

6
Seksyen

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

49. 50. 51. 52.

Penamatan penggantungan yang dimulakan dengan permintaan Tatacara kontraktual silih ganti Larangan terhadap permintaan palsu atau tanpa kuasa bagi penggantungan perakuan Kesan penggantungan perakuan BAB 6 Pembatalan perakuan

53. 54. 55. 56. 57. 58.

Pembatalan atas permintaan Pembatalan atas kematian atau pembubaran pelanggan Pembatalan perakuan yang tidak boleh dipercayai Notis pembatalan Kesan permintaan pembatalan atas pelanggan Kesan pemberitahuan atas pihak berkuasa pemerakuan berlesen BAB 7 Habisnya tempoh perakuan

59.

Habisnya tempoh perakuan BAB 8 Had pergantungan yang disyorkan dan liabiliti

60. 61.

Had pergantungan yang disyorkan Had liabiliti bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen BAHAGIAN V KESAN TANDATANGAN DIGITAL

62. 63. 64.

Kepuasan kehendak tandatangan Tandatangan digital yang tidak boleh dipercayai Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumen bertulis

Tandatangan Digital
Seksyen

65. 66. 67.

Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumen asal Pengesahan tandatangan digital Anggapan dalam menghakimi pertikaian BAHAGIAN VI REPOSITORI DAN PERKHIDMATAN PENANDA TARIKH/MASA

68. 69. 70.

Pengiktirafan repositori Liabiliti repositori Pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/masa BAHAGIAN VII AM

71. 72. 73. 74. 75.

Larangan terhadap aktiviti merbahaya Kewajipan kerahsiaan Maklumat palsu Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan Pegawai diberi kuasa

75A. Penguatkuasaan oleh pegawai polis 76. 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83. 84. 85. Kuasa untuk menyiasat Penggeledahan dengan waran Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran Akses kepada data berkomputer Senarai benda disita Halangan pegawai diberi kuasa Kuasa tambahan Penalti am Mendapatkan kos prosedural Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh diperdapatkan

8
Seksyen

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

86. 87. 88. 89. 90. 91. 92.

Permulaan dan penjalanan pendakwaan Bidang kuasa membicarakan kesalahan Perlindungan Suruhanjaya dan pegawai Kuasa untuk mengecualikan Batasan atas penolakan atau pengehadan pemakaian Akta Peraturan-peraturan Kecualian dan peralihan

Tandatangan Digital UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 562 AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai, dan untuk mengawal selia penggunaan, tandatangan digital dan untuk mengadakan peruntukan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [1 Oktober 1998, P.U. (B) 397/1998] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I
PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tandatangan Digital 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan Akta ini. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain Akta ini termasuklah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; berpadanan, berkenaan dengan kunci, ertinya daripada pasangan kunci yang sama; ditetapkan ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

10

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

had pergantungan yang disyorkan ertinya jumlah wang yang disyorkan bagi pergantungan pada sesuatu perakuan di bawah seksyen 60; kunci awam ertinya kunci sesuatu pasangan kunci yang digunakan untuk mengesahbetulkan sesuatu tandatangan digital; kunci persendirian ertinya kunci sesuatu pasangan kunci yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu tandatangan digital; memalsukan tandatangan digital ertinya (a) untuk menghasilkan suatu tandatangan digital tanpa kebenaran pemegang sah kunci persendirian itu; atau (b) untuk menghasilkan suatu tandatangan digital yang boleh disahbetulkan oleh suatu perakuan yang menyenaraikan sebagai pelanggan seseorang yang sama ada tidak wujud atau tidak memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan itu; membatalkan perakuan ertinya untuk menjadikan sesuatu perakuan tidak berkesan selama-lamanya dari suatu masa yang dinyatakan ke hadapan; memberitahu ertinya untuk memaklumkan sesuatu fakta kepada seorang yang lain mengikut cara yang di bawah hal keadaan itu adalah berkemungkinan secara munasabah untuk menyampaikan pengetahuan mengenai maklumat itu kepada orang lain itu; memegang kunci persendirian ertinya supaya boleh menggunakan suatu kunci persendirian; memegang kunci persendirian secara sah ertinya supaya boleh menggunakan suatu kunci persendirian (a) yang pemegang itu atau ejen pemegang itu tidak mendedahkan kepada mana-mana orang dengan melanggar Akta ini; dan (b) yang pemegang itu tidak memperoleh melalui pencurian, perdayaan, pemasangan telinga atau cara lain yang menyalahi undang-undang;

Tandatangan Digital

11

memperakui ertinya untuk mengisytiharkan berkenaan dengan sesuatu perakuan, dengan peluang yang lebih daripada cukup untuk menimbangkan, dan dengan kewajipan untuk memaklumkan diri mengenai segala fakta material; menerima perakuan ertinya (a) untuk menunjukkan persetujuan kepada sesuatu perakuan, apabila mengetahui atau mempunyai notis mengenai kandungannya; atau (b) untuk memohon kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen bagi suatu perakuan, tanpa membatalkan permohonan itu dengan menghantarserahkan notis pembatalan kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu, dan memperoleh resit bertulis yang ditandatangani daripada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu, jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu kemudiannya mengeluarkan suatu perakuan berdasarkan permohonan itu; mengeluarkan perakuan ertinya tindakan pihak berkuasa pemerakuan dalam menghasilkan suatu perakuan dan memberitahu pelanggan yang disenaraikan dalam perakuan itu mengenai kandungan perakuan itu; mengesahbetulkan tandatangan digital ertinya, berhubung dengan sesuatu tandatangan digital, mesej dan kunci awam tertentu, untuk menentukan dengan tepat bahawa (a) tandatangan digital itu dihasilkan oleh kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam itu; dan (b) mesej itu tidak diubah sejak tandatangan digitalnya dihasilkan; mengesahkan ertinya untuk menentukan melalui pertanyaan dan penyiasatan yang tekun; menggabungkan secara rujukan ertinya untuk menjadikan satu mesej sebahagian daripada suatu mesej yang lain dengan mengenal pasti mesej yang hendak digabungkan dan menyatakan niat bahawa ia digabungkan; menggantung perakuan ertinya untuk menjadikan sesuatu perakuan tidak berkesan untuk sementara bagi suatu masa yang dinyatakan ke hadapan;

12

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

menyiarkan ertinya untuk merekodkan atau memfailkan dalam suatu repositori; mesej ertinya suatu pernyataan digital maklumat; orang ertinya orang sebenar atau kumpulan orang, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang berkebolehan menandatangani suatu dokumen, sama ada di sisi undang-undang atau sebagai perkara fakta; pasangan kunci ertinya kunci persendirian dan kunci awam yang berpadanan dengannya dalam suatu sistem kripto tidak simetri, yang kunci awam itu boleh mengesahbetulkan suatu tandatangan digital yang dihasilkan oleh kunci persendirian itu; pegawai diberi kuasa ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 75; pelanggan ertinya seseorang yang (a) merupakan subjek yang disenaraikan dalam sesuatu perakuan; (b) menerima perakuan itu; dan (c) memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan itu; penanda masa ertinya (a) untuk menambahkan atau menggabungkan kepada sesuatu mesej, tandatangan digital atau perakuan suatu catatan yang ditandatangani secara digital yang menyatakan sekurang-kurangnya tarikh, masa dan identiti orang yang menambahkan atau menggabungkan catatan itu; atau (b) catatan yang ditambahkan atau digabungkan sedemikian; penerima ertinya seseorang yang menerima atau mempunyai suatu tandatangan digital dan berada dalam kedudukan untuk bergantung padanya; perakuan ertinya suatu rekod berasas komputer yang (a) mengenal pasti pihak berkuasa pemerakuan yang mengeluarkannya;

Tandatangan Digital (b) menamakan atau mengenal pasti pelanggannya; (c) mengandungi kunci awam pelanggan itu; dan

13

(d) ditandatangani secara digital oleh pihak berkuasa pemerakuan yang mengeluarkannya; perakuan sah ertinya suatu perakuan yang (a) dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen; (b) diterima oleh pelanggan yang disenaraikan di dalamnya; (c) tidak dibatalkan atau digantung; dan (d) tidak habisnya tempoh: Dengan syarat bahawa suatu perakuan transaksi merupakan suatu perakuan sah hanya berhubungan dengan tandatangan digital yang digabungkan dalamnya secara rujukan; perakuan transaksi ertinya suatu perakuan, yang menggabungkan secara rujukan satu atau lebih tandatangan digital, yang dikeluarkan dan sah untuk suatu transaksi spesifik; perkhidmatan penanda tarikh/masa diiktiraf ertinya sesuatu perkhidmatan penanda tarikh/masa yang diiktiraf oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 70; pernyataan amalan pemerakuan ertinya suatu perisytiharan amalan yang digunakan oleh sesuatu pihak berkuasa pemerakuan dalam mengeluarkan perakuan secara am, atau yang telah digunakan dalam mengeluarkan suatu perakuan tertentu; pihak berkuasa pemerakuan ertinya seseorang yang mengeluarkan perakuan; pihak berkuasa pemerakuan berlesen ertinya sesuatu pihak berkuasa pemerakuan yang kepadanya suatu lesen telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan yang lesennya sedang berkuat kuasa; pihak berkuasa pemerakuan yang layak ertinya sesuatu pihak berkuasa pemerakuan yang memenuhi kehendak di bawah seksyen 5;

14

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan ertinya suatu rekod dalam talian dan yang boleh capai awam yang berkenaan dengan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang disimpan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 3(5); repositori ertinya suatu sistem untuk menstor dan mendapat semula perakuan dan maklumat lain yang relevan kepada tandatangan digital; repositori diiktiraf ertinya sesuatu repositori yang diiktiraf oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 68; sistem boleh dipercayai ertinya perkakasan dan perisian komputer yang (a) dengan munasabahnya selamat daripada penerobosan dan salah guna; (b) memperuntukkan aras kebolehsediaan, kebolehpercayaan dan pengendalian yang betul yang munasabah; dan (c) dengan munasabahnya sesuai bagi melaksanakan fungsinya yang diniatkan; sistem kripto tidak simetri ertinya suatu algoritma atau siri algoritma yang memberikan suatu pasangan kunci yang selamat; *Suruhanjaya ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589]; tandatangan digital ertinya penjelmaan sesuatu mesej dengan menggunakan suatu sistem kripto tidak simetri dengan sedemikian yang seseorang yang mempunyai mesej awal itu dan kunci awam penandatangan boleh menentukan dengan tepat (a) sama ada penjelmaan itu telah dihasilkan dengan menggunakan kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam penandatangan itu; dan (b) sama ada mesej itu telah diubah sejak penjelmaan itu dibuat;
*CATATANApabila Akta A1121 mula berkuat kuasa, sebutan tentang Pengawal Pihak Berkuasa Pemerakuan (Pengawal) atau mana-mana pegawai dan pekhidmat yang dilantik oleh Pengawal, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Suruhanjaya atau pegawainya yang diberi kuasa lihat seksyen 19 Akta A1121.

Tandatangan Digital

15

tulisan atau bertulis termasuklah apa-apa tulisan tangan, tulisan taip, pencetakan, storan atau penghantaran elektronik, atau apa-apa cara merekodkan maklumat atau merakamkan maklumat dalam bentuk yang boleh dikekalkan yang lain. (2) Bagi maksud Akta ini, suatu perakuan hendaklah dibatalkan dengan membuat suatu catatan bahawa ia dibatalkan pada perakuan itu atau dengan memasukkan perakuan itu dalam suatu set perakuan yang dibatalkan. (3) Pembatalan suatu perakuan tidak bermakna bahawa perakuan itu dimusnahkan atau dijadikan tidak dapat dibaca. BAHAGIAN II
SURUHANJAYA DAN PELESENAN PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN

Pelantikan Suruhanjaya 3. (1) Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran, penguatkuasaan, penjalanan dan pelaksanaan peruntukan Akta ini dan hendaklah menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah Akta ini bagi maksud mengawasi dan menyelia aktiviti pihak berkuasa pemerakuan. (2) (Dipotong oleh Akta A1121). (3) (Dipotong oleh Akta A1121). (4) Suruhanjaya dan pekerjanya hendaklah menjalankan kuasanya di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa arahan tentang dasar am dan perintah yang diberikan atau dibuat oleh Menteri. (5) Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu pangkalan data boleh capai awam yang mengandungi rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan bagi setiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang hendaklah mengandungi segala butir-butir yang dikehendaki di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (6) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan kandungan pangkalan data itu dalam sekurang-kurangnya satu repositori diiktiraf.

16

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

Pihak berkuasa pemerakuan hendaklah dilesenkan 4. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan, sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuan melainkan jika orang itu memegang suatu lesen sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini. (2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. (3) Menteri boleh, apabila dibuat suatu permohonan secara bertulis mengikut Akta ini, mengecualikan (a) seseorang yang beroperasi sebagai pihak berkuasa pemerakuan dalam sesuatu organisasi jika perakuan dan pasangan kunci dikeluarkan kepada anggota organisasi itu untuk kegunaan dalaman sahaja; dan (b) mana-mana orang atau golongan orang lain yang difikirkan patut oleh Menteri, daripada kehendak seksyen ini. (4) Menteri boleh mewakilkan kuasanya di bawah subseksyen (3) kepada Suruhanjaya dan kuasa itu bolehlah dijalankan oleh Suruhanjaya atas nama dan bagi pihak Menteri. (5) Pewakilan di bawah subseksyen (4) tidaklah menghalang Menteri sendiri daripada menjalankan kuasa yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa. (6) Had liabiliti yang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IV tidak terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan yang dikecualikan dan Bahagian V tidak terpakai berhubung dengan tandatangan digital yang disahbetulkan oleh perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang dikecualikan.

Tandatangan Digital Kelayakan pihak berkuasa pemerakuan

17

5. (1) Menteri hendaklah, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan kehendak kelayakan bagi pihak berkuasa pemerakuan. (2) Menteri boleh pada bila-bila masa mengubah atau meminda kehendak kelayakan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dengan syarat bahawa apa-apa perubahan atau pindaan sedemikian tidak boleh terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan yang memegang lesen sah di bawah Akta ini sehingga lesen itu habisnya tempoh. Fungsi pihak berkuasa pemerakuan berlesen 6. (1) Fungsi pihak berkuasa pemerakuan berlesen adalah untuk mengeluarkan perakuan kepada pelanggan apabila dipohon dan apabila kehendak pihak berkuasa pemerakuan berlesen tentang identiti pelanggan yang hendak disenaraikan dalam perakuan dipuaskan dan apabila dibayar fi dan caj yang ditetapkan. (2) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, sebelum mengeluarkan mana-mana perakuan di bawah Akta ini, mengambil segala langkah munasabah untuk memeriksa bagi pengenalpastian sewajarnya pelanggan yang hendak disenaraikan dalam perakuan. (3) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, apabila manamana perakuan dikeluarkan di bawah Akta ini, menyebabkan supaya permohonan bagi perakuan itu diperakui oleh notari awam yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta Notari Awam 1959 [Akta 115]. Permohonan bagi mendapatkan lesen 7. (1) Suatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah Akta ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Suruhanjaya dalam borang yang ditetapkan. (2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan dan Suruhanjaya boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, menghendaki pemohon memberi

18

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon untuk lesen itu. (3) Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutannya yang diberikan oleh Suruhanjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan permohonan baru dibuat oleh pemohon. Pemberian atau keengganan memberi lesen 8. (1) Suruhanjaya hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya mengikut seksyen 7 dan selepas diberi segala dokumen dan maklumat yang dikehendakinya, menimbangkan permohonan itu, dan jika ia berpuas hati bahawa pemohon ialah suatu pihak berkuasa pemerakuan yang layak dan pemegang lessen yang sesuai, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberikan lesen dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberikan lesen. (2) Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan jangka masa lesen dan nombor lesen. (3) Terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah lesen boleh diubah atau dipinda oleh Suruhanjaya pada bila-bila masa dengan syarat bahawa pemegang lesen diberi peluang yang munasabah untuk didengar. (4) Jika Suruhanjaya enggan memberikan lesen, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu. Pembatalan lesen 9. (1) Suruhanjaya boleh membatalkan sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 8 jika ia berpuas hati bahawa (a) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak mematuhi mana-mana obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini; (b) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, manamana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang

Tandatangan Digital

19

bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian; (c) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi mendapatkan lesen itu atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen itu, memberi Suruhanjaya maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat atau dokumen atau perisytiharan yang dibuat oleh atau bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang adalah atau yang akan menjadi pengarah, suruhanjaya atau pengurus pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat; (d) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan awam atau ekonomi negara; (e) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya; (f) suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau suatu ketetapan bagi penggulungan sukarelanya telah diluluskan; (g) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau mana-mana pegawainya yang memegang jawatan pengurusan atau eksekutif telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak; (h) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau pengarah, suruhanjaya atau pengurusnya telah disabitkan atas manamana kesalahan di bawah Akta ini; atau (i) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu terhenti menjadi pihak berkuasa pemerakuan yang layak. (2) Sebelum membatalkan sesuatu lesen, Suruhanjaya hendaklah memberi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan menghendaki pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menunjukkan sebab dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan. (3) Jika Suruhanjaya memutuskan untuk membatalkan lesen itu, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pihak berkuasa pemerakuan berkenaan secara bertulis mengenai keputusannya itu.

20

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(4) Pembatalan sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa (a) jika tiada rayuan dibuat terhadap pembatalan itu, apabila habisnya tempoh empat belas hari dari tarikh notis pembatalan itu disampaikan kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu; atau (b) jika terdapat rayuan terhadap pembatalan itu, apabila pembatalan itu disahkan oleh Menteri. (5) Jika suatu rayuan telah dibuat terhadap pembatalan sesuatu lesen, pihak berkuasa pemerakuan yang lesennya telah dibatalkan sedemikian tidak boleh mengeluarkan apa-apa perakuan sehinggalah rayuan itu dibereskan dan pembatalan itu telah diketepikan oleh Menteri tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh mencegah pihak berkuasa pemerakuan itu daripada memenuhi obligasinya yang lain kepada pelanggannya dalam tempoh itu. (6) Seseorang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. (7) Jika pembatalan sesuatu lesen telah mula berkuat kuasa, Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, menyebabkan supaya pembatalan itu disiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnya bagi pihak berkuasa pemerakuan yang berkenaan dan diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. (8) Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menyiarkan atau mengiklankan notis pembatalan itu tidaklah dengan apa-apa jua cara menyentuh kesahan pembatalan itu. Rayuan 10. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan (a) keengganan Suruhanjaya untuk melesenkan mana-mana pihak berkuasa pemerakuan di bawah seksyen 8 atau memperbaharui mana-mana lesen sedemikian di bawah seksyen 17; atau

Tandatangan Digital (b) pembatalan mana-mana lesen di bawah seksyen 9,

21

boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh notis keengganan atau pembatalan itu disampaikan kepada orang itu. (2) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif. Penyerahan balik lesen 11. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menyerahkan balik lesennya dengan mengemukakan lesen itu kepada Suruhanjaya berserta dengan suatu notis bertulis mengenai penyerahan baliknya. (2) Penyerahan balik itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh Suruhanjaya menerima lesen itu dan notis di bawah subseksyen (1), atau jika suatu tarikh yang lebih lewat dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh itu. (3) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah, tidak lewat dari empat belas hari selepas tarikh yang disebut dalam subseksyen (2), menyebabkan supaya penyerahan balik itu disiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan pihak berkuasa pemerakuan yang berkenaan dan diiklankan dalam sekurangkurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggeris selama sekurangkurangnya tiga hari berturut-turut. Kesan pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh lesen 12. (1) Jika pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen 9 atau penyerahan baliknya di bawah seksyen 11 telah mula berkuat kuasa, atau jika lesen itu telah habisnya tempoh, maka pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta berhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membenarkan secara bertulis pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menjalankan perniagaannya selama suatu jangka masa sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud penggulungan hal-ehwalnya.

22

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(3) Walau apa pun subseksyen (1), suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang lesennya telah habisnya tempoh berhak menjalankan perniagaannya seolah-olah lesennya tidak habisnya tempoh apabila bukti dikemukakan kepada Suruhanjaya bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah memohon bagi pembaharuan lesen itu dan bahawa permohonan itu sedang menunggu penentuan. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. (5) Tanpa menjejaskan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 33, pembatalan lesen di bawah seksyen 9 atau penyerahan baliknya di bawah seksyen 11 atau habisnya tempohnya tidak boleh menyentuh kesahan atau kesan mana-mana perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berkenaan sebelum pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh itu. (6) Bagi maksud subseksyen (5), Suruhanjaya hendaklah melantik suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen lain untuk mengambil alih perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang lesennya telah dibatalkan atau diserahkan balik atau telah habisnya tempoh dan perakuan sedemikian hendaklah, setakat yang ia mematuhi kehendak pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang dilantik, disifatkan sebagai dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu. (7) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh menghalang pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang dilantik daripada menghendaki pelanggan itu mematuhi kehendaknya berhubung dengan pengeluaran perakuan atau daripada mengeluarkan suatu perakuan baru kepada pelanggan itu bagi tempoh yang belum habis perakuan asal dengan syarat bahawa apa-apa fi atau caj tambahan yang hendak dikenakan hendaklah hanya dikenakan dengan kebenaran bertulis terdahulu Suruhanjaya. (8) Jika Suruhanjaya telah melantik suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen untuk mengambil alih perakuan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan di bawah subseksyen (6), pihak berkuasa

Tandatangan Digital

23

pemerakuan itu hendaklah membayar kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang dilantik itu apa-apa bahagian fi yang ditetapkan yang dibayar oleh pelanggan kepadanya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Kesan ketiadaan lesen 13. (1) Had liabiliti yang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IV tidak terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan tidak berlesen. (2) Bahagian V tidak terpakai berhubung dengan sesuatu tandatangan digital yang tidak dapat disahbetulkan oleh suatu perakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen. (3) Dalam mana-mana hal lain, melainkan jika pihak-pihak itu memperuntukkan selainnya secara nyata melalui kontrak antara mereka sendiri, kehendak pelesenan di bawah Akta ini tidak menyentuh keberkesanan, kuat kuasa atau kesahan mana-mana tandatangan digital. Pengembalian lesen 14. (1) Jika pembatalan lesen di bawah seksyen 9 telah mula berkuat kuasa, atau jika lesen itu telah habisnya tempoh dan tiada permohonan untuk pembaharuannya dikemukakan dalam tempoh yang dinyatakan atau jika permohonan untuk pembaharuan telah ditolak di bawah seksyen 17, maka pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari mengembalikan lesen itu kepada Suruhanjaya. (2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan, dan mahkamah hendaklah memegang simpan lesen itu dan mengemukakannya kepada Suruhanjaya.

24 Lesen terhad

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

15. (1) Suruhanjaya boleh mengelaskan lesen mengikut batasan yang dinyatakan termasuk (a) bilangan maksimum perakuan belum selesai; (b) maksimum kumulatif had pergantungan yang disyorkan dalam perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen; dan (c) pengeluaran hanya dalam satu firma atau organisasi. (2) Suruhanjaya boleh mengeluarkan lesen yang dihadkan mengikut batasan setiap pengelasan. (3) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan perakuan melebihi sekatan lesennya melakukan suatu kesalahan. (4) Jika sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengeluarkan perakuan melebihi sekatan lesennya, had liabiliti yang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IV tidak terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu berhubung dengan perakuan itu. (5) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) atau (4) boleh menyentuh kesahan atau kesan perakuan yang dikeluarkan itu. Sekatan ke atas penggunaan ungkapan pihak berkuasa pemerakuan 16. Kecuali dengan keizinan bertulis Suruhanjaya, tiada seorang pun, yang bukannya suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen, boleh memakai atau menggunakan ungkapan pihak berkuasa pemerakuan atau pihak berkuasa pemerakuan berlesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa terbitan daripada ungkapan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apaapa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan atau pengendalian perniagaan sedemikian, berhubung dengan perniagaan atau mana-mana bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, surat, kertas, notis, iklan atau dengan apa-apa cara lain.

Tandatangan Digital Pembaharuan lesen

25

17. (1) Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya dalam borang yang ditetapkan untuk pembaharuan lesennya sekurang-kurangnya tiga puluh, tetapi tidak lebih daripada enam puluh, hari sebelum tarikh habisnya tempoh lesen itu dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya. (2) Fi yang ditetapkan hendaklah kena dibayar apabila permohonan itu diluluskan. (3) Jika mana-mana pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak mempunyai niat untuk memperbaharui lesennya, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah, sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum habisnya tempoh lesen itu, menyiarkan niat itu dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan pihak berkuasa pemerakuan yang berkenaan dan mengiklankan niat itu dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. (4) Tanpa menjejaskan apa-apa alasan lain, Suruhanjaya boleh enggan memperbaharui sesuatu lesen jika kehendak subseksyen (1) tidak dipatuhi. Lesen hilang 18. (1) Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen telah hilang lesennya, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya secara bertulis mengenai kehilangan itu. (2) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu permohonan untuk lesen gantian dengan disertakan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya bersama dengan fi yang ditetapkan. Pengiktirafan lesen lain 19. (1) Suruhanjaya boleh mengiktiraf, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, pihak berkuasa pemerakuan yang dilesenkan atau yang diberi kuasa selainnya oleh entiti kerajaan di luar Malaysia yang memuaskan kehendak yang ditetapkan.

26

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(2) Jika suatu lesen atau pemberikuasaan lain daripada sesuatu entiti kerajaan diiktiraf di bawah subseksyen (1), (a) had pergantungan yang disyorkan, jika ada, yang dinyatakan dalam perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang dilesenkan atau yang diberi kuasa selainnya oleh entiti kerajaan itu hendaklah berkuat kuasa mengikut cara yang sama seperti had pergantungan yang disyorkan yang dinyatakan dalam perakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen Malaysia; dan (b) Bahagian V hendaklah terpakai bagi perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang dilesenkan atau yang diberi kuasa selainnya oleh entiti kerajaan itu mengikut cara yang sama seperti ia terpakai bagi perakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen Malaysia. Audit prestasi *20. (1) Pengendalian sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah diaudit sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk menilai pematuhannya dengan Akta ini. (2) Audit itu hendaklah dijalankan oleh seorang akauntan awam diperakui yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan komputer atau oleh seorang ahli profesional keselamatan komputer bertauliah. (3) Kelayakan juruaudit dan tatacara bagi audit hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnya bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang berkenaan tarikh dan keputusan audit itu.
*CATATANBank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksud pelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenali sebagai RENTASlihat P.U. (A) 300/1999.

Tandatangan Digital Pengecualian daripada audit prestasi

27

21. (1) Suruhanjaya boleh mengecualikan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen daripada kehendak seksyen 20 jika (a) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu meminta secara bertulis untuk pengecualian; (b) audit prestasi terbaru, jika ada, ke atas pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menghasilkan dapatan bahawa terdapat pematuhan penuh atau substansial dengan Akta ini; dan (c) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mengisytiharkan dengan terikat dengan sumpah atau ikrar bahawa satu atau lebih daripada yang berikut adalah benar berkenaan dengan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu: (i) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengeluarkan kurang daripada enam perakuan sepanjang tahun yang lalu itu dan jumlah had pergantungan yang disyorkan bagi semua perakuan itu tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit; (ii) hayat agregat semua perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu sepanjang tahun yang lalu itu adalah kurang daripada tiga puluh hari dan jumlah had pergantungan yang disyorkan bagi semua perakuan itu tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit; (iii) had pergantungan yang disyorkan bagi semua perakuan yang belum selesai dan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu berjumlah kurang daripada dua ribu lima ratus ringgit. (2) Jika pengisytiharan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu di bawah perenggan (1)(c) menyatakan dengan palsu suatu fakta material, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah disifatkan sebagai tidak mematuhi kehendak audit prestasi di bawah seksyen 20.

28

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(3) Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen dikecualikan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnya bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang berkenaan suatu pernyataan bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu dikecualikan daripada kehendak audit prestasi di bawah seksyen 20. BAHAGIAN III
KEHENDAK KE ATAS PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN BERLESEN

Aktiviti pihak berkuasa pemerakuan berlesen 22. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah hanya menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam lesennya. (2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menjalankan aktivitinya mengikut Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. Kehendak untuk mempamerkan lesen 23. Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah pada setiap masa mempamerkan lesennya pada suatu tempat yang mudah dilihat di tempat perniagaannya. Kehendak untuk mengemukakan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan kendalian perniagaan *24. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat dan butirbutir termasuk pernyataan kewangan, kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian teraudit yang berhubungan dengan keseluruhan kendalian perniagaannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya dalam apa-apa tempoh yang ditentukannya.
*CATATANBank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksud pelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenali sebagai RENTASlihat P.U. (A) 300/1999.

Tandatangan Digital

29

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. Pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat *25. (1) Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, sebelum membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada manamana dokumen konstituennya, atau sebelum apa-apa pertukaran pengarah atau ketua pegawai eksekutifnya, memberi kepada Suruhanjaya butir-butir secara bertulis mengenai apa-apa pindaan, perubahan atau pertukaran yang dicadangkan itu. (2) Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya mengenai apa-apa pindaan atau perubahan kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang telah diberikan kepada Suruhanjaya berkaitan dengan lesen itu. Kehendak tentang pengiklanan 26. Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak boleh menyiarkan, sama ada dalam akhbar, risalah atau selainnya, apaapa iklan atau maklumat yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan perniagaan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan tanpa memasukkan (a) nombor lesen; (b) nama perniagaan yang di bawahnya ia menjalankan perniagaan itu dan alamat di mana perniagaan itu dijalankan; dan (c) apa-apa butiran lain yang berhubungan dengan manamana perkhidmatan yang ditawarkan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.
*CATATANBank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksud pelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenali sebagai RENTASlihat P.U. (A) 300/1999.

30

Undang-Undang Malaysia BAHAGIAN IV

AKTA 562

KEWAJIPAN PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN BERLESEN DAN PELANGGAN

BAB 1 Kehendak am bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen Penggunaan sistem boleh dipercayai 27. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah hanya menggunakan sistem boleh dipercayai (a) untuk mengeluarkan, menggantung atau membatalkan perakuan; (b) untuk menyiarkan atau memberikan notis mengenai pengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan; dan (c) untuk menghasilkan kunci persendirian, sama ada bagi dirinya atau bagi pelanggan. (2) Seorang pelanggan hendaklah hanya menggunakan sistem boleh dipercayai untuk menghasilkan kunci persendirian. Penzahiran atas pertanyaan 28. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, apabila suatu pertanyaan dibuat kepadanya di bawah Akta ini, menzahirkan apa-apa pernyataan amalan pemerakuan material dan apa-apa fakta yang material kepada sama ada kebolehpercayaan sesuatu perakuan yang telah dikeluarkan olehnya atau kemampuannya melaksanakan perkhidmatannya. (2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menghendaki pertanyaan yang ditandatangani, bertulis dan dengan munasabahnya spesifik daripada orang yang dikenal pasti, serta pembayaran fi yang ditetapkan, sebagai syarat duluan kepada pembuatan sesuatu penzahiran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1).

Tandatangan Digital

31

Prasyarat kepada pengeluaran perakuan kepada pelanggan 29. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh mengeluarkan perakuan kepada pelanggan hanya selepas semua syarat yang berikut dipuaskan: (a) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah menerima permintaan untuk pengeluaran yang ditandatangani oleh pelanggan prospektif itu; dan (b) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengesahkan bahawa (i) pelanggan prospektif itu ialah orang yang hendak disenaraikan dalam perakuan yang hendak dikeluarkan; (ii) jika pelanggan prospektif itu bertindak melalui satu atau lebih ejen, pelanggan itu telah memberi kuasa ejen atau ejen-ejen itu dengan sewajarnya untuk mempunyai jagaan kunci persendirian pelanggan itu dan untuk meminta pengeluaran suatu perakuan yang menyenaraikan kunci awam yang berpadanan itu; (iii) maklumat dalam perakuan yang hendak dikeluarkan itu adalah tepat; (iv) pelanggan prospektif itu memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang hendak disenaraikan dalam perakuan itu secara sah; (v) pelanggan prospektif itu memegang kunci persendirian yang boleh menghasilkan suatu tandatangan digital; dan (vi) kunci awam yang hendak disenaraikan dalam perakuan itu boleh digunakan untuk mengesahbetulkan tandatangan digital yang ditambah oleh kunci persendirian yang dipegang oleh pelanggan prospektif itu. (2) Kehendak subseksyen (1) tidak boleh diketepikan atau ditolak oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan, atau keduaduanya.

32

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

Penyiaran perakuan yang dikeluarkan dan diterima 30. (1) Jika pelanggan menerima perakuan yang dikeluarkan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menyiarkan suatu salinan perakuan itu yang ditandatangani dalam suatu repositori diiktiraf, sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu, melainkan jika suatu kontrak antara pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan itu memperuntukkan selainnya. (2) Jika pelanggan tidak menerima perakuan itu, pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak boleh menyiarkannya, atau hendaklah membatalkan penyiarannya jika perakuan itu telah pun disiarkan. Penerimapakaian kehendak yang lebih ketat dibenarkan 31. Tiada apa-apa jua dalam seksyen 29 dan 30 boleh menghalang pihak berkuasa pemerakuan berlesen daripada mematuhi standard, pernyataan amalan pemerakuan, pelan keselamatan atau kehendak kontraktual yang lebih ketat daripada, tetapi namun begitu konsisten dengan, Akta ini. Penggantungan atau pembatalan perakuan kerana pengeluaran tidak betul 32. (1) Jika setelah mengeluarkan sesuatu perakuan pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengesahkan bahawa ia tidak dikeluarkan mengikut seksyen 29 dan 30, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta membatalkannya. (2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menggantung sesuatu perakuan yang telah dikeluarkan olehnya bagi suatu tempoh munasabah yang tidak melebihi empat puluh lapan jam sebagaimana yang perlu untuk membolehkan penyiasatan dijalankan untuk mengesahkan alasan bagi suatu pembatalan di bawah subseksyen (1). (3) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu pelanggan itu mengenai pembatalan atau penggantungan di bawah seksyen ini.

Tandatangan Digital Penggantungan atau pembatalan perakuan oleh perintah

33

33. (1) Suruhanjaya boleh memerintahkan pihak berkuasa pemerakuan berlesen untuk menggantung atau membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya jika Suruhanjaya menentukan bahawa (a) perakuan itu telah dikeluarkan tanpa mematuhi seksyen 29 dan 30; dan (b) ketidakpatuhan itu menimbulkan risiko nyata kepada orang yang dengan munasabahnya bergantung pada perakuan itu. (2) Sebelum membuat sesuatu penentuan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah memberi pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan itu peluang yang munasabah untuk didengar. (3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika pada pendapat Suruhanjaya wujud sesuatu darurat yang menghendaki remedi sertamerta, Suruhanjaya boleh, setelah berunding dengan Menteri, menggantung sesuatu perakuan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi empat puluh lapan jam. BAB 2 Waranti dan obligasi pihak berkuasa pemerakuan berlesen Waranti kepada pelanggan 34. (1) Dengan mengeluarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen mewarantikan kepada pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu bahawa (a) perakuan itu tidak mengandungi apa-apa maklumat yang pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tahu adalah palsu; (b) perakuan itu memuaskan segala kehendak Akta ini; dan (c) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak melebihi apa-apa had lesennya dalam mengeluarkan perakuan itu. (2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak boleh menolak atau mengehadkan waranti di bawah subseksyen (1).

34

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

Obligasi berterusan kepada pelanggan 35. Melainkan jika pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen bersetuju selainnya, suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen, dengan mengeluarkan suatu perakuan, berjanji kepada pelanggan itu (a) untuk bertindak dengan segera untuk menggantung atau membatalkan sesuatu perakuan mengikut Bab 5 atau 6; dan (b) untuk memberitahu pelanggan itu dalam masa yang munasabah mengenai apa-apa fakta yang diketahui oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu yang nyata sekali menyentuh kesahan atau kebolehpercayaan perakuan itu selepas ia dikeluarkan. Representasi atas pengeluaran 36. Dengan mengeluarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen memperakui kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa (a) maklumat dalam perakuan itu dan yang disenaraikan sebagai disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu adalah tepat; (b) segala maklumat yang boleh diramalkan material kepada kebolehpercayaan perakuan itu dinyatakan atau digabungkan secara rujukan dalam perakuan itu; (c) pelanggan itu telah menerima perakuan itu; dan (d) pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mematuhi segala undang-undang terpakai yang mengawal pengeluaran perakuan itu. Representasi atas penyiaran 37. Dengan menyiarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen memperakui kepada repositori yang dalamnya perakuan itu disiarkan dan kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengeluarkan perakuan itu kepada pelanggan itu.

Tandatangan Digital BAB 3 Representasi dan kewajipan atas penerimaan perakuan Representasi tersirat oleh pelanggan

35

38. Dengan menerima sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan yang disenaraikan dalam perakuan itu memperakui kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa (a) pelanggan itu memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan itu secara sah; (b) segala representasi yang dibuat oleh pelanggan itu kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan yang material kepada maklumat yang disenaraikan dalam perakuan itu adalah benar; dan (c) segala representasi material yang dibuat oleh pelanggan itu kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen atau yang dibuat dalam perakuan itu dan tidak disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu dalam mengeluarkan perakuan itu adalah benar. Representasi oleh ejen pelanggan 39. Dengan meminta bagi pihak seorang prinsipal bagi pengeluaran suatu perakuan yang menamakan prinsipal itu sebagai pelanggan, orang yang meminta itu memperakui dalam hak orang itu sendiri kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa orang yang meminta itu (a) memegang segala kuasa yang dikehendaki di sisi undangundang untuk memohon bagi pengeluaran suatu perakuan yang menamakan prinsipal itu sebagai pelanggan; dan (b) mempunyai kuasa untuk menandatangani secara digital bagi pihak prinsipal itu, dan, jika kuasa itu terhad dalam apa-apa cara, perlindungan yang mencukupi wujud untuk mencegah sesuatu tandatangan digital melebihi batasan kuasa orang itu.

36

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

Penolakan atau tanggung rugi terhad 40. Tiada seorang pun boleh menolak atau mengehadkan secara kontraktual pemakaian Bab ini, mahupun memperoleh tanggung rugi bagi kuat kuasanya, jika penolakan, batasan atau tanggung rugi itu menyekat liabiliti bagi salah nyata terhadap orang yang dengan munasabahnya bergantung pada perakuan itu. Penanggungan kerugian pihak berkuasa pemerakuan berlesen oleh pelanggan 41. (1) Dengan menerima sesuatu perakuan, seseorang pelanggan mengaku janji untuk menanggung rugi pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pengeluaran atau penyiaran perakuan itu dengan bergantung pada (a) suatu representasi fakta yang palsu dan material oleh pelanggan itu; atau (b) kegagalan pelanggan untuk menzahirkan suatu fakta material, jika representasi atau kegagalan untuk menzahirkan itu dibuat sama ada dengan niat untuk memperdaya pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau seseorang yang bergantung pada perakuan itu, atau dengan kecuaian. (2) Jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mengeluarkan perakuan itu atas permintaan satu atau lebih ejen pelanggan itu, ejen atau ejen-ejen itu mengaku janji sendiri untuk menanggung rugi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu di bawah seksyen ini, seolah-olah mereka ialah pelanggan yang menerima dalam hak mereka sendiri. (3) Tanggung rugi yang diperuntukkan dalam seksyen ini tidak boleh ditolak atau dihadkan skopnya secara kontraktual. Pemerakuan ketepatan maklumat yang diberikan 42. Dalam memperoleh maklumat mengenai pelanggan yang material kepada pengeluaran sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menghendaki pelanggan itu memperakui ketepatan maklumat yang relevan dengan terikat dengan sumpah atau ikrar.

Tandatangan Digital BAB 4 Kawalan ke atas kunci persendirian

37

Kewajipan pelanggan untuk menyimpan kunci persendirian dengan selamat 43. Dengan menerima sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu menerima kewajipan untuk menjalankan jagaan yang munasabah untuk mengekalkan kawalan ke atas kunci persendirian dan mencegah pendedahannya kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa untuk menghasilkan tandatangan digital pelanggan itu. Harta dalam kunci persendirian 44. Suatu kunci persendirian merupakan harta persendirian pelanggan yang memegangnya secara sah. Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menjadi fidusiari jika memegang kunci persendirian pelanggan 45. Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan yang dikeluarkannya, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah memegang kunci persendirian itu sebagai fidusiari pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu, dan boleh menggunakan kunci persendirian itu hanya dengan kebenaran bertulis terdahulu pelanggan itu, melainkan jika pelanggan itu secara nyata dan bertulis memberikan kunci persendirian itu kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu dan secara nyata dan bertulis membenarkan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu memegang kunci persendirian itu mengikut terma lain. BAB 5 Penggantungan perakuan Penggantungan perakuan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan 46. (1) Melainkan jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan bersetuju selainnya, pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan suatu perakuan, yang bukannya suatu perakuan

38

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

transaksi, hendaklah menggantung perakuan itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi empat puluh lapan jam (a) apabila diminta oleh seseorang yang mengenal pasti dirinya sebagai pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu, atau sebagai seorang yang berada dalam kedudukan yang berkemungkinan mengetahui mengenai kompromi keselamatan kunci persendirian pelanggan, seperti ejen, rakan perniagaan, pekerja atau anggota keluarga terdekat pelanggan itu; atau (b) atas perintah Suruhanjaya di bawah seksyen 33. (2) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah mengambil langkah munasabah untuk memeriksa identiti atau perejenan orang yang meminta penggantungan. Penggantungan perakuan oleh Suruhanjaya atau mahkamah 47. (1) Melainkan jika perakuan itu memperuntukkan selainnya atau perakuan itu ialah suatu perakuan transaksi, Suruhanjaya atau mahkamah boleh menggantung perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen bagi suatu tempoh selama empat puluh lapan jam, jika (a) seseorang yang mengenal pasti dirinya sebagai pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu atau sebagai ejen, rakan perniagaan, pekerja atau anggota keluarga terdekat pelanggan meminta penggantungan; dan (b) peminta membuat representasi bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan perakuan itu tidak ada. (2) Suruhanjaya atau mahkamah boleh menghendaki orang yang meminta penggantungan mengadakan keterangan, termasuk suatu pernyataan dengan terikat dengan sumpah atau ikrar berkenaan dengan identiti dan kuasanya, serta tidak adanya pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan, dan boleh enggan menggantung perakuan itu mengikut budi bicaranya. (3) Suruhanjaya atau agensi penguatkuasaan undang-undang lain boleh menyiasat penggantungan oleh Suruhanjaya atau mahkamah bagi kemungkinan kesalahan oleh orang yang meminta penggantungan.

Tandatangan Digital Notis penggantungan

39

48. (1) Dengan serta-merta selepas penggantungan sesuatu perakuan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan suatu notis yang ditandatangani mengenai penggantungan itu dalam repositori yang dinyatakan dalam perakuan itu bagi penyiaran notis penggantungan. (2) Jika satu atau lebih repositori dinyatakan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan notis yang ditandatangani mengenai penggantungan itu dalam semua repositori itu. (3) Jika mana-mana repositori yang dinyatakan tidak lagi wujud atau enggan menerima penyiaran, atau jika tiada repositori sedemikian diiktiraf di bawah seksyen 68, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah juga menyiarkan notis itu dalam suatu repositori diiktiraf. (4) Jika suatu perakuan digantung oleh Suruhanjaya atau mahkamah, Suruhanjaya atau mahkamah hendaklah memberikan notis sebagaimana yang dikehendaki dalam seksyen ini bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen dengan syarat bahawa orang yang meminta penggantungan membayar terdahulu apa-apa fi yang ditetapkan yang dikehendaki oleh repositori untuk menyiarkan notis penggantungan itu. Penamatan penggantungan yang dimulakan dengan permintaan 49. Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menamatkan penggantungan yang dimulakan dengan permintaan (a) jika pelanggan yang dinamakan dalam perakuan yang digantung meminta penamatan penggantungan itu, hanya jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengesahkan bahawa orang yang meminta penggantungan ialah pelanggan itu atau ejen pelanggan itu yang diberi kuasa menamatkan penggantungan itu; atau (b) jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mendapati dan mengesahkan bahawa permintaan bagi penggantungan itu telah dibuat tanpa kuasa daripada pelanggan itu.

40

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

Tatacara kontraktual silih ganti 50. (1) Suatu kontrak antara pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh mengehadkan atau menghalang penggantungan atas permintaan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau boleh memperuntukkan selainnya bagi penamatan suatu penggantungan atas permintaan. (2) Jika kontrak itu mengehadkan atau menghalang penggantungan oleh Suruhanjaya atau mahkamah apabila pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan tidak ada, had atau halangan itu hendaklah berkuat kuasa hanya jika notis mengenainya disiarkan dalam perakuan. Larangan terhadap permintaan palsu atau tanpa kuasa bagi penggantungan perakuan 51. Tiada seorang pun boleh dengan disedari atau dengan sengaja membuat salah nyata kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengenai identiti atau kuasanya apabila meminta penggantungan sesuatu perakuan. Kesan penggantungan perakuan 52. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini boleh melepaskan pelanggan daripada kewajipan di bawah seksyen 43 untuk menyimpan kunci persendirian dengan selamat semasa perakuan digantung. BAB 6 Pembatalan perakuan Pembatalan atas permintaan 53. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya tetapi yang bukan suatu perakuan transaksi, (a) apabila menerima permintaan untuk membatalkan daripada pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu; dan (b) apabila mengesahkan bahawa orang yang meminta pembatalan ialah pelanggan itu atau ialah ejen pelanggan itu yang mempunyai kuasa untuk meminta pembatalan itu.

Tandatangan Digital

41

(2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah mengesahkan sesuatu permintaan untuk pembatalan dan membatalkan perakuan dalam satu hari perniagaan selepas menerima kedua-dua permintaan bertulis pelanggan dan keterangan yang dengan munasabahnya mencukupi untuk mengesahkan identiti orang yang meminta pembatalan itu atau ejen itu. Pembatalan atas kematian atau pembubaran pelanggan 54. Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya (a) apabila menerima suatu salinan terperaku sijil kematian pelanggan itu atau apabila disahkan melalui keterangan lain bahawa pelanggan itu telah mati; atau (b) apabila diserahkan dokumen yang melaksanakan pembubaran pelanggan atau apabila disahkan melalui keterangan lain bahawa pelanggan itu telah dibubarkan atau tidak lagi wujud. Pembatalan perakuan yang tidak boleh dipercayai 55. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh membatalkan satu atau lebih perakuan yang dikeluarkan olehnya jika perakuan itu adalah atau menjadi tidak boleh dipercayai tidak kira sama ada pelanggan bersetuju kepada pembatalan itu dan walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam kontrak antara pelanggan itu dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu. (2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh mencegah pelanggan daripada mendapatkan ganti rugi atau relif lain daripada pihak berkuasa pemerakuan berlesen dalam hal pembatalan salah. Notis pembatalan 56. (1) Dengan serta-merta atas pembatalan sesuatu perakuan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan suatu notis yang ditandatangani mengenai pembatalan itu dalam repositori yang dinyatakan dalam perakuan itu bagi penyiaran notis pembatalan.

42

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(2) Jika satu atau lebih repositori dinyatakan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan notis yang ditandatangani mengenai pembatalan itu dalam semua repositori itu. (3) Jika mana-mana repositori yang dinyatakan tidak lagi wujud atau enggan menerima penyiaran, atau jika tiada repositori itu diiktiraf di bawah seksyen 68, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah juga menyiarkan notis itu dalam suatu repositori diiktiraf. Kesan permintaan pembatalan atas pelanggan 57. Jika pelanggan telah meminta pembatalan perakuan, pelanggan itu terhenti memperakui sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 3 dan tidak mempunyai apa-apa kewajipan lanjut untuk menyimpan kunci persendirian dengan selamat sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43 (a) apabila notis mengenai pembatalan itu disiarkan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 56; atau (b) setelah dua hari perniagaan telah berlalu selepas pelanggan itu meminta pembatalan itu secara bertulis, mengemukakan kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan maklumat yang dengan munasabahnya mencukupi untuk mengesahkan permintaan itu, dan membayar apa-apa fi yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu. Kesan pemberitahuan atas pihak berkuasa pemerakuan berlesen 58. Atas pemberitahuan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 56, pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah dilepaskan daripada warantinya yang berdasarkan pengeluaran perakuan yang dibatalkan itu dan terhenti memperakui sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 35 dan 36 berhubung dengan perakuan yang dibatalkan itu.

Tandatangan Digital BAB 7 Habisnya tempoh perakuan Habisnya tempoh perakuan

43

59. (1) Tarikh habisnya tempoh perakuan hendaklah dinyatakan dalam perakuan. (2) Suatu perakuan boleh dikeluarkan bagi apa-apa tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh pengeluaran. (3) Apabila perakuan habisnya tempoh, pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah terhenti memperakui sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah dilepaskan daripada kewajipannya yang berdasarkan pengeluaran berhubung dengan perakuan yang habisnya tempoh itu. (4) Habisnya tempoh sesuatu perakuan tidak boleh menyentuh kewajipan dan obligasi pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang ditanggung di bawah dan berhubung dengan perakuan yang habisnya tempoh itu. BAB 8 Had pergantungan yang disyorkan dan liabiliti Had pergantungan yang disyorkan *60. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, dalam mengeluarkan perakuan kepada pelanggan, menyatakan had pergantungan yang disyorkan dalam perakuan itu. (2) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu boleh menyatakan had berlainan dalam perakuan berlainan sebagaimana yang difikirkannya patut.
*CATATANBank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksud pelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenali sebagai RENTASlihat P.U. (A) 300/1999.

44

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

Had liabiliti bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen 61. Melainkan jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengetepikan pemakaian seksyen ini, suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen (a) tidaklah berliabiliti bagi apa-apa kehilangan yang disebabkan oleh kebergantungan pada tandatangan digital pelanggan yang palsu atau yang dipalsukan, jika, berkenaan dengan tandatangan digital yang palsu atau yang dipalsukan itu, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mematuhi kehendak Akta ini; (b) tidaklah berliabiliti melebihi amaun yang dinyatakan dalam perakuan sebagai had pergantungan yang disyorkannya bagi sama ada (i) kehilangan yang disebabkan oleh kebergantungan pada suatu salah nyata dalam perakuan itu mengenai apa-apa fakta yang pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu dikehendaki mengesahkan; atau (ii) kegagalan mematuhi seksyen 29 dan 30 dalam mengeluarkan perakuan itu; dan (c) tidaklah berliabiliti bagi (i) ganti rugi punitif atau teladan; atau (ii) ganti rugi bagi sakit atau penderitaan. BAHAGIAN V
KESAN TANDATANGAN DIGITAL

Kepuasan kehendak tandatangan 62. (1) Jika rukun undang-undang menghendaki tandatangan atau memperuntukkan akibat tertentu dalam ketiadaan tandatangan, rukun itu hendaklah dipuaskan oleh suatu tandatangan digital jika (a) tandatangan digital itu disahbetulkan dengan merujuk kepada kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen; (b) tandatangan digital itu telah ditambah oleh penandatangan dengan niat untuk menandatangani mesej itu; dan

Tandatangan Digital

45

(c) penerima tidak mempunyai pengetahuan atau notis bahawa penandatangan itu (i) telah melanggar kewajipan sebagai pelanggan; atau (ii) tidak memegang kunci persendirian yang digunakan untuk menambah tandatangan digital itu secara sah. (2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan (a) suatu dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital mengikut Akta ini hendaklah mengikat di sisi undang-undang seperti suatu dokumen yang ditandatangani dengan suatu tandatangan tulisan tangan, suatu cap ibu jari yang ditambah atau apa-apa tanda lain; dan (b) suatu tandatangan digital yang dihasilkan mengikut Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu tandatangan yang mengikat di sisi undang-undang. (3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang apaapa simbol daripada menjadi sah sebagai suatu tandatangan di bawah mana-mana undang-undang terpakai lain. Tandatangan digital yang tidak boleh dipercayai 63. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh undang-undang atau kontrak, penerima tandatangan digital menerima risiko yang tandatangan digital dipalsukan, jika kebergantungan pada tandatangan digital itu tidak munasabah di bawah hal keadaan itu. (2) Jika penerima menentukan untuk tidak bergantung pada tandatangan digital di bawah seksyen ini, penerima hendaklah memberitahu penandatangan dengan segera mengenai penentuannya untuk tidak bergantung pada tandatangan digital dan alasan bagi penentuan itu. Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumen bertulis 64. (1) Suatu mesej hendaklah sah, berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia telah ditulis atas kertas jika (a) ia mengandungi secara keseluruhannya suatu tandatangan digital; dan

46

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(b) tandatangan digital itu disahbetulkan oleh kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan yang (i) telah dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen; dan (ii) sah pada masa tandatangan digital itu dihasilkan. (2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang apaapa mesej, dokumen atau rekod daripada disifatkan sebagai bertulis atau secara tulisan di bawah mana-mana undang-undang terpakai lain. Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumen asal 65. Suatu salinan mesej yang ditandatangani secara digital hendaklah sah, berkuat kuasa dan berkesan seperti asal mesej itu melainkan jika jelas bahawa penandatangan telah menetapkan suatu hal tertentu mesej yang ditandatangani secara digital itu sebagai asal yang unik, yang dalam hal itu hanya hal tertentu itu merupakan mesej yang sah, berkuat kuasa dan berkesan. Pengesahan tandatangan digital 66. Perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah merupakan pengakuterimaan tandatangan digital yang disahbetulkan dengan merujuk kepada kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan, tidak kira sama ada perkataan mengenai pengakuterimaan nyata terdapat dengan tandatangan digital itu dan tidak kira sama ada penandatangan hadir secara fizikal di hadapan pihak berkuasa pemerakuan berlesen apabila tandatangan digital itu dihasilkan, jika tandatangan digital itu (a) boleh disahbetulkan oleh perakuan itu; dan (b) ditambahkan semasa perakuan itu sah. Anggapan dalam menghakimi pertikaian 67. Dalam menghakimi pertikaian yang melibatkan tandatangan digital, mahkamah hendaklah menganggap (a) bahawa perakuan yang ditandatangani secara digital oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan (i) yang disiarkan dalam repositori diiktiraf; atau

Tandatangan Digital

47

(ii) yang diadakan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan atau oleh pelanggan yang disenaraikan dalam perakuan, dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang menandatanganinya secara digital dan diterima oleh pelanggan yang disenaraikan di dalamnya; (b) bahawa maklumat yang disenaraikan dalam perakuan sah dan disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan perakuan itu adalah tepat; (c) bahawa jika tandatangan digital disahbetulkan oleh kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen (i) tandatangan digital itu ialah tandatangan digital pelanggan yang disenaraikan dalam perakuan itu; (ii) tandatangan digital itu telah ditambah oleh pelanggan itu dengan niat untuk menandatangani mesej itu; dan (iii) penerima tandatangan digital itu tidak mempunyai pengetahuan atau notis bahawa penandatangan itu (A) telah melanggar kewajipan sebagai pelanggan; atau (B) tidak memegang kunci persendirian yang digunakan untuk menambah tandatangan digital itu secara sah; dan (d) bahawa tandatangan digital dihasilkan sebelum ia ditanda masa oleh suatu perkhidmatan penanda tarikh/ masa diiktiraf yang menggunakan sistem boleh dipercayai. BAHAGIAN VI
REPOSITORI DAN PERKHIDMATAN PENANDA TARIKH/MASA

Pengiktirafan repositori 68. (1) Suruhanjaya boleh mengiktiraf satu atau lebih repositori, setelah menentukan bahawa sesuatu repositori yang hendak diiktiraf memuaskan kehendak yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

48

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(2) Tatacara bagi pengiktirafan repositori hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (3) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan senarai repositori diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan olehnya. Liabiliti repositori 69. (1) Walau apa pun apa-apa penolakan oleh repositori atau apa-apa kontrak yang berlawanan antara repositori dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen atau pelanggan, repositori hendaklah berliabiliti bagi kehilangan yang dilakukan oleh seseorang yang dengan munasabahnya bergantung pada suatu tandatangan digital yang disahbetulkan oleh kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan yang digantung atau dibatalkan, jika kehilangan dilakukan lebih daripada satu hari perniagaan selepas repositori menerima permintaan untuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan, dan repositori itu tidak menyiarkan notis itu apabila orang itu bergantung pada tandatangan digital itu. (2) Melainkan jika diketepikan, repositori diiktiraf atau pemunya atau pengendali repositori diiktiraf (a) tidaklah berliabiliti bagi kegagalan untuk merekodkan penyiaran sesuatu penggantungan atau pembatalan, melainkan jika repositori itu telah menerima notis mengenai penyiaran dan satu hari perniagaan telah berlalu sejak notis itu diterima; (b) tidaklah berliabiliti di bawah subseksyen (1) melebihi amaun yang dinyatakan dalam perakuan sebagai had pergantungan yang disyorkan; (c) tidaklah berliabiliti di bawah subseksyen (1) bagi (i) ganti rugi punitif atau teladan; atau (ii) ganti rugi bagi sakit atau penderitaan; (d) tidaklah berliabiliti bagi salah nyata dalam perakuan yang disiarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan; (e) tidaklah berliabiliti kerana merekodkan atau melaporkan dengan tepat maklumat yang disiarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, mahkamah atau Suruhanjaya

Tandatangan Digital

49

sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah Akta ini, termasuk maklumat mengenai penggantungan atau pembatalan perakuan; dan (f) tidaklah berliabiliti kerana melaporkan maklumat mengenai sesuatu pihak berkuasa pemerakuan, sesuatu perakuan atau seseorang pelanggan, jika maklumat itu disiarkan sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah Akta ini atau disiarkan atas perintah Suruhanjaya pada melaksanakan kewajipan pelesenan dan pengawalseliaannya di bawah Akta ini. Pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/masa 70. (1) Suruhanjaya boleh mengiktiraf satu atau lebih perkhidmatan penanda tarikh/masa, setelah menentukan bahawa sesuatu perkhidmatan yang hendak diiktiraf memuaskan kehendak yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Tatacara bagi pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/ masa hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini. (3) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan senarai perkhidmatan penanda tarikh/masa diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan olehnya. BAHAGIAN VII
AM

Larangan terhadap aktiviti merbahaya 71. (1) Tiada pihak berkuasa pemerakuan, sama ada dilesenkan atau tidak, boleh menjalankan perniagaannya dengan cara yang menghasilkan risiko kehilangan yang tidak munasabah kepada pelanggan pihak berkuasa pemerakuan itu, kepada orang yang bergantung pada perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan itu atau kepada repositori.

50

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(2) Suruhanjaya boleh menyiarkan dalam satu atau lebih repositori diiktiraf pernyataan ringkas yang menasihatkan pelanggan, orang yang bergantung pada tandatangan digital dan repositori mengenai apa-apa aktiviti pihak berkuasa pemerakuan, sama ada dilesenkan atau tidak, yang menghasilkan risiko yang dilarang di bawah subseksyen (1). (3) Pihak berkuasa pemerakuan yang dinamakan dalam sesuatu pernyataan sebagai menghasilkan atau menyebabkan suatu risiko boleh membantah penyiaran pernyataan itu dengan memfailkan suatu pembelaan bertulis ringkas. (4) Apabila diterima bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Suruhanjaya hendaklah menyiarkan pembelaan bertulis itu bersama dengan pernyataan Suruhanjaya, dan hendaklah dengan serta-merta memberi pihak berkuasa pemerakuan yang membantah itu notis serta peluang yang munasabah untuk didengar. (5) Jika, selepas suatu pendengaran, Suruhanjaya menentukan bahawa penyiaran pernyataan nasihat itu tidak wajar, Suruhanjaya hendaklah membatalkan pernyataan nasihat itu. (6) Jika, selepas suatu pendengaran, Suruhanjaya menentukan bahawa pernyataan nasihat itu tidak lagi wajar, Suruhanjaya hendaklah membatalkan pernyataan nasihat itu. (7) Jika, selepas suatu pendengaran, Suruhanjaya menentukan bahawa pernyataan nasihat itu tetap wajar, Suruhanjaya boleh meneruskan atau meminda pernyataan nasihat itu dan boleh mengambil tindakan undang-undang selanjutnya untuk menyingkirkan atau mengurangkan risiko yang dilarang di bawah subseksyen (1). (8) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan keputusannya di bawah subseksyen (5), (6) atau (7), mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam satu atau lebih repositori diiktiraf. Kewajipan kerahsiaan 72. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain yang diperoleh di bawah Akta ini boleh menzahirkan rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain itu kepada mana-mana orang lain.

Tandatangan Digital

51

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Maklumat palsu 73. Seseorang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan dalam apa-apa butir-butir melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 74. (1) Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab ke atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian (a) boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) sekiranya pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

52

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(2) Jika mana-mana orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan (a) oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya; (b) oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau (c) oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu. Pegawai diberi kuasa 75. (1) Menteri boleh memberi kuasa secara bertulis mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini. (2) Mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. (3) Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri. Penguatkuasaan oleh pegawai polis 75A. (1) Walau apa pun subseksyen 75(1), mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan kuasa penguatkuasaan yang diberikan oleh Akta ini kepada seorang pegawai diberi kuasa. (2) Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan yang diberikan di bawah Akta ini kepada seseorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, pegawai polis itu, jika tidak berpakaian seragam, hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara supaya dibawa oleh pegawai polis itu.

Tandatangan Digital Kuasa untuk menyiasat

53

76. (1) Suruhanjaya boleh menyiasat aktiviti suatu pihak berkuasa pemerakuan yang material kepada pematuhannya dengan Akta ini. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan perintah kepada pihak berkuasa pemerakuan untuk melanjutkan penyiasatannya dan mendapatkan pematuhan dengan Akta ini. (3) Selanjutnya, dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana daripada kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. Penggeledahan dengan waran 77. (1) Jika seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya, masuk ke dalam premis itu pada bilabila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan, dan di sana menggeledah dan menyita (a) salinan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang disyaki dengan munasabah mengandungi maklumat tentang apaapa kesalahan yang disyaki telah dilakukan sedemikian; (b) apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis atau alat lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa orang itu ialah pihak berkuasa pemerakuan berlesen; dan (c) apa-apa dokumen, artikel atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

54

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(2) Seseorang pegawai polis atau seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah dengan munasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat ke dalam kesalahan itu, memeriksa badan mana-mana orang yang berada dalam atau atas premis itu. (3) Seseorang pegawai polis atau seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan badan di bawah subseksyen (2) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu. (4) Tiada seorang pun wanita boleh diperiksa badannya di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang wanita lain. (5) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (6) Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang dilak atau mencuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 78. Jika seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 77 mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk

Tandatangan Digital

55

ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 77 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu. Akses kepada data berkomputer 79. (1) Seseorang pegawai polis yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen 77 atau 78 atau seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen 77 hendaklah diberikan akses kepada data berkomputer sama ada distorkan dalam suatu komputer atau selainnya. (2) Bagi maksud seksyen ini, akses termasuklah dengan diperuntukkan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami. Senarai benda disita 80. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda disita di bawah seksyen 77 atau 78, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menghantarserahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu. (2) Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah bila-bila masa boleh melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu. Halangan pegawai diberi kuasa 81. Mana-mana orang yang menghalang, merintangi, menyerang atau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.

56 Kuasa tambahan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

82. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada yang berikut: (a) menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen itu; (b) menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini; (c) membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan-peruntukan Akta ini dipatuhi. Penalti am 83. (1) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. (2) Bagi maksud seksyen ini, Akta ini tidak termasuk peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini. Mendapatkan kos prosedural 84. Jika Suruhanjaya mendapati bahawa pihak berkuasa pemerakuan telah melanggar Akta ini, Suruhanjaya boleh memerintahkan pihak berkuasa pemerakuan itu membayar kos yang dilakukan oleh Suruhanjaya dalam prosiding pendakwaan dan penghakiman berhubung dengan perintah itu dan dalam menguatkuasakannya. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh diperdapatkan 85. Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan manamana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang disita pada menjalankan

Tandatangan Digital

57

atau yang dikatakan pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relif lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Permulaan dan penjalanan pendakwaan 86. (1) Tiada pendakwaan bagi atau yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa kebenaran secara bertulis Pendakwa Raya. (2) Mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis dengan sewajarnya oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. Bidang kuasa membicarakan kesalahan 87. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, suatu Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian. Perlindungan Suruhanjaya dan pegawai 88. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap (a) Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan (b) mana-mana orang lain bagi atau atas atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan dicapai olehnya.

58

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

Kuasa untuk mengecualikan 89. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini, kecuali seksyen 4. (2) Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut atas apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (1). Batasan atas penolakan atau pengehadan pemakaian Akta 90. Melainkan jika diperuntukkan secara nyata di bawah Akta ini, tiada seorang pun boleh menolak atau mengehadkan secara kontraktual pemakaian Akta ini. Peraturan-peraturan 91. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) menetapkan kehendak kelayakan bagi pihak berkuasa pemerakuan; (b) menetapkan cara memohon bagi lesen dan perakuan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara melesenkan dan memperakukan, fi yang kena dibayar mengenainya, syarat atau sekatan yang hendaklah dikenakan dan borang bagi lesen dan perakuan; (c) mengawal selia pengendalian pihak berkuasa pemerakuan berlesen; (d) menetapkan kehendak untuk kandungan, bentuk dan sumber maklumat dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan, pengemaskinian dan ketepatan pada masanya maklumat itu serta amalan dan dasar lain yang berhubungan dengan rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan; (e) menetapkan borang pernyataan amalan pemerakuan; (f) menetapkan kehendak kelayakan bagi juruaudit dan tatacara untuk audit;

Tandatangan Digital

59

(g) menetapkan kehendak bagi repositori dan tatacara bagi pengiktirafan repositori; (h) menetapkan kehendak bagi perkhidmatan penanda tarikh/ masa dan tatacara bagi pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/masa; (i) menetapkan tatacara bagi memeriksa perisian yang digunakan dalam menghasilkan tandatangan digital dan standard yang terpakai berhubung dengan tandatangan digital dan amalan pemerakuan serta bagi menyiarkan laporan mengenai perisian dan standard itu; (j) menetapkan borang bagi maksud Akta ini; (k) menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi dan caj itu; (l) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dicadangkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya. (2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturanperaturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kecualian dan peralihan 92. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan yang telah menjalankan atau mengendalikan sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, tidak lewat dari tiga bulan dari mula berkuat kuasanya itu, memperoleh suatu lesen di bawah Akta ini. (2) Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak memperoleh lesen selepas tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), ia hendaklah disifatkan sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuan tidak berlesen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai kepadanya dan perakuan yang dikeluarkan olehnya dengan sewajarnya.

60

Undang-Undang Malaysia

AKTA 562

(3) Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan yang disebut dalam subseksyen (1) telah memperoleh lesen mengikut Akta ini dalam tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), segala perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan itu sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan hendaklah mempunyai kesan yang sewajarnya.

Tandatangan Digital UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 562 AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas

61

Berkuat kuasa dari

Akta A1121

Akta Tandatangan Digital (Pindaan) 2001

01-11-2001

62

Undang-Undang Malaysia UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 562 AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda

AKTA 562

Berkuat kuasa dari

2 BAHAGIAN II 3 8 9 75 75A 88 Keseluruhan Akta perkataan Pengawal digantikan dengan Suruhanjaya

Akta A1121 Akta A1121 Akta A1121 Akta A1121 Akta A1121 Akta A1121 Akta A1121 Akta A1121 Akta A1121

01-11-2001 01-11-2001 01-11-2001 01-11-2001 01-11-2001 01-11-2001 01-11-2001 01-11-2001 01-11-2001

DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA