You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Tarikh Masa Kelas Bilangan murid Tema Topik Subtopik

: 5 April 2012 : 9.45 10.45 tengah hari :5K : 38 : Mengenal negara kita : Geografi fizikal : Bencana alam

Hasil pembelajaran : Selepas pengajaran dan pembelajaran: 1. Menjelaskan bencana alam yang merupakan kesan daripada ciri-ciri cuaca dan iklim di Malaysia. 2. Bersyukur mempunyai iklim yang tidak sering dilanda bencana alam seperti di negara lain.

Pengisian Kurikulum : Kemahiran pelbagai Kemahiran berfikir Kemahiran belajar Kaedah koperatif Teknik TOC Kaedah konstruktivisme Kaedah kontekstual

Penyerapan nilai murni Bersyukur Keyakinan diri Budaya cakna

Unsur Patriotisme 1. Perasaan bangga akan iklim negara 2. Mensyukuri keselamatan iklim di Malaysia di Malaysia. 3. Bersama bertanggungjawab memelihara kawasan alam sekitar. 4. Bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Sumber pengajaran dan pembelajaran. ABM : Kad gambar, kertas majong, edaran jadual nota.

Pengetahuan sedia ada 1. Murid mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan terma bencana alam. 2. Murid mengetahui fenomena-fenomena iklim di Malaysia seperti berangin, hujan dan panas.
2

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI

CATATAN

Soal jawab bersama murid 1. Guru mengenai bencana alam. mengemukakan soalan kepada murid.

1. Soalan-soalan yang ditanya adalah menjurus kepada peristiwa

2. Murid menjawab dalam keadaan Set Induksi (5 minit) 3. Guru mengaitkan jawapan dengan topik hari ini. sukarela.

tsunami 2004 dan bencana alam yang dijadikan contoh awal sesi pengajaran adalah tsunami.

2. Murid menjawab soalan dengan bangun dan kuat suara akan dapat melatih kemahiran berucap dan keyakinan diri mereka.

Menyusun kad-kad gambar dalam kumpulan masing-masing.

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.

1. Aktiviti ini akan menguji imaginasi murid membayangkan

Langkah 1 (10 minit)

2. Setiap kumpulan

gambar yang

akan diberikan sehelai telah siap bagi kertas majong, sebatang pen marker dan mendapat satu set serakan gambar bencana alam yang berbeza antara kumpulan. 2. Murid akan bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan 3. Murid dikehendaki menyusun serakan gambar tersebut kepada posisi yang tepat. ABM: 1. Kad gambar yang telah digunting-gunting menjadi banyak kepingan. serakan gambar yang diberikan. menyiapkan susunan.

Aktiviti menyenaraikan punca dan kesan bagi setiap bencana alam yang telah diterima setiap kumpulan.

1. Setiap kumpulan murid telah mengenalpasti jenis bencana alam melalui gambar yang diterima kumpulan masing-

1. Murid boleh merujuk buku teks bagi menjalankan aktiviti ini.

ABM: 1. Kad gambar 2. Kertas majong

Langkah 2 (20 minit)

masing.

2. Guru memberikan setiap kumpulan murid 1 artikel mengenai bencana alam masing-masing. Murid dikehendaki untuk menyenaraikan punca dan akibat dari bencana alam tersebut.

3. Murid dikehendaki menghias pembentangan mereka di samping menyenaraikan setiap sebab dan akibat bencana alam mereka dalam jadual.

Pembentangan kumpulan.

1. Guru akan memanggil setiap kumpulan untuk

1. Menggunakan kaedah TOC< murid-murid akan menjana idea mereka melalui proses hubungkait sesuatu peristiwa dan kesannya.

Langkah 3 (20 minit)

melakukan pembentangan mengenai bencana alam kumpulan masing-masing.

2. Murid akan diberikan borang mengenai punca dan kesan setiap bencana alam yang dibentang untuk mencatat isi-isi penting pembentangan.

2. Setiap murid akan mendapat edaran dan tugas, jadi akan membuatkan setiap murid mempunyai kerja untuk diselesaikan.

3. Murid-murid digalakkan untuk bersoal-jawab dengan pembentang. ABM: 1. Edaran borang

Rumusan pembelajaran

1. Guru memberikan rumusan mengenai pembelajaran dengan mengimbas kembali jenis, sebab dan

1. Rumusan diberikan mengikut topik pembelajaran hari ini.

Penutup (5 minit)

akibat setiap bencana alam yang dipelajari.

2. Guru akan cuba mengajak murid mensyukuri negara Malaysia yang kurang dilanda bencana alam berbanding negara lain.

REFLEKSI Selepas menjalankan sesi P&P ini, saya mendapati bahawa apabila ingin menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti koperatif yang memerlukan penglibatan aktif pelajar, ia perlu dilaksanakan pada langkah 2 atau langkah 3 sesebuah sesi pengajaran. Apa yang telah berlaku semasa saya menjalankan sesi P&P ini adalah murid sukar untuk dikawal jika dari awal mereka diberikan aktiviti yang melibatkan fizikal dan tindakan koperatif mereka. Bagi saya, P&P yang saya jalankan untuks sesi kali ini adalah sedikit gagal dan memerlukan penambahbaikan dari aspek bentuk aktiviti untuk murid-murid yang aktif dan sederhana dalam aspek tahap kognitif mereka. Tidak dinafikan ini merupakan salah satu cabaran yang cukup hebat bagi saya sepanjang bergelar guru pelatih dan adalah cukup sukar bagi saya memilih kaedah yang paling sesuai dalam menjalankan P&P bagi murid-murid di kelas ini.

You might also like