You are on page 1of 12

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TAJUK DEFINISI FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN serta CABANG-CABANG FALSAFAH

Takrifan Falsafah
Yunani lama Philo ( mencintai),dan sophia (hikmah) Falsafah -Bukanlah hikmah itu sendiri tetapi cinta kepada hikmah. -Sesuatu di antara teologi dan sains Hikmah? dikaitkan dengan cabang falsafah -Pandangan Islam -Pandangan falsafah Timur (nilai, keluarga, mistik) -Pandangan barat

CIRI-CIRI FALSAFAH
Komprehensif / menyeluruh. Analisis Bukan disiplin empirikal Reflektif preskriftif Spekulatif Kritis

FALSAFAH

CABANG CABANG FALSAFAH

Metafizik Epistemologi Aksiologi

Logik

METAFIZIK
Perkataan asal: metaphysica Ontologi dan kosmologi Realiti @ kewujudan yang mutakhir

Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan


Cuba memberi perhatian kepada konsep yang keadaannya tidak boleh diukur seperti realiti, perubahan, kendiri dan jiwa

Manusia adalah kehidupan metafizik, mempunyai keinginan untuk mendapat sedikit sebanyak pemahaman mengenai keadaan benda yang mutakhir daripada pelbagai cabang pengetahuan awam dan pengalaman persendirian

Epistemologi
Episteme berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud PENGETAHUAN.
Logi/logos bermaksud ilmu

Merupakan falsafah ilmu atau lebih dikenali sebagai TEORI PENGETAHUAN.


Di dalam teori pengetahuan ini yang akan membahaskan tentang SUMBER PENGETAHUAN dan KEBENARAN/KESAHIHAN PENGETAHUAN.

SUMBER PENGETAHUAN

Falsafah Barat

Falsafah Timur

Empirisisme - Ilmu yang diperolehi melalui pengalaman pancaindera.

Instuisionisme - Ilmu yang diperolehi melalui kegiatan mistik Wahyu - Ilmu yang diperolehi melalui Al-Quran.

Rasional - Ilmu yang diperolehi melalui akal.

KEBENARAN / KESAHIHAN PENGETAHUAN


Selepas mengetahui tentang sumber-sumber pengetahuan, maka kita perlu menilai kebenaran/kesahihan pengetahuan itu. Dalam proses penilaian ini, epistomologi memerlukan:kepercayaan bukti kebenaran

Cth: Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874. (Fakta Sejarah)

Aksiologi
Yunani (axios = kelayakan/kepantasan) & (logos=ilmu pengajian mengenainya) Teori nilai Perkara yang berkaitan dengan nilai/ seperti tentang baik@buruk, benar@salah, cantik@ hodoh. Mempersoal sama ada nilai itu objektif @ subjektif. Terbahagi kepada 2 cabang iaitu nilai etika dan nilai estetika. a) Etika - ethos = sifat, kelakuan, watak - Menghujahkan prinsip-prinsip moral & tingkah laku manusia - Mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, kebaikan sesuatu kehidupan

Aksiologi
b) Estetika - aesthesis = seni & keindahan sesuatu perkara. - dilihat dari sudut penghargaan manusia terhadap objek & perkara kesenian - kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling, pengalaman perseorangan & kehidupan. Aksiologi dalam pndidikan cth: - Etika perguruan, pendidikan moral, pendidikan Islam - kebersihan & kecerian

Logik

Suatu proses penaakulan..

Logik Deduktif Logik Induktif

Logik
Hujah yang sistematik Analisis istilah, konsep dan pernyataan dalam pendidikan Terbahgai kepada dua iaitu : a)Logik induktif - pengukuran dalam kajian tentang bidang pendidikan,penggunaan statistik untuk tentang aspek pendidikan b)Logik Deduktif - Taakulan dalam pendidikan (spt dlm falasafah pendidikan: melihat andaian falsafah disebalik sesuatu amalan dalam pendidikan (philosophical assumption in education) - Logik sebagai kaedah untuk mengesan falasi (fallacy) dalam hujah megenai pendidikan.

penyelidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA

You might also like