You are on page 1of 3

TEKS UJIAN LISAN BERKUMPULAN Pengerusi Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada guru-guru, dan

hadirin sekalian. Tajuk forum kita pada pagi ini ialah Warisan Bangsa . Apakah sebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir sekali, benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnya penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini? Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan, tiga orang tokoh telah dijemput; di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk Seri Safiee Surtono. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara, Dato Lim Cheng Hong dan di hujung sana ialah Budayawan Negara, Datuk Subbash. Bagi mendapatkan takrif yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuai sekali jika Datuk Subbash memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah Dato, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini? Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari sudut budaya, warisan bangsa membawa maksud apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu golongan masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan kaum Melayu Jawa, kita dapati mereka memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan, golongan lelakinya lebih gemar memakai kain semutar. Dalam kalangan masyarakat yang beragama Hindu sendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili pelbagai etnik kaum India. Dalam budaya masyarakat Cina pula, kita ambil contoh makanan yang dimakan oleh mereka, ada makanan Cina ala-Hokkien dan makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit kelainan. Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan bangsa. Terima kasih Dato. Dato Lim Cheng Hong, adakah Dato ingin menambah apa yang telah diperkatakan oleh Dato Subbash ? Ya, biar saya tambah sedikit apa yang diperkatakan oleh Dato Subbash sebentar tadi. Sebenarnya, dari sudut Sejarah, warisan bangsa pula merujuk kepada peninggalanpeninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan nenek moyang kita pada zaman dahulu.Sebagai contoh, bangunan Muzium Diraja Sultan Abu Bakar merupakan sebuah bangunan binaan Inggeris yang dibina semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudan bangunan ini amat besar ertinya kerana dari aspek seni binanya, ianya amat berlainan dengan seni bina Melayu pada masa itu dan bangunan ini juga menjadi bukti dalam sejarah Malaysia bahawa kita pernah dijajah oleh suatu kuasa asing. Itu saya pandangan saya tentang maksud warisan bangsa. Terima kasih Dato Lim Cheng Hong. Baiklah penonton, begitulah maklumat ringkas mengenai warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa merupakan elemen yang penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda zaman sekarang. Tanpa berlengah lagi, biar kita dengar pendapat bernas daripada Datuk Seri Safiee Surtono tentang kepentingan mengekalkan warisan bangsa. Silakan Datuk Seri.

Dato Subbash

Pengerusi Dato Lim Cheng Hong

Pengerusi

Datuk Seri Safiee Surtono

Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah, kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati diri terlebih dahulu. Saya fokuskan kepada penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda. Seperti yang dikatakan oleh Dato Subbash dan Dato Lim Cheng Hong sebentar tadi, warisan budaya bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya ialah penggunaan bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untuk membentuk jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari daripada menghargai dan meletakkan bahasa kita di tempat yang paling atas. Lihat sahaja , negara-negara maju, baik Jepun, Korea, Perancis, Cina mahupun Jerman, rakyat di negara-negara tersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun , pada masa yang sama mereka merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya, Jepun merupakan negara industri robotik paling canggih di dunia.Yang dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi ialah, semua negara maju amat menghargai, bangga dan memartabatkan bahasa ibunda dan kebangsaan masing-masing. Terima kasih Datuk. Dato Lim Cheng Hong, adakah Dato ingin menambah apa yang telah diperkatakan oleh Dato Safiee Surtono ? Ya, saya ingin merumuskan apa yang telah diperkatakan oleh Datuk Safiee Surtono. Sebenarnya, rakyat negara maju mempelajari bahasa asing semata-mata untuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka untuk dimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi negara maju dalam acuan dan budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perlu dimartabatkan dengan bersungguhsungguh. Bagi saya, bangsa yang tidak menghargai keunikan bahasa ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amat longgar jati diri dan semangat patriotiknya. DatoSubbash, apakah pendapat Dato mengenai kepentingan mengekalkan warisan budaya ? Pada pendapat saya, kepentingan menghargai dan mengekalkan warisan bangsa ialah supaya anak-anak kecil dan remaja yang masih muda dapat mengamalkannya. Jika kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup nenek moyang yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam , yang merangkumi cara berpakaian, makanan dan cara bermasyarakat perlu menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah bangsa yang berjaya menjadi ikon dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup nenek moyang yang positif. Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahu Malaysia muncul sebagai negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru mana-mana budaya negara lain. Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita perlu memastikan warisan bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap anak muda.Itu sahaja pandangan saya saudara pengerusi. Terima kasih Dato. Menarik sekali penjelasan sebentar tadi. Yang paling menarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada golongan muda. Namun begitu, yang kita semua dapat lihat sekarang ialah warisan bangsa ini seolah-olah telah ditelan oleh arus pemodenan yang amat laju pergerakannya. Bagi melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya menjemput Datuk Safiee Surtono untuk memberi pandangan beliau. Silakan Datuk.

Pengerusi Dato Lim Cheng Hong

Pengerusi Dato Subbash

Pengerusi

Datuk Seri Safiee Surtono

Terima kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus pemodenan ini, kita tidak lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi.Dalam dunia yang tiada sempadan ini, sesiapa sahaja yang kuat memang berupaya untuk mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Contohnya, negara maju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktiviti dunia, dari bidang sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderung melihat negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar samasama dapat bergelar masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasi muda sehingga pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat dominan. Pengaruh modenisasi yang kedua terhadap warisan bangsa ialah kurangnya penghargaan terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni pertukangan nenek moyang. Kita dapati kerakusan membina bangunan berciri moden telah hampir membenam keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kita lihat masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran budaya Melayu, Cina dan India. Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentang perkara ini. Terima kasih Datuk. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahli panel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa, warisan bangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan warisan budaya kita terus mendominasi kehidupan masyarakat. Saya amat tertarik dan kagum akan usaha Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang berusaha gigih agar batik dan songket kembali segar dalam masyarakat. Begitu juga usaha mantan Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja keras mempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan talapia dan ulam-ulaman. Di bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada ketika itu, pelbagai promosi dilakukan di hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan pasarpasar malam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan bangunanbangunan bersejarah di Banda Hilir , Melaka amat disyukuri.Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargai warisan bangsa kita. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati.

Pengerusi

Sekian, terima kasih.

You might also like