P. 1
Muqadimah

Muqadimah

|Views: 4|Likes:
Published by Amin Adi Affandi

More info:

Published by: Amin Adi Affandi on Aug 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/13/2014

pdf

text

original

Muqadimah

Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam namun dalam kepesatan teknologi dan kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab di antara satu sama lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

Kita lihat manusia hari ini sibuk membina rumah besar dan memasang pagar tinggi-tinggi dengan dinding tembok yang tebal sehingga memisahkan dirinya dari jiran sebelah dan hidup sendiri tanpa mempedulikan orang lain.

Marilah kita kembali kepada sunnah rasulullah dan ajaran Islam dalam menghidupkan masyarakat Islam dengan mengamalkan sunnah yang sudah semakin dilupakan iaitu menghidupkan semangat kejiranan.

Jiran Dalam Islam

Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.

Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail Ibnu Muhammad Ibnu Saad Ibnu Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

‫ازبع مه السعبدة, المساة الصبلحت والمسكه الىاسع والجبز الصبلح والمسكب الهىًء وازبع مه الشقبوة الجبز الشىء‬ ‫والمساةالسىء والمسكه الضٍق والمسكب السىء‬ “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).

Disebut oleh baginda rasulullah bahawa memiliki jiran yang baik termasuk salah satu di antara tanda-tanda kebahagiaan dan memperolehi jiran yang jahat dan tidak baik termasuk tanda keburukkan dan derita. Islam merupakan agama yang sempurna dan lengkap dengan segala pertunjuk dalam pelbagai perkara termasuk dalam soal kemasyarakatan.

Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa. Maka Islam dalam memelihara hak sesama manusia serta memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia dan akhirat turut memasukkan asek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan seperti yang disebut di dalam hadith tadi. Sekiranya dia seorang yang kaya dan menghuni di perumahan mewah maka jirannya ialah mereka yang mewah dan sekiranya dia miskin dan menetap di kampung maka jirannya terdiri di kalangan mereka yang sepertinya dan ada juga yang bercampur aduk.Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. . Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya. Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Maksud dan Jenis jiran Dalam Islam Allah swt telah berfirman : ْ ِ ِ َ ْ َ ِ ِ َ َْ َ َ ْ َ ْ ِ َ َ ُِ ْ ْ َ ‫واعبُدُوا َّللاَ والَ تُشسكىا بِه شٍئًب وبِبلىالِدٌه إِحْ سبوًب وبِري القُسْ بَى والٍَتَبمى والمسبكٍه والجبز ذي القُسْ بَى والجبز الجىُب‬ ِ ُ ْ ِ َ ْ َ َ ‫ه‬ ِ َْ َْ َ َْ ِ ‫والصهبحب بِبلجىب‬ ِ َْ ْ ِ ِ َ “Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa. ْ ِ ِ َ ْ َ Allah menyebut (( ‫ : ))والجبز ذي القُسْ بَى‬iaitu yang bermaksud jiran yang padanya terdapat hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. anak-anak yatim. orang miskin . jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman. Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah dengan perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan sahaja menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam satu kewajipan untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan kepada Allah swt. Juga ada yang mengatakan dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya berdekatan. Allah menyebut juga ((‫ : )) والجبز الجىُب‬iaitu yang bermaksud lawan kepada ayat sebelumnya yang ِ ُ ْ ِ َ ْ َ sebahagian ulama tafsir menyebut ianya ialah jiran yang tidak memiliki hubungan darah atau kekeluargaan seperti pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra.” (An-Nisa : 36). . juga yang mengatakan ianya bukan muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang disebut dalam riwayat dari Ikrimah dan Mujahid dan yang lain mengatakan yang dimaksudkan ialah jiran yang berjauhan rumahnya. kaum kerabat. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali Ibn Talhah daripada Ibn Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan Mujahid dan selain mereka yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama..

” (lihat dalam Fathul Bari m/s 441 Jilid 10). tafsir Qurtubi m/s 183 Jilid 5 dan Tafsir Ibn Katsir m/s 495 Jilid 1dan Tafsir Syaukani m/s 743 Jilid 1). Berkata Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra : “ Maksud nama jiran itu ialah merangkumi baik yang muslim atau yang kafir.Dan setiap makna dari tafsir di atas dapat dipakai dan memiliki kekuatan hujah masing-masing dan dapat dirangkumi sekaligus dalam maksud ayat. Kesemua makna yang tersebut di atas menrangkumi makna jiran dan memiliki hak ke atas muslim yang beriman dengan Allah swt untuk berlaku baik kepada jiran baik yang beragama Islam atau bukan baik yang berhubungan darah atau yang tidak ada hubungan darah baik yang berdekatan rumah atau berjauhan. Kedudukan jiran itu berbeza-beza martabat dan kedudukan sekalipun masing-masing memiliki hak untuk berlaku baik dan dimuliakan dan hal ini jelas daripada riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “ Wahai rasulullah. sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140) . (lihat tafsir Tabari m/s 175-180 Jilid 5. baik rakan atau musuh. baik yang memberi manfaat atau mudharat serta baik yang mempunya kekeluargaan atau yang tidak ada hubungan atau juga yang berhampiran rumahnya atau yang jauh rumahnya dan kesemuanya memiliki hak dan kedudukan antara satu sama lain. baik yang beribadah atau yang fasiq. baik yang asing atau yang senegeri..

Berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah. Demikian juga seperti yang disebut dalam kitab Tanbihul Ghafilin m/s 153 Jilid 1 dan Tafsir AlQurtubi m/s 183 Jilid 5 serta Fathul Bari m/s 441 Jilid 10 yang menyebut bahawa terbahagi jiran itu kepada 3 jenis seperti yang disebutkan di bawah : 1) Jiran yang muslim dan berhubungan darah – Mereka ini mempunyai tiga hak iaitu hak Islam. 3) Jiran yang bukan Islam – Mereka ini mempunyai satu hak iaitu hak kejiranan. hak kekeluargaan dan hak kejiranan 2) Jiran yang muslim tanpa hubungan darah – Mereka ini mempunyai dua hak iaitu hak muslim dan hak kejiranan. jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah dan jiran yang kafir. .

. 2140) 2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan Allah berfirman : ْ ِ ِ َ ْ َ ‫والجبز ذي القُسْ بَى‬ “.jiran tetangga yang berhubungan dekat” (An-Nisa: 36).Kedudukan Jiran Menurut keutamaan Dapat disimpulkan dari ayat surah An-Nisa dan pelbagai hadith mengenai keutamaan jiran bahawa jiran itu memiliki kedudukan berbeza mengikut keadaannya antara satu sama lain seperti yang turut disebut oleh Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya : 1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “Wahai rasulullah. Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu pahala sedekah dan dapat mengeratkan hubungan” . sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu” (hadith sahih riwayat Bukhari no..

1844 dan Ahmad 16276 serta Darimi dan Baihaqi juga Hakim dengan Isnad yang sahih. 2582 dan Tirmidzi no. 658.m/s 393). Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa telah berkata Muhammad Al-Basri “ Diluaskan majlis (dberi penghormatan dalam majlis) kepada penghafaz Al-quran. 3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat Allah berfirman : ‫ٌَسْ فَع َّللاُ الهرٌهَ ءامىُىا مىكم والهرٌهَ أُوتُىْ ا الع ْلم دَزجبث‬ ِ َ َ َ ِ ِ َ ُِْ َ َ ِ ‫ِ ه‬ “ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..” (Lihat Khatib Al-Baghdadi dalam Jami’ Akhlaq Rawi wa Adab Sima’. disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan dihasankan oleh Tirmidzi). 4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah Allah swt berfirman : َ ْ ََ ِ ُْ َ ْ َ ْ َ‫أَفَمه كبنَ مؤمىًب كمه كبنَ فَبسقًب الَ ٌَستَىُون‬ ِ “ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ? Sungguh mereka tidak sama” (As-Sajadah : 18). 5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Seorang muslim itu ialah saudara kepada muslim yang lain.” (Al-Mujadalah :11).” . tidaklah boleh dia menzaliminya dan menyerahkannya kepada musuh (untuk dianiayai). Ibn Majah no.(hadith sahih riwayat Nasaie no. ulama’ dan golongan tua dalam agama.

2310 dan Muslim no. 6496). . 2580) 6) Jiran yang kafir Allah swt berfirman : ‫والجبز الجىُب‬ ِ ُ ْ ِ َ ْ َ “Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh” (An-Nisa : 36). 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.(hadith sahih riwayat Bukhari no. (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no.

Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya. Fathul Bari m/s 447 Jilid 10 dan Jami Ulum Wal Hikam 347 Jilid 1). sebahagian yang lain mengatakan pula jiran ialah mereka yang dapat besolat berjemaah pada waktu subuh dan Jumaat bersama-sama. (lihat dalam Tafsir Al-Qurtubi m/s 185 Jilid 5. Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam satu lingkungan yang dapat mendengar iqamah solat.Had Lingkungan Kejiranan Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya seacra zahir kembali kepada uruf (adat setempat). Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil yang wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut : “ Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran” . Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien seperti Hasan Al-Basri. Al-Auzaie dan Az-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh buah rumah dari seluruh sisi penjuru. Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa pembesar suara maka dialah jiran. Kesimpulannya lingkungan kejiranan kembali kepada penakrifan umum dan adat setempat yang terpakai dalam sesuatu masyarakat kerana setiap kawasan berbeza adat dan budaya. Sekurang- .

.kurang lingkungan dan jumlah bilangan jiran ialah 40 buah rumah dari segenap sisi penjuru dan selebih-lebihnya ialah yang terpakai dan diamalkan oleh masyarakat setempat.

. anak-anak yatim. (hadith sahih riwayat Bukhari no. 2624).Kepentingan Jiran dalam Islam Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an : ْ ِ ِ َ ْ َ ِ ِ َ َْ َ َ ْ َ ْ ِ َ َ ُِ ْ ْ َ ‫واعبُدُوا َّللاَ والَ تُشسكىا بِه شٍئًب وبِبلىالِدٌه إِحْ سبوًب وبِري القُسْ بَى والٍَتَبمى والمسبكٍه والجبز ذي القُسْ بَى والجبز الجىُب‬ ِ ُ ْ ِ َ ْ َ َ ‫ه‬ ِ َْ َْ َ َْ ِ ‫والصهبحب بِبلجىب‬ ِ َْ ْ ِ ِ َ “Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa. . Adapun berkait soal jiran. di dalam Islam jiran menduduki kedudukan yang utama dan mulia disisi syarak dan perlu dipenuhi hak-hak dan kewajipan serta memuliakan mereka supaya tercapai salah satu kebahagiaan yang disebut di dalam hadith yang dinyatakan sebelum ini.” (An-Nisa : 36). 5668 dan Muslim no. jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman. kaum kerabat. orang miskin . Jelaslah bahawa perintah Jibril di atas menyuruh berlaku ihsan dan baik kepada jiran dan melayani mereka dengan baik tanpa mengira apakah muslim atau kafir dan apakah jahat atau baik. Bahkan di dalam kitab dan sunnah banyak sekali ayat-ayat dan hadith yang menyebut perintah menjalinkan hubungan sesama makhluk dan manusia dengan baik dan ihsan. Diriwayatkan daripada Aisyah ra dan Ibn Umar ra daripada nabi salallahualaihiwasalam yang bersabda : “ Selalu Jibril memesan kepadaku (supaya berlaku baik) perihal jiran sehingga aku seolah-olah menyangka mereka dapat mewarisi (harta pusaka)” . Allah memesan kepada hamba-hamba-Nya supaya menjalankan kewajipan menyembah-Nya dan juga dalam masa yang sama menjalankan kewajipan kepada sesama hamba-hamba yang lain.

(hadith sahih riwayat Muslim no. (hadith sahih riwayat Abu Daud no.48).5673 dan Muslim no.Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda. . 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. (hadith sahih riwayat Bukhari no. 5152 dan Tirmidzi no. 6496). 47. Juga baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya”. Hadith di atas sangatlah besar pengertiannya apabila rasulullah menghimpunkan keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan berlaku baik kepada jiran sekaligus bermakna iman kepada Allah itu bukanlah hanya di lisan atau hati sebaliknya mencakupi urusan amal perbuatan dan cabang-cabangnya sangatlah banyak serta salah satu dari cabang iman itu ialah memuliakan jiran dan berlaku baik kepadanya. 45). Demikian Al-Imam Baihaqi ra memasukkan dalam kitabnya Syabul Iman (Cabang Keimanan) dan menyebut pada cabang yang ke 67 dari cabang iman itu berdasarkan hadith 70 lebih cabang iman bahawa termasuk menghormati dan memuliakan jiran itu ialah cabang iman. Menyayangi jiran juga termasuk dari perintah Islam seperti dalam hadith nabi yang menyebut : “ Demi zat yang jiwaku berada dalam genggamannya tidaklah beriman seorang hamba itu sehingga dia mencintai jirannya atau saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri” .

Demikianlah disebut oleh baginda rasulullah bahawa hendaklah mencintai jiran dan memelihara hak mereka seperti mana kita mencintai diri kita sendiri dan mahu hak-hak kita dijagai dan dipelihara. Bahkan demikian itu merupakan kesempurnaan iman dan tanda sebagai seorang yang beriman kepada Allah. .

Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” . . Perbuatan menyakiti jiran ini adalah dilarang baik dengan perbuatan. perkataan dan lisan juga dengan cara dan sikap yang ditunjukkan dan tidaklah menjadi seorang yang benar-benar beriman di sisi Allah bagi mereka yang bermusuhan dengan jirannya. Islam tidak membebani seseorang itu dengan sesuatu hal yang melampau sehingga dia perlu memelihara jirannya dengan mengabaikan hak dirinya sendiri sebaliknya juga sehingga tidak mengabaikan hak jirannya dengan mengutamakan dirinya sendiri sebaliknya berlaku tangungjawab ini secara saksama. Daripada Abi Hurairah ra yang berkata telah bertanya kepada nabi salallahualaihiwasalam akan perihal seorang perempuan yang sesungguhnya dia itu berpuasa siang dan mendirikan solat malam tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya maka dijawab oleh baginda : “ Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka” dan ditanyakan kepada baginda akan perihal seorang perempuan yang lain yang bersolat sekadar yang wajib dan berpuasa ramadhan dan bersedekah tetapi tidak menyakiti jirannya maka dijawab : “Maka dia berada di syurga”. 5787 dan Muslim no. Berikut ialah di antara hak jiran yang wajar dipelihara : 1) Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt.Memenuhi Hak Jiran Kejiranan ialah satu daripada fitrah manusia yang hidup dalam masyarakat dan Islam itu berada di antara pertengahan dalam banyak perkara dengan tidak berlebih dan berkurang. 47). (hadith sahih riwayat Bukhari no. Menyentuh perihal jiran.

(hadith sahih riwayat Ahmad no. Sebaik-baik amal makruf dan mencegah mungkar itu ialah di dalam keluarga sendiri dan kemudian kepada jiran yang berdekatan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selama tidak membawa bahaya dan mudharat. 9673 dan Ibn Hibban no. Menegur dan menasihati jiran dengan kebaikan dan kasih sayang. (hadith sahih riwayat Bukhari no. 7304 dengan sahih Isnad dan disepakati oleh Adz-zahabi).48). 47. Baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.5673 dan Muslim no. 119 dan Hakim no. 3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka . Adapun bagi jiran yang beriman dan beragama Islam maka sekiranya jiran itu melakukan maksiat dan dosa serta kehidupannya tidak menuruti syariat Islam maka hendaklah didakwahkan dan berusaha dibimbing dengan nasihat dan teguran. 2) Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudharat Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah serta termasuk salah satu tanda keimanan. 5763 danBukhari dalam Adabul Mufrad no. membimbing mereka kepada syariat Allah dan mencegah mereka dari melakukan maksiat ialah sebaik-baik dakwah dan cara memuliakan mereka.

Juga daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda. 2625). 6496). 5152 dan Tirmidzi no. 19452 dan Hakim no. 4) Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan Termasuk di antara hak dan kewajipan seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar mampunya. 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. (hadith sahih riwayat Abu Daud no. . Rasulullah bersabda : “Bukanlah orang yang beriman sekiranya dia kenyang seorang diri sedangkan jiran disebelahnya kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “ Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan disebelahnya dan dia mengetahui keadaan jirannya itu” (hadith sahih riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 7307 dengan isnad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi dan berkata Hafidz Al-Munziri bahawa rijalnya siqah). (hadith sahih riwayat Muslim no. 112 dan Baihaqi dalam Sunan Kubra no.Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang menyebut telah bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.

juga bermaksud tidak menyerahkan mereka kepada musuh dan membelot kepada mereka serta juga tidak membiarkan mereka tanpa amaran apabila adanya bahaya mendekati mereka. mencederakan maruah atau nyawa mereka dan harta benda mereka. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah yang menyebut : “Tidaklah masuk syurga orang yang tidak mengamankan jirannya dari sesuatu yang boleh membahayakannya” dan dalam riwayat lain “ orang yang tidak menyelamatkan jirannya dari sesuatu yang memudharatkannya” . (hadith sahih riwayat Bukhari no. Hendaklah seorang yang beriman itu melindungi jirannya dari perkara yang membawa bahaya dan mudharat serta tidak menyerahkan mereka kepada musuhnya. 46). Berlaku khianat kepada jiran boleh terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiran yang boleh memalukan mereka. 5) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat Disebalik berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat serta membocorkan rahsia dan keaiban dari jirannya. Memelihara jiran dari sesuatu yang bahaya. Sabda rasulullah : “Sesungguhnya seorang lelaki itu berzina dengan sepuluh orang wanita adalah lebih ringan baginya daripada berzina dengan isteri jirannya” demikian juga apabila ditanya .Islam menetapkan bahawa hendaklah jiran itu membantu sekadar mampu dirinya untuk meringankan beban dan tekanan yang dihadapi dari kesusahan oleh jirannya dan demikianlah Islam berusaha memberi pertunjuk sedapat mungkin ke arah mencapai bahagia. 5670 dan Muslim no. Bahkan pelbagai cara boleh berlaku dan yang paling buruk dan jahat serta keji di sisi Allah ialah mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan kepada ahli keluarga mereka.

23905 dan Bukhari dalam Adabul Mufrad no.tentang mencuri maka dijawab : “Mencurinya seseorang itu daripada sepuluh buah rumah lebih ringan baginya daripada mencuri dari rumah jirannya” . . (hadith sahih riwayat Ahmad no. 103 dan tibrani dan berkata Hafidz Al-Munziri perawinya siqah).

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. Memiliki jiran yang beragama dan soleh dapat mempengaruhi kehidupan anak-anak dan memberikan contoh serta persekitaran yang selamat serta selesa kepada ahli keluarga. Bagi yang mempunyai anak-anak. tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat. Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai apa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup. serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” . jiran dapat menjadi teman dan contoh kepada perkembangan anakanak dan persekitaran yang terbentuk memberikan kesan kepada masa depan mereka. Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. Jiran merupakan teman sekehidupan yang berada berhampiran dengan kehidupan kita seharian dan mereka mempengaruhi keselesaan dan persekitaran hidup diri kita dan ahli keluarga. ْ ‫ه‬ َ ‫الَ ٌُكلِّفُ َّللاُ وَفسًب إِاله وسعهَب‬ َْ ُ “ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar kemampuannya” (Al-Baqarah : 286). 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama). Juga . isteri yang tidak baik. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no.Kesimpulan Hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari akhirat mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan sebaik dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang yang beriman.

1033 dan Abu ya’la no. .dengan memenuhi tanggungjawab dan peranan sebagai jiran yang baik merupakan salah satu daripada tanda keimanan dan contoh kebaikan kepada diri sendiri dan keluarga. Tidaklah bergelar muslim yang baik dan benar apabila seseorang itu memiliki nama terkenal dan berceramah atau melakukan dakwah tabligh ke masjid-masjid dan rumah orang lain sedangkan jirannya sendiri tidak didakwah dan kewajipan kepada ahli keluarga dan jiran yang berhampiran pun tidak dipenuhi. 6536 dan Ibn Abi Syaibah no. Islam itu mementingkan hubungan kemanusiaan yang baik dan menghimpunkan di antara keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan kelakuan baik serta akhlak dan budi perkerti mulia terhadap insan dan hamba Allah yang lain. (hadith sahih riwayat Ibn Hibban no. 1951 denga sanad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi). 25421 dan Hakim no. Marilah kita bersama-sama menjadi jiran yang baik dan berdoa kepada Allah swt seperti sabda baginda : “Ya Allah berikanlah aku perlindungan dari jiran yang jahat di tempat tinggalku” .

RUJUKAN 1) .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->