A) Skimming

Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

Prosedur Skimming

Langkah-langkah skimming: (a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk; (b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya; (c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’; (d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya; (e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea yang penting dan fakta; dan (f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.

Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.

B) Scanning Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepatdan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. Kecekapan scanning bergantung kepada penumpu an mental. (d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil. Langkah-langkah untuk scanning: (a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. (e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar. fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah. (b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang dicari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). . (c) Untuk mempercepatkan proses scanning.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful