You are on page 1of 2

Soalan Temu Bual Pelajar : Assalamualikum, Pak Cik!

En. Zulkifli: Waalaikumusalam. Pelajar : Saya adalah pelajar dari Sek. Men. Pei Chun, Mersing. Ingin menebual pak cik untuk Kerja Kursus Sejarah PMR saya. Boleh saya menebual pak cik? En. Zulkifli: Boleh, apa salahnya. Pelajar : Siapakah nama sebenarnya pak cik?

En. Zulkifli: Nama pakcik ialah Zulkifli B. Mucak. Pelajar : Berapa umur pak cik dan bila pak cik dilahirkan?

En. Zulkifli: Umur pak cik 65 tahun. Pak cik lahir pada tahun 1947. Pelajar : Baiklah, soalan seterusnya. Pak cik tinggal di mana ya?

En. Zulkifli: Pak cik tinggal di rumah no.5, Lorong Syed Hasan, Pt. Hasan, Pontian. Pelajar : Sudah berapa lama pak cik menceburi bidang membuat songkok ini? En. Zulkifli: Lebih kurang 35 tahun sejak 1977. Pelajar : Boleh pak cik nyatakan dengan jelas kedudukan kedai pak cik? En. Zulkifli: Kedai pak cik terletak di depan bangunan Tabung Haji, Jalan Alsagoff. Sudah lebih kurang 3 tahun kedai ini dibuka. Pelajar : Pak cik, kedai ini bernama SMS Songkok. Boleh pak cik ceritakan sejarah di sebalik nama SMS? En. Zulkifli: Oh, senang sahaja. Sebenarnya, pak cik ni berasal dari

Sumatera. Pak cik orang Minang. Pak cik berkahwin disana dan kami berpindah ke semenanjung Malaysia pada tahun 1977. Nama SMS itu diambil daripada 3 buah gunung di Sumatera barat iaitu Singarang, Merapi dan Sagor. Pelajar : Begitu rupa-rupanya. Seterusnya, dari mana ya pak cik Mempunyai kemahiran dalam membuat songkok? En. Zulkifli: Pak cik belajar dari bapa saudara pak cik yang tinggal di Alor Setar, Kedah selapas pak cik berpindah ke sini pada tahun 1977. Pelajar : Untuk memulakan perniagaan ini, pak cik mendapat modal dari mana? En. Zulkifli: Pak cik menggunakan modal sendiri. Hasil jualn songkok tersebut pak cik ambil untuk dijadikan modal. Ia bagaikan satu pusingan. Dalam tempoh sebulan, pak cik boleh menghasilkan 200 songkok. Pelajar : Pak cik ada membuat tempahan?

En. Zulkifli: Dulu ada. Sebelum tahun 2005 pak cik mengambil temapahan. Tetapi sekarang pak cik hanya buat sendiri.

You might also like