You are on page 1of 14

1.0.

SEJARAH PERMAINAN CONGKAK

Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita.Congkak merupakan sejenis permainan yang berasal daripada negara Arab.Hal ini demikian

kerana satu bukti tertua dijumpai oleh ahli sejarawan dan cari gali “National Geography” yang menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari

yang bentuknya seperti papan congkak bertarikh 5000 hingga 7000 sebelum Masihi di Jordan,sebuah negara Arab.

Dari negeri Arab,permainan ini tersebar ke Asia Tenggara disebabkan oleh pedagang-pedagang arab yang berdagang ke negeri Melaka yang merupakan pusat perdagangan yang terkenal pada zaman Kesultanan Melaka dulu.

Nama congkak diberi oleh kerana permainan ini mula dimainkan dengan

menggunakan kulit kerang atau digelar “congkak”.Dari situlah bermulanya nama

congkak ini.

2.0.

Peraturan Permainan Congkak

  • 1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan

dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

  • 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam

kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

  • 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.

Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

  • 4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran

berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada

pihak lawan.

  • 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan

buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'.

Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

3.0. CARA BERMAIN CONGKAK

Congkak dimainkan secara pusingan dan jumlah pusingan bergantung kepada ketepatan yang dibuat antara kedua-dua pemain.Matlamat permainan congkak ialah menamatkan permainan lebih awal daripada lawan,menghalang atau memastikan terus lawan daripada meneruskan permainan.

Permainan

congkak

dimainkan

pada

masa

lapang.

Pada permulaan

permainan,setiap kampung hendaklah dipenuhi dengan tujuh biji buah

congkak,permainan bermula dengan kedua-dua pemain memulakan permainan secara serentak.

Pemain akanmengambil semua buah daripada salah satu kampungnya dan memasukkan sebiji demi sebiji buah tersebut ke dalam setiap kampung yang dilaluinya,termasuklah sebiji ke dalam rumah congkak sendiri.

Jika buah terakhir berhenti di dalam kampung yang mempunyai buah di dalamnya,pemain boleh meneruskan permainan tersebut.Jika buah itu berhenti di rumah,pemain boleh memilih mana-mana kampung untuk meneruskan permainan.Tetapi,jika buah terakhir singgah di kampung yang tiada buah,pemain

dikira”mati” dan tidak boleh meneruskan permainan.Jika pemain mati di kampung

sendiri dan bertentangan dengan kamung pihak lawan,pemain berhak mengambil

buah di kampung pihak lawan tersebut (bertentangan sahaja) dan memasukkan ke

dalam rumah sendiri.Taktik ini digelar “tikam”.Sekiranya mati di tempat lawan,pemain

tidak dibenarkan berbuat demikian.

Apabila buah di kampung masing-masing tinggal beberapa biji sahaja lagi,maka mereka hendaklah berjalan setapak atau sekampung demi sekampung hingga ke rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang pemain kehabisan buah di kampungnya sendiri,dia dikira kalah pada pusingan tersebut.

Pada pusingan kedua,pemain akan mengisi buah ke dalam kampung sendiri daripada buah yang terdapat pada rumah masing-masnig.Setiap kampung perlu diisikan dengan tujuh buah.Jika seorang pemain kekurangan buah dan tidak cukup untuk diisi ke dalam kampung,dikira terbakar dan tidak boleh digunakan dalam pusingan tersebut.Buah berlebihan hendaklah disimpan ke dalam rumah sendiri.

Pemain yang memenangi pusingan pertama akan memulakan permainan dalam pusingan kedua.Cara bermain adalah sama seperti pusingan pertama.Jika pemain yang mempunyai kampung yang terbakar,dapat mengisi semula kampung tersebut dalam pusingan seterusnya dan boleh digunakan semula kampung tersebut.

Dalam permainan ini,mereka dikehendaki berusaha menambah bilangan buah seberapa banyak yang boleh ke dalam rumah masing-masing supayapihak lawan hilang kesemua buah di dalam rumahnya.Sesiapa yang memperolehi kesemua buah termasuk daripada kampung lawan dikira menang dalam permainan itu.

Pemenang

Terdapat beberapa cara untuk menentukan kemenangan dalam permainan congkak.Antaranya adalah dengan mengira jumlah buah congkak yang diperoleh.

Sekiranya terdapat banyak buah di dalam lubang rumah,sehingga berlebihan walaupun telah dimasukkan lubang kampung,bermakna pemain telah memenangi permainan tersebut.Ini disebabkan pemain telah berjaya mendapatkan buah lawan sehingga mampu meletakkan buah ke dalam rumahnya.

Cara lain untuk mendapatkan kemenangan ialah dengan menapak. Sekiranya seorang pemain lambat memasukkan buah ke dalam lubang rumah,dia akan dianggap pemenang.Ini bermaksud kelambatan memasukkan buah congkak ke dalam lubang rumah disebabkan buah di lubang kampung banyak.Oleh itu,pemain mngambil masa yang lebih lama untuk memasukkan buah ke dalam lubang kampung.

4.0.

Pengurusan Permainan Congkak.

1) Menyediakan papan congkak dan buahnya:

Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Papan congkak adalah satu kayu bujur yang berbentuk sampan yang mengandungi dua barisan 7 lubang yang sederet yang bertentangan yang dinamai

„kampung‟ dan satu lubang di setiap bahagian hujungnya yang dinamai „rumah‟. Selain dari papan congkak, permainan ini memerlukan „buah‟ sebanyak 98 biji.

Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga,

batu-batu kecil dan sebagainya.

2) Pemain:

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain sahaja. Pemain juga harus mengetahui peraturan-peraturan permainan dan cara- cara permainan.

3) Undian:

Mengunakan pelbagai cara undian seperti “wan to som” atau juga "one, two,

zuum" merupakan satu kaedah pengundian yang dilakukan oleh kanak-kanak bagi menentukan giliran dalam sesuatu permainan. Ia hampir serupa dengan Batu- Gunting-Kertas. Ia dilakukan secara berkumpulan dengan mengucapkan "wan tu som" secara serentak, sebelum menunjukkan gengaman tangan (batu), telapak tangan (air) atau tangan bermuncung (burung). Batu dikira kalah dengan air kerana batu tenggelam dalam air. Air kalah dengan burung kerana burung minum air.

Burung kalah dengan batu kerana burung dilastik dengan batu.

Selain menggunakan kaedah wan tu som, undian bagi menentukan giliran juga dilakukan melalui kaedah Lai lai li tam plong.

4) Pengadil:

Pengadil hendaklah dipilih melalui kelayakan yang secukupnya seperti mengetahui perturan permainan dan cara permainan Mempunyai sifat yang jujur, adil, berintegriti, dan sebagainya.

REFLEKSI REFLEKSI (MUHAMMAD AFIFI BIN ABU BAKAR)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya dapat juga kami menyelesaikan tugasan ini. Dalam refleksi saya, Muhammad Afifi bin Abu Bakar, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Cikgu Matsah bin Idris kerana banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dan dorongan. Turut tidak dilupakan, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sekumpulan saya yang bersama-sama berusaha mencari maklumat dan bahan untuk tajuk permainan tradisional yang kami dapat iaitu permainan congkak.

Sepanjang pencarian maklumat yang telah kami lakukan, permainan tradisional amat popular di seluruh Malaysia dan setiap dari kita sudah mula bermainnya sejak kecil lagi termasuk diri saya. Permainan congkak amat popular di kampung-kampung, tidak kurang di bandar-bandar. Jadi, tidak hairanlah permainan congkak di kenali oleh semua orang.

Kami banyak mencari maklumat-maklumat berkenaan di laman web yang berkaitan kerana sumber di pusat sumber tidak mencukupi. Kami menggunakan inisiatif ini kerana dunia di hujung jari pada masa kini banyak menyediakan maklumat-maklumat di dalam internet. Kami juga telah melakukan demostrasi kepada rakan-rakan tentang cara bermain permainan ini.

Akhir kata, saya berbangga menjadi warganegara Malaysia kerana banyak warisan tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita yang terdahulu untuk kita terutama sekali permainan yang tidak lekang dek hujan dan tidak lekang dek panas iaitu permainan congkak.

REFLEKSI ( MOHD KHAIRUL IKHWAN BIN ZUMAT )

Pertama syukur

kehadrat ilahi kerana mengizinkan kami untuk menyiapkan

kerja kursus ini. Kedua, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Mat Sah bin Idris kerana telah banyak memberikan bimbingan dalam proses penyiapan kerja kursus ini.

Kerja kursus ini telah mengimbau kami tentang sejarah permainan tradisional yang pernah dipopularkan oleh nenek moyang kita dahulu kala. Walaupun permainan tersebut agak pelik, namum ia banyak menguji fizikal dan mental kita. Terdapat banyak permainan tradisional yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita seperti congkak, konda-kondi, catur cina dan sebagainya. Selain itu, permainan ini juga tidak melibatkan kos yang banyak seperti permainan moden sekarang. Permainan tradisional lazimnya boleh dibuat daripada kayu dan bahan terbuang seperti plastic, kotak dan kertas.

Kami telah diberi tanggungjawab untuk membentangkan salah satu daripada permainan tradisional iaitu congkak. Congkak ialah permainan tradisional yang paling popular dari zaman dahulu kala hinggalah sekarang. Congkak mempunyai lubang yang disi dengan guli dan dikenali sebagai rumah dan kampung. Pemain haruslah bermain dan mempertahankan rumah daripada terbakar. Strategi dan teknik yang tinggi amat dititikberatkan untuk menang dalam permainan ini. Pemain yang rumahnya terbakar dikira kalah dan pemain yang berjaya mempertahankan rumahnya dinobatkan pemenang.

Konklusinya, kita sebagai generasi muda-mudi Malaysia mestilah mempertahankan dan menjunjung warisan nenek moyang kita seperti permainan tradisional. Permainan ini boleh mengeratkan ukhuwah seseorang dan meningkatkan jati diri kita sesame kaum yang lain. Oleh itu, kita mestilah menghayati dan menjaga warisan nenek moyang kita agar negara kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

REFLEKSI( MUHAMAD SUKRI BIN ABU HASSAN)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya dan rakan-rakan menyiapkan kerja kursus pendek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang telah di beri. Terima kasih saya ucapkan kepada En. Matsah bin Idris kerana dapat meluangkan masa memberi tunjuk ajar kepada kami.

Saya berasa gembira kerana di beri tajuk permainan tradisional dan kami memilih permainan congkak sebagai permainan tradisional pilihan. Walaupun sebelum ini kami agak sukar untuk mencari maklumat mengenai permainan tradisional ini tetapi kami gagah untuk mencari maklumat dan mentelaah buku di pusat sumber bagi mendapatkan maklumat mengenai permainan tradisional ini. Namun, walaupun begitu kami tetap dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Di dalam kerja kursus ini, saya dapat mengetahui asal-usul permainan congkak. Saya juga baru tahu bahawa permainan ini juga di mainkan oleh orang Afrika. Selain itu, permainan congkak ini mempunyai kampung dan rumah, 14 rumah dan 2 kampung. Permainan ini dahulunya dimainkan di atas tanah bersama dengan biji getah. Permainan ini amat digemari oleh golongan wanita.

Akhir kalam, terima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang bekerjasama dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Semoga dengan usaha ini kita dapat memartabatkan permainan tradisional kita di mata dunia.

REFLEKSI (MOHD HALIM BIN MASOM)

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk menyiapkan tugasan ini dan sekaligus dapat mengetahui secara lebih mendalam tentang permainan tradisional lebih-lebih lagi permainan congkak. Kami secara berkumpulan telah ditugaskan oleh Cikgu Mat Sah untuk mencari maklumat tentang permainan congkak.

Dalam permainan ini, saya dapat sedikit sebanyak ilmu tentang permainan congkak ini antaranya ialah permainan congkak ini adalah permainan yang diwarisi turun-temurun dan telah dilupakan sedikit demi sedikit dek kerana arus pembangunan yang semakin membangun. Permainan ini sebenarnya dimainkan oleh perempuan. Untuk permainan ini hanya memerlukan 2 orang sahaja. Kemudian, para pemain perlulah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Selain itu, para pemain perlulah mengetahui cara-cara permainan yang telah ditetapkan dan permainan ini mempunyai pengurusan permainan yang juga telah ditetapkan. Sekiranya semua perkara ini ada pada pemain maka permainan boleh dimulakan dan akan berjalan dengan lebih lancar.

Selepas saya selesai melakukan tugasan ini, saya merasa lega kerana mungkin pada suatu hari nanti saya diarah mengajar subjek ini kepada para pelajar maka ia akan lebih memudahkan saya untuk mengajar mereka kerana saya sudah mengetahui subjek ini dengan lebih dekat. Akhir sekali sama-samalah kita menjaga warisan nenek moyang kita sebelum ianya dilupakan oleh generasi yang akan datang.

NAMA : MUHAMMAD SYAMIM BIN ISMAIL UNIT : PPISMP BAHASA ARAB AMBILAN JUN 2011

Setelah menyempurnakan tugasan ini kira-kira dalam tempoh dua minggu, banyak manfaat serta pengalaman yang saya dapat. Pertama sekali, tentulah ilmu pengetahuan. Saya mengetahui dengan jelas mengenai sejarah permainan tradisional congkak. Selain itu, bagaimana cara untuk bermain congkak. Ini secara tidak langsung melatih saya mempraktikkan cara bermain congkak dengan lebih mahir.

Selanjutnya, saya dapat melatih diri supaya tahu mencari maklumat tentang tajuk tugasan ini. Sebenarnya maklumat dari internet ini tidak semuanya tepat-tepat belaka. Namun, bagi sesetengah individu yang kerap mencari maklumat melalui internet, mereka akan tahu untuk merujuk maklumat yang dipercayai. Sepertimana saya berjaya mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Tambahan pula, pada awalnya saya tidak memahami kehendak soalan. Walaubagaimanapun, oleh sebab semangat dan rasa tidak putus asa, akhirnya saya mampu untuk memahami topik ini. Saya juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam menyempurnakan tugasan yang diberi. Antaranya, sabar ketika menghadapi masalah apabila tugasan tidak disimpan dan hilang. Mujurlah sedikit sahaja.

Akhir

sekali,

apabila

saya

ditugaskan

sebagai

guru

kelak,

saya

boleh

mengajar murid-murid disekolah mengenai cara bermain congkak yang betul

besertakan peraturan permainan yang ditetapkan.

KESIMPULAN

Permainan tradisional congkak ini telah wujud sejak zaman nenek moyang kita dahulu yang dulu ianya sangat popular. Lama kelamaan, popularitinya semakin menurun sehingga sekarang. Permainan congkak yang dimainkan dahulu tidak seperti zaman moden sekarang. Malah, pertandingannya pun tidak diperlihatkan lagi. Hanya di sesetengah sekolah sahaja yang dipertandingkan untuk memeriahkan persatuan kokurikulom mereka.

Kesimpulanya, kemungkinan permainan tradisional ini akan lupus dan

dianggap tidak wujud lagi dengan ada nya permainan-permainan baru yang lebih canggih daripada congkak ini seperti anak-anak muda sekarang yang hanya

mempertangahkan permainan video. Ini akan menyebabkan mereka „TIDAK TAHU‟

apa itu congkak. Kemungkinan juga, congkak akan dibuat perhiasan sahaja dengan

ada nya ukiran-ukiran ditepinya dan bentuk-bentuk yang unik.

Oleh itu, warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara.

RUJUKAN

Ensiklopedia Malaysiana , Jilid 3 ( Bintik Czech ) , Edisi 1996 . Kuala Lumpur :

Anzagain Sdn. Bhd.

Jasiman Ahmad , 2004 . Permainan Tradisional . Kuala Lumpur : GoodMark Enterprise.

Rosnah Din. 2003. Warisan permainan dan kebudayaan kompang :Perpustakaan Negara Malaysia.

LAMPIRAN

LAMPIRAN Gambar menunjukkan congkak yang digunakan oleh bangsawan di Malaysia Gambar menunjukkan congkak Ikan Gambar menunjukkan

Gambar menunjukkan congkak yang digunakan oleh bangsawan di Malaysia

LAMPIRAN Gambar menunjukkan congkak yang digunakan oleh bangsawan di Malaysia Gambar menunjukkan congkak Ikan Gambar menunjukkan

Gambar menunjukkan congkak Ikan

LAMPIRAN Gambar menunjukkan congkak yang digunakan oleh bangsawan di Malaysia Gambar menunjukkan congkak Ikan Gambar menunjukkan

Gambar menunjukkan bermain congkak di atas tanah