You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH PENGIRAN OMAR 11 PETI SURAT 292, 89857 SIPITANG, SABAH Tel Faks

: 087-822068 : 087-822037

Ruj : SMPO11(S)600-5/5(01) Tarikh : 24 MEI 2012 Kepada, Ibu bapa/Penjaga Tuan/Puan MEMOHON SUMBANGAN BUKU SEMPENA PROGRAM PUSAT SUMBER SATU KELUARGA SEBUAH BUKU Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sempena program pusat sumber yang bertemakan Satu Keluarga Sebuah Buku, pihak pusat sumber Sekolah Menengah Pengiran omar II ingin memohon sumbangan ikhlas apa sahaja jenis buku yang berunsur ilmiah atau buku fiksyen/bukan fiksyen/buku cerita/jurnal/ buku rujukan dan sebagainya sebagai sumbangan daripada pihak tuan/puan kepada pusat sumber sekolah. 3. Sumbangan bahan bacaan dari pihak tuan/puan amatlah kami harapkan memandangkan pusat sumber sekolah menghadapi masalah kekurangan bahan bacaan untuk pelajar-pelajar di sekolah ini. 4. Diharapkan dengan adanya sumbangan sekurang-kurangnya sebuah buku dari setiap pelajar atau keluarga akan dapat membantu warga Sekolah Menengah Pengiran omar 11 untuk menambahkan koleksi bahan bacaan pusat sumber bagi kegunaan pelajar-pelajar di sekolah ini. 5. Segala perhatian dan bantuan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. SEPAKAT MEMBURU KEGEMILANGAN Saya yang menurut perintah

. (ABD. GHANI BIN MD. ALI) Pengetua SMK Pengiran Omar II, Sipitang.

SEKOLAH MENENGAH PENGIRAN OMAR 11 PETI SURAT 292, 89857 SIPITANG, SABAH Tel Faks

: 087-822068 : 087-822037

Ruj : SMPO11(S)600-5/5(02) Tarikh : 24 MEI 2012 Kepada, Guru-Guru Sekolah Menengah Pengiran Omar 11 Tuan/Puan MEMOHON SUMBANGAN BUKU SEMPENA PROGRAM PUSAT SUMBER SATU KELUARGA SEBUAH BUKU Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sempena program pusat sumber yang bertemakan Satu Keluarga Sebuah Buku, pihak pusat sumber Sekolah Menengah Pengiran omar II ingin memohon sumbangan ikhlas apa sahaja jenis buku yang berunsur ilmiah atau buku fiksyen/bukan fiksyen/buku cerita/jurnal/ buku rujukan dan sebagainya sebagai sumbangan daripada guru-guru kepada pusat sumber sekolah. 3. Sumbangan bahan bacaan daripada guru-guru amatlah kami harapkan memandangkan pusat sumber sekolah kita menghadapi masalah kekurangan bahan bacaan untuk pelajar-pelajar di sekolah ini. 4. Diharapkan dengan adanya sumbangan sekurang-kurangnya sebuah buku dari setiap guru akan dapat membantu warga Sekolah Menengah Pengiran omar 11 untuk menambahkan koleksi bahan bacaan pusat sumber bagi kegunaan pelajar-pelajar di sekolah ini. 5. Bahan bacaan tersebut bolehlah diserahkan kepada cikgu Helen/Cikgu Rohani/Cikgu Salbiah/Cikgu Verdha/Cikgu Pamela. Terima kasih kepada guru-guru yang telah memberikan sumbangan buku /majalah/buku rujukan kepada pusat sumber sebelum ini. 6. Sumbangan ikhlas daripada guru-guru amatlah kami hargai dan semoga segala kebaikan guru-guru hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya. Sekian. SEPAKAT MEMBURU KEGEMILANGAN Saya yang menurut perintah

. (ABD. GHANI BIN MD. ALI) Pengetua SMK Pengiran Omar II, Sipitang.

SEKOLAH MENENGAH PENGIRAN OMAR 11 PETI SURAT 292, 89857 SIPITANG, SABAH Tel Faks Ruj Tarikh Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kompleks Dewan Bahasa Dan Pustaka Sabah, Telok Likas, 88873, Kota Kinabalu, Sabah. Tuan Pengetua, Sekolah Menengah Pengiran Omar II, Peti Surat 292, 89857, Sipitang Sabah. Tuan/Puan
MEMOHON SUMBANGAN BUKU UNTUK KEGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

: 087-822068 : 087-822037 : SMPO11(S)600-5/5(03) : 24 MEI 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Pusat sumber Sekolah Menengah Pengiran omar II ingin memohon sumbangan ikhlas apa sahaja jenis buku yang berunsur ilmiah atau buku fiksyen/bukan fiksyen/buku cerita/jurnal/ buku rujukan dan sebagainya sebagai kegunaan pelajar di sekolah ini. 3. Sumbangan bahan bacaan daripada pihak tuan/puan amatlah kami harapkan memandangkan pusat sumber sekolah Menengah Pengiran Omar II menghadapi masalah kekurangan bahan bacaan untuk pelajarpelajar di sekolah ini. Bahan bacaan yang ada tidak mencukupi untuk pelajar dan menyebabkan pelajar tidak dapat membuat pinjaman buku untuk di bawa balik ke rumah. Pelajar hanya boleh merujuk di pusat sumber sekolah sahaja memandangkan buku yang terdapat di pusat sumber sekolah masih tidak dapat menampung jumlah pelajar di sekolah ini. 4. Diharapkan dengan adanya sumbangan daripada pihak tuan/puan akan dapat membantu warga Sekolah Menengah Pengiran omar II untuk menambahkan koleksi bahan bacaan pusat sumber bagi kegunaan pelajar-pelajar di sekolah ini. 5. Sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan buku ini, bolehlah berhubung dengan Cikgu Helen selaku guru pusat sumber di talian 016-8205929 6. Sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan semoga segala kebaikan tuan/puan hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya. Sekian.
SEPAKAT MEMBURU KEGEMILANGAN

Saya yang menurut perintah

.
(ABD. GHANI BIN MD. ALI)

Pengetua SMK Pengiran Omar II, Sipitang.