You are on page 1of 3

Kumpulan Hafiz & Amzar Pengajian Am Kertas 1 Penilaian 7 Soalan 58 Manakah dasar yang dapat merangsang persekitaran inovasi

dalam Model Ekonomi Baru ? I Memastikan perlindungan hak harta intelek II Menggalakkan hubungan P&P antara institusi III Mengurangkan ketaksamaan pendapat IV Tidak bertolak ansur dalam rasuah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Opsyen I

II

III

IV

Penerangan Harta intelek merujuk kepada penciptaan intelektual, terutamanya rekaan-rekaan teknologi, dan karya-karya seni dan kesusasteraan. Hasil rekaan dan karya di bawah perlindungan hak cipta hanyA boleh digunakan dengan kebenaran pencipta, pengarang atau pemilik hak cipta. Perlindungan harta intelek dapat mendorong perkembangan innovasi dan kreativiti terutamanya dalam Model Ekonomi baru Pembudayaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) merupakan ciri teras MEB. Penyelidikan dan pembangunan tidak semestinya dalam konteks produk yang boleh dilihat sahaja, bahkan sesuatu idea yang dihasilkan melalui penyelidikan juga dapat memberi kesan kepada suatu tindakan yang kreatif dan inovasi. Mengurangkan ketaksamaan pendapat bukanlah salah satu daripada strategi merangsang persekitaran inovasi MEB . Ianya tiada kaitan dengan persekitaran inovasi MEB Tidak bertolak ansur dalam rasuah juga bukan salah satu objektif dalam merangsang persekitaran inovasi MEB. Namun begitu, hal berkaitan rasuah ada ditetapkan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) nagi memastikan tiada kegiatan rasuah yang berlaku dalam perkhidmatan sekaligus memantapkan lagi pembangunan negara

Jawapan : A

Soalan 59 Matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh akan dapat dicapai berasaskan faktor-faktor berikut, kecuali A transformasi menyeluruh B perancangan dan pelaksanaan holistik C perancangan dan pelaksanaan berterusan D pendekatan dan pelaksanaan konservatif

Antara strategi utama untuk menjamin perancangan dan pelaksanaan menyeluruh dan berterusan adalah menerusi tindakan seperti yang berikut: (a) Matlamat KRA Nasional dengan KRA RMK-10 (i) Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi (ii) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama (iii) Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif (iv) Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup (v) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Jawapan : D

Soalan 60 Manakah gagasan berikut secara langsung telah digubal untuk membantu mencapai matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh ? I 1Malysia II Rukun Negara A I dan II B I dan IV III Dasar Penswastaaan IV Model Ekonomi baru C II dan III D III dan IV

Opsyen I II

III

IV

Penerangan 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu wawasan 2020 dapat dicapai Di isytiharkan pada 31 Ogos 1957 sebagai ideologi kebangsaan negara yang bertujuan menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum -mengurangkan beban kewangan kerajaan dengan memindahkan operasi sektor awam kepada sektor swasta -meningkatkan mutu perkhidmatan dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti -Di lancarkanoleh Dato Seri Mohd Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010 -MEB berasaskan pendekatan holistik bagi menjamin kualiti hidup rakyat dan mencapai pembangunan ekonomi secara terus mampan dalam jangka masa panjang

Jawapan : B

INFO Matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh ( RMK-10) ialah : (i) Membina infrastruktur bertaraf dunia (ii) Meningkatkan kecekapan pengangkutan awam (iii) Perumahan asas kepada kesejahteraan rakyat (iv) Alam sekitar tanggungjawab kita