You are on page 1of 16

Yasotha Paramasingam Vikneswary Subramaniam Shemasubamalar Manogaran Mageswary Gobal Devagi Sinnapa

Maksud etika : - cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan

Maksud Etika Guru : - Suatu sistem yang diatur sebagaipanduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik

Etika perlu dalam profesion perguruan :


- Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka - Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum. - Guru dikawal oleh etika perguruan.

PAKAIAN GURU-GURU DI SEKOLAH SPI Bil. 6/1985


Pakaian yang bersesuaian melambangkan budi bahasa yang

baik. Untuk meneruskan tradisi pakaian yang bermutu tinggi,


sekurang-kurangnya perkara yang berikut hendaklah diambil perhatian oleh semua guru di sekolah.

3.2.1 Mini skirt, pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian

tertentu, seluar pendek, seluar jeans yang ketat dan pakaian yang
bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah tidak dibenarkan.

Perhiasan muka atau make-up yang melampau adalah

tidak sesuai.
Baju-baju Hawaii yang beragam warna tidak sesuai.
Baju T dan trek untuk PJK sehingga balik. Rambut panjang yang kemas atau memakai tudung

kepala bagi guru wanita dan rambut pendek dan kemas bagi guru lelaki.

Guru perlu memakai Tanda Nama setiap hari.

Guru lelaki dikehendakii memakai tali leher sekolah / bush jacket pada

waktu perhimpunan setiap minggu dan untuk upacara rasmi sekolah. (Digalakkan untuk setiap hari)

Pakaian bengkel tak dibenarkan kecuali di semasa amali

Semua guru dikehendaki memakai baju batik buatan Malaysia pada 1 dan 15

haribulan pada setiap bulan.

SELIPAR / CAPAL tidak sesuai dipakai waktu persekolahan

ETIKA PAKAIAN LELAKI


1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan 1 (iaitu kumpulan A dan B) dibenarkan untuk memakai lounge suit atau bush-

jacket atau baju kemeja bertali leher dan berseluar panjang


yang sesuai warnanya. Baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang dan lengan panjang hendaklah jangan dilipat lengannya.

Sambungan
1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan II
(iaitu Kumpulan C dan D) dibenarkan memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai warnanya. Baju

hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada


paras pinggang dan baju kemeja lengan panjang hendaklah jangan dilipat lengannya. Pegawai yang bertugas di kaunter dikehendaki memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai serta bertali leher.

Sambungan
1.3 Pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran agama
Islam, kakitangan yang beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok (bukan jenis ketayap) atau baju Melayu yang seumpama bentuknya, berseluar panjang dan

bersongkok. Baju Melayu yang dipadankan dengan


kain sarong atau seumpamanya tidak dibenarkan.

Sambungan .
1.4 Kasut hendaklah dari jenis kulit atau yang sejenis dengannya.

Selipar,kasut sukan dan kasut getah tidak boleh dipakai semasa waktu
bekerja.

1.5 Jeans, kemeja T sama ada berkolar atau tidak dan seluar pendek tidak dibenarkan dipakai semasa waktu bekerja.

1.6 Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Mewarna rambut dengan fesyen yang keterlaluan tidak dibenarkan.

ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN


2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.

2.2 Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat serta tidak
menunjukkan bentuk tubuh badan.

2.3 Seluar panjang yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan hendaklah dipadankan dengan baju yang labuhnya melebihi

Sambungan
2.5 Jeans, baju T sama ada berkolar atau tidak, dan seluar

pendek tidak dibenarkan sama sekali.

2.6 Tudung kepala yang menutup sebahagian atau seluruh muka (berpurdah) tidak dibenarkan.

2.7 Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu


pejabat.

BAJU BATIK Semua kakitangan digalakkan memakai baju batik pada setiap hari Khamis. PAKAIAN SERAGAM Kakitangan yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah memakainya secara lengkap semasa waktu bekerja.
PENGECUALIAN Bagi kakitangan yang tugasnya termasuk di luar pejabat, pengecualian tertentu daripada peraturanperaturan di atas adalah dibenarkan.