P. 1
Definisi Kajian Tindakan-k3

Definisi Kajian Tindakan-k3

4.8

|Views: 14,374|Likes:
Published by emi_ariyani

More info:

Published by: emi_ariyani on Jan 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

05/14/2014

PERBEZAAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN-KAJIAN YANG LAIN

Definisi Kajian Tindakan Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama (Pengetua sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan. Latar Belakang kajian Tindakan Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:· • • Keputusan kumpulan Komitmen kepada peningkatan kerja.

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988). Pada tahun 1953, Idea Lewin diperkembang oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. John Elliot (1976) dan rakan-rakannya pula menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan McTaggart telah 1

mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988). Senario Kajian Tindakan di Malaysia Kementerian Pendidikan, khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD) telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai ‘Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER)‘. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun 1993 sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER. Selain usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam membantu dan memberikan sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Antaranya termasuklah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.

2

Perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian lain yang berbentuk formal
Topik Penyelidikan Formal Penyelidikan Tindakan Cara sendiri atau dengan rundingan boleh Pengetahuan yang diaplikasikan kepada keadaan spesifik Permasalah atau matlamat yang sedang dihadapi

Latihan yang penyelidik

diperlukan

oleh

Ekstensif, meluas Pengetahuan yang digeneralisasikan Kajian penyelidikan yang lalu Ekstensif, primer Rambang perwakilan Kawalan panjang menggunakan atau

Matlamat penyelidikan Kaedah untuk permasalahan mengenalpasti

Prosedur untuk kajian literatur Pendekatan persampelan Desain penyelidikan Prosedur Pengkukuan Analisis Data Aplikasi hasil dapatan

sumber Sepintas lalu, menggunakan sumber sekunder

persampelan Pelajar atau klien yang ada kaitan dengan kerja pengkaji jangka masa Prosedur longgar, boleh ubah semasa kajian, jangka masa semasa, kawalan melalui triangulasi Ukuran yang mudah atau ujian piawai

ketat,

Penilaian dan ukuran praujian

Fokus pada kesignifikanan Ujian statistiks; teknik kualitatif praktikal, bukan statistiks; & kuantitatif menyembahkan data mentah Penekanan kepada signifikan teori Penekanan praktikal kepada signifikan

3

KAJIAN TINDAKAN Tujuan Kajian Tindakan Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of : a. their social or educational practices; b. their understanding of these practices, and c. the situations (and institution) in which these practices are carried out (Carr dan Kemmis :1986) Car dan Kemmis menyatakan terdapat dua tujuan penting Kajian Tindakan iaitu memperbaiki dan melibatkan diri. Terdapat tiga matlamat yang hendak dicapai iaitu memperbaiki, mendalami dan memahami amalan. Amalan-amalan ini dapat dilakukan dalma empat fasa iaitu merancang, melaksana, menilai dan mereflek. Tujuan umum kajian tindakan ini ialah memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan. Tujuan-tujuan Kajian yang lain ialah 1. 2. 3. 4. 5. 6. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung denganamalan pengajaran dan pembelajaran. Memperkembangkan kemahiran profesional guru khususnya mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan. Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan. Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin. Meningkatkan amalan-amalan profesional. Dengan ini guru mempunyai hakmilik dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan dan diberikan kuasa untuk membuat keputusan. 7. Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri.

4

8. 9.

Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha perkongsian pengalaman. Ini dapat memperbaiki prestasi kerja. Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan membuat analisis kekuatan dan kelemahan.

Rekabentuk Kajian Tindakan Rekabentuk kajian tindakan adalah berbeza daripada kajian konvensional. Ini kerana kajian tindakan dijalankan di sekolah adalah untuk kegunaan dan dilakukan oleh guruguru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan seperti pedagogi. Ini adalah bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Rekabentuk kajian tindakan juga adalah berbeza berdasarkan sekolah-sekolah. Rekabentuk kajian tindakan terbahagi kepada beberapa bahagian atau peringkat. Di dalam laporan akhir kajian tindakan rekabentuk kajian di letakkan di bahagian metodologi iaitu bahan dan kaedah kajian dijalankan. Pada peringkat awal rekabentuk kajian tindakan, tinjauan awal perlu dilakukan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal sebelum sesuatu kajian itu dijalankan. Tinjauan awal Tinjauan awal dilakukan dengan mengumul data-data yang diperolehi daripada beberapa cara seperti boring-borang selidik, pemerhatian terhadap reaksi pelajar semasa guru sedang mengajar dan analisi keputusan yang diperolehi. Merancang Seterusnya ialah merancang bagaimana kajian hendak dijalankan. Kemudian menjalankan ujian pra ujian kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman mereka. Ini penting untuk menguji samaada kaedah yang hendak dikaji itu berkesan atau tidak. Berkesan atau tidak sesuatu kajian, adalah bergantung kepada perbezaan keputusan yang

5

didapati adalah lebih baik daripada pra ujian. Pemerhatian juga dijalankan terhadap kaedah dan amalan guru mengajar serta reaksi pelajar semasa guru mengajar. Pelaksanaan Tindakan Perlaksaan tindakan dijalankan selepas semua data dan pra ujian dilakukan. Ujian dilakukan terhadap sampel-sampel yang telah ditetapkan. Tindakan yang di jalankan Tindakan kemudian dijalankan dengan mengambil sesuatu topik yang telah diajar sebelum ini. Ini untuk memastikan sesuatu kajian itu lebih berkesan. Sebagai contoh ujian kajian penggunaan kaedah pengajaran dengan teknik simulasi, syarahan dan penceritaan dengan mengambil satu topik asas mata pelajaran sejarah tingkatan 1 iaitu Kerajaan Awal di Asia Tenggara. Kemudianya topok ini diajar dengan menggunakan ketiga-tiga teknik tesebut. Selepas tamat bab diajar dengan ketiga-tiga teknik tersebut, para pelajar akan menduduki satu ujian untuk menilai keberkesanan teknik-teknik pengajaran. Pemerhatian dan kesimpulan Pemerhatian dan kesimpulan diambil selepas keputusan ujian telah dianalisis. Sebagai contoh teknik yang paling berkesan digunakan adalah teknik simulasi. Ini kerana pelajar lebih berminat untuk mengikuti sesi pengajaran yang mempunyai banyak aktiviti dan berinteraksi mengeluarkan pendapat dan cadangan. Kemudianya pemerhatian dilakukan untuk melihat respon pelajar terhadap apa yang di ajar oleh guru.

Dapatan Kajian Dapatan Kajian adalah apa yang telah didapati melalui kajian yang telah dijalankan berdasarkan rekabentuk kaiian.

Subjek Kajian Tindakan

6

Seperti mana yang diketahui, keistimewaan kajian tindakan yang membezakannya dengan kajian konvensional ialah penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian sebagai salah satu subjek kajian. Ianya berfungsi sebagai penyelidik dan juga subjek atau entiti yang dikaji. Jika kajian konvensional, penyelidik hanya bertindak sebagai penyelaras atau individu yang berkecuali, kajian tindakan sebakilnyha. Seperti juga kajian lain, kaedah pensampelan penting bagi mendapatkan data kerana dalam kuantiti subjek yang banyak, penyelidik mempunyai halangan dan batasan untuk mungumpul data secara keseluruhan. Terdapat tiga kaedah yang diguna pakai dalam kajian tindakan (Blum dan Fook, 1986; Cohen dan Manion, 1989; Kerlinger, 1986 dan Black, 1993) 1. seluruh populasi: kesemua individu dalam sesuatu organisasi yang dikaji terlibat. Contoh kelas. 2. sampelan rawak: a. sampel mudah: b. sampel susun lapis (strata) c. kelompok d. kelompok atas kelompok 3. sampelan tidak rawak a. sampelan bertujuan b. sampelan kuota c. sampelan sukarela Perkaedahan Kajian Tindakan Penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif dan teknik deskriptif Perkara-perkara penting yang perlu ada dalam perkaedahan kajian tindakan 1. Rekabentuk kajian

7

- nyatakan sama ada tinjauan, pemerhatian, experimental, temubual, soal selidik dan lain-lain lagi serta rasionalnya merujuk kepada objektif kajian. -maklumat penting yang perlu ada dalam rekabentuk kajian ini ialah jenis data dan bagaimana untuk mendapatkan data seperti berjumpa dengan responden. 2. Tempat Kajian - Nyatakan tempat kajian dan rasionalnya memilih tempat tersebut. 3. Sampel Kajian -Klien yang ada kaitan dengan pengkaji termasuklah pengkaji itu sendiri 4. Batasan Kajian -Batasan kajian adalah mengenai perkara-perkara yang menghadkan kajian tindakan dilakukan secara ideal. 5. Instrumen Kajian -Alat yang hendak digunakan dalam kajian tersebut dalam mendapatkan data contohnya seperti kertas ujian, pita rakaman, borang soal selidik dan bahan bantuan mengajar. 6. Analisis data -Analisis data boleh dipersembahkan dalam bentuk deskriptif 7. Jangkamasa kajian - Tempoh waktu yang digunakan dalam menjalankan kajian supaya maklumbalas sah dan boleh dipercayai. Laporan Kajian Tindakan Laporan kajian tindakan di buat selepas selesai sesuatu kajian dijalankan. Ini bertujuan untuk dijilid dan disimpan di dalam simpanan sama ada fail ataupun komputer. Ini adalah untuk memastikan laporan ini dapta digunakan oleh guru-guru yang akan datang untuk

8

mendapatkan rujukan dan maklumat di dalam pelbagai aspek berkaitan dengan pendidikan. Selain itu, laporan kajian tindakan mestilah dalam bentuk yang mudah difahami dan tidak terlalu saintifik. Antaranya dari segi bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara adalah yang paling sesuai kerana ia dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat Malaysia. Pengenalan Pengenalan membincangkan latar belakang sesuatu kajian dan berkaitan dengan sampel yang hendak dikaji. Objektif Menjelaskan tujuan sesuatu kajian tindakan itu dijalankan. Metodologi Bahagian ini adalah menjelaskan berkaitan dengan rekabentuk yang telah digunakan. Bermula dari tinjauan awal hingga ke dapatan kajian. Analisis Data dan Keputusan Data-data yang didapati dianalisis untuk mendapatkan keputusan. Rumusan dan cadangan Disini pengkaji akan merumuskan semua dapatan dan analisis serta keputusan yang didapati. Kemudianya pengkaji akan mencadangkan beberapa cadangan yang baik dan sesuai digunakan. Rujukan Bahagian yang menyenaraikan sumber-sumber rujukan yang digunakan. Lampiran

9

Bahagian akhir yang melampirkan bahan-bahan yang telah digunakan. KAJIAN KONVENSIONAL Tujuan Kajian Konvensional Tujuan menjalankan kajian konvensional adalah untuk membuat generalisasi dan meguji teori serta menjelaskan prinsip. Sama seperti kajian tindakan, kajian konvensional digunakan dalam membuat keputusan. Kajian ini biasanya dibuat di peringkat atasan. Namun penggunaannya adalah meluas. Ia boleh digunakan diperingkat pengurusan sehingga keperingkat pelaksanaan. Contoh kajian-kajian konvensional adalah seperti Model Pengajaran Glasser, Model Pengajaran SIM, Model Pengajaran Taba, Model Pengajaran Suchmann, Model Pengajaran ADDIE, Model Pengajaran ASSURE dan pelbagai lagi. Rekabentuk Kajian Konvensional Reka bentuk kajian adalah merupakan semua perkara atau item yang mesti terkandung dalam sesuatu ujian. Ia adalah terdiri daripda objektif, metodologi, fokus kajian dan sebagainya. Kajian konvensional adalah merupaka kajian yang dilakukan berdasarkan sorotan kajian lain atau sesuatu kajian yang dilakukan untuk menguji sesuatu teori dan sebagainya. Ia berbeza dengan kajian tindakan yang mana kajian dilakukan untuk memperbaiki Sesuatu tindakan guru dan murid bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan yang ketara antara kajian konvensional dan kajian tindakan adalah dari segi rekabentuk yang menekankan aspek objektif. Dimana objektif kajian konvensional telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan. Kaedah yang digunakan

10

adalah tetap dan sukar untuk di ubah semasa kajian. Berbanding dengan kajian tindakan objektif dan kaedah boleh berubah dari masa ke semasa. Subjek Kajian Konvensional Dalam kajian konvensional pengkaji atau penyelidik tidak boleh dijadikan sebagai subjek kajian seperti mana yang dilakukan dalam kajian tindakan. Pengkaji hanya bertindak sebagai orang luar yang menyelidik permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Subjek kajian dalam kajian konvensional adalah berdasarkan kepada sampel yang dipilih oleh pengkaji tersebut. Proses persampelan akan dijalankan untuk mendapatkan subjek kajian yang diinginkan. Proses persampelan adalah satu tindakan memilih sampel daripada populasi tertentu yeng telah ditetapkan. Melalui sampel tersebut satu kesimpulan boleh dibuat untuk mewakili keseluruhan populasi. Terdapat pelbagai jenis persampelan yang digunakan dalam kajian konvensional antaranya adalah persampelan rawak mudah, persampelan snow ball, persampelan kumpulan, persampelan mudah, persampelan kelompok dan persampelan bersistem. Laporan Kajian Konvensional Sesuatu kajian akan menghadirkan keputusan yang mana ia akan membantu pengkaji untuk membuat keputusan. Justeru itu ia mestilah boleh diterjemahkan oleh semua pembaca untuk dijadikan rujukan atau sorotan kajian akan datang. Hal ini tidak berlaku pada kajian konvensional yang mana pengkaji dan pembaca memerlukan pengetahuan yang khusus untuk menterjemahkan maklumat, seperti data statistik yang memerlukan pembaca mahir dengan statistik. Boleh dikatakan hasil data yang diperolehi darioada kajian konvensional adalah berbentuk data mentah dan perlu diterjemahkan kedalam bentuk lain supaya ia boleh di baca oleh orang lain. Seperti daripada data analitikal ditukar menjadi huraian yang biasa dan mudah.

11

Perkaedahan Kajian Konvensional Berbanding kajian tindakan yang hanya memerlukan hanya analisis ringkas, nilai kajian konvensional banyak bergantung kepada metodologi sofistikated. Teknik persampelan dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk memperkukuhkan nilai data yang dikutip. Tidak seperti kajian tindakan yang hanya memerlukan maklumbalas ringkas seperti refleksi responden contohnya, kajian konvensional pula memerlukan eksperimen secara terperinci dilakukan dan hasil keputusan dinyatakan secara teknikal. RUMUSAN Perbezaan Kajian Tindakan dengan Kajian-kajian lain • • • • • Tujuan Kajian Bersifat Kuantitatif membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip Kajian Tindakan guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis Rekabentuk Kajian Kajian Bersifat Kuantitatif ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dibuat Kajian Tindakan boleh diubah suai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah Tujuan Reka bentuk Kajian Subjek Kajian Perkaedahan Kajian Laporan Hasil Kajian

12

Subjek Kajian Kajian Bersifat Kuantitatif penyelidik bukan subjek kajian. Subjek kajian adalah sampel yang dipilih Kajian Tindakan penyelidik adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian Perkaedahan Kajian Kajian Bersifat Kuantitatif nilai penyelidikan bergantung kepada teknik persampelan dan analisis statistik yang canggih Kajian Tindakan penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif & teknik deskriptif Laporan Hasil Kajian Kajian Bersifat Kuantitatif bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya Kajian Tindakan menggunakan bahasa yang mudah difahami guru

13

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->