You are on page 1of 8

SULIT

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012


BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 jam

1103/2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. 2. 3. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawaban bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 . Jawaban anda hendaklah ditulis dalam buku jawaban yang disediakan. Sekiranya kertas jawaban tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

4.

5. Jawaban boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.


Lihat halaman sebelah
1103/2

2012 Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu

SULIT

SULIT

2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

1103/2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak(PERMATA) melahirkan kanak-kanak pintar dan kekangan yang dihadapinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Program Early Learning di Australia, Program Head Start di Amerika Syarikat, Program Early Years di Britain dan Program TiWariki di New Zealand telah menjadi cetusan minat kepada pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) di Malaysia. Sebenarnya, usaha seumpama ini juga telah pun dirintis oleh Singapura menerusi penubuhan Sekolah Tinggi Matematik dan Sains. Penubuhan PERMATA di Malaysia adalah untuk mendidik kanak-kanak pintar dan cemerlang sekali gus melahirkan modal insan. Thailand dan Indonesia juga mempunyai program khusus untuk mengasah keupayaan kanak-kanak pintar sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu. Meskipun kita dianggap sudah ketinggalan, namun cetusan idea penubuhan PERMATA oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, yakni Datin Seri Rosmah Mansor merupakan titik awal sebelum hasilnya dituai kelak. Kajian mendapati bahawa dalam kelompok kanak-kanak berusia sembilan tahun hingga 15 tahun, tiga peratus hingga lima peratus merupakan kanak-kanak pintar. Menyedari hal tersebut, PERMATA telah menubuhkan PERMATApintar untuk memberikan pendidikan khas kepada kanak-kanak pintar. Keseriusan kerajaan dalam hal ini dapat dilihat menerusi penubuhan Kompleks PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khusus untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak pintar negara yang berusia 16 tahun ke atas. Sebenarnya, program PERMATA memberikan fokus kepada kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berumur antara satu tahun hingga empat tahun. Pelaksanaan program ini digerakkan secara bersepadu dengan pelibatan ibu bapa kanak-kanak, komuniti dan pelbagai agensi yang memberikan perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Sesungguhnya, kanak-kanak PERMATA dididik melalui kaedah eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman yang memberikan ruang kepada mereka untuk berfikir dan kebebasan melalukan aktiviti tanpa rasa takut. Untuk tujuan itu juga, guru yang mendidik mereka diberi latihan khusus. PERMATA turut menjadikan program seumpamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan New Zealand sebagai panduan. Namun begitu, PERMATA tidak meniru bulat-bulat program-program itu, sebaliknya menyesuaikan kurikulumnya mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini. Tindakan yang seterusnya ialah PERMATA memastikan kurikulumnya memberikan penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara keseluruhan, iaitu dari segi kemahiran kognitif, sosioekonomi, berkomunikasi dan fizikal. Kanak-kanak ini juga dididik melalui pendekatan kasih sayang dan belaian; pemikiran dan bacaan; pembelajaran secara bebas; kebolehan dan potensi; dan bermain dan menghayati kesenian. Pendekatan yang pelbagai ini diyakini akan membantu merangsang kebolehan intelek, kognitif, komunikasi dan kestabilan emosi kanak-kanak hatta melahirkan modal insan yang bakal dilahirkan menerusi PERMATA. Sementara itu, Universiti Perguruan Sultan Idris(UPSI) diberikan tanggungjawab menyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik di Pusat Anak Permata Negara. Nisbah tiga orang guru diajar oleh seorang pengajar juga dilakukan supaya kanak-kanak PERMATA mendapat manfaat daripada setiap kurikulum. Sehingga Disember 2009, sebanyak 478 buah pusat asuhan dan didikan awal PERMATA telah diwujudkan di seluruh negara. Lebih daripada 18 ribu orang dijangka mendapat manfaat
2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu

SULIT

SULIT

1103/2

daripada program tersebut. Usaha yang dilakukan oleh PERMATA ini dapat mengisi ruang kosong yang wujud berikutan kerajaan sebelum ini hanya memberikan tumpuan kepada pelajar biasa dan pendidikan khas kepada kanak-kanak istimewa. Sehubungan itu, kita berharap agar kerajaan tidak terlepas pandang kebolehan kanak-kanak berusia seawal lima tahun dan kanak-kanak pintar di negara ini. (Dipetik dan diubah suai daripada Misi Penting Projek PERMATA Negara oleh Aninah Janang, Dewan Masyarakat, Januari 2010) Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata titik awal sebelum hasilnya dituai kelak. [2 markah] (ii) Nyatakan tujuan-tujuan penubuhan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) di Malaysia? [3 markah] (iii) Kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan RM100 juta melalui Belanjawan 2010 khusus bagi melahirkan kanak-kanak pintar dan cemerlang menerusi pembangunan dasar dan program PERMATA. Pada pendapat anda, kenapakah kanak-kanak pintar dan cemerlang ini amat penting kepada negara sehingga diberi peruntukan yang begitu besar? [4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden

2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu

SULIT

SULIT

1103/2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bermula dari makan siang hari Sabtu itu, perhubungannya dengan Syahid menjadi semakin akrab. Syahid seorang pemuda yang peramah. Mereka berdua begitu gembira seperti sepasang merpati yang terbang di langit lepas. Tetapi seperti yang sudah diduga, dia telah direntap bangun daripada alam mimpinya oleh tugas negara yang penting. Dia terpaksa meninggalkan Syahid tanpa pesan. Syahid terlalu marah serta berasa seperti dia dipermainkan. Biar apa pun, ini ialah tanggungjawabnya yang mesti ditunaikan. Dia mengetepikan perasaan hatinya dan kepentingan dirinya kerana begitu sudah suratan takdir yang menyuruh dia memberikan sesuatu kepada negara dan bangsanya. Tugas yang banyak tidak dapat difahami orang dalam zaman yang materialistik ini. Waktu dia menyiapkan tesisnya dahulu, dia telah mendapat jawaban tentang sebab berlakunya rusuhan kaum. Sejak itu dia bertekad mengabdikan dirinya kepada nusa dan bangsa. Biarlah dia keseorangan dalam tugas ini. Biarlah kawan karibnya yang mengetahui menuduhnya sebagai perbuatan orang yang bodoh. Dia seorang gadis yang cantik, sederhana tinggi, mempunyai potongan tubuh yang menjadi impian banyak perempuan. Bermuka bujur telur, bermata jeli. Intelek pula. Apa yang dikehendakinya dalam hidup ini berada di hujung jarinya. Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain? Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh seorang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua ekszosnya menyembur keluar asap kotor. (Dipetik daripada cerpen Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sifat-sifat fizikal Mellisa. [2 markah] (ii) Tidak banyak generasi muda di negara kita yang berminat untuk menjadi tentera seperti Mellisa dalam cerpen ini. Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi muda di negara ini kurang berminat untuk menceburi bidang ketenteraan? [3 markah] (iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen di atas, dan satu nilai murni lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan . [4 markah] Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik
2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu

SULIT

SULIT

1103/2

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ......Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikian hal adinda sekalian ini. Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri kepada kakanda. Maka oleh Indera Nata pula terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas rasanya serta ia berpantun: Rakit-rakit dari Inderagiri, Menyeberang hendak ke Pulau Jawa; Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri, Nanti esok kakanda bawa. Maka Tuan Puteri Cendera Kesuma pun tersenyum seraya berpantun. Ikan pari bertelur beribu, Bertelur sejengkal juga; Hujan arah ke langit biru, Tawakalku dapat juga. Maka tuan puteri pun mengerlingkan ekor matanya kepada Indera Nata.
(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berdasarkan petikan di atas, berikan maksud seperti orang beroleh gunung emas . [2 markah] Apakah yang berlaku kepada ketujuh-tujuh orang puteri itu sehingga tuan puteri yang ketujuh merayu meminta bantuan Indera Nata? [3 markah] Masyarakat pada zaman dahulu sentiasa menggunakan puisi Melayu lama seperti pantun untuk berkomunikasi. Pada pendapat anda, kenapakah masyarakat pada zaman dahulu suka menggunakan pantun untuk berkomunikasi? [3 markah]

(ii)

(iii)

Soalan 2(d) Petikan Puisi

2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu

SULIT

SULIT
Baca puisi di bawah dengan teliti, menggunakan ayat anda sendiri. BANGKITLAH Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan!
Rejab F.I. dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

1103/2

kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan

i)

Berikan maksud matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! [2 markah]

ii) Pada pendapat anda, apakah kesannya terhadap negara ini jika generasi muda masih leka dan malas berusaha untuk merebut peluang yang ada? [3 markah] iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah] Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]
2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu

SULIT

SULIT

7 Jawab semua soalan.

1103/2

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. i) ii) iii) iv) v) vi) andaipun kendatipun walaupun mahupun sekalipun bagaimanapun [6 markah] (b) Nyatakan jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan. i) Keluar dari bilik aku sekarang! ii) Sila duduk di tempat masing-masing sebelum saya mulakan ujian ini. iii) Usahlah kamu pergi bekerja di luar negara kerana di negara kita pun ada pelbagai jenis pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan kamu. iv) Minta kamu semua bertenang ketika kami memeriksa keadaannya. v) Tanggalkan baju hujan itu sebelum masuk ke rumah. vi) Jangan pegang besi yang panas itu dengan tangan kamu. [6 markah] (c) Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Pusat membeli-belah menjadi pusat berlakunya bermacam-macam gejala negetif. Segelintir remaja menjadikannya sebagai tempat untuk mereka melepak dan keadaan ini membimbangkan orang ramai kerana remaja yang bakal menerajui pembangunan negara telah menghabiskan masa yang bernilai dengan aktiviti yang tidak faedah. Terdapat juga segulungan remaja yang menjadikannya sebagai tempat pertemuan. Jika pertemuan itu membawa kesan positif, ini tidak menjadi masalah tetapi yang dikhuatiri oleh berbagai pihak ialah mereka menjadikannya sebagai tempat bermulanya pergaulan bebas sehingga terlanjur ke kancah makhsiat. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu

SULIT

SULIT
(i) (ii) (iii)

1103/2

Pada petang itu hujan turun sedikit-dikit, tetapi para penonton-penonton tidak berganjak untuk menyaksikan persembahan Siti Nurhazila dan Jamal Abdillah. Galeri kraf tangan akan mengadakan mini bengkel untuk melahirkan pembina kraf tangan yang kreatif dan produktif. Yang Amat Berhormat Pengarah Pelajaran Negeri Kedah dan rombongan beliau akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu dan Maktab Sultan Ismail sebelum bertolak di Pahang untuk menyaksikan Kejohanan MSSM. [6 markah]

(e) Berikan maksud peribahasa-peribahasa berikut. (i) Bagai kacang lupakan kulit. (ii) Sudah jatuh ditimpa tangga. (iii) Seperti ayam mengarang telur. [6 markah] Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut: (i) Renyah karya Gunawan Mahmood. (ii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hasan. (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai murninya yang ada pada watak utamanya. [7 markah] (b) Latar masyarakat merupakan gambaran tentang sesuatu masyarakat yang terdapat dalam sesebuah karya. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat daripada setiap novel itu dengan mengemukakan contoh yang sesuai untuk menjelaskannya. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh : Disahkan oleh :

(GAN TONG HOCK)

(PN. NORIZAN BINTI MOHD SALLEH) Ketua Panitia Bahasa Melayu

2012 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu

SULIT

You might also like