You are on page 1of 4

TUTORIAL 3 TUTORIAL 3 : PILIH SATU TEORI KAUNSELING DAN BINCANGKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI BERKENAAN

TEORI REALITI DALAM KAUNSELING Diasaskan oleh William Glasser , soerang ahli psikologi dari California pada tahun 1950-an. Proses Kaunseling Dalam Terapi Realiti Pietrofesa, J.J (1984), telah menjelaskan tentang proses terapi yang melibatkan beberapa kemahiran seperti konfrantasi, homor atau kecindan, perbincangan, penetapan matlamat, menunjukkan (pointing out), nasihat dan debat. Proses ini boleh dibahagikan kepada tiga prosedur: i. Keterlibatan iaitu proses ini memerlukan kaunselor melibatkan diri dengan klien secara intelektual dan emosi. Kaunselor harus memahami dan menerima klien seadanya. Ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan memudahkan proses kaunseling kemudiannya. Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada tentang tingkah laku yang kaunselor tidak suka atau tentang penerimaannya sebagai individu. Ini memberitahu klien bahawa sikapnya yang tidak disukai dan bukannya sebagai orang atau individu. Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan yang lebih baik bagi memenuhi keperluannya. Ini dapat dilakukan apabila klien mengaku bahawa sikap tidak bertanggungjawabnya adalah salah. Prosedur ini hanya dilakukan dengan syarat kaunselor mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu klien. Menurut Glasser(1992) dalam Pietrofesa, J.J (1984) menyatakan terdapat lapan langkah dalam proses terapi realiti : Langkah 1 : Keterlibatan Kaunselor mesti menjalinkan hubungan baik dengan klien. Kaunselor hendaklah mesra , empati dan dapat memberikan perhatian kepada klien. Keterlibatan kaunselor hendaklah ada batasan jangan sampai terperangkap. Langkah 2: Fokus kepada tingkah laku semasa. Walaupun tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat, namun tumpuan kaunselor hendaklah kepada tingkah laku semasa klien. Tingkah laku diberi tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh klien. Langkah 3: Fokus terhadap masa sekarang. Terapi ini tidak melihat pengalaman lampau tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu: Pembinaan sikap pengalaman lampau sebagai hubungannya dengan masa kini.

ii.

iii.

TUTORIAL 3 Mengenalpasti alternatif yang membina untuk klien buat pilihan. Menentukan kenapa klien memilih tingkah laku yang tidak membawa beliau kepada lebih banyak masalah. Terapi ini percaya bahawa tingkah laku semasa dapat diubah. Langkah 4 : Menilai kendiri Klien diberi tanggungjawab menilai tingkah laku sendiri. Kaunselor hanya memberikan perangsang dan panduan. Langkah 5 : Membuat Pelan Pelan dibuat untuk membantu klien. Alternatif dipilih dan langkah-langkah yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan. Pelan ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. Langkah 6 : Komitmen Langkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan awal supaya apabila klien diminta menjalankan atau melaksanakan pelan perubahan tingkah lakunya maka dia sudah bersedia. Langkah 7 : Tidak menerima sebarang alasan Kaunselor tidak patut menerima sebarang alasan klien yang tidak dapat melaksanakan pelannya tidak juga harus memarahi klien. Kaunselor harus meminta klien membuat komitmen yang baru untuk memenuhi tanggungjawabnya. Langkah 8 : Hapuskan dendaan Hukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah elok sekiranya klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal menyempurnakan tanggungjawabnya terutama sekali dalam mengubah tingkah laku yang negatif.

Kekuatan Teori Realiti : Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk kaunseling, misalnya kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, dalam perkahwinan, keluarga, kaunseling individu dan kaunseling Muhd Mansur (1993). Kenyataan ini disokong oleh James C. Hansen (1990) yang mengatakan although now used with a variety of clients in a number of different settings. Reality Therapy originally used in the treatment of office patients, mental hospital patients, and adult and juvenile lawbreakers. Much of Glaciers work with juvenile offenders grew out of this years of work at the venture school for girls of the Calofornia Youth Authority. Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit, jelas dan realistik di mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya apabila kontrak dibuat dan persetujui oleh kaunselor dan klien.

TUTORIAL 3 Terapi realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan secara sistematik dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan bagi penyelesaian masalah. Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir secara rasional, menilai , menentukan dan membuat keputusan sendiri. Terapi ini juga menggunakan jangka masa yang pendek untuk membantu klien kalau dibandingkan dengan teori-teori yang lain seperti psikoanalisis dan pemusatan insan. Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang menyokong kelebihankelebihan terapi ini. Di antaranya ialah Panek (1993:461) menyatakan bahawa pendekatan terapi realiti sebagai stimulates active mental processes.. Kottler (1996) berpendapat bahawa terapi realiti sebagai terapi jangka pendek dan sesuai dalam seting di sekolah dan selanjutnya reality therapy is a short-term treatment that has been widely used in schools, institutions and correctional settings. It is a fairly simple therapeutic approach and can be mastered withaut length training and supervision. Menurut Samuel T. Gladding (1996:283-289) mengatakan bahawa terapi realiti applicable to many different populations; effective with certain disorders; concertinas; short-term; centralized training center; promotes responsibility and freedom without blaming; stresses here and now; integrates control theory.

Kelemahan Teori Realiti :

Terapi realiti juga mempunyai kelemahannya. Terapi ini cenderung hanya kepada memfokus kepada tingkah laku semata-mata tetapi seseorang manusia itu adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa terapi ini mempunyai keupayaan yang terbatas. Terapi ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan di sini atau here and now dan dalam situasi yang sedar tanpa mengambil kira konsep-konsep tidak sedar serta sejarah hidup klien. Walhal, setiap manusia berkemungkinan bersekongkong dengan masalah yang disebabkan oleh faktor biologi, fantasi, sistem kepercayaan dan nilai dan lain-lain lagi. Terapi realiti juga amat bergantung kepada bahasa. Jadi melalui sistem komunikasi kadang-kadang klien bersifat pendiam dan lembam atau tidak expresive adalah tidak sesuai dalam pemilihan tindakan terapi realiti.

TUTORIAL 3 Terapi realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana sifatnya yang agak mendesak dan mengongkong. Oleh itu klien tidak kreatif dalam membuat keputusan dan akhirnya bergantung kepada kaunselor. Kaunselor juga dianggap tidak bermoral kerana terlalu bebas dan terbuka sehingga kerap mendesak klien membuat sesuatu. Ini akan menimbulkan kesan negatif ke atas klien. Berkemungkinan klien akan melakukan atau mengubah fikiran untuk mengikut atau akur dengan nasihat serta petunjuk yang dikemukakan oleh kaunselor. Paul E. Panek (1993:461) menyatakan bahawa kelemahan terapi realiti telah wujud diperingkat awal designed for used in early treament stages and for the disoriented; efficacy limited... John A.Axelson(1993 :368-369) menyatakan bahawa although the therapist might be viewed as a tough and controlling person, he or she is also uninterested and sensitive human being who understands and accepts behavior uncritically, but who never agrees with the clients irresponsibility. Being more concerned with behavior than with attitudes, the therapy is not intended to make someone happy, but to make someone responsible

Sumber Rujukan : Mok Song Sang. (2010). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Laman web : http://mazitakaunselor.blogspot.com/2009/06/teori-teori-kaunseling-terapi-realiti.html

You might also like