Tokoh Usman Awang

October 20, 2010

USMAN AWANG

Demikianlah seni kata lagu “Kuala Sedili” yang didendangkan oleh suara lemak merdu Biduanita Saloma dalam alunan irama asli yang menggetarkan perasaan. Terbayanglah di mata, pantai yang terhampar menghadap laut terbuka dengan angin yang menampar layar perahu nelayan dan lambaian daun-daun kelapa yang menaungi rumah-rumah kecil. Seperti kata lagu itu, Kuala Sedili di negeri Johor ialah tempat nelayan berkampung halaman, dan salah sebuah kampung di kawasan itu dikenali sebagai Kampung Tanjung Lembu. Usman bin Awang, merupakan seorang Dato; Pejuang Sastera, Sasterawan Negara, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant, dan sebagai U.A, Zaini. Beliau lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Alamat tempat tinggal beliau iaitu 4,SS 1/33, Kampung Tunku, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Kerana itu nama Usman Awang paling terkenal dalam kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan semacam keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita.

Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah pudar dan sentiasa dapat menyesuaikan dirinya dalam pelbagai zaman dan situasi. Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanya setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, Usman Awang menjadi petani di Segamat. Tidak lama kemudian, beliau menjadi buruh paksa Jepun dan selama enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi „budak pejabat‟ di Pejabat tali Air Segamat dalam zaman Jepun dan kemudiannya memasuki Pasukan Polis jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, Jepun menyerah kalah. Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu pada Tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota polis dan berhijrah ke Singapura bersama-sama Jamil Sulung. Di Singapura, Usman diterima bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan Melayu. Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu, mula-mula sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan majalah Mastika. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur, dan Usman Awang turut serta dengan memegang jawatan yang sama. Akibat peristiwa pemogokan Utusan Melayu dalam tahun 1961, Usman berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa menganggur buat beberapa waktu. Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan setahun kemudian berkhidmat pula dengan Dewan bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa, dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985. Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia kesusasteraan Melayu moden dengan menulis puisi. Puisi-puisinya segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah puisinya menjadi bahan yang amat menarik bukan sahaja dalam kalangan masyarakat kebanyakan yang cintakan puisinya, malah menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi puisi. Antara puisinya yang cukup popular termasuklah “Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, dan “Salam Benua”. Usman adalah antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan yang konvensional. Beliau menggunakan kata-kata biasa dala, penulisannya dan pintar

menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak di sampaikan. Inilah antara keistimewaan Usman Awang. Ketokohan Usman Awang menonjol kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang sehingga kadang-kadang Usman ditafsirkan sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan berfahaman sosialis. Usman Awang juga menulis cerpen tetapi bidang ini nampaknya sudah lama ditinggalkannya sejak akhir tahun 1960-an lagi. Cerpen yang banyak dihasilkan dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an lebih banyak memperlihatkan sikap dan pegangannya yang lebih ketara terhadap konsep “Seni untuk Masyarakat” yang didukungnya sebagai anggota ASAS 50. Maka itu apa yang terlihat dalam cerpencerpennya hanyalah berupa rakaman pengalaman, pergaulan, dan pemerhatian serta pemikiran untuk mendedahkan segala kejelikan dan keburukan serta kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu khususnya. Dalam pada itu, beliau tidak juga terlepas daripada memperlihatkan pandangan seorang anak muda yang berjiwa romantis dan idealis. Degup jantung adalah satu-satunya kumpulan cerpennya setakat ini. Sejauh ini Usman Awang hanya berhasil menerbitkan sebuah novel sahaja, iaitu Tulangtulang Berserakan. Novel ini pun tidak lebih daripada rakaman peristiwa peribadi beliau sewaktu bekerja sebagai anggota polis dan bidang novel nampaknya bukanlah bidang penulisan Usman Awang. Selain puisi, satu lagi bidang kreatif yang mengharumkan nama Usman ialah drama. Bidang ini telah diterokanya sejak awal tahun 1960-an dengan menulis drama untuk radio dan pentas. Beberapa buah dramanya yang terkenal termasuklah “Serunai Malam”, Malam Kemerdekaan”, “Tamu di Bukit Kenny”, Matinya Seorang Pahlawan”, “Degup Jantungnya” dan sebuah dramanya yang banyak diperkatakan ialah drama “Muzika Uda dan Dara”. Drama ini telah dipentaskan oleh Gemaseni pada tahun 1972. Kisah “Uda dan Dara ini sebenarnya merupakan idea awal daripada sebuah puisi Usman Awang yang dihasilkannya dalam tahun 1956 berjudul “Gadis di Kuburan”. Puisi tersebut diolah semula menjadi sebuah cerpen dengan judul “Uda dan Dara. Pada tahun 1972, kisah yang sama disesuaikan pula untuk persembahan TV dan akhirnya menjadi sebuah drama pentas yang popular dan lagu-lagu dalam “Muzika Uda dan Dara” telah dirakamkan ke piring hitam oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanah air, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Beliau bukan saja hidup sebagai pencipta karya yang asli dan halus, malah sebagai penggerak yang berani kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an, beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962 – 1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi, dan Genta Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti seni lainnya. Antologi puisi “Keranda 152” dan “Teluk Gong” adalah hasil daya usaha Usman Awang bersama-sama penyair-penyair lain.

kerana ketokohan. Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Pada 11 Ogos 1983. Jepun telah menduduki Malaya dan pada masa . Usman dianugerahkan pula ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Mersing (1937) dan Bandar Mharani (1940). tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Setiabudi. Korea.E. Beliau telah kehilangan ibu tersayang yang bernama Halimah sejak beliau kecil lagi. pengalaman dan dedikasinya. Faktor kemiskinan tidak mengizinkan beliau mengecapi kejayaan yang lebih baik. Thai. Usman Awang masih terus memainkan peranannya dalam kesusasteraan Melayu.00. Nama sebenar Allahyarham ialah Wan Osman Wan Awang. Beliau hanya mendapat pendidikan sehingga darjah enam Sekolah Melayu sahaja. kehadirannya tetap dirasai. Beliau bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi. dan Rusia. Czechoslovakia. Filipina.Sebagai penyair dan dramatis. beliau dilantik menjadi Setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera. Semasa hayatnya. Write Awards. beliau adalah Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia China dan Penasihat Kebudayaan Maybank. Kota Tinggi Johor Darul Takzim. Pada tahun 1942. “harimau mati meninggal belang. Danish. iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Atma Jiwa. Tamil. Dalam tahun 1982. Cina. Dato‟ Usman Awang. Untuk projek ini Usman sedang menyiapkan sebuah puisi epik yang bertemakan nasionalisme. Anugerah ini berupa surat penghargaan dan wang tunai RM 10 000. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985. PERJALANAN HIDUP USMAN AWANG Bak kata pepatah Melayu. Tongkat Warrant. manusia mati meninggalkan nama. beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifik. Mulai tahun 1979.Jepun. Adi Jaya. dan Rusia.A. Beliau tinggal bersama ayahnya yang berkerja sebagai nelayan dan menjual rotan pada musim tengkujuh.” Biarpun hampir sedekad Allahyarham Usman Awang pergi meninggalkan kita. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Usman Awang telah terpilih menerima S. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936). Kini. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Perancis. Indonesia. Kuala Sedili. Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat. Itali. Usman Awang telah dianugerahi gelaran kebesaran Dato‟ Paduka Mahkota Perak oleh DYMM Sultan Azlan Shah yang membawa gelaran Dato‟ pada tahun 1991 sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang sastera. antara nama pena beliau yang termasyhur. sebuah panel penilai anugerah kesusasteraan yang tinggi di Tanah air. Barangkali beliau adalah penyair Malaysia yang paling banyak puisinya diterjemahkan ke dalam bahasa asing dan dikenali di luar negaranya. namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu. Beliau masih menulis.

Malam Kemerdekaan. beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.tersebut Allahyarham memerah keringat menjadi anak tani di Segamat. Pada tahun 1952. Tamu Di Bukit Kenny. Di samping itu. dan Salam Benua. Tidak tahan menjadi buruh paksa. Matinya Seorang Pahlawan – Jebat. Selepas itu beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika. KARYA USMAN AWANG . beliau juga pernah memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai). Selepas itu. Usman Awang menyertai pasukan polis apabila Inggeris memerintah semula Tanah Melayu pada 1946. Selain daripada menjadi „budak pejabat‟. Bermula pada Mei 1982. Sesudah itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Degup Jantung. kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beliau pernah menjadi „budak pejabat‟ di Pejabat Tali Air Segamat. Gadis Di Kuburan. Jawatan pertama beliau ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik. Ke Makam Bonda. Antara sajak beliau yang cukup popular ialah Pak Utih. Sajak-sajaknya sentiasa segar. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Dewan Sastera. drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara. ANTARA KARYA HEBAT Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. mendorong beliau melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Bunga Popi. Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Nasib Buruh. Selepas itu. Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat. MELANGKAH KE DUNIA PERSURATAN MELAYU Pada tahun 1951. beliau menjadi buruh paksa Jepun di Singapura selama enam bulan. dan Dewan Budaya. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. karya-karya beliau sering kali menjadi pilihan anak-anak sekolah dan masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. pihak Jepun telah pun menyerah kalah. beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Pada tahun 1962 pula. tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan. Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Serunai Malam turut dipentaskan. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Turunnya Sebuah Bendera. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka. Beliau menjalani latihan di Johor Bharu sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.

1979.GAPENA. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. . Duri dan Api. Kuala Lumpur: PENA. Bhd. 1979. Bhd. 100 Sajak Malaysia (antologi bersama). 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1984. 75 hlm. Melaka: Penerbitan Abbas Bandung. 139 hlm. (cetakan pertama 1963).141 hlm. Bersama Ismail Ahmad). 132 hlm. drama.1960 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Oxford University Press.Usman Awang menghasilkan karya seperti puisi. 1986. Bunga Gerimis (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1979. Sajak-sajak Melayu Baru/ Moden Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa) (antologi bersama). 631 hlm.168 hlm. Kuala Lumpur. esei/ kritikan dan wawancara. Tinta Pena (antologi bersama). Dewan Bahasa dan Pustaka. Suara Tujuh (antologi bersama). 74 hlm . 266 hlm. Titian Zaman (Peny. 1983. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama). 1969 (cetakan keempat). 96 hlm. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh puisi yang telah dihasilkan beliau ialah: PUISI Gelombang. 1961. Kuala Lumpur: Penerbitan Setia murni. semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. 168 hlm. 95 hlm. Lagu kehidupan (antologi bersama). 1981. Bintang Mergerdip (antologi bersama). novel. 302 hlm. cerpen. 1969. 1982. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1975. 135 hlm. Himpunan Sajak (antologi bersama). Diterbitkan Puisi Baru Melayu 1942. 95 hlm. 1969. 1961. Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing &Trading Sdn. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. 57 hlm. 1966. Salam Benua: Greetings to the Continent (dwibahasa).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1992. Kuala Lumpur:PENA. Suara Rasa (Voice From Within) (antologi bersama). Kuala Lumpur: Maybank. 167 hlm. setitis jangan tumpah Biar kolam derita kering dan tak seorang pun .141 hlm. dan “Pemuda dan Gadis Tionghoa”. Cempaka(antologi bersama). 192 hlm. Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985 (antologi bersama). 1986. 941 hlm. dipetik puisi-puisi “kelopak Rasa”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. “Mahasiswa”. Puisi-puisi pilihan Usman Awang.316 hlm. terimalah Seperti hati yang mengerdip terserlah Keringkanlah air matamu.228 hlm. KELOPAK RASA Jika rasa ini seperti angin malam Bertiup dari laut dan gunung Melampaui tanah-tanah subur ladang menghijau Hati ini akan menghembuskan bahagian yang melimpah Bergetar bagai riak di tasik hati bulan cerah Kepada setiap benda supaya semua sama mencecah. “Kemanusiaan”.Puisirama Merdeka (antologi bersama). Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama).167 hlm. 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara puisi-puisi pilihan yang terkenal Usman Awang ialah merupakan puisi yang dipetik daripada dua buah antologinya iaitu Duri dan Api dan puisi-puisi pilihan. Malaysia dalam Puisi (antologi bersama). Ayah Belum Pulang”. 1993. 1991. 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ambillah sebahagian dari rasa itu. 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daripada antologi Duri dan Api.

Beberapa titisan air mata untuk seorang yang pergi . 1964 KEMANUSIAAN (Kematian Kennedy) Segala daun dan angin menyapa menoleh hanya Bersama kain-kain yang berkibar di tengah-tengah tiang Kerana mereka tidak bergetar oleh berita-berita besar Atas kehendak yang telah berlaku dan manusia segala Terpaku Telah mereka saksikan sejak cair merah tumpah Putera Adam membunuh-bunuh dalam pertarungan Menang-kalah Dan kematian demi kematian dinyanyikan di mana-mana Dan dilanjutkan sehingga segala tanah jadi pusara.Meski pengemis di bawah jambatan dan lorong. Bahagia. alangkah manisnya pagi ini Datang mendakapku dan biarlah ia selamanya menyanyi Pada setiap bibir dan hati Dengan megahnya mengukir kehalusan rasa. anugerah keramat. Dari sekuntum bibir dan sepasang mata hitam Bertunjang erti rasa: pedih-luka bahagia-ria Itulah alam hati yang menumbuhkan pohon rasa Kelopak demi kelopak menjelma meniti musimnya.

Sebelum keranda bertolak untuk nanti di tambah lagi Disbanding dengan hebatnya air terjun di Niagara Air mata putera-putera tercinta dan gadis-gadis menunggu di muka jendela bersama kerutan pahit para ibu yang pernah menyusui mendengar berita kematian ngeri dari daerah peperangan? Jika kita menyesali kematian atas seseorang Dan hati tidak berdenyut untuk kematian yang lain Maka kemanusiaan tidak wujud di mahkota kebenaran Sebab bukan kemanusiaan bila ia ada perbatasan. Dan sekarang tiap kota menangis dan mengucap kata Kerana wajahnya kemanusiaan itu berdenyut dan terasa Tapi tak seorang pun akan menangis untuk pembunuhan Yang bakal tiba Atau akan berkata:mari kita padamkan segala api sengketa. Siapa yang merasa dan kehilangan sayangnya. Menangislah Dunia telah didandankan: kehidupan adalah kematian Yang berdarah AYAH BELUM PULANG (Kisah Setelah Mogok) Anak-anak menanti ayahnya kembali 1963 .

berkocak dadanya dalam janji Sekotak ais krim dari ayah Mana ayah? Anak masih menanti. ayah di perjalanan Tapi berapa lama menanti Ayah masih tak tiba lagi.Ah. anak saying. MAHASISWA (Dari Khemah Permogokan) Mahasiswa dari kota tanah air Bangunlah! Angkat matamu dan buku Lampaui dinding lampaui tembok 1961 . Pulanglah ayah wajahnya basah Tangan si anak panjang menadah Tapi. jika pak cikmu datang Mungkin dia membawa sekotak ais krim. anak sayang. Tapi berbulan pak cik tak pernah datang Ayah masih jua mencari pekerjaan. Betapa ayah tak pulang-pulang Penjual ais krim berkali ulang Nanti nak. saksikanlah Ayah tak punya rokok sebatang Janji jadi tangis maha pedih Nantilah.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini Sebaris dengan kami Para buruh dan petani di jalan sungai besi Sederap belajar dari hidup berani. Goh dan Linda) Hari depan yang manis dalam usia tanah air Mengisi wajah para pemuda dan gadis Tionghoa Sederap tumbuh bersama pohon bumi subur Pucuk getah dan ladang petani matari timur. Pada tangis pertama kelahiranmu di bumi ini Sampai saat terakhir nafas dalam melangkah kaki Teguh-teguhlah menyanyikan lagu tanah air tercinta Bersama kita atas kesegaran kepedihan bumi merdeka. Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa Hidup ini sudah terbenam pada persamaan nasib semata . Lepaskan tangan halus kekasih di tasik Atau bersama berjalan ke parlimen Kerana tenagamu dengan ilmu di dada Akan merombak erti hidup sebuah Negara.Semua menunggu Mengajakmu Bersama ke tengah jalan raya kota. 1961 PEMUDA DAN GADIS TIONGHOA (Kong Hee Fatt Choy buat Lim.

“Matinya Seorang Perempuan”. Bhd. Mekar dan Segar (antologi bersama). Kuala Lumpur: Oxford University Press. Lihatlah makam nenek moyang sebagai sejarah terpahat Darahnya dalam darahmu segar di kulit kuning langsat Esok. Menunggu Ratu Adil (antologi bersama). “Pilihan Raya”. Contoh cerpen yang popular ialah “Surat daripada Seorang Mata-mata”. 1984. 218 hlm. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Contoh petikan daripada cerpen tersebut ialah: SURAT DARIPADA SEORANG MATA-MATA 1961 . 1960 (cetakan kedua). 1985. Pemuda dan gadis Tionghoa. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. 160 hlm. 180 hlm. 191 hlm. Usman Awang banyak menghasilkan cerpen pada sekitar tahun 1949-1962 dan sebahagian telah dimuatkan dalam antologi Degup Jantung. (cetakan pertama 1959). 339 hlm. ketika tahun baru akan kukirimkan sebuah angpau Dalamnya sebuah cinta dari jantung tanah dan pulau! CERPEN Cerita-cerita Pendek DBP (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Degup Jantung. Bhd. 1963. “Budi”. “Haslina”. Dua Zaman (antologi bersama). 158 hlm. disini bumi dan udara kita Yang menghidupkan dan bagi kematian. serta “Kacang dan Kulitnya”. 1963.Kaum pekerja dan petani dalam satu sumber mengalir Sama-sama menyanyikan lagu terbagus untuk tanah air. o tanah air Dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir Kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir. 1958. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. Dongeng Merdeka (antologi bersama).

Mereka seperti . saki-baki daripada perhiasan isterinya. … Nasib aku dan rakan-rakan yang lain sudah berada di jurang yang dalam. Kau tahu sendiri berapa pendapatan dari jawatan yang ku pegang ini. tuan-tuan akan dapat apa-apa yang tuan-uan kehendaki. Ia rupanya duduk betul-betul di sebelah meja saya. setiap cukup bulan kau akan melihat kami semua bermenung dan berfikir dengan sebal. yang mempunyai isteri dan beberapa orang anak yang semua itu perlu diselenggarakan tentang pelajaran. yang bertimbang rasa dan yang perjuangkan nasib tuan-tuan yang sekarang mendiami bilik sempit dan. meletakkan barang yang semayam dua. Tetapi perhatian dan telinga saya mengikuti dan mendengarkan segala percakapan di meja Hamidun. Tak tahu apa yang saya fikirkan. untuk menolak kekurangan itu. tetapi berpangkat mata-mata biasa. jalan tak baik. Pandangan saya mengikuti ke mana Hamidun pergi.Dari mata si pengirim di luarlah itu tahulah aku bahawa datangnya dari Ahmad sahabatku yang bekerja mata-mata di utara Malaysia. bagaimanakah caranya segala hutang yang mengikat di sekeliling pinggang kami di bayar. 45-46)\ PILIHAN RAYA Kalau tuan-tuan memilih saya. Saya akan menyampaikan segala maksud dan keinginan tuan-tuan sekalian. akan berasa lapang dan senang dan mendapat tempat yang bagus bila tuan-tuan memilih saya sebagai wakil tuan-tuan yang amanah dan jujur… (hlm 58) BUDI Mula pertama perasaan saya kosong. Tuan-tuan harus bersatu memilih saya sebagai wakil tuan-tuan yang jujur. makanan. dengan keadaan longkang-longkang kotor. Kawan saya duduk seperti biasa. Hanya untungnya antara kami ada sebuah tiang yang agak melindungkan kami. Saya akan melawan dan membela nasib tuan-tuan dan anak isteri tuan. Dan kemudian perlahan-lahan datanglah perasaan dendam dan kecewa serta entah perasaan apa lagi yang sungguh sebak di dada saya. sehingga selalu mendatangkan penyakit. dan pakaian mereka. Ia bertiga semuanya. Selesai lagu ditarikan penari-penarinya bubar. Sering kali aku melihat mereka itu ke pajak gadai. Terutamanya aku kasihan benar melihat beberapa orang yang telah tua. Kalau tuan-tuan ingin supaya rumah tuan-tuan dimasuki paip air dan api elektrik hendaklah tuan-tuan pilih saya sabagai wakil tuan-tuan di majlis-majlis mesyuarat bandaran. (hlm.

seolah-olah waktu yang sekian lama ini ia sedang dalam pembentukan. seolah-olah selama ini ia mengumpulkan segenap tenaganya untuk menghadapi orang-orang dalam masyarakatnya. tetapi dengan segenap jiwa dan urat darahnya yang ada. (hlm. perempuan yang malang itu menerima sebuah register yang di dalamnya berisi wang dan juga surat cerai daripaad Encik Shukur. seolah-olah ia ingin menjeritkan kepada orang-orang di sekelilingnya bahawa ia mencintai hidup dan kebenaran dan ia akan berjuang untuk itu. mama Ali dan beberapa leleki lain yang semuanya disegani oleh orang sekampung baik kerana wang mahupun kerana kedudukannya. yang tinggal sebagai sisa dari hirupan ayahnya. minah muncul semula. seperti timbul dari perut bumi layaknya. bukan juga dengan mulutnya saja. Ia muncul dalam keadaan dan cara yang lain. bukan dengan sifatnya dan alat tubuhnya sebagai perempuan. (hlm. Ia muncul dengan tenaga yang lebih banyak dan besar. Barangkali kalau diberitakan suaminya dilanggar motokar atau di tangkap tidaklah akan demikian mengejutkan dibandingkan dengan surat cerai talak satu yang diterimanya daripada suaminya. Hampir pengsan dia. Juga daun-daun kayu yang tumbuh di sekitar kolamnya. 124) MATINYA SEORANG PEREMPUAN Tiba-tiba. 110-11) HASLINA Kalau ingin bertemu dengan Haslina. Dan saya tahu bahawa wang sayalah yang diteguknya itu. ya. (hlm. Kadang-kadang dia menyanyi kecil meskipun perlahan-lahan seolah-olah untuk dirinya sendiri tapi angin yang baik budi itu menolong membawakan saranya ke sekitarnya. datanglah ke kolam itu di waktu bulan purnama raya. Angin yang baik budi itu menolong juga melenggok-lenggokkan bunga teratai kesayangannya. Saya lihat Hamidun meneguk gelasnya. dalam acuan untuk mengubah dirinya dan sifat tabiatnya.orang-orang yang berada dan di atas meja ada dua botol bir. dengan tiba-tiba saja. tetapi digagahi juga membaca surat yang dilampirkan yang walaupun lembut dan penuh permintaan maaf tetapi seolah-olah di rasakan sebagai sebuah pisau tajam yang menghiris-hiris dagingnya. 77) KACANG DAN KULITNYA Tetapi seminggu sesudah itu. NOVEL .

Buat teman-temanku yang dikasihi gelakmu hangus di hutan malam tinggallah sedu di bilik ibu (lihat tugu “indah” mu tegak berdiri yang di pahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. “Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi” (Mastika.22 Oktober 1950). Disember 1955). Inilah kisah di bumi Tuhan kita dan mereka bersama-sama menggali lalu menimbuni rangka dari tulang-tulang berserakan…  PENDAHULUAN Sajak “Tulang-tulang Berserakan” ini ditulis oleh Usman Awang pada tahun 1962. (Edisi Khas Sasterawan Negara). 221 hlm.1962). Sejak tahun 1948 lagi. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. 1966.  CERITA TENTANG DARURAT Kesemua karya Usman Awang ini (sebenarnya ada beberapa lagi) merakamkan realiti hasil pelbagai peristiwa yang wujud atau tercetus dalam zaman darurat. Buat mereka yang tak pernah disapa atas keberanian dan keyakinan yang tak terkalahkan dengan sedar menerima segala derita. 1958) dan “Koperal Tua” (Berita Harian. “Setelah 1948” (Mastika. Julai 1956). segera mengimbau ingatan pada beberapa buah karya genre cerpen Usman Awang atau Tongkat Warrant seperti “Surat dari Seorang Mata-mata” (Utusan Zaman. Menghayati kedua-dua genre genre ini. “Kami yang Terlibat” (Cerita-cerita Pendek DBP. Novel ini di cipta di Petaling Jaya pada 19 Februari 1962. Ia merupakan suatu rakaman nostalgia pengarang sewaktu bertugas sebagai polis . 1992.224 hlm. Tulang-tulang berserakan.

sama ada di pihak polis hutan. Bukit Kepong oleh Ismail Johari dan Panglima Salleh Selempang Merah karya Zaharah Nawawi. dan Mamat. melambangkan budaya Melayu yang luhur. dan dimantapkan pula dengan keunikan gaya bahasa pengarang yang lembut. Pada keseluruhan ceritanya berkembang secara kronologi dengan sisipan-sisipan kilas balik bagi memungkinkan menyerlahnya ilustrasi peristiwa-peristiwa sekadarnya. halus dan kesopanan yang wajar. menggeledah rumah pada lewat malam bagi memberkas anggota-anggota yang bersekongkol atau disyaki membantu komunis dan atau pejuang parti politik kiri. dan ia dimanfaatkan dengan wahana bahasa yang lembut. tetapi harus survival bagi menentukan kelangsungan hidup di jagatraya. Segala-galanya itu dihantar dengan gaya amat bersahaja. penjajah Inggeris dan orang-orang komunis yang sentiasa diburu dan disyaki kegiatan mereka. secara realistik. Mahmud. Rakaman nostalgia mirip memoir ini ialah ilustrasi realiti yang pengarang alami atau terlibat secara langsung. Karya daripada genre cerpen ini. ialah kehidupan anak-anak muda atau bujang di berek polis. bersantai atau menari joget di City Park. Malah. tetapi tikaman kritikan terhadap individu tertentu seperti Smith. novel Tulang-tulang Berserakan ini tepu dengan kesederhanaan dalam penceritaannya. Macap di daerah Jasin dan Alor Gajah. dan dahsyat yang dilaluinya dan dialami oleh warga sezaman. Paparan pengalaman-pengalaman yang bersumberkan bahan realiti seperti ini dimanfaatkan dengan baik dan tepu signifikannya oleh Usman Awang seperti yang pernah dilaksanakan oleh Arena Wati dengan dunia lautnya sebagai kelasi atau pelayar. terutama pada tahap awal Undang-undang Darurat mencengkam kehidupan rakyat Tanah Melayu. iaitu Tugu oleh Hasan Ali. Daripada satu hakikat. ngeri. ataupun oleh A. Selain karya Usman Awang ini.hutan setelah tamat latihan selama Sembilan bulan di Johor Bahru. Walaubagaimanapun. dan kesopanan yang wajar. Usman Awang memaparkan peristiwa-peristiwa cemas. terutamanya “Kami yang Terlibat” dapat di kategorikan sebagai karya prototaip pada novel Tulang-tulang Berserakan. rondaan di jalan-jalan Bandar Melaka. anak isteri keturunan Inggeris ternyata sinis dan menyirat motif benci dan protes terhadap kehadiran penjajah di tanah air ini. Gambaran-gambaran itu. sewaktu membicarakan nasib teman-teman seperjuangan yang gugur dalam operasi memburu pengganas komunis seperti jalil. terdapat tiga buah karya novel tentang darurat dan agak signifikan. memang tidak banyak cerita tentang darurat yang diketengahkan oleh pengarang-pengarang di tanah air. pengurus lading. mengepung pekebun-pekebun sayur dan memburu anggota Bintang Tiga yang bergerak di hutan Kemendor. mengurat dan bergaduh di pentas joget. Ilustrasi kilas balik ini ialah mimesis kepada masyarakat atau bahagian daripada kehidupan masyarakat mata-mata atau polis hutan (jungle squad) pada zaman darurat. halus. .Samad Said dengan insan pinggira yang menjadi mangsa Perang Dunia Kedua. Wak Stop. cukup sederhana.

yang daripadanya dia memperoleh banyak bahan bacaan-Leman meninggalkan profesion polis hutan untuk terus tidak memburu orang-orang yang tidak pernah dikenalinya (hlm. Atau mereka diperalatkan oleh penjajah demi kepentingan penjajah itu sendiri. begitu menyerlah sewaktu Leman mengingat segala-galanya melalui mimpi. pengarang terlibat sama memberikan jalur warna yang di yakini sesuai dengan situasi dan kondisi zamannya. kejam dan dendam. malah merentasi etnik. 221). sedih.  KESIMPULAN Sehingga ke akhir abad ini. pejuang atau pembela tanah air. Sebagai pengarang yang ikut aktif dalam Angkatan Sasterawan ‟50 (Asas ‟50) sejak bertugas dengan akhbar. Sementara pemanfaatan teknik aliran kesedaran bagi menggambarkan kegoncangan jiwa Leman. terbukti Usman Awang dengan tegas meperjuangkan konsep “Seni untuk Masyarakat” walaupun novel ini terhasil lebih sedekad kemudiannya. kepercayaan ideology. di Singapura.watak Leman. Usman Awang memanfaatkan langgam pencerita orang ketiga serba tahu bagi memungkinkan penceritaannya menyorot setiap watak yang relevan tanpa mengambil kira sama ada watak-watak itu protagonist ataupun antagonis. agama dan profesion. hidup menentang maut. Malah. geram. sekali-sekala diperteguhkan dengan teknik saspens yang agak tinggi aras debarannya. Malah. Hal ini dapat dikira wajar justeru pengarang sendiri ialah anggota masyarakat pada era itu sendiri. umpamanya semacam keliru dan kemudiannya bunga bangsa. apabila Leman dan Ainon ke wad untuk melihat Mahmud yang cedera parah selepas kemalangan jalan raya. Tulang-tulang Berserakan merupakan satu-satunya genre novel Usman Awang. dan kini berada pada alaf baru. . terutama bagi individu yang sempat hidup sejak zaman pramerdeka. Meneliti karya-karyanya. terutama sewaktu menggambarkan suasana di hospital. dan peribadi penceritaannya yang memang tidak senang dengan perlakuan ganas. menghayati kembali novel ini. ia merupakan suatu nostalgia yang boleh mengimbau kembali pelbagai peristiwa suka. 219-20). Disini kita dapat melihat secara tegas dan jelas sikap. lucu yang membawa pelbagai makna. mengalami serba sedikit ragam kehidupan pada zaman perintah berkurung.  EMOSI KEINSANAN Dalam usaha dan upaya pengarang melontarkan kritikan sosialnya dan menyerlahkan rasa keinsanan yang tinggi tanpa mengira status seseorang itu. akan dapat kita telusuri keyakinannya memperjuangkan hak dan rasa kemanusiaan tanpa silu dan tegas. Tafsiran dan sekali gus sebagai suatu iktibar. terjepit antara kepentingan-keyakinan orang lain lalu hasil keprihatinannya-tentunya dengan dukungan Cikgu Alimin. Persoalan ini terjawab setelah Leman merenung kehidupannya secara rinci. Ia semacam tiada pemberatan sama sekali. (hlm. berada dalam pagar kawat berduri atau berusaha menelusuri lajur sejarah zaman darurat. Kebesahajaannya dalam bercerita. dan yang ketara ialah rasa kemanusiaan yang universal. di samping ratusan puisi dan cerpen serta puluhan dramanya. Emosi keinsanan ini tergambar jelas melalui Tulang-tulang Berserakan tanpa batas. pendirian.

Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd. Dewan sastera. 1969. 58 hlm. 331 hlm. Petaling Jaya: Penerbit Fajar BAkti Sdn. Ø Drama-drama Pilihan Usman Awang (Edisi Khas Sasterawan Negara). Ø Tinta Pena (antologi bersama). Bhd. 1986. Ø Di Bawah Matahari. Ø Kaki Langit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Asiah Enterprise.Di samping itulah reality. Kuala Lumpur: PENA. sesuai dengan transformasi dalam era global dan teknologi canggih. Tulang-tulang Berserakan kini ialah bahagian daripada dokumentasi sejarah yang di tampilkan dalam genre kreatif. Bhd. Ia merupakan asset bangsa kita juga. Januari 2000 DRAMA Ø Dari Bintang ke bintang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 112 hlm. Ø Tirai Zaman. 58 hlm. 1996. Walaubagaimanapun. 631 hlm. 64 hlm. Drama-drama itu ialah “Tamu di Bukit Kenny”.209 hlm. Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Usman telah menyumbangkan sebanyak 22 buah drama. Drama Usman Awang sering dipentaskan dan mendapat sambutan khalayak. 1968. Bhd. Ø Tamu di Bukit Kenny. TAMU DI BUKIT KENNY Pegawai : Awak ingat saya di pejabat duduk goyang kaki? . Dalam sejarah perkembangan drama Melayu. 1981. namun ia bukanlah cereka tanpa makna sama sekali. Ø Di atas Pentas (antologi bersama). suatu hakikat sejarah yang mungkin tidak muncul lagi dalam bentuk yang sama. 1965. Ø Hujan Malam (antologi bersama). 133 hlm. 1971. 163 hlm. 109 hlm. 1969. 106 hlm. 1984. dan “Uda dan Dara”. 1976. Ø Serunai Malam. “Matinya Seorang Pahlawan”. tetapi tidak mustahil ia tampil dengan wajah baru. Ø Muzika Uda dan Dara. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. tiga buah dramanya diangkat paling Berjaya dan menjadi sebutan para pencipta dan peminat drama tanah air. 1988. Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Penerbitan Angkatan Baru.

pasal itulah saya bawa kereta sendiri. Pegawai : Pasal mereka dah biasa. kenapa? Pegawai : Sekarang ini banyak benda aturan yang tidak ada aturan. siang malam bawa kereta di Kuala Lumpur ini. Cik Puan : Baru sekali bawa kereta dah macam-macam fikiran awak. Biasa langgar aturan. Macam nak mati. Orang marah kalau kita ikut aturan. hari inilah saya dimaki orang. Dia pun tak nak ikut aturan. selalunya awak tak begini. Buat rumah kilat. Sekarang ini sikap orang dah terbalik. Semua nak dulu tak kira nyawa orang lain. tentulah. saya kena maki. Cik Puan : Eh awak ni asyik dengan aturan-aturan saja sekarang. Kita nak mengejar kemajuan. Kurang ajar betul drebar itu. Pagi tadi saya dah lecture panjang pada pegawai-pegawai pejabat saya.Cik Puan : Yalah. Pegawai : Eh. Orang lain. Entah-entah hutan Pahang lebih baik lagi. Tak bising. Pasal saya bawa kereta dengan betul. Awak tau. Pegawai : Saya bertanggungjawab pada kelancaran jabatan saya. Pegawai : Saya bawa kereta sendiri. Saya dimakinya. pagi petang. Potong dan langgar saja. Cik Puan : Mamat mana? Pegawai : Mamat? Hah. Tapi kalau . Kita hendak membangun. tak peduli nyawa orang lain. Cik Puan : Kenapa Mamat minta balik? Pegawai : Salah dia sendiri. kerja betul-betul. ikut aturan itulah saya kena maki. Cik Puan : Awak bawa kereta tak betul. Itulah dia minta balik nak tengok rumahnya. Biar mereka tahu aturan sikit. Masa kerja di pejabat. Cik Puan : Rumahnya kena roboh? Pegawai : Rumah haram. Cik Puan : Mamat dah berhenti? Pegawai : Dia minta balik. harihari. nak kena roboh. Jalan raya di Kuala Lumpur sekarang ini macam hutan Pahang (ketawa sinis). awak fikirlah. nak betul macam mana lagi. Cik Puan : Awak pasal lecture pada orang…. Manusia di jalan raya ibu kota itu dah hilang kemanusiaannya.

Cik Puan : Asmah tengah buat. Penat. nak juga encik (senyum sipu-sipu). Pegawai : Saya dah lama balik. bukan fikir membantu orang. merungut): mana pergi surat khabar. Ketawa mengilai-ngilai! Bila teh nak siap? Orang gaji sekarang dah pandai telefon boyfriend. Asmah : Ya. berjam-jam bercakap telefon. Asmah : (dari dalam): Ya encik (keluar) Pegawai : Mana surat khabar? Tempat ini penuh dengan majalah filem saja. Pegawai : Tadi saya tengok Asmah bertelefon. dah tau date. Pegawai : (menggeleng-geleng kepala): Tak boleh. Pegawai : Mana dia? Asmah : Dalam bilik mak encik. Awak suka bila mamat kena ekor dulu. Takkanlah nak meminta teh di rumah sendiri. Pegawai : Baca surat khabar dalam bilik tidur? Pemalas. Cik Puan : Tapi masa beli itu awak ingatkan hadiah duitnya. Cik Puan: ( memanggil dari dalam): Asmah…Asmah. Marah. saya datang. (Memanggil). . Mana teh saya.. berjam-jam berbual pasal ekor…apa nak jadi dengan negeri ini? Cik Puan : Eh.pegawai-pegawai datang lambat. Kau nak jadi bintang filem? Asmah : Kalau boleh. membantu orang susah. Pergi ambil. membaca akhbar berjam-jam di kantin minum kopi. dulu awak beli tiket loteri juga. Haiii… Cik Puan : Nanti saya tengok (masuk) Pegawai : (mencari-cari akhbar di bawah meja. Mana surat khabar? Asmah : Tadi mak encik yang baca. Asmah…Asmah. Pegawai : Loteri itu tak salah. Kau jadi bintang dapur sudah. Apalah nak jadi. macam kedai kopi pulak. Nantilah kejap. tak ada yang betul.

gambar-gambar telanjang. itu saya kata nak baca surat khabar dulu… (Cik Puan masuk dan keluar membawa surat khabar). Kalau membisu saja buat apa duduk di Parlimen. khalwat. bukan surat khabar. Pegawai : Saya nak baca berita parlimen. itulah yang saya nak tahu. surat khabar pun begitulah…(mula membaca akhbar). menterilah yang menjawabnya. Pegawai : Jawapannya saya yang menyediakan. kerja menteri pun awak nak buat. Tentang hal-hal kementerian. Cik Puan: Yalah. Pegawai : Ah. Yang saya naik radang itu. memang itu kerja wakil rakyat. Pegawai : Eh. Asmah : Baik mak encik… Pegawai : (berpindah duduk): Awak baca surat khabar dalam bilik? Cik Puan: Apa salahnya. Pegawai : Eh. tapi apa awak nak gaduhkan sangat. itu kerja saya. Pegawai : Ha. . masing-masing nak hentam orang lain saja. Parlimen kan tempat untuk bercakap. disiar atau tidak. Marah. tak sah. Nanti naik lagi penyakit awak itu. macam tak ada berita lain yang nak dibesar-besarkan…tak ada gambar lain… Pegawai : Dunia kita dah begini.Cik Puan: (keluar membawa kuih) Bawakan lekas the tu. pegawai-pegawai mestilah bertanggungjawab. awak pun dah pandai marahkan surat khabar. (Asmah keluar membawa teh). Awak tu. Cik Puan: Kementerian awak memang selalu kena hentam. kalau bercakap asal bercakap saja buat apa! Bercakap fasal “hantu” fasal tubuh perempuan… Cik Puan: Awak dah penat. Cik Puan: Awak memang begitu. kadang-kadang sampai baca surat khabar dalam bilik air. Pandai cakap saja… Cik Puan: Ah. Kementerian saya tak habis-habis kena hentam. Cik Puan: Surat khabar sekarang ini kalau tak membesarkan berita rogol.

(Drama-drama pilihan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Samad Said).198-200) Jelaslah dalam drama ini Usman Awang memaparkan pelbagai komen tentang masyarakat sezaman. Kisah pegawai kerajaan terpaksa menghadapi berbagai-bagai masalah daripada masalah pemandunya. ü Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama). 199 hlm. WAWANCARA Wawancara Sastera (disusun oleh A. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. 1983.M. Allahyarham berkarya bukan hanya di atas nama kaum Melayu semata-mata tetapi juga merentas sempadan etnik dan sistem kepercayaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam sejarah kepengarangannya. 216 hlm. Tetapi ia juga merupakan permata intelektual yang dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Allahyarham tidak meletakkan „perjuangan‟ masyarakat bawahan dalam wacana konflik. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. rasa. Bagaimanapun. bagaimana pengarang menjadi lidah masyarakat dalam menyuarakan hak. 548 hlm. 1973. 367 hlm. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1973. hlm. Thani). 49 hlm. Semua dipaparkan dengan menggunakan dialog yang padat dengan bahasa yang ringkas dan ayat yang pendek. Persoalan besar yang sentiasa diutarakan oleh Allahyarham ialah. ESEI/ KRITIKAN  Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama A. ü Usman Awang: Sikap dan Pemikiran (disusun oleh Dinsman dan Sutung Umar Rs). Bhd. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. ia disampaikan . iaitu zaman setelah Negara mencapai kemerdekaan. Sebaliknya. ü Esei Sastera ASAS 50 (antologi bersama). 1981. 1984. 225 hlm. SUMBANGAN USMAN AWANG Tokoh karyawan Usman Awang. Allahyarham berkarya atas nama kemanusiaan serta kesejagatan. pandangan dan kepentingan mereka kepada kelompok yang berkuasa. 1963.masalah anak-anak hingga masalah kerja di pejabat.(Cik Puan masuk). namanya tidak hanya sebahagian daripada khazanah keilmuan Melayu. ü Panduan Menulis Cerpen (bersama Abu Bakar Hamid).

perjuangan dan idealismenya dalam memartabatkan bahasa. Semangat untuk membela nasib orang Melayu dalam karya-karya Allahyarham cukup kuat. setelah enam tahun pemergiannya. Melayu menikam dalam kelembutan kata-kata dan kepetahan bermain bahasa. membesar dan mendewasakannya. ia akan mengingatkan kita pada Justice is Conflict. novel mahupun drama pentas. Prof. ringkas tetapi padat.melalui ketajaman pena dan kehalusan kata. karya Stuart Hampshire. tidak menyebabkan kita berasa marah atau terhina dengan tegurannya itu. Daripada nelayan dan buruh kasar. Inilah kelebihan yang ada pada beliau. Madya Dr. Kehalusan kata sentiasa menjadi keutamaan kepada Allahyarham. Allahyarham dalam beberapa karyanya melontarkan kritikan terhadap kepincangan-kepincangan dalam birokrasi serta terhadap segelintir pemimpin yang tidak jujur. Karyanya ditulis dalam bahasa yang mudah tetapi memadai untuk menyedarkan semua pihak. Jiwa puisinya adalah jiwa Melayu tulen. Dalam erti kata lain. Sememangnya Allahyarham adalah sebutir permata di dalam kesusasteraan tanah air yang sukar dicari ganti. Allahyarham merupakan permata intelektual Melayu yang lahir atas semangat kesedaran untuk memperjuangkan masa depan dan jati diri bangsanya. Dengan bahasa yang mudah. karya-karya Allahyarham akan tetap subur sebagai khazanah bangsa yang begitu berharga. keadilan dituntut melalui kejernihan akal rasional. sehinggalah Melayu yang menduduki kepimpinan tertinggi. Universiti Malaya (UM). Hari ini. karya-karya Allahyarham setia mendukung semangat persahabatan sebagaimana jiwa kemelayuan itu sendiri. kesusasteraan dan kemanusiaan sentiasa hidup dan mekar mewangi. Sebaliknya. „kekuatan‟ utama Allahyarham ialah unsur kritikan sosial dalam karya-karyanya. kita jangan mengharapkan pemikiran Allahyarham diterapkan dalam karya-karya berbau penentangan dan kekerasan. . dia menegur menerusi katakata lembut dan menusuk. Membaca karya Allahyarham. karya-karyanya mampu menegur banyak pihak secara halus serta berlapik. Sesekali apabila membaca karya-karya Allahyarham sama ada genre puisi. Oleh hal yang demikian. Namun. Kata-kata dalam puisinya adalah lambang Melayu sejati yang cinta akan akarnya. Mohamad Mokhtar Abu Hassan berkata. Malahan seharusnya kita perlu berterima kasih kerana Allahyarham memberikan kita rasa untuk berfikir bahawa kita harus menjadi Melayu yang kenal peribadi sendiri. sama seperti Hampshire. Melayu menikam tanpa menumpahkan darah. teguran tersebut dilontarkan dalam kerangka pemikiran Melayu yang sentiasa berlapik dan bersopan. terutama puisi-puisinya. Cintanya tidak mengenal batas. Keterpesonaannya tertancap kukuh pada alam yang melahir. Usman berpandangan bahawa kejernihan akal rasional dalam memperjuangkan keadilan adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat. Sebagai pembaca. PANDANGAN TERHADAP USMAN AWANG Pensyarah Akademi Pengajian Melayu. Oleh itu.

Mohamad Mokhtar juga berpendapat. Peranannya telah membangkitkan kesedaran kepada banyak pihak supaya tidak memperlekehkan bahasa kebangsaan itu. karya beliau turut memaparkan idealisme untuk memajukan orang Melayu pada masa depan. Ia terus subur. Isu begini merupakan kekuatan utama dalam karya-karya Allahyarham. Sebaliknya . Bagaimanapun. Usman tidak hanya sekadar pengkarya besar yang pernah dilahirkan oleh sebuah negara bernama Malaysia tetapi juga seorang pemikir agung yang merentasi zamannya. sesubur jasanya yang ditabur demi kelangsungan bangsa Melayu dan negara Malaysia. dan di mana perlu menyatakan pendirian melalui tulisan yang beralas tetapi tetap berkesan. Begitu juga ketika Peristiwa Keranda 152. suara Allahyarham begitu lantang memperjuangkan maruah bahasa Melayu. Ketika meletus peristiwa permogokan Utusan Melayu pada Oktober 1961. Usman Awang Dalam Kenangan . Namun. Ketika kampus universiti di negara ini bergolak. hari ini dan masa depan. Kini sudah beberapa tahun Allahyarham meninggalkan kita. Pandangan-pandangan seperti ini tidak banyak ditemukan dalam penulis-penulis Melayu yang sezaman dengan Allahyarham. Hal ini membuktikan Usman seorang pengarang yang berpandangan luas meskipun tidak mempunyai pendidikan tinggi. Di Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50). Beliau menunjukkan keprihatinan sebagai seorang manusia yang hidup dan sedar kepada persekitarannya. pengkaryaan dan perjuangan Allahyarham sentiasa dekat dengan dunia nyata. berapa ramai barangkali antara penyanjung. Apa yang diutarakan adalah isu semalam. Allahyarham dan teman-teman seperjuangan menunjukkan harga diri yang tinggi demi masa depan bahasa dan orang Melayu. Pandangan-pandangan Mohamad Mokhtar sebenarnya hanyalah contoh kecil daripada segudang jasa Allahyarham dalam memartabatkan bahasa. Kebanyakan isu yang diutarakan tidak hanya menggambarkan situasi semasa. peminat Usman yang terus mengingati makna sebenar 29 November dalam erti kata `pergi sebutir permata keilmuan Melayu?‟. karya-karya Usman membuktikan Allahyarham berfikiran jauh dalam melihat pelbagai isu khususnya berkaitan dengan masa depan orang Melayu. Kesimpulan ringkas. sastera dan masa depan orang Melayu sendiri. Allahyarham turut meletakkan dirinya dalam peristiwa berkenaan. ketajaman pena dan kehalusan bahasa beliau tidak pernah mengikuti jasadnya.

Melaka . GAMBAR FOTO 2 Di hadapan Balai Polis Kaba.GAMBAR FOTO 1 Zaman remaja yang telah lama ditinggalkan. hanya mampu mengembalikan nostalgia.

GAMBAR FOTO 5 Menerima Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Melayu dari Pro-Canselor Universiti Malaya. Perdana Menteri ke-3 pada tahun 1975.GAMBAR FOTO 3 Segak bergaya dalam pakaian Melayu GAMBAR FOTO 4 Mendapat gelaran Pejuang Sastera daripada Tun Hussein Onn. .

GAMBAR FOTO 7 Bersama seorang teman ketika bertugas sebagai anggota polis. .GAMBAR FOTO 6 Di hadapan kedimannya di Singapura ketika bekerja dengan Utusan Melayu.

GAMBAR FOTO 9 Perarakan menentang Akta Bahasa 152.GAMBAR FOTO 8 Bersama dengan pemimpin PLO. GAMBAR FOTO 10 Sedang melontarkan pandangan dan pendapat tentang dunia penyair pada Hari Puisi yang ke-5 di Kem Kijang. saudara Yassir Arafat ketika pemimpin itu pertama kali melawat Malaysia pada taun 1985. . Kelantan pada tahun 1976. Kota Bharu.

.GAMBAR FOTO 11 Menyampaikan ceramah pada Malam Penulis Berbilang Kaum. November 1989. GAMBAR FOTO 12 Kepenyairannya terserlah dalam pakaian seragam polis yang menuntut keteguhan.

GAMBAR FOTO 14 Terharu mendengar sesuatu yang diperkatakan tentang dirinya. .GAMBAR FOTO 13 Menyampaikan Pidato Penerimaan Anugerah Sasterawan Negara di Bangunan Parlimen pada tahun 1983.

Kemala. . Latif Mohidin dan Yassin Salleh pada Hari Puisi Pertama. Zaihasra. Datuk Hassan Ahmad. dan Tan Sri Ismail Hussien dalam satu forum sastera. GAMBAR FOTO 16 Membaca sajak dedikasi kepada Pungguk bersama-sama Maarof Saad. Julai 1871. AGI.GAMBAR FOTO 15 Bersama-sama Tan Sri Kadir Shamsudin .

.A.Samad Said selepas pelancaran dua buah bukunya .E.Drama-drama Pilihan Usman Awang. GAMBAR FOTO 19 Menerima S. ibu dan keluarga di Mersing. Write Award di Bangkok pada tahun 1982. GAMBAR FOTO 18 Kenangan lalu bersama ayah. dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang. Mahathir Mohamad.GAMBAR FOTO 17 Bersama Dato' Seri Dr. Perdana Menteri Malaysia ke4 dan dua orang Sasterawan Negara -Keris Mas dan A.

GAMBAR FOTO 22 Usman Awang terkenal sebagai pembaca puisi dengan suara yang lunak dan gaya yang lembut. GAMBAR FOTO 21 Segak berpakaian baju Melayu dan bersamping songket. .GAMBAR FOTO 20 Mais terus berkarya dan aktif dalam kegiatan sastera setelah bersara daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahim Razali. GAMBAR FOTO 24 Bersama keluarga dan teman-teman dalam upacara Anugerah Sastera Negara di Bangunan Parlimen pada tahun 1983. GAMBAR FOTO 25 Diraikan oleh teman-teman.GAMBAR FOTO 23 Menerima Anugerah Sasterawan Negara (Sasterawan Negara ke-3) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1983. Krishen Jit. sewaktu menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1983. . Dato' Shamsudin Musa.

GAMBAR FOTO 27 Membaca puisi di hadapan penuntut Malaysia di lua .GAMBAR FOTO 26 Bersama Asyraf. dan Masuri SN dalam Upacara Anugerah Sastera Negara pada tahun 1983. Keris Mas.

Jepun. pengalaman dan dedikasinya. Tamil. Degup Jantung. Tamu Di Bukit Kenny. Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. China dan Rusia. Turunnya Sebuah Bendera. Indonesia. kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air. Rusia dan lain-lain. Thai. Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra. Danish. Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Malam Kemerdekaan. Sajak-sajaknya sentiasa segar. “Gadis Di Kuburan”. Filipina. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :Novel : Tulang2 Berserakan Cerpen : Untuk Malaya Merdeka. . Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Kami Yang Terlibat dan lain-lain. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat. Korea. Serunai Malam dan lain-lain. Itali. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Drama : Muzika Uda dan Dara. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang. Matinya Seorang Pahlawan – Jebat. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. China. Mulai tahun 1979. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”. kerana ketokohan. “Bunga Popi”.Sumbangan Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera. dan “Salam Benua”. Czechkoslovakia. dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Peranchis. “Nasib Buruh”. “Ke Makam Bonda”. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik.

Antara judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah        Bunga Popi Gadis Kecil Ke Makam Bonda Kekasih Kurang Ajar Pak Utih Suara Dari Pusara Dramanya yang terkenal ialah: . Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Kekasih. khususnya sajak dan drama. amat banyak diperkatakan. Gadis Di Kuburan. Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden. Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM). Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi. Ke Makam Bonda. Penulisan Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama.Sajak : Pak Utih. Cempaka Berbunga. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. di dalam atau luar negara. Bunga Popi dan lain-lain. sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Salam Benua. Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan. Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi.

Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise. 10. 2006 6. 17. Usman Awang : penyair ulung. 2006. Tamu di Bukit Kenny : DBP. Pengarang Muda. 2. Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise. Key concepts in Usman Awang's short stories : developing a critical tradition / Mohamad Mokhtar Hassan. SEA Write Award 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera 1985.Di sana mereka kena peluru .    Matinya Seorang Pahlawan Tamu Bukit Kenny Serunai Malam Malam Kemerdekaan Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". 1992 15. Matinya seorang pahlawan : Jebat = : Death of a warrior : Jebat / Usman Awang . 2006. 1984) Dato' Dr. Selected plays by Usman Awang : DBP. 3.: Pustaka Siswa Moden.: Berita Publishing.. terjemahan oleh Rahmah Bujang : DBP. 1984. 4. 18. 1994. 19. 2006. 12. U. Rose Murni. Panduan menulis cerpen / diselenggarakan oleh A. Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP. Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" : Utusan Publications & Distributors. 1995. 1984. 1986. Amir. beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara". Puisi-puisi pilihan (Edisi pelajar) : DBP. 1995. 1987. Bakar Hamid & Usman Awang. 2006. 7. 13. Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu "Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" . : DBP.: DBP.A. Berkenalan dengan pengarang Usman Awang / Mana Sikana. 20. 8. 1986. 1988. 2009. Kami yang terlibat : DBP. Seorang penyair. Drama-drama pilihan Sasterawan Negara Usman Awang : DBP. Puisi-puisi pilihan Usman Awang . Hasil penulisan Berikut adalah hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya : 1. Setiabudi. Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang / penyelenggara Dinsman: DBP. 14. . dan Zaini. 5.Moscow. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'. 2004 9. 2002. 11. 1992. sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad Haji Salleh: DBP. Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia. 2007. : DBP. Pada tahun 1983. Atma Jiwa. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya. untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti. Gelombang : (sajak-sajak pilihan 1949-60) : DBP. 16. Manis. Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.

23. Muzika Uda dan Dara : DBP. Kalau tak berani tak payah jadi penulis. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail. Dato Baha Zain. Antara lain. 1981. 26. . Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh. 1976. 25. Baginya. Degup jantung.: DBP. 1980. Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini. 1982. Sutung Umar RS. antara lain Dr Anwar Ridhwan. penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada bulan Ramadan. 1983.: Fajar Bakti. Samad Said. Dato A. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir.” Dato' Usman Awang.21. 22. 24. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan. seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap. Titian zaman : antologi puisi pilihan / disusun dan dibicarakan oleh Usman Awang & Ismail Ahmad.: Pustaka Melayu Baru. Three South East Asian plays/ Usman Awang dll Sifat Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara. Sikap dan pemikiran Usman Awang / diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung Umar RS. Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara. Salam benua = Greetings to the continent : DBP. Keris Mas dan kini Tongkat Warrant.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful