You are on page 1of 2

b. 1. 2.

Nota Pengajaran Dan Pembelajaran Peruntukan Hutang Ragu ialah satu anggaran jumlah hutang yang tidak dapat dikutip. Peruntukan hurang ragu dianggarkan sebelum tempoh perakaunan berdasarkan pengalaman, latar belakang dan kedudukan kewangan pelanggan serta kajian keupayaan pelanggannya membayar balik hutangnya. Semakin tinggi risiko penghutangnya tidak dapat membayar balik hutangnya, semakin tinggi peratus anggaran Peruntukan Hutang Ragunya. Tujuan Peruntukan Hutang Ragu dibuat ialah:a. untuk memadankan hasil dengan belanja perniagaan. b. untuk menampung satu kerugian perniagaan dalam bentuk hutang lapuk. Peruntukan Hutang Ragu dihitung berdasarkan peratus tertentu daripada jumlah penghutang bersih. Konsep Atau Istilah

3.

4. c.

Catatan Jurnal Bagi Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih Dan Peruntukan Hutang Ragu No. a. Urus niaga Merekod Hutang Lapuk dihapuskan. Item Dt. Akaun Hutang Lapuk Kt. Akaun Penghutang

b.

Pemindahan hutang lapuk ke Akaun Untung Rugi

Dt. Akaun Untung Rugi Kt. Akaun Hutang Lapuk

c.

Penerimaan tunai / cek apabila hutang lapuk terpulih.

Dt. Akaun Tunai / Bank Kt. Ak Hutang Lapuk Pulih

d.

Pemindahan hutang lapuk pulih ke Akaun Untung Rugi. Merekod Peruntukan Hutang Ragu / Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu

Dt. Akaun Hutang Lapuk Terpulih Kt. Akaun Untung Rugi Dt. Akaun Untung Rugi Kt. Ak Peruntukan Hutang Ragu

e.

f.

Merekod pengurangan Peruntukan Hutang Ragu.

Dt. Ak. Peruntukan Hutang Ragu Kt. Akaun Untung Rugi

ii.

Latihan Pengukuhan

Pada 31 Disember 20X3, Imbangan Duga Krisma Trading menunjukkan baki yang berikut: Krisma Trading Imbangan Duga pada 31 Disember 20X3 Debit (RM) Penghutang Hutang Lapuk 8600 300

Kredit (RM)

Maklumat tambahan: i. Seorang penghutang, Ilham yang berhutang sebanyak RM600 telah diisytiharkan bankrap. ii. Wujudkan Perurntukan Hutang Ragu sebanyak 5% daripada penghutang. Anda dikehendaki: a. Catatkan urus niaga di atas di dalam jurnal dan poskan ke lejar. b. Menyediakan Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira pada tarikh imbangan.

iii.

Latihan Tambahan

Soalan 1 Adam Trading Sdn.Bhd. Imbangan Duga pada 31 Disember 20X3 Debit (RM) Penghutang Peruntukan Hutang Ragu 9600 680

Kredit (RM)

Maklumat tambahan i. Seorang penghutang yang berhutang RM 600 telah bankrap. Hapuskan hutangnya. ii. Selaraskan perntukan hutang ragu kepada 5% daripada penghutang bersih. Berdasarkan maklumat di atas: a. Berapakah Peruntukan Hutang Ragu untuk tahun 20X3 b. Sediakan catatan jurnal dan poskan ke lejar Akaun Peruntukan Hutang Ragu untuk tahun 20X3. c. Adakah Adam Trading Sdn. Bhd. mengalami pertambahan atau pengurangan Peruntukan Hutang Ragu? Soalan 2 Butir- butir yang berikut dipetik daripada Imbangan Duga Mastura pada 31 Disember 20X2. Perniagaan Mastura Imbangan Duga Pada 31 Disember 20X2 Debit (RM) Penghutang Hutang Lapuk Peruntukan Hutang Ragu 8260 250 450

Kredit (RM)

Maklumat tambahan: i. Puan Ana yang berhutang RM360 telah diisytiharkan bankrap dan akaunnya hendaklah dihapuskan. ii. Peruntukan Hutang Ragu perlu diselaraskan kepada 5% atas penghutang pada 31 Disember 20X2. Anda dikehendaki menyediakan: a) Akaun Hutang Lapuk b) Akaun Peruntukan Hutang Ragu c) Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 20X2 d) Catatan-catatan yang berkenaan dalam Kunci Kira-Kira pada 31 Diember 20X2. Soalan 3 Syarikat Manis Enterprise mempunyai akaun yang berikut pada 31 Disember 20X3 Syarikat Manis Enterprise Imbangan Duga Pada 31 Disember 20X3 Debit (RM) Penghutang Peruntukan Hutang Ragu 16 800 624

Kredit (RM)

Maklumat tambahan: i. Menyelaraskan Peruntukan Hutang Ragu pada kadar 3% daripada penghutang. ii. Hutang Fazil RM200 dan Anuar RM300 pasti tidak dapat dikutip balik. Anda dikehendaki menyediakan catatan jurnal untuk urus niaga tersebut