You are on page 1of 2

Latar Belakang Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah masih kurang dilaksanakan di kalangan

guru prasekolah. Penggunaan Bahasa Inggeris Penggunaan bahasa yang mudah akan memberi pemahaman yang berkesan terhadap murid. Melalui cara belajar melalui bermain, murid akan lebih mudah menerima kemahiran dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Kategori Bahasa Inggeris Tema/Tajuk Dunia Teknologi (Kenderaan Udara / Air Transport) bertajuk Bentuk & Warna / Shapes and Colors. Kumpulan Sasaran Murid Prasekolah berumur dalam lingkungan 5-6 tahun seramai 25 orang.

Kaedah/Teknik Kaedah bermain sambil belajar yang berpusatkan murid menggunakan teknik menyoal.

Sinopsis Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah belajar melalui bermain melalui aktiviti bercorakkan permainan koperatif. Murid akan bermain bersama secara kumpulan melalui aktiviti permainan berperaturan / ruledgames iaitu Flying Carpet Chess. Sifat disiplin, berdaya saing, mengikut giliran dan kemahiran sosial murid dapat dibentuk melalui aktiviti ini. Guru akan menggunakan teknik soal jawab dengan murid sebagai kaedah penilaian. Murid didedahkan dengan 4 jenis asas bentuk dan warna dengan menggunakan kaedah pandang, dengar dan sebut.

Objektif - Mengenal 2 daripada 4 jenis bentuk segitiga (triangle), segiempat sama (square), segiempat tepat (rectangle) dan bulat (circle). - Mengenal 2 daripada 4 jenis warna iaitu merah (red), biru (blue), kuning (yellow) dan hijau (green). Cadangan Masa 30 minit. Langkah 1 (Set Induksi) Nyanyian dan perbualan Langkah 2 Penggunaan kad imbas Langkah 3 Match & Paste Langkah 4 Permainan / Games Langkah 5 (Penutup) Soal Jawab dan nyanyian

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA: JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH GUA MUSANG MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SRI WANGI 2 PESERTA-PESERTA PROGRAM AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH 2012

PROGRAM AMALAN TERBAIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH 2012 PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN KATEGORI BAHASA INGGERIS

PN NOR ZARINA BT MD FARIL SEK KEB SRI WANGI 2, GUA MUSANG, KELANTAN TAJUK : SHAPES & COLOURS