Konsep Penilaian

• •

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu: 1. Penilaian Formatif 2. Penilaian Sumatif

Penilaian Formatif
• • • •

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif
• • • •

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)
• • • • •

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa Mengetahui keberkesanan pengajaran Merancang dan mengubah suai pengajaran Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta

Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral

Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah Pengenalan: • • • Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek intelek. Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid. Memastikan prinsip asas penilaian diikuti: o tujuan penilaian o bidang yang dinilai o calon yang hendak dinilai o teknik yang akan digunakan dalam penilaian Skop penilaian: Memberi gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek: • Bidang Kognitif/Pemikiran moral . Dalam Pendidikan Moral. Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah: • • • • Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p untuk membantu membaiki kelemahan pembelajaran murid. jasmani dan emosi. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan.Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek. guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral. . Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif. rohani. Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.• • • Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap tingkatan.

kuiz . sikap dan nilai dari bidang kognitif.ujian kertas pensil . penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif. Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek. afektif dan psikomotor. afektif dan psikomotor. 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik.laporan . Oleh itu. Ennis (1985. dari segi menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita.pemerhatian .perbincangan .Perkembangan perlakuan dalam minat. P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.soal jawab .folio Informal .penilaian kendiri Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif Pengenalan • • • Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan. Bentuk Penilaian dalam Bilik Darjah Bentuk penilaian dalam Bilik Darjah • Berbagai-bagai cara informal dan formal Formal . Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah. Dalam Pendidikan Moral.• • Bidang Afektif/Perasaan moral . Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral . rohani. emosi dan jasmani.tugasan .lisan . sikap. nilai serta rohani dan emosi. . kemahiran.

Aplikasi Arasu seorang pelajar yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya.htm) Aras Kemahiran Ujian Bertulis Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom. Analisis Yang manakah pernyataan berikut TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dengan betul? Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan. 2. Dia selalu Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta. gigih. menukar dan menjelaskan fakta. prinsip. 3. . Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan nilai ……………… Menguji kebolehan pelajar mencantumkan. hukum dan teori yang telah dipelajari. teori. (Rujuk http://www. berkaitan. 4. menggabungkan dan mengintergrasikan faktafakta atau idea-idea yang berkaitan. Jelaskan nilai yang sepatutnya kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang diamalkan oleh Arasu. hukum dan definisi yang telah dipelajari. perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. tekun. prinsip. pengetahuan dan kerja rumahnya. iaitu “formal reasoning” dan “everyday reasoning” Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif • • Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral. konsep. Huraikan maksud nilai bertanggungjawab.officeport.com/edu/blooms. dedikasi dan daya usaha. Menguji kebolehan murid memahami. erti.Pengetahuan Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta. 5. Perhatikan jadual di bawah: Aras kemahiran dalam bidang kognitif 1. istilah. Kefahaman Contoh soalan Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia.Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran. hukum. bergantung kepada orang lain untuk menyiapkan konsep. Sintesis Cekal. Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. prinsip.

satu ayat. holistik. mengkritikkan. karya. merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan. sikap. beberapa ayat. menilaikan. beberapa perenggan. carta dan lain-lain o pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan Soalan jenis gerak balas lanjutan . ciptaan. Di bawah soalan jenis respons terhad ada: • • Soalan berstruktur o satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi persatu o jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan(nilai. tingkahlaku) Soalan berpandu o mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar. yang manakah PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak sifat kebersihan diri? PANDUAN MENULIS SOALAN UJIAN BERTULIS • • • Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan UJIAN SUBJEKTIF • • • • • Ujian esei Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri Jawapan. mengesahkan. menerangkan. peta. prinsip.6. membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri Pemeriksa memeriksa secara subjektif. satu karangan Pelajar bebas memilih. analitik(mengikut kriteria pemarkahan) JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF • • Jenis respons terhad o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik Jenis respons lanjutan o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral. satu perenggan. teori dan sebagainya. Di antara nilai-nilai yang berikut. Penilaian Menguji kebolehan calon membuktika.

sintesis. imaginasi menilai aras yang lebih tinggi (analisis. keaslian idea.menghuraikan idea/pendapat secara bertulis sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran. Misalnya dalam aspek penyelesaian masalah secara berkumpulan. pelajar dikehendaki melakukan sesuatu aktiviti atau perbuatan berkaitan dengan nilai yang telah dipelajari. aras kemahiran Ciri keobjektifan – jawapan.• • • • • soalan jenis perbicaraan memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas. Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Pentafsiran soalan subjektif • • • • • Skop jawapan soalan terlalu luas Soalan yang menimbulkan perbalahan Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar Soalan terlalu mudah Soalan yang kurang jelas Panduan menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral • • • • • • Digubal berdasarkan aspek penting – bahan P&P Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai Ada ciri keesahan-topik. penilaian) Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia. bertulis atau mengkonstruk sesuatu produk. induksi. Dalam penilaian tingkahlaku moral. skema pemarkahan Ciri kebolehpercayaan – wajib dijawab Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor (Tingkahlaku Moral) Pengenalan • • • • Dalam penilaian tingkahlaku moral. Senarai Sub-sub Topik: . Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara. pelajar diberi satu ‘demanding task’ dan dikehendaki respon dalam bentuk lisan. daya kreatif. Penilai atau guru Pendidikan Moral akan memerhatikan tingkahlaku dan gerak-geri pelajar dan bandingan dengan tingkahlaku piawai yang telah disediakan.

3. 4.1. (2000) pendidik/penilai yang berlainan akan menggunakan phrasa penilaian tingkahlaku untuk merujuk kepada pelbagai cara dalam penilaian untuk bidang ini. what’s “performance” to one educator may not qualify as “performance” to another Kepentingan penilaian tingkahlaku moral KEPENTINGAN PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL • Mehren (1992) menggalakkan penggunaan penilaian tingkahlaku moral kerana: . Standard berkualiti bagi kriteria yang ditetapkan (Prespecified quality standards) o Kriteria yang hendak dinilai perlu dijelaskan pada pelajar sebelum menilai kualiti tingkahlaku pelajar. di luar kelas dan waktu p & p. 2.J. Tetapai manamana penilaian tingkahlaku harus mempunyai sekurang-kurannya 3 ciri-ciri iaitu: • • • Kriteria penilaian yang pelbagai (Multiple evaluative criteria) o Tingkahlaku pelajar perlu dinilai berdasarkan lebih dari satu kriteria o Misalnya untuk menilai kerajinan pelajar perlu ada rujukan pada buku latihan P. tingkahlaku di kelas. 5. Penilai tingkahlaku menggunakan frasa ‘authentic assessment’ kerana penilaian sebegini memberi alternatif kepada penilaian secara tradisional. Ciri-ciri penilaian tingkahlaku moral Ciri-ciri penilaian tingkahlaku yang lain Kepentingan penilaian tingkahlaku moral Pembinaan item penilaian tingkahlaku moral Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam tingkahlaku moral CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL Menurut Popham. Ada pendidik yang menggunakan soalan struktur dan soalan esei untuk penilaian tingkahlaku.Moral.W. human judgement menjadi faktor utama untuk menilai seseorang pelajar. o Kriteria yang ditetapkan berdasarkan p & p yang telah dijalankan dalam bilik darjah. CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU YANG LAIN • • Kebanyakan advocate penilaian tingkahlaku mengatakan penilaian tingkahlaku perlu autentik dan melibatkan dunia sebenar. o the tasks should represent real-world rather than school-world kinds of problems. Judgmental appraisal o Dalam penilaian tingkahlaku moral.

Pengaruh negatif penilaian konvensional. Tahap Penerimaan Ciri-ciri • Berkaitan dengan sensitiviti pelajar terhadap kehadiran fenomena atau stimuli yang tertentu . minat dan perasaan seseorang pelajar. Kontras dengan bidang psikomotor yang melibatkan ‘small muscles and large muscles skills’ David R. PEMBINAAN ITEM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL • Dua komponen perlu disediakan: o tugasan (task) yang perlu dilakukan oleh pelajar o rubrik pemarkahan (scoring guide) untuk menilai tingkahlaku pelajar yang menjalani penilaian tingkah laku moral FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL • Penilaian tingkahlaku mengambil tempoh masa yang lama o masa untuk menyediakan tugasan yang sesuai o masa untuk menyediakan rubrik pemarkahan o masa untuk menilai respon pelajar Pembinaan Item Aspek Afektif PEMBINAAN ITEM ASPEK AFEKTIF (EMOSI) PENGENALAN • • • • Penilaian afektif berfokus terhadap sikap. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif. Penilaian tingkahlaku dapat mencapai matlamat penilaian yang lebih realistik khasnya dari segi moral dan etika. Proses ini lebih jelas dinilai melalui tingkahlaku. nilai. Kontras dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar. Misalnya penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah satu contoh penilaian afektif.o o o penilaian tingkahlaku moral sesuai digunakan untuk menilai pelajar dari pelbagai peringkat perkembangan moral kesan dari kognitif psikologi iaitu dipercayai bahawa pelajar perlu kemahiran dari aspek pengetahuan dan proses memperolehi pengetahuan.

mereka berhadapan dengan situasi di mana lebih daripada satu nilai boleh diguna.• ‘Receiving/Attending’ • Sama ada pelajar ingin menerima stimuli/fenomena yang wujud Terbahagi kepada 3 tahap: o sedar tentang fenomena yang wujud o bersedia untuk menerima fenomena o memberi perhatian kepada fenomena Bergerakbalas ‘Responding’ • Pada tahap ini. ‘internalization’ telah mengambil tempat dalam hiraki nilai seseorang individu hingga tahap dia boleh diperwatakkan sebagai mempunyai set nilai yang tertentu. Tidak o Setuju. o Dalam Inventori Likert. Tidak Setuju. Memerlukan pelajar mengurus dan menyususn nilai-nilai dalam satu sistem agar nilai-nilai tertentu lebih diutamakan. Kurang Setuju. gerakbalas (responses) lebih daripada menyedari tentang fenomena yang wujud Pelajar melibatkan diri secara aktif Kategori ini mereflek pegangan nilai tertentu seseorang pelajar Tingkahlaku pelajar konsisten dalam situasi yang bersesuaian – untuk menilai nilai yang hendak dinilai Semasa pelajar ‘internalize values’. Inventori Likert o Likert (1932) mencipta satu penilaian menggunakan skala yang membolehkan guru-guru Pendidikan Moral menilai pelbagai aspek afektif moral. Sangat Tidak Setuju Kesimpulan . Tidak pasti. Setuju. Tidak Setuju o Sangat Setuju. • Penilaian ‘Valuing’ Pengurusan • • • • Perwatakan berdasarkan nilai (Characterization by a value or value complex) • PEMBINAAN ITEM UNTUK PENILAIAN AFEKTIF MORAL 1. 3 atau 2 pilihan. Pada tahap yang paling tinggi ini. Self-report assessment devices Anderson (1981) menyokong penggunaan penilaian afektif apabila menilai status afektif pelajar. o Contoh pilihan: Ya. beberapa pernyataan diberi dan respon diberi dalam bentuk 5. 2. (certain values exercise greater control).

KESIMPULAN Secara umumnya. penilaian Pendidikan Moral di bilik darjah perlu menitikberatkan aspek-aspek berikut: • • • • • • Tujuan penilaian Skop penilaian Pendekatan yang akan digunakan Pelaksanaan Rekod Pelaporan .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful