You are on page 1of 29

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI & MENANGANI CABARAN

PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk Persoalan hubungan etnik sangat penting bagi mewujudkan kestabilan politik, dan seterusnya memastikan pembangunan negara berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

PENGENALAN
Antara kekuatan Malaysia :Semua golongan etnik utama terlibat dalam ruang budaya tempatan sejak awal-awal lagi. Contoh : 1. Pengaruh Cina Peranakan @ Baba. Mereka mengasimilasikan tiga kebudayaan iaitu kebudayaan Cina, Melayu & Barat 2. Sumbangan orang India terdapat dalam budaya & falsafah politik Melayu

DASAR & PELAN TINDAKAN UNTUK PERPADUAN

1) 2)

Usaha untuk mengukuhkan hubungan etnik secara holistik adalah amat mencabar. 2 perkara terawal sebagai pelan tindakan untuk mengekalkan serta mengukuhkan hubungan etnik :RUKUN NEGARA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

RUKUN NEGARA

Dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri yang unggul Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 Digubal oleh Majlis Perundingan Negara Bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969

RUKUN NEGARA

Rukun negara dengan prinsip bertunjangkan semangat perlembagaan diharap dapat membentuk jati diri sebagai bangsa Malaysia Rukun negara menjadi pedoman untuk sebarang program pembangunan negara Menjadi ikrar untuk acuan integrasi nasional, pembentukan bangsa Malaysia dan ideologi negara

IKRAR RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan pelbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

IKRAR RUKUN NEGARA

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

RUKUN NEGARA : KUPASAN

Secara keseluruhan, dalam konteks pembangunan politik, Rukun Negara dengan jelas menyatakan cita-cita untuk membina negara bangsa malaysia yang hidup bersatu-padu, mengamalkan cara hidup demokratik, melaksanakan keadilan sosial dan juga berfikiran terbuka Dalam konteks ekonomi ditekan tentang sains dan teknologi berasaskan perindustrian untuk membentuk masyarakat progresif

RUKUN NEGARA : KUPASAN


1.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Prinsip ini membawa maksud rakyat di negara ini mempunyai agama dan kepercayaan masingmasing. Islam adalah agama Persekutuan. Namun kebebasan beragama selain daripadanya tidak dihalang sama sekali. Dengan kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia yang bermoral, akomodatif, jujur dan tolongmenolong antara satu sama lain.

RUKUN NEGARA : KUPASAN

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Yang Dipertuan Agong lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Rakyat mesti menunjukkan kesetiaan dan kepada baginda dan negara. Kedudukan raja-raja telah termaktub di dalam perlembagaan

RUKUN NEGARA : KUPASAN

3. KELUHURAN PERLEMBANGAAN Rakyat harus mematuhi dan menghormati perlembagaan sebagi undang-undang yang tertinggi. Perlembagaan melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran

RUKUN NEGARA : KUPASAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Mesti menghormati kedaulatan undang-undang kerana dengan undang-undang kesepakatan dan juga keamanan akan dapat terpelihara.

RUKUN NEGARA : KUPASAN

KESOPANAN DAN KESUSILAAN Rakyat haruslah mempunyai akhlak yang baik dan terpuji sesuai dengan ciri-ciri atau nilai ketimuran kita. Dengan akhlak yang terpuji akan dapat melahirkan sikap akomodatif.

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Dalam konteks hubungan etnik, dasar pembangunan negara merujuk kepada :-

1) Usaha kerajaan bersama dukungan rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum

Terdapat 3 pelan dasar pembangunan negara yang utama :


DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

ERA DASAR EKONOMI BARU (1971 1990)

ERA DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991 2000)

ERA DASAR WAWASAN NEGARA (2001 2010)

ERA DASAR EKONOMI BARU (1971 1990)


Memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah

Mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan

ERA DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2000)


Mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil

Mewujudkan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

ERA DASAR WAWASAN NEGARA (2001 - 2010)


Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur
Meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Menggunakan acuan tempatan dengan memperkasakan dari segi bahasa pengantar, sukatan mata pelajaran dan kurikulumnya Terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 Semakan semula ordinan yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kemudian dimaktubkan sebagai Akta Pelajaran 1961 Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan supaya mencapai objektif perpaduan dan memenuhi keperluan negara. Laporan Jawatankuasa itu telah diterbitkan pada tahun 1979

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan

Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik

Berpandukan Penyata Razak 56 & Rahman Talib 60 : mentafsirkan sbg penyatuan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja dlm bidang ekonomi.

Falsafah Pendidikan Negara

Berasaskan pendekatan keseimbangan J.E.R.I Bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu mencapai kesejahteraan diri lalu menyumbangkan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan


1.

2.

3. 4.

Bahasa Kebangsaan sbg bahasa pengantar Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah Sistem peperiksaan yang sama Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan


5. Meningkatkan mutu pendidikan menyeluruh 6. Menyediakan peluang pendidikan selama sembilan tahun asas

7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dan membuka peluang kepada golongan kurang bernasib baik dan di luar bandar

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan


8. Memperkenalkan sistem KBSR & KBSM berasaskan perkara 3M 9. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik 10.Mempermudahkan dan memperbanyakkan kemudahan universiti

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan


11. Mempertingkat aspek kerohanian, moral dan disiplin 12. Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris wajib yang diajar di sekolah dan memberi peluang pembelajaran bahasa lain (Tamil & Mandarin) 13. Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan


Memperkenalkan sekolah wawasan RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Objektif RIMUP : 1) Menggalakkan penyertaan guru dan murid dlm kegiatan bersama 2) Mewujudkan sikap kerjasama 3) Melahirkan persefahaman atr murid pelbagai kaum 4) Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran dlm kegiatan khas

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan

Menawarkan pembelajaran bhasa Tamil & Mandarin di sekolah kebangsaan PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

**Secara jelas banyak dasar dan sistem pendidikan memberi ruang kepada penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini

You might also like