P. 1
CUACA&meteorologi1

CUACA&meteorologi1

4.83

|Views: 3,775|Likes:
Published by emi_ariyani

More info:

Published by: emi_ariyani on Jan 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

PENGENALAN Ciri-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan

yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut. Malaysia juga mempunyai pelbagai faktor yang mempengaruhi iklim di Malaysia. Antara faktor – faktor iklim ini akan dibincangkan sepanjang topik atau di dalam tugasan ini

DEFINISI CUACA

1

Cuaca adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet. Istilah ini biasanya digunakan untuk memaksudkan aktiviti fenomena ini selama tempoh masa yang pendek, biasanya tidak lebih dari beberapa hari panjangnya. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali sebagai iklim. Penggunaan dua istilah ini selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubungkait rapat.

DEFINISI METEOROLOGI Meteorologi atau kajicuaca merupakan pengajian saintifik tentang keadaan atmosfera terutamanya berkenaan cuaca dan ramalannya. Cuaca memainkan peranan penting dalam mencorakkan cara hidup kita. Ia digolongkan dengan klimatologi, Meteorologi juga mengkaji interaksi atmosfera Bumi dengan Lautan. Kajian meteorologi membolehkan ahli sains meramal cuaca dan membekalkan maklumat penting untuk bidang-bidang ketenteraan, penjanaan tenaga, pertanian, perkapalan dan pembinaan. Ahli meteorologi mengkaji arah dan halaju angin, suhu, tekanan, wap air dan interaksi pemboleh ubah ini, dan bagaimana mereka berubah dengan masa. Di Malaysia, meteorologi tidak begitu menonjol jika dibandingkan dengan cabang ilmu sains yang lain. Hakikatnya, bertitik tolak dari meteorologi, ia menghasilkan pelbagai kajian sains seperti climatology (kajian tentang iklim), hidrologi, strata vegetasi, botani, zoologi dan biogeografi.

IKLIM DAN CUACA

2

Secara mudah, cuaca adalah satu pergabungan kejadian di atmosfera dan Iklim pula adalah cuaca yang dialami sepanjang satu jangkamasa di sesuatu lokasi. Tidak ada suatu batas pemisah tepat antara apa yang dikatakan iklim dan apa yang dikatakan Cuaca. Ia bergantung kepada kegunaan. Umpamanya, fenomena El Nino adalah satu fenomena cuaca untuk segolongan pemerhati, tetapi untuk segolongan yang lain, ia suatu ciri perubahan iklim. Bila konsep iklim sebagai satu purata sistem cuaca dikemukakan pada akhir kurun ke– 19, jangkamasa 30 tahun merupakan satu jangkamasa yang munasabah. Tetapi, dengan adanya perolehan arah aliran cuaca bagi satu jangkauan masa yang panjang meliputi rekod-rekod suhu, hujan dan sebagainya, keupayaan mendapatkan takrifan yang menyeluruh untuk “iklim” menjadi lebih sukar kerana dalam jangkamasa 30 tahun tersebut, purata suhu, taburan hujan dan sebagainya boleh berubah, dan dalam satu jangkamasa singkat, perolehan statistik kurang stabil. Untuk sesuatu lokasi geografi, iklim tidak berubah semasa hayat seseorang insan. Dalam jangkamasa geologi (jutaan tahun), iklim boleh berubah untuk sesuatu lokasi. Antara faktor yang mempengaruhi iklim dan cuaca ialah:

1) Mekanisme asas

3

Fenomena cuaca terhasil akibat dari perbezaan suhu seluruh dunia, yang timbul sebahagian besarnya kerana kawasan yang lebih dekat kepada tropika, di sekitar khatulistiwa, menerima lebih tenaga dari Matahari berbanding bahagian utara dan selatan, lebih dekat kepada kutub Bumi. Sebab kedua perbezaan suhu pada Bumi adalah kelainan permukaan tempat (seperti air lautan, tanah berhutan, dan kepingan ais) mempunyai kebolehpantulan berbeza (albedo), dan dengan itu menyerap dan menyinarkan kadar berbeza tenaga suria yang diterima. Perbezaan suhu permukaan mengakibatkan arus angin menegak. Permukaan panas akan memanaskan udara di atasnya, menyebabkan ia mengembang dan naik ke atas, menurunkan tekanan udara dan menarik udara yang lebih sejuk ke tempat tersebut. Udara panas yang mengembang dan naik itu akan kehilangan haba dan menyejuk, yang menyebabkannya mengecut dan turun ke bawah, meningkatkan tekanan udara dan menggantikan udara yang berada di bawahnya. Arus angin melintang terbentuk di sempadan kawasan yang berbeza kepanasan dan boleh menjadi-jadi jika terdapat permukaan cerun. Sistem ringkas ini boleh menimbulkan tingkah laku yang menghasilkan sistem yang lebih rumit dan demikian semua fenomena cuaca. Contoh skala besar proses ini boleh dilihat di sel Hadley dan bentuk lain peredaran atmosfera. Contoh kecilan pula dalah seperti bayu laut. Kesan Coriolis penting dalam menjadi punca putaran besar asing yang dikenali sebagai siklon. Jadi punca asas cuaca adalah suhu permukaan, dan boleh juga ketinggian.

4

Oleh kerana paksi Bumi miring sedikit (tidak berserenjang dengan satah orbitnya), cahaya matahari sampai pada sudut yang berbeza pada waktu yang berbeza dalam setahun. Semasa Jun, Hemisfera Utara condong ke arah matahari, jadi pada manamana latitud cahaya matahari akan jatuh lebih menegak berbanding pada Disember (lihat kesan sudut matahari pada iklim). Ini menghasilkan musim. Sebarang liukan dalam orbit planet akan mengubah jumlah tenaga yang diterima di suatu tempat sepanjang tahun dam mungkin mempengaruhi pola cuaca jangka panjang. Lihat kitaran Milankovitch.

(Kewujudannya juga disumbangkan oleh kerana perubahan orbit bumi mengelilingi matahari) 2) Cuaca bumi

Awan kumulus humilis Di Bumi, fenomena cuaca yang sering berlaku termasuklah angin, awan, hujan, salji, kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih jarang termasuklah bencana alam seperti

5

puting beliung, ribut taufan dan ribut ais. Hampir semua fenomena cuaca di Bumi terjadi di troposfera (bahagian bawah atmosfera). Ada juga yang berlaku di stratosfera dan mempengaruhi cuaca di troposfera, namun mekanismanya masih belum difahami. Atmosfera Bumi adalah satu sistem The Earth's atmosphere is one large chaotic system yang pertukaran kecil pada satu bahagian mampu memberi kesan besar dikawasan yang lain. Ini menjadikan ia sukar bagi mejangka dengan tepat pertukaran cuaca jangka pendek lebih dari beberapa hari awal, sungguhpun kajian cuaca terus meningkatkan had ini melalui sains kajian cuaca, Meteorologi. Teori Chaos menjelaskan bahawa terdapat pemboleh ubah infiniti yang mampu memberi pengaruh kepada cuaca. Perbezaan kecil pada pergerakan sebarang molekul di udara memberi kesan kepada keadaan atmospherik. Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposphere cukup untuk mendorong kepada keadaan berbeza sepenuhnya. Dengan itu ia tidak mungkin untuk menjangka dengan tepat. 3) Penentu iklim Dalam satu jangka masa yang lama, terdapat beberapa pembolehubah statik yang menentukan iklim, seperti latitud dan altitud, nisbah darat berbanding permukaan air, gunung-ganang dan jarak ke kawasan laut berdekatan. Penentu iklim yang lain lebih dinamik: aliran lautan yang mengagihkan tenaga haba antara kawasan-kawasan khatulistiwa dan kutub, dan juga agihan haba antara laut dan bumi di peringkat tempatan, yang dipengaruhi oleh lain-lain aliran laut. Darjah liputan tumbuh-tumbuhan juga menjejaskan darjah penerapan haba suria, pengekalan serapan air, dan juga kadar hujan di peringkat serantau. Perubahan pada tahap gas-gas atmosfera, khususnya gas rumah hijau mempengaruhi suhu dan jumlah tenaga suria yang ditahan di atmosfera,
6

dan membawa kepada pemanasan sejagat secara perlahan. Pembolehubah yang menentukan iklim terlalu banyak, dan satu perubahan pembolehubah akan

mengakibatkan interaksi yang amat kompleks dan menyeluruh. Jika Amerika Syarikat enggan mengurangkan pengeluaran gas "rumah hijau" khususnya sisa daripada kenderaan bermotor, kesannya bukan hanya terhadap iklim di sana sahaja, tetapi mempengaruhi keadan iklim seluruh dunia. 4) Indeks iklim Pengkaji iklim menggunakan indeks iklim dalam percubaan mereka mencirikan dan memahami dengan lebih mendalam mengenai iklim, khususnya mekanisme yang mempengaruhi kebolehan kita membuat ramalan cuaca setiap hari. Seperti indeks bursa saham, indeks iklim digunakan untuk mewakilkan naik turun unsur-unsur penting yang mempengaruhi iklim. Indeks iklim dirumus dengan objektif berkembar: mudah dan sempurna. Mengikut fitrahnya, indeks adalah mudah dan menggabungkan banyak butiran iklim ke dalam satu keterangan umum dan menyeluruh bagi atmosfera ataupun lautan boleh digunakan untuk mencirikan faktor-faktor yang mempengaruhi sistem cuaca secara sejagat. Oleh kerana iklim indeks umumnya ditentukan dari pengukuranpengukuran dibuat dalam kawasan setempat, ia boleh memberi kesan di kawasan lain sekitar dunia, melalui proses kadangkala dipanggil hubungan jauh ataupun

teleconnection.

5) Iklim mikro Iklim mikro merujuk kepada keadaan iklim bagi suatu kawasan kecil atau iklim tempatan. Iklim satu lokasi adalah satu rantaian kepada sistem iklim yang lebih besar,

7

maka perubahan dalam sesuatau iklim akan mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim yang lebih besar. Iklim Malaysia

Ciri - ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut

Gambar satelit menunjukkan sistem cuaca sekitar Malaysia, gambar Jabatan Kajicuaca Malaysia

6) Angin Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini,

8

empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Monsun barat daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot. Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk). Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah. Pada kedua-dua musim ini, palung khatulistiwa merentangi Malaysia. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa dalam tempoh dari April hingga November bila mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih. Sebagai negara dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan angin adalah besar terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku di mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai. 7) Taburan Hujan

9

Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan hujan di Malaysia. Semasa musim timur laut, kawasan yang terdedah seperti kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kawasan Sarawak Barat dan kawasan pantai timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Sebaliknya, kawasan pendalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah secara relatifnya bebas dari pengaruh ini. Adalah lebih baik taburan hujan di Malaysia diterangkan mengikut musim. 8) Sejatan Di antara kesemua faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatan, keadaan berawan dan suhu adalah merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang berawan bermakna kurangnya cahaya matahari seterusnya kurang sinaran matahari menyebabkan suhu menjadi rendah. Ujian daripada data-data sejatan menunjukkan bahawa bulan-bulan berawan atau hujan mempunyai kadar sejatan yang rendah sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi. Stesen Senai , salah satu dari stesen yang letaknya di tanah rendah mempunyai purata sejatan terendah dalam sehari iaitu 2.6mm dalam bulan November, sementara Kota Kinabalu pula mempunyai purata sejatan tertinggi iaitu 6.0mm sehari dalam bulan April. Bagi kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands di mana suhu udaranya adalah rendah, kadar sejatannya juga rendah. Sementara kawasan tanah rendah mempunyai purata sejatan tahunan 4mm hingga 5mm sehari, Cameron Highlands mempunyai kadar yang hanya lebih kurang 2.5mm sehari 9) Taburan suhu Sebagai sebuah negara yang terletak di khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang sekata sepanjang tahun. Perbezaan tahunan suhunya adalah kurang daripada 2oC

10

kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dipengaruhi oleh luruan angin sejuk dari Siberia semasa monsun timurlaut. Walaubagaimana pun perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3oC. Julat suhu harian adalah besar, 5oC hingga 10oC bagi stesenstesen berhampiran pantai dan antara 8oC hingga 12oC bagi stesenstesen dipendalaman tetapi suhu harian yang tinggi seperti yang terdapat di kawasan benua tropika tidak pernah dialami. Walaupun siang selalunya panas, tetapi di waktu malam ianya sejuk di manamana. Walaupun perubahan bermusim dan bertempat suhu secara perbandingan adalah kecil, tetapi dalam beberapa hal ia dapat ditentukan. Bagi Semenanjung Malaysia, terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun dan ini terdapat di kawasan pantai timur. Bulan April dan Mei adalah bulan di mana suhu purata bulanan adalah paling tinggi sementara Disember dan Januari pula adalah bulan di mana suhu purata bulanannya paling rendah. Purata suhu harian dikebanyakan daerah di timur Banjaran Besar adalah rendah berbanding dengan daerah di barat. Perubahanperubahan nilai ini adalah disebabkan suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur semasa monsun timurlaut hasil daripada hujan dan litupan awan yang luas. Di Kuala Terengganu, sebagai contoh semasa monsun timurlaut suhu pada waktu siang jarang mencapai 32oC dan kerapkali tidak mencapai 27oC. Beberapa keadaan telah direkodkan di mana suhu tidak melebihi 24oC iaitu suhu terendah dicapai pada waktu malam dikebanyakan tempat. Purata suhu pada waktu malam biasanya di antara 21oC hingga 24oC. Tetapi nilai suhu dihampir semua stesen boleh menurun jauh lebih rendah daripada suhu tersebut , malam yang sejuk biasanya diikuti dengan siang yang panas.
11

10)Kelembapan bandingan Seperti yang diperkatakan, Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan bandingan bulanannya adalah diantara 10% hingga 90%, berubah mengikut tempat dan bulan. Bagi sesuatu kawasan yang khusus, julat purata kelembapan bandingannya berubah dari minimum 3% (Bintulu) ke maksimum lebih kurang 5% (Alor Star). Di Semenanjung Malaysia, julat minimum terdapat di Sitiawan di mana purata kelembapan bandingan berubahubah dari nilai serendah 80% dalam bulan Februari ke setinggi hanya 88% dalam bulan Februari. Julat maksimum pula terdapat di kawasan baratlaut Semenanjung (Alor Star) di mana purata kelembapan bandingan berubahubah dari 72% hingga 87% pada bulan Februari. Adalah diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari kecuali bagi negerinegeri pantai timur iaitu Kelantan dan Trengganu di mana kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan March. Kelembapan bandingan maksimum pula lazimnya adalah pada bulan November. Seperti dalam kes suhu, perubahan harian kelembapan bandingan adalah lebih besar berbanding dengan perubahan tahunan. Purata minimum hariannya boleh serendah 42% semasa bulanbulan kering dan menghampiri setinggi 70% semasa bulan - bulan lembab. Bagaimanapun purata harian maksimumnya pula tidak banyak berubah dari tempat ke setempat iaitu melebihi 94%.Ia mungkin mencapai setinggi 100%. Negerinegeri di baratlaut iaitu Kedah dan Perlis mempunyai perubahan kelembapan bandingan harian terbesar 11) Cahaya dan sinaran matahari
12

Sebagai sebuah negara yang dikelilingi laut dan terletak berhampiran khatulistiwa, Malaysia secara semulajadi menerima cahaya matahari yang banyak dan seterusnya sinaran matahari. Bagaimanapun adalah jarang terdapat dalam sepanjang hari tidak diliputi awan langsung walaupun ketika tempoh kemarau. Litupan awan dapat mengurangkan kandungan cahaya matahari dan seterusnya sinaran matahari. Secara purata, Malaysia menerima sebanyak 6 jam cahaya matahari sehari. Walau bagaimana pun, terdapat perbezaan mengikut musim dan tempat jumlah cahaya matahari yang diterima. Secara purata, Alor Star dan Kota Bharu menerima lebih kurang 7 jam cahaya matahari sehari sementara kuching menerima hanya secara purata 3.7 jam sehari dalam bulan Januari. Sementara Alor Star secara purata menerima nilai maksima sebanyak 8.7 jam sehari pada bulan yang sama. Sinaran matahari adalah berkaitan rapat dengan tempoh cahaya matahari. Perubahan bermusim dan bertempatnya adalah lebih kurang sama dengan cahaya matahari. PERUBAHAN HUJAN BERMUSIM -Di Semenanjung Malaysia Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama: (a) Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November, Disember dan Januari merupakan bulan yang mempunyai hujan maksimum manakala Jun dan Julai merupakan bulan kering di kebanyakan negeri.

13

(b) Kawasan selain kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia, corak hujan menunjukkan terdapatnya dua tempoh hujan maksimum dengan dipisahkan oleh dua tempoh hujan minimum. Maksimum primer biasanya berlaku pada bulan OktoberNovember manakala maksimum skunder berlaku pada bulan April-May. Di kawasan barat laut, minimum primer berlaku pada bulan Januari-Februari manakala minimum skunder berlaku pada bulan Jun-Julai. Di lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada bulan Jun-Julai manakala minimum skunder berlaku pada bulan Februari. (c) Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih dicorakkan oleh kejadian 'Sumatras' pagi pada bulan Mei Ogos di mana corak maksima dan

minima berganda tidak wujud. Oktober dan November adalah bulan yang mempunyai hujan maksimum manakala Februari adalah bulan yang mempunyai hujan minimum. Maksimum Mac-April-Mei dan minimum Jun-Julai tidak wujud atau kurang jelas

- Di Sabah Dan Sarawak Perubahan hujan bermusim di Sabah dan Sarawak boleh dibahagikan kepada lima jenis utama: (a) Kawasan pantai Sarawak dan timur laut Sabah mengalami regim corak hujan satu maksimum dan satu minimum. Kedua-dua kawasan mengalami hujan maksimum pada bulan yang sama iaitu Januari manakala hujan minimum pada bulan yang berbeza. Di kawasan pantai Sarawak, hujan minimum berlaku pada bulan Jun atau Julai manakala kawasan timur laut pantai Sabah hujan minimum berlaku pada bulan April. Di bawah

14

regim ini, kebanyakan hujan diterima pada bulan-bulan monsun timur laut iaitu Disember hingga Mac. Sesungguhnya, lebih dari separuh dari hujan tahunan diterima di kawasan barat Sarawak. (b) Kawasan pendalaman Sarawak pada amnya mengalami taburan hujan tahunan yang agak sekata. Walau pun begitu, agak kurang sedikit hujan diterima semasa tempoh Jun hingga Ogos sesuai dengan kejadian angin lazim barat daya. Perlu di nyatakan di sini bahawa hujan tahunan tertinggi di Malaysia berlaku di cerun bukit kawasan pendalaman Sarawak. Longgo kan menerima hujan tahunan purata melebihi 5000 mm. (c) Kawasan barat laut pantai Sabah mengalami regim corak hujan dua maksima dan dua minima. Maksimum primer berlaku pada bulan Oktober dan maksimum skunder berlaku pada bulan Jun. Minimum primer berlaku pada bulan Februari manakala minimum skunder berlaku pada bulan Ogos. Walau pun perbezaan jumlah hujan yang diterima pada dua bulan maksimum adalah kecil, namun perbezaan jumlah hujan yang diterima pada minimum primer adalah jelas lebih rendah berbanding skunder minimum. Di sesetengah tempat, perbezaan mencapai setinggi empat kali ganda. (d) Di kawasan tengah Sabah di mana keadaannya berbukit dan terlindung oleh banjaran gunung, hujan yang diterima adalah lebih rendah secara relatif berbanding dengan kawasankawasan lain serta taburannya agak sekata. Akan tetapi, dua maksima dan dua minima boleh diperhatikan. Pada amnya, dua minima berlaku pada bulan Februari dan Ogos manakala dua maksima berlaku pada bulan Mei dan Oktober.

15

(e) Kawasan selatan Sabah mengalami taburan hujan sekata. Jumlah hujan tahunan yang diterima boleh diperbandingkan dengan bahagian tengah Sabah. Februari hingga April adalah tempoh agak kering berbanding bulan-bulan lain KESAN PERUBAHAN CUACA DUNIA Manusia, Iklim dan Cuaca Unsur-unsur cuaca dan iklim boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu unsurunsur ‘positif’ dan unsur-unsur ‘negatif’. Ciri-ciri positif cuaca dan iklim lazimnya dipanggil ‘sumber alam’, sementara ciri-ciri yang negatif lebih dikenali sebagai ‘ bahaya alam’. Interaksi antara manusia dengan sistem bumi atmosfera, khasnya yang melibatkan cuaca dan iklim, telah banyak membawa kepada pertambahan bahaya alam berbanding dengan sumber-sumber alam. Misalnya, kepadatan penduduk,

perindustrian dan kenderaan yang padat di kawasan bandaraya telah mengakibatkan pencemaran udara yang membawa kepada perubahan unsur – unsur cuaca dan iklim.

Selain itu, unsur-unsur yang positif pada suatu masa di suatu tempat mungkin juga akan berubah menjadi unsur yang negatif pada masa dan tempat yang lain. Contohnya, hujan lebat di kawasan gurun adalah suatu sumber yang amat penting, tetapi jika ianya berlaku di kawasan lembab seperti kawasan monsun yang membawa kepada banjir, maka ianya dikelaskan sebagai bahaya alam. Manusia di bandar mahupun di pendalaman telah berinteraksi dengan udara semulajadi untuk menghasilkan kejadiankejadian bahaya alam seperti udara kotor, jerebu, hujan asid, kenaikan suhu dan lainlain perubahan cuaca dan iklim. Oleh hal yang demikian, kenyataan yang mengatakan bahawa kejadian banjir, tanah runtuh dan seumpamanya yang disebabkan oleh

16

keadaan semulajadi adalah tidak benar, kerana dalam bencana yang sebegini tiada bencana alam yang boleh dikatakan benar-benar semulajadi melainkan elemen manusia turut terlibat dan memainkan peranan penting di dalam setiap kejadian bencana tersebut. Udara, Cuaca Dan Iklim Sehingga dekad kebelakangan ini, unsur-unsur cuaca dan iklim jarang dianggap sebagai sumber semulajadi. Kebanyakan unsur yang menjadikan cuaca dan iklim dilihat sebagai sumber yang tidak terhad dan oleh itu sering disalah-tafsirkan. Hakikatnya, udara yang dinikmati selama ini boleh dicemari dan kadar pencemaran udara semakin meningkat di merata tempat didunia ini. Pencemaran udara, pemanasan global, penipisan dan pembocoran lapisan ozon, jerebu, hujan asid, banjir tanah runtuh, taufan dan lain-lain bahaya alam yang berpunca dari unsur-unsur cuaca dan iklim telah mengancam hidupan flora, fauna, alam sekitar dan manusia sendiri. Kesan dari keadaan tersebut telah banyak membawa kepada pemupusan dan kemusnahan banyak spesis hidupan flora dan fauna dalam biosfera. Mengenai cuaca dan iklim, alQuran juga tidak ketinggalan memberikan penerangan tentang perubahan-perubahan yang berlaku di mukabumi disebabkan oleh faktor-faktor seperti perubahan angina, peranan air dan awan seperti yang dinyatakan dlam surah al-Baqarah, ayat 164; “Sesungguhnya dalan penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, kapal yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awam yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh terdapat tandatanda Keesaan dan Kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan,”

17

APAKAH PERUBAHAN CUACA DUNIA? Perubahan cuaca dunia biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global merupakan satu indikasi atau tanda-tanda meningkatnya suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh. Pemanasan global berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosfera. Gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dalam atmosfera menyebabkan bumi menjadi lebih panas.

ANCAMAN PERUBAHAN CUACA DAN IKLIM DUNIA Perubahan cuaca dunia merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang mudah permasalahan ini. Perubahan cuaca dunia biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia yang merupakan satu proses kompleks serta memakan masa yang panjang.

Namun begitu, fenomena kesan perubahan cuaca dunia semakin jelas dan dapat dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu ancaman baru kepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah masa. Ini adalah kerana fenomena

18

pemanasan global tidak mengenal warna kulit dan sempadan negara. Di Malaysia, tanda-tanda perubahan cuaca akibat pemanasan global dapat dilihat menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu, banjir,tanah runtuh dan kekurangan sumber air. Perubahan cuaca yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani secara bersama oleh semua negara di dunia.

PUNCA DAN FAKTOR PENYUMBANG KEPADA PERUBAHAN CUACA Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan cuaca dunia masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Namun hakikatnya, apa yang jelas bukti menunjukkan bahawa perubahan cuaca berpunca daripada aktiviti dan cara hidup manusia sendiri. Kerakusan manusia menjadi punca utama kepada perubahan cuaca dunia. Pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian, perkilangan dan

pengangkutan merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada perubahan cuaca dan iklim sejagat. Perubahan cuaca dunia yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada

19

pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas. Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia. Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia masih kecil berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas rumah hijau. Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Negara Malaysia Tahun 1990 1994 Thailand Australia Jepun 1990 1990 1990 1994 Amerika Syarikat 1990 1994 Pembebasan gas hijau (juta tan) 138.0 144.0 225.0 572.0 1,215.9 1,276.1 5,895.9
20

rumah

6130.

Pembebasan gas rumah hijau oleh negara-negara terpilih

Sumber: Malaysia Initial National Communication (INC), 2000

IMPAK/KESAN PERUBAHAN CUACA DUNIA KIRA-KIRA 160,000 manusia mati setiap tahun akibat kesan sampingan kepanasan dunia disebabkan penyakit seperti malaria sehingga kurang khasiat dengan jangkaan jumlah itu akan meningkat dua kali ganda menjelang 2020, kata sekumpulan saintis. Kajian oleh saintis-saintis di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan London School of Hygiene and Tropical Medicine menyatakan kanak-kanak di negara sedang membangun merupakan golongan paling teruk terjejas. ``Kami menjangka perubahan cuaca telah menyebabkan kira-kira 160,000 kematian setahun,’’ kata Professor Andrew Haines of the London School of Hygiene and Tropical Medicine pada persidangan perubahan cuaca di Moscow. Banyak penyakit merebak disebabkan oleh masalah perubahan cuaca yang ketara dan jumlahnya akan meningkat dua kali ganda menjelang 2020. Kebanyakan kematian direkodkan di negara-negara sedang membangun seperti Afrika, Amerika LAtin dan Asia Tenggara disebabkan oleh masalah kekurangan makanan berkhasiat, cirit-birit dan malaria yang mempunyai kesan daripada masalah kepanasan. Penduduk yang

21

mendapat iklim yang sederhana sejuk seperti di Eropah dan Amerika Utara sememangnya dapat menjalani kehidupan lebih selesa, bagaimanapun musim panas melampau yang melanda Eropah baru-baru ini telah menyebabkan kira-kira 15,000 kematian di Perancis. Haines berkata, perubahan cuaca ada juga memberi kesan

kebaikan seperti peningkatan dalam hasil tuaian di sesetengah kawasan tetapi ia juga boleh menyebabkan peningkatan kadar merebaknya penyakit. Rusia baru-baru ini

mengadakan persidangan perubahan cuaca dunia bagi membincangkan bagaimana mengawal kadar pencemaran gas seperti karbon oksida dari kilang dan kenderaan yang dikatakan punca peningkatan suhu dunia. Jika dahulu, kita tahu bila musim panas mahupun musim hujan akan turun dan hadir menjelma. Ketetapan dan konsistensi taburan mengikut jadual yang diramalkan. Namun, ketidaktentuan cuaca kini melanda dengan hebat sekali hingga membawa bencana besar yang menggerunkan dan memusnahkan kawasan setempat. Perubahan cuaca dunia yang ketara telah menimbulkan bencana alam seperti angin kencang, ribut taufan yang ganas, banjir kilat akibat hujan lebat dan kemarau yang berpanjangan sehingga kering kontang. Fenomena peralihan cuaca yang

mengakibatkan suhu, lembapan, tekanan, udara dan sebagainya menurun atau meningkat dengan keadaan tiba-tiba, dan seterusnya iklim dunia juga mengalami dan menerima kesan perubahan yang amat ketara sekali. IMPAK/KESAN PERUBAHAN CUACA DUNIA KEPADA NEGARA Perubahan cuaca dunia dilihat mengancam keselamatan manusia dan negara iaitu dari aspek fizikal dan psikologi. Gabungan keduanya sudah tentu menimbulkan krisis

22

kepada kesejahteraan rakyat, keselamatan/ketenteraman awam, kestabilan politik dan keutuhan ekonomi sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Antara kesan fizikal perubahan cuaca dunia kepada negara adalah seperti berikut:a) Bencana Alam Perubahan arah tiupan angin monsun, peningkatan paras air laut, kadar taburan hujan yang tidak menentu merupakan antara fenomena perubahan iklim. Suhu bumi yang kian meningkat mengakibatkan kehidupan manusia menghadapi satu ancaman besar berikutan berlakunya bencana alam lebih kerap dengan tempoh yang semakin meluas. Taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar merupakan antara bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim yang semakin sukar dijangka. Dengan 9% daripada kawasan daratan di Malaysia (29,000 sq.km) terdedah kepada fenomena banjir, sejumlah 2.7 juta masyarakat negara ini mungkin menjadi mangsa. Keadaan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan negara berhadapan dengan kejadian bencana. Contoh terbaik adalah kejadian bencana banjir yang melanda Johor, pada Januari 2007 telah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat setempat dan mengakibatkan kemusnahan yang besar. b) Sumber air Pembangunan pesat proses urbanisasi dan industri meningkatkan permintaan terhadap sumber air terutamanya bagi sektor perindustrian, pertanian dan juga kegunaan isi rumah. Perubahan iklim telah mengakibatkan dua kemungkinan berlaku iaitu Malaysia mengalami peningkatan taburan hujan dan penurunan taburan hujan. Peningkatan taburan hujan bermakna Malaysia terdedah kepada fenomena banjir yang

mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, harta benda dan kehilangan nyawa.

23

Dalam pada itu, Malaysia turut terkesan dengan penurunan taburan hujan yang mengakibatkan kekurangan sumber air bersih bagi kegunaan isi rumah, sektor pertanian dan industri. c) Ekonomi Kesan perubahan cuaca dunia sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi negara. Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan kegawatan serta menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat. Dalam pada itu, aktiviti ekonomi dalam negara akan turut terjejas dan mencalarkan imej negara. Kegagalan menguruskan bencana alam dan persekitaran yang tidak kondusif untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan dengan kesukaran menarik minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini. d) Kesihatan Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan cuaca dunia secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik. Walaupun negara tidak terkesan secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit. Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yang berpunca daripada haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. Perubahan

suhu turut menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan ini mengakibatkan

24

penduduk terutamanya warga tua mudah mengalami heatstroke yang boleh mengakibatkan kematian. e) Ekosistem Peningkatan aras laut pula mampu menghasilkan gelombang ganas yang mengancam garis pantai dan struktur hakisan pantai serta memusnahkan zon penampan paya bakau yang mengakibatkan kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik. Kelemahan urus tadbir sumber hutan negara turut mempercepatkan lagi kesan perubahan iklim terhadap ekosistem. Pembalakan haram, pemusnahan hutan dan pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembangunan merupakan antara kegiatan yang menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semulajadi pengurangan karbon dioksida di atmosfera. Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Penjejasan kepada ekosistem akibat kerakusan manusia akhirnya akan memakan diri dan membawa bencana kepada manusia sendiri. Tanah runtuh, banjir lumpur dan kekurangan sumber merupakan antara kesan penjejasan ke atas ekosistem dan tidak mustahil pada masa akan datang negara berhadapan dengan krisis yang lebih besar. Kegiatan harian dan penempatan manusia terganggu. Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan manusia misalnya aktiviti penangkapan ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada manusia bagi menjalankan rutin harian mereka. Penempatan penduduk di kawasan rendah turut terjejas sekiranya berlaku peningkatan aras air laut yang mungkin akan menghakis dan menenggelamkan kawasan pinggir pantai. Fenomena ini tidak mustahil akan mengakibatkan beberapa

25

kawasan pinggir pantai negara akan hilang daripada peta Malaysia dalam tempoh 50 akan datang.

KESAN BURUK AKIBAT PERUBAHAN CUACA DAN IKLIM DUNIA KEPADA NEGARA Kesan perubahan iklim global turut memberi kesan psikologi kepada masyarakat negara ini. Fenomena kesan perubahan iklim sudah pasti menjejaskan kehidupan dan keselamatan manusia dan tidak terkecuali turut menimpa masyarakat negara ini. Krisis dan bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim harus ditangani dengan sewajarnya kerana ia merupakan elemen penting menguruskan keresahan rakyat. Perkara ini jika tidak ditangani akan mengundang permasalahan yang lebih besar. Tidak mustahil kegagalan menangani krisis dan bencana mungkin mengakibatkan kepada keruntuhan dan menimbulkan kegawatan kepada institusi keluarga, masyarakat seterusnya melemahkan sistem pentadbiran negara. Kejadian bencana alam yang berlaku sudah pasti mengundang krisis kemanusiaan yang serius. Kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal serta kehilangan mata pencarian secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada masyarakat.

26

Dalam pada itu, tekanan psikologi yang dihadapi oleh masyarakat akan mengundang kepada permasalahan lain antaranya pengangguran, gejala sosial dan turut menjejaskan perkembangan pendidikan penduduk.Tekanan yang dihadapi sedikit sebanyak akan menjejaskan kitaran sosial masyarakat dalam menjalani aktiviti dan kehidupan seharian.

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI Secara global, cabaran yang dihadapi amat besar kerana ancaman perubahan cuaca dunia adalah masalah sejagat dan usaha menangani secara berkesan perlu

membabitkan komuniti antarabangsa, penduduk dunia dan Kerajaan, terutamanya melibatkan negara maju yang menjadi pengeluar utama gas rumah hijau. Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pengeluar gas rumah hijau utama dengan sumbangan melebihi 36 peratus jumlah pengeluaran dunia dilihat tidak komited dan enggan menandatangani Protokol Kyoto bagi mengekang tahap pengeluaran gas rumah hijau.

Ternyata negara maju seperti AS bimbang pengehadan pengeluaran gas rumah hijau akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi mereka. Malangnya, impak pemanasan global akan lebih mendatangkan mudarat kepada negara dunia ketiga yang miskin seperti negara di Benua Afrika, Bangladesh dan negara di Asia Tenggara.

27

Sememangnya ada pihak yang berpengaruh terus menafikan bahawa ancaman perubahan iklim itu datang daripada penggunaan bahan api yang membebaskan karbon dioksida ke udara. Pengaruh inilah yang menyebabkan selama ini AS tidak menerima Protokol Kyoto hingga melewatkan tindakan menghadapi ancaman perubahan iklim ini. Mereka berbuat demikian kerana tidak mahu menjejaskan perkembangan industri masingmasing. Bagi Malaysia, cabaran utama dalam menghadapi kesan perubahan iklim adalah untuk memperkenalkan langkah adaptasi dalam sektor-sektor tertentu bagi mengurangkan kesan jangka panjang fenomena ini. Di samping itu, terdapat keperluan untuk menyedarkan rakyat diperingkat akar umbi tentang ancaman perubahan iklim menerusi program dan aktiviti kerana sukar untuk meyakinkan rakyat mengenai ancaman perubahan iklim. Sebagaimana diketahui kesan perubahan iklim tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perubahan berlaku secara begitu perlahan.

28

KESIMPULAN Kesedaran manusia untuk melindungai alam sekitar yang melibatkan udara, cuaca, iklim dan semua unsur-unsurnya adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi, kesedaran ini akan menimbulkan dalam diri manusia sifat cintakan alam dan kefahaman tentang ‘kerapuhan’ sistem semulajadi jika diganggu oleh manusia dengan sesuka hati. Manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi dan memelihara keadaan semulajadi atmosfera dan segala unsur-unsur yang terkandung di dalamnya. Islam juga telah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga alam sekitar. Perkara ni sering diberi peringatan dalam bentuk mengajak manusia berfikir akan kejadian alam dan dikaitkan dengan apakah kesudahan yang akan menimpa manusia di kemudian hari, seperti yang terdapat dalam surah al-A’raf, ayat 57; “Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan, Seperti itulah Kami

29

membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” Di samping itu setiap negara perlu bekerjasama di dalam usaha mengurangkan impak aktiviti manusia terhadap sistem atmosfera bumi. Semua pihak, baik pada skala global, nasional, tempatan, mahupun individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjamin sistem atmosfera bumi tidak dimusnahkan pada masa akan datang. Atmosfera dan segala unsur yang terkandung didalamnya mestilah diambil-kira sebagai komponen penting yang perlu dipelihara didalam setiap projek pembangunan. RUJUKAN 1. Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia 2. Wikipedia Bahasa Melayu 3. Risalah Pusat Angkasa Banting Selangor 4. Buku rujukan Geografi SPM terbitan Preston Publisher

30

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->