P. 1
Alis(2)

Alis(2)

|Views: 7|Likes:
Published by Mohammad Fareed

More info:

Published by: Mohammad Fareed on Sep 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/16/2013

pdf

text

original

1 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Senarai Kandungan

Penghargaan…………………………………………..2

Pendahuluan……………………………………………3

Huraian………………………………………………...4

Kesimpulan……………………………………………34

Rujukan……………………………………………….35

2 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Penghargaan

Alhamdulliah. Segala pujian bagi Allah. Sesungguhnya dengan limpah kurnianya, kami dapat menyiapkan sebuah folio mengenai perkara-perkara yang membatalkan syahadah. Bersyukur kepada Allah kerana telah mengizinkannya kerana sesungguhnya hanya dengan izin-Nya sahajalah dapat kami siapkan folio ini.

Selain itu, bersyukur juga kepada Allah kerana telah meniupkan api-api semangat dan motivasi melalui rakan- rakan untuk memotivasikan kami untuk menyiapkannyal.

Di samping itu, bersyukur juga kepada Allah kerana telah memudahkan urusan kami dengan menetapkan Ustaz Abdul Rahman sebagai guru penasihat dalam menyiapkan folio.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana telah mengizinkan kami untuk mencetak folio ini di perpustakaan Intec. Mudah-mudahan, hasil kerja siap folio ini akan mendapat keberkatan daripada Allah.

3 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

PENDAHULUAN

“Aku bersaksi bahawa tiadatuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaks ibahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH”

Syahadah adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah danbernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak. Syahadah atau penyaksian tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah adalah 2 kalimah yang cukup penting dan asas dalam kehidupan seseorang Islam kerana ia menjadi landasan penerimaan amal atau penolakannya. Ia juga menjadi asas kekal atau tidak seseorang dalam neraka. Jika kalimah syahadahnya ada, lambat-laun akan juga dikeluarkan daripada neraka jika memasukinya terlebih dahulu (menurut iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah). Jika tiada kalimah syahadah, maka kekal selama-lamanya dalam nerakaitu. Justeru itu , 2 kalimah syahadah ini cukup penting untuk dipelihara supaya selamat dunia dan akhirat. Tidak mungkin ia dijual-beli dengan harga yang murah seperti kebendaan, wang, pangkat, jawatan atau kedudukan sementara di dunia.

Para ulama telah membincangkan bagaimana 2 kalimah syahadah seseorang itu boleh gugur dan terbatal.Tujuan perbincangan ini adalah supaya umat Islam tahu akan perkara-perkara yang dapat membatalkan syahadah agar memudahkan mereka untuk memeliharanya, lantas terpelihara dirinya dari azab dan sengsara neraka.

com/2011/08/syahadah. Perkataan 'Syahadah' juga mengandungi maksud: ikrar dan pengakuan serta keyakinan.4 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah Syahadah (‫ )شهادة‬dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa yang telah dilihat ٌَ َ َ dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui. (1) Gambar dipetik di “http://guasyed. pengakuan dan keyakinan pada Dua Kalimah Syahadah yang menjadi syarat untuk seseorang itu memeluk agama Islam. Dari segi penggunaannya dalam bahasa Arab. Syahadah yang akan kita bincangkan di sini adalah penyaksian. perkataan syahadah juga boleh digunakan untuk sijil atau apa-apa sahaja surat yang mengandungi keterangan-keterangan dan akuan.html” .blogspot.

yang tidak ternampak pada dirinya kesankesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. berambut sangat hitam. dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. . berpuasa di bulan Ramadhan.a. menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. mengeluarkan zakat. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.5 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah Daripada Saiyidina 'Umar juga. Maka kamipun merasa hairan kepadanya. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari. tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih. r. (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang.

beliau berkata: hadis ini hasan shahih. lalu aku terdiam sebentar. para MalaikatNya. kitab al-sunnah. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. العشرة المبشرین‬no: 346 . al-Nasaa’ie.6 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Kemudian lelaki itu berlalu. kitab-kitabNya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam. musnad ‫ . Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. no: 62 dan 63. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. (Hadis riwayat al-lmam Muslim) (2) (2) Hadis riwayat Muslim. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. maka sesungguhnya Dia melihatmu. kitab al-iman. kitab al-iman. kitab al-muqaddimah. al-Tirmizi. Abu Dawud. Ibn Majah. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. no: 2535. hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Ahmad. tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya. para RasulNya. 4905. no:4075. no: 9 dan 10. kitab al-iman. no: 4904.

Di sini Jumu` ulama telah sepakat barang sesiapa yang terbatal syahadahnya. Oleh itu. Dan barang sesiapa yang mati dalam keadaan syahadahnya terbatal. (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang. mengeluarkan zakat. dan tiadalah syurga baginya. Muhammad Zakari :Telaga Biru / Januari 2011 . maka wajib baginya untuk memperbaharui syahadahnya. Islam itu terdiri daripada bahawasanya aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah (syahadah). menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. maka sesungguhnya dia mati dalam kekufuran.7 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah Menurut hadith kedua daripada Hadis 40 Imam al-Nawawi (3). Dalam hadis ini telah menyatakan secara jelas bahawa rukun Islam pertama ialah mengucap dua kali syahadah iaitu bahawasanya aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah. berpuasa di bulan Ramadhan. teramat pentinglah bagi kita untuk mengetahui perkara-perkara yang dapat membatalkan syahadah agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang beriman dan mati sebagai seorang muslim. (3) 40 Hadis Imam Nawawi: Zahazan Mohammed.

Dan jika kamu bertanya kepada mereka. iaitu : 1.) Mengengkari sifat Rubbubiyyah Setiap iktikad. siapakah yang menciptakan mereka. (Az-Zukhruf : 87) . boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur. Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan empat perkara asas yang membatalkan iman. perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk. mentadbir. memberi rezeki. nescaya mereka menjawab : Allah! Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan.8 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah Berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah.

. Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. takut. Mengengkari Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nyaa.) Mengengkari sifat Uluhiyyah Setiap iktikad.9 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah 2. dan lain.lain serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha. kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih. (Al-Fatihah : 5) Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

tanduk yang mengengkari dan mencela peribadidan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan. qudrat-Nya dan lain-lain atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang.10 | M u k a S u r a t : P e r k a r a .P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Kafir Nafi : Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya. . 3. Setiap iktikad. Kafir Isbat : Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al-Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah. mengkafirkan sahabat dan lain-lain lagi. perkataan dan tindak.) Mengengkari Rasulullah dan kerasulannya.

iaitu: a) Murtad Iktikad. perbuatan atau iktiqad kita yang sudah mendekati apa yang disebut sebagai garis kemurtadan. Ketiga-tiga jenis murtad tersebut masing-masing memiliki cabang yang banyak sekali.kemurtadan yang disebabkan oleh perbuatan. Seandainya ada ucapan. maka seharusnya kita bersegera mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah. Pada petikan yang berikutnya akan menghuraian cara-cara untuk memperbaharui syahadah kita agar kita sentiasa dalam keadaan yang beriman. A) Murtad Iktikad . c) Murtad Ucapan ( Aqwal) .P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Menurut Jumu` ulama . antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah seseorang muslim terbahagi kepada 3 jenis.kemurtadan yang disebabkan oleh percakapan.kemurtadan yang disebabkan oleh iktikadnya ( keyakinannya) b) Murtad Perbuatan (af’al) . Oleh sebab itu. kita harus berwaspada dan menilai seluruh perbuatan dan tingkahlaku kita seharihari.11 | M u k a S u r a t : P e r k a r a .

Ingin kembali kepada kafir pada masa akan datang 13. Mengingkari salah satu huruf Al-Quran 15. Menolak kewajipan yang diperintahkan oleh Allah 11.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Murtad Iktikad adalah kemurtadan yang disebabkan oleh keyakinan dalam dirinya. Meragukan kerasulan Nabi Muhammad SAW 3. Meragukan adanya Allah 2. Mengharamkan perkara yang halal 10. Meragukan adanya pahala 6. Mengingkari kerasulan salah seorang rasul 14. Menafikan salah satu sifat-sifat Allah 8. Meragukan Adanya Al-Quran 4. Berikut adalah contoh-contoh tentang murtad Iktikad: 1. Meragukan adanya Hari Akhirat 5. Menambah huruf Al-Quran 16.12 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Berikut . Meragukan adanya seksa 7. Mewajibkan perkara yang tidak wajib 12. Menghalalkan perkara yang haram 9. Berkeyakinan masih ada nabi lagi selepas Nabi Muhammad B) Murtad Perbuatan Murtad perbuatan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh tingkah laku atau tindakan.

Menghina salah satu nama Allah 4.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah adalah contoh-contoh murtad Perbuatan. Memakai lambang agama lain C) Murtad Ucapan Murtad ucapan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh perkataan.) 7. hai yahudi’ 3. Merendahkan ancaman dan janji Allah 5. Mengucapkan: ( Jika Allah memberikan aku syurga. Menyembah berhala 2. Menyembah matahari 3. Memanggil saudara seagama dengan panggilan ‘hai nasrani.13 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . pasri aku tidak akan melakukan solat mengadap kiblat tersebut. maka aku tidak mahu memasukinya) . 1. Memanggil saudara seagama dengan panggilan ‘ hai kafir’ 2. Bersujud kepada makhluk 4. Mengucapkan: ( Jika Allah memindahkan Kiblat ke arah lain. 1. Mengucapkan: ( Jika Allah memerintahkan aku untuk berbuat demikian pasti aku tidak akan melaksanakannya) 6.

Malah bagi umat Islam itu sendiri. Oleh sebab itu. lantaran tidak melakukan solat kerana ketidakberdayaanku seperti sakit bererti Allah berbuat zalim kepadaku.) Sebenarnya kalau dilihat. 10. Maulana . kalimah La illaha illallah Muhammadur Rasulullah lansung tidak bererti dan menyentuh jiwa.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah 8. Mengucapkan: ( Aku bebas dari Allah dan bebas dari para nabi.14 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Mengucapkan: ( Jika Allah menyiksa aku. malaikat dan Al-Quran.) 9. malaikat dan semua orang Islam menjadi saksi bagiku tentang hal ini pasti aku tidak mahu menerima persaksian mereka. pada zaman sekarang banyak perkara yang membatalkan syahadah dipandang remah. Mengucapkan: ( Sekalipun para nabi.

mereka sangat faham kandungan Laa ilaaha illallaah. Abu Jahl mengatakan: “Senang sekali. tidak seperti kita. As-Syaikh Said Hawa dan Abu 'Ala Al-Maududi juga ada menyatakan terdapat 20 perkara yang boleh membatalkan syahadah seorang muslim (4). Mereka faham bahawa di antara maknanya adalah sesungguhnya mereka harus meninggalkan illah selain Allah. dan mereka tak perlu diajari ertinya. ini adalah sesuatu yang sangat menghairankan!!” [Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Al Hakim] Mereka (kaum musyrik Quraisy) adalah orang Arab asli. As-Syahid Sayed Qutub. kemudian Rasulullah mengatakan: “Katakan. saya akan memberikannya. Beliau mengatakan: “Mahukah kalian berikan kepada saya satu kalimat yang dengannya kalian akan mampu mendudukkan orang-orang Arab dan ‘Ajam?”. Berbeza dengan orang sekarang telah berucap ratusan kali bahkan ribuan kali akan tetapi perbuatannya masih bertentangan dengan kandungan La illaha illallah Muhammadur Rasulullah.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Zakariya al-Kandahlawi ada menyata penyelesaian bagi kemasalahatan ummat Islam zaman sekarang ialah meperteguhkan iman dengan erti kata lain menegakan kalimah syahadah dalam hati masing-masing. Laa ilaaha illallaah”.15 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . kerana hal itulah mereka menolak. Bahkan 10 kali ganda dari kalimat yang kamu minta itu”. Dikatakan dalam sebuah cerita ketika Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menawarkan kepada mereka (kaum musyrik Quraisy). Antaranya ialah : . Lalu mereka pun bangkit dan pergi sambil mengatakan: “Apakah kami harus menjadikan ilah-ilah itu hanya menjadi satu saja?.

berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana segala yang kita lakukan mestilah selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Bersesuaian dengan kata-kata Al-Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna : “Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. 3. As-Syaikh Said Hawa dan Abu 'Ala Al-Maududi . Dengan itu beliau menjadi tentera fikrah dan aqidah. sesuatu yang mudah difikir atau yang memerlukan kajian. Tawakkkal atau bergantung harap kepada sesuatu selain daripada Allah. bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan. gelaran. Bukanlah menjadi bidang kuasa manusia dalam urusan memberi dan menahan rezeki seseorang tetapi ia merupakan hak Allah.16 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Mengengkari nikmat Allah samada yang terang atau tersembunyi. amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan. Semua perkataan.” (4) Iman dan 20 perkara yang membatalkan syahadatain : As-Syahid Sayed Qutub. 2. kedudukan terkemuka atau mundur. kemegahan.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah 1. Beribadat khusus.

5.” (Surah Al-An’am 162-163) 4. 6. hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah “Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku. . atau menganggap hukum Islam sudah tidak sesuai lagi atau menganggap hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum muslimin pada zaman ini atau menganggap agama Islam hanya sesuai untuk mengatur hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt.17 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Menggubal undang-undang atau peraturan mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah sedangkan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan peraturan manusia. Menjalankan hukuman yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujukkan kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan. ibadatku. Mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukum-hukum Nabi Muhammad saw seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum thaaghuut daripada hukum-hukum Nabi saw.

maka mereka itulah orangorang yang kafir.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Sebagaimana firman Allah swt : ‫إنا أنزلنا التوراة فيها هدى ونور يحكم بها النبيون الذين أسلموا‬ ُ َْ َ َ ِ ّ َ ّ ِ ّ َ ِ ُ ُ ْ َ ٌ ُ َ ً ُ َ ِ َ َ ْ ّ َ ْ َ ْ َ ّ ِ ‫للذين هادوا والربانيون والحبار بما استحْفظوا من كتاب ا ّ وكانوا‬ ُ َ َ ِ ِ َ ِ ْ ِ ُ ِ ُ ْ َ ِ ُ َ ْ َْ َ َ ّ ِ ّ ّ َ ُ َ َ ِ ِّ ‫ل‬ ً َِ ً َ َ ِ َ ِ ُ َ ْ َ َ َ ِ ْ َ ْ َ َ ّ ُ َ ْ َ َ َ َ َ َ ُ ِ ْ ََ ‫عليه شهداء فل تخشوا الناس واخشون ول تشتروا بآياتي ثمنا قليل‬ ‫ومن لم يحكم بما أنزل ال فأولئك هم الكافرون‬ َ ُ ِ َ ْ ُ ُ َ ِ َ َُ ّ َ َ ْ َ َ ِ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ َ َ ُ “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat. pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah. sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah). ” [Al-Maidah : 44] . yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi.18 | M u k a S u r a t : P e r k a r a .

kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.‫بأنهم كانوا مجرمين‬ َ ِ ِ ْ ُ ُ َ ْ ُ ّ َِ “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. 8. Mengejek. Mencemuh. 9.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah 7. Membenci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau pun membenci agama Islam secara keseluruhannya.19 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat di mana dia menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam kehidupannya.” [Al-Taubah : 65-66] . ل تعتذروا قد كفرتم بعد إيمانكم إن نعف عن طائفة منكم نعذب طائفة‬ . Memperli atau mencela sesuatu dari agama Islam. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta). Sebagaimana firman Allah swt : ْ ُ ْ ُ ِ ِ ُ َ َ ِ ِ َ َ ّ ِ َ ْ ُ ُ َ ْ َ َ ُ ُ َ ّ ُ َ ّ ِ ّ ُ ُ َ َ ْ ُ َ ْ ََ ْ ِ ََ ‫ولئن سألتهم ليقولن إنما كنا نخوض ونلعب قل أبال وآياته ورسوله كنتم‬ ِ ً َ ِ َ ْ ّ َ ُ ْ ُ ْ ِ ٍ َ ِ َ ْ َ ُ ْ َ ْ ِ ْ ُ ِ َ ِ َ ْ َ ْ ُْ َ َ ْ َ ُ ِ َْ َ َ َ ُِ ْ َْ َ ‫تستهزئون. kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Menghina sesuatu daripada al-Quran atau hadis atau pun kitab orang alim yang menegakkannya atau pun mempersendakan hukum daripada hukum Allah. maka Kami akan menyeksa puak yang lain. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat).

13.20 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Begitu juga bagi mereka yang menuduh perkara demikian terhadap sunnah nabi.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah 10. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan bahawa adanya sifat yang terpuji yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat kepujian atau tidak beriktikad bahawa baginda adalah sebagai contoh ikutan utama bagi umat manusia. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah S. . 16. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharam apa yang dihalalkan oleh Allah 11. Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang yang berakidah Islam dan beriman.A. Tidak beriman kepada semua sumber hukum daripada al-Quran dan hadis. di mana bagi mereka yang datang selepas kewafatannya mesti beradab dalam percakapan. riang dalam menegakkan perkara syirik. 17. 15. 12. penulisan dan syarahan.Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu dan juga menyatakan bahawa isi yang terkandung dalam ayat al-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham. 14.W. Rasa takut dan gentar dalam menegakkan Islam dan rasa lapang. Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengenalan yang jelas serta mengengkari sifat ketuhananNya atau nama-nama Allah.

2442.(5) (5) Sahih al-Bukhari.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Membenci sesuatu dari apa-apa yang diajarkan Rasulullah saw. (Muttafaq `Alaih)(5) 18. Sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara dan tidak selayaknya bagi kita terjebak dalam perbuatan kafirmengkafirkan terhadap saudara kita yang lain. tidak boleh dia menzaliminya dan menjerumuskannya ke dalam kebinasaan. Kitab al-Mazhalim. hadis no. . maka dia bukan dari golonganku”. Apakah ada kata-kata cemuhan dan ejekan yang lebih buruk selain dari menggelarkan seseorang itu dengan panggilan kafir? Maka amalan pengkafiran bukan sahaja dilarang oleh syari‘at tapi ianya juga adalah satu tindakan yang amat zalim. Sabda Nabi saw : ‫فمن رغب عن سنتي ف َيس مني‬ ّ ِ َ ْ ‫َ َ ْ َ ِ َ َ ْ ُ ّ ِ َل‬ “Barangsiapa yang membenci sunnahku. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka. Ini sebagaimana sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam: Seorang muslim adalah saudara bagi Musim yang lain. walaupun perkara itu dikerjakan oleh orang tersebut.21 | M u k a S u r a t : P e r k a r a .

. (7) (6) Sahih al-Bukhari. melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh tidak demikian. 6045. (7) Sahih al-Bukhari. maka hal ini akan kembali kepada salah seorang daripada kedua-duanya. hadis no. (6) Apabila seseorang mengatakan kepada saudaranya. “Wahai Kafir!”.22 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . 6103.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Kezaliman yang paling melampau dan kebinasaan yang paling meranapkan adalah tatkala seorang Musim mengkafirkan saudaranya yang lain. Kitab al-Adab. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda : Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran. Kitab al-Adab. hadis no. Demi mengawal tindak tanduk seorang muslim dari bermudah-mudahan dalam mengkafirkan saudaranya yang lain.

dinukil dari kitab Kafirkah Orang Yang Berhukum Dengan Selain Hukum Allah?. Ini sebagaimana dikatakan oleh al-‘Alla’ bin Ziyad. “Tidak ada bezanya antara kamu mengkafirkan seorang muslim dengan membunuhnya. ms. Ini kerana menghalalkan darah dan harta orang yang sembahyang menghadap kiblat dan yang mengikrarkan kalimat “Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah” adalah suatu kesalahan dan kesalahan membiarkan seribu orang kafir hidup adalah lebih ringan daripada kesalahan kerana menumpahkan darah seorang muslim. 11. 4. (9) Diriwayatkan oleh al-Zahabi dalam Siyar ‘Alam al-Nubala`. Kafirkah Orang Yang Berhukum Dengan Selain Hukum Allah? (edisi terjemahan oleh Abu Abdirrahman al-Salafy. 11. (8) Mengkafirkan seorang muslim yang lain diumpamakan dengan membunuhnya. ms. 269: Sesuatu yang patut kita berhati-hati adalah masalah pengkafiran.Anbary. Surabaya 2004) ms. . jld.” (9) (8)Dinukil dari kitab Dr. Khalid bin Ali bin Muhammad al.23 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Hujjat al-Islam Imam al-Ghazali rahimahullah telah berkata dalam kitabnya al-Iqtishad fi al-I’tiqad. 198.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Dengan ini dapat kita fahami bahawa menuduh seorang muslim yang lain sebagai kafir mendatangkan risiko yang amat merbahaya iaitu boleh menyebabkan si penuduh jatuh kafir apabila yang tertuduh bebas daripada tuduhan tersebut. ms. Oleh itu ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah amat berwaspada serta tidak terburu-buru dalam isu pengkafiran. seorang tabi’in yang mulia. Pustaka As-Sunnah. selagi mana ada jalan untuk berhati-hati.

(Sahih Muslim 49) .24 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Persyaratan yang amat ketat telah digariskan sebagai langkah untuk mengelakkan amalan pengkafiran berlaku secara berleluasa tanpa kawalan. Sesiapa yang syak tentang kekafiran orang kafir maka dia juga menjadi kafir." Dari Ibnu Umar r. maka ucapan itu kembali kepada salah satu di antara keduanya: Jika apa yang diucapkan itu benar.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Oleh itu ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sentiasa berhati-hati dalam menjatuhkan hukuman kafir terhadap muslim yang lain. Jika tidak. "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin maka ia menjadi kafir. maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil.a katanya: Rasullullah SAW bersabda: Siapa yang berkata kepada saudarasaudaranya: "Hai kafir. maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan". sebaliknya sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka dia menjadi kafir.

” [Al-Maaidah : 51) 19. maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. sujud dan tawaf pada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah. Firman Allah swt : ْ ُ ُ ْ َ َ َ ِْ َ َ َ ّ َ َ ُ َ ْ ُ ِ ّ َ َ ُ َ َ ِ ّ َ ّ َ َ ‫يا أيها الذين آمنوا ل تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم‬ َ ْ َ ْ ِ ْ َ َ َ ّ ِ ْ ‫َ ْ ِ َ ُ َ ْ ٍ َ َ ْ َ َ َّ ُ ْ ِ ْ ُ ْ َ ِ ّ ُ ِ ْه‬ ‫أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه من ُم إن ا ّ ل يهدي القوم‬ ‫ل‬ . dan dia adalah kufur akbar. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadat) bukan kerana Allah seperti sembelih binatang bukan kerana Allah.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Mendukung dan membantu kaum kuffar dalam melawan.25 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . menindas dan memusuhi kaum muslimin. .‫الظالمين‬ َ ِِّ “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

.” [An-Nisaa': 48]. Melakukan syirik Sebagaimana di dalam firman Allah swt : ْ ِ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َ ْ َ ِ َ َِ َ ُ َ ُ ِ ْ َ َ ِ ِ َ َ ْ ُ ْ َ ُ ِ ْ َ َ َ ّ ِ ‫إن ا ّ ل يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء ومن يشرك‬ ‫ل‬ ‫بال فقد افترى إثما عظيما‬ ً ِ َ ً ْ ِ َ َْ ِ َ َ ّ ِ ِ “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah 20.26 | M u k a S u r a t : P e r k a r a .

maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. .P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah ‫لقد كفر الذين قالوا إن ال هو المسيح ابن مريم وقال المسيح يا بني‬ َِ َ ُ ِ َ ْ َ َ َ َ َْ َ ُ ْ ُ ِ َ ْ َ ُ ّ ّ ِ ُ َ َ ِ ّ َ َ َ ْ َ َ َ َ ّ ‫ّ َ ّ َ َ ّ ُ ْ ِ ّ ُ َ ْ ُ ْ ِ ْ ِ ّ َ َ ْ َ ّ َ ّ َ َ ِ ْج‬ ‫إسرائيل اعبدوا ال ربي وربكم إنه من يشرك بال فقد حرم ال عليْه ال َنة‬ ُ ِ َ ُ ُْ َ ِ َ ْ ِ ‫ومأواه النار وما للظالمين من أنصار‬ َ ْ َ ْ ِ َ ِ ِ ّ ِ َ َ ُ ّ ُ َ َْ َ “Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam.27 | M u k a S u r a t : P e r k a r a .” [Al-Maaidah : 72]. Tuhanku dan Tuhan kamu. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah. bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah. lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman) 1.) 5. terdapat 6 perkara perkara yang membatalkan iman atau iman . (Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir.) 2.) 4.) 3.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Menurut silibus Pendidikan Agama Islam bagi Sijil Tinggi Pelajaran.) 6.) Syirik Kufur Riddah Khurafat Sihir Nifak .28 | M u k a S u r a t : P e r k a r a .

sifat dan perbuatan-Nya syirik boleh berlaku melalui pemujaan. riak. takbur Kufur Kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Syirik Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat. penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah Bahagian syirik: Syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala.w.a. Orang yang melakukannya adalah kafir . bulan dan sebagainya Syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal.29 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . ujub.

P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Bahagian Kufur: Kufur hakikat: Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara (sebagai mana yang dinyatakan di atas tadi). tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa Kufur nikmat: Mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat. Iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam Perkataan: mengisytihar keluar Islam Perbuatan: menganut agama selain Islam . tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya Riddah Riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam.30 | M u k a S u r a t : P e r k a r a .

P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Khurafat Khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam Contoh Perbuatan Khurafat • Mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya • • • Membuang anjak bagi menghalau hantu Mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial Mempercayai kubur yang dianggap keramat Sihir Sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan Sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia .31 | M u k a S u r a t : P e r k a r a .

sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu).P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah َ ْ ّ َ ّ َ ُ َّ ُ ُ َ َ َ ِ َ ّ ّ ِ َ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ ُ ِ ْ ُ َ َ ُ ِ َ ّ ‫واتبعوا ما تتلو الشياطين على ملك سليمان وما كفر سليمان ولكن الشياطين كفروا يعلمون الناس السحر‬ ُْ َ َ ُ َ ّ َ ْ ُ ْ َ َ َ ٌ َ ْ ِ ُ ْ َ َ ّ ِ َ ُ َ ّ َ ٍ َ َ ْ ِ ِ َ َّ ُ َ َ َ ُ َ َ َ ُ َ َ ِ َ ِ ِ ْ َ َ َ ْ َ َ َ ِ ْ ُ َ َ ‫وما أنزل على الملكين ببابل هاروت وماروت وما يعلمان من أحد حتى يقول إنما نحن فتنة فل تكفر‬ ‫فيتعلمون منهما ما يفرقون به بين المرء وزوجه وما هم بضارين به من أحد إل بإذن ال ويتعلمون ما‬ َ َ ُ َّ َ َ َ ّ ِ ْ ِ ِ ّ ِ ٍ َ َ ْ ِ ِ ِ َ ّ َ ِ ْ ُ َ َ ِ ِ ْ َ َ ِ ْ َ ْ َ ْ َ ِ ِ َ ُ ّ َ ُ َ َ ُ ْ ِ َ ُ َّ َ َ َ ِ ‫يضرهمْ ول ينفعهم ولقد علموا لمن اشتراه ما له في الخرة من َلق ولبئس ما شروا به أنف َهم لو كانوا‬ ُ َ ْ َ ْ ُ ‫َ ُ ّ ُ َ َ َ ْ َ ُ ُ ْ َ َ َ ْ َِ ُ َ َ ِ ْ َ َ ُ َ َ ُ ِ ْ ِ َ ِ ِ ْ خ َ ٍ َ َ ِ ْ َ َ َ َ ْ ِ ِ َ ْ ُس‬ َ ُ َْ َ ‫يعلمون‬ “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman. padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). kalaulah mereka mengetahui” Baqarah :102] [Al- . akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut. padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu.32 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . di negeri Babil (Babylon). Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka.

apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas" [Hadith Sahih Riwayat Muslim] .33 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan. maka dia merupakan orang munafik. apabila membuat persetujuan dia mengkhianati.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah Nifak Nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah dan orang yang melakukannya digelar munafik Ciri-Ciri Munafik: • • • • bercakap bohong Khianat apabila diberi amanah Mungkir janji Melampaui batas apabila bertengkar ‫أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه خلة منهن كانت فيه‬ ‫خلة من نفاق حتى یدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف‬ ‫وإذا خاصم فجر‬ "Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut. sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong.

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan Dia juga mencintai orangorang yang mensucikan dirinya.” Si pendosa : “Bukankah jika begitu kian bertambah dosa-dosaku?” Rasulullah : “Ampunan Allah lebih banyak lagi.. teruslah bertaubat sampai setan menyerah menggodamu.”Selain itu dalam al-quran juga ada menyatakan ‘kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah KESIMPULAN Kesimpulannya. lagi Maha Mengasihani.. segeralah bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.aku ini seorang pendosa. seluruh umat islam hendaklah sentiasa berwaspada dalam apa yang kita fikir.” Rasulullah bersabda kepadanya. “Aku sudah bertaubat. Sabda Nabi Muhammad s. ya Rasulullah” Rasulullah : “Setiap kali kau berbuat dosa bersegeralah bertaubat kepada Allah.. golongan yang terbatal shahadahnya merupakan golongan yang bakal menghuni neraka selamalamanya.” Rasulullah Saw lalu bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih bergembira dengan taubat seorang hambaNya.” (al-quran) .” Si pendosa berkata. lakukan.w. “Ya Rasulullah. “Mohon ampunlah kepada Allah. Hal ini kerana. Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun.a.34 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . Sekiranya sudah terbatal shahadahnya. dan perkatakan agar kita tidak tergolong dalam golongan yang terbatal syahadahya.’ Diakhiri dengan sepotong kisah: Seseorang datang kepada Rasulullah Saw lalu berkata. tapi kuulangi lagi perbuatan dosa tersebut.”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima taubat hambaNya selama belum sampai rohnya kepada halkumnya. . Allah Swt telah berfirman. maka orang-orang itu.

com 3) http://www.35 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . no: 9 dan 10. no: 4904 dan 4905 8) Kitab al-Sunnah. no:4075.php?note_id=161027690612004 4) http://soaljawab.com/2007/04/21/perkara-perkara-yang-membatalkan5) syahadah/ 6) Buku Tesks Pendidikan Agama Islam Tingkatan 4 KBSM 7) Kitab al-Iman.com/2011/08/syahadah.wordpress.html 2) http://quran.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah (Kitab Irsyad al-Qulub 1:46) Rujukan 1) http://guasyed.com/note. .facebook.blogspot. no: 2535. Abu Dawud.

Anbary (edisi terjemahan oleh Abu Abdirrahman al-Salafy. Khalid bin Ali bin Muhammad al. 10)Musnad ‫ . Surabaya 2004) .العشرة المبشرین‬Imam Ahmad. Muhammad Zakari :Telaga Biru / Januari 2011 12)Iman dan 20 perkara yang membatalkan syahadatain : As-Syahid Sayed Qutub. Pustaka As-Sunnah. Ibn Majah.36 | M u k a S u r a t : P e r k a r a . As-Syaikh Said Hawa dan Abu 'Ala Al-Maududi 13) Kafirkah Orang Yang Berhukum Dengan Selain Hukum Allah?. no: 62 dan 63.P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah 9) Kitab al-Muqaddimah. Dr. no: 346 11)40 Hadis Imam Nawawi: Zahazan Mohammed.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->