You are on page 1of 55

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

Tatabahasa ialah satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat.

MORFOLOGI

TATABAHASA -

BENTUK KATA

SISTEM EJAAN

PEMBENTUKAN KATA

GOLONGAN KATA

SISTEM BAHASA MELAYU

SINTAKSIS

SEBUTAN BAKU SEBUTAN DAN INTONASI INTONASI AYAT KOSA KATA

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

Takrif

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. suku kata v+kv - aku suku kata kv+kv - tari Kata Asli suku kata vk+kvv amboi suku kata kvkk+vkk kompang suku kata kkvk+kvk praktis suku kata kvk+kvkk konteks

Morfologi

Struktur Kata

Susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna.

Kata Pinjaman

suku kata kvk+kkvkk kompleks suku kata kkkv+kvkv strategi

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

Bentuk Kata

Unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.

Kata Tunggal

Kata Terbitan

Kata Ganda

Kata Majmuk

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Kata Tunggal

Contoh: satu suku kata am, dan, roh, skru dua suku kata itu, ubi, aku

Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurangkurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.

Contoh : berdikari berdiri di atas kaki sendiri komuter keretapi berkomputer kugiran kumpulan gitar rancak pawagam panggung wayang gambar

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima baik awalan,sisipan,akhiran atau apitan (imbuhan ) Takrif Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Kata Terbitan

Awalan - hadir sebelum kata dasar.

Akhiran - hadir sesudah kata dasar Jenis Imbuhan Apitan - hadir secara mengapit kata dasar secara serentak di awal dan akhir kata dasar.

Sisipan - hadir di celahan kata dasar

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

Kata Terbitan Berawalan

Awalan Kata Kerja

Awalan kata nama pe- ( pelari, perakus,penyapu) pem- (pembawa,pembuka) pen- (pendatang,pendua) peng- (penggali,penggubal) pel- (pelajar) ke- (ketua,kelepek) juru- (juruukur,juruwang) pra- (prakata,prasejarah) dwi- (dwifungsi,dwibahasa)

me- (melawan,menyikat,merasa) memper(memperhamba,memperisteri) ber- (berjalan,berganti, berserta) ter- (terjebak,terbentuk) di- (diatur,ditimbang,disusun) diper- (dipercepat, diperoleh)

Awalan Kata Adjektif ter- (terbesar,terputih) te(teruncing,terendah,teri ngin) se(secantik,secerah,seteb al)

Kata Terbitan Berapitan Apitan wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan

Apitan Kata Nama pean (pelaksanaan,perasaan ) pengean (pengesahan,pengehad ap) kean (kelaianan,kelebihan)

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

Apitan Kata Kerja mekan (memainkan,melukakan ) memkan(membaharu kan,membaikkan) berkan (beralaskan,berlaukkan) diperi (diperdengarkan,diperb ahaskan) kean (kehujanan,kehausan,k epanaskan) dikan (didekati,dimulai,diadili) memper..i (memperingati)

Apitan Kata Adjektif kean (keinggerisan, kearaban, kecinaan )

Kata Terbitan Bersisipan -el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut) -er- (keruping, seruling, serabut) -el(selerak,gelembung) -er- (serabut,gerigi) -em(gemilang,semerbak,ge merlap) -in- (sinambung)

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

Merupakan kata yang mengalami perubahan dari segi pengulangan sama ada menyeluruh ataupun sebahagian perkataan sahaja.

Merupakan kata dasar yang digandakan seluruhnya.

Kata ganda seluruh

Terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata keterangan. Menunjukkan jamak pada sifatnya, banyak (majmuk) dan mengukuhkan keterangan.

Kata Ganda

Kata ganda separa

Merupakan kata ganda yang dientuk pada sebahagian kata dasarnya. Membawa maksud kata nama. Merupakan kata ganda yang diber imbuhan.

Kata ganda menyaling / berimbuhan

Imbuhannya terletak di awal, akhir dan sisipan.

Terdiri daripada kata nama, adjektif dan kata keterangan. Mempunyai sebutan berima di pangkal atau di hujungnya atau pada keseluruhan katanya.

Kata ganda berima

Diberi tanda sempang (-)

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

Contoh Kata GandaSeluruh

Contoh Kata GandaSepara

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

10

Contoh Kata GandaMenyaling / Berimbuhan

Contoh Kata GandaBerima

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

11

Kata majmuk Proses pemajmukan merangkaikan 2 atau lebih kata dasar dieja terpisah bentuk satu unit & tidak boleh terima sebarang penyisipan

Kategori

rangkai kata bebas gelaran

gambar rajah, Perdana Menteri, biru laut, Profesor Madya, nasi minyak, Setiausaha Politik, terima kasih, mata pelajaran, pita suara, darah panas, atur cara, kemas kini, reka bentuk, lut sinar dan cari gali kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih, anak emas, bulan madu, berat tangan

istilah khusus

maksud kiasan

Bentuk

telah mantap

antarabangsa, kata nama - peribadi, beritahu, peribahasa, bumiputera,

penggandaan kata majmuk unsur pertama kata sahaja

alat-alat tulis, balai-balai rakyat, suku-suku kata, kapal-kapal terbang kecuali bentuk yg telah mantap bercampur aduk, mengambil alih apitan : mencampuradukkan, menyatupadukan, diurusniagakan

pengimbuhankata majmuk awalan / akhiran

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

12

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

13

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

14

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

15

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

16

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

17

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

18

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

19

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

20

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

21

Frasa

satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang mungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan predikat atau keduaduanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya.

Sintaksis

Klausa

satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebenarnya klausa adalah ayat dalam ayat.

Ayat

ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa yang disertai oleh intonasi yang lengkap, yang bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan yang menandakan bahawa tutur itu selesai, dan mengandungi proposisi yang lengkap.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

22

Frasa

Frasa Nama (FN)

binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat.

frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja.

FN + FN

FN + FA

FN + FK

FN + FS

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

23

Frasa Adjektif

Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.

Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.

Contoh:

Predikat Subjek Ahli Gusti itu Ali Awak Penguat hadapan sungguh sangat Kata Adjektif handal pandai hebat betul Penguat Belakang Nota

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

24

Frasa Kerja (FK)

1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. 2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. 3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. 4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja

Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:

Frasa kerja Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif Frasa kerja tak transitif Frasa kerja tak tanpa pelengkap transitif berpelengap (i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan) (kata bantu) + kata kerja + pelengkap + Tanda kurungan menunjukkan unsur yang (penerang) + boleh ada atau tiada keterangan

(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.

(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan) (ii) (kata bantu) + kata kerja + tanda kurung menunjukkan unrus (penerang) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang yang boleh ada atau boleh ada atau tiada Tanda kurung menunjukkan tiada. unsur yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap

Subjek Frasa Nama Lelaki itu Cikgu bayi itu Kata bantu sedang masih sedang

Predikat Frasa kerja Kata kerja makan menulis merangkak

Nota Keterangan di atas meja. di papan hitam. dengan laju. maksud ayat lengkap jika keterangan

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

25

Jamal Khatib

akan sedang

datang berkhutbah

esok di surau

dibuang.

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

Subjek Frasa nama Mereka Ahmad Saya Kata bantu akan ingin Kata kerja pulang menjadi tinggal

Predikat Frasa kerja pelengkap Penerang ke rumah penyanyi di Klang secepat mungkin yang terkenal

Nota keterangan pelengkap frasa sendi nama pelengkap di negara ini kata nama Pelengkap frasa sendi nama dalam minggu ini

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

26

Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama. Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama. Contoh:

Subjek Kata bantu Alias Rombongan sekolah Kedai Pak Abu akan

Predikat Frasa sendi nama Kata sendi nama Kata arah dari arah selatan ke di depan

Frasa nama Tanjung Malim Menara Kuala Lumpur masjid

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

27

Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa. Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat. Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas. Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut: Klausa Predikat mendengar radio amat susah jambatan kayu ke pantai Ayat Predikat mendengar radio amat susah jambatan kayu ke pantai

Subjek budak itu ujian tadi jambatan itu mereka

Subjek Budak itu Ujian tadi Jambatan itu Mereka

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali. Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhtah, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya. Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama. Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

28

Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga. Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya. Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran. Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas. Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.

Perumpamaan

1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. 2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama. 3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.

Perumpamaan Maksud Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya Bagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan Bagai enau dalam belukar hanya mementingkan diri sendiri melepaskan pucuk masing-masing Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja Bagai menatang minyak yang mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang penuh Bagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-sia Bagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnya Bagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh Bagai pinang dibelah dua/ Seperti pasangan yang sama padan dan sama cantik

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

29

cincin dengan permata Bagai tikus membaiki labu Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk Seperd anak ayam kehilangan ibu Seperti anjing dengan kucing Seperti anjing dengan bayangbayang Seperti api dalam sekam Seperti ayam berak kapur Seperti bertih digoreng

merosakkan lagi barang yang dibaikinya kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin

berpecah dan hilang tempat bergantung adik-beradik yang suka bergaduh orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi muka pucat dan tidak bermaya bunyi bising atau percakapan yang tidak berhentihenti Seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisah Seperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalan Seperti gergaji dua mata/ Seperti seseorang yang mengambil kesempatan daripada talam dua muka pertelingkahan antara dua pihak Seperti harimau menyembunyikan menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya kukunya Seperti hujan jatuh ke pasir/ memberi nasihat kepada orang tetapi tidak Seperti mencurahkan air ke daun berkesan keladi Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diam Seperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain Seperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa Seperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketara Seperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita Seperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintah Seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh Seperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru Seperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka Seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

30

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

Simpulan Bahasa Maksudnya ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu air muka rupa atau wajah seseorang ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak bapa anak yang disayangi oleh bapa anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab atas angin negara-negara di sebelah barat atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya banyak mulut orang yang banyak bercakap batu api orang yang suka menghasut batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh bawah angin negara-negara di sebelah timur bekas tangan hasil kerja tangan seseorang beralih akal berubah fikiran atau pendapat beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat berat hati enggan; malas berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak berat tulang orang yang malas bekerja berat sebelah tidak berlaku adil berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan berhati batu degil dan sukar menerima nasihat berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga bermuka dua tidak jujur bertikam lidah bertengkar; berdebat besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

31

buah hati buah mulut bush tangan bulat hat! buruk siku buta hati cahaya mata cakar ayam campur tangan cari jalan epat tangan dalam tangan darah daging durian runtuh gaji buta gelap mata harga diri harga mati hati batu hidung tinggi hilang akal ikat perut iri hati isi hati jalan buntu kacang hantu kaki ayam kaki bangku kaki botol kecil hati kepala angin kepala batu kera sumbang khabar angin langkah kanan langkah seribu lidah bercabang lipas kudung lintah darat makan angin makan suap malu-malu kucing mandi peluh mati katak membabi buta membawa diri membuka jalan

orang yang dikasihi atau dipuja sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam anak tulisan yang buruk turut serta atau mencampuri urusan orang lain berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu suka mencuri sudah pasti akan diperoleh anak kandung keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguhsungguh hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta maruah atau kehormatan seseorang harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi degil atau keras hati sombong atau tinggi diri tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri menahan lapar kerana berjimat menyimpan perasaan dengki atau cemburu perasaan dalam hati tidak ada jalan penyelesaian orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain tidak berkasut atau berselipar tidak berkebolehan bermain bola suka minum minuman keras berasa tersinggung atau merajuk perangai yang tidak menentu degil dan tidak mendengar nasihat orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain berita yang belum tentu benarnya bernasib baik cepat-cepat lari kerana ketakutan kata-kata yang tidak dapat dipercayai cepat membuat kerja mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan bersiar-siar untuk berehat menerima rasuah berpura-Aura malu di hadapan orang bekerja kuat mati dengan sia-sia melakukan sesuatu tanpa berfikir tahu menjaga diri memberi laluan kepada orang lain

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

32

membuka tembelang memeras otak menarik diri mencari jalan mencuci mata mencuit hati mengabui mata mengadu domba mengambil angin mengambil berat mengambil hati mengasah bakat muka tembok mulut murai mulut tempayan murah hati naik angin nyawa-nyawa ikan orang atasan otak cair otak kering otak udang paku belanda panas hati panjang tangan pasang telinga pekak badak pembasuh mulut perang mulut pilih kasih pisau cukur puteri lilin putih hati putih mata rabun ayam rambang mata ringan tangan sampai hati serkap jarang tangan terbuka tangkai jering tawar hati tebal muka telinga kuali telinga lintah telinga nipis

menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain terlalu kuat berfikir atau belajar tidak turut serta; meletak jawatan berusaha untuk melakukan sesuatu gembira memperhatikan sesuatu yang indah lucu; menggelikan hati cuba memperdaya; menipu memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya bersiar-siar untuk berehat memberi sepenuh perhatian dapat memikat atau mempengaruhi latihan untuk mengembangkan bakat tidak berasa malu kuat bercakap atau berbuat bising tidak dapat menyimpan rahsia suka bederma; tidak kedekut terlalu marah hampir-hampir mati orang yang berpangkat tinggi pintar atau bijak kurang siuman bebal atau bodoh barangan yang tetap harganya meradang atau marah suka mencuri mendengar dengan teliti kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi pertengkaran memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki tidak tahan terkena panas matahari ikhlas; jujur mengalami kekecewaan penglihatan yang kurang jelas sukar membuat pilihan suka membuat kerja: menolong orang tergamak melakukan sesuatu kerja membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa menyambut sesuatu dengan senang hati orang yang kedekut tidak mempunyai minat lagi tidak tahu malu tahan hati menerima kemarahan tajam pendengaran cepat marah atau meradang

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

33

terang hati tidur-tidur ayam tin kosong titik peluh

mudah memahami sesuatu tidur yang tidak nyenyak bercakap besar tanpa ilmu hasil usaha yang bersungguh-sungguh

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

34

Nama: Siti Hajar Binti Abdul Samad Umur: 8 tahun Tarikh Lahir: 28 Mac 2004 Jantina: Perempuan Agama: Islam Tarikh Masuk Sekolah: 1 Mac 2011 Alamat Rumah: No. 9, Kg. Telaga Bata, 06500 Langgar, Kedah. Status Bapa: Telah Meninggal Tinggal Dengan Siapa: Ibu Bilangan Kanak-kanak Di Rumah: 4 Kedudukan Dalam Keluarga: Bongsu Pekerjaan Ibu: Tidak Bekerja

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

35

1. Analisis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Hajar merupakan salah seorang murid kelas Pemulihan Khas yang berpencapaian rendah.Ketika minggu pertama berpraktikum, saya telah memberikan Hajar menjalani Ujian Diagnostik Bahasa Melayu secara lisan, praktik dan menulis.Ujian Diagnostik Bahasa Melayu tersebut dianalisis untuk memberi panduan pada saya merancang Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu yang bersesuaian dengannya. Murid bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan.Hajar seringkali hilang tumpuan apabila dibiarkan bersendirian tanpa bimbingan guru. Dia juga mempunyai ingatan jangka pendek di mana dia tidak dapat mengingati perkataan-perkataan yang baru sahaja dipelajarinya. Hajar boleh dikatakan sebagai seorang lurus bendul kerana dia hanya akan membuat perkara yang disuruh sahaja. Bagi Hajar, dia sukar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru dan sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Keadaan ini dapat dilihat apabila Hajar tidak dapat mengaplikasikan kemahiran mengeja KVK kepada kemahiran mengeja KVK + KV.Dia tetap perlu diberi bimbingan oleh guru. Bagi kemahiran membaca, Hajar tidak mempunyai masalah pada mulanya tetapi Hajar mula menghadapi masalah apabila dia disuruh membaca perkataan KVK dan seterusnya.Hajar tidak boleh membezakan bunyi huruf-huruf vokal seperti huruf [a] dengan [e] dan huruf [e] dengan [i].Hajar mengeja perkataan [ibu] sebagai [ebu] dan [emak] sebagai [imak].Hajar juga sukar menyebut huruf [l] dengan betul. Selain itu, masalah kemahiran menulis juga dihadapi oleh murid ini di mana dia menghadapi kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz dan kelemahan dalam mengeja.Seperti dalam kemahiran membaca, Hajar juga menghadapi kesukaran dalam membezakan bunyi huruf-huruf vokal seperti huruf [a] dengan [e] dan huruf [e] dengan [i].

2.1. Ciri Sosial dan Emosi Hajartidak menghadapi masalah sosial yang serius. Murid ini merupakan seorang murid yang pemalu dan tidak banyak berinteraksi dengan guru. Murid ini lebih banyak menurut arahan daripada guru dan Hajar tidak mahu mengambil peluang untuk bertanya kepada guru. Hajar

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

36

juga menghadapi masalah memonteng sekolah yang serius. Di dalam seminggu, Hajar hanya datang beberapa hari sahaja. Ini disebabkan ibunya yang sukar menghantarnya ke sekolah. Hajar tidak menunjukkan sebarang emosi dan saya tidak dapat mengenalpasti apakah emosinya bersedia untuk belajar perkara-perkara yang baru. Hajar memerlukan masa untuk mengadaptasi suasana bilik darjah apabila tidak datang beberapa hari. Menurut guru pemulihan iaitu Puan Sharifah, adik-beradik Hajar kesemuanya adalah Orang Kurang Upaya. Faktor genetik juga turut menjadi penyebab keadaan Hajar yang lambat menerima pengajaran. Ini juga menjadi penyebab ibu Hajar sukar menghantarnya ke sekolah.

2.2. Kemahiran Sosial Yang Lemah Murid ini turut mempunyai kemahiran sosial yang lemah. Menurut guru kelasnya, dia didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Hajar kurang mempunyai teman-teman sebaya dan tidak mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya Hajar juga tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

2.3. Tingkah Laku Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga adalah semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Hajar merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan,

pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Tingkah laku

overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

37

terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

38

Nama Guru: Nurfarhanah binti Ahmad Tarmizi Kelas: 2 Dinamik Tarikh: 31 Julai 2012 Hari: Selasa Masa: 8.45 9.15 a.m. Matapelajaran: Bahasa Melayu Nama Murid: Siti Hajar binti Abdul Samad Tajuk/Kemahiran: Huruf-huruf vokal Penggabungjalinan Mata Pelajaran: Muzik Hasil pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. ii. iii. Murid dapat mengenal tiga daripada lima huruf vokal Murid dapat membunyikan tiga daripada lima sebutan huruf vokal Murid boleh memadankan tiga daripada lima huruf vokal dengan gambar yang bersesuaian. BBM: LCD, kad imbas, lukisan, lembaran kerja KBKK: Menganalisis, mengenalpasti Unsur-unsur terapi: Terapi Muzik, Terapi Sentuhan Penggabungjalinan mata pelajaran: Pengetahuan sedia ada: Murid mengenali huruf A Z Nilai: Kerjasama dan berdikari Langkah/Masa Set induksi (3 minit) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menayangkan video klip Mengenal Vokal pada murid. 2. Murid diminta mendengar terlebih dahulu lagu yang terdapat pada video klip tersebut. 3. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut berserta gerakan

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

39

yang ditunjukkan oleh guru. 4. Guru mengaitkan lagu tersebut dengan pengajaran pada hari ini.

Langkah 1 (8 minit)

Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran

1. Guru menayangkan tayangan slaid yang mengandungi huruf-huruf vokal.dan gambar. 2. Guru meminta murid-murid melihat dan mendengar bunyibunyi huruf vokal yang dibunyikan. 3. Murid-murid diminta menyebut kembali huruf-huruf apabila apabila guru menunjukkan kad imbas yang mengandungi huruf-huruf vokal. 4. Murid ditunjukkan dengan gambar yang mewakli setiap huruf vokal. 5. Guru meminta murid menyatakan gambar tersebut dan menyatakan huruf vokal yang mewakili gambar tersebut.

Langkah 2 (8 minit)

Lembaran Kerja

1. Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid. 2. Murid diminta memadankan huruf vokal dengan gambar yang bersesuaian. 3. Murid yang berjaya menyiapkan lembaran kerja dengan betul akan diberi token.

Langkah 3 (8 minit)

Aktiviti Pengukuhan

1. Guru menayangkan sebuah lukisan yang mengandungi huruf-huruf dikeluarkan. 2. Murid diminta memadankan huruf-huruf vokal yang vokal yang tersembunyi yang boleh

dikeluarkan daripada lukisan tersebut dengan gambargambar yang bersesuaian. 3. Murid yang berjaya memadankan kesemua huruf vokal

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

40

dengan gambar yang betul akan diberi token.

Penutup (3 minit)

1. Guru menyangkan video klip lagu Mari Menyanyi pada murid. 2. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama guru. 3. Guru memberikan pujian dan kata-kata galakan pada murid.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

41

Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi Sekolah: S.K Taman Awana Tarikh: 7 Ogos 2012 Kelas: 2 Dinamik Hari: Selasa Masa: 8.45 9.15 a.m.

Matapelajaran: Bahasa Melayu Pemulihan Nama Murid: Siti Hajar binti Abdul Samad Tajuk: Huruf-huruf Vokal Kemahiran: Huruf-huruf Vokal Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyebut sekurang-kurangnya tiga daripada lima huruf vokal yang ditunjukkan dengan betul. ii. Melengkapkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima perkataan yang bermula dengan huruf vokal dengan betul. Pengetahuan sedia ada: Murid sudah menguasai beberapa huruf konsonan Penerapan nilai: Kasih sayang dan kerjasama Penggabungjalinan Mata Pelajaran: Muzik dan Seni Bahan Bantu Mengajar: Video klip Pak Mamat, kad huruf vokal, kad white board, kad lipat, Jigsaw Puzzle dan lembaran kerja KBKK: Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Langkah-langkah Pengajaran Langkah/ Masa Set Induksi (3 minit) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menayangkan video klip lagu Pak Mamat pada murid-murid. 2. Murid dikehendaki mendengar lagu tersebut terlebih dahulu. 3. Murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersamasama guru.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

42

4. Guru mengaitkan dengan isi pengjaran yang akan diajar.

Langkah 1 (8 minit)

Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran

1. Guru menunjukkan kad-kad huruf vokal a, e, i, o, dan u. 2. Guru menyebut cara sebutan huruf-huruf vokal tersebut. 3. Murid mengikut sebutan guru. 4. Guru menunjukkan kad-kad gambar pada murid. 5. Murid dikehendaki menyatakan gambar-gambar tersebut. 6. Guru menunjukkan kad perkataan bagi setiap gambar. 7. Murid diminta menyebut perkataan mengikut sebutan guru. 8. Guru mengaitkan gambar dan perkataan dengan huruf vokal.

Langkah 2 (8 minit)

Lembaran Kerja

1. Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid. 2. Murid dikehendaki mewarnakan huruf vokal yang sama. 3. Murid dikehendaki menyuaikan gambar dengan huruf vokal yang sesuai. 4. Murid dikehendaki melengkapkan perkataan yang bermula dengan huruf vokal. 5. Murid akan diberi token jika berjaya menyiapkan lembaran kerja dengan betul.

Langkah 3 (8 minit)

Aktiviti Pengukuhan 1. Guru menyediakan set permainan Jigsaw Puzzle untuk murid. 2. Murid dikehendaki melengkapkan Jigsaw Puzzle tersebut untuk membentuk gambar yang bermula dengan huruf vokal.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

43

3. Murid dikehendaki menyatakan gambar tersebut. 4. Murid diminta menyatakan huruf vokal bagi gambar tersebut. 5. Murid diberi token jika berjaya menyiapkan Jigsaw Puzzle.

Penutup (3 minit)

1. Guru menyangkan video klip Pak Mamat. 2. Murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersamasama guru. 3. Guru menanyakan kembali huruf-huruf yang dipelajari pada hari ini. 4. Guru memberikan kata-kata galakan dan semangat pada murid.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

44

Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi Sekolah: S.K Taman Awana Tarikh: 14 Ogos 2012 Kelas: 2 Dinamik Hari: Selasa Masa: 8.45 9.15 a.m.

Matapelajaran: Bahasa Melayu Pemulihan Nama Murid: Siti Hajar binti Abdul Samad Tajuk: Huruf-huruf Vokal Kemahiran: Huruf-huruf Vokal Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyebut sekurang-kurangnya tiga daripada lima huruf vokal yang ditunjukkan dengan betul. ii. iii. Menyalin semula sekurang-kurangnya empat daripada lima huruf vokal dengan betul. Melengkapkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima perkataan yang bermula dengan huruf vokal dengan betul. Pengetahuan sedia ada: Murid sudah menguasai beberapa huruf konsonan Penerapan nilai: Kasih sayang dan kerjasama Penggabungjalinan Mata Pelajaran: Muzik Bahan Bantu Mengajar: lagu a, e, i, odan u, papan sorong tarik, kad-kad huruf vokal, lembaran kerja dan set permainan memancing KBKK: Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Langkah/ Masa Set Induksi (3 minit) Aktiviti Pengajaran 1. Guru menayangkan lagu a, e, i, o dan ;u. 2. Guru menyanyikan lagu tersebut terlebih dahulu. 3. Murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersamasama guru bersama gerakan yang ditunjukkan guru. 4. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

45

Langkah 1 (8 minit)

Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran

1. Guru menyediakan kad-kad huruf vokal pada murid. 2. Murid ditunjukkan dengan kad-kad huruf vokal tersebut. 3. Guru menyebut kesemua huruf-huruf vokal yang

ditunjukkan oleh guru. 4. Murid mengikut sebutan guru. 5. Guru menyediakan papan sorong tarik untuk murid. 6. Murid ditunjukkan dengan papan sorong tarik. 7. Guru menarik papan huruf vokal. 8. Papan gambar ditarik mengikut huruf vokal yang dipilih. 9. Guru meminta murid membaca kuat huruf vokal dan gambar yang ditunjukkan. 10. Langkah 6 9 diulang dengan huruf-huruf vokal yang lan.

Langkah 2 (8 minit)

Lembaran Kerja

1. Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid. 2. Murid dikehendaki memadankan huruf vokal yang sama. 3. Murid dikehendaki memadankan huruf vokal dengan gambar yang betul. 4. Murid dikehendaki melengkapkan perkataan dengan huruf vokal berdasarkan gambar.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

46

Langkah 3 (8 minit)

Aktiviti Pengukuhan 1. Guru menyediakan set permainan memancing untuk murid. 2. Murid dikehendaki memancing ikan yang bergambar. 3. Murid dikehendaki melekatkan gambar tersebut dengan huruf vokal yang bersesuaian. 4. Setiap padanan yang betul akan diberi token.

Penutup (3 minit)

1. Guru menayangkan kembali lagu a, e, I, odan u. 2. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama guru. 3. Guru merumuskan pengajaran pada hari itu. 4. Guru memberikan kata galakan dan semangat.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

47

Nama Guru: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi Sekolah: S.K Taman Awana Tarikh: 28 Ogos 2012 Kelas: 2 Dinamik Hari: Selasa Masa: 8.45 9.15 a.m.

Matapelajaran: Bahasa Melayu Pemulihan Nama Murid: Siti Hajar binti Abdul Samad Tajuk: Huruf-huruf Vokal Kemahiran: Huruf-huruf Vokal Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyebut sekurang-kurangnya tiga daripada lima huruf vokal yang ditunjukkan dengan betul. ii. iii. Menyalin semula sekurang-kurangnya empat daripada lima huruf vokal dengan betul. Memadankan sekurang-kurangnya tiga daripada lima gambar dengan huruf vokal dengan betul. Pengetahuan sedia ada: Murid sudah menguasai beberapa huruf konsonan Penerapan nilai: Kerjasama Penggabungjalinan Mata Pelajaran: Muzik Bahan Bantu Mengajar: Set permainan bowling, kad huruf vokal a, e, i, o dan u, kad surih vokal, tayangan slaid KBKK: Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Langkah/ Masa Set Induksi (3 minit) 2. 3. Aktiviti Pengajaran 1. Guru menayangkan lagu a, e, i, o dan ;u kepada murid. Guru menyanyikan lagu tersebut terlebih dahulu. Murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersamasama guru bersama gerakan yang ditunjukkan guru. 4. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

48

Langkah 1 (8 minit)

Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran

1.

Guru menayangkan tayangan slaid kepada murid yang mengandungi huruf vokal a, e, i, o dan u.

2.

Guru menyebut huruf vokal yang dipaparkan terlebih dahulu.

3. 4.

Murid diminta menyebut huruf tersebut dengan kuat. Murid diminta merasa dengan jari bentuk-bentuk huruf yang diajar pada kad yang disediakan.

5. 6.

Guru menampal kad-kad tersebut di papan putih. Guru meminta murid menyebut huruf-huruf tersebut secara rawak.

Langkah 2 (8 minit)

Lembaran Kerja

1. 2.

Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid. Murid dikehendaki menyalin kembali kelima-lima hururf vokal mengikut titik dengan cara yang betul dan kemas.

3.

Murid dikehendaki memadankan gambar dengan huruf vokal.

Langkah 3 (8 minit)

Aktiviti Pengukuhan 1. Guru menyediakan set permainan bowling kepada murid. 2. 3. 4. 5. Setiap pin bowling dilekatkan dengan huruf vokal. Guru menjelaskan peraturan permainan. Murid perlu membuat balingan dan menjatuhkan pin. Murid perlu mengambil pin tersebut dan memadankan huruf vokal yang dilekatkan pada pin dengan gambar yang disediakan di atas meja. 6. Murid juga perlu memadankan gambar, huruf vokal dengan perkataan yang mewakili gambar tersebut. 7. Langkah 4 6 diulangi dengan memadankan huruf dan gambar yang berlainan.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

49

Penutup (3 minit)

1. 2.

Guru menayangkan kembali lagu a, e, I, odan u. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersamasama guru.

3. 4.

Guru merumuskan pengajaran pada hari itu. Guru memberikan kata galakan dan semangat.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

50

Beberapa kaedah pengajaran yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa. Antaranya ialah kaedah abjad dan kaedah fonik. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A Z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk

memperkenalkannya kepada murid. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjadabjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku. Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:A = aaaa E = eh E = eh I = iiiii O = oooo U = uuuu B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

51

Y = yeh Z = zez Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf a adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy. Di antara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanakkanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan. Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad, terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut, biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan hurufhuruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula. Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal simbol iaitu huruf, hanya mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Kanakkanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

52

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Sistem Bahasa Melayu mengkehendaki para pelajar mengenalpasti masalah-masalah penguasaan bahasa seseorang murid secara lebih dekat. Murid-murid yang mengalami masalah penguasaan bahasa kebiasaannya mengalami masalah dalam sebutan. Pada mulanya, saya mengalami masalah kekangan masa kerana terpaksa bertungkus lumus dengan pengajaran dan pembelajaran yang perlu dirancang pada setiap hari. Saya juga mengalami masalah dalam menetapkan masa membuat pengajaran secara individu dengan Siti Hajar kerana dia suka memonteng sekolah. Selain itu, dia juga bersikap pasif di dalam kelas serta terlalu lurus bendul. Pada mulanya, Hajar menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar dan tumpuannya cepat beralih. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua, Hajar mula menunjukkan sikap yang positif dan mahu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran. Hajar cepat lupa apabila beberapa hari tidak hadir ke sekolah. Sikap Hajar yang terlalu lurus bendul menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hajar dikesan mengalami masalah dalam membezakan huruf-huruf vokal a, e, i, o dan u. Ini disebabkan bunyi-bunyi huruf vokal hamper sama. Dalam masalah ini, saya menggunakan kaedah abjad dan kaedah fonik. Hajar diajar dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:A = aaaa E = eh E = eh I = iiiii O = oooo U = uuuu B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf a adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran fonik menggunakan ialah dengan

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

53

mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy. Melalui cara ini Hajar berupaya membezakan bunyi huruf-huruf vokal dengan berkesan. Kaedah fonik ini diajar hendaklah bersertakan dengan kad-kad gambar yang berseuaian dengan huruf vokal. Saya berharap Hajar dapat menguasai keupayaan berbahasa dengan lebih baik dengan sedikit bantuan dari saya

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

54

Ab. Rahim Selamat.(1989). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

JabatanPendidikanKhas. (2003). Pelaksanaan Program PemulihanKhas. Kuala Lumpur: KementerianPendidikanKhas.

KamarudinHj. Husin. (1990). Pedagogi 4. Selangor: Sri Pendidikan Longman.

KamarudinHj. Husin. (1990). PanduanLatihanMengajar. Kuala Lumpur: Heinemann Sdn. Bhd.

KamarudinHj. Husin, SitiHajarHj. Abdul Azizi. (1997). PengajianMelayu 2: KetrampilanBahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. Bhd.

KamilMahyuddin, Habibah Elias &Kamariah Abu Bakar.(2009). AmalanPengajaranBerkesan. Shah Alam: Karisma Publications.

Lee ShokMee. (1993). AsasPendidikan 2: PsikologidalamBilikDarjah. Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. Bhd.

MohdSallehLebar. Malaysia.

(1991).

PsikologiPerkembangandanPendidikan.

Selangor:

Longman

Mok Soon Sang. (1991). Pedagogi 4: Pemulihan, PengayaandanIsuPendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. Bhd.

KKBI PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU

55

Perpustakaan Negara Malaysia.(1992). AsasKemahiranBerbahasa KBSR. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka.

SharifahNor Syed AbdRahman, CheNatrahMd Said & Ahmad Shukri Ismail. (2008).Tatabahsa KBSM. Selangor: ArahPendidikan.

SitiHajarHj. Abdul Aziz. (1996). TatabahasaBahasaMelayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. Bhd.

SufeanHussin,

Abd.

Rahim

Abd.Rashid&SulaimanNgahRazali.(1988).

PengajaranAlamdanManusia KBSR.Petaling Jaya: FajarBakti.

SulaimanMasri,

Abdullah

Yusof&MohdRainShaari.

(2006).

BahasaMelayu:

DimensiPengajarandanPembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

ZainalKassan&Suhaila Abdullah (2010).PendidikanDisleksia. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd

You might also like