You are on page 1of 12

SISTEM OTOT 3.1 Pengenalan 3.1.

1 Komponen sistem otot rangka: (i) Fiber otot - Fiber otot adalah sel-sel otot. - Diameternya boleh mencapai sehingga 100mm dan panjangnya 30-40cm. - Setiap fiber berjalur dan mengandungi banyak nucleus. (ii) Tisu penghubung a) Endomisium Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium. b) Perimisium Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk c) Epimisium Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung d)Tendon Pada penghujung otot epimisium bersatu untuk membentuk tendon yang melekatkan otot secara tidak langsung kepada tulang. Kartilej atau tisu-tisu penghubung yang lain. (iii) Tendon -Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang kasar yang dikenali sebagai epimisium. berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel.

-Tendon tidak begitu kenyal - Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi

3.1.2 Fungsi Otot (i) Menghasilkan pergerakan Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis. (ii) Mengekalkan postur Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan

mengekalkan postur. (iii) Menstabilkan sendi Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka. (iv) Menghasilkan haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan

kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

3.2 Jenis-Jenis Otot Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya. Jadual 2.2 Membanding otot rangka dengan otot-otot lain. Ciri Lokasi Otot Rangka Otot Kardiak Otot Licin

Lekat pada tulang atau kulit (beberapa otot muka). Struktur

Dinding jantung.

Dinding organ visceral seperti perut.

Berbentuk satu selinder yang panjang, setiap sel mempunyai banyak nukleus dan berjalur. Regulasi penguncupan

Sel-sel

yang Unisel, fusiform, tidak

bercabang-cabang, berjalur. unisel dan berjalur.

Terkawal melalui kawalan sistem kecuali pergerakan.

Luar kawalan, jantung ada perentak, system saraf, hormonhormon.

Luar kawalan, sistem saraf hormone, regangan. mengawal, kimia dan

Kelajuan penguncupan Perlahan ke cepat. Penguncupan Beritma Tiada. Ada. Perlahan. Sangat perlahan. Terdapat pada sebahagian otot-otot tersebut.

3.3 Ciri-ciri otot rangka 1) Kebolehujaan (irritability/excitability) - Kemampuan otot bergerak balas pada rangsangan dengan mudah dan cepat. 2) Kebolehkuncupan (contractibility) - Kemampuan otot untuk memendek apabila menerima rangsangan. 3) Kebolehpanjangan (extensibility) - Kemampuan otot untuk memanjang melebihi panjang asal. 4) Kebolehanjalan (elasticity) - Kemampuan otot untuk kembali semula kepada panjang asal selepas memendek atau memanjang.

3.4 Otot-otot rangka yang utama 3.4.1 Otot rangka Rajah 2.7 Otot Rangka

Major Skeletal Muscles

Major Skeletal Muscles

Otot manusia pandangan hadapan (anterior)

Otot manusia pandangan belakang (posterior)

3.5 Lekatan otot Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau tisutisu penghubung yang lain. 1) Pelekatan proksimal -Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak. -Otot manusia pandangan hadapan(anterior) Otot manusia pandangan belakang (posterior). 2) Pelekatan distal -Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. Apabila sesuatu otot menguncup tulang yang terdapat pelekatan distal otot ini akan bergerak ke arah tulang yang mempunyai pelekatan proksimal.

3.6 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka 3.6.1 Saling tindakan otot-otot (i) Agonis -Otot-otot penggerak utama (prime movers) -Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus. -Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus. (ii) Antagonis -Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan otot pengerak utama. -Tindakan berlaku secara serentak dengan otot agonis.

Keterangan gambarajah: - Gerakan fleksi lengan. - Otot biseps brakii akan menguncup - agonis. - Otot triseps brakii akan mengendur - antagonis.

(iii) Sinergis - Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama. - Sinergis menambah daya pada pelekatan otot. - Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.

Keterangan gambarajah: - Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.

3.7 Penguncupan otot rangka 3.7.1 Jenis-jenis penguncupan otot Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamenfilamen aktin dan miosin dalam usaha keduaduanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot.

(i) Penguncupan isometrik (penguncupan statik) Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik.

(ii) Penguncupan Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentri atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. (iii) Penguncupan Isokinetik Bagi penguncupan isokinetik, fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk

menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan.

3.7.2 Contoh-Contoh Pergerakan Yang Melibatkan Setiap Jenis Penguncupan Otot Rangka a) Penguncupan isometrik Contoh : Menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otototot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. Penguncupan otot trisep berlaku secara isometrik. b) Penguncupan Isotonik Contoh : Penguncupan bisep semasa mengangkat dumbell. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

c) Penguncupan Isokinetik Contoh : Pengunaan mesin multi-gym.

3.7.3 Halaju Penguncupan Otot-otot rangka manusia terdiri dari gabungan fiber sentak cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat (fiber merah). Bagaimanapun peratusan kedua-dua jenis fiber otot adalah berbeza dari otot ke otot. Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan kekal (sustain). Fiber-fiber sentak lambat banyak didapati pada otototot postur. Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan yang pantas. Bagaimanapun penguncupan jenis ini tidak dapat bertahan lama. Walaupun kesemua fiber otot boleh menguncup dalam kedua-dua keadaan aerobik dan anaerobik. Sebahagian darinya lebih sesuai untuk menguncup secara anaerobik. Jenis Fiber Sentak cepat Deskripsi Keupayaan anaerobic yang tinggi Digunakan dalam acara

pecutan/eksplosif (acara berintensiti tinggi, berjangka masa pendek). Sentak lambat Keupayaan aerobik yang tinggi. Digunakan dalam acara bersifat daya tahan (jangka masa yang lama).

3.8 Sistem Otot Dan Umur Kesan umur ke atas: a) Osteoatraifis sendi-sendi sengal, otot-otot akan menjadi tidak anjal. b) Tindakan refleks otot menjadi lembab. c) Tulang, sendi dan otot menjadi semakin lemah. d) Individu mudah tercedera dan tulang mudah patah dan retak. e) Otot mulai kendur. f) Postur badan mulai berubah akibat daripada pegangan otot yang mulai lemah. g) Pergerakan menjadi kurang aktif.