You are on page 1of 9

Baju Ini baju. Ini baju saya. Baju saya biru. Bapa beli baju saya.

Saya suka baju baru.

Topi Ini topi. Ini topi bapa. Topi bapa biru. Bapa beli topi dari kota. bapa suka topi biru.

Lori Ini lori. Ini lori Rama. Lori Rama bawa besi. Rama cuci lori hari-hari. Rama suka hati.

Mata Ini mata. Ini mata kiri saya. Saya cuci mata. Mata saya kena debu.

Beca Ini beca. Ini beca bapa. Beca bapa baru. Bapa bawa beca dari kota. Bapa cuci beca bila cuti.

Cili Ini cili. Ini cili padi. Ibu suka cili padi. Bapa beli satu raga cili padi. Ibu beri cili padi pada Lina.

Ciku Ini ciku. Ini ciku madu. Tina bawa raga ciku. Bapa beli ciku madu. Adik suka ciku madu.

Jari Ini jari Rina. Jari Rina luka. Jari Rina luka kena paku. Bapa Rina sapu ubat pada jari.

Meja Ini meja. Ini meja kayu. Meja kayu ini baru. Bapa beli meja kayu dari kota. Nani suka guna meja kayu.