ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR

C 2006 /UNIT 3 / 1

UNIT 3

KAEDAH BINA KADAR

OBJEKTIF:
Objektif Am : Mengetahui keperluan dan kegunaan kadar harga, jadual kadar harga, asas pengiraan kadar harga; bahan, buruh, loji, pengurusan dan keuntungan, pengiraan kadar harga; kerja konkrit menggunakan mesin penggaul konkrit dan pembancuhan dengan tangan. Pengiraan kadar kerja korekan; menggunakan tangan dan jentera. Pengiraan kadar kerja bata dan kerja tetulang.

Objektif Khusus

Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :   Menerangkan kegunaan dan kepentingan kadar harga dalam kerja – kerja taksiran Menghuraikan asas pengiraan kadar harga;
    

Kos bahan Kos buruh Kos loji dan kelengkapan Kos pengurusan Kadar keuntungan

 

Mengira kadar harga kerja korekan dengan menggunakan tangan Mengira kadar kerja korekan dengan jentera.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR

C 2006 /UNIT 3 / 2

INPUT 3 KAEDAH BINA KADAR
3.0 PENGENALAN Didalam kerja – kerja binaan terdapat beratus – ratus matabenda kerja( item of works ) yang terlibat. Semasa kerja – kerja di tapak kontraktor akan menggunakan berbagai cara dan teknik untuk menyiapkan kerja termasuklah menggunakan bahan binaan, buruh dan kelengkapan dapat berjalan dengan memuaskan. Semua perkara di atas memerlukan perbelanjaan kewangan kontraktor. Bagi kontraktor yang berpengalaman, mereka kurang menghadapi masalah kerana mereka biasanya menyimpan segala maklumat dan data tentang kerja- kerja yang telah disiapkan

Walaubagaimana pun harga- harga bagi setiap matabenda akan sentiasa berubah dari semasa kesemasa bergantung kepada keadaan ekonomi, masalah buruh, kenaikan harga, cukai, kehendak undang-undang dan sebagainya.

Oleh itu pengetahuan harga bahan binaan, pasaran dan harga buruh serta loji amatlah penting untuk membantu seseorang pemborong dan ahli-ahli iktisas didalam menentukan harga yang paling munasabah untuk setiap mata benda kerja.

2 DASAR – DASAR BINA KADAR Unit kadar adalah bagi mata benda kerja yang dikira pada unit ukuran tertentu dimana ianya meliputi kesemua harga – harga yang mempengaruhi kos seperti bahan. Contohnya:  Kerja penggalian dengan tangan Hanya kos buruh. 3. Ia bergantung kepada jenis dan cara kerja yang akan dilaksanakan di tapak bina. pengurusan dan perolehan kepada syarikat.  Mengikat batu Bata . peralatan. Oleh itu dasar – dasar bina kadar adalah :      Kos bahan Kos buruh Kos loji dan kelengkapan Kos pengurusan Kadar keuntungan Tetapi tidak semua matabenda kerja mengambil kira semua factor diatas. tanggungan syarikat dan keuntungan sahaja yang perlu diambil kira. buruh.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 3 3.1 KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN KADAR HARGA DALAM KERJA TAKSIRAN Ahli ikhtisas seperti Jurukur Bahan akan menggunakan unit kadar diperingkat mereka bentuk bangunan untuk mendapatkan harga anggaran sesuatu projek bagi tujuan – tujuan yang berikut :   Mengetahui peruntukan kewangan pihak majikan Mengetahui kesesuaian rekabentuk berdasarkan had peruntukan yang dibenarkan oleh pihak majikan  Sebagai maklumat dan rekod untuk rujukan dan anggaran projek-projek dimasa akan datang.

 Kos Menyimpan Adalah kos untuk menyimpan bahan binaan yang mudah rosak seperti simen. kaca dan jubin atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti kayu disamping untuk tujuan keselamatan.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 4 Mengambil kira faktor kos buruh. Biasanya pembekal menentukan harga yang tertentu mengikut tempat . Ini termasukaln sebarang tambahan kos untuk membawa bahan binaan ke tapak . bahan.2. kos pengangkutan dan lain-lain..1 Kos Bahan Faktor – faktor yang menentukan kos bahan adalah :  Harga asal bahan Harga yang tidak mengambil kira kadar keuntungan. tanggunagn syarikat dan keuntungan. maka semakin tinggi kos pengangkutannya.  Kos pengangkutan ke tapak bina Bayaran yang dikenakan bagi tujuan mengangkut bahan binaan ke tapak bina. Kos pengangkutan termasuk juga kon untuk menurunkan barang samada menggunakan tenaga buruh atau menggunakan jentera seperti “ fork lift “ atau menggunakan kren. 3.  Membancuh konkrit menggunakan jentera Kelima-lima kos diatas perlu diambil kira. Harga asal bahan akan berubah –ubah dari masa ke semasa dan juga dari satu tempat ke satu tempat. . Semakin jauh tapak bina dari kilang atau gudang. Merupakan harga bahan di kilang atau harga dari pembekal atau juga dikenali sebagai harga pasaran.

Secara amnya terdapat empat jenis buruh yang terdapat dipasaran .2 Kos Buruh Kos buruh adalah bayaran kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu bidang pekerjaan. Bayaran kepada pekerja berbeza mengikut kemahiran seseorang pekerja. Pembaziran dikira dari peringkat pesanan hingga ke masa proses pembinaan. Upah tukang boleh mencapai RM 80.00 sehari bergantung kepada jenis dan kerumitan kerja. jenis kerja dan kecekapan kerja. tukang besi. Secara amnya nilai pembaziran mengikut jenis bahan adalah seperti berikut :     Simen Genting Kayu Keluli 5% 2% 5% 10% 3.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 5  Pembaziran dan Kerosakan Bagi bahan – bahan yang mudah rosak atau tidak digunakan sepenuhnya hendaklah dikira sebagai pembaziran.2. penurap bata tukang melepa tukang paip dan sebagainya. Nilaian pembaziran berbeza bergantung kepada jenis bahan. Tukang akan dibayar upag mengikut kadar harian atau jam ( sehari adalah 8 jam kerja ). .  Tukang Orang yang mahir malaksanakan sesuatu bidang pekerjaan dalam segi pertukangan seperti tukang kayu. Dianggarkan antara sepuluh hinngga lima belas peratus bahan-bahan binaan di tapak bina mengalami pembaziran dan kerosakan.

Kadar upahnya adalah antara RM 25. alatan. Mereka melakukan kerja mengikut yang diarahkan oleh tukang atau buruh separuh mahir. Kepala dibayar mengikut gaji bulanan dan diperuntukkan berkenaan. Kepala biasanya orang yang berpengalaman dalam bidang tertentu termasuklah pengurusan bahan – binaan.00 hingga RM 25.  Kepala Seseorang yang mengetuai sekumpulan pekerja seperti tukang.00 sehari. pekerja separuh mahuir dan buruh kasar.00 hingga RM 40. didalam kos pengurusan syarikat kontraktor . Di tapak bina buruh kasar diperlukan untuk melakukan kerja – kerja seperti mengangkut bahan binaan. loji dan menguruskan buruh.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 6  Buruh Separuh Mahir Pekerja yang bekerja sebagai pembantu kepada tukang. Bayaran untuk buruh kasar adalah antara RM 15. Bertanggungjawab untuk mengendali dan menyelia kerja – kerja di tapak pembinaan bagi pihak kontraktor.00. membuang bahan binaan dan membersihkan tapak bina.  Buruh Kasar Buruh yang kurang mahir melakukan sesuatu pekerjaan. Biasanya pekerja separuh mahir diperlukan apabila terdapat banyak kerja-kerja yang sama perlu dilaksanakan oleh tukang.

bakul. Oleh yang demikian modal untuk membeli dan menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semula untuk mendapatkan kos modal yang telah dikeluarkan.3 Kos Loji dan Kelengkapan Kontraktor akan menggunakan berbagai loji dan kelengkapan untuk melaksanakan kerja – kerja di tapak bina dengan tujuan menjimatkan masa dan tenaga. Contoh – contoh loji tidak berjentera adalah seperti peranca. jam/m3 dan jam/kg. jam/m2. Unit – unitnya adalah seperti jam/m.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 7 Angkatap Buruh Kemahiran dan keupayaan buruh tidak sama diantara satu sama lain. kereta sorong. Oleh itu. Cara mendapat balik wang modal yang digunakan untuk membeli peralatan tersebut ialah . Harga –harga untuk loji tidak berjentera dimasukkan sebagai kos pengurusan syarikat kontraktor. tangga. peralatan tangan. 3. kemahiran perlu diukur secara angkatap buruh.  Loji Berjentera Untuk menggunakan loji atau peralatan berjentera kontraktor hendaklah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli dan atau menyewa peralatan tersebut. Biasanya dimiliki sendiri oleh kontraktor. baldi dan sebagainya.2. Boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :  Loji Tidak Berjentera Merupakan alatan asas dalam kerja pertukangan. Angkat buruh bermaksud purata masa yang diambil oleh seseorang pekerja menyiapkan sesuatu kerja sehingga siap mengikut unit – unit tertentu.

Pada asasnya kos – kos yang ditanggung oleh kontraktor adalah :   Kos susutan bagi satu jentera yang digunakan sehingga jentera tersebut dijual dengan harga terpakai.00 sehari. Kontraktor sebenarnya menanggung faedah atas pelaburan yang dibuat. penggetar konkrit. Modal yang banyak diperlukan dan kontraktor perlu mengendalikan sendiri jentera berkenaan. pemandu dan minyak. penggaul konkrit .  Kos selenggaraan iaitu menyelenggara jentera supaya dapat berfungsi dengan sempurna . Jenis –jenis peralatan berjentera adalah seperti lori.. jengkorek. Kos kehilangan pelaburan iaitu kewangan yang digunakan untuk membeli jentyera merupakan satu pelaburan.  Analisa jentera yang dibeli Jentera kepunyaan sendiri diperolehi melalui pembelian terus dari syarikat pembekal loji. Kadar semasa ialah antara RM 90. jentolak.Peralatan berjentera sama ada disewa atau dibeli sendiri oleh kontraktor bergantung kepada kedudukan kewangan kontraktor atau berdasarkan keperluan sam ada secara berterusan atau sekali sekala.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 8 dengan menganalisa harga penggunaan alat-alat itu sejam sehari dan juga upah buruh yang mengendalikan peralatan tersebut . alat pemadat dan sebagainya.00 hingga RM 160. Cara – cara menganalisa jentera  Analisa jentera yang disewa Biasanya kadar sewaan adalah termasuk jentera.

2. insuran. gedung setor. Bayaran elektrik.4 Kos Pengurusan Syarikat Kos pengurusan syarikat ialah kadar perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat untuk mengurus dan mentadbir kakitangan dan kelengkapan pejabat. . pos.     Kelengkapan pejabat seperti perabut. mesin fotokopi. Nilaian peratus kos pengurusan dikira dengan membahagikan jumlah hitung panjang wang masuk atau wang pembalikan untuk setahun dengan jumlah kos pengurusan syarikat. telek. buruh dan loji iaitu diantara lima hingga sepuluh peratus. 3. kertas. mesin taip.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 9   Kos pengangkutan iaitu pengangkutan ke tapak bina sepanjang tempoh kerja. komputer.telegraf dan lain – lain. Kos kendalian jentera iaitu upah pemandu dan pembantu serta penggunaan bahan api. alat tulis dan lain-lain. Bayaran untuk mengendalikan bengkel dan untuk perkakas – perkakas yang tidak berjentera  Kos pengurusan dikira secara peratus daripada kos bahan. Perkara – perkara tersebut termasuklah : Gaji. bengkel dan lain – lain. telefon. elaun dan lain – lain bayaran untuk semua kakitangan syarikat. Sewa pejabat.

maka syarikat memerlukan sedikit peruntukan untuk menampung kos tanggungan pengurusan dan pentadbiran sesuatu kontrak.00 ----------------RM 1.5 Kadar Keuntungan Bagi menjamin perniagaan kontraktor dapat berjalan dengan sempurna. buruh dan loji. Kadar keuntungan dikira secara peratus daripada semua kos bahan.00.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 10 Contoh : Katakan wang masuk atau wang pembalikan syarikat untuk setahun adalah RM 1.000. Manakala kos pengurusan setahun adalah RM 50. Keuntungan yang dikira adalah keuntungan kasar ( gross profit ).000.00.000.000. Nilaian peratus kos pengurusan = Kos Pengurusan ------------------Wang Masuk = RM 50.000.000.00 x 100 % = 5% 3. Keuntungan kasar terdiri daripada:   Keuntungan bersih ( nett cost ) Kos Pengurusan ( overhead ) .2.

3. jenis kerja. maka Keuntungan kasar = = = Keuntungan bersih + Kos Pengurusan 5% + 5% 10% Biasanya kadar peratus keuntungan adalah antara sepuluh peratus hingga lima belas peratus.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 11 Kadar peratusan yang diambil adalah berbeza antara satu firma dengan satu firma yang lain bergantung kepada saiz kontrak.  Kerja Penggalian dengan Jentera Menggunakan jentera seperti traktor.jengkaut dan jengkorek. risiko kontrak dan jangka masa kontrak. Sesuai untuk kerja-kerja kecil dan di tempat yang sempit. Sesuai untuk kerja pengorekan yang besar dan luas. beban kerja sedia ada. jentolak. Sekiranya kontraktor mahu keuntungan bersih sebanyak 5%. .3 MEMBINA KADAR KERJA PENGGALIAN Terdapat dua cara kerja penggalian yang biasa di jalankan di tapak bina bergantung kepada isipadu tanah yang hendak digali serta kerumitan kerja yang dihadapi:  Kerja penggalian dengan tangan ( Manual) Menggunakan peralatan tangan seperti cangkul dan penyodok.

Unit Pengukuran untuk kerja – kerja penggalian adalah dalam meter padu kecuali bagi kerja – kerja penggalian tanah permukaan yang tidak melebihi 300mm dalam adalah dalam unit meter persegi. dan Kos untuk memampan dan menupang sisi penggalian sekiranya perlu.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 12 Pertambahan Isipadu tanah Apabila tanah digali dan tanah itu hendak dibuang ke tempat yang lain. Jenis tanah Pasir Tanah liat Tanah Biasa Batu bata Peratus Pertambahan Isipadu 10% 20% 25% 50% Jadual 3.Peratus pertambahan isipadu selepas penggalian adalah seperti dalam jadual 4. mengisi dan menghentak Kos untuk meratakan bahagian dasar korekan. Oleh itu factor pertambahan isipadu hendaklah diambil kira semasa membina kadar kerja penggalian.0 : Jadual Pertambahan Isipadu tanah Pengiraan kos kerja penggalian hendaklah mengambil kira kos perkara –perkara Berikut :      Kos untuk menggali Kos untuk mengangkut dan membuang tanah yang telah digali Kos untuk mengembalikan.4. Peratus pertambahan berbeza-beza mengikut jenis tanah yang digali. . isipadu tanah tersebut telah bertambah daripada isipadu asalnya.

Contoh angkatap buruh untuk kerja penggalian dengan tangan adalah seperti jadual 3.2 jam 1.1 : Angkatap Buruh kerja Korekan .20 jam 1.3.5 meter dalam 1.1 : Bil Huraian Kerja Unit M3 M3 Angkatap Buruh 1 2 Menggali timbusan tanah biasa Menggali peparit tidak melebihi 1. M3 M3 1.61 jam 4 Mengangkut keluar tanah yang digali dari tapak pembinaan jaraknya tidak melebihi 100 meter.74 jam 3 Menggali peparit melebihi 1.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 13 3.00 jam 5 Mengisi tanah kedalam lori Jadual 3.5 meter dalam tetapi tidak melebihi 3.1 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Tangan Bagi tujuan membina kadar kerja penggalian dengan tangan maklumat tentang angkatap buruh untuk kerja penggalian dan kadar upah buruh sehari ( 8 jam ) adalah diperlukan.00 meter dalam M3 2.

5 meter dalam.1 : Jadual angkatap buruh untuk kerja korekan Peringatan : Jadual angkatap buruh ini bukanlah angka yang sebenar.00 meter dalam M3 M 3 3. Angka – angka yang diberi merupakan andaian sahaja untuk tujuan contoh pengiraan nanti.45 jam 8 9 10 11 12 Penggalian am keatas tanah timbus Penggalian am keatas tanah liat Penggalian am ke atas pasir bergerak Penggalian am ke atas batu batan Menabur dan menghentak lapisan asas (hardcore) setebal 100 mm M3 M3 M3 M2 1.23 jam 7.63 jam 7 Menggali ruang bawah tanah melebihi 1. .5 meter dalam tetapi tidak melebihi 3. Contoh 1 Menggali peparit tidak lebih 1. angkut dan buang tanah yang selebihnya pada jarak tidak melebihi 100 meter. Bina kadar kerja tersebut untuk satu meter padu.31 jam 5.27 jam 1.84 jam 10.31 jam Jadual 3.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 14 Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh 6 Menggali ruang bawah tanah tidak melebihi 1.50 meter dalam M3 1.

25 jam ----------------Jumlah masa yang diambil untuk menggali. Kos Buruh Masa untuk menggali peparit tidak lebih 1.94 ------------Harga untuk satu meter padu kerja penggalian RM 10. mengangkut dan Membuang Katakan upah buruh bekerja sehari adalah = RM 25. Keuntungan dan pengurusan ( 10 % ) = 10 x 9.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 15 1.5 m dalam ( Rujuk jadual angkatap buruh) 1.36 ---100 RM 0.13 2.00 ------------8 jam = RM 3.00 sehari Upah buruh sejam adalah = RM 25.99 jam x RM 3.00 jam (masa untuk angkut dan buang) ----100 1.00 jam 0.74 jam Masa untuk mengangkut dan membuang tanah yang Digali pada jarak tidak lebih 100 meter Pertambahan isipadu tanah adalah 25% ( anggap tanah biasa ) = 25 x 1.36 2.99 jam Jumlah upah buruh adalah = 2.13 RM 9.30 ======= .

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 16 Contoh 2: Menggali timbusan (bulk) ke atas tanah biasa.61 jam 25 100 x 2.13 RM 13.61 jam 0. ( tanah yang dikorek adalah tanah biasa ) 1.00 jam 2.65jam 4.26 jam x RM 3. Kos Buruh Masa untuk menggali timbusan tanah biasa Masa untuk angkut dan buang tanah yang di Korek pada jarak tidak lebih 100 meter Pertambahan isipadu tanah ( 25%) = 1.33 2. Berapakan harga untuk menggali satu meter padu.33 Kos kerja penggalian untuk satu meter padu RM 13. mengangkut dan membuang jauhnya tidak melebihi 100 meter.26 jam Jumlah masa untuk kerja penggalian Jumlah kos buruh = 4. Keuntungan dan Pengurusan ( 10% ) RM 1.33 .

Kos Buruh Masa menggali tanah permukaan Membawa keluar tanah yang digali Pertambahan isipadu tanah ( 25% ) 1. Keuntuntungan dan pengurusan (10%) = 10 -----100 x 13.00 jam 2.ratakan dan tolak tanah yang digali pada jarak tidak lebih 100 meter dari tapak.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 17 Contoh 3 Menggali permukaan tanah subur purata kedalaman 250mm.65 jam ------------- Jumlah masa kerja penggalian 4. Bina kadar untuk kerja pengggalian bagi satu meter persegi.33 ------------RM 14.26 jam x RM 25.00 -----------8 jam RM 13.61 jam = 25 x 2.31 3.26 jam Kos buruh = 4.61 -----100 0.64 Kos kerja penggalian untuk satu meter padu .31 RM 1.

Untuk mendapatkan kadar harga per meter persegi mesti bahagikan kedalaman korekan ( dalam mm ) dengan 1000 mm. RM 3.64 1000 Ooo….66 .ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 18 Kos kerja penggalian untuk satu meter persegi = 250  14.

Jadual 4.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 19 3.40 Jadual 3.4.2 (a) : Jadual daya pengeluaran berbagai jentera .2 dibawah menunjukkan daya keluaran jentera bergantung kepada jenis dan keupayaan jentera. Setiap jentera pula mempunyai keupayaan masing – masing.3.50 Menggali peparit Backactor/ Backhoe 0.60 0.40 Menggali Lubang Backactor 0. Operasi Jenis jentera Keupayaan/saiz (m ) 3 Daya keluaran ( per jam ) 30 – 40 m3 40 – 50 m3 25 – 35 m3 20 – 30 m3 15 – 20 m3 10 –15 m3 Mendapatkan aras Tractor Crawler 1.2 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Jentera Terdapat banyak jentera untuk kerja – kerja penggalian bergantung kepada cara dan tujuan penggalian.50 0.00 Menggali bilik bawah tanah Face shovel/ Dragline/ Backactor 0.

00 RM 50.55 0.41 0.50 .82 0.2 8.55 0. bermula dari paras tanah lebih dari 1.24 0. Bina kadar kerja penggalian dengan jentera untuk satu meter padu.50 RM 4.20 0.2 (b) : Jadual Purata Pengeluaran dan Penggunaan Minyak.76 4.4 19. Contoh 1: Penggalian bilik bawah tanah.3 13.00 RM 2.50 m dan tidak lebih dari 3.00 = 1 orang x RM 2.41 3. Kos Jentera ( Backactor ) Kadar sewa sejam 2.11 4. 1. Kos Buruh Pemandu ( 1 orang ) Penjaga ( Banksmen ) = 1 orang x RM 4.33 Jadual 3.76 6.50 RM 6.11 0.6 32.00 m dalam.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 20 Purata Saiz Mangkuk ( m3) pengeluaran Sehari ( m3 ) Penggunaan Minyak (Liter/jam) Disel Pelincir 0.

50 + RM 4.32 Kadar Harga untuk satu meter padu RM 3. Keuntungan dan Pengurusan ( 10%) = 10 -----100 x 3.05 = RM 60.30m3 Dumper ) Kadar sewa sejam RM 20. Kos Minyak Minyak Disel Minyak Pelincir = 4.11m3 tanah = RM 60.55 liter x RM 0.70 = 0.00 + RM 6.x 1 19.17 RM 0.11 RM 3.11 m3 sejam ( Rujuk jadual yang dilampirkan ) Kos jentera untuk menggali 19.86 -----------RM 4.24 liter x RM 3. 1.49 Contoh 2 Bahan lebihan penggalian.55 4.55 ---------.17 5.00m dari tempat penggalian.05 ------------ Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak = RM 50.55 Kos menggali satu meter padu = RM 60.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 21 3.60 RM 3. Daya Pengeluaran Daya pengeluaran jentera adalah 19. Kos Jentera ( 2.00 . campak dari tapak purata jarak 50.19 RM 0.

00 -------------RM 4. Daya Pengeluaran Daya pengeluaran jentera adalah 12.79 ------------ Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak = RM 20.60 RM 2.30 RM 2.30m3 tanah = RM 26.79 4.40 ------------- .22 Kadar Harga untuk satu meter padu ------------RM 2.00 RM 4.39 RM 0.79 = RM 26. Kos Buruh Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM 4.x 1 12.40 -----------RM 2.41 liter x RM 0.00 + RM 4.70 = 0.00 3.11liter x RM 3.18 5. Keuntungan dan Pengurusan ( 10%) = 10 -----100 x 2.18 RM 0.79 ---------.79 Kos menggali satu meter padu = RM 26. Kos Minyak Minyak Disel Minyak Pelincir = 3.30 m3 sejam ( Rujuk jadual yang dilampirkan ) Kos jentera untuk menggali 12.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 22 2.00 + RM 2.

3–2 Dalam menentukan harga bahan – bahan binaan terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira. 3–1 Nyatakan faktor – faktor yang perlu diambil kira untuk membina kadar kerja – kerja binaan. Pengorekan dibuat dengan tangan dan dibuang sejauh 50 meter dari tempat pengorekan dengan menggunakan kereta sorong.5 m dalam.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 23 AKTIVITI 3 Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan – soalan berikut sebelum meneruskan unit yang selanjutnya. MAKLUMAT 1. Jenis tanah ialah tanah biasa. 1.4 Kirakan kos kerja pengorekan untuk satu meter padu bagi asas papak melebihi 1. Pengorekan dengan tangan tidak melebihi 1.10 jam/m3 3. c.40 jam/m3 2. 3.30 jam/m3 . Pertambahan isipadu tanah Upah Buruh Angkatap Buruh. 3–3 Huraikan perkara –perkara berikut : a.5 m dalam Pengorekan dengan tangan melebihi 1. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas dihalaman sebelah. Pengisian tanah yang telah dikorek kedalam kereta Sorong. b.5 m dalam tetapi Tidak melebihi 3. Nyatakan perkara – perkara tersebut.00m dalam 3. 2.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 24 4. Upah buruh sehari Keuntungan dan Pengurusan Peratus pengembangan tanah . 0. 6.00 10% 25% 5.43 jam/m3 RM 35. 7. Mengangkut keluar tanah yang telah dikorek menggunakan Kereta sorong.

jam/m3 atau jam/kg bergantung kepada jenis kerja. Upah Buruh Upah yang dibayar kepada buruh setelah menyempurnakan sesuatu kerja.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 25 MAKLUMBALAS 3 3–1 Faktor – faktor membina kadar adalah : a. b. Angkatap Buruh Angkatap buruh adalah masa yang diperlukan oleh seorang buruh melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga siap. . Upah buruh di bayar mengikut kadar harian iaitu selama lapan jam sehari. Masa ini dikira secara purata setelah dibuat beberapa kajian. d. Pertambahan isipadu tanah Pertambahan isipadu tanah bermaksud tanah yang telah digali telah bertambah isipadunya disebabkan berlakunya pergemburan tanah dimana ruang – ruang diantara tanah telah diisi oleh udara. b.Unit – unit untuk angkatap buruh sama ada jam/m. Kadar upah buruh berbeza – beza mengikut kemahiran dan jenis kerja. jam/m2. 3–2 Faktor – factor yang mempengaruhi harga bahan binaan : a. b. c. Kos bahan Kos Buruh Kos Loji Keuntungan Kos pengurusan syarikat. e. Harga asal bahan Kos pengangkutan Kos penyimpanan Pembaziran dan pengecutan 3–3 a. c. d. c.

43 100 0.48 Keuntungan dan pengurusan 10% Jumlah kos kerja korekan untuk 1m3 RM 1.00 8 = RM 4.33 .22 jam x RM 4.38 RM 18.5 m dalam Masa untuk mengisi dalam kereta sorong Pertambahan isipadu tanah = 2.11 jam Jumlah masa untuk 1m3 kerja korekan 4.30 jam 1.38 Jumlah upah buruh = 4.10 jam 100 Masa untuk mengangkut keluar tanah yang telah dikorek dengan kereta sorong Pertambahan isipadu tanah = 0.22 jam Upah buruh sejam = RM 35.85 RM 20.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 26 3–4 Kos Buruh Masa untuk mengorek tidak melebihi 1.10 jam 0.28 jam 25 x 1.43 jam 25 x 0.

50 jam/m3 1.00/jam 3.00m3/jam 1 orang 1 orang : : : : 1.45 jam/m3 1.24 liter/jam RM 0.50m x 1.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 27 PENILAIAN KENDIRI SOALAN 1 Berdasarkan maklumat yang diberi kirakan kos kerja pengorekan bagi asas papak yang menggunakan jentera pengorek.5m dalam Angkut keluar tanah Timbus kembali dan padat Lain – lain Upah Pemandu Upah pembantu Keuntungan Penggunaan diesel Minyak Pelincir Harga diesel Harga minyak pelincir RM 70.00/hari RM 30.60/liter 1.60 m 12 Tanah biasa .90/liter RM 5.10 jam/m3 RM 150.00/hari 10% 4.55 liter/jam 0.5m x 300 mm tebal 1. Saiz asas papak Dalam korekan Bilangan asas papak Jenis tanah DATA Jentera pengorek Sewa jentera Keupayaan mesin Pengendali Pembantu Angkatap Buruh Korekan lebih 1.

90 = 0.24 liter x RM 5.34 -----------RM 5.94 Kos menggali satu meter padu = RM 167.50 + RM 5.75 Penbantu ( Banksmen ) = 1 orang x RM 30 8 RM 3.94 .44 = RM 167.00 70 8 RM 8.60 RM 4.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 28 MAKLUMBALAS 3 SOALAN 1 Kos Jentera Kadar sewa sejam Kos Buruh Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM RM 150.44 Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak = RM 150.00 + RM 12.75 RM 12.55 liter x RM 0.50 Kos Minyak Minyak Disel Minyak Pelincir = 4.10 RM 1.94 Daya Pengeluaran Daya pengeluaran jentera adalah 3 m3 sejam Kos jentera untuk menggali 3m3 tanah = RM 167.

60 Kadar Harga untuk satu meter padu RM 61.58 x 43.20 m3 = RM 2660.ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN KAEDAH BINA KADAR C 2006 /UNIT 3 / 29 ---------3 RM 55.2 m3 = RM 61.6 m3 43.98 Keuntungan dan Pengurusan ( 10%) = 10 -----100 x 55.6) 12 x 3.58 Isipadu korekan asas = = = 12 (1.5 x 1.98 RM 5.00 Kos korekan asas papak .5 x 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful