KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA MELAYU YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG SPM 2011 KARANGAN PASANG SIAP

UNTUK KUMPULAN CEMERLANG AKTIVITI 1 : MENTAFSIR SOALAN
A. PANDUAN MEMAHAMI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA

 Baca arahan dengan teliti  Baca semua soalan  Pilih soalan berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan  Kenal pasti isu, penyataan soalan dan arah soalan
B. KONSEP MENTAFSIR SOALAN KARANGAN  Isu  Ayat penyataan  Ayat tugasan = Topik dalam soalan = Ayat isu = Ayat kehendak soalan

C. CONTOH MENTAFSIR SOALAN

Kenal pasti dan lengkapkan jadual jadual mentafsir soalan di bawah. Contoh soalan : ISU

PENYATAAN SOALAN

Sejak akhir-akhir ini [ masalah sosial dalam kalangan remaja ] semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak

Huraikan [ langkah – langkah untuk mengatasi masalah ini.]

AYAT TUGASAN

Isu

Masalah sosial dalam kalangan remaja

Penyataan soalan Sejak akhir – akhir ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak Ayat tugasan Langkah – langkah mengatasi.

A. Perenggan Pendahuluan 1. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu ……. ( isu karangan ). 2. Umum mengetahui bahawa ………( isu)……. semakin hari semakin serius/ kritikal/ berkurangan/ meningkat/ membimbangkan. 3. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini pasti … ( kesan)……… 4. Persoalannya mengapakah hal/masalah/fenomena sedemikian berlaku? 5. Siapakah yang harus dipersalahkan? ……………………….. ( masukkan peribahasa yang sesuai. Cth tepuk dada Tanya selera) 6. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. B.Perenggan Isi ISI PERTAMA 1. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa.. ( ayat tugasan)…. ialah….. ( isi 1 / apa) 2.Hal ini demikian kerana ……………. ( huraian / mengapa ) 3.Sekiranya dipraktikkan akan ……………………… ( bagaimana/kesan)……… 4. Sebagai analoginya ………….( masukkan contoh ) 5. Hal ini menyebabkan ………. ( huraian contoh ) 6. Persis kata peribahasa Melayu,…………………………… 7. Natijahnya,…….. ( kesimpulan kecil/ penutup isi)………… ISI KEDUA 1. Sesungguhnya …………. ( ayat tugasan )….. ialah ( isi 2 / apa) 2. Hal ini tercetus kerana ……….. ( huraian isi/ mengapa ) 3. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa … ( kesan jangka pendek )……. 4. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah……….(contoh)……….. 5. Justifikasinya…….( huraian contoh)…… 6. Bertepatanlah dengan kata peribahasa bahawa………( jika ada )…… 7. Dengan keadaan sedemikian ………….. ( kesan/kesimpulan kecil )……… ISI KETIGA 1. Umum mengetahui bahawa …………. ( ayat tugasan ) yang seterusnya ialah …….. ( isi 3/apa)…….. 2. Dalam konteks ini ………….. ( huraian isi/ mengapa)…………….. 3 ……..huraian (bagaimana)……….. 4.Misalnya……….( contoh )………………………..

5. Oleh hal yang demikian ……………………(huraian contoh )………………. 6 . Fenomena ini dikatakan …………..(masukkan peribahasa jika ada) 7. Yang pasti ………..(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil) ISI KEEMPAT 1. Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain……..( ayat tugasan )……ialah …( isi empat /apa)…… 2. Hal ini demikian kerana……… huraian isi/mengapa)…………………… 3 . …..huraian / bagaimana ………..……. 4. Sebagaimana yang kita sedia maklum,…….( masukkan contoh)…… 5. Oleh hal yang sedemikian………..(huraian contoh )……… 6. Bak kata peribahasa atau ungkapan menarik jika ada……………………………………… 7. Tentulah ……………………..( kesan jangka panjang/kesimpulan kecil ) ISI KELIMA 1. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …… ( ayat tugasan )…….. ialah ( isi 5/apa) 2. Buktinya ialah………( huraian isi /mengapa )………………………. 3. Hal ini dilakukan kerana …………… ( kesan jangka pendek )………………….. 4. Tamsilnya………………………………………………………………….. 5. Jelaslah bahawa………………………. huraian contoh )……………………………… 6. Persis kata mutiara…………………………….. 7. Nyatalah……………………….(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil) c.Kesimpulan 1. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni mengatasi / menyokong isu _________ini. 2. Jika tidak kita akan *dipandang rendah / dipandang tinggi oleh negara lain. 3. Semoga kita akan dapat melahirkan masyarakat / negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 4. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.

Contoh Karangan Menggunakan Teknik Pasang Siap Soalan: Terdapat sebilangan remaja yang menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak dan merempit. Sebahagian remja pula terjebak dalam gejala sosial seperti menagih dadah dan pergaulan bebas. Huraikan langkah – langkah untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Contoh karangan Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia tentang masalah sosial dalam kalangan remaja seperti merempit, melepak , penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini pasti usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 pasti akan menjadi omomg kosong sahaja. Persoalannya mengapakah masalah sedemikian berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada prnyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh diatasi hingga ke akar umbi. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, antara tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu bapa dan keluarga. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah terutamanya sewaktu cuti persekolahan. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak remaja. Sebagai analoginya ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan berusaha untuk membantu mereka menyelesaikannya atau dengan kata lain ibu bapa adalah pakar rujuk kepada anak – anak semasa di rumah. Hal ini menyebabkan anak – anak akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Bak kata mutiara anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Tegaslah,perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa amat penting dalam usaha menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Sesungguhnya, selain ibu bapa, pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga perlu memainkan peranan yang signifikan dalam menangani masalah ini. Hal ini tercetus kerana para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat yang perlu diberikan perhatian. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa jika masyarakat mendapati terdapat remaja yang melakukan perbuatan negatif, mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara berhemah. Dengan kata lain, pihak masyarakat setempat perlu menjadi mata dan telinga dalam membentuk tingkah laku remaja. Contoh yang ketara paling dekat dengan kita ialah masalah vandalisme. Justifikasinya, sekiranya masalah ini berlaku, masyarakat boleh menegur para remaja yang melakukan masalah tersebut dengan berhemah dengan harapan remaja akan lembut hati dan makan nasihat. Bertepatanlah dengan kata-kata mutiara iaitu tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Dengan keadaan sedemikian sekiranya masyarakat setempat sentiasa ambil cakna terhadap permasalahan remaja, masalah ini akan dapat diatasi.

Umum mengetahui bahawa antara langkah yang pragmatik untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan pihak media massa. Dalam konteks ini, media massa perlu memainkan peranan yang berkesan dalam mempengaruhi hati dan minda para remaja. Media massa seperti televisyen, radio,Internet ataupun media cetak yang merupakan perantara yang paling dekat dengan jiwa remaja perlu menyiarkan program – program yang boleh memberi kesedaran kepada remaja terutama dalam usaha remaja mencari jati diri mereka. Misalnya program seperti Rancangan realiti Imam Muda atau Ustazah Pilihan amat berguna kepada remaja kerana melalui program ini terdapat info yang amat berguna untuk remaja.Oleh hal yang demikian pemilihan progam yang berkualiti dapat memberi banyak faedah dan pihak media massa sewajarnya tidak menjadikan remaja sebagai alat untuk mengaut keuntungan semata – mata tetapi menjadi wadah penting untuk menjana remaja yang berwawasan.Yang pasti, masalah sosial dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi sekiranya pihak media massa sama- sama bahu - membahu memainkan peranan dan tidak hanya memikirkan keuntungan sahaja. Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal undang – undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar segala nilai – nilai murni yang cuba diterapkan melalui program ini akan diamalkan oleh para remaja. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN ) yang telah dianjurkan oleh kerajaan adalah satu program yang baik kepada remaja. Hal ini demikian kerana melalui program ini, remaja akan mempunyai jati diri, nilai moral yang tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara. Pujangga ada berkata, Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Oleh itu, remaja yang dilahirkan ialah remaja yang boleh menjadi modal insan yang berguna untuk membangunkan negara pada masa akan datang. Namun demikian, satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah, antara langkah menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan agensi kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan adalah antara agensi yang aktif menjalankan pelbagai program untuk menarik minat para remaja. Kementeria Belia dan Sukan bertanggungjawab menjadikan remaja dan belia di Malaysia berkualiti dan seterusnya berjaya menjana kemajuan negara.Tamsilnya, Program Rakan Muda merupakan antara program yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.Jelaslah bahawa melalui program ini remaja telah dibentuk agar mempunyai jati diri dan sahsiah yang terpuji sesuai dengan pembentukan modal insan kelas pertama kerana remajalah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara. Nyatalah sekiranya pihak Kementerian Belia dan Sukan aktif menjalankan pelbagai program yang berguna untuk remaja, nescaya remaja akan terhindar daripada anasir-anasir yang negatif. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama – sama ibarat kebukit sama didaki kelurah sama dituruni berusaha untuk mengatasi masalah yang beronal dalam kalangan remaja kita. Jika tidak kita akan dipandang rendah oleh negara lain. Semoga kita akan dapat melahirkan remaja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Negara amat mengharapkan remaja yang berkualiti dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Namun begitu bak kata peribahasa, tepuk dada tanya selera. (812 patah perkataan)

CONTOH 2 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200-250 patah perkataan.

Alam semula jadi

Kemudahan pengangkutan

Tempat-tempat menarik

Kebudayaan pelbagai kaum

MENGGUNAKAN KAEDAH SAYA PINTAR MENGARANG ( Sumbangan Puan Romzan Bt Abdullah ) Pendahuluan Malaysia ialah sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelacong dari serata dunia. Hal ini menyebabkan Malaysia mempunya potensi yang besar untuk membangunkan sektor pelancongan. Atas dasar inilah kerajaan telah berusaha untuk mempromosikan sektor pelancongan di Malaysia melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan memperkenalkan keistimewaan Malaysia kerana kata orang tak kenal maka tak cinta. Isi Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong ialah keindahan alam semulajadinya Huraian Keindahan gunung – ganang, bukitbukau dan pulau – pulau yang terdapat di Malaysia telah menarik jutaan pelancong datang ke Malaysia setiap tahun Contoh Kesimpulan Contohnya Selain itu Gunung terdapat juga Kinabalu, Tanah tarikan lain Tinggi Cameron iaitu Highlands, bangunan Pulau Langkawi, bersejarah dan Pantai dan bangunan Cherating berkembar memukau Petronas pelancong (KLCC). dengan panoramanya yang indah

Perenggan Isi 1

Isi 2

Tarikan lain pelancong ke Malaysia ialah kemudahan pengangkutan yang sistematik.

Keadaan ini akan memudahkan pelancong untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi

Isi 3

Malaysia juga terkenal dengan keunikan budayanya yang juga boleh menjadi tarikan kepada pelancong

Keunikan budaya ini adalah disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum

Contohnya, apabila pelancong sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) , pelancong akan mendapat kemudahan pengangkutan yang seterusnya untuk bergerak ke destinasi yang diingini seperti teksi, komuter, LRT dan sebagainya Pelancong dapat melihat kepelbagaian perayaan di Malaysia seperti Perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya

Dengan kemudahan pengangkutan yang disediakan ini akan memberikan daya tarikan kepada pengunjung untuk melancong ke Malaysia.

Tambahan lagi, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bukan sahaja menampilkan kebudayaan yang pelbagai, bahkan mewujudkan pelbagai jenis makanan tempatan.

Kesimpulan

Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah melakukan pelbagai usaha untuk memajukan sektor pelancongan. Selaku rakyat Malaysia, tugas kita adalah menjaga keindahan alam semulajadi yang terdapat di Malaysia. Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa kita akan dapat meningkatkan jumlah pelancong yang datang ke Malaysia pada masa yang akan datang.

Contoh Karangan Malaysia ialah sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelacong dari serata dunia. Hal ini menyebabkan Malaysia mempunya potensi yang besar untuk membangunkan sektor pelancongan. Atas dasar inilah kerajaan telah berusaha untuk mempromosikan sektor pelancongan di Malaysia melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan memperkenalkan keistimewaan Malaysia kerana kata orang tak kenal maka tak cinta. Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong ialah keindahan alam semulajadinya. Keindahan gunung – ganang, bukit- bukau dan pulau – pulau yang terdapat di Malaysia telah menarik jutaan pelancong datang ke Malaysia setiap tahun. Contohnya Gunung Kinabalu, Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pulau Langkawi, dan Pantai Cherating memukau pelancong dengan panoramanya yang indah. Selain itu terdapat juga tarikan lain iaitu bangunan bersejarah dan bangunan berkembar Petronas (KLCC). Tarikan lain pelancong ke Malaysia ialah kemudahan pengangkutan yang sistematik. Keadaan ini akan memudahkan pelancong untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Contohnya, apabila pelancong sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) , pelancong akan mendapat kemudahan pengangkutan yang seterusnya untuk bergerak ke destinasi yang diingini seperti teksi, komuter, LRT dan sebagainya. Dengan kemudahan pengangkutan yang disediakan ini akan memberikan daya tarikan kepada pengunjung untuk melancong ke Malaysia. Malaysia juga terkenal dengan keunikan budayanya yang juga boleh menjadi tarikan kepada pelancong. Keunikan budaya ini adalah disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pelancong dapat melihat kepelbagaian perayaan di Malaysia seperti Perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya. Tambahan lagi, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bukan sahaja menampilkan kebudayaan yang pelbagai, bahkan mewujudkan pelbagai jenis makanan tempatan. Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah melakukan pelbagai usaha untuk memajukan sektor pelancongan. Selaku rakyat Malaysia, tugas kita adalah menjaga keindahan alam semulajadi yang terdapat di Malaysia. Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa kita akan dapat meningkatkan jumlah pelancong yang datang ke Malaysia pada masa yang akan datang.

CONTOH KARANGAN A : JADUAL KERTAS 1 (1103/1) KARANGAN A : BAHAN RANGSANGAN CONTOH 2: Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Huraikan faktor-faktor penyebab kemalangan jalan raya dengan berdasarkan data yang terdapat dalam jadual tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Faktor-faktor Penyebab Kemalangan Jalan Raya di Malaysia dengan berdasarkan 533 Kajian Kes. Faktor Manusia Memandu laju Kecuaian Khayal Terbabas Dilanggar kereta lain Lumba haram Letih/mengantuk Brek secara mengejut Langgar lampu merah Guna telefon bimbit Jumlah Faktor Persekitaran Hujan Jalan licin Tiada lampu jalan Tiada had laju Jalan berlubang Jumlah Faktor Mekanikal Brek rosak Lampu isyarat rosak Tayar pancit Jumlah Jumlah Kemalangan 17 301 4 44 116 4 7 6 Peratus (%) 3.38 59.96 0.79 8.7 23.11 0.79 1.39 8.76

2 0.39 1 0.19 502 94.18 Jumlah Kemalangan Peratus (%) 11 2 9 1.6 2 0.3 1 0.1 1 0.1 24 4.5 Jumlah Kemalangan Peratus (%) 1 0.1 2 0.39 4 0.8 7 1.31 (Sumber Kajian Kumpulan Penyelidik Kemalangan Dan Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia)

Dalam menelusuri era globalisasi, kemalangan jalan raya masih menjadi isu polemik bukan sahaja warung-warung kopi bahkan turut diperdebatkan di Dewan Parlimen. Hal ini demikian kerana, kes-kes kemalangan jalan raya bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda tetapi turut meragut nyawa. Kes-kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap kali musim perayaan atau cuti persekolahan kerana pada ini jumlah kenderaan di jalan raya meningkat beberapa kali ganda berbanding hari biasa. Peningkatan kes-kes kemalangan jalan raya telah menimbulkan kegusaran bukan sahaja dalam kalangan pengguna jalan raya tetapi juga pihak penguat kuasa. Sehubungan dengan itu, para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan kajian tentang isu nasional ini. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan kemalangan berlaku di Malaysia.

Faktor paling dominan ialah ialah faktor manusia. Sejumlah 94.18% atau 502 kes kemalangan disebabkan kecuaian, terbabas, dilanggar kenderaan lain dan memandu terlalu laju. Terdapat pengguna jalan raya yang tidak mahu mengubah sifat negatif semasa berada di jalan raya. Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat semakin tidak dipraktikkan. Pengguna-pengguna jalan raya tidak menghiraukan kesihatan fizikal mereka, keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan, tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan serta memandu secara tidak berhemah. Mereka memandu laju, sering berkhayal, membrek secara mengejut, melanggar lampu merah dan menggunakan telefon bimbit. Mereka bukan sahaja seolah-olah tidak sayang nyawa melayang tetapi tidak peduli penderitaan yang terpaksa ditanggung ahli keluarga. Lebih malang lagi jika kecuaian menyebabkan perlindungan insurans tidak diberikan. Bukan sahaja tiada pampasan kepada keluarga yang tinggal malah kematian mereka ibarat mati katak sahaja. Semua pengguna jalan raya menyedari bahawa malang tidak berbau. Ironinya, mereka tidak pula tidak mengamalkan slogan Berhati-hati di Jalan Raya, Ingatlah Orang Yang Tersayang. Jelaslah, kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang tidak mahu mengubah sifat negatif dalam diri mereka.

Faktor mekanikal turut menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Walaupun hanya menyebabkan 1.3% kes kemalangan namun faktor ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Hal ini demikian kerana, kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan brek, tayar pancit atau lampu isyarat tidak berfungsi sebenarnya boleh dielakkan. Pemilik kenderaan tidak mempunyai rasa tanggungjawap untuk memastikan bahawa kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan, khususnya ke destinasi yang jauh. Tidak dinafikan ada yang mengambil mudah hal-hal sebegini tetapi ada juga alpa kerana kempen-kempen kesedaran yang disiarkan di corong-corong radio dan di dada-dada akhbar tidak berkesan. Kempenkempen kesedaran oleh pihak media massa yang tidak disiarkan pada waktu perdana sehingga menyebabkan ramai yang tidak menyedarinya. Selain itu, kempen-kempen kesedaran tentang hal ini juga tidak melibatkan ikon terkemuka seperti tokoh motivasi tersohor tanah air seperti datuk Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan penceramah bebas Uztar Azahar Idrus. Ketiadaan tokohtokoh yang berwibawa seperti menjadi kempen-kempen kesedaran kurang menarik kerana ikon seperti mereka mempunyai pengaruh yang besar dan kata-kata mereka akan didengar oleh ribuan peminat. Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan memastikan kenderaan sentiasa dalam keaadaan selamat juga disiarkan secara bermusim dan tidak berterusan. Pihak PUSPAKOM pula

tidak menjalankan program atau kempen kesedaran yang benar-benar menarik untuk menggalakkan pemilik kenderaan melakukan pemeriksaan berkala. Di samping itu, mungkin juga usaha-usaha yang dijalankan untuk memberikan kesedaran ini bersifat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini menyebabkan pemilik-pemilik kenderaaan memandang enteng hal ini sedangkan kita tidak mahu sudah terantuk baru terngadah. Apabila nasi sudah menjadi bubur, penyesalan tidak berguna lagi. Jelaslah, faktor kenderaan juga merupakan penyebab kemalangan jalan raya.

Faktor persekitaran pula ialah jalan licin, jalan berlubang dan tiada lampu jalan. Faktor ini akan menyebabkan kemalangan biarpun pemandu berhati-hati dan kenderaan dalam keadaan baik kerana pesan orang tua-tua malang tidak berbau.Walaupun daripada 533 kes yang dikaji, hanya 24 kes kemalangan disebabkan faktor ini namun pemandu mesti berhati-hati kerana peribahasa ada menasihati kita agar sediakan payung sebelum hujan. Faktor persekitaran ini sangat berkait rapat dengan faktor alam. Apabila hujan lebat, kemalangan lebih mudah berlaku kerana jalan raya menjadi licin. Keaadaan menjadi semakin serius sekiranya pemandu tidak memandu secara berhemah dan jalan berliku-liku atau bercerun curam. Suasana berkabus dan ketiadaan lampu jalan akan menyebabkan pengguna jalan raya melanggar lubang di atas jalan kerana jarak penglihatan terhad. Selain itu, kedudukan jalan raya yang berhampiran dengan hutan juga boleh menyebabkan kemalangan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes kemalangan yang berpunca daripada kegagalan pengguna jalan raya mengelak binatang liar seperti musang, monyet dan ular yang melintas jala secara tiba-tiba. Terdapat juga kemalangan yang disebabkan kegagalan pemandu menyedari kehadiran haiwan ternakan penduduk di kawasan berhampiran seperti lembu dan kambing. Di samping itu, kemalangan juga berpunca daripada sikap tidak bekerjasama pihak swasta untuk membantu kerajaan mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya. Pihak swasta seperti pengendali lebuh raya dan pihak pengiklanan tidak menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyediakan papan tanda tentang keadaan persekitaran di kawasan yang sering berlaku kemalangan untuk memberi amaran atau peringatan pengguna yang menggunakan laluan tersebut. Jelaslah, factor persekitan turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Konklusinya, semua pihak mesti berganding bahu seperti aur dengan tebing dalam usaha mengelakkan kemalangan dan menjadikan jalan raya tempat yang selamat kerana jalan raya di Malaysia terkenal sebagai Pembunuh Nombor 1 Negara. Semua pihak janganlah hanya pandai menuding jari kea rah orang lain seperti yang terdapat dalam lagu rakyat Bangau Oh Bangau kerana sikap ini tidak menguntungkan sesiapa malah hanya membuang masa. Selain itu, kita juga mestilah melakukan anjakan paradigma dengan mengubah persepsi yang salah bahawa tanggungjawab menangani kemalangan jalan raya tergalas di bahu pihak kerajaan semata-mata. Sebaliknya, semua pihak mestilah saling membantu untuk menjayakan pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti kempen Sifar Kemalangan Jalan Raya. Hal ini demikian kerana, sebanyak manapun usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan tetapi jika anggota masyarakat tidak mahu bekerjasama menjayakannya sudah pasti semua usaha itu menjadi sia-sia. Hal ini bertepatan dengan analogi yang mengatakan bahawa, kita boleh memaksa lembu turun ke sungai tetapi kita tidak dapat memaksanya untuk minum air.Setiap pengguna jalan raya mestilah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk

mengubah sikap-sikap negatif yang ada di dalam diri mereka dan bekerjasama menjayakan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana, firman Allah dalam Surah Ar Rad‟, Ayat: 11 ada menyebut “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat perlulah menjadi panduan dan amalan semua rakyat Malaysia semasa berada di jalan raya.

TEKNIK MENGHURAIKAN IDEA DALAM PENULISAN KARANGAN Soalan 2 ISU SOALAN KATA KUNCI 1 Kata Kunci Ayat Judul : DIMENSI IBU BAPA : AMALAN BERBUDI BAHASA : Langkah-langkah menjayakan amalan berbudi bahasa. : QUDWAH HASANAH. Ayat Huraian 1 Langkah paling dominan ialah ibu bapa mestilah menjadi qudwah hasanah terbaik kepada anak-anak. 2 Ibu bapa mestilah bertutur dengan sopan dan menghormati orang lain, khususnya golongan warga emas. Ibu bapa mestilah sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama insan seperti menziarahi jiran tetangga yg sakit, membantu orang yang memerlukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ibu bapa yang bertutur secara sopan dan menghormati orang lain akan memberi gambaran yang baik kepada anak-anak tentang cara berkomunikasi yang berhemah dalam kehidupan seharian. Sekiranyanya ibu bapa sering menziarahi jiran tetangga / sanak saudara dan membawa anak-anak bersama-sama dengan mereka, sudah pasti amalan mulia ini dapat dipupuk dalam diri anakanak kerana kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Selain itu, sikap mulia ibu bapa seperti sering bersedekah dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong akan mendorong anak-anak agar melakukan amalan yang sama. Hal ini demikian kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Selain itu. hal ini juga bertepatan dengan ajaran Confucius iaitu Kepimpinan Melalui Teladan. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa dalam kehidupan seharian seperti bertutur secara kasar, tidak menghormati orang lain dan bersikap seperti enau, melepaskan pucuk masing-masing sudah pasti sukar bagi mereka menasihati anak-anak agar berbudi bahasa

What? Apakah contoh teladan yang mesti ditunjukkan?

Why/How? (Mengapa / Bagaimana contoh teladan dapat menjayakan amalan ini) Kata-kata menarik/Peribahasa

3-7

kerana mereka kelihatan tidak ubah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. ISU When? Bila/ tempoh pelaksanaan Ayat Penegasan 8-11 +CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER Ibu bapa mesti menunujukkan contoh teladan yang terbaik kepada anak-anak secara berkesan dan tidak besifat hangathangat tahi ayam. Jelaslah, ibu bapa mestilah menjadi qudwah hasanah terbaik untuk memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja. : PERATURAN DAN HUKUMAN. Ayat Huraian 1 Langkah yang pragmatik ialah ibu bapa mestilah menetapkan peraturan dan melaksanakan hukuman. 2 Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di ruah seperti mesti bertutur secara sopan, mesti menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lebih berusia serta berbuat baik sepanjang masa. [Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di ruah seperti tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat, dilarang menganiayai anggota keluarga, dan sebagainya] Ibu bapa mestilah memberikan amaran keras kepada anak-anak yang melanggar peraturan. Sekiranya mereka melakukannya berulang kali hukuman seperti merotan, memastikan anak-anak melakukan kerja-kerja amal dalam kawasan kejiranan mestilah dilaksanakan. Sekiranya anak-anak mematuhi peraturan-peraturan di rumah seperti sentiasa bertutur secara sopan, sentiasa menghormati ibu bapa dan anggota keluarga serta bekerjasama dalam kehidupan seharian sejak kecil sudah pasti amalan berbudi bahasa akan menjadi budaya hidup mereka. Anak-anak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti jiran tetangga dan enggan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan mestilah diberikan amaran yang keras dan dikenakan hukuman yang setimpal seperti hukuman rotan, tidak dibenarkan keluar bersama-sama dengan kawan untuk satu tempoh tertentu atau mesti melibatkan diri dalam kerja-kerja amal. Hukuman yang tegas dan tanpa kompromi penting agar anak-anak menyedari bahawa ibu-bapa benar-benar serius dalam hal ini. Hukuman yang dikenakan juga akan menjadikan anak-anak serik untuk mengulangi kesilapan yang sama. Sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadikan

KATA KUNCI 2 Kata Kunci Ayat Judul

What? Apakah contoh peraturan / hukuman yang mesti dilaksanakan

Why/How? (Mengapa / Bagaimanakah peraturan dan hukuman dapat menjayakan amalan ini) Kata-kata menarik/Peribahasa

3-7

ISU When? Bila/ tempoh pelaksanaan 8-11

amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka. Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh legalisme China, Han Fei Tzu iaitu hanya undang-undang yang ketat yang mampu mengawal tingkah laku manusia. +CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER Peraturan-peraturan yang ditetapkan mestilah dipamerkan di rumah dan hendaklah dipatuhi sepanjang masa. Hal ini penting agar anak-anak terbiasa dengan amalan mulia ini kerana kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa. Hukuman mestilah dilaksanakan sejak anak-anak kecil kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Jelaslah, peraturan dan hukuman dapat memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.

Ayat Penegasan

KATA KUNCI 3 Kata Kunci Ayat Judul

: PROGRAM. Ayat Huraian 1 Langkah yang tidak kurang efisiennya ialah ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memotivasi anak-anak menyertai program-programm yang dianjurkan oleh pihak lain. 2 Ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat mendorong anak-anak agar menjadikan amalan budi bahasa sebagai budaya hidup mereka seperti aktiviti yang dapat dijalankan ibu bapa ialah usrah/tazkirah, lawatan ke rumah kebajikan dan sambutan Hari Keluarga. Program-program yang dianjurkan oleh pihak lain yang dianjurkan oleh JKK kawasan perumahan, pihak sekolah, NGO dan pihak kerajaan ialah Kem Bina Insan, Kuliah Perdana, Kempen Budi Bahasa budaya Kita dan Program Masyarakat Penyayang. Usrah/tazkirah selepas solat Maghrib atau Subuh dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada anak-anak tentang kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan mereka. Lawatan ke rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, rumah golongan istimewa dan rumah warga emas dapat memupuk rasa empati, nilai tanggungjawap dan keprihatinan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik .Ibu bapa yang kesuntukan masa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti mestilah mempunyai inisiatif untuk memotivasikan anak-anak agar menyertai program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak lain. Namun begitu, aktiviti atau program yang dijalankan

What? Apakah contoh aktiviti / program yang mesti dilaksanakan

Why/How? (Mengapa / Bagaimanakah aktiviti dan program dapat menjayakan amalan ini) Kata-kata menarik/Peribahasa

3-7

ISU

mestilah benar-benar menarik dan dilaksanakan scara sistematik. Program-program yang dianjurkan mestilah dapat menarik minat anak-anak seperti melibatkan ikon tersohor seperti Datuk Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus kerana katakata mereka dapat mempengaruhi ribuan peminat yang mendengarnya. Ibu bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak bahawa semua program yang dilaksanakan tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama menjayakannya. Ibu bapa mesti memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa kita boleh menarik lembu ke sungai tetapi tidak boleh memaksa lembu itu minum air. Selain itu, dalam Surah Ar Rad‟ Ayat:11 Allah berfirman “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”. +CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER 8-11 Program-program ini mestilah dijalankan sekerap mungkin dan tidak bersifat bermusim. hujung minggu dan pada musim cuti persekolahan. Jelaslah, program-program yang menarik dapat memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.

When? Bila/ tempoh Ayat Penegasan

KATA KUNCI 4 Kata Kunci Ayat Judul

: PERHATIAN DAN KASIH-SAYANG. Ayat Huraian 1 Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih-sayang kepada anak-anak. 2 Ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak seperti memantau tingkah laku, pergaulan dan aktiviti-aktiviti yang disertai mereka. Kasih-sayang yang mencukupi seperti sentiasa meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak dan tidak brrsikap pilih kasih juga perlu diamalkan. Ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka berasa disayangi. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang berasa disayangi lebih mudah mendengar kata, contohnya agar sentiasa berbudi bahasa. Ibu bapa mestilah memantau tingkah laku anak-anak, di luar rumah khususnya kerana tutur kata dan tingkah laku mereka seringkali dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Sekiranya, rakan-rakan mereka sentiasa bertutur dan berkelakuan secara sopan sudah pasti anak-anak juga akan bersopan dalam pergaulan. Sebaliknya, jika kawan-kawan mereka bersikap

What? Apakah bentuk Perhatian dan kasih sayang yang mesti diterapkan?

Why/How? (Mengapa / Bagaimana perhatian dan kasih-sayang dapat menjayakan amalan ini) Kata-kata menarik/Peribahasa

3-7

biadap dan sering mengeluarkan kata-kata kesat sudah pasti anak-anak juga bersikap sedemikian. Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh motivasi terkenal tanah air, Dr Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah iaitu anak-anak kita ialah siapa kawankawan mereka. Selain itu, Ibu bapa juga mestilah menasihati anak-anak agar bijak memilih rakan sebaya kerana pepatah Arab ada menyebut bahawa berkawanlah dengan pembuat minyak wangi agar kamu terpalit bau wanginya itu dan janganlah berkawan dengan tukang besi agar bau busuk besi terbakar tidak melekat padamu. Di samping itu, ibu bapa mestilah menasihati anak-anak tentang kepentingan menjadikan amalan berbudi bahasa ini sebagai budaya hidup dengan penuh rasa kasih sayang tanpa sedikit pun rasa jemu kerana lazimnya anak-anak mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu. Datuk Dr Hi Mohd Fadzilah Kamsah juga ada mengingatkan bahawa untuk menasihati seseorang, kita mestilah mengulanulang nasihat yang sama sebanyak 200 kali. ISU When? Bila/ tempoh pelaksanaan Ayat Penegasan +CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER Ibu bapa mesti sentiasa berusaha memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak, walaupun sibuk dengan kerjaya atau urusan rumah tangga. Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.

8-11

KATA KUNCI 5 Kata Kunci Ayat Judul

: AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI. Ayat Huraian 1 Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.

What? Apakah Didikan gama dan Nilai-nilai Murni yang mesti diterapkan?

2

Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Konsep Dosa Pahala mestilah dijelaskan dan ajaran Amal Makruf Nahi Mungkar mestilah menjadi pegangan hidup anak-anak. Nilai-nilai muni seperti bertutur dengan sopan dan sentiasa berbuat baik sesama insan mestilah diterapkan sejak anak-anak masih kecil supaya amalan berbudi bahasa menjadi budaya hidup mereka.

Why/How? (Mengapa / Bagaimana contoh didikan agama dan NNM dapat menjayakan amalan ini) Kata-kata menarik/Peribahasa

3-7

Ibu bapa yang sentiasa mendidik anak-anak agar menjadikan ajaran agama sebagai panduan hidup mereka pasti mudah menasihati anak-anak agar menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka. hal ini demikian kerana semua agama menganjurkan penganut-penganutnya agar melakukan kebaikan dan meninggalkan amalan-amalan buruk seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti orang lain, sombong dan bersikap seperti enau melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak sentiasa akan mengawal pertuturan dan tingkahlaku mereka kerana percaya kepada pembalasan di akhirat kelak. Ajaran agama Hindu dan Buddha juga ada menjelaskan Hukum Karma dan Kelahiran Semula. Oleh itu, anak-anak tidak mengira agama lebih mudah dinasihati agar berbudi bahasa kerana mereka yakin dan percaya akan ganjaran dosa dan pahala. Kejayaan ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak-anak juga akan membantu kerajaan menjayakan amalan mulia ini kerana para remaja telah terbiasa dengan kehidupan yang mengutamakan amalan berbudi bahasa. Ibu bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak bahawa ajaran agama dan nilai-nilai murni yang telah dipelajari tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu mengamalkankan dalam kehidupan seharian. Hal ini bertepatan dengan pepatah Arab yang menyebut bahawa ilmu tanpa amal ibarat pohon rending tanpa buah. +CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

ISU When? Bila/ tempoh pelaksanaan Ayat Penegasan 8-11

Ibu bapa mesti memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil lagi melalui sesi usrah/tazkirah atau secara tidak langsung. Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.

KARANGAN BAHAGIAN A (KARANGAN CONTOH –CEMERLANG) TAJUK : PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim, zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidupan lain serta merosakkan alam sekitar ke dalam atmosfera. Contoh pencemaran udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflourokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan bahan radioaktif. Walau bagaimanapun, bumi masih mempunyai ’kaedah semulajadi’ bagi menangani pencemaran semula jadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan bumi tidak mampu lagi ”memikul” beban pencemaran tersebut. Kini, semua orang harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar besar sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Di Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya dikatakan terdapat lebih kurang sejuta buah kenderaan memasukinya setiap hari. Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini. Salah satu puncanya ialah tidak keseimbangan pada kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Kesesakan juga menyebabkan pengeluaran asap kenderaan yang terkumpul dari kenderaan telah mengumpulkan gas karbon monoksida dan gas dari penyaman udara mencemar udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan kloroflourokarbon (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Selain itu, aktiviti perkilangan juga penyumbang kepada pencemaran udara. Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun, kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Sebagai contoh, industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar terutama karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seantero dunia. Selain

pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis-premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Seterusnya pembakaran terbuka turut memainkan peranan penting. Sebagai contoh, pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula mengandungi banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. Dalam pada itu, fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan tanah pertanian di sekitar Riau, Sumatera, Kalimantan dan Indonesia. Disebabkan perkara ini, kerajaan mengisytiharkan darurat jerebu bermula 11 0gos 2005. Natijahnya, jarak penglihatan semakin terjejas dan mengakibatkan penyakit Bronkitis, asma dan katarak mata. Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya disebabkan oleh kealpaan masyarakat di negara ini dalam mengejar arus pemodenan. Semua pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan permasalahan ini agar kesan buruk tidak berlaku. Sebelum nasi menjadi bubur langkah-langkah pencegahan perlulah diambil dengan segera kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Hal ini juga untuk kebaikan semua pihak dan untuk generasi yang akan datang tidak perlu hidup di dalam dunia yang bagaikan neraka yang panas dengan peningkatan suhu Bumi.

Bahagian A ( 30 markah ) ( Masa dicadangkan : 45 minit )
Lihat rajah di bawah dengan teliti . Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PERANAN IBU BAPA

Menjadi suri teladan Ilmu keibubapaan

Mengunjungi perpustakaan dan pameran buku

Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Alang-alang menyeluk pekasam , biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang menjadi ibu bapa, mainkanlah peranan dengan sebaik mungkin. Dalam meniti arus pemodenan negara, negara Malaysia semakin hari semakin berkembang pesat. Bangunan-bangunan pencakar langit banyak dibina bak cendawan tumbuh selepas hujan lantaran menawarkan peluangpeluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak hairanlah pada abad ke21 ini hampir kesemua ibu bapa bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta untuk mencari nafkah bagi keluarga masing-masing. Hal ini kerana Malaysia telah menunjukkan peningkatan dalam bidang pendidikan setaraf dengan negara maju yang lain dan menawarkan banyak peluang pekerjaan. Namun begitu, budaya membaca dalam kalangan masyarakat jauh ketinggalan oleh pemodenan negara bagai langit dengan bumi. Ibu bapa yang bekerja ini kebanyakannya alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dek kerana mengejar kemewahan duniawi.Saya berpendapat ibu bapa mestilah proaktif dalam memupuk minat minat membaca. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Mereka haruslah menunjukkan sikap positif terhadap budaya membaca. Sikap bagai ketam mengajar anaknya berjalan, seharusnya tidak wujud dalam diri ibu bapa.Tamsilannya, ibu bapa menyuruh anaknya membaca serta melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah daripada menonton televisyen 24 jam. Pada hakikatnya, ibu bapa ini hanya menyuruh dan mereka hanya omong-omong kosong terhadap anak-anak mereka tanpa mengajak membaca bersama-sama. Tidak dapat disangkal jua , ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memupuk budaya membca dalam diri anak-anak dengan mengukuhkan ilmu „parenting skill‟ dalam diri ibu bapa. Ibu bapa seharusnya memantau pembacaan anak-anak. Negara maju seperti negara China, ibu bapa adalah nadi kepada budaya membaca dalam diri anak-anak. Rakyat negara China akan sentiasa memantau dan memastikan anak-anak mereka membaca walaupun sebuah buku dalam sehari. Usaha ini membuahkan hasil dan melahirkan anak-anak yang suka membaca dan sentiasa berfikir di luar kotak. Sikap ini seharusnya menjadi ikutan ibu bapa di Malaysia bak aforisme Melayu ,yang baik menjadi ikutan, yang buruk menjadi teladan.

Sementelahan itu, dengan berkunjung ke pusat-pusat yang terdapat bahan bacaan boleh memupuk budaya membaca. Tidak kenal maka tidak cinta. Sebagai contoh, apabila kerajaan mengadakan pesta buku antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menawan hati rakyat untuk berkunjung dan mencintai amalan membaca. Akhbar Utusan Malaysia, 16 April 2009 menyatakan bahawa seramai 2,000 orang pengunjung telah menjayakan program yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia selama empat hari iaitu dari 14 April hingga 17 April 2009. Justeru, ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka ke tempat yang sedemikian bagi menanamkan rasa cinta terhadap membaca dan menjadikan budaya membaca sebagai amalan kita seharian. Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam memupuk budaya membaca anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah orang yang paling hampir dan memahami anak-anak. Selain itu, ajaran agama juga amat menitikberatkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Malah ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan budaya hidup anak-anak. Seandainya corak yang dilakarkan itu cantik maka cantiklah cara kehidupan anakanak.

Bahagian B ( 100 markah ) ( Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ) Soalan: Anda merupakan Pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda. Sempena Kempen Bulan Kebangsaan di peringkat sekolah, anda telah diminta menyampaikan syarahan bertajuk, “Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah.” Sediakan teks syarahan anda itu. Analisis soalan: Kata kunci : Mata pelajaran Sejarah Kehendak soalan : Kepentingan mata pelajaran Sejarah Jenis karangan : Syarahan

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN SEJARAH Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis . Yang Berusaha,Tuan Haji Azmi bin Zulkefli, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 24, Yang Dikasihi Puan Noor Hamiza bin Hang Tuah,Pengerusi Panita Sejarah, guru-guru, dan rakan pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa penghargaan saya di atas kesudian pihak sekolah member peluang kepada saya menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah”. Bagi saya, undangan ini merupakan penghargaan pihak sekolah terhadap penglibatan saya di dalam Persatuan Sejarah Sekolah. Hadirin Yang dimuliakan, Menurut Kamus Dewan, sejarah bermaksud peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau. Apabila menyebut peristiwa, kebiasaannya yang dirakamkan ialah tentang peristiwa yang melibatkan jatuh bangun sesebuah negara atau bangsa. Sejak KBSM diperkenalkan pada akhir tahun 1980-an, mata pelajaran Sejarah diwajibkan dalam peperiksaan PMR dan SPM. Belajar apa-apa juga aliran, tidak mempunyai pilihan, minat atau tidak mesti mempelajari sejarah untuk berdepan dengan peperiksaan. Pada peringkat awal, memang ramai yang menentang kerana pelajaran sejarah tidak mempunyai nilai ekonomi. Anda sendiri pun berasa tidak selesa kerana berdepan dengan tarikh dan peristiwa

,namun alah bisa tegal biasa. Justeru, yakinlah tujuan mewajibkan mata pelajaran ini demi kepentingan kita semua . Negara kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang berbeza dan corak budaya seharian yang berlainan tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi , saling mengerti, bertolak ansur, dan berdaya saing untuk memaknakan kemerdekaan tanah air. Kecuali peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, sepanjang waktu melalui kehidupan dengan aman dan damai. Hal ini berpunca mereka mengerti asal usul mereka, hak masing-masing, dan peranan perlu dimainkan di dalam Negara ini. Semuanya dirakamkan dalam mata pelajaran Sejarah. Orang Melayu sedar, sebahagian daripada mereka dari Kepulauan Indonesia, orang Cina mengerti mereka dari Tanah Besar China, dan orang India juga faham mereka dari negara India. Pengertian yang diperoleh menerusi mata pelajaran Sejarah menjadikan mereka dapat mengelakkan rasa ini bagi menghadapi cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hadirin yang dikasihi, Mata pelajaran Sejarah juga menyebabkan kita mengenali tokoh tertentu yang berhasil melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman.Rata-rata mereka terlibat dalam memperjuangkan tanah air daripada dibelenggu penjajah Inggeris.Kecuali Tunku Abdul Rahman yang berpeluang menjadi Ketua Menteri, kemudian Perdana Menteri , pemimpin yang lain hanya mampu mengalirkan keringat demi keselesaan anak watan. Jika sesetengah negara para pejuangnya bermandikan darah sebelum negara memperoleh kemerdekaan,tetapi perjuangan kita dengan cara permuafakatan. Pengetahuan ini menyedarkan kita akan kesenangan yang dinikmati ini dengan keringat para pejuang silam.

Semasa hayatnya Tunku Abdul Rahman pernah berkata, memperoleh kemerdekaan lebih mudah berbanding untuk mempertahankannya. Sebenarnya, kita janganlah berasa terlalu selesa, sehinggakan tidak sesekali berwaspada akan kemungkinan negara ini dijajah. Penjajahan alaf baru ini bukan semestinya dengan senjata tetapi dengan ekonomi. Peristiwa tahun 1997 apabila negara kita diserang penyangak mata wang , George Soros menyebabkan nilai ringgit menjunam wajar dijadikan iktibar. Sejarah akan berulang dan sebab itu kemungkinan buruk senantiasa ada. Bagaimana kita boleh mengingati akan hal ini jika kita tidak mempelajari sejarah? Pengetahuan akan pengalaman pahit sesebuah negara begitu sukar jika hanya menatap akhbar atau majalah, kecuali mata pelajaran Sejarah. Para pelajar yang budiman, Sebenarnya mempelajari Sejarah juga menambahkan pengetahuan kita. Sebagaimana mata pelajaran Geografi,Fizik, atau Kimia, berfungsi menggerak minda menjadikan seseorang pelajar itu berwawasan. Dalam konteks mata pelajaran sejarah, segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari, sekali gus mengelakkan kita seperti menjadi katak di bawah tempurung. Pengetahuan ini mampu mewujudkan rasa kecintaan di dalam diri kita. Sebagai contoh jika mengetahui sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stadium Merdeka, sudah tentu kita akan menentang jika tempat tersebut dirobohkan kerana hal ini berkait rapat dengan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, lalu kita mencadangkan agar tempat tersebut dipulihara sebagai satu bahan bersejarah yang tidak ternilai harganya. Kini, anak-anak muda bersikap negatiif terhadap kepimpinan negara dengan melontarkan pelbagai tohmahan terhadap apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Apa-apa juga usaha dilakukan untuk pembangunan negara ,tetapi tanggapan buruk telah dihamburkan. Pada saat inilah mata pelajaran Sejarah berperanan menyedarkan mereka terhadap sikap keterlaluan mereka dengan melihat akan peranan pemimpin tidak sekadar memikirkan perut rakyat sematamata, tetapi menyediakan pelbagai perkara bukan untuk saat ini sahaja tetapi generasi mendatang. Sebab itulah sepanjang bulan Ogos hingga 16 September , pelbagai aktiviti dijalankan seperti kempen mengibar Bendera Jalur Gemilang dan media massa pula memaparkan sejarah perjuangan silam kerana mereka sedar hanya sejarah dapat menyedarkan orang ramai.Sehubungan itu, YAB Dato’ Sri

Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Gagasan 1Malaysia ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasa antara rakyat pelbagai kaum di Negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi ancaman dan cabaran yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Rasanya sudah panjang saya menyampaikan syarahan pada pagi yang mulia ini. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi, Dari runtuhnya Kota Melaka, Kehebatan Putrajaya kita dirikan; Sejarah melakar detik merdeka, Keharmonian hidup mampu dikekalkan. Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya menyeru rakan pelajar semua meminati mata pelajaran Sejarah yang kelihatan tiada nilai ekonomi tetapi besar peranannya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan mewujudkan jati diri dalam kalangan kita semua .Justeru, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Saya akhiri syarahan dengan lafaz terima kasih. Romzan binti Abdullah SMK Jengka 24

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful