Page |1

5 KESILAPAN PELABUR EMAS

Oleh: Mohd Suhaimy a.k.a shuth www.WangEmas.com
Join us @ www.facebook.com/wangemas

dilaporkan. pelaburan emas telah menjadi satu topik perbualan hangat di kalangan orang ramai. hutang negara US semakin meningkat. telah memutuskan untuk tidak lagi menyandarkan nilai wang kertas dollar kepada nilai emas. hutang mereka telah meningkat kepada $14 trillion dollar. kini. peningkatan kadar faedah dan sekaligus menurunkan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Richard M. Nixon. keadaannya semakin meruncing. Ianya bermula pada tahun 1971 dimana Presiden US pada waktu itu. telah menyebabkan negara tersebut kini menangung bebanan hutang yang semakin tingi dari sehari ke sehari.wikipedia.Page |2 Pendahuluan Sejak beberapa tahun kebelakangan ini.com/wangemas . Ianya adalah satu permulaan musibah yang besar.facebook. Saban tahun. Sumber : http://en.org/wiki/United_States_public_debt#Risks_to_the_U. Pelaburan emas dikatakan sebagai satu pelaburan alternatif yang terbaik untuk melindungi kekayaan individu berikutan munculnya isu berkaitan wang kertas yang mungkin akan kehilangan nilainya. Semua itu adalah berita buruk berkaitan ekonomi bagi Join us @ www. akan menyebabkan beberapa masalah di dalam ekonomi negara seperti peningkatan kadar inflasi._dollar_and_economy Hutang yang semakin meningkat.S. pada tahun 2010. Tindakan “sesukahati” negara US mencetak wang kertas.

00 pada tahun hadapan.00 hari ini. jika US mengalami sebarang masalah ekonomi. Tetapi disebabkan ianya adalah negara “Zimbabwe”. seluruh dunia juga akan turut merasai kesannya. Ianya juga akan turut memberikan kesan serba sedikit kepada negara kita.facebook. akan menyebabkan nilai matawang kertas semakin menyusut. Tetapi jika US? Serba sedikit. Disebabkan US adalah merupakan ketua ekonomi dunia pada ketika ini. negara kita Malaysia turut mempunyai hubungan perdagangan (export barang) dengan US. Jadi. Ianya tidak mustahil. dimana.com/wangemas . Peningkatan kadar inflasi yang sangat banyak dan berlaku secara mendadak ini. ini kerana. secara tiba-tiba boleh menjadi RM1300. maka kita tidak merasa sebarang kesan daripadanya. Perkara ini juga sekaligus menyebabkan nilai matawang sesebuah negara itu akan menjadi susut. dipanggil Hyperinflasi. Peningkatan kadar inflasi. kadar inflasinya telah meningkat sebanyak 65000% hanya dalam masa 1 tahun (2006-2007).Page |3 sesebuah negara. Join us @ www. Sebuku roti yang berharga RM2. kita akan merasainya. dan ia telah berlaku di negara Zimbabwe. jika apaapa berlaku terhadap ekonomi US. maka. ianya bermakna.

. RM600 adalah bersamaan 1 dinar emas.com/wangemas . apabila berlaku hyperinflasi. sedang mengalami hyperinflasi. satu “alat kewangan” yang kalis inflasi dan dikenali sebagai “alat penyimpan kekayaan”. Apabila anda jual 1 dinar anda itu. bagaimana untuk menghadapi masalah hyperinflasi ini? Disinilah munculnya isu “emas”. krisis tersebut hanyalah berlaku di sekitar US sahaja. Pada tahun hadapan. dimana. dan selalunya melebihi kadar inflasi . mungkin sudah menjadi RM2. Persoalannya. ramai rakayat US kini berpusu-pusu membeli emas. Jika dilihat. tetapi kesannya. Disebabkan itulah. barulah anda pergi membeli-belah di pasaraya. perbelanjaan dapur sebulan bagi rumah anda adalah RM600. pasti akan menjalankan tugas mereka dengan baik dan berwibawa untuk menghadapi dan menangani Join us @ www. langsung tidak melibatkan negara kita. Kiyosaki (penulis buku Rich Dad. Disebabkan itulah emas dikatakan. anda tidak akan membayar penjual itu dengan dinar emas tersebut. tetap juga kita rasai serba sedikit.000 ) Ini bermaksud..Page |4 Contoh terdekat. tetapi. mungkin kita tidak akan mengalami situasi yang sebegitu teruk (saya sendiri mengharapkan ianya tidak akan berlaku). masalah kegawatan ekonomi pada 2008 yang lalu. ianya berpunca dari masalah krisis sub-prima. ianya semakin meningkat dari setahun ke setahun. Ops! Jangan terkeliru. anda perlu membayar RM1800 untuk barang yang sama. Tetapi jika sekarang anda menukarkan wang anda itu kepada emas. pemimpin-pemimpin negara kita serta pihak-pihak yang berwajib. maka. masalah hyperinflasi ini hanyalah satu andaian sahaja. Kemungkinan. (Dimana nilai emas tetap naik. harga 1 dinar emas pada waktu itu. (katakan kadar inflasi meningkat sebanyak 200% pada tahun hadapan)... Contohnya. selepas itu. malahan banyak pakarpakar ekonomi dan pakar kewangan peribadi US termasuk Robert T.facebook. maka. apabila berlaku hyperinflasi. Saya percaya.000 . di kala nilai wang-wang kertas semakin menyusut. anda perlu tukarkan 1 dinar anda itu kepada wang kertas terlebih dahulu. nilai emas pula adalah sebaliknya. Poor Dad). anda masih tetap membayar 1 dinar emas juga untuk perbelanjaan barangbarang dapur rumah anda walaupun negara pada masa itu. Saya berikan contoh bagaimana emas boleh melindungi wang kita dari susut akibat inflasi.. Namun begitu. anda akan dapat RM2. Jika sebelum inflasi.... menyarankan agar orang ramai membeli & menyimpan emas sebagai persediaan menghadapi masalah kemelesetan ekonomi serta kejatuhan nilai matawang dollar.

dan lebih ditumpukan kepada negara lain seperti China dan Singapore (tetapi China pula banyak export ke US. anda akan terus membaca laporan ini hingga ke halaman yang terakhir.. saya akan dedahkan anda.. sedikit sebanyak. di dalam laporan ini. saya harap. nilai dagangan export negara kita ke US juga sudah mula dikurangkan..facebook. kita telah bersiap-sedia dan masih lagi mampu bertahan dan tidak begitu sangat tertekan menghadapi hari-hari yang mencabar.. 5 kesilapan yang dilakukan oleh orang ramai sewaktu mereka ingin melabur di dalam emas. Jadi. negara kita juga pasti akan merasai kesannya jika ekonomi US benar-benar runtuh). Aduhai. Bersyukurlah. Beli & simpanlah emas! Insyallah. “prepare for the worst” orang kata. hidup kita akan lebih tenang & lebih mudah walaupun pada waktu-waktu yang sukar... Jadi. Pada ketika orang lain masih lagi terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengapa hargaharga barang tiba-tiba menjadi sangat mahal dan mengapa diri mereka tiba-tiba menjadi miskin walaupun jumlah wang simpanan mereka di bank sangat banyak.com/wangemas . jangan lakukan kesilapan tersebut. mereka tersilap membeli payung. maknanya. tetapi malangnya...Page |5 situasi tersebut. dan teruskan membaca untuk mengetahui apakah kesilapan-kesilapan itu. Ini kerana. terbeli payung kertas pula. Malahan... Tindakan mereka ingin “menyediakan payung sebelum hujan” itu sangat bagus. untuk langkah-langkah keselamatan. Join us @ www. Jadi! Tahniah saya ucapkan keapda anda! Kerana anda telah menjumpai laporan ini dan sedang membacanya.

apabila kita ingin melabur. caj-caj tambahan yang dikenakan. ianya bukanlah suatu tindakan yang bijak. sememangnya lebih mahal dari harga emas semasa. Bukankah anda sudah sedikit kerugian disitu? Join us @ www. Manakala. Walaupun ianya adalah benda yang sama. apabila anda mendepositkan RM10. Ini kerana. Harga barang kemas selalunya adalah lebih tinggi dari harga semasa emas yang sebenar. ini bermaksud. mengapa harga emas di “Poh Kong” atau “Habib Jewel” lebih mahal dari harga emas di kedai-kedai emas biasa. maka produk itu menjadi sedikit mahal. jika anda melabur di Unit Amanah. jika anda melabur RM10. adalah paling minimum. Ramai orang yang tersilap faham tentang perkara ini. Sedangkan dalam prinsip pelaburan. kesemua wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan anda. Tetapi. pihak penjual akan memasukkan kos “upah” . dan kelihatan anggun dan “kaya” apabila memakainya. wang yang akan dimasukkan ke dalam akaun anda hanyalah RM9750. kos design dan juga harga “brand” mereka. Situasinya sama seperti perbezaan diantara harga “air kopi” yang dijual di “warung” dan juga di “coffee bean”. Di ASB. Emas yang berbentuk barang kemas. apabila berkata tentang “pelaburan emas”. caj sebanyak 2. tetapi disebabkan “brand”.5% akan dikenakan. kita perlu pastikan. anda boleh lihat sendiri. dalam konteks pelaburan. Ataupun “kain batik” yang dijual di “kedai-kedai biasa” dengan kain batik yang dijual di “butik”. Contoh mudah adalah seperti melabur di ASB dan juga di Unit Amanah.com/wangemas . cincin dan gelang”.000 maka. Mengapa?. mereka menyangka ianya bermaksud “membeli emas barang kemas seperti rantai.facebook. Membeli Emas Barang Kemas. Sebab itu.000. Ini bagi membolehkan kadar pulangan pelaburan kita menjadi maksimun.Page |6 5 Kesilapan Pelaburan Emas! 1. Walaupun ianya sesuatu yang bernilai.

Kerugian disini. harganya akan dipotong sebanyak 30% dari harga semasa. Emas yang dibeli di bank tidak boleh tercalar sedikit pun dan tidak boleh di buka plastiknya (jesteru ia tidak boleh dipajakkan. pihak bank tidak akan menerimanya langsung syiling yang sudah tercalar. adalah merupakan satu langkah yang kurang sesuai. Tetapi. jual ia semula kepada pihak bank. Pergh! rugi besar tu! Jadi. Hanya beli barang kemas jika anda berhajat untuk memakainya atau ingin menghadiahkannya kepada orang tersayang. emas tersebut akan ditolak nilainya sehingga 20%. dan bagi sesetengah kes (syiling kijang emas). pastikan selepas anda beli. 3. Ia hanya boleh dibeli dan peram.. jika anda ingin melabur di dalam emas. Join us @ www. 2. anda akan dikenakan “upah workmanship”. jika anda membeli emas yang berbentuk barang kemas. apabbila anda ingin menjualkan semula barang kemas yang anda beli. Jika untuk tujuan “pelaburan”.com/wangemas .facebook. Tambah memeritkan lagi. 1. membeli emas dalam bentuk barang kemas. jika harga emas semasa ialah RM140 se gram. 2. Jika anda ingin membeli emas dari pihak bank. harga sepatutnya yang anda perlu bayar ialah RM2800. bekas plastik mesti dibuka untuk emas ditimbang). sekali lagi diingatkan. maka.. Hanya cawangan tertentu sahaja yang ada menjual emas. menyebabkan anda mungkin terpaksa membayar sehingga RM3000 untuk memilikinya. Membeli Emas di Bank! Emas-emas yang dibeli dari pihak bank dikenali dengan sikap cerewetnya. Begitu juga dengan pelaburan emas. anda tidak boleh menjadikan emas anda sebagai tool untuk menggandakan duit anda (money multiplier). terus simpan emas tersebut di dalam “safe deposit box” dan peramlah ia disitu sehingga nilainya meningkat. kita perlulah pastikan kita dikenakan caj-caj yang tidak berkaitan ini dengan jumlah yang paling minimum. apabila anda membeli emas sebanyak 20gm. Jika tercalar atau dibuka plastiknya. sebagai pelabur yang bijak. dan kemudian.Page |7 Jadi. sebab apabila ingin pajak. Emas di bank selalu kehabisan stok... jangan sekali-kali membeli emas di dalam bentuk barang kemas di kedai emas.

Ini kerana. kelihatan seperti satu tindakan yang bijak..goldprice. Membeli Emas Maya (Akaun Emas/Saham Emas/ Emas Reit)! Membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas di bank-bank tempatan.79% = ~37% setahun Disebabkan itu. bukankah lebih bijak membuat simpanan di akaun emas berbanding simpanan di ASB? Namun begitu.com/wangemas . anda akan mempunyai kelebihan dari segi “penggandaan wang”.org .Page |8 Apa itu money multiplier? saya akan terangkan di point ke-3 dibawah. manakala dividen ASB pula hanya mampu memberikan pulangan sekitar 8% setahun. maka. *Info dari http://www. kadar kenaikan adalah sebanyak 187. pemegang akaun emas tersebut. sejak 5 tahun kebelakangan ini. membuka akaun emas dengan membeli emas fizikal. Ini kerana. kenaikan harga emas dalam RM sejak 5 tahun lalu.. 3. harga emas telah meningkat secara mendadak. berpeluang untuk memperolehi keuntungan yang lebih besar (melebihi kadar dividen simpanan ASB). Membeli emas fizikal itu adalah jauh lebih baik. Join us @ www. Dengan memiliki akaun simpanan emas. sekitar 37% setahun secara purata. apabila anda membeli emas fizikal. jika dibandingkan diantara.facebook.. teruskan membaca. maka.

dan dalam masa yang sama. wang anda tidak akan “mati kutu”.Page |9 Anda akan mendapat 2 manfaat apabila memiliki (memegang) emas fizikal tersebut. semata-mata nak dapatkan dividen 8% dari ASB. Ianya sama seperti teknik OD-ASB. Katakan anda mempunyai wang tunai sebanyak RM100. Keuntungan dari kenaikan harga 2.000. anda ada duit tapi tidak boleh digunakan.com/wangemas . sesiapa yang mempunyai sijil simpanan ASB. anda masih boleh “rolling-rolling”kan wang itu untuk kegunaan lain. Teknik ini dipanggil “Money Multiplier”. keuntungan dari kenaikan nilai harga emas (appreciation value) dan kedua.. Jika diusik. anda akan memperolehi 2 keuntungan. Kebolehan untuk memajaknya dan melaburkan ia ke “instrumen pelaburan” lain yang boleh memberikan keuntungan yang lebih tinggi ( sama ada kepada perniagaan / membeli emas lagi dan sebagainya). (kalau benar-benar ada lagi bagus) Jika anda menyimpannya di ASB. mereka boleh cagarkan sijil mereka untuk mendapatkan kemudahan OverDraft (OD). Join us @ www. Dimana. Berbeza jika anda membeli gold bar. Dengan cara ini. masih boleh nikmati keuntungan dari peningkatan harga emas sebanyak 37%.000.facebook. anda boleh pajakkan ia bila-bila masa jika anda memerlukan wang.. dengan nilai RM100. Anda perlu biarkan ia kekal terperap di di dalam akaun ASB anda tanpa disentuh. Pertama. anda tidak boleh sentuh wang tersebut.. maka. Wang itu pula anda boleh gunakan untuk melabur di dalam perniagaan atau membeli lebih banyak emas lagi. Maka. Situasinya begini. Suatu masa dulu. maka anda tidak boleh usik wang simpanan di dalam akaun tersebut. Emas itu berada di tangan anda. Maksudnya disini. Dengan emas di tangan. untuk mendapatkan dividen sebanyak 8% setahun. 1. ia akan mengurangkan nilai pokok dan sekaligus memberikan kesan dan mengurangkan kadar keuntungan anda. keuntungan dalam perniagaan. jika anda inginkan keuntungan sebanyak 37% setahun. Begitu juga dengan akaun simpanan emas.

facebook. serta ketahui syarat-syarat jualan semulanya. Nota: mungkin anda boleh search di internet tentang teknik OD-ASB ini jika ingin tahu lebih lanjut mengenainya. ianya amat penting. Berkenaan harga pula. mereka akan membeli emas tersebut dengan “harga belian semasa” dan ditolak sebanyak 30%. Peraturan kedai emas. kaedah itu sudah tidak boleh digunapakai lagi. mereka menetapkan syarat bahawa anda perlu sertakan sekali resit/kad pembelian yang anda perolehi sewaktu membeli emas tersebut dari mereka. Pastikan juga. kerana. KEBANYAKKAN tempat. TIDAK AKAN MEMBELI EMAS KELUARAN SYARIKAT LAIN. 4.P a g e | 10 Tetapi sekarang. mereka tidak akan membeli semula barang kemas tersebut. selalunya. anda boleh lihat sendiri di kedai emas tersebut atau dimana-mana website penjual emas. untuk memudahkan anda menjual semula emas anda. Mengenai harga belian ini. Tetapi. ialah di tempat asal anda membelinya. harga emas tersebut akan ditolak antara 20-30% dari harga belian semasa!. Ini kerana. pihak bank kini sudah tidak memberikan kemudahan OD kepada individu. terdapat ramai agen/cawangan syarikat tersebut. belilah emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri (atau simpan di peti besi bank). rasanya tak perlulah anda buang masa mempelajari teknik yang sudah lapuk dan tidak boleh digunapakai ini. Ia satu kerugian yang besar.. Jadi.com/wangemas . Kemudahan OD hanya untuk pihak syarikat sahaja. Jadi kesimpulan disini. jika anda menjualnya di tempat lain. sama ada kedai emas atau bank atau syarikat pengeluar emas. pastikan ia boleh dijual semula kepada pihak tersebut dengan harga belian yang tinggi (spread rendah). Apabila anda membeli barang kemas di kedai emas. apabila anda membeli sesuatu produk emas itu. Iaitu Harga Jualan dan juga Harga Belian. jika anda ingin menjualnya semula kepada mereka. Menjual Di Tempat Yang Salah! Tempat terbaik untuk menjual emas yang anda sudah miliki. Malahan. Jika kad tersebut hilang.. Selalunya akan terdapat 2 harga yang dipaparkan. Join us @ www.

Ketahui spread antara harga belian dan juga harga jualan bagi emas tersebut. Sebelum membeli. anda perlu membayar RM3151. Kemudian. jika anda ingin menjualnya semula pada hari yang sama (dimana harga emas masih belum naik dan masih tidak berubah). Adakah ia diterima jika calar? Plastik dibuka? atau Kad Emas tersebut hilang? 3.com/wangemas . jangan mudah percaya kata-kata penjual tentang spread ini. Ketahui apakah syarat-syarat jual semula. Perbezaan antara harga jualan dan harga belian ini pula. Join us @ www. harga yang dikenakan apabila anda ingin menjual emas anda kepada mereka. Jika anda membeli sesuatu emas 20gm. pastikan anda boleh menjual semula emas tersebut kepada penjual tersebut. dipanggil “spread”. Harga Belian (We Buy) pula bermaksud. Kesimpulannya disini. Spread akan diterangkan pada point yang seterusnya. Tidak Mengira Spread Emas Yang Dibeli Spread adalah merupakan perbezaan harga belian dan harga jualan emas yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat penjual emas. Tanya mereka! 2.P a g e | 11 Harga Jualan (We Sell) bermaksud harga yang dikenakan apabila anda ingin membeli emas dari mereka.facebook. syarikat tersebut akan membeli semula emas tersebut dari anda dengan harga RM2962. 5. Sebagai contoh. 1. Ini anda perlu kira sendiri.

Jadi. maka anda sudah boleh jual dan untung sebanyak 4%..RM2962) / RM2962) X 100% = 6. ((Harga Jualan . jika anda menjualnya semula. anda perlu terus simpan ia lebih lama lagi. Tetapi. anda masih belum untung. lebih cepat anda boleh untung. maka lebih cepatlah anda boleh untung dan boleh jual semula emas anda. ((RM3151 . jika anda ingin menjual semula emas tersebut pada harga yang sama dengan harga yang anda beli. anda perlu tunggu dulu sehingga harga emas itu naik sebanyak 6. nilai emas meningkat sebanyak 10%.facebook.3%. ialah sebanyak 6. tunggu sehingga harga emas naik melebihi 17%. saya telah membuat sedikit kira-kira dan analisa tentang nilai spread emas bagi setiap syarikat pengeluar emas di Malaysia. Formula pengiraan spread adaah seperti berikut. Jika anda membeli emas yang mempunyai nilai spread 6%.P a g e | 12 Perbezaan antara harga jualan dan harga belian. Contohnya. Maksudnya. Berkenaan spread ini. anda boleh lihat disitu. lebih rendah nilai spread. anda akan rugi 11% (anda akan dapat wang yang kurang sebanyak 11% dari yang pernah anda keluarkan sewaktu membeli emas tersebut dulu).3% Lebih rendah nilai spread. jika anda membeli emas yang mempunyai spread 17%.Harga Belian) / Harga Belian) X 100% = Nilai Spread Dalam % Contoh. jadi. katakanlah dalam masa 6 bulan. Join us @ www.com/wangemas .3%. bermakna.

00 malam. Laman rujukan: .35% Harga Emas pada : 1 March 2011 . Anda boleh lihat jadual perbandingannya dibawah. pukul 10.http://www1.gcp.com.com. saya memilih Emas 999 seberat 20gm yang dikeluarkan oleh setiap syarikat.P a g e | 13 Untuk tujuan perbandingan ini.publicgold.http://www.com/wangemas .39% 17.jsp?func=gold Join us @ www.facebook. Syarikat Public Gold Golden Crest Pavillion UOB Bank (PAMP Gold) UOB Bank (KINEBAR Gold) Harga Jualan RM3177 RM3200 RM3038 RM3090 Harga Belian RM2986 RM2720 RM2789 RM2775 Spread 6.uob.http://www..my/jsp/finance/fin_gold.92% 11.com.my/ .my/ .64% 8.

Jadi.com/wangemas Lebih banyak info akan saya kongsikan dari semasa ke semasa! Sekian! Selamat melabur dan selamat menjadi jutawan emas! Wassalam Yang Benar Mohd Suhaimy a.facebook.com ini serta like fanpage wang emas di www. pastikan anda terus subscribe di dalam mailing list wangemas.Diharapkan. selepas ini. saya akan kongsikan pula. Cuba elakkan diri anda dan jangan lakukan kesilapan-kesilapan tersebut.a shuth Registered Public Gold Dealer 012-3655625 Web : www.P a g e | 14 Kesimpulan Itulah 5 perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda melaburkan wang anda untuk membeli emas.k.com/wangemas .com/wangemas P/s:.com Join us @ www.Kalau rasa-rasa nak beli emas dan dapatkan info berkaitan emas dengan lebih banyak dan cepat. cara-cara yang betul melabur di dalam emas serta kelebihan dan keunikan pelaburan emas.facebook.com FaceBook : http://www. Insyallah.facebook.WangEmas. boleh hubungi saya terus di 012-3655625 atau email terus ke admin@wangemas. info di dalam eReport ringkas ini dapat membantu anda serba sedikit di dalam membuat keputusan apabila ingin melabur di dalam emas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful