You are on page 1of 16

PEMBOHONGAN DI DALAM PILIHANRAYA PANDANGAN ISLAM

Definisi Pilihanraya :
Adalah pemilihan pengundi-pengundi kepada individu yang dicalonkan untuk mentadbir negeri atau negara.

Pilihanraya di antara keharusan dan pengharaman Terbahagi kepada 2 pendapat :


1.

Terlarang :

Dalil-dalil : 1: Ia adalah bidaah, tidak pernah dilakukan oleh para salaf kita. 2: Sistem demokrasi bercanggah dengan Syariah. 3: Menganggap kuasa majoriti adalah benar dan ia dicela di dalam al Quran.

2. Harus : Dalil-dalil : 1: Hukum asal di dalam perkara yang baru adalah harus 2: Pilihanraya adalah urusan kehidupan dan adat maka tidak ada masalah di dalam melakukan perkara yang baru padanya.

3: Amalan pilihanraya sama seperti akad baiah.


4: Pilihanraya adalah salah satu wasilah yang boleh mengubah keadaan dan ia digalakan oleh Syariat.

Pendapat yang dipilih: Pendapat kedua kerana bertepatan dengan maqasid Syarie yang sentiasa menjaga maslahah dunia dan akhirat dan dalil-dalil yang diberikan adalah kuat.

Rukun pilihanraya: Terbahagi kepada 4 rukun 1: Pengundi 2: Calon 3: Faktor pencalonan 4: Proses pilihanraya.

Takyif syarie Pilihanraya: 1: Ia adalah akad baiah 2: Ia adalah Musyarakah 3: Ia adalah Akad Tahkim 4: Akad Syahadah

Pilihanraya adalah Jihad Alasan-alasan mengkategorikan penglibatan pilihanraya sebagai jihad : 1: Ia adalah jalan menyeru kepada Allah Taala secara berhikmah. 2: Di sana dicurah waktu,tenaga,dan wang ringgit untuk memperkenalkan manhaj Allah dan Sunah Nabi. 3: Ia adalah satu proses amar makruf nahi mungkar. 4: Ia merupakan ibadah yang terbesar bagi orang mukmin iaitu memberi nasihat.

Definisi bohong: Bohong lawan kepada benar. Maka di dalam pilihanraya berlaku banyak pembohongan fakta yang perlu diambil berat oleh semua pihak sehingga segala fakta yang benar sahaja dibenarkan di dalam pilihanraya
Terdapat banyak dalil pengharaman pembohongan antaranya
Nabi kita bersabda: Sesungguhnya berbohong membawa kepada keburukan,dan sesungguhnya membawa kepada neraka. Riwayat al Bukhari dan Muslim

Bilakah dibolehkan berbohong?


Pembohongan adalah berdosa, dan dosanya bertambah melihat kepada kemudaratan yang berlaku. Tetapi di sana terdapat rukhsah yang dibolehkan berbohong sekiranya terdapat manfaat mengikut seperti yang disabdakan oleh Nabi kita.

Contoh-contoh penipuan yang boleh dilakukan dalam pilihanraya:


1: Menunjukkan kekuatan jentera pilihanraya kepada musuh Islam. 2: Sokongan pengundi lawan kepada kita sekiranya kita berada di dalam kebenaran. Ulama kita membolehkan seseorang itu berbohong sekiranya terdapat kebaikan yang lebih daripada kemudaratan.

Pemalsuan dan pembohongan di dalam pilihanraya adakah berdosa besar?

Pemalsuan dan pembohongan yang dilakukan di dalam pilihanraya adalah dosa yang sangat besar kerana ia mengkhianati umat.

Adakah pembohongan membatalkan kemenangan? Terbahagi kepada 2 keadaan: 1: Pembohongan yang melibatkan syaratsyarat calon, dan yang berkaitan dengan rukun-rukun plihanraya. 2: Pembohongan yang diluar syarat pilihanraya dan tidak berkaitan dengan rukun pilihanraya dan pengundian.

Sekiranya berlaku pembohongan pada keadaan pertama maka kemenangan yang diperolehi adalah tidak sah dan terbatal.
Di dalam keadaan yang kedua, ia tidak membawa kepada pembatalan kemenangan, cuma pemenang tersebut melakukan dosa besar.

Faedah fiqhiyah: Wakil yang bersumpah dengan nama Allah di dalam menunaikan janji,perlu membayar kaffarah. Di dalam kitab-kitab fiqh seseorang bersumpah dengan nama Allah untuk melakukan sesuatu perkara pada masa hadapan lalu dia tidak melakukannya maka diwajibkan dia membayar kaffarah sumpah.

Penutup:
Di sini kita simpulkan kertas kerja kepada beberapa perkara: 1: Pilihanraya adalah satu pendekatan di dalam pemilihan kepimpinan negara. 2: Piliharaya mempunyai rukun-rukun. 3: Pilihanraya adalah sesuatu perkara yang harus.

You might also like