You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Keenam : Keenam : 29 Julai 02 Ogos 2012 : Masalah Murid Yang Lambat Menyiapkan Aktiviti Atau Latihan Yang Diberi

1. Masalah / peristiwa Minggu ini saya telah menghadapi masalah sebilangan murid lambat menyiapkan aktiviti atau latihan yang diberi di tahun 5 iaitu untuk mata pelajaran Bahasa Tamil. Masalah ini terjadi semasa Pengajaran dan Pembelajaran sedang berlangsung. Keadaan ini telah menjadi beban kepada saya sewaktu

menjalankan aktiviti atau sesuatu latihan. Hal ini menimbulkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang pada hari-hari tertentu.

2. Analisis Apabila saya menghadapi masalah ini, pada awalnya saya berasa kecil hati dengan tindak-tanduk kelas tersebut. Saya mula berfikir apakah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh murid-murid tahun 5 ini. Saya mula berfikir

apakah yang seharusnya saya lakukan. Maka bermulalah pencarian saya dengan mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Terdapat

beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Masalah ini timbul kerana tabiat murid yang dah biasa melakukan aktiviti atau latihan yang diberi dengan lambat. Jadi, saya tidak dapat melaksanakan sesuatu langkah seperti yang dirancang. Masalah ini juga berlaku kerana murid-murid kurang memberi perhatian apabila saya memberi arahan tentang sesuatu aktiviti atau latihan. Selain itu, aktiviti atau latihan yang saya jalankan mungkin sesuatu yang sukar atau susah dilaksanakan oleh para murid pada masa yang ditetapkan. Ini menyebabkan murid-murid lambat menyiapkan sesuatu aktiviti atau latihan.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya akan sentiasa mengingatkan kepada murid-murid tentang masa yang diperuntukan bagi sesuatu aktiviti atau latihan. b) Saya akan memperjelaskan kepada murid-murid bahawa sesiapa yang lambat menyiapkan aktiviti atau latihan yang diberi akan diberi denda seperti menyanyi, ganjaran tidak akan diberi dan sebagainya. c) Saya akan menanya masalah murid yang kerap menyiapkan aktiviti atau latihan yang diberi dengan lambat. d) Saya juga menyuruh murid-murid supaya menumpukan perhatian penuh semasa arahan diberikan tentang sesuatu aktiviti atau latihan. Sesiapa yang tidak menumpukan perhatian akan diberi denda seperti mengulangi arahan yang diberikan. e) Saya akan merancang aktiviti atau latihan yang bersesuaian dengan tahap murid-murid.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu ini. Saya juga akan menjalankan aktiviti atau latihan yang bersesuaian dengan murid. Tindakan susulan seperti di atas boleh mengurangkan masalah murid yang lambat menyiapkan aktiviti atau latihan yang diberi. Saya sangat tegas terhadap masalah ini kerana ia mengganggu proses P&P yang dijalankan. Saya akan mengatasi masalah ini dan menjalankan P&P dengan sebarang halangan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Keempat : Keempat : 05 ogos 09n ogos 2012 : Masalah murid lambat masuk ke kelas selepas waktu rehat

1. Masalah / peristiwa Minggu ini saya telah menghadapi masalah murid lambat masuk ke kelas selepas waktu rehat. Pada hari Isnin, saya akan mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas 3 Berlian. Waktu kelas adalah selepas waktu rehat iaitu pada 10.15 pagi. Murid murid kelas tersebut selalunya akan masuk ke kelas dengan lambat. Hal ini menyebabkan beberapa aktiviti yang telah dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Aktiviti yang tidak dapat menjalankan selalu adalah refleksi. Selain itu, pensyarah Bahasa Inggeris juga akan datang untuk memerhatikan pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut. Jadi, saya menghadapi masalah untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.

2. Analisis Apabila saya menghadapi masalah ini, pada awalnya saya berasa kecil hati Saya mula berfikir apakah masalah sebenarnya yang dihadapi. Saya mula berfikir

apakah yang seharusnya saya lakukan. Maka bermulalah pencarian saya dengan mengenalpasti punca - punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Punca utama bagi masalah ini adalah kerana murid murid akan beratur dalam barisan selepas waktu rehat. Mereka akan mula beratur selepas loceng sekolah dibunyikan. Selain itu, murid murid juga tidak akan beratur dengan cepat. Mereka akan bermain dengan kawan kawannya di sekeliling sekolah. Mereak akan mula bergerak untuk beratur apabila guru bertugas tiba di tempat tersebut. Hal inilah yang menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran bermula dengan lambat.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya akan menyuruh murid murid kelas saya supaya cepat makan dan beratur. b) Saya juga akan meminta kebenaran guru bertugas untuk membawa anak murid saya dengan cepat.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu ini. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dam pembelajaran. Tindakan susulan seperti di atas boleh mengurangkan masalah murid lambat masuk ke kelas selepas waktu rehat. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya..

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: KETIGA : KETIGA : 05 Ogos 09 Ogos 2012 : Masalah komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1. Masalah / peristiwa Minggu ini saya telah menghadapi masalah komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil . Pada hari Isnin, saya akan mengajar untuk tahun 5. Saya akan mengajar satu jam sahaja untuk sehari. Murid murid kelas saya berasa segan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Tamil yang betul. Selain itu, apabila mereka menghadapi masalah dalam pelajaran, mereka akan menanyakan soalan dalam Bahasa Tamil yang selalu gunakan dalam perbualan. Kadangkala, mereka juga tidak dapat memahami apa yang saya katakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya, masalah ini telah mula apabila saya memasuki kelas tersebut pada kali pertamanya.

2. Analisis Apabila saya menghadapi masalah ini, pada awalnya saya berasa kecil hati Saya mula berfikir apakah masalah sebenarnya yang dihadapi. Saya mula

berfikir apakah yang seharusnya saya lakukan. Maka bermulalah pencarian saya

dengan mengenalpasti punca - punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Punca utama bagi masalah ini adalah kerana murid murid mempunyai pendedahan yang kurang dalam Bahasa Tamil yang betul. Mereka juga kurang berkomunikasi dalam Bahasa Tamil yang betul di sekolah dan juga rumah. Selain itu, kebanyakkan matapelajaran yang diajar adalah dalam Bahasa Melayu. Jadi, mereka berasa selesa untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya akan menyuruh murid murid supaya mencuba untuk berkomunikasi dalam Bahasa Tamil betul. b) Saya juga akan memberikan ganjaran kepada murid murid yang mencuba untuk berkomunikasi dalam Bahasa Tamil betul. c) Saya akan menyuruh murid murid supaya membaca surat khabar Nanban di perpusatkaan. d) Saya akan berbincang dengan guru pembimbing untuk tindakan selanjutnya.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu ini. Bahasa Tamil betul.adalah bahasa ibunda dan murid murid perlu menguasainya. Tindakan susulan seperti di atas boleh mengurangkan masalah berkomunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, ia akan meningkatkan prestasi murid murid dan mereka dapat memperkembangkan ilmu.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like