You are on page 1of 30

Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Diperingkat Tadika Atau Prasekolah (Amiza Bt Muhamed, Hafiidzah Bt Ismail, Mohd

Riznan Bin Ribut, Mohd Yusri Bin Jamari, Mohd Zuhairi Bin Ab. Manaf, Naizatul Fardila Bt Mohd Nawawi, Nik Noor Harna Bt Nik Dir, Noor Amiza Bt Mohamed Nazir, Nor Farahiyah Bt Abd Manan, Noraini Bt Mat Ghani Dan Rohana Bt Mohd Nor) UPSI 12 APRIL 2011 ABSTRAK Penulisan ini adalah untuk melihat kajian-kajian lepas tentang pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika / prasekolah. Dewasa ini, penubuhan tadika / prasekolah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini berlaku kerana banyak permintaan ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka untuk belajar di peringkat awal usia 4-6 tahun. Hasil dapatan daripada kajian-kajian lepas menunjukkan pelbagai pendekatan dan cara pengajaran guru-guru tadika dalam mendidik murid mereka. Walaubagaimanapun, semua pendekatan yang dilaksanakan adalah untuk mencapai satu objektif di mana melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah terpuji dari segi akhlak dan sahsiah diri. 1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Pendidikan dan kehidupan adalah satu pakej yang wujud dalam setiap individu baik yang dewasa mahupun kanak - kanak. Ini adalah kerana ianya merupakan satu mekanisma (sama ada tanpa sedar atau dengan sedar) yang dapat mengubah dan seharusnya dapat meningkatkan manusia itu ke peringkat yang lebih matang (Erikson, 1975). Untuk itu pendidikan prasekolah yang merupakan peringkat awal proses pembelajaran amat penting kerana pengalaman di prasekolah dapat memberi persediaan yang boleh membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri dan sentiasa mempunyai sikap yang positif terhadap individu lain tanpa ada kecenderungan (bias) negatif terhadap yang lain (MacNaughton, 2005). Pendidikan prasekolah juga diakui boleh memberi kesan positif seperti sabda Rasulullah s.a.w. bahawa "Kanak-kanak mula bercahaya akalnya pada
1

umur lima tahun....". Ini jelas menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan (Hassan, 1997). Malaysia sebagai salah sebuah negara yang membangun dengan pesat tidak ketinggalan dalam menentukan pendidikan yang diberikan kepada kanakkanak sebagai pendidikan yang berkualiti. 2.0 DEFINISI TADIKA / PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. Walau bagaimanapun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan prasekolah didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Pembelajaran tadika bukan merupakan pembelajaran wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu, penubuhan tadika oleh pihak swasta amat digalakkan oleh pihak kerajaan. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini dapat menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari. Selain itu, pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
2

Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanakkanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanakkanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanakkanak. 3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kajian 1 : Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif Dalam Pendidikan Prasekolah di Malaysia Kajian adalah mengenai Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif Dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia telah dijalankan oleh Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran (2010) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dan juga kefahaman perlaksanaannya dalam pendidikan prasekolah. Kajian tinjauan ini dilakukan terhadap ibu bapa serta guru prasekolah yang menpunyai anak/murid yang berumur 6 tahun. Menurut pengkaji kepentingan perkembangan daya kreatif dalam pendidikan kanak-kanak jelas ternyata dalam huraian kurikulum pendidikan prasekolah. Antara enam komponen utama dalam kurikulum prasekolah iaitu komponen kreativiti dan estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Oleh itu bagi mencapai matlamat ini terdapat enam komponen kurikulum prasekolah, iaitu bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan sosio-emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum prasekolah ini merupakan kandungan pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dengan mengaplikasikan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang murid. Terdapat empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diutamakan iaitu pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu dan penggunaan, (Ling Pik Kuong & Hasnah Toran 2010).
3

Terdapat lima objektif mengapa kajian ini dijalankan iaitu, yang pertama adalah bagi mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan diantara persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Kedua adalah mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan persepsi guru prasekolah yang disignifikankan berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Ketiga mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi ibubapa yang signifikan berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Manakan yang keempat pula adalah untk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif yang signifikan dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan lokasi dan jenis sekolah dan objektif terakhir adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan diantara tahap persepsi dan kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif dalam kalangan guru prasekolah. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan dua instrumen kajian iaitu berbentuk soal selidik untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan faktor demografi sekolah, guru dan ibu bapa. Soal selidik yang digunakan adalah mengikut soal selidik Chang Yu Hsing, Taiwan (2003) yang juga mengkaji persepsi ibubapa dan guru prasekolah terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah di Taiwan. Dua instrumen yang digunakan adalah instrumen A untuk dijawab oleh guru prasekolah dan instrumen B untuk dijawab oleh ibu bapa. Selain itu menurut pengkaji, kenyataan yang digunakan untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa dan guru prasekolah dalam soal selidik merangkumi cara perlaksanaan aktiviti seni kreatif dalam empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran iaitu pengurusan ruang, masa, pengelolaan aktiviti, sumber dan bahan, kefahaman konsep aktiviti seni kreatif serta penilaian. Kajian ini dijalankan di sekitar daerah Sibu, Sarawak dan sebanyak 40 buah prasekolah yang terdiri dari pelbagai ketagori iaitu pertubuhan prasekolah KPM, tadika-tadika persatuan gereja dan prasekolah-prasekolah swasta yang telah dipilih dan borang soal selidik telah diedarkan melalui kiriman pos kepada guru prasekolah dan ibu bapa disokolah masing-masing. Daripada borang soal selidik yang diedarkan sebanyak 53 orang guru prasekolah dan 253 orang ibu bapa telah memberi respon kepada kajian ini. Dapatan kajian yang diperolehi adalah sebanyak 59.6 peratus responden mengatakan bahawa perlaksanaan aktiviti seni kreatif dalam kelas prasekolah adalah tidak mudah dijalankan. Manakala faktor yang paling mencabar perlaksanaan aktiviti seni kreatif adalah kawalan kelas dan pengelolaan idea aktiviti kreatif dalam seni. Selain daripada itu terdapat 36.6 peratus guru prasekolah yang gemar menjalankan latih tubi kemahiran 3M dalam kelas. Pengkaji juga menyatakan bahawa guru prasekolah memilih memperbanyakan latihan membaca, menulis dan mengira merupakan aktiviti paling mudah dalam aspek kawalan kelas. Terdapat 29.3 peratus guru prasekolah yang memilih aktiviti seni kreatif dalam proses pengajaran dan
4

pembelajaran. Walaubagaimanapun, kebanyakan daripada mereka mengakui bahawa perlaksanaan aktiviti seni kreatif merupakan satu aktiviti yang mencabar. Pengkaji juga menyatakan bahawa daripada kajian yang dijalankan presepsi guru prasekolah tidak menberi sumbangan dalam meningkatkan tahap kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Dalam hal ini rangsangan luar seperti bengkel, kursus dan latihan diperlukan untuk meningkatkan kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini adalah, kajian ini memperlihatkan persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni keatif untuk memberi rekomendasi yang tinggi demi perlaksanaan aktiviti tersebut dalam pendidikan prasekolah. Selain daripada itu perbezaan antara persepsi ibu bapa dan guru prasekolah berdasarkan lokasi sekolah dan jenis sekolah memberi perspektif dan fokus yang jelas terhadap kelompok ibu bapa dan guru prasekolah yang perlu diberi perhatian lebih. Manakala pihak tertentu perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terutama bagi membantu ibu bapa luar bandar tentang pendedahan konsep dan fungsi aktiviti seni kreatif. Kajian 2 : Perlaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika-Tadika Kawasan Melaka Tengah, Melaka. Kajian pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain di tadika-tadika kawasan Melaka Tengah, Melaka telah ditulis oleh Saayah Bt Abu,(2005) dari Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Islam. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat perlaksanaan aktiviti belajar melalui bermain yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di tadika-tadika yang terdapat di daerah Melaka Tengah, Melaka. Menurut pengkaji, belajar melalui bermain merupakan suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Kanakkanak belajar melalui permainan kerana permainan merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Pendekatan ini juga dapat mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menggembirakan disamping dapat meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Menurut pengkaji juga, pendekatan belajar melalui bermain telah disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), yang mana ia merupakan suatu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Perlaksanaan aktiviti belajar melalui bermain hendaklah dijalankan mengikut hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Ciri-ciri yang digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dalam proses belajar sambil bermain adalah
5

menggembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan pesekitaran, melibatkan pecubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kepada kanak-kanak menumpukan perhatian dan kelonggaran masa bermain. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui samada guru memahami kepentingan pendekatan aktiviti belajar melalui bermain dan pelaksanaanya di tadika-tadika, mengetahui teknik-teknik yang digunakan oleh guru dalam menguruskan aktiviti belajar melalui bermain, untuk mengenal pasti kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti kaedah bermain dan untuk mengenal pasti kesesuaian latihan yang diperolehi oleh guru. Kajian ini dijalankan dilima jenis tadika yang terdapat di daerah Melaka Tengah iaitu Tadika Kemas, Jaim, Perpaduan, Swasta dan Kementerian Pelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang guru tadika yang ditemubual disamping memberi respon soal selidik, dan 282 orang kanak-kanak yang telah diperhatikan untuk melihat bagaimana aktiviti bermain dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada kajian yang telah dijalankan, keputusan yang didapati adalah tujuh daripada 10 orang guru faham kepentingan belajar melalui bermain, manakala tiga orang guru lagi sangat faham. Namun begitu daripada pemerhatian pengkaji, aktiviti belajar melalui bermain tidak dijalankan sepenuhnya oleh guru dimana mereka hanya belajar dengan melakukan aktiviti di dalam buku kerja dan hanya bermain setelah siap menjalankan tugasan yang diberikan. Walaupun semua guru memahami kepentingan belajar melalui bermain tetapi guru tidak memikirkan tentang amalan dan teknik-teknik yang hendak dilaksanakan bagi menjalankan aktiviti tersebut. Daripada kajian, 20% masa di tadika digunakan untuk melakukan amalan rutin, 30% masa digunakan untuk pengurusan kelas dan 50% masa digunakan untuk pengajaran kelas. Ini menunjukkan bahawa pengajaran dilakukan secara formal seperti murid tahun satu ataupun tahun dua. Pengkaji juga mendapati guru menghadapi kesukaran dalam menentukan kebolehan mental dan fizikal murid yang menyebabkan mereka sukar untuk menentukan jenis aktiviti dan tahap pelajaran yang hendak dijalankan. Daripada kajian, didapati bahawa 20% guru kurang faham tentang perkembangan kanakkanak, 10% sederhana faham, 60% faham dan 10% sangat faham. Masalah juga timbul kerana kurangnya pengetahuan guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain. Kajian mendapati bahawa 60% guru faham tentang faedah bahan bantu mengajar, 20% sederhana faham dan 20% sangat faham. Daripada kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan oleh pengkaji, didapati bahawa guru tadika menghadapi masalah untuk melaksanakan tugas
6

yang berkaitan dengan aktiviti belajar melalui bermain. Mereka kurang pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Daripada hasil temubual, mereka mengatakan bahawa masalah ini boleh diatasi sekiranya mereka diberi peluang mengadakan perbincangan dengan pakar, pentadbir dan penyelidik pendidikan prasekolah. Latihan seperti kursus atau bengkel yang sesuai perlu diberikan kepada guru bagi meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan kemahiran guru. Dalam kajian ini juga, pengkaji turut memberikan beberapa cadangan kepada guru tadika bagi meningkatkan lagi tahap pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain di tadika. Antara cadangan yang diberikan adalah guru perlu lebih aktif dan kreatif, dimana guru perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan perlu membuat perancangan dan persediaan awal untuk melaksankan sesuatu aktiviti. Selain itu, seseorang guru perlulah mempunyai kesediaan dan pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak dan mereka perlulah menyertai latihan dan kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanakkanak. Guru juga perlu melibatkan diri bersama kanak-kanak dalam melakukan sesuatu aktiviti, manakala majikan pula hendaklah peka dengan keperluan guru dan murid dalam menyediakan bahan bantu mengajar. Kesimpulannya, pengkaji mengatakan bahawa belajar melalui bermain memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan murid secara menyeluruh dan seimbang. Guru hendaklah merancang aktiviti dengan baik supaya murid dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Melalui kaedah belajar melalui bermain, murid dapat mempelajari pelbagai kemahiran seperti kemahiran sosial, bahasa, dan berfikir disamping dapat menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani yang sihat. Kajian 3 : Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah : Tinjauan Di Beberapa Tadika Swasta Di Daerah Curug, Tengerang, Indonesia. Kajian ini dihasilkan oleh Elis Johannes Hendry Salim dan Rohaty Mazjub mengenai penglibatan ibu bapa dalam pendidikan Prasekolah di beberapa tadika swasta di daerah Curug, Tangerang di Indonesia. Kajian ini amat penting terhadap masa hadapan kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan pendidikan yang berkesan semasa masih kanak-kanak terutamanya semasa berumur di antara empat tahun ke enam tahun. Menurut pengkaji, para pakar perkembangan otak menyatakan bahawa usia lima tahun pertama ialah masa keemasan (golden age) kerana perkembangan otak yang sangat cepat. Bloom (1964) menyatakan pada usia empat tahun, intelek seseorang kanak-kanak telah mencapai 50 peratus daripada perkembangan intelek seorang dewasa. Pada masa ini merupakan masa yang terbaik untuk membantu perkembangan anakanak dalam semua aspek yang mencakupi aspek intelek, sosial, rohani dan fizikal. Oleh itu, pengkaji membuat kajian tentang isu penglibatan ibu bapa dalam
7

pendidikan di tadika kerana kebanyakan ibu bapa di Indonesia tidak mempunyai masa yang berkualiti bersama anak-anak di rumah. Pengkaji telah membuat kajian terhadap beberapa aspek iaitu dari segi tahap amalan aktiviti tadika yang melibatkan ibu bapa, tahap penglibatan ibu bapa mengikut jenis tadika, kekangan yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa, hubungan antara persepsi ibu bapa tentang pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa, hubungan antara persepsi guru tentang penglibatan ibu bapa, hubungan antara status sosio ekonomi (SSE) ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa, hubungan antara latar belakang akademik dengan penglibatan ibu bapa, faedah penglibatan guru dan strategi bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di tadika. Kajian ini juga menyatakan permasalahan-permasalahan yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa di tadika. Menurut penulisan pengkaji, kajian ini dijalankan terhadap 346 sampel ibu bapa dan 30 sampel guru dan pengetua. Kajian ini dijalankan di enam buah tadika swasta di sekitar di daerah Curug, Tangerang. Pengkaji menggunakan pemilihan sampel secara rawak iaitu dengan membahagiakan kumpulan kepada tiga jenis iaitu tadika dengan yuran tinggi, sederhana dan rendah. Menurut pengkaji, instrumen yang digunakan ialah soal selidik dengan skala likert 4 poin. Selain itu, pengkaji juga menemubual pengetua setiap tadika untuk mendapatkan maklumat tambahan. Sepanjang kajian dan tinjauan dilakukan dalam mengkaji penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah, pengkaji memperolehi data-data bagi setiap persoalan kajian yang dinyatakannya. Persoalan kajian yang pertama ialah tahap amalan aktiviti tadika yang melibatkan ibu bapa. Amalan aktiviti terbahagi kepada beberapa aspek iaitu dari aspek keibubapaan, aspek mengambil keputusan, aspek berkomunikasi dan aspek pembelajaran di rumah. Untuk objektif pertama ini, skor min yang diperolehi adalah 2.52 untuk keseluruhan skor min iaitu tergolong ditahap sederhana. Ini bermakna, tadika mengamalkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ibu bapa di tadika namun tidak terlalu aktif. Bagi objektif kajian iaitu tahap penglibatan ibu bapa mengikut jenis tadika memperolehi keseluruhan nilai min 1.95 iaitu berada pada tahap yang rendah. Ini bermakna, ibu bapa kurang melibatkan diri di dalam aktiviti yang dijalankan di semua jenis tadika tidak kira di tadika beryuran tinggi, sederhana mahupun rendah. Faktor yang menjadi kekangan utama dalam penglibatan ibu bapa menurut (63.9%) responden ibu bapa adalah faktor kesibukan bekerja sehingga sukar mengatur waktu untuk datang ke sekolah memperolehi peratusan sebanyak (64.6%), responden dari ibu bapa menganggap pihak sekolah yang tidak menyokong penglibatan ibu bapa (41.8%), guru yang menganggap kekangan utama adalah faktor kesibukan bekerja sehingga ibu bapa tidak dapat menglibatkan diri ke tadika (96.7%). Sebanyak 56.7% menyatakan faktor tadika
8

kekurangan dana menjadi kekangan untuk melaksanakan aktiviti melibatkan ibu bapa, sikap negatif tentang pengalaman yang berlaku di sekolah (40%), keperibadian guru yang tertutup (33.3%), faktor pendidikan ibu bapa (33.3%). Jadi di sini dapat disimpulkan bahawa kekangan utama dalam penglibatan ibu bapa adalah faktor waktu, kerjaya, sikap guru dan ibu bapa, serta faktor latar belakang sosio ekonomi dan akademik ibu bapa. Untuk persoalan kajian keempat hingga ketujuh, iaitu hubungan antara persepsi ibu bapa tentang pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa, hubungan antara persepsi guru tentang penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa, hubungan antara SSE ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa dan hubungan antara latar belakang akademik dengan penglibatan ibu bapa. Pengkaji menggunakan ujian Pekali Pearson untuk mendapatkan keputusan ujian. Persoalan kajian yang keempat mewakili hipotesis 1(Ho1) iaitu tidak ada hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu, persoalan keenam mewakili Hipotesis 3 (Ho3) iaitu tidak ada hubungan antara SSE dengan penglibatan ibu bapa, dan akhir sekali persoalan ketujuh yang mewakili hipotesis 4 (Ho4) iaitu tidak ada hubungan antara latar belakang akademik dengan penglibatan ibu bapa ditolak. Ini bermakna, semua hipotesis di atas adalah salah. Untuk persoalan kajian yang kelima pula mewakili Hipotesis 2 (Ho2) iaitu tidak ada hubungan antara persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu.Ho2 diterima dan ini bermakna hipotesis tersebut betul yang mana tidak ada hubungan antara persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa. Jadi semakin tinggi latar belakang status ekonomi dan akademik ibu bapa, semakin tinggi penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika. Untuk persoalan kelapan iaitu faedah penglibatan ibu bapa pula, terdapat pelbagai persepsi yang diutarakan oleh pihak guru dan ibu bapa sendiri Terdapat begitu banyak faedah jika aktiviti di tadika melibatkan ibu bapa. Menurut pengkaji, persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa mempunyai pelbagai faedah antaranya adalah guru dapat merancang kerja rumah yang interaktif, kemahiran berkomuikasi dengan berkesan, merancang kurikulum yang melibatkan ibu bapa, dan mempunyai sikap terbuka terhadap ibu bapa serta menyedari bahawa perspektif ibu bapa perlu dipertimbangkan dalam pembuatan keputusan berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak. Menurut perspektif ibu bapa faedah utama daripada penglibatan mereka adalah juga dalam bidang akademik anak-anaknya seperti ibu bapa akan mengetahui cara menyokong pembelajaran anak di rumah, dan kanak-kanak memiliki sikap positif terhadap kerja rumah. Bagi persoalan kesembilan iaitu strategi penglibatan ibu bapa, terdapat pelbagai keputusan yang dicadangkan oleh responden guru yang berkaitan aspek keibubapaan iaitu yang paling tinggi ialah mengadakan bengkel atau seminar bagi ibu bapa tentang pelbagai topik, terutama berkenaan dengan cara mendidik anak. Sedangkan dalam aspek komunikasi, strategi yang paling
9

banyak dicadangkan adalah membuat jadual pertemuan dengan ibu bapa untuk seminar, bengkel, perbincangan, pengarahan sesuai dengan waktu yang telah disetujui oleh ibu bapa. Dalam aspek pembelajaran di rumah seramai 3 responden mencadangkan melibatkan ibu bapa dalam kerja rumah yang interaktif. Dalam aspek kesukarelawan seramai 3 responden pula mencadangkan penglibatan ibu bapa secara sukarela dalam majlis-majlis sekolah. Sedangkan dalam aspek mengambil keputusan, hanya 2 orang responden mencadangkan melibatkan ibu bapa dalam perbincangan dengan guru dan pengetua supaya mendapat keputusan yang tepat sesuai dengan perkembangan anak. Secara kesimpulannya, semua pihak seperti pihak sekolah, pihak kerajaan, pihak ibu bapa sendiri seharusnya memainkan tanggungjawab dengan berkesan semata-mata untuk melihat generasi muda berjaya dan mampu memimpin negara agar lebih cemerlang dan digeruni. Menurut pengkaji, program penglibatan ibu bapa bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra antara dua pihak, malah untuk mengatasi masalah pendidikan yang timbul. Suasana perkongsian yang harmonis antara pihak tadika dengan ibu bapa adalah penting dalam usaha membentuk kanak-kanak menjadi generasi penerus yang berkualiti tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan bangsa dan negara. 4.0 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Kajian 1 : Penaksiran dan Penilaian Perkembangan kanak-kanak Konsep Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penilaian membolehkan guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses merancang, proses melaksanakan penaksiran dan proses merekod maklumat.

10

Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid yang hendak dinilai, kedua ialah menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai dan seterusnya adalah untuk menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja. Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak. Terdapat tiga langkah pemerhatian yang boleh digunakan dalam proses penaksiran dan penilaian iaitu pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku murid, pemerhatian melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid dengan murid dan ketiga pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Untuk pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru bolehlah membuatnya ketika kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menyusun blok bersama rakan-rakan, membuat aktiviti kumpulan, mewarna atau melakukan aktiviti fizikal. Melalui interaksi lisan murid pula bolehlah dinilai melalui aktiviti seperti main peranan, bersoal jawab bacaan atau nyanyian. Di antara contoh hasil kerja murid yang boleh diperhatikan dan dinilai oleh guru adalah melalui lukisan, buku skrap atau kraftangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Proses yang ketiga iaitu proses terakhir dalam penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak adalah merekod maklumat yang diperoleh. Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan. Objektif Penaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Tujuan atau objektif penaksiran dan penilaian haruslah difahami dengan jelas oleh guru dapat memastikan bentuk penaksiran dan penilaian yang wajar
11

digunakan. Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya (Department for Education and Science, 1990). Contoh yang paling dekat apabila seseorang kanak-kanak kecil meminta ayah membasuhkan tangannya selepas makan tetapi si ayah sibuk membaca suratkhabar, maka si anak mungkin akan memahami bahawa membaca suratkhabar itu lebih penting dari membasuh tangan. Jadi tidak hairanlah kalau si kecil selepas dari peristiwa itu tidak membasuh tangan selepas makan sebaliknya terus ingin membaca buku, mungkin kerana ia merasakan yang membaca buku lebih penting dari membasuh tangan berdasarkan sikap yang ditonjolkan oleh si ayah walaupun pada hakikatnya bukanlah si ayah bermaksud begitu, namun inilah yang dikatakan kurikulum yang tersembunyi. Inilah konsep utama yang perlu difahami. Secara khususnya, antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah ianya dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Ianya juga dapat digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih autentik. Kemahiran Sosioemosi Pada Kanak-kanak.
12

Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995 menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya. Kajian kes : Mengkaji aspek sosioemosi Kajian ini telah dikaji oleh seorang mahasisiwa iaitu Nabilah Binti Jumal (880312565210) merupakan kajian mengenai seorang kanak-kanak prasekolah yang bernama Zaqwan. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sosioemosi kanak-kanak yang dipilih bagi memerhatikan sejauhmana sosioemosi memainkan peranan dalam perkembangan seorang kanak-kanak. Respondan/Subjek Kajian dan Latar Belakang Keluarganya. Subjek yang pengkaji pilih merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang bersekolah di Prasekolah IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Beliau belajar di kelas Al-Falah yang diajar oleh Cikgu Suzana dan duduk dalam kumpulan yang mempunyai 6 orang ahli. Tempat Kajian Pengkaji telah menjalankan kajian pemerhatian di Prasekolah IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Tempat kajian pemerhatian telah dilakukan di dalam dan di luar kelas Prasekolah IPG KDRI. Selain itu, pengkaji juga telah berkunjung ke rumah Zaqwan untuk membuat pemerhatian dengan lebih dekat bagaimana tingkahlakunya ketika berada di rumah. Kemahiran yang dikaji Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih dan menfokuskan perkembangan Sosioemosi sebagai kemahiran kajian pemerhatian beliau terhadap Zaqwan. Dalam perkembangan Sosioemosi, terdapat lima kemahiran yang akan beliau fokuskan dalam kajian ini iaitu pertama memahami dan mengurus emosi diri sendiri, kedua berkomunikasi dengan berkeyakinan, ketiga membina perwatakan kendiri, keempat kebolehan mengawal diri dan kelima membina kemahiran sosial dalam interaksi dengan orang lain. Instrumen Penaksiran

13

Dalam kajian pemerhatian ini pengkaji telah menggunakan instrumen Rekod Berterusan untuk mencatat maklumat secara sistematik. Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Sepanjang tempoh pemerhatian, setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat. Kelebihan menggunakan rekod berterusan ini antaranya pertama dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan. Kedua, pelbagai aspek perkembangan dapat dilihat dalam satu rekod. Ketiga, data-data dapat dikumpulkan secara objektif dan tepat. dan terakhir, rekod berterusan ini juga memudahkan guru merekod dan mengumpulkan maklumat. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini antaranya pertama, kanak-kanak akan sedar tingkahlaku mereka diperhatikan. Kedua, guru penat kerana lebih tertumpu pada proses merekod. Ketiga, guru kurang memberi tumpuan pada kanak-kanak lain kerana terpaksa fokus pada merekod dan yang terakhir ia memerlukan latihan bagi kemahiran merekod untuk mendapatkan hasil dapatan yang bersesuaian dengan kemahiran yang diperhatikan. Sepanjang pemerhatian, pengkaji telah membuat lima kali pemerhatian Rekod Berterusan. Dua kali pemerhatian telah dilakukan di dalam dan dua kali pemerhatian dilakukan di luar kelas Prasekolah IPG KDRI dan sekali pemerhatian telah dilakukan di rumah Zaqwan. Tempoh yang kami gunakan untuk membuat pemerhatian yang terperinci terhadap Zaqwan biasaya dijalankan dalam tempoh 20-30 minit. Selain itu, pengkaji juga telah menemubual guru Zaqwan, ibu bapa Zaqwan dan beberapa orang rakan Zaqwan untuk memastikan dapatan pemerhatian ini dan segala maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Beliau telah menemubual guru, ibu bapa dan rakan Zaqwan sebanyak sekali sepanjang pemerhatian dijalankan. Transkrip temubual beliau dengan ibu bapa dan guru Zaqwan telah ditukar kepada Bahasa Melayu standard bagi memudahkan pembacaan terhadap kajian yang dijalankan. Subjek yang pengkaji pilih merupakan kanak-kanak lelaki yang bernama Muhammad Hariz Zaqwan Bin Mohd Hairil. Zaqwan dilahirkan pada 27 Mac 2004 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kajian ini telah dilakukan pengkaji pada tahun 2010 bermakna pada tahun itu, Zaqwan berumur 6 tahun. Bapanya bernama Mohd Hairil Bin Muda, berumur 33 tahun dan bekerja sebagai Pembantu Am Pejabat di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu manakala ibunya pula bernama Norhafiza Binti Alias, berumur 30 tahun dan bekerja sebagai Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Zaqwan merupakan anak sulung daripada dua beradik dan mempunyai seorang adik perempuan berumur 2 tahun. Mereka sekeluarga tinggal di rumah beralamat B-175 Kampung Desa Durian, Batu Rakit 21020 Kuala Terengganu.
14

Zaqwan merupakan seorang kanak-kanak yang menulis menggunakan tangan kanan. Zaqwan mennggemari semua jenis makanan tetapi tidak suka pada makanan yang pedas. Meminati kuih donat dan semua jenis minuman. Aktiviti kegemarannya di rumah ialah menonton televisyen. Selain itu, Zaqwan juga seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pertuturan dan kesihatan. Rasional pengkaji memilih Zaqwan sebagai subjek kajian adalah berdasarkan cadangan daripada guru prasekolah itu sendiri iaitu Cikgu Suzana. Beliau memilih Zaqwan disebabkan Zaqwan mempunyai masalah berkaitan sosioemosi apabila kelihatan sering bertindak ganas, mempunyai imaginasi yang tinggi dan sering tidak memberi tumpuan terhadap sesi P&P. Setelah melihat dan berkenalan dengan Zaqwan, pengkaji dapati segala apa yang ingin diperhatikan berkaitan dengan perkembangan sosioemosi dan beberapa kemahiran yang dikaji mempunyai kaitan yang bersesuaian dengan Zaqwan. Dapatan kajian melalui pemerhatian Pelbagai kaedah telah pengkaji gunakan untuk memastikan segala maklumat dan dapatan pemerhatian dapat dikumpul dan direkod secara sistematik. Dapatan kajian telah dijalankan secara rakaman, gambar, temubual dan hasil kerja. Berkomunikasi dengan keyakinan Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji dapat melihat Zaqwan seorang kanak-kanak yang mudah mesra walaupun dengan orang yang baru dikenalinya. Zaqwan seorang yang mudah memberi kerjasama apabila diminta menceritkan mengenai keluarganya. Keyakinan yang ditunjukkan oleh Zaqwan juga sangat tinggi apabila dia begitu bersemangat meyakinkan pengkaji tentang ahli keluarganya. Memahami dan mengurus emosi diri sendiri Zaqwan dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang dapat mengurus emosi dirinya sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang mengganggunya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui permehatian melalui rekod berterusan yang menunjukkan Zaqwan tidak berminat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Suzana. Apabila perkara seperti itu berlaku, Zaqwan tidak terus bergerak mengganggu rakan-rakan yang lain sebaliknya dia akan mengeluarkan sebuah buku khas miliknya untuk dia menconteng dan melukis. Melalui cara ini, dapat dilihat ibu bapanya telah mendisiplinkannya agar meluahkan perasaan dengan menggunakan cara yang disukainya. Ini dibuktikan melalui pemerhatian rekod berterusan.

15

Zaqwan dilihat dapat mengurus emosi diri sendiri melalui lukisan dan contengan yang dibuatnya. Melalui pemerhatian pengkaji, ini mungkin disebabkan oleh cara didikan yang diberikan oleh keluarganya yang memberi pendedahan awal agar tidak menjadi kebiasanya menconteng dan meluahkan perasaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Ini dapat dibuktikan berdasarkan temubual pengkaji bersama ibu bapa Zaqwan di rumah mereka. Menurut Widmer (1970) menunjukkan kanak-kanak memerlukan banyak peluang untuk bertindak balas dalam persekitarannya mengikut perbezaan individu untuk membuat pilihan, bertindak dan bergerak balas dalam persekiatran yang mengambil berat mengenai mereka termasuk perkembangan minat dan keupayaan. Melalui kajian pemerhatian yang telah pengkaji lakukan, pelbagai aspek kemahiran telah dinilai bagi memastikan kanak-kanak dapat mencapai tahap perkembangan sosioemosi yang sesuai dengan peringkat perkembangan umur mereka. Hasil kajian pengkaji mendapati secara keseluruhannya Zaqwan masih belum dapat mengawal emosinya dengan baik. Subjek yang pengkaji pilih juga masih belum sepenuhnya mempunyai kebolehan untuk menilai sama ada sesuatu idea itu baik atau kurang baik. Selain itu juga, Zaqwan masih belum mampu membina kemahiran emosi untuk memahami diri dengan orang lain dan juga masih belum mengamalkan tingkah laku yang baik seperti yang sepatutnya. Berdasarkan pemerhatian yang telah pengkaji jalankan, hanya terdapat satu cara di mana Zaqwan dapat menguruskan emosinya sendiri dengan baik dan bagaimana cara untuk menstabilkan emosinya iaitu melalui terapi lukisan. Pengkaji telah cuba memerhatikan Zaqwan semasa beliau melukis. Beliau akan memberi sepenuh perhatian dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Pada pendapat pengkaji, ini juga adalah merupakan salah satu cara terbaik untuk melatih beliau memberi tumpuan terhadap sesuatu pekerjaan lain yang dilakukan. Melalui sikap yang ditunjukkannya itu, pengkaji membuat beberapa pembacaan dan rujukan mengenai terapi emosi melalui seni atau lukisan. Pengkaji juga pernah mengikuti satu Kem Terapi Emosi pada semester dua. Melalui rujukan yang dan hasil daripada kem tersebut, pengkaji dapat memahami bahawa lumrah kanak-kanak suka melukis. Bermula daripada contengan, kepada garis senget, bulatan, orang lidi sehingga mereka pandai melakar bentuk tertentu, mereka akan melakukannya dengan tekun dan sepenuh hati. Melukis bukanlah suatu kerja yang sia-sia walaupun lukisan seseorang kanak-kanak itu kelihatan seperti cakar ayam. Justeru, minat kanak-kanak terhadap lukisan tidak seharusnya dihalang kerana ia banyak memberi manfaat dan memberi sumbangan besar terhadap perkembangan emosi, minda, intelek dan merangsang kemahiran tangan kanak-kanak. Melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanak- kanak selain menggerakkan otak kanan
16

untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira (termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti lukisan, kraf dan muzik. Mungkin tidak ramai ibu bapa sedar, melukis adalah aktiviti menggembirakan dan boleh menenangkan perasaan anak. Keinginan ibu bapa melihat anak mereka pandai dalam bidang akademik (termasuk membaca dan mengira) pada usia sangat muda boleh membuat anak tertekan. Keadaan menjadi lebih sukar kerana kanak-kanak tidak tahu untuk memberitahu mereka berasa tertekan. Lukisan juga boleh menjadi medium untuk seseorang meluahkan perasaan. Kanak- kanak lebih besar seperti prasekolah pandai menyatakan emosi atau apa terjadi kepada mereka melalui lukisan wajah sedih, marah, gembira atau takut. Mereka juga melukis apa yang ingin dimiliki atau dilakukan. Ini juga sebabnya lukisan dijadikan terapi (dikenali sebagai terapi seni) ke atas kanak- kanak yang alami masalah psikiatri atau melalui trauma. Terapi seni digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami trauma dengan kematian ibu bapa dan hilang tempat tinggal seperti insiden taufan, gempa bumi atau peperangan. Namun, terapi seni bukan hanya untuk kanak-kanak bermasalah saja. Seni sama ada lukisan, kraf, kolaj atau yang menggunakan tanah liat juga mempunyai kesan terapeutik kepada semua golongan. Kini ramai ibu bapa moden, terutama yang tinggal di bandar, mula menghantar anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya, terutama dalam membantu perkembangan minda serta terbukti dapat meningkatkan daya tumpuan ketika belajar. Melukis juga cara anak meluahkan pemikiran dan perasaan. Oleh kerana penguasaan bahasa terhad, kebanyakan kanak-kanak tidak tahu menceritakan apa yang ada dalam fikiran mereka. Ibu bapa boleh menjadikan lukisan anak sebagai perantara untuk berkomunikasi dengan si kecil. Beri rangsangan kepada anak dengan memuji lukisan mereka cantik, walaupun pada pandangan anda ia hanya corengan. Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ia juga proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit. Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri. Presiden Persatuan Pskiatri Malaysia sendiri iaitu Dr Yen Teck Hoe ada mengatakan bahawa seni asasnya adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai perangkap persepsi yang mewakili minda pada satu-satu masa. Walaupun hanya satu garisan, ia adalah luahan emosi pelukis. Dr Yen berkata, di Malaysia sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan pesakit gangguan psikotik berhadapan dengan masalah tekanan, kekacauan bipolar dan skizofrenia. Mereka kerap tidak difahami dan kadangkala tidak diberi
17

peluang untuk pulih. Beliau menambah, proses perubatan itu hanya bersifat holistik. Ubat saja tidak boleh mengubati masalah berkaitan komunikasi atau sosial dengan orang lain bagi mereka yang sakit mental. Namun, terapi seni lukisan, malah muzik dan tarian boleh membantu mereka meluahkan perasaan tanpa bercakap. Dengan cara itu katanya, ia dapat mengurangkan tekanan, ketakutan dan kebimbangan sebaliknya memberikan mereka satu bentuk kebebasan dalam pemikiran. Proses kreatif ini melonjakkan harga diri mereka, membantu proses pemikiran dan membolehkan mereka meneroka persoalan peribadi. Apa yang dapat pengkaji simpulkan adalah ibubapa tidak seharusnya membuat tafsiran sendiri kerana mereka tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anak, sebaliknya ibubapa perlu meminta anak-anak bercerita mengenai lukisan mereka. Dengan cara ini, ibubapa sekaligus dapat menggalakkan anak-anak untuk berfikir iaitu bermula daripada proses melukis hinggalah kepada bercerita. Sesetengah kanak-kanak sukar diajak berkomunikasi, terutama jika mereka seorang yang pendiam. Sebenarnya komunikasi perlu berlaku dalam dua hala dan lukisan boleh menjadi medium untuk berinteraksi dengan anak-anak. Kajian 2: Pentaksiran Autentik - Keperluan Penilaian Di Peringkat Pendidikan Prasekolah. Kajian pentaksiran autentik keperluan penilaian di peringkat pendidikan prasekolah telah ditulis oleh Mariani Md Nor ( 2001 ) dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membincangkan tentang keperluan satu sistem pentaksiran di prasekolah yang mampu serta boleh mengukur keupayaan kanak-kanak dan pelbagai aspek perkembangan mereka seperti perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kepelbagaian objektif serta kepelbagaian dalam keadah penilaian mewarnai institusi prasekolah yang wujud masa kini boleh meninggalkan impak yang sama ada menambah baik atau meninggalkan kesan negatif dalam proses perkembangan kanak-kanak terutama apabila mereka beralih ke pendidikan yang lebih tinggi dan lebih formal. Saranan yang dipaparkan dalam artikel ini adalah berdasarkan senario prasekolah yang wujud dan persekitaran yang sentiasa mengalami perubahan sama ada dari segi infrastruktur, keperluan dan kehendak yang datang dari pelbagai seperti keluarga, perniagaan, dasar polisi dan sebagainya. Menurut pengkaji dalam proses pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya merupakan salah satu komponen kritikal dalam membuat penilaian berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi pengukuran sama ada yang dibuat secara kuantitatif atau kaulitatif. Proses penilaian ini berlaku secara berterusan dan bukan hanya dilakukan pada akhir sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu. Pentaksiran berterusan mengikut Rohani & Mohd Majid (2003), mampu
18

member panduan dan ruang kepada pelajar dan guru untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Manakala Mazzeo (2001) pula berpendapat pentaksiran berterusan memberi bukti yang lebih komprehensif, sahih, autentik, dipercayai dan adil berbanding dengan pengujian yang lain. Dalam bidang pendidikan awal kanakkanak, salah satu daripada tujuan utamanya adalah memberi persediaan sebelum memasuki alam persekolahan yang lebih formal. Persediaan yang dimaksudkan pada peringkat prasekolah agak berbeza dari peringkat pendidikan lain yang lebih tinggi. Persediaan peringkat prasekolah yang dimaksudkan bukan sahaja dari aspek kognitif tetapi juga dari aspek lain seperti aspek sosio-emosi, fizikal, moral, agama dan estetika. Dengan kurikulum yang berbeza di antara satu institusi prasekolah dengan institusi prasekolah yang lain maka akan terhasillah pelbagai persediaan yang mungkin merangkumi perkembangan yang disebut atau mungkin tidak. Mengikut Dodge et. al.(1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut beliau lagi penilaian yang berterusan yang berlaku dalam bilik darjah mampu memberikan gambaran yang lebih tepat, bermakna tentang keupayaan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Pada kebanyakan prasekolah masa ini, menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Bagaimanapun, terdapat juga amalan kaedah lain seperti pengajaran menggunakan Amalan Perkembangan Bersesuaian. Kaedah ini merupakan satu proses yang melibatkan proses pembelajaran kanakkanak berdasarkan minat, kebolehan dan keupayaan. Oleh disebabkan kepelbagaian yang wujud pada setiap prasekolah yang ada di Malaysia, amat ketara wujud juga kepelbagaian dari aspek penilaian yang diamalkan. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan guru prasekolah bagi mengetahui perkembangan atau kemajuan kanak-kanak ialah pemerhatian, anekdot, Portfolio yang mengumpul maklumat kemajuan kanak-kanak dari hasilan kerja kanak-kanak, pemerhatian yang dilakukan sama ada mengikut skala masa atau skala kadar dan ujian bertulis yang dibuat daripada tinjauan oleh penulis semasa proses penyeliaan pelajar (2001 hingga 2003) yang menjalani praktikum di sekitar beberapa buah prasekolah di Lembah Kelang, sebilangan besar prasekolah kaedah ketiga iaitu pemerhatian adalah salah satu elemen agak kurang diamalkan. Berdasarkan kepada kaedah penilaian yang dilaksanakan oleh prasekolah di Malaysia serta ciri penubuhan prasekolah yang wujud, tidak hairan jika keupayaan kanak-kanak yang masuk ke tahap satu alam persekolahan agak berbeza dari pelbagai aspek di antara satu sama lain. Selain itu, pelaksanaan sistem pentaksiran yang sedia ada di prasekolah juga tidak semudah yang diperkatakan kerana dalam melaksanakan proses penilaian yang mereka amalkan terdapat pelbagai kekangan yang harus diharungi.
19

Menurut pengkaji lagi, Pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Mengikut Hills (1993), pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalam mengumpul maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran mereka, Dalam masa yang sama pentaksiran juga dikatakan akan dapat mengenalpasti signifikannya matlamat dan objektif pendidikan serta rnenggunakan maklumat yang ada untuk merancang program yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak, Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dalam penulisan mengenai pentaksiran yang bersesuaian dengan kanak-kanak perlu rnelibatkan penilaian yang bermakna terutama dalam aspek pemerhatian dan pengukuran yang dibuat ke atas diri kanak-kanak. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik adalah antara jenis pentaksiran yang difikirkan dapat memenuhi kehendak dan citarasa keperluan pendidikan prasekolah. Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pcngetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna (Rudner & Boston, 1994). Dengan kaedah amalan yang digunakan di kebanyakan prasekolah iaitu Amalan Perkembangan Bersesuaian, maka amat wajar pentaksiran autentik digunakan. Pentaksiran autentik yang disarankan dalam artikel pengkaji ini mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Pentaksiran begini digunakan dengan meluas di negara lain dalam pendidikan prasekolah. Dalam kajian yang dijalankan oleh Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak diukur dengan menggunakan pentaksiran autentik dan didapati keberkesanan yang positif dalam mengenalpasti dan melapor proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran literasi di prasekolah. Kajian juga menunjukkan bahawa pentaksiran jenis autentik bukan sahaja boleh meninggalkan kesan yang positif terhadap melapor kemajuan kanak-kanak malah dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan
20

perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik juga disarankan oleh segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konstruktif. Ciri-ciri ini yang amat sesuai dengan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia pada masa ini. Kesimpulannya, pengkaji menyatakan bahawa dapat membuka laluan untuk hala tuju yang lebih positif terhadap corak penilaian yang perIu dan seharusnya dilakukan oIeh pendidikan prasekolah. Pihak yang tertentu seperti Kernenterian Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain yang terlibat dalam pendidikan prasekolah diharap dapat membuahkan sesuatu atau menghasilkan sesuatu berkaitan garis panduan pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap. Pentaksiran yang berkesan sangat bergantung kepada bagaimana untuk menganalisis dan mentafsir keputusan yang dihasilkan oleh pelbagai strategi, kaedah dan alat pentaksiran. Dalam proses pelaksanaan sama ada yang telah atau bakal dilakukan, adalah juga diharapkan guru memahami, mahir, berupaya, dan mengamalkan penggunaan pelbagai jenis alat pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan di prasekolah. Melalui pentaksiran autentik guru diharap berupaya membuat keputusan serta bersedia untuk melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan. Segala usaha untuk mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang standard memerIukan keperihatinan dan penelitian serta pemantauan berterusan agar proses yang berjalan tiada mengalami kecacatan. Dengan kata lain, dalam pendidikan prasekolah, pentaksiran perIu mengikuti peredaran masa dan sangat mernainkan peranan penting bagi membantu kejayaan. Kajian 3 : Kaedah Pengajaran Guru-Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Bachok, Kelantan

Kajian kaedah pengajaran guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) kawasan Bachok, Kelantan telah ditulis oleh Norliza Binti Abdul Manaf (2008) dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Penyelidikan ini telah melibatkan responden seramai 34 orang dan kesemua responden dari kalangan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal-selidik bagi mendapatkan data kajian. . Menurut pengkaji, kajian ini adalah bertitik tolak daripada kenyataan Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan dalam harakah.net (2006) yang menyatakan pelajar-pelajar lepasan PASTI lebih berdisiplin dan berakhlak walaupun mereka belajar di sekolah kebangsaan. Dalam hal ini, sudah pasti ada sesuatu yang telah dilakukan oleh guru-guru PASTI menyebabkan kanak-kanak
21

ini berjaya. Salah satu sebabnya adalah proses pengajaran yang telah dilakukan oleh guru-guru pusat asuhan tersebut. Pusat Asuhan Tunas Islam yang menjadi batasan kajian dalam kajian ini adalah salah satu pusat asuhan kanak-kanak dalam pendidikan yang berasaskan Islam. Pusat ini menjalankan proses pengajaran kanak-kanak dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang dapat menarik minat mereka untuk belajar di sini. Hal ini menyebabkan ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar agama Islam dan akademik di sini. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kaedah pengajaran utama yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti penggunaan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru PASTI serta kekuatan kaedah-kaedah tersebut. Berdasarkan kajian yang lepas, diperhatikan ramai ibubapa menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan ini kerana amat tertarik dengan teknik yang digunakan oleh guru-guru PASTI dalam mengajar anak-anak mereka serta untuk mengenalpasti pengetahuan guru-guru PASTI terhadap kaedah lain. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui kekuatan kaedah yang digunakan oleh guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan berharap ianya dapat mendorong guru-guru PASTI lebih bersemangat untuk menjalankan kaedah mengajar yang lebih berkesan. Di samping itu juga, pengkaji berharap kajian ini dapat memberi garis panduan kepada semua pihak yang bertanggungjawab supaya dapat merancang strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih instrumen kajian yang berbentuk soal selidik kerana pengkaji yakin data primer yang diperolehi adalah jelas dan tepat, boleh membantu berhubung dengan responden dengan lebih cepat serta boleh menjimatkan masa, tenaga serta perbelanjaan penyelidikan. Bagi mendapatkan data sekunder pula, pengkaji memperoleh data melalui buku-buku, laporan dan penyelidikan yang berkaitan dengan tajuk kajian selain daripada kajian lepas, sumber internet, ensiklopedia dan kertas kerja. Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu kaedah pengajaran yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden yang dikaji memberikan maklumbalas yang baik berdasarkan nilai min bagi 24 item soalan sebanyak 4.06. Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang dikemukakan seperti kaedah hafalan, kaedah soal jawab, kaedah lawatan, kaedah halaqah, kaedah imlak, kaedah permainan, kaedah demonstrasi (tunjukcara) dan kaedah bercerita. Setiap kaedah mempunyai 3 soalan.

22

Daripada kajian yang telah dijalankan, kaedah pengajaran yang digunapakai oleh guru-guru di PASTI Bachok, Kelantan adalah kaedah hafalan, soal jawab, lawatan, halaqah, imlak, permainan, demonstrasi dan bercerita. Antara kaedah-kaedah tersebut, item yang mendapat min tertinggi adalah mengajar dengan kaedah demonstrasi (tunjuk cara) dengan min sebanyak 4.35. Manakala item yang mencatatkan min terendah adalah lawatan dengan min sebanyak 3.57. Ini adalah kerana 100% guru-guru PASTI berpendapat kaedah demonstrasi memudahkan penyampaian pengajaran dan murid dapat melakukan solat dengan sempurna apabila diajar dengan menggunakan kaedah demonstrasi. Bagi kaedah-kaedah pengajaran lain yang digunakan oleh guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Bachok, Kelantan ini, min bagi kaedah hafalan (3.98), kaedah soal jawab (4.07), kaedah lawatan (3.72), kaedah halaqah (4.08), kaedah imlak (4.08), kaedah permainan (4.09) dan kaedah bercerita (4.21). Oleh itu, bagi persoalan kajian yang pertama iaitu untuk mengetahui kaedah pengajaran yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mencatatkan purata min keseluruhan mengikut kaedah yang tertinggi adalah kaedah demonstrasi (tunjuk cara ) iaitu sebanyak 4.31. Ini bermakna objektif kajian yang pertama mendapat maklum balas yang positif daripada responden dan menunjukkan mereka bersetuju dengan item yang dikemukakan. Ini kerana min semua item yang disebutkan berada pada kedudukan tinggi iaitu 3.68 hingga 5.00. Pengkaji juga telah memberikan beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu berhubung dengan peningkatan prestasi pengajaran guru-guru PASTI dengan menggunakan semua kaedah pengajaran yang sedia ada. Ini adalah kerana semua kaedah pengajaran ini telah digunakan sebaik mungkin oleh guruguru PASTI Bachok dan penerimaan terhadap kaedah-kaedah pengajaran ini adalah di tahap yang memuaskan. Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa majoriti guru-guru PASTI telah menggunakan kaedah pelajaran yang dikaji. Selain itu,pengkaji juga telah mengenalpasti kaedah utama yang disukai oleh guru-guru PASTI iaitu kaedah hafalan serta pengetahuan guru-guru PASTI terhadap kaedah-kaedah lain berada di tahap positif. 5.0 ISU-ISU GURU

Kajian 1 : Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Tentang Teori Vygotsky Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Kanak - Kanak Prasekolah

23

Kajian ini tentang tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap teori Vygotsky dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah ditulis oleh Awang Salleh bin Awang Wahap & Dr. Zamri Mahamod (2006), dari Jabatan Ilmu Pendidikan di Institut Perguruan Tun Abdul Razak. Kajian ini dijalankan ke atas 50 orang guru prasekolah annex Kementerian Pelajaran Malaysia di daerah Kuching yang dipilih secara rawak mudah. Huraian KPK menyebut bahawa kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat (Kementerian Pelajaran Malaysia 2003). Dalam kata lain, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa akan meningkatkan tahap kemahiran bahasa kanak-kanak. Sebagai alat berfikir, kemahiran bahasa yang tinggi sudah tentu membantu proses pembelajaran dalam domain perkembangan yang lain. Teori Vygotsky menekankan pengaruh persekitaran sosial terhadap perkembangan kanak-kanak, khususnya aspek perkembangan bahasa adalah alat utama interaksi yang berperanan sebagai penyampai maklumat. Model konseptual kurikulum prasekolah kebangsaan (KPK) meletakkan komponen bahasa dan komunikasi sebagai pusat pembelajaran melalui pendekatan bersepadu berasaskan pengalaman sosial kanak-kanak. Kemahiran kognitif dan pola pemikiran tidak ditentukan oleh faktor semula jadi, sebaliknya terhasil daripada aktiviti dalam institusi sosial kanak-kanak tersebut (Schutz 2004). Menurut Thomas (1993), dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak, bahasa merupakan alat terpenting menentukan bagaimana kanak-kanak belajar cara berfikir kerana pemikiran dipindahkan kepada kanak-kanak dalam bentuk perkataan. Permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru di mana kurang ilmu pengetahuan tentang teori Vygotsky sedangkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan telah diterapkan kepada pelajar tanpa kesedaran dan perancangan yang terarah. Oleh itu, teori tersebut tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan guru prasekolah tentang Teori Vygotsky dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah, aspek amalan prinsip-prinsip asas Teori Vygotsky dalam pengajaran dan perbandingan tentang aspek pengetahuan dan amalan prinsip-prinsip Teori Vygotsky dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan opsyen. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi jawapan ya dan tidak yang ditadbir secara temubual langsung. Data dianalisis secara statistik deskriptif untuk menerangkan demografi responden dan mengira kekerapan serta peratusan guru prasekolah yang mempunyai pengetahuan dan amalan prinsip Teori Vygotsky. Ujian inferensi non-parametrik menggunakan Khi Kuasa Dua dijalankan untuk melihat perbezaan kekerapan yang didapati dengan kekerapan yang dijangkakan. Ujian ini digunakan untuk menentukan sama ada
24

perbezaan kekerapan antara dua kumpulan responden yang diperhatikan dalam sesuatu kategori berlaku kerana kebetulan atau kerana ralat persampelan. Dapatan kajian menerangkan data yang diperolehi dengan lebih jelas di mana daripada 50 orang responden, 21 orang guru opsyen prasekolah dan 29 orang guru opsyen lain. Daripada 21 orang guru opsyen prasekolah, 10 orang (47.6%) mengaku mempunyai pengetahuan tentang Teori Vygotsky. Sebanyak 15 orang (71.4%) mengaku mengamalkan prinsip-prinsip asas Teori Vygotsky dalam pengajaran. Sebanyak 14 orang (66.7%) guru opsyen prasekolah berpendapat, mereka perlu diberi kursus tentang Teori Vygotsky. Hanya 7 orang (33.3%) guru opsyen prasekolah berpendapat mereka tidak perlu kursus berkaitan kerana merasakan mereka tahu dan telah mengamalkan prinsip-prinsip asas Teori Vygotsky. Manakala daripada 29 orang guru opsyen lain, hanya 7 orang (24.1%) mengaku mempunyai pengetahuan tentang Teori Vygotsky. Ini bermakna 75.9% guru opsyen lain yang mengajar prasekolah tidak tahu tentang Teori Vygotsky. Bagaimanapun 12 orang (41.3%) daripada mereka mengaku mengamalkan prinsip-prinsip penting Teori Vygotsky seperti memberi perhatian terhadap aktiviti bahasa dalam pengajaran (interaksi). Sebanyak 28 orang (96.5%) guru yang bukan opsyen prasekolah ini berpendapat mereka perlu diberi kursus berkaitan Teori Vygotsky. Seterusnya ujian inferensi non-paramatrik dilakukan menggunakan Khi Kuasa Dua dijalankan secara berasingan bagi aspek pengetahuan dan amalan teori Vygotsky. Hasil ujian ini menunjukkan nilai Khi Kuasa Dua diperolehi lebih kecil daripada nilai Khi Kuasa Dua kritikal, ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan responden dari aspek pengetahuan tentang Teori Vygotsky. Manakala hasil Khi Kuasa Dua dari aspek amalan prinsip-prinsip Teori Vygotsky pula menunjukkan nilai Khi Kuasa Dua diperoleh lebih besar daripada nilai Khi Kuasa Dua kritikal, ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan responden. Melalui perbincangan yang dibuat oleh pengkaji sebahagian besar guru opsyen lain dikehendaki mengajar kelas prasekolah perluasan kerana sekolah tidak dibekalkan dengan guru lepasan maktab yang mempunyai opsyen prasekolah. Ini menyebabkan pengendalian kelas prasekolah oleh guru-guru ini, terbawa-bawa dengan cara pengajaran di kelas formal sekolah rendah. Hanya sebilangan kecil daripada guru ini secara kebetulan telah mengikuti KDP 14 minggu. Bilangan guru yang mengajar kelas prasekolah kurang daripada tiga tahun sebanyak 34 orang (68%) adalah selari dengan langkah perluasan prasekolah annex yang dilaksanakan secara berperingkat dari setahun ke setahun sejak 2001. Guru opsyen prasekolah yang mengaku mempunyai pengetahuan tentang Teori Vygotsky sebanyak 10 orang bagaimanapun turut mengakui bahawa pengetahuan mereka hanya terhad kepada prinsip ZPD dan interaksi sosial dalam pembelajaran. Manakala tujuh orang guru opsyen lain yang mengaku mempunyai pengetahuan tentang Teori Vygotsky merupakan guru yang telah
25

menghadiri KDP 14 minggu pada tahun 2003 dan 2004. Bagaimanapun mereka hanya dapat mengaitkan ZPD dengan Teori Vygotsky. Walaupun sebahagian responden (27 orang/ 54%) mengaku mengamalkan beberapa prinsip Teori Vygotsky, mereka turut mengakui bahawa mereka sebenarnya tidak tahu apakah prinsip-prinsip asas teori yang diamalkan. Mereka menjalankan aktiviti secara kumpulan, tetapi sebahagiannya mengaku bahawa dalam aktiviti kumpulan kanak-kanak membuat tugasan masing-masing. Kanak-kanak tidak digalakkan saling membantu untuk mengelak kebisingan. Responden juga mengaku mereka kerap membantu kanak-kanak dalam pembelajaran, tetapi tidak tahu bahawa aktiviti membantu ini satu bentuk scaffolding untuk mencapai ZPD. Responden berpendapat mereka sangat memerlukan kursus berkaitan dengan Teori Vygotsky agar dapat memahami dan melaksanakannya dalam pengajaran secara sedar dan terancang. Sebanyak 42 orang (84%) responden memilih untuk mengikuti kursus seumpamanya jika diberi peluang. Ini jelas menunjukkan betapa guru - guru yang mengendalikan kelas prasekolah anjuran KPM mempunyai pengetahuan yang amat sedikit tentang salah satu teori perkembangan yang amat penting. Justeru, tidak menghairankan jika sebahagian daripada mereka mengajar kelas prasekolah seperti mengajar kelas Tahap satu sekolah rendah. Hasil ujian Khi Kuasa Dua yang dijalankan untuk aspek pengetahuan terhadap responden jelas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden tentang Teori Vygotsky dalam pengajaran bahasa di prasekolah amat rendah. Secara keseluruhannya, baik guru opsyen prasekolah mahupun guru opsyen lain yang mengajar prasekolah, sebahagian besar mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang teori perkembangan yang amat penting ini. Kesimpulannya tidak ada perbezaan antara guru opsyen prasekolah dan opsyen lain dari aspek pengetahuan kerana kedua-dua golongan tersebut tidak tahu tentang teori ini, apatah lagi hendak melaksanakannya dengan berkesan. Dalam kajian ini juga, pengkaji turut memberikan beberapa cadangan kepada pihak-pihak berkenaan supaya mengambil tindakan tertentu untuk mendedahkan Teori Perkembangan Vygotsky secara lebih meluas kepada guruguru prasekolah. Antaranya ialah mengkaji teori ini secara lebih mendalam untuk serapkan dalam kurikulum latihan dan kursus perguruan. Selain itu, mengkaji teori ini secara lebih mendalam untuk dijadikan salah satu amalan pengajaran yang penting di peringkat prasekolah kerana sesuai dengan pendekatan pengajaran prasekolah yang sedia dilaksanakan, iaitu belajar melalui bermain, pengajaran bertema, teknologi maklumat dan komunikasi, dan pendekatan bersepadu serta sebagai langkah jangka masa pendek, bengkel dan kursus pendek perlu difikirkan untuk memberi pendedahan mendalam teori ini kepada guru prasekolah. Sebagai langkah jangka masa panjang, institusi latihan guru boleh memikirkan secara serius untuk memperkemas kurikulum latihan guru prasekolah dengan memberi penekanan kepada teori perkembangan ini.
26

Sebagai kesimpulannya, pengkaji menyatakan pengalaman pelajar peringkat awal akan menentukan kesediaan kanak-kanak prasekolah memasuki alam persekolahan formal. Oleh itu, sangat penting bagi guru memahami aspek perkembangan kanak-kanak secara mendalam dan melaksanakan amalan pengajaran yang sesuai dengan tahap dan keperluan perkembangan kanakkanak untuk diserap dalam pengalaman kanak-kanak tersebut. Bahasa merupakan elemen penting diajar merentasi keseluruhan kandungan kurikulum dan menjadi pusat pembelajaran dan alat berfikir bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Oleh itu, penggunaan Teori Vygotsky dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa peringkat prasekolah sangat bermakna digunakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran prasekolah secara keseluruhannya.

6.0

LAIN-LAIN ISU

Kajian 1 : Keberkesanan Pendidikan Prasekolah KEMAS dan Swasta: Perbandingan Mengikut Persepsi Ibu bapa Azizi & Jamaludin (2001) telah menjalankan satu kajian berbentuk tinjauan mengenai persepsi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke institusi prasekolah swasta dan Tadika KEMAS. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan ibu bapa terhadap guru KEMAS dan juga peralatan yang digunakan. Sampel kajian ini terdiri dari 90 orang ibu bapa yang menghantar anak mereka ke institusi pra sekolah swasta dan KEMAS di Taman Universiti, Taman Sri Pulai dan juga Taman Teratai. Penyelidik menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) bagi menganalisis data yang diperolehi dari kajian. Data dianalisis dengan membandingkan pendapat ibu bapa terhadap tadika KEMAS dengan tadika Swasta. Kajian ini dijalankan dari bulan Julai 2001 hingga September 2001. Antara objektif kajian ini ialah:
1. Menentukan sejauhmana faktor peralatan yang disediakan oleh swasta

mampu mempengaruhi ibu bapa dalam memilih institusi prasekolah untuk anak mereka. 2. Mengenalpasti sama ada faktor persekitaran ke institusi prasekolah mempengaruhi ibu bapa dalam memilih institusi prasekolah untuk anak mereka. 3. Mengkaji sikap guru tadika KEMAS dan swasta dari kaca mata ibu bapa. 4. Melihat sama ada personaliti guru KEMAS dan guru tadika swasta berbeza sehingga ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke tadika KEMAS.

27

Berikut merupakan dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian yang telah dijalankan: 1) Peralatan yang digunakan oleh tadika swasta dan KEMAS Hasil dapatan menunjukkan nilai p adalah 0.357 manakala paras signifikan adalah di bawah 0.05. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara peralatan yang digunakan oleh tadika KEMAS dan tadika swasta. Ini menunjukkan terdapat perbezaan di antara kemudahan yang disediakan oleh Tadika KEMAS dan tadika swasta dengan nilai korelasinya 0.039. Nilai ini menunjukkan bahawa perbezaan ini boleh dikatakan hampir tiada. 2) Faktor persekitaran Tadika KEMAS dan Swasta Berdasarkan dapatan kajian, persekitaran Swasta dan KEMAS mengikut paras signifikan, p adalah 0.167 dan melebihi paras signifikan 0.05. Ini menunjukkan terdapat sedikit perbezaan yang signifikan di antara persekitaran Swasta dan persekitaran KEMAS dengan nilai korelasinya 0.103. Tahap perbezaan ini amat rendah sekali untuk dijadikan sebab mengapa ibubapa tidak menghantar anak mereka ke Tadika KEMAS. 3) Sikap guru tadika KEMAS dan Swasta Hasil dapatan menunjukkan bahawa nilai p adalah 0.042 di mana ianya di bawah paras signifikan 0.05. Dengan itu ia menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan di antara guru tadika KEMAS dan Swasta. 4) Personaliti guru tadika KEMAS dan Swasta Merujuk kepada dapatan kajian, paras signifikan, p adalah 0.002 dan berada di bawah paras 0.01. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara guru tadika Swasta dan KEMAS. Nilai korelasi pula adalah 0.295 yang bermakna perbezaan ini berada pada tahap lemah. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, pengkaji menyatakan bahawa hampir tiada langsung perbezaan di antara guru dan kemudahan yang disediakan oleh Tadika KEMAS dan Tadika Swasta, maka sudah tentulah ada unsur lain yang mempengaruhi ibubapa menghantar anak mereka ke prasekolah swasta. Disebabkan skop kajian yang kecil, iaitu terhadap kemudahan dan guru sahaja maka penyelidik mencadangkan agar kajian dilakukan terhadap pembolehubah luaran iaitu kurikulum dan kaitan politik dengan persepsi ibubapa terhadap KEMAS. Kemungkinan dua agenda ini menjadi faktor utama mengapa ibubapa tidak menghantar anak mereka ke Tadika KEMAS memandangkan aspek-aspek yang telah dibincangkan tidak memberikan perbezaan yang ketara. Selain daripada itu, kemungkinan lain adalah disebabkan kurangnya populariti Tadika KEMAS adalah kerana tiada publisiti terhadap tadika ini. Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian ini faktor peralatan, persekitaran, sikap dan pengalaman guru bukan faktor yang besar yang mendorong ibu bapa memilih tadika swasta. 7.0 KESIMPULAN
28

Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih yang bersih dan suci. Kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa haruslah mencorakkan kehidupan mereka ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga dari segi sosial mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. bahawa "Kanak-kanak mula bercahaya akalnya pada umur lima tahun...." Ini jelas menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan oleh orang sekelilingnya. Di sini jelas menunjukkan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana masa inilah mereka belajar memahami sesuatu perkara dengan bantuan guru-guru mereka. Mengikut kajian-kajian yang dijalankan, ramai guru melaksanakan pengajaran seperti belajar melalui bermain kepada kanakkanak. Tidak dinafikan bermain merupakan fitrah kanak-kanak dan waktu bermain itulah mereka belajar tentang persekitarannya. Bermain merupakan sebagai satu titik yang penting bagi memperkembangkan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat meningkatkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid itu. RUJUKAN Awang Salleh & Dr. Zamri Mahamod (2006). Tahap Tengetahuan Guru Prasekolah Tentang Teori Vygotsky dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah. Diperolehi pada Januari 28, 2011 daripada:http://ipgmktar.edu.my/index.php?
option=com_docman&task=cat _view&gid=126&Itemid=48&lang=bm

Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder & Stoughton Dr. Azizi Hj. Yahaya, & Jamaludin Ramli (2001). Keberkesanan Pendidikan Prasekolah KEMAS dan Swasta:Perbandingan Mengikut Persepsi Ibu bapa. Diperolehi pada Februari 20, 2011 daripada: http://eprints.utm
.my/2348/1/AziziYahaya_Keberkesanan_Pendidikan_Prasekolah_KEMAS. pdf

Elis Johannes Hendry Salim, &Rohaty Mazjub (2009). Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Prasekolah: Tinjauan di Beberapa Tadika Swasta di Daerah Curug, Tangerang, Indonesia. Diperolehi pada Februari 19, 2011 daripada:
http://www.ukm.my/fpendidikan/images/download/20.219238%20Pemantapan%20Elis.pdf

Erikson, Erik H. (1975). Play, Psycological Aspect: New York, Arnos Press. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Diperolehi pada Mac 20, 2011 daripada :
29

http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id5.html

Ling Pik Kuong & Hasnah Toran (2010). Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia. Diperolehi pada Februari 24, 2011 daripada:
http://file.upi.edu/Direktori/JURNAL/EDUCATIONIST/VOL. IV/NO1.JANUARI2010

Mariani Md Nor (2001). Pentaksiran Autentik: Keperluan Penilaian di Peringkat Pendidikan Prasekolah. Diperolehi pada Januari 28, 2011 daripada:
http://myais.fsktm.um.edu.my/5136/1/6.pdf

Nabilah Bt Jumal (2010). Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak .Diperolehi pada Mac 3, 2011 daripada: http://www.docstoc.com/ docs /
66267372 / Penaksiran-dan-Penilaian-Perkembangan-Kanak-kanak

Norliza Manaf (2008). Kaedah Pengajaran Guru-Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Bachok, Kelantan. Diperolehi pada Februari 24, 2011 daripada:http://eprints.utm.my/11033/1/Kaedah_Pengajaran_GuruGuru _ Pusat_Asuhan _Tunas_Islam__Pasti__Kawasan_Bachok.pdf

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. [On-line]. Diperoleh pada Mac 23, 2011 daripada : http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id5.html Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan Prasekolah : Cabaran Kualiti. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin .1989. Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Saayah Bt Abu (2005). Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain di TadikaTadika Kawasan Melaka Tengah, Melaka.Diperoleh pada Januari 26, 2011 daripada:http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saayah.pdf

30

You might also like