You are on page 1of 2

Kaedah Penyelesaian :

1.

Saya akan beri penegasan tentang hubungan antara unit ringgit dan sen iaitu RM 1 = 100 sen. Tegaskan bahawa jika nilai ringgit diberi tanpa nilai sen maka nilai sen adalah sifar dan nilai sen tidak boleh melebihi 99 sen jika nilai lebih dari nilai tersebut secara automatik ia perlu ditukar kepada nilai ringgit.

2.

Saya juga akan membuat penegasan bahawa hubungan unit ringgit dan sen ialah RM 1 = 100 sen . 100 sen mempunyai dua sifar maka tapak untuk nilai sen ialah dua tapak jika nilai sen mempunyai 3 digit maka digit yang paling kiri akan dimasukkan ke ruangan ringgit. Murid boleh menulis angka bermula dari digit yang paling kanan terlebih dahulu. Contohnya merujuk kepada soalan 185 sen, murid akan memasukkan nilai sen bermula dengan digit 5 diikuti 8 seterusnya 1 bermula tapak yang paling kanan.

3. Langkah 1 : Sediakan sempadan unit RM dan Sen. 4. Langkah 2 : Letakkan hubungan unit ringgit dan sen iaitu 1 = 100

5. Langkah 3 : Sediakan tapak untuk nilai sen iaitu 2 tapak ( rujuk nilai sifar 100 ) 6. Langkah 4 : Masukkan digit yang hendak ditolak bermula dengan RM25 diikuti 185 sen. Pastikan nilai RM25 ditulis dengan nilai ringgit dan sen seperti 25.00 manakala untuk menulis 185 sen ,murid perlu mulakan dengan digit 5 terlebih dahulu diikuti dengan digit 8 pada tapak sen dan digit satu perlu diletak pada ruangan ringgit kerana hanya dua tapak sahaja disediakan untuk unit sen. 7. Langkah 5 : Setelah kedudukan diletak pada tempat yang betul maka operasi tolak boleh dijalankan. 8. Walaupun prosesnya nampak rumit tetapi jika murid telah latih dengan kaedah ini ianya boleh dilakukan dengan pantas. Kaedah ini boleh dilakukan untuk semua unit asas ukuran dan asas nombor. Penggunaan kaedah ini dapat mengukuhkan konsep hubungan unit yang digunakan. 9. Oleh itu jawapan bagi soalan :RM 25 - 185 sen ialah RM23.15

You might also like