You are on page 1of 19

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA

Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia


1

PENDAHULUAN
Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain.
2

TAMADUN CINA
Negeri China mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Jumlah penduduknya ialah 1,104,275,000 orang. Jumlah penduduk Islam pula ialah lebih kurang 77 juta orang, menjadikan penganut Islam sebagai minoriti terbesar di negara tersebut. Masyarakat Islam yang berketurunan China yang dikenali sebagai Hui, selain daripada masyarakat Islam keturunan Turki di wilayah Xing JiangUighur. Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di dua buah wilayah iaitu wilayah autonomi Xing Jiang Uighur, wilayah autonomi Ning Xia dan dua buah wilayah lain yang juga mempunyai penduduk Islam melebihi 40% iaitu wilayah Kang Su.
4

Kedatangan Islam Ke China


Menerusi jalan laut dan jalan darat. Islam terlebih dahulu tiba di dua buah wilayah di Selatan China, iaitu Fujian (Hokkein) dan juga Guang Dong (Canton). Ramai orang Cina yang berasal dari dua buah wilayah ini, khususnya yang terdapat di Asia Tenggara, tidak mengetahui bahawa di wilayah Fukien (Hokkein) dan Guang Tong (Canton) sehingga kini terdapat ramai penganut Islam daripada keturunan mereka. Bilangan penduduk Islam tidak berapa menonjol kerana beberapa sebab, antaranya:
Berlaku proses asimilasi antara masyarakat muslim dan bukan muslim. Ramai penganut Islam kurang menghayati ajaran agama dan peraturan makanan.
5

Islam di China
Islam tersebar di China melalui :
Perdagangan Perkahwinan Politik Sikap dan sifat penganut Islam

Gabungan budaya Cina dan budaya Islam melahirkan suatu masyarakat Cina Islam yang unik, iaitu sedar tentang hukum-hukum Allah dan perasaan manusia.
6

INTERAKSI ANTARA ISLAM DAN CINA DI MALAYSIA


Masyarakat Cina yang berhijrah ke Malaysia pada masa lalu diterima dengan baik oleh masyarakat Melayu ketika itu kerana ajaran Islam yang menekankan sifat menghormati tetamu. Masyarakat Baba dan Nyonya yang wujud di Melaka khususnya merupakan satu manefestasi interaksi yang baik antara masyarakat Cina dan Melayu.
Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal mereka walaupun mereka telah mengamalkan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.
9

Kenduri kahwin

10

11

12

Peta India

13

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN INDIA


Tamadun India merupakan tamadun yang tua. Tamadun yang telah berumur lebih daripada lima ribu tahun ini boleh dibahagikan kepada beberapa zaman, umpamanya ; Zaman Pra Sejarah, Zaman Veda, Zaman Dinasti Maurya, Zaman Emayar Gupta, Zaman Kerajaan Islam, Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda , Zaman Pemerintahan British, zaman Merdeka. Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan kesan besar serta mempengaruhi sifat luaran dan dalaman negara itu sekarang.

14

PEMERINTAHAN ISLAM
India telah diperintah oleh pelbagai dinasti kerajaan Islam untuk jangka masa yang agak panjang. Kesan peninggalan pemerintahan Islam di India kekal sehingga ke hari ini. Antara kesan pemerintahan Islam ialah di India, yang kini penduduknya melebih 1 bilion orang terdapat hampir 150 juta penganut Islam. Bilangan penduduk Islam di India merupakan kedua teramai selepas penganut agama Hindu. Pengaruh pemerintahan Islam di India terakam juga dalam seni bina dan pembentukan bahasa.
15

Antara Pemerintah Islam di India


Mahmud Ghazni (999) Muhammad Ghur (1174 M-1206). Qutb-ud-Din (- 1228). Alau ud Din (1296M-1316M). Jalaludin Akbar (1556-1605) Jahangir (1605-1627) Shah Jahan (1627-1658) Aurengzeb (1659-1707 )

16

CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA - BAHASA


Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu.
Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki.

Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab.
Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh perbendaharaan kata Urdu ialah: wajib dan munsyi
17

18

PENUTUP
Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya. Pertembungan yang positif seharusnya digalakkan untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya tidak seharusnya menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan negara.
19