P. 1
Penda Hulu An

Penda Hulu An

|Views: 1,389|Likes:

More info:

Published by: Sabri Khalizasabarifayuim on Sep 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

1.

0 PENDAHULUAN Rencana merupakan salah satu bentuk penulisan yang berteraskan fakta- fakta dan bukti- bukti yang kukuh dalam mengembangkan sesuatu isi oleh pengarang ataupun penulis. Terdapat pelbagai bentuk rencana yang dihasilkan seperti rencana yang berkaitan dengan isu semasa, ekonomi, kesihatan, sukan, pendidikan dan sebagainya. Dalam penulisan rencana, penggabungan idea perlu diserlahkan. Menurut Sulaiman, Abdullah & Ra,in ( 2006), seorang penulis rencana perlu mencernakan dalam fikiran sejumlah fakta yang diperolehi kemudian memilih fakta yang paling menarik untuk tatapan pembaca. Selain itu, seorang penulis rencana juga perlu sentiasa berwaspada dengan memastikan hubungan antara fakta tersebut dengan maklumat lain sentiasa wujud. Namun begitu, rencana yang dihasilkan kebiasaanya menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang terbaik supaya penulisan rencana menjadi lebih menarik dan tersusun. Oleh hal yang demikian, saya telah memilih tiga buah rencana yang dihasilkan oleh pengarang yang sama untuk melakukan analisis mengenainya bagi memenuhi tuntutan tugasan individu ini. Pengarang yang telah saya pilih ialah Pahrol Mohamad Juoi. Antara sebab yang mendorong saya memilih beliau adalah kerana beliau merupakan penulis tetap tentang rencana yang berkaitan dengan isu di dalam ruangan yang disediakan oleh Majalah Solusi. Tiga rencana yang dihasilkan oleh beliau ialah Apa Itu Bahagia?, Sabar itu Indah dan juga Bagaimana Membentuk Akhlak?. Ketiga- tiga rencana ini merupakan hasil nukilan Pahrol Mohamd Juoi dan menjadi bahan kajian saya dalam proses menganalisis rencana. Sekadar maklumat tambahan, Saudara Mohamad Juoi merupakan seorang penulis buku, kolumnis majalah, pencipta lirik, dan skrip, serta pengacara tv dan jurulatih berkelulusan UiTm, Shah Alam. Beliau berpengalaman mengendalikan program latihan dan motivasi untuk lebih 50 badan kerajaan dan swasta. Kini beliau bertugas sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Penyelidikan di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Bukunya Tentang Cinta mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan remaja terutamanya pelajar pusat pengajian tinggi.

1

Antara teknik yang akan dianalisis ialah strategi pemerengganan dan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis ataupun lebih dikenali sebagai stilitik di samping menyentuh serba sedikit pendekatan dalam penulisan yang digunakan oleh penulis . Perenggan merupakan satu unit wacana yang membangunkan idea tunggal. Menurut Sulaiman et. penulisan merupakan cara meneroka bahan iaitu cara untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam sesebuah peristiwa atau kejadian. Menurut Corbett & Connors (1999). kajian yang meneliti gaya bahasa pengarang dikenali sebagai stilistik. 1989). Tanpa stilistik sesuatu teks akan kelihatan kaku. skema perulangan. 2009). terdapat dua strategi dalam teori stilistik yang akan dikaji iaitu aspek skema dan majaz. Manakala majaz pula adalah bentuk gaya bahasa yang melibtakan ungkapan bahasa. penghujahan. Pendekatan ini boleh dibahagikan kepada enam jenis iaitu pemerian. Menurut Hasuria. pendedahan dan penceritaan (Hasuria & Rokiah. Stilistik merupakan salah satu ranting dalam ilmu retorika. skema pengguguran dan skema ragaman.0 PANDUAN DAN TEKNIK YANG AKAN DIGUNAKAN DI DALAM ANALISIS RENCANA Terdapat pelbagai teknik yang akan digunakan untuk menganalisis tiga rencana yang dihasilkan oleh Saudara Pahrol Mohamad Juoi. Dalam konteks yang lain. hiperbaton. pemujukan.2. Terdapat pelbagai pendekatan retorika yang boleh diaplikasikan mengikut bentuk penulisan. Hasil daripada analisis rencana ini. Ia terdiri daripada satu kumpulan ayat yang berkait rapat antara satu sama lain dari segi makna dan tatabahasa (Scott. pelaporan. skema dapat dibahagikan kepada lima kategori iaitu skema seimbang. sterotaip dan mendatar. Pendekatan dalam penulisan pula merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh penulis untuk menghasilkan penulisan yang paling baik. motif penulis dan khalayak pembacanya. 2 . Noriah & Radiah (2009). Rencana yang dihasilkan oleh Pahrol Mohamad Juoi juga turut menggunakan pendekatan stilistik ini. al (2006). pepatah dan yang seumpama dengannya (Umar Junus. saya mendapati terdapatnya strategi pemerengganan yang telah digunakan oleh pengarang iaitu Pahrol Mohamad Juoi dalam memperkukuhkan lagi bentuk penyampaian penulisannya. skema. 1991).

0 HASIL ANALISIS 3. Teknik ini dapat diperhatikan melalui petikan rencana di bawah: Apa buktinya mereka hilang bahagia? [soalan] Tidak payah kita berhujah menggunakan alQuran dan hadis. Berdasarkan teknik ini pengarang akan memulakan penulisannya dengan memberikan satu bentuk persoalaan kepada pembaca. teknik soalan tanpa jawapan ini digunakan bagi memastikan pembaca merasakan diri mereka sendiri mesti mencari jawapannya. Menurut Hasuria.3. saya telah memilih beberapa teknik penulisan yang biasa digunakan oleh penulis. Hal ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi penulisannya. melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala.ciri penanda bagi teknik ini ialah tanda soal (?).Jawapan Penulis menggunakan teknik soalan jawapan di dalam penghasilan rencananya ini mungkin kerana tajuk rencana yang ditulisnya sendiri berbentuk soalan. Ciri. Haslina & Aniswal (2009). Penggunaan teknik ini dapat diperhatikan di dalam contoh petikan di bawah: 3 .galanya itu [jawapan] Persoalan yang diberikan ini sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian pembaca di samping cuba mengajak pembaca berfikir mencari jawapan tentang soalan yang telah diajukan oleh penulis Teknik Soalan Tanpa Jawapan Teknik ini juga merupakan salah satu strategi pemerengganan yang telah diaplikasikan oleh penulis di dalam penghasilan rencananya.1 ANALISIS RENCANA PERTAMA (APA ITU BAHAGIA) Sebelum menganalisis rencana ini. Antara teknik yang ditekankan di dalam menganalisis rencana ini ialah strategi pemerengganan dan pendekatan di dalam penulisan di samping mengkaji gaya bahasa yang digunakan oleh penulis ataupun lebih dikenali sebagai stilistik. STRATEGI PEMERENGGANAN Teknik Soalan.

pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta. Oleh hal yang demikian. kekalahan dan lain. Hal ini demikian kerana. lalu mereka gagal merasakan bahagia [jawapan]. usia tua. kegagalan . bangsawan. Teknik Jawapan Soalan Berdasarkan teknik yang digunakan ini penulis akan memberikan jawapan kepada pembaca tentang sesuatu isu dan turut memberikan soalan kepada pembaca mengenai isu yang dibincangkan. sudah semestinya ujian hidup akan menghilangkan rasa bahagia dalam hidup. cercaan manusia kemiskinan. Berdasarkan contoh di atas.Mari kita lihat persoalan ini dengan lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini.lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia?. kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?[soalan]. Apakah sakit. hodoh. percontohan dalam penulisan akan membantu menghidupkan dan menjelaskan maksud penulisan. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin. Berdasarkan petikan dia atas kita dapat mengelaskannya sebagai teknik soalan tanpa jawapan kerana jawapannya sudah diketahui. kuasa dan lain-lain lagi. Teknik ini dapat dilihat berdasarkan petikan rencana di bawah: Atas keyakinan itu manusia berhempas. jelaslah di sini bahawa teknik ini merupakan teknik soalan tanpa jawapan kerana penulis sendiri sedar pembaca sudah pun mengetahui jawapannya berdasarkan soalan yang telah diutarakan oleh beliau. tidak popular dan bodoh. Teknik Percontohan Penulis turut menggunakan teknik percontohan ini untuk memperkemaskan lagi hasil penulisannya. Teknik percontohan ini dapat dilihat berdasarkan contoh di bawah: 4 . saya mendapati penulis cuba memberikan jawapan bahawa manusia akan melakukan apa sahaja untuk bahagia. rupawan. Manakala berdasarkan jawapan itu penulis cuba memberikan soalan kepada pembaca adakah mereka yang berjaya mendapatkan apa yang mereka inginkan setelah gigih berusaha itu mencapai kebahagian dalam hidup. Menurut Jeniri Amir (2005). Tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan.

Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali. Teknik falsafah yang telah digunakan oleh penulis adalah seperti berikut: 5 . kebijaksanaan).mata. manakala tangan yang luka ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat. yang bermakna cinta pada kebijaksanaan (love of wisdom). 2004). Penulis cuba mengolah teknik ini bagi memberikan kefahaman yang lebih mudah kepada pembaca tentang isu yang cuba disampaikan melalui penulisannya. 2005).masing. Berdasarkan petikan di atas penulis cuba memberikan contoh artis dan selebriti yang mempunyai kelebihan dalam hidup tetapi sentiasa berhadapan dengan masalah seperti cercaan dan kutukan. atau pada kebenaran dan keutamaan ( Abdul Rahman. analogi adalah simpulan yang ditarik dengan cara membandingkan suatu fakta khusus dengan fakta khusus lain yang mirip dan relevan. Teknik Analogi Menurut Wibowo (2011).sifat mazmumah seperti takbur. Paris Hilton (sekadar menyebut beberapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing. 1984). Teknik ini digunakan bertujuan untuk memberikan kelainan kepada penulisan supaya tidak statik kepada fakta yang tersurat semata. Teknik Falsafah Perkataan falsafah berasal daripada istilah Yunani philo (cinta) dan sophos (hikmah. Teknik ini dapat dilihat berdasarkan contoh petikan rencana di bawah: “ Air limau itu umpama ujian hidup.Mereka yang rupawan. Kaedah analogi membandingkan topik utama dengan dengan topik lain yang hampir sama (Keraf. Falsafah juga merupakan induk segala ilmu pengetahuan (Shaharom & Suriati. Madonna. hasad dengki dan seterusnya”. tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Penulis di dalam rencana ini turut menggunakan teknik falsafah dalam menggarap penulisannya.

terdapatnya gaya bahasa hiperbola yang telah digunakan oleh pengarang di dalam penulisan rencana pertama ini.Kaya hati bermaksud hati yang tenang. takut. hiperbola ialah cara memberikan gambaran yang berlebih.lebihkan apa yang sebenarnya dimaksudkan. Penggunaan gaya bahasa hiperbola ini dapat dilihat berdasarkan petikan rencana di bawah: Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. hasad dengki. sabar dengan apa yang tiada.sifat mazmumah seperti takbur. marah. Skema Seimbang Paralelisme Menurut Keraf (1984) paralelisme adalah gaya bahasa yang berusaha mencapai kesejajaran dalam pemakaian kata. Skema paralelisme yang digunakan oleh penulis adalah seperti petikan rencana di bawah: Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat.kata atau frasa-frasa yang menduduki fungsi yang sama dalam bentuk gramatikal yang sama.lebihan kepada sesuatu. Menurut Lim (2004). Hal ini dapat dilihat pada ayat meragut kecantikan yang mana perkataan meragut itu digunakan sebagai unsur yang berlebihan untuk menerangkan kecantikan seseorang wanita yang semakin berkurangan. Penulis turut menggunakan gaya bahasa paralelisme dalam penghasilan karyanya ini. tamak dan lain. gila puji. putus asa. dendam.lain lagi. STILISTIK Majaz Pertentangan Hiperbola Memang tidak dapat dinafikan lagi. Penulis menggunakan teknik falsafah kerana beliau mahu mempelbagaikan teknik penulisannya supaya lebih menarik untuk dipersembahkan kepada pembaca. kecewa. 6 . lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada. Melalui petikan ini kita dapat melihat penulis cuba melebih. cinta dunia.

Sesuatu kebenaran tidak boleh ditegakkan berasaskan atau bersandarkan emosi atau pendapat peribadi. yang melibatkan pemujukan rasional atau intelek. 3. Ianya memerlukan bukti yang bersifat objektif. dan kelulusannya. tidak kira kedudukan. Hidup merupakan satu ujian yang menimpa semua manusia. Berdasarkan petikan rencana di atas penulis memberikan hujahnya berdasarkan bukti dan alasan yang kukuh bersandarkan fakta al. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan penulis banyak menggunakan retorika penghujahan di dalam penulisan rencana yang pertama ini. Contoh retorika yang telah terdapat di dalam rencana ini dapat diperhatikan melalui petikan rencana di bawah: Realitinya sudah menjadi “ rules of life” (sunnatullah). 7 .Quran.” ( Surah al. Retorik ini biasanya digunakan untuk mempengaruhi pembaca dengan mengemukakan bukti dan fakta yang kukuh (Hasuria & Rokiah.frasa yang sama struktur dan klausa yang berhubungan iaitu berada di dalam pola sifat.sifat mazmumah.sifat manusia yang dinyatakan berada dalam frasa.Mulk 67:3). manusia yang tidak mendapat semua yang diinginkan. Penulis banyak menggunakan bukti dan alasan yang kukuh untuk meyakinkan pembaca. pendekatan dalam penulisan dan menyentuh serba sedikit mengenai aspek stilistik yang digarap oleh penulis di dalam penghasilan rencananya. 2009). Tidak ada sseorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. harta. PENDEKATAN DALAM PENULISAN Retorika Penghujahan.2 ANALISIS RENCANA KEDUA ( SABAR ITU INDAH) Seperti analisis rencana pertama tadi saya turut menggunakan strategi pemerengganan. Firman Allah yang bermaksud: “ Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya. tepat dan jelas.Berdasarkan contoh petikan di atas semua sifat.

pahit tetapi itulah yang menyembuhkan. Petikan rencana yang menunjukkan penggunaan teknik ini dapat diperhatikan dalam contoh di bawah: Daripada pembahagian sabar ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa tanpa sabar kita tidak akan dapat mencapai matlamat ubudiyyah (penghambaan) kepada Allah. pembaca merasakan dirinya bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh penulis . Teknik Falsafah Seperti di dalam rencana yang pertama. Tidak dapat tidak pembaca akan akur dengan idea penulis kerana ideanya bersandarkan logik dan fakta. Pembaca dapat merasakan bahawa dirinya seolah. Tanpa disedari. penulis turut menggunakan teknik falsafah dalam mengembangkan lagi isi dan idea penulisaan rencana yang kedua ini. ia melihat bahawa ketaatan itu umpama ubat. Skema 8 . Namun. Penanda kepada teknik ini berdasarkan kepada perkataan kita yang banyak digunakan di dalam ayat ini.olah sedang berkomunikasi secara lansung dengan penulis. bagi orang yang sabar. Dengan sabar kita akan dapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. manakala tanpa sabar kita akan kehilangan segala. frasa atau ayat yang mencelah sebagai penyimpangan dalam ayat yang sempurna disebut sebagai parentesis. Penulis bukan sahaja menggunakan teknik falsafah tetapi turut menyelitkan skema hiperbaton parentesis di dalam petikan rencana ini. Menurut Luis (1978). Jelas sekali penulis telah menyeret pembaca agar terlibat dalam penjanaan ideanya.STRATEGI PEMERENGGANAN Teknik Penglibatan Pembaca Berdasarkan teknik ini penulis mengajak pembaca terlibat sama dalam menyelami idea penulis. Usaha melakukan ketaatan samalah seperti “ berperang” dengan diri sendiri. Petikan rencana di bawah merupakan contoh penggunaan teknik falsafah: Bukan mudah untuk melakukan ketaatan kerana ia sesuatu yang tidak disenangi oleh hawa nafsu yang ada dalam diri kita sendiri.galanya.

Teknik perbandingan yang telah digunakan oleh pengarang telah dapat saya kenali pasti berdasarkan contoh di bawah: Orang boleh bersabar dengan kesusahan melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat. Penulis rencana ini turut mengaplikasikan teknik ini dalam memurnikan lagi penulisannya. Anafora ialah pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada 9 . teknik perbandingan sentiasa menjadi pilihan penulis dalam menghasilkan karya mahupun rencana yang berkualiti. Perkataan aib di dalam ayat di atas diulang sebanyak dua kali iaitu pada permulaan ayat dan juga pada pengakhiran ayat. Epanalepsis mengikut pandangan Ederyn dan rakan-rakannya (1856) ialah sesuatu gaya bahasa yang dikenal pasti apabila perkataan yang sama diguna pada awal dan akhir ayat yang sama. Skema Perulangan Anafora Penulis rencana ini turut menggunakan skema perulangan anaphora di dalam karya yang dihasilkan ini. 2005). Teknik perbandingan merupakan teknik yang digunakan oleh penulis untuk membandingkan atau membezakan sesuatu perkara (Jeniri.parentesis ini dapat dilihat apabila terdapat tanda sempang yang memisahkan frasa atau ayat dalam ayat yang sempurna. kematian. penyakit dan lain-lain musibah lebih menekan hati. Teknik Perbandingan Memang tidak dapat dinafikan lagi. perkataan tetapi merupakan penanda kepada perbandingan yang cuba diusulkan oleh penulis. STILISTIK Skema Perulangan Epanalepsis Gaya bahasa ini juga merupakan cabang skema perulangan. Penggunaan epanalepsis yang dapat saya temui dalam rencana ini adalah seperti di bawah: Menceritakan aib orang lain lebih menyeronokkan daripada mengenang aib sendiri. Berdasarkan teknik di atas. tetapi derita kegagalan.

Hal ini demikian kerana. Antimeria merupakan salah satu majaz ragaman yang dilihat berbeza daripada strategi retorik dengan majaz lain. antimeria melibatkan perubahan sesuatu bahagian ucapan untuk maksud yang lain. penulis turut menggunakan bentuk majaz ini dalam proses penghasilan karyanya. Hal yang demikian sudah tentu dapat meyakinkan pembaca untuk menerima hujah penulis terutamanya 10 . Merujuk Zimmerman (2005). Penggunaan antimeria ini ialah apabila seseorang ingin menggunakan sesuatu perkataan daripada akar yang sama tetapi berbeza golongan kata. Petikan rencana di bawah dapat menerangkan penggunaan skema perulangan anafora di dalam rencana yang kedua ini: Ilmu kita terbatas. penulis menggunakan bukti dan alasan yang kukuh bersandarkan fakta yang ada hubungkaitnya dengan firman Allah dan hadis untuk meyakinkan khalayak pembaca. Ilmu Allah maha luas. Petikan rencana berkaitan dengan penggunaan majaz ini dapat diperhatikan di dalam contoh di bawah: Mereka rela berkorban dan terkorban untuk beriman dan berhijrah di jalan Allah. 1999). Berdasarkan contoh di atas. PENDEKATAN DALAM PENULISAN Retorika Penghujahan Penulis turut menggunakan retorik penghujahan di dalam rencana yang kedua ini sama seperti yang terdapat di dalam rencana yang pertama. tajuk rencana ini sendiri iaitu “Sabar itu Indah” sudah cukup untuk kita mengklasifikasikannya sebagai penulisan bercorak keagamaan.permulaan klausa yang berturutan (Corbett & Connors. Pengulangan anafora ini dapat dilihat pada perkataan Ilmu yang digunakan pada setiap permulaan klausa yang berturutan. Pendekatan retorika ini adalah relevan kepada penulis. Majaz Ragaman Antimeria Memang tidak dinafikan lagi . Oleh hal yang demikian. perkataan berkorban dan terkorban berasal daripada kata akar yang sama iaitu main tetapi berbeza dari segi golongan kata.

akhlak yang dibentuk atas usaha itu lebih utama iaitu lebih dominan. 3. Petikan rencana di bawah merupakan contoh penggunaan teknik ini oleh penulis di dalam penulisan rencananya yang ketiga ini: Apakah akhlak baik itu bersifat Tabii (berdasarkan keturunan) atau sesuatu yang boleh dibentuk atau diusahakan? [soalan]. Namun begitu.a. penulis juga turut menggunakan teknik pendekatan dalam penulisan secara serba sedikit supaya penulisan yang dihasilkannya dapat mewujudkan suasana yang lebih menarik dan berinformasi.3 ANALISIS RENCANA KETIGA ( BAGAIMANA MEMBENTUK AKHLAK) Analisis rencana yang ketiga ini juga lebih memberatkan kepada strategi pemerengganan dan stilistik. Jawapan: Kedua. Retorika penghujahan ini dapat diperhatikan berdasarkan petikan rencana di bawah: Firman Allah S. STRATEGI PEMERENGGANAN Teknik Soalan.W. Hal ini demikian kerana. penulis akan turut memberikan jawapan terhadap soalan yang telah dikemukakan. Jadi kerana itu Rasulullah s.T yang bermaksud: “ Perintahkanlah keluargamu supaya menunaikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya.pembaca yang beragama Islam.”(Surah Taha 20: 132) Berdasarkan contoh di atas. Namun. jelaslah bahawa penulis menggunakan kaedah persandaran kepada fakta yang hakiki dan mengolahkannya menjadi suatu hujahan yang berisi dan bernas yang sukar dinafikan oleh pembaca. Dan akibat terpuji adalah bagi orang yang bertakwa.Jawapan Teknik ini sebenarnya turut digunakan dalam analisis rencana yang pertama. Kaedah dalam menggunakan teknik jenis ini ialah penulis akan memulakan penulisannya dengan menyatakan persoalan kepada pembaca dan soalan yang dibentuk ini tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa jawapan.duanya sekali.w diutuskan iaitu menyempurnakan akhlak manusia [jawapan] 11 . Kami tidak meminta rezeki daripada kamu (bahkan) Kamilah yang memberikan rezeki.

puasa. Teknik perbandingan yang telah digunakan oleh pengarang telah dapat saya kenali pasti berdasarkan contoh di bawah: Dia solat. penulis memberikan contoh. membayar zakat dan menunaikan haji. 12 . Berdasarkan petikan rencana di atas. Teknik Perbandingan Teknik perbandingan merupakan teknik yang digunakan oleh penulis untuk membandingkan atau membezakan sesuatu perkara (Jeniri. seseorang akan melalui “ suatu proses” bagi menterjemahkan imannya kepada bentuk perbuatan yang melibatkan soal hati. Teknik Percontohan Seperti rencana pertama yang dihasilkan oleh penulis. solat. tetapi tutur katanya masih menyakitkan hati orang. lisan dan perbuatan. percontohan dalam penulisan akan membantu menghidupkan dan menjelaskan maksud penulisan. zakat dan haji.Oleh hal yang demikian. beliau turut menggunakan teknik ini di dalam rencana yang ketiga ini. Menurut Jeniri Amir (2005). Penanda bagi teknik ini terdapat pada perkataan tetapi. dapat la dirumuskan di sini bahawa. 2005). Teknik percontohan ini dapat dilihat berdasarkan contoh di bawah: Melalui pengamalan rukun. hatinya penuh hasad dan dia memudaratkan orang lain dengan lisan dan perbuatannya.sama berfikir untuk mengenalpasti jawapan yang sesuai bagi soalan yang diajukan.contoh rukun Islam yang perlu diamalkan supaya iman sesorang itu akan dapat membentuk iman yang mantap berlandaskan beberapa peraturan. Jelas di sini bahawa penulis cuba membandingkan sifat manusia yang sentiasa melakukan perbuatan yang dituntut oleh Islam tetapi pada masa yang sama mereka tetap melakukan perkaraperkara yang dibenci oleh Allah. penulis cuba mengajak pembaca sama. Pembaca mungkin akan membuat telahan sendiri terlebih dahulu sebelum melihat jawapan yang diberikan oleh pengarang.rukun Islam seperti syahadah. berpuasa.

1984). orang yang berpuasa tetapi terus mengumpat. Penanda bagi menjelaskan kewujudan unsur simile ini dapat dilihat berdasarkan perkataan seperti yang berfungsi untuk membandingkan dua objek atau dua hal yang tidak sama. Strategi disfemisme memilih bentuk kata atau ragam bahasa daripada yang lembut kepada 13 . sombong dan bakhil sekalipun telah berkali. simile adalah gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk menyamakan antara dua benda. ibadah akan rosak seperti kayu yang dimakan api. kata hubung dan ini digunakan secara berturutan dan melebihi jumlah yang lazim. frasa. Disfemisme ialah kata atau ungkapan kasar yang bertujuan menyinggung perasan orang ( Rahman Shaari.STILISTIK Majaz Perbandingan Simile Menurut Sulaiman. Skema Pengguguran Polisindeton Polisindeton adalah suatu gaya yang merupakan kebalikan dari asindeton. Majaz Pertautan Disfemisme Penulis turut menyelitkan unsur disfemisme di dalam karyanya yang ketiga ini. Petikan rencana yang memperlihatkan unsur simile di dalam penulisan penulis dapat dilihat berdasarkan contoh di bawah: Tanpa Akhlak. Hal ini kerana. haji atau hajah yang masih pemarah. 2002). Perkataan dan yang digunakan oleh pemidato tersebut merupakan skema pengguguran polisindeton. Menurut Corbett & Connors (1999). mengeluarkan zakat tetapi terlibat dengan rasuah. Beberapa kata. Abdullah & Ra’in (2006). atau klausa yang berturutan dihubungkan satu sama lain dengan kata hubung ( Keraf. Petikan rencana yang memaparkan penggunaan skema pengguguran polisindeton ini dapat diperhatikan di bawah: Jadi tidak hairanlah jika ada orang yang solat tetapi masih hasad. strategi polisindeton ini digunakan untuk melambatkan irama prosa dalam perenggan dan seterusnya menghasilkan kesan penegasan yang jitu.kali mengerjakan haji dan umrah. Unsur ini menggunakan perkataan seperti umpama bagai dan laksana sebagai perbandingan.

Kemudian dia kembali turun ke dasar telaga semula untuk mengambil air. ia berasa sangat dahaga. lalu meminum air di dalamnya. 2003). saya mendapati beliau cuba mengaplikasikan retorika penceritaan di dalam pendekatan penulisannya. Apabila penulisan menggunakan retorika penceritaan. akhlak itu bebas daripada sebarang unsur lakonan. Dia telah mengisi kasutnya dengan air lalu membawanya naik dengan mengigit kasut tersebut.yang kasar.peristiwa itu terjadi. 14 . Retorika penceritaan ialah menyampaikan sesuatu kisah atau peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik (Azhar . Sebagai contohnya. perkataan munafik itu sebenarnya merupakan unsur disfemisme yang cuba diselitkan oleh penulis di dalam rencananya. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampunkan dosanya. berpura. PENDEKATAN DALAM PENULISAN Retorika Penceritaan Setelah melakukan penilaian terhadap rencana yang ketiga ini. teknik disfemisme yang digunakan dalam penulisan rencana ini dapat diperhatikan di bawah: Maksudnya. Petikan rencana yang berkaitan dengan penggunaan retorika penceritaan ini dapat dilihat berdasarkan contoh di bawah: Ketika seorang lelaki sedang dalam perjalanan. riyak. Berdasarkan teknik yang digunakan ini. didapatinya ada seekor anjing ditepi telaga yang sedang menjelirkan lidahnya dan menjilat.peristiwa yang telah berlaku menurut suasana kronologi peristiwa. Perkataan tersebut merupakan ragam bahasa yang kasar kepada perkataan yang lebih lembut ragam bahasanya iaitu. penulis cuba menambahkan pengetahuan pembaca melalui maklumat yang disampaikan. Orang itu berkata: “ Anjing ini berasa haus sebagaimana apa yang aku rasakan sebentar tadi”.jilat tanah lembab kerana kehausan. Lantas dia masuk ke dalam sebuah telaga yang dalam. Tujuan penulis adalah untuk menceritakan semula peristiwa.pura. munafik dan berpurapura Berdasarkan petikan rencana di atas. Kerana perbuatannya itu. Setelah ia keluar .

T dan juga hadis Rasullullah dalam memberikan hujah terhadap isu yang dibincangkan.Quran dan hadis merupakan sumber fakta yang sahih dan 15 .tiga rencana ini. saya mendapati penulis menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi dalam usaha menarik perhatian pembaca.pembaca dengan sendiri merasakan mereka seolah.tiga rencana tersebut. Penggunaan gaya bahasa yang pelbagai akan menjadikan penulisan rencana menjadi lebih menarik.0 PERBINCANGAN Berdasarkan tiga rencana yang dihasilkan oleh pengarang yang sama iaitu Saudara Pahrol Mohmad Juoi. Hal ini dapat dilihat. beliau banyak menggunakan firman Allah S.W. Beliau juga turut mempelbagaikan strategi pemerengganan rencananya supaya tidak nampak statik dan hambar. Setelah melakukan penganalisian dan penilaian secara menyeluruh terhadap ketiga. gaya bahasa yang menarik mampu menarik minat para pembaca. Hal ini demikian kerana. Hal ini dapat dilihat apabila dalam setiap penulisan rencananya. saya mendapati penulis banyak menggunakan retorika penghujahan di samping beberapa teknik retorika yang lain. Namun begitu.soalan yang merupakan ramuan utama penulis dalam usaha menghasilkan ketiga. Hal ini demikian kerana. Sebagai pembaca sudah semestinya mereka mahukan sesuatu yang tampak lebih segar dan terkini.tiga rencana ini melenturkan bahasa mengikut kehendaknya sendiri tetapi selari dengan maksud yang hendak disampaikan. gaya bahasa dalam penulisan juga menjadi aspek yang selalu ditekankan oleh penulis. Al. penggunaan strategi pemerengganan yang sama sahaja akan menyebabkan pembaca menjadi cepat bosan keran mereka sudah biasa dengan strategi pemerengganan yang digunakan. penulis banyak menggunakan teknik seperti analogi.tiga rencana ini. Hal ini menjadikan rencana tidak kelihatan kaku dan mendatar. Penulis bagi ketiga. falsafah dan teknik jawpan. terdapat beberapa perkara yang dapat dibincangkan. strategi pemerenggana merupakan teknik yang banyak digunakan oleh penulis dalam mengahasilkan karyanya. 4. Selain itu. penulis mahu memastikan para pembaca tertarik dengan strategi pemerengganan yang digunakannya.olah melihat atau mengalami sendiri peristiwa atau kejadian yang diceritakan tersebut. Jelaslah di sini bahawa. Dalam konteks yang lain. berdasarkan pemerhatian ke atas tiga. Hal ini demikian kerana. penulis amat mementingkan fakta dan bukti yang kukuh dalam memberikan penghujahan.

gaya bahasa yang bersahaja dan pendekatan retorika yang menarik akan menjadi jaminan kepada karya kita untuk diterima oleh pembaca yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.tiga rencana ini ialah penulis cuba memainkan emosi pembaca dengan memberikan banyak persoalan dan jawapan yang mana teknik ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran pembaca supaya sentiasa berfikir dengan lebih berkesan. rencana yang berbentuk isu ini memerlukan banyak penghujahan untuk meyakinkan pembaca dengan kandungan idea yang cuba disampaikan. setia penghujahan yang dilakukan menggunakan fakta yang kukuh dan bersandarkan kepada fakta alQuran dan hadis. Kita perlu menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan yang bersesuain dengan apa yang ingin kita sampaikan kepada dalam bentuk penulisan.tidak dapat disangkal lagi kebenarannya oleh orang Islam.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya. Hal ini demikian kerana. pembaca dapat menerima isu yang dibincangkan dalam setiap rencana dengan baik kerana segala pengujahan dan contoh yang diberikan oleh penulis adalah sahih dan kukuh kebenarannya. Oleh hal yang demikian. Selain itu. 5. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh latar belakang beliau yang merupakan seorang motivator kepada masyarakat sedikit sebanyak mempengaruhi bentuk penulisannya. sebagai seorang penulis dan bakal penulis kita perlu bijak menyusun idea yang ingin kita kongsikan bersama pembaca. Maka memang tidak dapat dinafikan lagi. perkara yang jelas ketara di dalam ketiga. Strategi pemerengganan yang mantap. Rencana yang ditulis oleh beliau juga sentiasa mengajak manusia ke arah kebaikan. Akhir sekali.tiga rencana yang dihasilkan oleh Pahrol Mohamad Juoi ini merupakan rencana yang berinformatif dan dapat memberikan nilai dan pengajaran yang baik kepada pembaca. 16 . Beliau juga banyak memberikan hujah dalam setiap isu supaya setiap isu yang diutarakannya mendapat respon positif daripada pembaca. saya mendapati ketiga.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->