GARIS PANDUAN ANUGERAH KHAS SEKTOR SWASTA UNTUK PENCAPAIAN DALAM SEKTOR AGROMAKANAN (Sempena Malaysia Agricultural, Horticultural

, and Agrotourism (MAHA) International Tahun 2012)

1.

OBJEKTIF ANUGERAH Anugerah Khas Sektor Swasta untuk Pencapaian Dalam Sektor Agromakanan dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama pelbagai Jabatan, Agensi dan organisasi yang berkaitan. Anugerah ini diwujudkan secara dwitahunan bersempena penganjuran Malaysia Agricultural, Horticultural, and Agrotourism (MAHA) International sejak tahun 2008 bertujuan mengiktiraf penyertaan peladang, penternak, nelayan, usahawan dan syarikat berasas pertanian yang berdaftar perniagaan di Malaysia dalam memberi sumbangan membangunkan sektor pertanian khususnya agromakanan di Malaysia. Penganugerahan ini diberikan kepada peladang, penternak, nelayan, usahawan dan syarikat yang aktif dalam mengusahakan projek-projek pertanian khususnya agro-makanan di negara ini sehingga mencapai tahap yang boleh disifatkan sebagai cemerlang dan memberikan impak kepada industri agromakanan dan negara secara keseluruhannya selain boleh dijadikan contoh kepada penggiat industri yang lain. Pemilihan adalah berdasarkan kepada jenis aktiviti, kreativiti, pengeluaran, khidmat sosial, penampilan dan sumbangan kepada meningkatkan pendapatan dan pengeluaran makanan untuk negara.

2.

KATEGORI ANUGERAH KHAS SEKTOR SWASTA Penganugerahan dibahagikan kepada 4 kategori seperti berikut: (a) Subsektor Tanaman; (b) Subsektor Ternakan; (c) Subsektor Perikanan; dan (d) Subsektor Industri Asas Tani.

3.

SYARAT DAN KAEDAH PENYERTAAN (a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua peladang, penternak, nelayan, dan usahawan warganegara Malaysia dan syarikat yang berdaftar di Malaysia.

(b) Pencalonan peladang, penternak, nelayan, usahawan dan syarikat hendaklah dibuat oleh Jabatan dan Agensi sama ada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga daripada pelbagai Kementerian, Jabatan, Agensi dan organisasi di luar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 4. KRITERIA PENILAIAN Berikut ini adalah senarai kriteria projek yang akan menjadi asas penilaian : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii) (xiv) (xv) (xvi) (xvii) Jenis projek; Saiz projek; Hayat projek; Nilai pengeluaran tahunan; Pengurusan projek/ perniagaan; Tenaga kerja; Inovasi/Kreativiti; Penggunaan dan pemindahan teknologi; Penglibatan dalam pemasaran; Produk Nilai Ditambah; Research and Development (R&D); Eksport; Mesra alam sekitar; Sumbangan kepada masyarakat; Pensijilan dan akreditasi; Pengiktirafan dan Anugerah diterima; Agrotourism; dan

(xviii) Latihan. 5. URUSETIA DAN PANEL PENILAI (a) Urusetia bagi penganugerahan ini adalah Bahagian Penggalakan Pelaburan, Pembangunan Perniagaan dan Penswastaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Panel penilai/pemeriksa yang dilantik akan bertanggungjawab bagi menilai sesuatu cadangan pencalonan dan projek sebelum memperakukannya kepada mesyuarat Panel Hakim. (b) Lawatan panel penilai/pemeriksa akan dijalankan selepas senarai calon disenarai pendek; manakala pemenangnya akan diputuskan di mesyuarat Panel Hakim.

(c) Keputusan panel hakim adalah muktamad dan segala rayuan tidak akan dilayan. 6. HADIAH Pemenang-pemenang Anugerah akan menerima sijil pengiktirafan, trofi dan wang tunai. Hadiah-hadiah akan disampaikan ketika majlis perasmian Malaysia Agricultural, Horticultural, and Agrotourism (MAHA) International Tahun 2012 yang dijadualkan diadakan pada bulan November 2012 yang akan datang. 7. BORANG PERTANDINGAN DAN PENCALONAN Borang Pencalonan adalah seperti di Lampiran A. Pencalonan akan ditutup pada 12 Oktober 2012. 8. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penganugerahan ini boleh menghubungi urus setia penganugerahan seperti berikut : Bahagian Penggalakan Pelaburan, Pembangunan Perniagaan dan Penswastaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Aras 12, Lot 4G1, Wisma Tani, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624, Putrajaya. (u.p : En. Badaruddin bin Mohd. Kassim / Pn. Nurshahzatul Shima bt. Ramli) Tel : 03-8870 1296 / 1402 Faks : 03-8888 6532 Email : shima@moa.gov.my / badar@moa.gov.my

BORANG PENCALONAN BAGI ANUGERAH KHAS SWASTA (i) (ii) (iii) (iv) SUBSEKTOR TANAMAN SUBSEKTOR TERNAKAN SUBSEKTOR PERIKANAN SUBSEKTOR INDUSTRI ASAS TANI

LAMPIRAN A

BORANG PENCALONAN ANUGERAH KHAS SWASTA

Nama Pemohon

: : :

No. Kad Pengenalan

Nama Syarikat/Perniagaan

No. Pendaftaran Syarikat/Perniagaan : Kategori Pertandingan Yang dimenangi: Jenis Projek : :

Alamat Berdaftar No. Telefon No. Faksimili Email : : :

Pegawai yang boleh dihubungi : Jawatan :

No. Telefon: Jabatan Yang mencalonkan:

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful