LAPORAN AKHIR PRAKTIKAL DIPLOMA PSIKOLOGI

MOHAMAD SAIFUL NIZAM BIN ZAKARIA A0240020

KOLEJ KAMUNTING
2007

2

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB (DISCLAIMER)

Saya, dengan ini, mengaku bertanggungjawab di atas ketepatan semua pandangan, komen teknikal, laporan fakta, data, gambarajah, ilustrasi, dan gambar foto yang telah diutarakan di dalam laporan ini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan yang diserahkan ini telah disemak dari aspek hakcipta dan hak keempunyaan. Kolej Kamunting tidak bertanggungan terhadap ketepatan mana-mana komen, laporan, dan maklumat teknikal dan fakta lain, dan terhadap tuntutan hakcipta dan juga hak keempunyaan.

Pelatih Praktikal:

Nama: MOHAMAD SAIFUL NIZAM BIN ZAKARIA No.Matrik: A0240020 Program: Dip. Psikologi

Tarikh: _________________________

3

PENGHARGAAN

Assalammualaikum W.B.H dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapakan ribuan terima kasih saya pada keluaraga , rakan-rakan dan juaga kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya alam menyiapakn tugasan atau laporan akhir latihan praktikal ini. Tidak juaga kepada emak saya yang telah menyalurkan kewangan kepada saya.

Akhir sekali kepada pihak pengurusan Rumah Kanak-Kanak Taiping kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan saya ini.Selama diua bulan lebih mengharungi kehidupan sebagai anak yang jauh dengan ibu-bapa dan juga telah tiada di dunia , pelbagai pengalaman dan pengajaran kepada diri saya sendiri . Betapa pentingnya kasih sayang daripada keluarga sendiri.

Di asrama Rumah Kanak-kanak ini , saya banyak mengetahui kehidupan seharian bersamasama kanak-kanak disini . Walaupun ada segelintir penghuni yang tidak menyukai pelatih praktikal. Namun ia merupakan cabaran kepada saya untuk membantu mereka kearah kebaikan.

4 Selama ini saya tidak dapat ganbaran sebenar tentang kehidupan pelajar yang tinggal dirumah Kanak-kanak selepas saya membuat latihan praktikal baru saya sedar bukan mudah satu tugas yang dianggap enteng dilakukan oleh pelatih praktikal.

ISI KANDUNGAN
PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB PENGHARGAAN ii iii iv v ISI KANDUNGAN vi viii

1. PENGENALAN 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 MATLAMAT PENUBUHAN KUMPULAN SASARAN CARA PERLAKSANAAN KEMASUKAN CARTA BIL. PELAJAR

7 10 11 2 3 4 4

2. KLASIFIKASI TUGASAN 2 . 1 .1 2.1.2 SIGNIFIKAN KAJIAN SKOP KAJIAN

8 8 10

5 2.2.2 2.2.3 LIMITASI KAJIAN CADANGAN/ KSEIMPULAN 15 JENIS KAJIAN RESPONDEN KAJIAN INSTRUMEN KAJIAN PROSES PENGUMPULAN DATA ANALISIS DATA 15 15 15 17 18 12

BAB 4 DAPATAN KAJIAN LATAR BELAKANG RESPONDEN PANDANGAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT TERHADAP ISU PENEMPATAN ETNIK YANG BERBEZA PANDANGAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT TERHADAP ISU UMUR KANAK-KANAK YANG SESUAI UNTUK DIJADIKAN ANAK ANGKAT PANDANGAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT TERHADAP ISU HUBUNGAN KANAK-KANAK DENGAN IBU BAPA KANDUNG SELEPAS PENEMPATAN

20 20 24 33

38

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
PENEMPATAN ETNIK YANG BERBEZA UMUR YANG SESUAI UNTUK DIJADIKAN ANAK ANGKAT HUBUNGAN SELEPAS PENEMPATAN KESIMPULAN

44 44 49 52 55

6 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A - SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN B - SOAL SELIDIK RESPONDEN C – MAKLUMAT PENGAMBILAN ANAK ANGKAT 57

SENARAI JADUAL
Jadual 4.1 Jadual 4.2 Jadual 4.3 Jadual 4.4 Pegawai-Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Di Kedah Isu Penempatan Etnik Yang Berbeza Isu Umur Kanak-Kanak Yang Sesuai Dijadikan Anak Angkat Isu Hubungan Kanak-Kanak Dengan Ibu Bapa Kandung Selepas Penempatan 21 32 37 43

7 1 PENGENALAN

Sejarah Penubuhan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Taiping

Pada waktu Perang Dunia ke-2 , selain golongan kaum hawa dan orang-orang tua, golongan kurang upaya OKU, golongan kanak-kanak adalah golongan yang menjadi mangsa dari akibat peperangan yang tercetus hampir segenap pelusuk dunia. Tanah Melayu yang juga dikenali (Malaya) suatu ketika dahulu menjadi tumpuan kedatangan imigran pelbagai bangsa dan etnik dari seluruh dunia . British merupakan negara penjajah yang pernah menjajah Malaya bertanggung jawab membawa pekerja imigran ini.terutama dari negara Cina dan negara India yang terdiri dari pada pelbagai etnik dan kaum dari negara tersebut.

Pada waktu pencerobohan Jepun di Malaya , ramai rakyat negara ini telah dihantar untuk kerahan tenaga bagi melaksanakan pembinaan landasan keretapi di selatan Thailand . Pembinaan landasan yang dikenali juga landasan maut mengakibatkan ramai pekerja mati Antaranya faktor kebuluran akibat dari bekalan yang tidak mencukupi, serangan penyakit berjangkit seperti demam malaria juga pelbagai penyakit dari bekalan makanan yang tidak berzat dan sumber air minuman tercemar .

Golongan ibu dan anak-anak yang ditinggalkan mendorong mereka untuk berusaha mencari tempat pergantungan dan perlindungan dinegara ini bagi meneruskan kehidupan sekeluarga. Sejurus sahaja pengunduran Jepun, Malaya di ambil alih oleh British bagi

8 mentadbir semula negara ini. Penyusunan sosio ekonomi, masyarakat setempat bangunkan semula . di

Tertubuhnya Rumah Kanak-kanak pada tahun 1946 adalah bertujuan bagi membela nasib golongan kanak-kanak yang tiada tempat bergantung, kehilangan kaum keluarga , terutama bagi kaum ibu yang tidak berkemampuan dari sumber pencarian , dan pelbagai masalah dari hasil peninggalan peperangan dunia yang tercetus sebelum nya.

Muzaffar Kannah tercetusnya idea sempena nama bagi rumah kanak-kanak tersebut dan di dibangunkan oleh seorang angkatan tentera yang berpangkat Major . Major K.L Jamieson dibantu oleh oleh seorang Inspektor yang bernama Mohamaed Ali. Peringkat permulaan, bangunan ini mampu memuatkan 50 orang penghuni satu-satu masa. Akhirnya bangunan tersebut didiami 25 orang penghuni lelaki dan 30 orang penghuni perempuan diantara lingkungan umur 5 tahun dan 17 tahun.

Ahli Jawatan kuasa perlantikan terdiri golongan ahli perniagaan . Mereka ini bertanggungjawab menjaga kebajikan terutama hal-hal yang berkaitan pendidikan. Kanakkanak Rendah dan Menengah yang berjaya dalam pendidikan akan dibayai sepenuhnya yang diputuskan dalam minit mesyuarat Ahli jawatan kuasa Adalah menjadi satu

tanggungjawab yang besar menghantar kanak-kanak keperingkat yang lebih tinggi untuk memastikan keseinambungan kejayaan bangsa India yang telah menjadi sebahagian

masyarakat dinegara ini.

9

Usaha-usaha berterusan telah di sempurnakan dari pelbagai pihak dan tokoh awal yang bertanggungjawab mengumpul dana modal permulaan berjumlah RM 30,000 iaitu Mr. Jal Manecksha dari “Social Welfare Lottery Board” . Beliau meminta bantuan pelan lengkap sebuah Rumah Kanak-kanak dari Mr. Xavier yang berkhidmat di British Millitary Head Quarters yang berpangkalan di Kamunting. Dari tahun 1971 hingga 1991 Rumah Kanakkanak siap didirikan dan selepas itu nama Rumah Kanak-kanak Taiping digantikan dan kekal hingga sekarang.

Usaha-usaha ini tidak mati begitu sahaja. Usaha permodenan dan pengurusan yang konsisten dan perancangan awal adalah untuk membiana rumah kebajikan yang selesa dan moden yang dilenhkapi dengan kemudhaan dewan, blik computer, bilik belajar, perpustakaan dan bilik mesyuarat. Pada tahun 1993 pembinaaan dijalankan dan ia mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkan bangunan empat tingkat dilengkapi dengan semua keperluan untuk kanak-kanak ini iaitu pada tahun 1995.. Peruntukan dan sumbangan untuk menyiapkan bangunan ini dibantui sepenuhnya dari badan-badan kerajaan , badan bukan kerajaan NGO dan orang ramai bangunan baru yang siap ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan Presiden MIC Dato Seri Samy Vellu.

10 Pada tahun 2006 , Rumah kanak-kanak Taiping ini telah menenmpatkan seramai 90 orang penghuni yang berasal dari seluruh pelusuk negeri yang terdiri dari 50 orang penghuni ellaki dan 40 orang penghuni perempuan . Rumah kanak-kanak ini telah diuruskan oleh seoarang ahli perniagaan yang berpengaruh iaitu En. K. Ramakrishnan diabntu oleh En. S.P Krishnamurthy.

1.2 MATLAMAT PENUBUHAN • Memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yatim dan kepada kanak-kanak dari keluarga yang kurang kemampuan. • • .Memberi pendidikan akademik, bimbingan moral dan agama. Menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak di dalam bidang vokasional terutama bagi kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran • .Memberi segala kemudahan untuk kanak-kanak supaya mendapat apa yang diinginkan dimasa hadapan. • Mendidik kanak-kanak untuk menjadi rakyat yang berguna dan setia pada negara.

11 1.3 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kanak-kanak yang akan menjadikan sesuatu dikatakan bagi mereka yang akan melalaui Kanak-kanak: • Lelaki- dari umur 1 hari hingga 12 tahun dari darjah hinggalah sekolah menengah yang menempuhi alam dewasa kelak,. Bagi peringkat Menengah atasan hingglah melanjuti peringkat Diploma dan degree dari universiti tenpatan hinggalah univesiti diluar Negara, adalah menjadi kewajiban pihak rumah kanak-kanak untuk menanggung mereka dari segi kewangan. o Disini ( Rumah kanak-kanak Taiping ada seorang sahaja yang telah melepasi peringkat universiti . Beliau adalah satu-satunya perempuan didik dari peringkat kanak-kanak yang membolehkan kelayakan melanjuti peringkat pengajian luar negara Moscow . Russia.

Perempuan dari umur 1 hari hingga 18 tahun yang memerlukan penjagaan dan perlindungan

a) Anak-anak yatim - Mereka yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya

12 sekali semasa mereka dilahirkan. Tiada ahli keluarga terdekat (waris) yang menjaga. b) Anak-anak pengemis – Di Malaysia istilah pengemis tiada ada kaitan langsung. Malah istilah fakir pun tiada . Pihak Ngo atau pihak kebajikan telah mngenalpasti dimana mereka yang purata gaji tau pendapatan yang bawah dari yang sepatutnya akan mendapat bantuan atas nasihat atau saksi . c) Anak-anak banduan dalam tahanan – Ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali yang telah diarahkan oleh pihak mahkamah untuk menjalani hukuman. Juga mereka yang telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani rawatan seperti umpamanya pemulihan dadah di pusat serenti , pusat rawatan mental , perintah buang daerah PCO. d) Anak-anak pesakit berjangkit – Mereka ibu atau bapa yang didapati membawa penyakit sepeti kusta atau HIV yang didapati boleh membawa kemudaratan pada orang ramai terutama kanak-kanak. Atas perintah mahkamah dan juga atas nasihat daripada pusat kesihatan (hospital dan seumpamanya.

e) Kanak-kanak terdampar – Kanak-kanak yang tercicir dari segi pelajaran, Juga tiada tempat perlindungan yang dikenal pasti tempat tinggal di pendalaman( dihutan ) di kota ( kotak-kotak, tempat pembuangan sampah)

f) Kanak-kanak terbuang - Mereka yang didapati tebiar dan sahih mengatakan tiada tempat penjagaan yang sempurna . Tiada pewaris seumpamanya.

13 g) Kanak-kanak yang dianiaya - Pihak-pihak dan orang awam mengenalpasti kanak-kanak tersebut murung dan rasa takut untuk berdamping dengan orang ramai. Juga didapati badan –badan dan tubuh mereka berdarah dan kesan lebam lebam akibat didera dan bukan kesan daripda kemalangan yang tidak disengajakan,.,

h) Kanak-kanak terdedah kepada bahaya kerosakan moral

i) Kanak-kanak pindahan

j) Kanak-kanak yang menjadi mangsa jual beli

k) Kanak-kanak dari perbalahan mendapat hak penjagaan ibu bapa.

1.4 CARA PERLAKSANAAN

14

Penjagaan dan perlindungan -

Kaunseling dan bimbingan – Di jalankan oleh mereka yang mempunyai lesen dalam bidang kaunseling dan ada pendidikan yang setaraf dengan level yang diambil..

Pelajaran formal/tidak formal – Pendikan IPT dan IPTS tempatan dan luar Negara.

Laihan vokasional – Latihan teknik yang berkaitan dengan Enginearing dan mekanikal .

Mereka yang sesuai adalah lelaki. Ini kerana kaum lelaki banyak berjaya dan layak untutk mendapat pendidikan formal yang sepatutnya.

15 • Didikan agama dan akhlak.- Berasaskan sumber modal insan selari dengan kemajuan negara kaearah persaingan dalam peringkat globalisasi.

Riadah –

Riadah adalah dimaksudkan dengan sukan. Sukan bukan sahja

menyihatkan badan malah menjadikan satu karier bagi masa depan.

Perubatan dan rawatan kesihatan Rawatan di Klinik dan hospital kerajaan. yang berlesen.

1.5 KEMASUKAN

Semua Rumah Kanak-Kanak diwartakan sebagai Tempat Selamat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Kemasukan ke Rumah Kanak-Kanak adalah sebagai langkah terakhir.

Penempatan di rumah Kanak-Kanak adalah bagi satu tempoh sementara sehingga keluarga kandung kanak-kanak bersedia untuk menerimanya atau sehingga Pegawai Kebajikan Masyarakat berjaya mencari keluarga angkat/pelihara yang sesuai.

16

BIL . PELAJAR/ PERINGKAT UMUR RUMAH KANAK-KANAK

4 – 6 TAHUN

LELAKI

: -

PEREMPUAN : - 1 7 – 10 TAHUN LELAKI : 13

PEREMPUAN : 2 11 – 12 TAHUN LELAKI : 13

PEREMPUAN : 3 13 – 15 TAHUN LELAKI : 11

PEREMPUAN : 18 16 – 20 TAHUN LELAKI : 11

PEREMPUAN : 18 JUMLAH BILANGAN . PELAJAR LELAKI : 51

PEREMPUAN : 34

17

2.0 KLASIFIKASI DALAM SIGNIFIKAN KAJIAN Latihan praktikal tanpa soal selidik adalah tidak bermakna jika tiada satu hasil kajian penyelidikan ilmiah dalam penulisan laporan . Suatu langkah permulaan yang baik sejurus sahaja memulakan minggu-minggu awal.

Beberapa pertemuan telah diatur dengan sempurna dan teratur mengikut prosedur yang dibenarkan Aplikasi Soal selidik pertemuan dua hala dengan responden terdiri kanak-kanak peringkat menengah dan juga para pegawai disitu. Kajian-kajian ilmiah berpandukan rujukan bahan-bahan bacaan dan pengalaman disitu menepati hasil yang digarapkan dalam akhir pengajian diploma psikologi. Berat mata yang memandang tidak seberat bahu yang memikul .

18 Begitu lah nasib kanak-kanak disitu yang mempunyai perasaan dan keinginan untuk memperolehi kehidupan seperti insan-insan yang lain . Sedikit sebanyak saya cuba selongkar kan isu menyingkapi tabir isu penjagaan yang sewajarnya dituntut dalam menentukan masa depan nasib penghuni disitu.

2.1 KLASIFIKASI DALAM SKOP KAJIAN

2.1.1 Keinginan Untuk Bertemu Semula Dengan Keluarga Kandung

Mengenai isu ini, kajian pada kebiasaannya, kanak-kanak yang diangkat akan mempunyai keinginan untuk bertemu semula dengan keluarga kandung setelah mereka dewasa.

Tiga daripada responden saya berpendapat, anak-anak ini akan cuba untuk mengesan keluarga kandung mereka setelah mereka dewasa. Namun terdapat juga

pandangan bahawa walaupun anak-anak akan cuba untuk mencari dan bertemu dengan keluarga kandung mereka, keluarga di Rumah Kanak-kanak masih menjadi pilihan utama untuk bersama.

19

Pendapat daripada seorang responden hampir sama dengan pendapat responden yang lain dengan menyatakan bahawa kanak-kanak ini lebih mesra dan sayang dengan keluarga Rumah Kanak-kanak. Namun begitu, mereka hanya ingin mengetahui maklumat tentang keluarga kandungnya tetapi tidak ingin bertemu dengan mereka.

Kajian ini seterusnya mendapati empat orang responden berpendapat bahawa keinginan untuk berjumpa dengan ibu bapa kandung bergantung kepada beberapa keadaan. Seorang responden berpendapat keinginan adalah berbeza dan bergantung kepada individu.

Manakala, responden lain berpendapat bahawa keinginan untuk bertemu banyak dipengaruhi oleh tujuan asal pengambilan semula kanak-kanak tersebut. Menurut

pengalaman beliau, kebanyakan yang ingin bertemu dengan keluarga kandung adalah mereka yang terpisah akibat dariapda faktor ‘kemiskinan’ dan ‘penceraian’.

Dua orang responden yang lain berpendapat umur sewaktu letakkan pengawasan juga mempengaruhi keinginan menjadi penghuni. Kanak-kanak yang ingin bertemu

semula dengan keluarga kandung mereka kebiasaannya adalah kanak-kanak yang perpenghuni setelah berusia dalam lingkungan prasekolah ke atas. Selalunya kanak-kanak yang diangkat semasa enam tahun kebawah (peringkat kanak-kanak awal) tidak ingin bertemu dengan keluarga kandungnya setelah dewasa pada pendapat mereka.

20

2.1.2 Peringkat Umur Paling Sesuai Di dalam kajian ini, majoriti pegawai berpendapat bahawa peringkat kanak-kanak awal adalah umur yang paling sesuai untuk di letakkan sebagai penghuni.

Kajian-kajian lain juga mendapati keinginan ibu bapa meningkat semasa peningkatan umur kanak-kanak (Brooks, James & Barth, 2002). Kajian oleh Kemp dan Bodonyi (2002) juga telah membuktikan bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tahun lebih banyak dijadikan anak angkat. Dan pada pendapat dalam kajian saya juga ianya sesuai

bagi pendudukan kanak-kanak dalam suasana persekitaran sebagai penghuni di rumah tersebut

Umur kanak-kanak menjadi isu di dalam kesudian ibu bapa untuk mengambil mereka semula. Walaupun hampir separuh responden menyatakan umur bukanlah faktor penghalang di dalam penempatan dengan Rumah Kanak-kanak, namun majoriti mereka berpendapat semakin meningkat usia seorang kanak-kanak, semakin sukar untuk ditempatkan .

Dapatan ini selaras dengan kajian oleh Barth dan Courtney (1994) yang mendapati umur mempengaruhi jangka masa seorang kanak-kanak untuk terus berada di dalam sistem

21 jagaan pelihara (foster care). Fenomena ini memberi implikasi negatif terhadap kanakkanak atau remaja yang memerlukan sebuah keluarga terutamanya mereka yang berada di Home.

Keadaan ini akan menimbulkan persoalan mengenai nasib kanak-kanak yang lebih berusia atau remaja yang memerlukan penjagaan sewajarnya bagi menentukan masa depan mereka..

2.2

APLIKASI PENILAIAN DALAM LIMITASI KAJIAN Kesan Pertemuan Semula Dengan Keluarga Kandung Kajian ini mendapati responden kajian agak berselisih pandangan mengenai kesan

2.2.1

pertemuan semula di antara anak dengan ibu bapa kandung. Hampir separuh daripada responden berpendapat ia tidak mendatangkan masalah dan tidak menjejaskan hubungan mesra di antara anak dengan ibu bapa . Sebaliknya, responden yang separuh lagi

berpendapat pertemuan semula dengan keluarga akan menimbulkan kesan yang negatif terhadap kanak-kanak dan keluarga yang lain mereka.

Contoh pihak keluarga ibu dan pihak keluarga bapa dan pihak keluarga ketiga yang lain. Ini selaras dengan kajian oleh Leathers (2003) yang mendapati kanak-kanak yang jarang dikunjungi oleh ibu bapa kandung akan lebih mempunyai hubungan yang positif dengan keluarga gentian

2.2.2

Keinginan Bertemu Semula Dengan Keluarga Kandung

22 Dapatan kajian juga mendapati kebanyakan responden berpendapat keinginan seorang kanak-kanak untuk bertemu semula dengan ibu kandung memang wujud, Ini kerana terdapat keinginan yang tinggi pada setengah kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat mengenai ibu bapa kandung mereka. Senario ini telah dibuktikan oleh kajian Fisher (2002) di Georgia, Amerika Syarikat.

2.3

CADANGAN Jika diperhatikan respon yang diterima daripada Pegawai-pegawai disitu di dalam

kajian ini, terdapat dua sudut pendapat iaitu: i) Kepentingan penglibatan ibu bapa kandung dan pertemuan semula apabila anak mereka diletakkan di bawah jagaan orang lain

ii)

Kebarangkalian wujudnya masalah jika kanak-kanak bertemu semula dengan ibu bapa kandung tersebut

Berlakunya perbezaan pandangan mengenai perkara di atas berkemungkinan kerana masih wujud kekaburan terhadap bagaimana caranya untuk mencari kepentingan terbaik kanak-kanak (child’s best interest).

Oleh kerana itu, keperluan mengadakan suatu kajian lanjutan yang lebih komprehensif dan empirikal mengenai kanak-kanak dan sistem keluarga terlibat (kandung

23 dan Pusat Jagaan) terutamanya perbandingan mengenai kepentingan penglibatan keluarga kandung dan juga kesan-kesan pertemuan semula amat-amat dirasakan di negara ini.

2.4

APLIKASI KAJIAN PENEMPATAN PENGHUNI

2.4.1

KESIMPULAN Secara kesimpulan, kajian yang dijalankan ini boleh diringkaskan secara umumnya

berdasarkan perkara-perkara berikut: 1. Para pegawai menunjukkan nilai kerja sosial yang selaras dengan trend perkembangan kebajikan kanak-kanak di peringkat global. Namun, penjelasan yang dibuat mengenai sesuatu pandangan itu adalah unik dan berbeza dengan para pekerja sosial di Barat dalam pembacaan ilmiah kajian saya.

2. Kajian ini menunjukkan semakin meningkat usia seorang kanak-kanak, semakin sukar kanak-kanak itu ditempatkan dengan jayanya. Wujud banyak penjelasan berkenaan trend ini. Namun, dirasakan persoalan attachment merupakan unsur utama yang harus diterokai.

3. Terdapat pandangan mengenai kepentingan penglibatan ibu bapa kandung sebelum dan selepas kanak-kanak ditempatkan di dalam Rumah Kanak-kanak. Namun, wujud kebimbangan mengenai kesan-kesan negatif yang dijangka timbul sekiranya kanak-kanak bertemu semula dengan keluarga kandung mereka. Walau

24 bagaimanapun, kesan-kesan yang dijangka itu masih belum dikaji secara empirikal dalam kajian singkat dan ringkas ini . Hasil kajian yang terbatas dengan masa . Kebarangkalian yang lain pula wujud jurang komunikasi antara pelatih praktikal dengan pegawai bertugas bagi pengumpulan maklumat penyelidikan , Lantas amat perlu ada-ada pihak yang tampil meneruskan kajian lanjutan pada mereka yang berminat dalam bidang soal-soal kebajikan .

2 . .5

KAJIAN ISU PUSAT KEBAJIKAN KANAK-KANAK

Isu Pusat Kebajikan Kanak-Kanak adalah Isu pertama yang akan dibincangkan ialah kesan Pusat Kebajikan terhadap perkembangan kanak-kanak awal. Pusat Kebajikan

mendatangkan kesan yang berbeza kepada terhadap perkembangan kanak-kanak. Ada kesan yang positif dan juga kesan negatif. Menurut Papalia(1990), kesan yang positif datang daripada Pusat Kebajikan yang berkualiti seperti pusat - pusat yang diasaskan dan ditaja oelh universiti-universiti. Kesan yang positif ini dapat dilihat melalui tingkah laku yang dimiliki oleh kanak-kanak seperti aktif, bekerjasama, yakin, asertif, berdikari dan prososial.Manakala bagi kesan negatif pula, dapat dilihat melalui tingkah laku seperti suka berkelahi, tidak mematuhi peraturan, menarik diri apabila memasuki pra sekolah dan sekolah rendah, agresif dan tidak akur.Kanak-kanak akan mengalami perkembangan yang berbeza di Pusat Kebajikan yang berbeza. Hasil daripada kajian-kajian yang dipetik daripada beberapa buah buku dapat diringkaskan seperti berikut...

25

Perkembangan Kognitif dan bahasa Kanak-kanak yang dihantar ke Pusat Kebajikan Kanakkanak didapati menunjukkan perkembangan intelek yang lebih baik dan mengalami kadar kejayaan yang lebih tinggi di sekolah kelak (Burchinal et al, 1989). Interaksi di antara pengasuh yang banyak bercakap dengan kanak-kanak juga dapat memperkembangkan lagi bahasa percakapan kanak-kanak.Perkembangan sosial dan emosi

Mengikut kajian Etaugh serta rakan-rakan (1980) mengatakan bahawa kanak-kanak yang berada di Pusat Kebajikan didapati lebih mudah menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi berbanding dengan mereka yang diasuh di rumah. Namun begitu, perkembangan sosial kanak-kanak di Pusat Kebajikan Kanak-kanak amat bergantung kepada kualiti dan kekerapan rangsangan verbal yang terdapat di pusat tersebut.

Kebanyakan kesan yang dibincangkan adalah berkenaan dengan aspek kualiti sesebuah Pusat Kebajikan terhadap perkembangan diri kanak-kanak. Dari segi faktor kualiti sesebuah Pusat Kebajikan adalah dalam membantu perkembangan seseorang kanak-kanak kepringkat yang lebih tinggi dalam pengurusan pendidikan dan pengajian dan begitulah sebaliknya.

26

2.6

KAJIAN ISU MENGEKSPLOITASI RUMAH KEBAJIKAN

Lain halnya dengan bahagian pengurusan. Budaya masyarakat kita yang suka membuat kebajikan menyebabkan ada individu yang tidak berhati perut mengekspoitasi Rumahrumah Kebajikan dan Rumah Anak-anak Yatim.

Budaya ini bukan sahaja dilakukan melalui sindiket peminta sedekah tetapi secara terancang melalui penubuhan Rumah Kanak-kanak.Ada individu yang mengusahakan Rumah Kanak-kanak tanpa berdaftar dengan Kementerian berkaitan khasnya Jabatan

Kebajikan Masyarakat. JKM sebuah badan yang dipertanggung jawabkan dalam membuat pemantauan dalam menangani hal-hal sebegini. Anak yatim lelaki dan perempuan terpaksa hidup dalam persekitaran yang tidak sihat di Institusi yang tidak berdaftar manakala pihak pengurusan sibuk mencari derma dengan alasan mahu membina rumah kebajikan yang selesa. Akaun yang tidak diaudit oleh JKM memungkinkan penyalahgunaan wang yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anak yatim.

Kebajikan pekerja di abaikan. Bayangkan seorang pengasuh ditugaskan dengan gaji RM 700 untuk menjaga 17 orang anak yatim. Tanpa EPF, pengasuh datang dan pergi kerana tidak berpuas hati dilayan bagai hamba. Akhirnya Indon yang diupah untuk mengasuh dan memasak untuk anak-anak yatim ini.

27 Persengketaan sesama AJK menyebabkan ada yang mengambil kesempatan. Ada yang mahu menjual hamper yang diserahkan kepada institusi-institusi ini dan pelbagai salah laku serta penyelewengan berlaku.

Saya percaya perkara ini bukan saha berlaku di Rumah Kanak-kanak sahaja tetapi mungkin juga berlaku di lain-lain rumah kebajikan khasnya yang diurus secara persendirian tanpa penglibatan NGO dan lain-lain.

Pihak JKM perlu lebih proaktif dalam hal ini. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti contoh kebakaran di Rumah Kanak-kanak dimana waktu itu semua pihak akan menuding jari kepada pihak yang lain.

Pihak yang menderma pula perlu membuat penyiasatan terhadap akaun rumah kebajikan bagi memastikan akaunnya diaudit dan bebas dari penyelewengan. Janganlah di gadai masa depan kanak-kanak ini kerana tamakkan habuan dunia walaupun tahu ia bukan untuk kita tetapi untuk mereka yang memerlukan nya..

Tinjau-tinjaulah sekeliling , sekurang-kurangnya PIBG, mengambil tahu walaupun JKM mungkin mempunyai seribu satu alasan untuk tidak mahu mengambil tahu.- Alasan

kebiasaan nya ialah tidak ada aduan di buat.

28 Moral : Semakin hari makin menjadi2 kes 'derma tipu'. Sindiket antara yg popular sampi hari ni ialah tabung jantung hatiku...Khidmat Pesanan Ringkas SMS dan sebagai nya . Hari ini masyarakat terpaksa mengambil langkah berhati2 utk menderma, maka penderma makin kurang sedangkan yg memerlukan makin ramai.

Isu yang lebih utama, ke mana saluran yg boleh lagi dipercayai?

Diharapkan ianya tidak berterusan dimana sampai sutatu masa, masyarakat akan hilang terus kepercayaan dan pupus identiti budaya kita yang terkenal dengan sikap prihatin dan ihsan dalam menderma sudah tiada lagi.nanti

Saya sarankan bagi mereka yg tahu kes-kes derma seperti ini ,tampil untuk menangani pihak yg tidak sepatutnya menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

29 2.7 KAJIAN ISU PENCERAIAN

Isu??? Penceraian ibu bapaMasalah keruntuhan rumah tangga atau penceraian tidak boleh lagi dipandang ringan kerana ia telah membawa kesan yang negative terhadap perkembangan kanak-kanak terutamanya dari aspek sosial dan emosi.Kanak-kanak amat menderita apabila ibu bapa mereka berpisah. Pelbagai perasaan yang bercampur baur akan dialami oleh kanak-kanak seperti terkejut, sedih, keliru, marah, benci, kecewa, gagal dan ragu-ragu. Kesan peceraian ini adalah mencakupi kesan terhadap emosi, sosial dan tahap pencapaian dalam persekolahan.Tindak balas kanak-kanak terhadap penceraian mengikut

perkembangan usia mereka (Hetherington, 1986) Bagi kanak-kanak awal atau prasekolah( 2- 6 ½ tahun) kebiasaannya mereka akan merengek, menangis, tidak boleh tidur, kencing malam dan bagi yang lebih berusia (4 tahun ke atas) menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif seperti suka bergaduh.Mereka berasa bersalah dan menganggap diri mereka menjadi punca kepada penceraian ibu bapa. Mereka mempunyai dua jenis fantasi iaitu sama ada mereka akan terus ditinggalkan Pusat Kebajikan atau ibu bapa mereka akan berbaik semula. Keruntuhan keluarga melahirkan generasi yang merosakkan dan kekosongan jiwa akibat tiada belaian kasih sayang.

30 2.7 KAJIAN ISU PRA-PENDIDIKAN

Isu Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal bagi kanak-kanak sebelum mereka memasuki alam persekolahan yang sebenar. Guru prasekolah mempunyai tanggungjawab yang penting dalam mendorong atau merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak dengan berbagai-bagai cara. Kesan pendidikan prasekolah terhadap perkembangan kanakkanak tidak mudah dilihat kerana kepelbagaian program sekolah itu sendiri.Menurut Clarke-Steward dan Fein (1983), kanak-kanak yang menghadiri prasekolah;Lebih kerap berinteraksi dengan rakan sebaya, tidak kira sama ada secara positif atau negative #Kurang bekerjasama dan kurang bergerak balas dengan orang dewasa berbanding dengan mereka tidak mengikuti prasekolah. # Dikatakan mempunyai kelebihan dari segi kecekapan sosial dan lebih matang apabila mereka menunjukkan ciri-ciri keperibadian seperti lebih yakin, ekstravert, asertif, berdikari, ekspresif, berpengetahuan tentag dunia sosial dan selesa dalam situasi sosial dan mnghadapai tekana dan mempunyai penyesuaian yang lebih baik ketika memasuki sekolah (contoh: menunjukkan ketekunan dalam pelaksanaan tugas, kepimpinan dan bermatlamat) # Dikatakan kurang mempunyai kecekapan sosial kerana mereka turut menunjukkan ciriciri tingkah laku seperti kurang sopan, suka bercakap dengan kuat, kurang patuh kepada arahan guru, lebih agresif dan suka mengarah atau bossy, terutamanya jika tingkah laku mereka mendapat sokongan guru atau warden asrama.

3.0

PENDIDIKAN

31

3.1

KLASIFIKASI TUGASAN DALAM PENDIDIKAN

Kanak-kanak yang suka merengek di Rumah Kanak-kanak tidak kurang ramainya. Sebagaimana pemerhatian kasar yang di lakukan dalam penulisan laporan harian. Mereka ini kemungkinan ingin mendapat simpati dari kakak-kakak dan abang-abang sepenghuni dengan mereka.

.Bagi memastikan ketepatan dalam Kajian/ Pemerhatian saya. Penemuan secara tidak langsung telah menemukan maklumat yang lebih teperinci dalam kajian ini. Sebagaimana temubual singkat antara saya dengan House Mothers

Menghadapi anak kecil yang suka merengek, Staff/ Warden katanya harus mempunyai kesabaran yang tinggi karena ia mudah sekali menangis. Kemungkinan permintaan tidak ditunaikan , sikap acuh tak acuh dan pelbagai kemungkinan yang lain atas

3 . 1 . 2 TINGKAHLAKU TEMPERAMENT

32 Tingkah laku ini(rengetan) berhubung rapat dengan temperament kanak-kanak ini. Umumnya temperament kanak-kanak dibahagi kepada tiga:

1)mudah 2)sukar 3)lambat (slow to warm up).

Untuk mengetahui temperament kanak-kanak, Staff/ Warden selalunya lebih melihat ciriciri mudah, sukar, dan lambat ini semenjak mereka kecil lagi. Anak yang tergolong dalam kumpulan pertama sangat mudah menyesuaikan diri dalam situasi yang baru.

Sebaliknya anak yang tergolong dalam kumpulan kedua sukar menyesuaikan diri dengan menunjukkan reaksi yang negatif bila diletakkan dalam situasi yang baru. Anak yang tergolong dalam kumpulan ketiga pula lambat serta memerlukan masa tertentu untuk menyesuaikan diri.

Secara umumnya anak-anak yang selalu merengek adalah anak-anak yang mempunyai temperament sukar dan lambat.

3 . 2 FAKTOR PENYEBAB Cara-cara melayani anak-anak yang suka merengek

33

3 . 2 . 1 Keadaan Fizikal Anak

Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.

Pandangan House Mothers Keseluruhan dicapai.

Perlu peka terhadap keadaan fizikal dan cari punca kenapa mereka merengek dan pantas selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, mereka akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani.

3 . 2 . 2 Mencari perhatian

Kadang-kadang mereka inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana pada biasanya mereka fikir akan diberikan perhatian hanya apabila merengek sedangkan tidak ketika berkelakuan baik. Akibatnya, mereka "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek-rengek sambil menangis.

Pandangan House Mothers: - Pn. E. Muniamah

34 * Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek. Jangan penuhi permintaannya sehingga ia menyedari bahwa cara yang telah dilakukan itu tidak benar. Tindakan ini juga dapat mendidik anak mengendalikan dirinya.

* Ajak mereka berkomunikasi dengan baik, didiklah dia bahwa cara yang dilakukannya itu adalah salah. Misal, "Kalau merengek macam ni.. auntie tak tahu dan tidak faham apa yang kamu mahu. Cuba cakap baik-baik dengan auntie, beritahu elok-elok dengan auntie apa yang kamu mahu.."

* Berilah perhatian kepada mereka setiap masa, terutama ketika dia berkelakuan baik dan tidak merengek. Bentuk perhatian itu cukup dengan kata-kata seperti, "Auntie bangga kamu tidak merengek ketika mandi tadi.."

3 . 2 . 3 Ingin menunjukkan kekuatannya

Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah. Mereka ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, Staff/ Warden disini tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara mereka kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri..

Pandangan House Mothers: - Pn. S.Parwadi

35 Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula.

Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, "Kamu nak minum air panas atau air sejuk?"

Melalui cara ini, tujuan untuk menyediakan minuman mereka dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa . Sedikit sebanyak mereka ini merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.

3 . 2 . 4 Terluka perasaannya

Biasanya ini terjadi bila mereka dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Kamu benci pada auntie." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibubapa menjadi semakin marah.

Pandangan House Mothers: - Pn. E. Manimoly

36 Kita harus bersabar. Kadang kala Peluklah mereka sambil menenangkannya seperti, "Auntie sayang kamu .janji, jangan menangis lagi ye.." Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat mereka merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.

3 . 2 . 5 Tidak mampu melakukan sesuatu

Kita tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan mereka melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar kita meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal mereka anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan kanak-kanak ini merengek.

Pandangan House Mothers: - Pn. K.Narumala

Jangan memaksa anak ini melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Katnya lagi, Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, "Wah, kamu suka makan sayur ya...tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan.." Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.

37 3.3 PERINGKAT AKHIR KAJIAN

Peringkat akhir Kajian keseluruhan yang dapat dicapai dalam pemerhatian ini . Apa yang dapat dirumuskan dalam pengurusan dan penjagaan dan seterusnya menangani masalah yang sering berlaku adalah :

3 . 3 . 1 Berfikir positif Warden asrama seharusnya tidak mudah berputus asa bila melihat kanak misalnya mempunyai temperament slow to warm up, yang memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Berfikirlah secara positif bahwa kita dapat membentuknya menjadi anak yang baik. Dengan keyakinan ini, terbentuklah hubungan yang baik antara staff dan penghuni disitu.

3 . 3 . 2 Tidak mengalah kepada rengetan anak Cara staff berinteraksi dengan penghuni dapat mempengaruhi sikapnya. Misalnya, si anak yang memiliki kecenderungan untuk merengek menjadi semakin teruk jika dia memahami bahawa rengetannya itu dapat dijadikan sebagai senjata bagi dirinya. Apalagi bila warden selalu memenuhi atau mengalah pada rengetannya. Namun bila warden bersikap tegas dan tidak mudah mengalah, lama kelamaan rengetan itu akan berkurangan.

38 3 . 3 . 3 Tidak memberikan label Pemberian label kepada penghuni akan menyebab mereka menjadi tidak yakin kepada dirinya sendiri. Bahkan lambat laun ia menjadi kanak-kanak seperti yang dilabelkan selama ini. Umpama, diberi label kanak-kanak ribena, dan dipanggil dengan gelaran itu setiap hari, maka sikapnya yang suka merengek akan berterusan.

3 . 3 . 4 Fokus kepada sikap anak Untuk membangunkan sikap positif penghuni, selalulah memerhati tingkah lakunya yang baik dan berikan penghargaan. Jangan hanya memberikan perhatian ketika mereka berkelakuan buruk. Contoh, "Wah, hari ini Indera tidak merengek langsung. Abang

sukahati bila Indera berkelakuan begini". Ini dapat menanamkan rasa keyakinan diri pada mereka.

3 . 3 . 5 Tidak membandingkan-bandingkan Setiap kanak-kanak memiliki kelebihan dan kekurangan. Tugas warden adalah memaksimakan kelebihan setiap anak dan meminimakan kekurangannya. Ini dapat menanamkan rasa percaya si kecil bahwa dirinya memang memiliki keistimewaan sama seperti teman-temannya yang lain.

Pemerhatian / Kaji Selidik : Sekiranya saya menghadapi masalah penghuni yang suka merengek...perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah mencari faktor penyebab terlebih sebelum menanganinya...

39

3 . 4 KLASIFIKASI KAJIAN DALAM PEMBENTUKAN MORAL

ROTAN/ MEMUKUL

3 . 4 . 1 Hukuman Fizikal. Adakah cara selamat untuk merotan atau memukul?

Memukul atau merotan merupakan hukuman fizikal. Staff/ Warden yang menggunakan hukuman fizikal bertujuan menghentikan kerenah penghuni yang tidak baik. Walaupun terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa hukuman fizikal ini kurang berkesan malah mendatangkan implikasi yang negatif, tapi bagi saya, masih ada situasi tertentu di mana Staff/ Warden perlu jugak merotan penghuni sebagai hukuman, terutamanya dalam perkara yang membabitkan kemalasan dalam pembelajaran.

Mereka boleh memahami bahawa hukuman rotan yang diterima adalah di atas sikap degil dan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun begitu, sekiranya Staff/ Warden mempunyai cara yang lebih efektif, elakkan dari mengenakan hukuman fizikal terhadap anak-anak.

3 . 4. 2 Kesan Fizikal

40 Adakah cara selamat untuk merotan atau memukul?

Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan yang buruk jika dilakukan oleh Staff/ Warden yang authoritative dibandingkan dengan cara mereka yang authoritarian. Hukuman fizikal yang dilakukan sekali sekala oleh authoritative parents tidak menjejaskan hubungan rapat di antara Staff/ Warden dan penghuni. Sebaliknya, jika hukuman fizikal itu dilakukan oleh yang Staff/ Warden autoritarian, ia boleh menjadi batu penghalang kepada hubungan rapat antara Staff/ Warden dan penghuni yang mengakibatkan semakin sukar bagi mereka untuk mengendali dan mendidik mereka.

3 . 4 . 3 Kesan Emosi Sebelum mengenakan hukuman fizikal ini, Staff/ Warden wajar memahami dan mengenali perwatakan dan sikap penghuni. Mereka juga perlu mengambil kira tahap hubungan dengan penghuni .

Sekiranya penghuni mempunyai hubungan yang rapat dengan Staff/ Warden (closed bonding), maka hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak-anak.Sebaliknya jika Staff/ Warden tidak begitu rapat dengan anak-anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak-anak terganggu seperti menyimpan dendam, marah dan sebagainya.

41 Staff/ Warden perlu meneliti, samada hukuman fizikal itu dilakukan secara reflex atau secara terancang. Hukuman fizikal yang terancang ialah Staff/ Warden mempunyai peraturan yang tertentu misalnya penghuni wajib menyiapkan kerja sekolah, andainya mereka tidak mengikut peraturan tersebut atau dapati aduan dari pihak sekolah maka mereka dikenakan hukuman fizikal.

Kebiasaan nya penghuni memahami peraturan dan tahu akibat dari kedegilan mereka, mereka akan menerima hukuman fizikal.

Di sini, penghuni diberi pilihan samada mengikut peraturan atau menerima hukuman. Manakala hukuman fizikal secara reflex pula ialah yang berlawanan dengan hukuman fizikal terancang, tidak ada peraturan yang dibuat, asal anak buat kerenah saja, Staff/ Warden terus mengenakan hukuman fizikal. Istilah yang biasa kita gunakan ialah ringan tangan. Ketara sangat dalam pemerhatian saya sehari-hari Ringan tangan yang Staff/ Warden di sini bukan bermakna rajin tapi cepat sangat menampar penghuni . Pantang silap sikit, mereka mesti kena, mungkin kena penampar, mungkin kena rotan sampai menangis dan sebagainya. Inilah cara pendidikan yang kurang berkesan kerana apa yang saya perhatikan , penghuni kerap akan mengulangi kerenah yang sama.

42 Setiap kali Staff/ Warden mengenakan hukuman fizikal, mereka langsung tidak memberi penerangan kepada penghuni kenapa mereka dipukul dan sebagainya. Ini menjadikan kan kelakuan penghuni yang langsung sama sekali tidak dapat mereka terima atas sebab desakan atau barangkali atas sebab masalah di pejabat dan rumah sebagai contohnya .

3 . 4 . 4 Perlaksanaan Sebagai contoh senarai peraturan di asrama perlu dipasang setiap sudut agar peraturan tentang perkara itu dapat beritahu. Pesan memesan antara penghuni senior dan junior, mereka mungkin akan menerima ianya sebagai satu hukuman sekiranya mereka berkelakuan begitu Tiada isu berat sebelah siapa yang berhak dalam penerimaan hukuman melainkan masalah kesihatan umpamanya.

Staff/ Warden juga harus memastikan bahawa mereka tidak dalam keadaan marah ketika hukuman fizikal dilakukan.

Sekiranya kita merotan atau memukul dalam keadaan yang marah, mungkin terjadi kes penderaan. Staff/ Warden yang dalam keadaan marah tidak dapat mengawal emosi dengan baik, dan melepaskan ledakan emosi kepada penghuni melalui hukuman fizikal.

43 Sering kali saya memesan pada rakan sekerja, sekiranya disedari bahawa hati kita tengah panas, eloklah kita elakkan diri daripada anak-anak sehingga kemarahan kita reda.

Staff/ Warden seharusnya tahu bagaimana cara merotan yang selamat dan tidak mendatangkan kecederaan kepada mereka . Merotan di tempat yang kurang sensitive seperti tapak tangan.

Jangan sesekali memukul dibahagian muka atau di tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya seperti di kepala atau perut.

Pukulan yang diberikan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi pengajaran kepada mereka agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Sama seperti kita menjaga anak-anak daripada kecederaan fizikal ketika merotan atau memukul, begitulah juga kita harus menjaga mereka daripada kecederaan emosi. Jangan merotan di khalayak ramai atau di depan kawan-kawan sehingga memalukan mereka terutama pada penghuni remaja.

44

3 . 4 . 5 Kesimpulan Sebagai kesimpulan, selain dari hukuman fizikal, masih terdapat banyak bentuk disiplin yang lebih positif dan efektif. Hukuman fizikal mungkin sebagai langkah terakhir apabila cara-cara disiplin yang lain tidak berkesan dan hendaklah dilakukan dengan cara yang paling selamat agar tidak mendatangkan kecederaan kepada mereka baik dari segi fizikal atau pun emosi.

3 . 4 . 6 Pilihan Pendidikan – Apabila menjangkau usia pertengahan atau penghujung keremajaannya, remaja harus menentukan sendiri beberapa perkara penting tentang kehidupannya pada masa hadapan. Perkara ini dipengaruhi bermula dengan tahap pencapaiannya semasa di peringkat sekolah, tekanan daripada Penjaga/warden dan juga nilai masyarakat disekeliling mereka.

Sekiranya sikap dan aspirasi penjaga bertentangan dengan apa yang dipegang oleh rakan sebaya mereka, kekeliruan dan konflik bakal tercetus. Akibatnya, setiap tindakan yang diambil adalah dipengaruhi oleh perasaan dan emosi dan bukannya ditentukan oleh pemikiran yang matang serta waras.

45

3 . 4 . 7 Perkembangan Heteroseksual – Pada permulaan dan pertengahan zaman remaja, perubahan hormon akan menyebabkan pertumbuhan ciri-ciri seksual sekunder berlaku. Bagi remaja lelaki, perubahan suara dan kepejalan otot akan berlaku pada tahap ini.

Sementara remaja perempuan pula akan mengalami perubahan seperti pertumbuhan buah dada dan lapisan lemak pada bahagian tertentu pada tubuh badan.Remaja mula mengalami dorongan jantina yang tidak pernah dialami sebelum ini. Perhatian tertumpu kepada ibu bapa pada zaman kanak-kanak mula beralih kepada rakan sebaya yang sejenis dengannya.

Begitu juga dengan luahan kasih sayang kini lebih tertumpu kepada rakan rapat yang mereka anggap sebagai objek ‘cintanya’.

46 3 . 4 . 8 Penguasaan Nilai Moral – Pada zaman kanak-kanak, sistem moral yang dipelajari oleh mereka adalah diambil sepenuhnya daripada penghuni yang terdahulu. Kini pada zaman remaja, mereka mula mendapat pengaruh daripada rakan sebaya yang membawa perubahan dalam sistem moral yang mereka amalkan selama ini.

Pengaruh rakan sebaya merupakan proses dimana remaja mula bertindak mengubahsuai atau meninggalkan segala ajaran daripada penjaga selama ini. Mereka juga sudah berani menambah atau menyatupadukan nilai yang lama dengan yang baru dipelajari daripada persekitaran mahupun pergaulan. Sekiranya sebelum ini mereka menyanjungi dan kagum dengan mereka, kini diperkecilkan dan remaja menganggap bahawa diri mereka lebih matang dengan idea, nilai serta pengalaman yang tinggi.

Hal ini akan menyebabkan penjaga/warden menjadi risau dan bimbang sekiranya pengaruh terhadap anak-anak ini semakin berkurangan. Seandainya situasi ini tidak dapat

dikendalikan dengan baik, ianya mampu mengundang pergaduhan dan permasalahan antara penjaga dan penghuni.

3 . 5 KOMUNIKASI

47

3 . 5 . 1 KLASIFIKASI PENEROKAAN ADAPTASI SOSIAL

Kemahiran beinteraksi sesama Penghuni adalah sesuatu perkara yang penting dalam mengetahui minat serta mencungkil sejauh mana pengetahuan mereka terhadap dunia luar.Tersisih dengan dunia luar bukan bermakna ketidak pekaan apa yang berlaku disekeliling . Lebih-lebih lagi maklumat yang berkaitan dengan tempat asal-usul mereka.

3 . 5 . 2 Kemahiran Interaksi Kemahiran interaksi disini bermula dalam waktu-waktu aktiviti bermain yang sememang nya boleh dikatakan aktiviti yang digemari oleh semua kanak-kanak. Saya mencari pendekatan beinteraksi pada akhir -sessi yakni berakhir waktu bertugas satu hingga dua jam pada sebelah petang..Kebiasaan nya saya meluangkan berkomunikasi masa-masa waktu bermain bolasepak .

Bagi penghuni perempuan mereka lebih gemar menonton selebihnya bermain galah panjang Bagi penghuni yang belum bersekolah dan bersekolah rendah mereka di beri peluang untuk bermain seperti anak patung dan kereta mainan yang di ambil dari store mainan yang dikhaskan

48 .Agihan-agihan barang mainan mengambil kira mengikut faktor umur dan minat mereka pada sesuatu mainan tersebut. Teori Bermain walaupun tidak mempunyai tujuan atau matlamat yang nyata, tidak bermakna bermain itu tidak mempunyai kepentingan dan faedah.

3 . 6 KLASIFIKASI DAN APLIKASI TEORI DALAM PERMAINAN Antara aplikasi rujukan yang dibuat dalam penyelidikan saya bersama dengan penghuni. Menurut Santrock(1998), bermain meningkatkan peluang kognitif dengan rakan sebaya, meleraikan ketegangan, meningkatkan perkembangan kognitif (Piaget, 1962) dan

penerokaan terhadap dunia luar.Bermain juga meningkatkan peluang bercakap dan berinteraksi di antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain. Ketika penghuni beinteraksi dalam masa permainan , pada pemerhatian saya mereka mempraktiskan pelbagai peranan yang dimainkan sesame mereka .Bermain mempunyai pelbagai fungsi yang mana melibatkan aktiviti-aktiviti seperti aktiviti fizikal dan motor dimana amat berguna untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan kemahiran fizikal dan juga menyumbang kepada adaptasi sosial

Menurut Piaget, manipulasi objek secara fizikal yang sebenar berkait rapat dengan perkembangan tentang objek atau benda. Sumbangan aktiviti bermain yang melibatkan daya imaginasi adalah ternyata bersifat intelektual kerana melakukan imaginasi melibatkan keupayaan kognitif yang penting berhubung dengan simbolisasi, peniruan dan membuat pertimbangan dan penyelesaian masalah

49

3 . 7 KLASIFIKASI PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PEMBELAJARAN 3 . 7 BELAIAN KASIH Kasih Sayang Belaian kasih sayang amat diperlukan dalam membina sebuah keluarga walau sekalipun berlaku keretakan di dalam rumah tangga ataupun kehidupan seorang ahli keluarga. Bagaimanapun, kekosongan ini mesti diisikan supaya anak selamat.Dahulu,di dalam keluarga mereka berangkali, penghuni ini dikelilingi oleh ahli keluarga yang lain-lain seperti datuk, nenek ataupun ibu dan bapa saudara yang memberikan perhatian serta melimpahkannya dengan kasih sayang di saat-saat kesukaran . 3 . 8 PENERAPAN NILAI KEKELUARGAAN Nilai-nilai murni serta semangat kekeluargaan yang diterapkan oleh pegawai bertugas, pelatih praktikal.serta pelawat / penderma yang prihatin sekurang-kurang dapat membantu dan meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.

Ini dapat merasakan bahawa diri mereka berharga dan penting. Ikatan yang kuat di dalam keluarga inilah yang akan dapat memantapkan emosi kanak-kanak ini.Dengan berkongsi nilai, tradisi, adat serta adab antara generasi, ikatan kekeluargaan dapat dikukuhkan lagi dan kekosongan jiwa anak ini akan terisi.

50 3 . 9 BAHASA Sering saya tekan kan dalam Pendidikan Bahasa. Bahasa yang kebiasaan nya dipakai disekolah-sekolah dan bukan nya pendekatan bahasa rojak , bahasa Melayu + India yang pusing-pusing . Percubaan ini amat sukar dan sekurang-kurang nya mereka faham apa yang saya tuturkan. Apa yang diterapkan adalah bagi meningkatkan cara komunikasi mereka sewaktu diluar sana bersama rakan-rakan sekolah pelbagai bangsa juga dengan guru-guru sekolah .Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi di mana ilmu yang ditimba, dibaca, didengar, difahami dan dibicarakan. Bagi menajamkan pemikiran seseorang itu, penguasaan bahasa yang baik dapat membantunya memahami bahan bacaan yang disediakan.Penggunaan bahasa yang baik bermula daripada rumah dan gurunya yang pertama adalah ibu bapa.Penguasaan bahasa bagi anak-anak harus diterapkan dari awal lagi melalui persekitaran rumah yang kaya dengan bahasa.

Pemerhatian/ Peneyelidikan : Kelilingilah mereka dengan bahan-bahan rujukan yang dapat memperkaya dan membina pembangunan bahasanya.Galakkan yang diberi oleh saya pada penghuni hanya semata-mata untuk mengeluarkan dan mendengar pendapat mereka dengan kaedah mengemukakan soalan-soalan yang terbuka kepada mereka. Melalui kaedah kerap berbual-bual dengan kanak agar mindanya terangsang. Ini adalah kerana sewaktu tempoh pembentukan seorang kanak-kanak, otaknya dapat menampung segala maklumat yang diterima dan apa yang telah dipelajarinya itu akan dicurahkan semula.Oleh itu, kekerapan bertutur dalam sesuatu bahasa itu akan dapat menajamkan kemahiran berfikirnya dan merangsang sifat ingin tahu mereka amnya..

51

4 . 0 PSIKOLOGI
APLIKASI – APLIKASI DALAM KAEDAH PSIKOLOGI 4 . 1 KOGNITIF KANAK-KANAK Kognitif Kanak-kanak Perkembangan Alam kognitif kanak-kanak awal atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Contohnya dalam lukisan, mereka mungkin mewarnakan matahari hijau dan langit kuning, kereta terapung di awam, burung bermian dengan buaya dan manusia menyerupai orang-orangan( scarerow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat pemiiran dari perspektif diri sendiri dan belm berupaya melihatnya dari perspektif orang lain. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa pemikiran juga meningkat mengikut siri peringkat yang bertambah kompleks.Minat tentang perkembangan kognitif kian meningkat apabila kesedaran wujud di kalangan penteori bahawa kanak-kanak berfikir berbeza dari segi kualitatif dan kuantitatif berbanding orang dewasa. Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan sahaja mereka kurang berpengetahuan secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi zaman awal dan pertengahan kanak-kanak.

52

4 . 2 KOGNITIF REMAJA Perubahan dalam perkembangan kognitif yang dialami oleh remaja : * Perubahan ini tidak dapat dilihat dengan jelas, berbeza bagi setiap individu, namun penting bagi seseorang individu bagi mencapai tingkat perkembangan kognitifnya akan mempengaruhi cara ia melihat dirinya, merancang masa depannya, dan menganalisis permasalahan yang dihadapi. * Terdapat banyak teori mengenai perkembangan kognitif remaja, termasuk teori perkembangan kognitif sebagaimana yang dikemukakan oleh Piaget, namun secara umum remaja cenderung menggunakan idea-idea yang abstrak dan berfikir secara abstrak, multidimensional, relatif dan reflektif. Sejauh manakah tepatnya tingkat perkembangan kognitif seorang individu pada masa remaja sukar diramalkan, dan sangat berbeza mengikut seseorang. * Perkembangan kognitif seseorang itu tidak hanya ditentukan dari pertumbuhan dan kematangan sistem saraf pusat mahupun periferi sahaja, namun juga cara ia memproses informasi, meningkatkan daya ingat dan kapasiti memorinya, dan kedekatannya dengan suatu objek pengetahuan. * Walaupun demikian, tingkat kematangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan latihan-latihan dan usaha untuk memperbaiki cara belajar dan mengorganisasi memori. Hal ini juga tidak terlepas dari potensi-potensi yang dimilikinya, termasuk bakat tentang pengetahuan tertentu.

53 * Suatu perkara yang harus diperhatikan pada perkembangan kognitif remaja adalah bukan pada kepantasan berfikir dan banyaknya informasi yang dikuasai yang penting, namun lebih kepada cara remaja itu menggunakan informasi yang dimilikinya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. 4 . 3 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET * Teori perkembangan kognitif dipelopori oleh Jean Piaget. Beliau adalah seorang pakar psikologi kanak-kanak dari Switzerland. Piaget juga menerangkan cara berfikir yang kesan kepada tingkah laku setiap individu. * Teori yang dikemukakan oleh Piaget lebih berfokus kepada tahap. Tahap bagi remaja ialah tahap akhir iaitu, tahap operasi formal yang bermula pada umur dua belas tahun hinggalah ke atas. * Pada tahap ini mereka berupaya mengunakan serta memahami logik dan konsep abstrak dan cuba merealisasikan konsep tersebut. * Mereka tidak lagi cuba menyelesaikan sesuatu masalah secara cuba jaya (trial and error), seperti semasa mereka berusia tujuh tahun, tetapi mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. * Mereka berkeupayaan melakukan sintetis terhadap sesuatu kejadian dan seterusnya cuba membentuk hipotesis untuk mencapai sesuatu kesimpulan. * Remaja pada tahap ini mampu memikirkan perkara abstrak dan berfikir secara logik, reflektif serta sistematik.

54 4 . 4 EMOSI Emosi adalah perasaan atau komponen kesan dalam tingkah laku manusia( Lefrancois, 2001). Santrock (1998), mendefinisikan emosi sebagai perasaan atau kesan yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi (‘physiological arousal’) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum atau menyeringai.

Emosi boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif. Emosi yang tergolong dalam kategori yang positif adalah rasa gembira, seronok, ghairah dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah dan sebagainya. Kanak-kanak boleh dikatakan sering mengalami kedua-dua emosi ini serentak. Perkembangan emosi kanak-kanak melibatkan 3 jenis keupayaan iaitu pentafsiran emosi, pengaturan emosi dan pemaparan emosi (Lefrancois, 2001) i) Pentafsiran Emosi (‘Interpreting Emotion’)Bayi yang memasuki usia 2 tahun menunjukkan beberapa tingkah laku yang menandakan mereka boleh memahami perasaan orang lain dan sedar bahawa tingkah laku mereka boleh mempengaruhi perasaan orang lain.Keupayaan mentafsir emosi

semakinberkembang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.

55

Kanak-kanak yang berusia 3 tahun tidak mengalami banyak masalah

dalam mentafsir

emosi watak-watak dalam cerita bergambar yang dilihat olehnya atau diperdengarkan kepadanya. Mereka mentafsir emosi seseorang berdasarkan apa yang dilihat dan didengar oleh mereka.Bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun, mereka tidak dapat membezakan emosi yang sebenar dan emosi yang dibuat-buat.

Apabila kanak-kanak mula memasuki prasekolah, keupayaan mereka mentafsir emosi orang lain bertambah tepat. Kanak-kanak yang berusia 3 hingga 5 tahun dapat mengenal emosi yang dibuat-buat dengan mudah. Pada masa ini, kanak-kanak sudah dapat memahami bahawa tingkah laku mungkin tidak selaras atau berbeza dengan perasaan dan motif yang dimiliki olehnya, seseornag mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna ia sedang berasa gembira (Jas Laile Suzana, 2000 ii)Pengaturan Emosi (‘Regulating Emotion’) Keupayaan mengawal emosi kanak-kanak dapat dilihat semenjak mereka masih bayi lagi. Misalnya seorang kanak-kanak akan menutup mata, menghisap ibu jari atau membenamkan mukanya ke dada ibunya jika merasa takut. Kanak-kanak prasekolah yang mengalami perkembangan kognitif dan kemahiran sosial yang pesat semakin cekap dalam mengelakkan situasi yang boleh menimbulkan emosi yang negatif dan mencari atau mengekalkan emosi yang menyenangkan.Kawalan emosi adalah berorientasikan situasi dan tingkah laku dan bukan berorientasikan kognitif atau pemikiran. iii) Pemaparan Emosi (‘Displaying Emotion’)

56 Menurut Saami (1999) kanak-kanak menggunakan dua peraturan untuk memaparkan emosi iaitu: peraturan pemaparan prososial (‘pro social airplay rules’) dan peraturan pemaparan kendiri(‘self-protective display rules’).Peraturan pemaparan prososial menghasilakn tingkah laku yang digunakan untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Tingkah laku yang mewakili peraturan perlindungan kendiri pula terhasil daripada keinginan si pelaku untuk tidak menerima kesan yang tidak diingini daripada sesuatu situasi atau peristiwa. Kanak-kanak didapati mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua peraturan ini dalam memaparkan tingkah laku emosi mereka.Kajian mendapati emosi yang dipaparkan oleh seseorang selalunya tidak mencerminkan emosi sebenar orang itu. Pemahaman kanak-kanak tentang perasaan dan pemikiran orang lain adalah kurang jika dibandingkan dengan kanak-kanak pertengahan dan akhir. (Rotenberg Eisenberg 1997; Lefrancois 2001

4 . 5 PERKEMBANGAN EMOSI

4 . 5 . 1 EMOSI KANAK-KANAK

57 Emosi adalah penggerak utama bagi menggambarkan tingkahlaku kanak-kanak khususunya peringkat pertengahan dan akhir. Ini kerana menerusi emosi yang dilahirkan mereka dapat menonjolkan segala bentuk perkara yang dirasai serta yang difikirkan. Dengan itu, segala situasi yang berlaku di sekeliling baik dari aspek perubahan biologi akan mendorong pembentukan emosi dalam sesuatu masa sama ada sedih, marah, kecewa dan sebagainya.

Ini bermakna, seorang kanak kanak itu dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak itu. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak yang bijak akan mula memanupulasikan ibu bapa mereka untuk memenuhi kehendak kanak- kanak itu.

Pada dasarnya, emosi dan perasaan kanak-kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu:

Faktor luaran:

58 Lazimnya, kanak-kanak akan menonjolkan reaksi mereka sendiri dalam sesuatu masa melalui riak muka seperti ketawa, menangis, senyum, bermasaam muka dan langsung tidak berkata apa-apa.

Daripada situasi yang kita lihat, di sini dapat kita rumuskan bahawa kanak-kanak pertengahan dan akhir memiliki amosi yang tidak stabil dan berubah -ubah mengikut masa dan keadaan.

Sebagai contoh, mereka sangat sensitif dan mudah menangis apabila ditegur dengan nada yang kasar seperti dimarahi oleh pegawai bertugas.

Seterusnya, emosi mereka turut berubah apabila diberi pujian setelah berjaya menylelesaikan sesuatu perkara leih-lebih lagi dalam bidang akademik. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat meningkatkan tahap ekstim kendiri dalam diri kanak-kanak tersebut.

Faktor dalaman :

Merujuk kepada perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubahubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya. Ini kerana, mereka masih kecil dan semestinya memerlukan perhatian yang

59 sepenuhnya daripada anggota keluarga. Keadaan ini dapat kita perhatikan apabila mereka akan menonjolkan emosi dengan mempamerkannya melalui tingkah laku yang ditonjolkan. Kedaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak akan mengamuk dan mengguling-gulingkan badan apabila kehendak mereka tidak dituruti dan ianya berterusan selagi tidak mendapat perkara yang diinginkan. Situasi ini dapat kita lihat di shopping complex apabila mereka gagal mendapat barangan yang diinginkan lebih-lebih lagi barangan permainan.

Daripada 2 situasi di atas, kita dapat merumuskan bahawa sememangnya emosi kanakkanak peringkat pertengahan dan akhir adalah berbeza-beza mengikut peralihan usia sekitar 6 hinnga12 tahun.

Oleh itu, ibu bapa khususnya perlulah memahami setiap rentak emosi kanak-kanak dan mestilah jika dengan setiap kehendak yang mereka ingin.

4 . 5 . 2 EMOSI REMAJA

Perjalanan hidup seorang remaja sering dikaitkan dengan cara pertumbuhan dan cara mereka mengawal emosi dengan sebaik yang mungkin.Pakar psikologi menyatakan bahawa zaman remaja adalah zaman yang penuh dengan idealisme, pemberontakkan dan

60 tekanan.Perubahan-perubahan yang dialami oleh seseorang remaja membuatkan dirinya berada dalam keadaan yang tidak stabil kekeliruan dan konflik. Menurut Shertzer & Stone (1992), remaja adalah satu zaman yang penuh dengan cabaran, dugaan, suka dan duka. Remaja juga dalam usia begini berada diperingkat “rebut” dan “tekanan” (storm and stress) Kebebasan psikologi – Kebebasan emosi merupakan salah satu kejayaan bagi setiap remaja. Kebebasan emosi ini berlaku melalui proses ‘ individuasi’ yang berterusan. Ia merangkumi harapan, keinginan, sifat, ketrampilan dan cara mempertahankan diri. Kebebasan emosi ini menyebabkan mereka menagih sikap berdikari dan menolak bergantung pada keluarga. Pada masa yang sama, mereka merasa benci apabila ingin menggantikan suasana yang selamat dan tempat bergantung dengan fasa kebebasan ini. Menyentuh soal kebebasan ini, ia tidak boleh disalahertikan dengan menganggap remaja ingin melarikan diri daripada tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa. Namun, ia adalah keadaan dimana remaja mula berfikir dan bertindak secara bersendiri

Antara emosi-emosi yang pernah dialami oleh seseorang remaja :

Percintaan Remaja - Perasaan ingin disayangi dan menyayangi adalahperkara yang lumrah di alam remaja

61 Perasaan ini selalunya diiringi dengan percintaanantara remaja. - Namun demikian, cinta remaja ini selalunya tidak kekal atau berterusan. - Percintaan di zaman remaja ini selalunya disebut “puppy love ”.

Kesunyian - Kesunyian terjadi sekiranya remaja tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya di sekolah - Merupakan remaja yang tidak dapat mengikuti norma rakan sebayanya. - Remaja yang lebih suka mengasingkan diri daripada bercampur dengan rakan sebaya tidak akan memberi keuntungan kepada mereka.

Perasaan Rendah Diri - Ada beberapa sebab mengapa remaja mempunyai perasaan rendah diri seperti: o Kecacatan anggota o Merasakan dirinya tidak menarik

62 o Tidak pandai berkomunikasi o Taraf sosioekonomi yang rendah o Tidak pandai bergaul - Apabila remaja mempunyai perasaan yang sedemikian akan wujud perasaan : o Pendiam o Pemalu o Tidak suka bergaul o Mudah tersinggung o Kurang bermotivasi dalam pelajaran

Dengan ini akan wujud jurang antara remaja itu sendiri dengan remaja yang lain

Kehidupan Yang Bebas - Remaja secara normalnya tidak mahu dikongkong sepenuhnya.

63 - Apabila mereka merasakan diri mereka dikongkong maka akan wujud pemberontakkan dalam diri mereka -Secara tidak langsung akan memberi kesan dalam masalah sosial Remaja

Keinginan Untuk Mencuba - Remaja selalu ingin mencuba sesuatu yang baru atauterpaksa melakukan sesuatu itu kerana dorongan dan cabaran dari rakan mereka - Remaja yang berjaya melakukan apa sahaja yang dirancangakan dianggap hebat oleh rakan-rakannya - Sebagai contoh : o Menghisap rokok o Penagihan dadah o Menghidu gam o Lumba haram § Mencari Identiti Kendiri - Pada waktu begini remaja akan bertanyakan soalan seperti“ Siapakah saya?”

64 “Apakah hala tuju hidup saya?”“Apa imej yang sesuai dengan diri saya?” dan pelbagai persoalan yang timbul - Konflik peribadi yang berlaku dalam diri remaja selalunya disebut “krisis identiti”

Penampilan Diri - Seperti pakaian. Potongan rambut, gaya bercakap dan sebagainya yang mungkin akan terikut-ikut kepada sesuatu kumpulan tertentu. - akan lebih meminta pandangan rakan-rakan daripada ahli keluarga sendiri untuk memastikan mereka ikut peredaran masa.

4 . 6 . PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK Perkembangan Perlakuan dan Tingkah Laku Ciri-ciri perlakuan :

65 Antara ciri-ciri perlakuan yang dapat dilihat pada kanak-kanak.

Ritma Asas perlakuan seperti tidur, bangun, membuang air dan lapar. Peringkat aktiviti Keupayaan dan kekerapan pergerakan motor. Ada kanak-kanak yang sangat aktif dan banyak bergerak. Malah mereka aktif sejak di dalam kandungan lagi.

Mendekat mengundur diri Penerimaan kanak-kanak merima atau menolak individu, objek atau situasi baru. Sama ada mereka berminat dengan pengalaman baru ataupun sebaliknya.

Ketabahan Jangka masa kanak-kanak memberi tumpuan kepada aktiviti.

Penyesuaian Sejauh mana kanak-kanak dapat berubah dan menyesuaikan diri dengan satu-satu keadaan. Betapa mudah dan senang kanak-kanak itu mengubah rutin mereka.

66

Kualiti Perasaan Menjelaskan emosi positif dan negatif kanak-kanak apabila berhadapan dengan kanakkanak lain.

Hiburan Tahap di mana rangsangan dari persekitaran mempengaruhi kelakuan kanak-kanak seperti berhenti menangis apabila diberikan permainan.

Tindak Balas Kemahuan dan kesungguhan bertindak balas ke atas rangsangan. Sensitif ke atas sebarang bunyi, cahaya dan sentuhan.

Kekentalan reaksi Tahap kekuatan tindak balas kanak-kanak

4 . 7 PERKEMBANGAN FIZIKAL

67 Pertumbuhan Fizikal Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor pewarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi dan penjagaan.

Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti malnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.

4 . 7 . 1 FIZIKAL KANAK-KANAK Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi rasa rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan...Perkembangan Motor apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun mereka bukan hanya boleh berjalan tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus.. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan memakai pakaian..

4 . 7 . 2 FIZIKAL REMAJA

68 Perubahan yang pasti berlaku semasa peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja ialah perubahan susuk badan, iaitu daripada tidak mempunyai bentuk sehinggalah susuk badan dan perwatakan menyerupai orang dewasa. Beberapa perubahan fizikal dan fisiologikal berlaku semasa baligh dan perubahan ini membuka lembaran baru dari alam kanak-kanak ke alam remaja. Baligh : * Biasanya dikaitkan dengan bermulanya seseorang perempuan mendapat haid hasil daripada tindak balas "hormon progesteron". * Bagi remaja lelaki pula, baligh berlaku apabila hormon testeron mula menghasilkan sel sperma, iaitu seawal 12-13 tahun. * Kanak-kanak perempuan selalunya akan mencapai umur baligh lebih awal daripada kanak-kanak lelaki, iaitu pada umur 9-10 tahun

Perubahan fizikal yang agak ketara adalah seperti:

69 a) Perubahan bentuk badan. b) Bentuk badan lelaki lebih tegap daripada wanita. c) Remaja perempuan akan mengalami pertumbuhan buah dada dan punggung yang membesar serta pertumbuhan tulang punggung (pelvic) yang melebar.

d) Remaja lelaki akan mendapati pertumbuhan misai dan suara yang menjadi agak kasar. e) Pertumbuhan bulu di kawasan kemaluan dan ketiak. * Tidak semua remaja bersedia untu menghadapi zaman remaja yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Hal ini kerana remaja juga menghadapi maalah menerima bentuk tubuh yang baru. * Bagi remaja perempuan, pengalaman haid yang pertama mungkin suatu pengalaman yang tidak menyeronokkan, tetapi ada juga yang ternanti-nanti masa kedatangan haid yang pertama mereka. * Ada juga yang mengalami kesakitan semasa haid. Begitu juga dengan perkembangan buah dada, punggung serta pertambahan berat badan yang memberi kesa kepada psikologi mereka.

70 * Zaman remaja adalah satu zaman pergolakkan emosi yang di sebabkan oleh tekanan dan ketegangan yang begabung semasa mencapai kematangan seksual dan fizikal. * Namun, bukan semua remaja ini dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Pada peringkat permlaan, ada remaja perempuan yang agak malu apabila mendapati buah dadanya membesar. Begitu juga remaja lelaki yang menunjukkan perubahan suara yang bertukar menjadi garau dan berasa tidak selesa serta merasa akan ditertawakan oleh rakan-rakan mereka.Namun demikian, jika perubahan bentuk fizikalnya agak lambat berlaku, seseorang remaja tu boleh berasa tertekan. Contohnya, jika kebanyakkan pelajar wanita di dalam kelasnya telah menunjukkan ciri keremajaan, seperti pertambahan berat badan dan mempunyai buah dada yang sedang membesar, sedangkan remaja tadi masih belum merasai perubahan seperti yang dialami oleh rakan-rakan lain, dia mula berasa terasing daripada kawan-kawannya. * Terdapat kumpulan remaja yang terlalu mudah mempersendakan atau mengasingkan rakan sebaya yang mempunyai kecacatan fizikal atau yang keadaan tubuhnya berlainan daripada biasa.

71 Perubahan hormon di dalam badan juga menyebabkan jerawat tumbuh di muka para remaja. Jerawat yang tumbuh memberi kesan kepada psikologi kerana remaja merasakan wajah mereka tidak cantik atau tidak menarik.

Di samping itu, sekiranya jerawat ini tidak di jaga dengan baik, ia akan meninggalkan parut untuk jangka masa yang panjang. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada dir remaja. Seperti yang telah dinyatakan, jerawat adalah akibat daripada pertukaran hormon badan yang amat kompleks, maka masalah ini sememangnya tidak dapat dielakkan.

Secara ringkasnya, pertumbuhan fizikal remaja adalah dalam kadar sederhana, iaitu tidak terlalu pesat seperti pada zaman bayi dan kanak-kanak. Perubahan fizikal juga mampu mempengaruhi emosi dan psikologi remaja, dimana zaman inilah yang menjadi penentu masa depan dan kehidupan diri mereka.

72

4 . 8 KESIHATAN

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati, 330,000 kanak-kanak atau 4.3 peratus mengalami masalah ADHD. Jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa bermasalah hingga mendorong mereka melakukan perkara menyalahi undang-undang.Kanak-kanak ini tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro dalam otak termasuk dopamin menjadikan mereka sukar mengawal diri

KUDIS BUTA

Tanda

# Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit. # Gatal berpanjangan # Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit. # Rasa gatal bertambah teruk pada waktu malam iaitu waktu hama betina bertelur. # Tempat kesukaan hama - tapak tangan dan kaki, celah jari, ketiak, punggung serta kemaluan.

73

ASMA

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan

RETINABLASTOMA Sejenis kanser mata yang mampu menyebabkan kanak-kanak kehilangan deria penglihatan. Hal sering berlaku dalam masyarakat Melayu berbanding kaum lain di negara ini. Kajian didapati penyakit retinablastoma ini berpunca pada mutasi gen yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.

Dinasihati ibu bapa berketurunan Melayu yang mempunyai anak berumur enam tahun ke bawah agar peka dengan perkembangan anak-anak mereka agar penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal.

74 PROGRAM ANJURAN SEHARI RUMAH KEBAJIKAN

CHILDREN`S HOME JALAN STESYEN HULU,34000 TAIPING NO. PENDAFTARAN :1220 (PERAK) TEL. NO.-05-8078902 Pegawai Kesihatan Daerah Larut Matang & Selama Bangunan Wisma 34000 Taiping, Perak. Tuan, PROGRAM ANJURAN SEHARI RUMAH KEBAJIKAN Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas Kami pelajar Kolej Kamunting yang sedang menjalani latihan praktikal di Rumah Kebajikan Kanak-kanak ( Children Home Taiping) . Kami menjemput beberapa pegawai tuan untuk dapatkan khidmat nasihat dalam hal berkaitan hal-hal kesihatan khusus berkait rapat dengan kanak-kanak. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai . Sekian, terima kasih.

Yang benar.,

................................................. (MOHAMAD SAILFUL NIZAM BIN ZAKARIA) Pelajar Diploma Psikologi Kolej Kamunting ) Kolej Kamunting

75 4 . 9 POLA TINDAK BALAS KANAK-KANAK

Kanak-kanak mudah suai diri

Kanak-kanak dalam kumpulan ini berkelakuan baik dan memberi respons yang baik ke atas keadaan dan situasi baru. Kanak-kanak ini dapat mengubah rutin kebiasaan mereka dengan cepat dan mudah.

Mereka sentiasa tersenyum dan menerima kekecewaan dengan sedikit sahaja bantahan. Tidak mempunyai banyak masalah dan kerenah dan memudahkan penjaga.

Secara keseluruhannya, mereka sentiasa gembira dan berasa seronok dengan penjaga. Sebanyak 40% kanak-kanak berada dalam di bawah kelompok ini.

Kanak-Kanak yang cerewet

76

Sangat berbeza dengan kanak-kanak mudah suai diri. Mereka lambat dan sangat susah beradaptasi dengan persekitaran dan sering menangis dengan kuat.

Mereka sentiasa berhati-hati dengan individu dan situasi baru.

Pengasuh memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi dalam menjaga kanak-kanak ini. Sebanyak 10% kanak-kanak berada dalam kumpulan ini.

Kanak-kanak lambat panas

Kanak-kanak ini memberikan respons atau reaksi positif dan negatif dalam tempoh masa yang sederhana.

Mereka cenderung bergerak aktif tetapi pada awalnya mereka tidak mahu memberi respons dengan situasi baru.

Selepas beberapa ketika, kanak-kanak ini mula menyesuaikan diri dan mempamerkan minat dan kegembiraan. Sebanyak 15% kanak- kanak berada dalam keadaan ini.

77 5. 0 KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dibuat dua bulan lebih adalah satu pengalaman yang amat-amat menyeronokkan walaupun terdapat pelbagai rintangan dan cabaran dari penghuni itu sendiri . Tetapi bagi saya ianya satu pengalaman manis yang sukar dilupakan . Walaubgaimana pun terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki dalam sudut bimbingan dan pembelajaran dari segenap sudut . Penilaian yang dilakukan selama ini secara tidak langsung dapat menyiapkan diri saya dalam proses persediaan dalam menempuh alam kerjaya . Percubaan praktikal yang dijalan kan selama ini benar-benar memberi kesan psikologi yang mendalam dalam jiwa apatah lagi menempuhi realiti sebenar erti kehidupan kanak-kanak

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan

Kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan kepadanya.Pendidikan awal bagi diri anak-anak adalah kehidupan di sekelilingnya.Apa yang dilihat dan dipelajari di rumah dan di sekelilingnya akan menjadi panduan dalam hidupnya.

RUJUKAN

78

Mohd Salleh Lebar. 1994. Asas psikologi perkembangan.Utusan publications and distributors Sdn. Bhd. Catherine Lee. The growth and development of children. Edisi ke-3. London. Longman.

Bentzen, W. R. Seeing young children: A guide to observing and recording behavior. Ed. ke-5. New York: state university.

Ma’rof & Haslinda Abdullah. 2004. Psikologi. Universiti Putra Malaysia.

Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia. Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGrawHill

Mahmood Nazar Mohamed, 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

79

Jamiah Hj Manap, 20007. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina Aksara.

Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second Edition, New York. American Book Company.

Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill Book Company.Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur,

80 PENGENDALIAN TUGASAN Pada hari Rabu 20.12. 2006 ,

Taklimat rigkas dari En. C. Kanapathy . Melihat persekitaran kawasan Rumah Kanakkanak Taiping, sessi merangkumi etika dalam pekerjaan .

Lawatan Blok dari blok ke blok . Bangunan Rumah Kanak-kanak 4 tingkat . Arama perempaun tingkat atas sekali dan asrama lelaki tingkat 3. Makmal komputer di tingkat dua bersebelahan dengan ruang minit mesyuarat . Jumlah kesemua unit computer (11 unit) . Pemasangan internet belum dapat di laksanakan . Hanya sebuah computer di bawah yang dapat dipasang sepenuhnya internet ( streamyx).Setelah melihat kesemua kawasan bangunan di situ kami di hantarkan di sebuah bilik berhadapan padang aktiviti riadhah..

Blik tersebut adalah sebuah bilik bagi keperluan kami menguruskan kerja-kerja yang berkaitan. Bilik tersebut dari sudut kebersihan adalah memuaskan dan selesa dalam urusan seharian .

Pada jam 10.30 yakni bagi waktu rehat bagi pegawai yang bertugas dan kakitangan Ruah Kanak-kanak. Mengambil kesempatan dalam mengadakan sessi perbincangan ringkas bagi memulakan tugasan harian, mingguan, bulanan. .

RESPONDEN UTAMA

81 Nama : Jegatheswaran A/l Gajapathy / Kad Pengenalan : 921005 -08- 5581 Umur: 15 Asal : No. 25 Bg Perdana 27 Taman Batu Gajah Perdana 31550 Pusing Perak Tarikh Dimasukkan : 6 Januari, 2007 Sekolah : Sri Kota Adik Beradik : 4 : Anak ke 2 dari 4 Adik beradik .Perempuan 2 orang / Lelaki : 2 orang. Punca Dimasukkan ke Sini : Ibu Yang mahukan anaknya mendapat pendiidkan yang sempurna . Bapa yang sudah meninggal dunia akbiat tekanan hidup . Akibat daripda kesempitan hidup , bapanya mengambil pendekatan keputusan yang singkat dengan membunuh diri. Membunuh diri dengan cara mengangtung kan diri menggunakan tali . Penyaksian tragedi tersebut disedari oleh keluarga terdekat nya (nenek). Pekerjaan Ibu : Hospital bahagian peneyelenggaran wad Pekerjaan Bapa : Sudah Meninggal Julai 2005 Masalah Di Home : Rindu pada keluarga . Keluarga jarang jumpa .Hanya sekali sahaja iaitu ibunya dan turut menyediakan wang perbelanjaan sebanyak RM50 sahaja. Punca : Ahli keluarga yang tidak memperdulikan nya . Masalah : Sering mengadu sakit-sakit terutama dibahagian dada. Punca : Akibat merokok . Kemungkinan juga cara berhenti secara mengejut dan meninggalkan tabiat itu serta merta setelah beliau dimasukkan disini pada Januari yang lepas. Masalah Di Sekolah : Sukar mendapat kawan. Merendah-rendah kan status . Berbeza dengan cara perbelanjaan disekolah cth : Beliau hanya berbelanja sebanyak RM 0.30 . Kawan-kawan disekolah berbelanja sebanyak RM 2.00 – 10.00. Punca : Taraf kehidupan

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful