You are on page 1of 6

Soalan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tingkatan 2

Unit 4

Bagaimanakah generasi muda dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tempat tinggal masing-masing?

A Mengintip kejadian yang mencurigakan seorang diri B Menghubungi pihak polis sekiranya berlaku perkara yang mencurigakan C Mengajak rakan-rakan untuk mengintip kejadian yang mencurigakan D Membiarkan perlakuan yang mencurigakan berlaku untuk menjaga keselamatan diri

Masalah ____________ di kawasan tempat tinggal dapat dibendung sekiranya penduduk setempat memberikan kerjasama untuk membanterasnya.

A banjir B sosial C kemiskinan D penceraian

Unit 5

Permainan tradisional patut dikekalkan untuk kepentingan generasi akan datang kerana permainan ini

I II III IV

tidak memerlukan kos yang tinggi dapat menguji kebijaksanaan pemain dapat mengeratkan silaturahim antara pemain memerlukan kawasan permainan yang luas

A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV Bagaimanakah pihak tertentu dapat menarik perhatian remaja untuk meminati warisan kesenian pelbagai kaum?

A Mengadakan jualan murah barangan kraftangan B Mengadakan aktiviti kesenian yang melibatkan remaja secara langsung C Mengadakan pameran kesenian di tempat awam D Mengedarkan risalah tentang warisan kesenian kepada remaja

Mengapakah warisan kesenian di negara kita patut dikekalkan selama-lamanya?

A Warisan kesenian ialah khazanah negara yang tidak ternilai B Warisan kesenian akan menghiburkan generasi akan datang C Warisan kesenian berupaya bersaing dengan kecanggihan teknologi

D Warisan kesenian akan meninggikan moral generasi muda

Unit 6

Dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka bagindaYang di-Pertuan Agong merupakan

A Ketua menteri B Perdana Menteri C Ketua Negara D Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja

Apakah kelebihan amalan demokrasi?

A Rakyat mempunyai hak untuk memilih Ketua Negara B Rakyat boleh menuntut hak mereka di mana-mana sahaja C Rakyat mempunyai hak untuk membentuk dasar-dasar Negara D Rakyat mempunyai hak memilih wakil-wakil rakyat untuk mentadbir Negara

Antara yang berikut, penyataan yang manakah benar?

A Kerajaan negeri ditadbir oleh Dewan Negara B Kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap Parlimen C Kerajaan pusat menpunyai kuasa pemerintahan terhadap semua negeri D Kerajaan pusat mempunyai kuasa terhadap hal-ehwal negeri sahaja

Jalankan tanggungjawab anda sebagai warganegara

Moto di atas sesuai digunakan semasa

A Proses pilihan raya B Persidangan Dewan Rakyat C Persidangan parti-parti politik D Perlantikan Menteri Besar yang baru

Selepas proses pilihan raya, parti politik yang akan membentuk kerajaan ialah

A Parti politik yang mempunyai modal yang paling banyak B Parti politik yang menjanjikan pembangunan yang paling besar C Parti politik yang mendapat ramai penyokong semasa hari pilihan raya D Parti politik yang mendapat jumlah majoriti kerusi Dewan Undangan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri

Pilih pernyataan yang benar tentang Parlimen

I II III IV

Parlimen ialah badan kehakiman untuk Kerajaan Persekutuan Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi Negara Semua undang-undang kerajaan Persekutuan perlu diluluskan oleh Parlimen Parlimen perlu dibubarkan sebelum pilihan raya umum dijalankan.

A I dan II B II dan IV C II,III,IV D I,II,III,IV

Unit 8

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang tidak menepati konsep kebebasan bersuara?

A Mengemukakan pendapat dan cadangan secara sihat B Mengeluarkan idea demi kepentingan semua pihak C Menyuarakan isu-isu sensitif yang bersifat perkauman D Mengusulkan hal yang menepati aspirasi rakyat

Pilih pernyataan yang menjelaskan tentang kebaikan menjaga nama baik negara

Imej negara akan dihormati, disegani, dan disenangi oleh negara-negara lain

II III IV

Rakyat akan dihormati oleh rakyat negara lain Negara kita akan kerap dilawati oleh negara lain sebagai destinasi pelancongan Rakyat negara kita mudah untuk melancong ke negara luar

A I dan II B I, II dan III C III dan IV D I, II, III dan IV

You might also like