Berpantang Tradisional Melayu

[Credits to: ZORADATOLAKMA BT HJ DIN] Bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam. Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun, rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran. Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibu bersalin seperrti Mustika Ratu, Lia Sari, Sari Ayu, Nona Roguy dan banyak lagi. RAWATAN TRADISIONAL Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Misalnya, cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha. BERTUNGKU Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. berurut. Antara rawatan tersebut adalah bertungku. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia. minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum. berpilis. Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu.Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi. berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada). bertangas.1 jam di atas api yang sederhana. . Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1. bertasak. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam. Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.5kg. mandi herba dan mandi lulur. Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 . memakai bengkung. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita.

minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu. . membetulkan urat. Justeru. Misalnya minyak serai wangi. membuang angin. mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran. Urut hendaklah menggunakan minyak. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. BERURUT MENYEGARKAN BADAN Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. membuang angin. Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Bagi yang ingin merasa lebih segar. melancarkan peredaran darah. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang. bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42.Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Jika di kampung. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama. mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu. daun inai (Lawsonia terma). bawang putih dan bawang merah. kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. kunyit hidup. daun bonglai. [A] Mandi Dedaun Setelah selesai bertungku dan berurut. . daun pandan. lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran. MANDI Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. daun capa. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang. daun lenggundi (Vitex negundo). daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba.Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya:        Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. daun serai wangi. banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. daun secerek. dimasak hingga menjadi minyak] 3 camca besar halba 4 cm halia (Zingiber officinale) 4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica) 3 ulas bawang putih (Allium sativum) 5 biji bawang merah (Allium cepa) Cara membuat: Tumbuk kasar halia. daun pisang kelat. daun lengkuas. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus.

Masukkan halba yang dipunjutkan. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air. Sediakan bahan-bahan di atas. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. . Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tuatua. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan. mengendurkan otot. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda. suam-suam kuku sahaja. Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Setelah air panas. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan.Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:         1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar 10 helai daun limau purut 6 batang daun serai bersama serai Halia muda sebesar 4 kali ibu jari 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya Segenggam halba (dipunjutkan) CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:      Ambil periuk tanah ukuran sederhana. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. tulang sotong dan daun nangka. Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba. halba dan lain-lain. jintan hitam. akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri. bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit.[B] Mandi Lulur Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. BERTANGAS Ia dilakukan selepas mandi. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong). . Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman.

3 titik minyak gandapura. kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. TAPEL. JADAM DAN BENGKUNG Selain dari rawatan dalaman. Selain menggunakan tapel. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin. mempercepatkan pengeluaran darah kotor. sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit. mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut. . Air yang sudah sejuk jangan dibuang. Seterusnya sebelum memakai bengkung.Ramuan Tangas:        9 keping asam gelugur 2 camca besar garam jantan 3 helai daun sirih (Piper betel) Segenggam inai (Lawsonia terma) Halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale) 3 biji manjakani Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. PEMAKAIAN PARAM. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin. sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih. kapur sirih dan perahan limau nipis. PILIS.

Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. dua kali sehari pagi dan petang. . Bentang barut dan baring di atasnya. perut sehingga bahagian bawah payu dara.Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut:         Segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya) Halia (Zingiber officinale) sebesar ibu jari Isi kunyit terus sebesar ibu jari 3 ulas bawang putih (Allium sativum) Asam jawa (Tamarindus indica) sebesar bola ping-pong Secawan air kosong Periuk tembikar dan sudip Cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. BERTASAK Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung. dan diminum selepas makan. Tumbuk halia. Setiap tiga hari. Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak. isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. bahan berlainan digunakan. Cara menyapu jadam: Biarkan jadam suam-suam kuku. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. BERBENGKUNG Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa.

Selawat tiga kali. garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan. gatal. MAKANAN BERKHASIAT UNTUK YANG BERPANTANG Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum. Pada hari pertama hingga ketiga: Segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma. Hidangan yang pedas. Minum senafas agar tidak terasa mual. Pada hari keempat hingga keenam: Gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan. Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan. tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. . samalah seperti mandi tidak bersabun. MINUM AKAR KAYU DAN JAMU Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. ditapis dan diminum. dicampur setengah cawan air. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.Caranya: Bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan: Bahannya adalah 5cm kunyit iaitu Curcuma domestica.

Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi dimana seseorang terasa sangat kenyang. selain dari beberapa faktor tertentu. kunyit (Curcuma domestica). Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak. dengan cara memasak yang berbeza. . Menurut Mary Easaw.Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung. cekur (Kaempferia galanga). Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin. halia. mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. sama ada dipanggang. mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Apa yang nyata. asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. serai. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Lada hitam . Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara. Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica). Cara makannya: Ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. gula dan minyak yang berlebihan. direbus atau dikukus. halia (Zingiber officinale). makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini.

minuman bergas. Makanan berlemak: Makanan bergoreng. Legumes: Kebanyakannya dari jenis kekacang kering. 7. oat. kubis bunga. 4. lobak putih. Bahagian belakang. aiskrim dan keju. 3. 3. Sayur-sayuran: Kubis. 5. bran dan kacang panggang. aprikot. apabila tiba di depan. sos krim dan sos tartar. roti dan pastri. kubis brussel. nangka. asparagus.--------------------------------------------------------CARA-CARA MENGIKAT BENGKUNG: 1. Seserat (fiber): Kacang. pear dan pic. Bahagian depan siap diikat. . bawang. 9. 2. kacang panjang dan kacang soya. 4. Cecair: Minuman bikarbonat soda. Buah-buahan: Prun. Susu dan hasil susu: Susu. Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut: 1. simpul pada bahagian pendek. epal. kismis. Sayuran berubi: Kentang dan sengkuang. Wallahu a'lam. lemak daging. timun dan brokoli. agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung. Bijirin dan roti: Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin. Lilit bermula di bawah paras punggung. kemudian pusing ke belakang semula. 2. lobak merah. 6. dililit kemas dan bertindih setiap satunya. Pastikan satu hujung kain pendek. Sempurnakan ikatan barut. 8. fizi. pisang. sukun. ubatan atau serbuk. Lilitan dipusing ke belakang. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. 5.

Related Interests