1.0 FOKUS KAJIAN 2.

1 Isu kajian Sepanjang menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dan praktikum, didapati banyak masalah yang dihadapi murid dalam menyelesaikan masalah matematik. Terdapat murid yang gagal mengaplikasikan konsep dan teknik pengiraan dalam suatu soalan malah ada yang masih gagal menguasai teknik pengiraan asas. aspek

Walaubagaimanapun,

pengkaji

lebih

cenderung

untuk

menekankan

pengaplikasian teknik pengiraan asas dalam menyelesaikan masalah matematik bertayat. Sangat merugikan jika murid gagal menyelesaikan masalah seperti ini kerana masalah seperti ini akan dihadapi oleh murid dalam kehidupan seharian. Selain itu, soalan seperti ini juga bernilai tinggi dalam peperiksaan atau ujian. Sekiranya murid gagal menguasai kemahiran menjawab dengan betul, mereka akan keciciran markah dalam peperiksaan atau ujian. Menurut Analisis Kesalahan Newman (Newman's Error Analysis), terdapat lima peringkat utama yang menjadi masalah kepada murid iaitu pembacaan, kefahaman, tranformasi, kebolehan memproses dan menulis semula. “Newman (1977, 1983) maintained that when a person attempted to answer a standard, written, mathematics word problem then that person had to be able to pass over a number of successive hurdles: Level 1 Reading (or Decoding), 2 Comprehension, 3 Transformation, 4 Process Skills, and 5 Encoding”. Berdasarkan pemerhatian didapati bahawa setiap murid

sampel kajian yang dikenalpasti akan diberikan borang maklumat murid. Selepas itu. Ujian pra yang berkaitan pengetahuan sedia ada berbentuk masalah matematik berayat dijalankan kepada sampel kajian. Hal ini bertujuan untuk mengetahui minat dan tanggapan murid secara umum tentang matapelajaran Matematik. Data kajian dikumpul dalam beberapa cara iaitu soal selidik. Oleh itu. Kemudian. apabila murid belajar secara koperatif iaitu belajar dalam kumpulan kecil yang mengandungi ahli daripada pelbagai tahap kebolehan. Namun.mempunyai masalah pada peringkat yang berbeza. Sebagai contoh. sampel diajar dengan pendekatan baru iaitu pembelajaran koperatif model STAD selama 4 minggu sebelum sampel kajian akan . sebahagian besar murid murid gagal pada peringkat kedua dan ketiga iaitu tranformasi. Berdasarkan maklumat ini. mereka gagal mendapat jawapan yang betul. pengkaji menyediakan borang soal selidik untuk dilengkapkan oleh sampel kajian. latar belakang murid dan gred pencapaian murid di dalam matapelajaran Matematik di dalam peperiksaan yang lepas. pemerhatian. pengkaji berpendapat bahawa perbezaan kebolehan murid boleh digunakan dalam meningkatkan kebolehan murid lain. Pada peringkat permulaan. murid yang melepasi aras 1 (pembacaan) akan membantu murid yang gagal pada aras 1 untuk membaca soalan. kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan pembelajaran secara koperatif model STAD dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Oleh itu. Soalan adalah berkaitan maklumat peribadi. Secara umumnya. ujian pra dan ujian pos. Seterusnya murid yang mampu melepasi aras 2 (pemahaman) akan membantu rakan yang gagal pada aras 2 dan seterunya. murid mampu membantu rakan-rakan lain supaya mereka dapat menyelesaikan masalah matematik berayat dengan tepat.

Teknik pembelajaran koperatif dan membuat tinjauan kajian-kajian lepas berkenaan dengan pembelajaran koperatif. Walaupun model STAD berteraskan kumpulan. Slavin (1990) berpendapat rasional di sebalik pembelajaran koperatif adalah murid akan bersedia membantu rakan sekumpulan sekiranya mereka ingin kumpulan mereka berjaya. pengkaji membincangkan konsep pembelajaran koperatif. Literatur ini berkaitan dengan kajian-kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara berkaitan dengan keberkesanan pembelajaran koperatif. Selain daripada itu.2 Konsep Pembelajaran Koperatif Secara umumnya pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil murid bagi memberi peluang murid berinteraksi sesama mereka di dalam proses pembelajaran.2. 2.1 Pengenalan Di dalam bahagian ini. rakan sebaya dikatakan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid semasa menerangkan konsep yang sukar. ujian dilakukan secara individu. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan pendekatan pembelajaran koperatif model STAD yang diterapkan.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian 2. Data yang dikumpul dianalisis dan dinilai.menduduki ujian pos. Teori Pembelajaran Koperatif. .2. 2. Model Pembelajaran Koperatif.

setiap kumpulan tidak akan berjaya tanpa usaha yang padu setiap individu dalam kumpulan dan bukan hanya individu tertentu sahaja. kumpulan ini menjadikan setiap murid dalam kumpulan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kumpulan bagi mencapai kejayaan bersama. kumpulan projek. Dengan kata lain. Walau bagaimanapun Slavin (1990) berpendapat pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut iaitu memberi ganjaran kepada kumpulan. Ini bermakna semua murid . Kejayaan ini mendorong murid membimbing rakan-rakan sekumpulan. Semua ahli kumpulan bertanggungjawab di antara satu sama lain bagi menguasai muridan. Ciri peluang yang sama untuk berjaya pula merujuk kepada pencapaian murid diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. kumpulan makmal dan pengajaran oleh rakan sebaya merupakan contoh-contoh pembelajaran yang sedia ada. Menurut pandangan Slavin ( 1990) juga. Murid diberi ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu yang ditetapkan.Slavin (1995) pula menegaskan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif merupakan pendekatan yng berstruktur dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata muridan. kumpulan perbincangan. Setiap ahli di dalam kumpulan diberikan ganjaran yang Ganjaran setimpal tanpa ada sebarang perbezaan antara sesama ahli kumpulan. tanggungjawab setiap individu sepasukan dan peluang yang sama pada setiap ahli untuk berjaya. Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan.

mendengar penjelasan murid yang lain dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah. pembelajaran koperatif membabitkan murid bekerjasama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan dalam fokus ini pembelajaran koperatif membantu murid untuk mengembangkan perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pada masa murid bekerja bersama-sama.berpeluang untuk berjaya. berkongsi idea.2. Lyman&Foyle. . 2. Menurut Slavin (1995). 1982).1994). 2002). Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi ( Cohen. 1991). mereka belajar untuk saling memberi dan menerima bantuan. Pembelajaran Koperatif adalah berlandaskan dua teori utama iaitu teori motivasi dan teori kognitif (Slavin. Dalam hal ini setiap ahli kumpulan akan mencuba tanpa mengira tahap kebolehan bagi mencari peluang bersama untuk meningkatkan pencapaian kumpulan mereka. Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran di mana muridnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus (Johnson & Johnson.3 Teori Pembelajaran Koperatif Secara umumnya.

konflik kognitif akan berlaku di mana alasan yang tidak cekap akan termuncul dan dengan itu kefahaman yang berkualiti tinggi dapat diwujudkan. 1996). Dengan itu murid adalah didorong untuk mengambil inisiatif diri dalam usaha membantu ahli kumpulannya untuk belajar dan berjaya bersama (Deutsch. Menurut Damon (1984). Perspektif Motivasi Perspektif motivasi berfokus pada kesan struktur ganjaran dan matlamat kumpulan. interaksi antara kanak-kanak yang sebaya terhadap topik pembelajaran yang sama dapat meningkatkan penguasaan pemikiran kritik. struktur insentif secara koperatif membentuk satu situasi di mana cara untuk seseorang murid mencapai matlamat sendiri ialah apabila kumpulannya mencapai matlamat tersebut. Hal ini kerana semasa perbincangan dijalankan.  Perspektif Kognitif Perspektif kognitif pula menekankan kesan dari interaksi antara murid dalam proses menyiapkan tugasan bersama. percaya bahawa pengetahuan seperti bahasa. Didapati interaksi antara murid dapat meningkatkan kebolehan seseorang murid itu memproses maklumat dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid (Slavin. menyatakan aktiviti kolaboratif antara kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan fikiran yang matang dan Piaget (1926). Vygotsky (1978). Menurut perspektif ini. interaksi . nilai dan sistem simbol hanya dapat dikuasai melalui interaksi antara satu sama lain. Slavin 1978). 1949. Secara ringkasnya.

Setiap murid akan mendapat markah individu. Bahagian Pencapaian-Pasukan Murid (BPPP) atau (Student Team-Achievement atau STAD). STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. antaranya ialah Bulatan Pembelajaran (Circles of Learning atau COL).4 Model Pembelajaran Koperatif Terdapat pelbagai model pembelajaran koperatif. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji pemahaman murid. peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap murid akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata markah murid itu sendiri. Inkuiri dalam Kumpulan (Group Investigation atau GI). 2.dalam kumpulan kecil membantu murid menganalisis.2. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah Susun Suai (Jigsaw). Pertandingan Permainan Pasukan (Team-Games Tournament atau TGT). berbincang dan bersintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman murid dalam konteks yang lebih bermakna. Pasukan Arahan Cepat (Team Accelerated Instruction atau TAI) dan Strategi Baca dan Karang Sama (Coperative Integrated Reading and Composition atau CIRC) Bentuk pembelajaran koperatif yang telah digunakan dalam kajian adalah kaedah STAD. .

Peranan-peranan tersebut adalah membuat rumusan. murid diberi beberapa latihan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan di samping melatih murid secara berkomunikasi di dalam kumpulan.1 Belajar Bersama Johnson. Sebelum pembelajaran koperatif dilaksanakan. Johnson dan Holubec (1990) mengemukakan lima unsur utama di dalam Belajar Bersama yang diberi penekanan iaitu saling bergantung yang positif. Jigsaw oleh Aronson dan rakanrakan di University of Texas.2. interaksi secara bersemuka. Dibawah teknik ini.2.5. 2. Di antara teknik-teknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together) oleh Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota. Penyiasatan Kumpulan (Group Investigation) oleh Sharan dan rakan-rakan di Tel Aviv University.5 Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbezabeza. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing yang akan ditukar ganti. tanggungjawab individu dan kumpulan.2. mendapatkan bahan pembelajaran. Pembelajaran Pasukan Murid (Student Teams-Achievements Divisions STAD ) oleh Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University. guru akan memberi tugasan yang mesti disiapkan secara kumpulan dan penilaian diberikan berdasarkan satu hasil tugasan bagi setiap kumpulan. kemahiran bersosial dan kemahiran bekerja di dalam kumpulan kecil serta pemposesan secara kumpulan. .

2. Oleh itu semua murid berpeluang untuk berjaya. Dengan adanya penilaian secara berkumpulan menggalakkan murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kumpulan mereka.2 Pembelajaran Pasukan Murid Konsep utama di dalam teknik ini adalah ganjaran kumpulan. 2.1990).5. tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya (Slavin. Apabila murid didedahkan dengan kemahiran penyelesaian konflik. . Ini mendorong ahli yang berkebolehan membantu rakan sekumpulan yang berkebolehan rendah mempunyai inisiatif. ini menggalakkan interaksi berlaku sesama mereka dan membantu proses pembelajaran secara kognitif (Webb. 1989. murid akan berbincang di dalam kumpulan mengenai kekuatan dan kelemahan kumpulan mereka. Ia diberikan berdasarkan pencapaian semua ahli di dalam kumpulan. Tanggungjawab individu bermakna semua ahli bertanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian mereka bagi membolehkan kumpulan mereka menerima ganjaran. Ganjaran kumpulan merujuk kepada ganjaran yang akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh guru. Pada akhir sesi kelas. menggalakkan ahli-ahli memberi sumbangan dan pemerhati dalam kumpulan. Kemahiran tersebut menjadikan murid bersifat lebih terbuka dan bersedia menerima pandangan orang lain.merekodkan keputusan kumpulan dan membuat laporan. 1982).

ganjaran diberikan kepada kumpulan yang mencapai skor yang ditetapkan.5. Teknik ini menggabungkan pembelajaran individu dengan pembelajaran berkumpulan.Teknik Pembelajaran Pasukan Murid dikelaskan kepada Bahagian Pencapaian Pasukan Murid atau Student Teams.Achievements Divisions (STAD) dan Pembelajaran Individu dengan Bantuan Pasukan atau Team Assisted Individualizations (TAI) (Slavin. Setiap murid akan menerima bahan pembelajaran yang mengandungi turutan yang tertentu. Murid yang berkebolehan rendah akan dibantu oleh murid yang berkebolehan didalam kumpulan mereka. . Mereka akan memmuridi topik Sains yang berbeza di dalam kumpulan bergantung kepada setakat mana penguasaan sesuatu topik. Madden Stevens 1989/1990).3 Pembelajaran Individu Dengan Bantuan Pasukan (TAI) Teknik TAI dibentuk khusus untuk mata muridan matematik peringkat sekolah rendah (Slavin. 1990). Setiap kumpulan terdiri daripada empat hingga lima ahli yang berbeza tahap kebolehan. 2. Melalui pengajaran rakan sebaya membolehkan guru memberi pengajaran mengenai satu topik kepada sekumpulan kecil murid yang sedang memmuridi topik tersebut tanpa mengganggu pembelajaran murid lain.2. 1990 : Slavin. Berdasarkan pengiraan skor ujian dan skor kumpulan.

5.6. Johnson. selain dari pencapaian akademik. 1992).bangsa dan jantina. 2. Johnson. 2. Setiap murid mempunyai skor asas yang dikira berdasarkan pencapaian mereka yang lepas. pembelajaran koperatif juga membawa kesan yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap dan minat .6 Literatur Berkaitan Terdapat beberapa kajian yang membuktikan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif seperti dinyatakan di bawah.Struktur aktiviti STAD bermula dengan pencapaian guru secara kelas dan diikuti dengan murid membuat latihan secara berkumpulan berdasarkan tugasan yang diberikan.2.2.Skor kumpulan yang mencapai jumlah tertentu akan diiktiraf sama ada sebagai kumpulan yang hebat atau juara.2.2. Mata yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan akan dijumlahkan menjadi markah kumpulan .4 Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (STAD) Di bawah teknik STAD setiap kumpulan mengandungi empat hingga lima orang ahli yang bebeza tahap kebolehan. Kemudian murid akan menjawab kuiz secara individu.1 Kajian Luar Negara Merujuk kepada penyelidikan meluas yang telah dijalankan di luar negara. dan Holubec (1990) dan Pensri & Krongthong (1992). didapati proses pengajaran pembelajaran dengan pendekatan pembelajaran koperatif adalah lebih berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik dibanding dengan pendekatan tradisional (Hooper. Menurut Slavin (1980).

idea-idea kreativiti. aplikasi dalam dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah. Menurut Professor Hartman (1997) dari Teori Interaksi Sosial Vygotsky’s menyatakan apabila murid belajar secara kopeartif dalam kumpulan. mendapati pendekatan pembelajaran koperatif membantu murid menjadi kurang gelisah dalam pembelajaran kerana sokongan yang terjamin dari ahli kumpulan. Selain itu juga. Sherman & Thomas (1986). T. Johnson (1989) dari 375 kajian luar negeri yang dijalankan dalam jangka masa 90 tahun mendapati pendekatan pembelajaran koperatif adalah paling berkesan dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi. Rumusan yang dibuat oleh D. W. Johnson dan R. kelas sosial dan keadaan fizikal. Davidson (1990) telah membuat ringkasan terhadap banyak kajian oleh pengasas pembelajaran koperatif dan menyatakan lebih dari 40% kajian tersebut menunjukkan pencapaian murid adalah jauh lebih baik dengan pendekatan pembelajaran koperatif. Kagan (1992). didapati hubungan antara individu menjadi lebih positif termasuk mereka yang berbeza dari segi kebolehan intelek. mendapati pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian murid cergas. sederhana dan lemah dalam Matematik. Kajian yang dibuat terhadap kesan pembelajaran koperatif dalam matapelajaran Matematik dan Sains juga menunjukkan kesan yang positif. mereka akan dibantu oleh rakan sebaya dan dapat bekerja lebih rapat untuk mencapai potensi diri masing-masing jika dibanding dengan pembelajaran secara diri. . kumpulan etnik.terhadap pembelajaran.

murid menyatakan bahagian yang mereka perlukan pertolongan untuk menambah kefahaman mereka. Kaedah koperatif menggalakkan para murid mengajar sesama sendiri dan murid juga sebenarnya ingin berkongsi pendapat dengan guru dan rakanrakan. Justeru. ada murid yang menyatakan pembelajaran ini banyak membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik yang sukar difahami. Mengikut pemerhatian pengkaji. Selain itu. Davidson (1985) dan Webb (1985). murid lebih menyukai pengajaran yang tidak terlalu formal dan pembelajaran koperatif memenuhi syarat ini. beliau juga mendapati pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai untuk mereka yang tidak yakin dan lemah dalam penyelesaikan masalah matematik. pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai “kebestarian” seseorang individu dengan lebih “bestari”. Mereka belajar berkongsi.Kajian Slavin (1990). mendapati murid lebih bersikap positif terhadap Matematik dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah matematik juga meningkat. memberi dan mendapat bantuan dan mendengar pendapat rakan mereka.murid didapati aktif dan suasana tidak membosankan. melaporkan murid dapat menyelesaikan masalah matematik dengan terbaik apabila dapat bekerja dalam kumpulan kecil. Di samping itu. Hasil temubual. Rogers dan Freiberg (1994) pula berpendapat. Dees (1991). murid. Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang murid dapat meluah kembali apa yang dihafal tetapi memberi peluang menggunakan pelbagai . Murid juga membina persahabatan apabila bekerja secara kumpulan.

begitu juga sebaliknya sekiranya seorang gagal. Pembelajaran koperatif ini adalah antara kaedah yang digunakan untuk memenuhi kepelbagaian dalam gaya belajar seseorang individu kerana terdapat individu yang lebih suka belajar secara berkumpulan daripada berseorangan. Kejayaan individu menentukan kejayaan kumpulan. Setiap ahli mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada kumpulan kumpulan mereka. .6. hasil kajian S-L Gan (1992). mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di kalangan murid. maka pembelajaran koperatif adalah amat sesuai untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah Malaysia. Menurut Rogers dan Freiberg (1994) lagi. menyatakan murid berpendapat bahawa pembelajaran serta aktiviti dalam pembelajaran koperatif adalah menyeronokkan.2 Kajian Dalam Negara Dalam konteks di Malaysia pula. maka seluruh ahli kumpulan juga gagal. Beliau juga mendapati pendekatan pembelajaran koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni. Sekiranya kumpulan itu berjaya bermakna semua ahli kumpulan berbangga dengan kejayaan tersebut. guru seharusnya sedar bahawa kadangkala murid-murid juga ingin berkongsi pendapat dan pengetahuan dengan rakan-rakan dan guru-guru.idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru yang lebih kreatif. Apalah salahnya jika para guru menggalakkan murid-murid mengajar sesama sendiri.2. 2.

Kajian Cheah. kelebihan pembelajaran koperatif ialah murid dilatih untuk berkomunikasi.Menurut Cheah dan June (1998/99). Hasil kajian T. mewujudkan suasana belajar yang lebih terjamin dan bebas dari tekanan. Gan (1999) mendapati bahawa pembelajaran koperatif mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid dalam pembelajaran matematik. mengurus konflik. Penulis semasa memerhati kelas ini berjalan mendapati guru berjaya mengimplimentasikan teknik STAD ini dan . Manakala. T. Gan (1999) menyatakan murid berpendapat bahawa pendekatan pembelajaran koperatif adalah seronok kerana ia memenuhi keperluan untuk berinteraksi bersama. H. Adlan. Beliau juga berpendapat bahawa pembelajaran koperatif amat sesuai digunakan untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas matematik bagi murid-murid pelbagai tahap pencapaian. Murid menyatakan mereka seronok belajar dalam kumpulan tetapi tidak mahu hanya teknik ini saja terus menerus. semuanya merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia perkerjaan pada masa akan datang. memimpin dan membuat keputusan. mendapati kesan kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan muridan kursus Diploma Pendidikan Malaysia terus memberikan penekanan dalam kaedah pembelajaran koperatif. Kajian Jamilah Karim (1993) mendapati Kelas Tingkatan 1 Pembelajaran Koperatif mendapat skor yang lebih tinggi dari pencapaian kelas Tingkatan 1 tradisional. Baskaran dan Lim (2002). H.

. semua pengkaji berpendapat bahawa kaedah koperatif merupakan kaedah yang berkesan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di mana kaedah yang berpusatkan kepada murid adalah lebih baik daripada kaedah yang berpusatkan kepada guru. Dapatan kajian Zainab Hanim (2004) bagi sebuah sekolah rendah di Kajang menunjukkan bahawa kaedah Pembelajaran Koperatif ini berkesan untuk murid Tahun 3 dalam matapelajaran Matematik.7 Rumusan Kaedah koperatif telah lama diamalkan di negara-negara maju. Murid yang terdiri dari pelbagai etnik boleh bekerjasama dalam kumpulan. Murid lebih berani bercakap.2.murid juga dapat menyesuaikan diri dengan teknik ini. Keberkesanannya pasti berupaya meningkatkan minat dan prestasi murid dalam proses pembelajaran. berkeyakinan diri dan dapat bergaul dengan murid yang lebih pandai. Dapatan kajian di barat menunjukkan terdapat perubahan positif terhadap diri murid apabila guru mengubah pengajarannya daripada konsep persaingan secara individu kepada persaingan berbentuk kumpulan. 2. Dalam kajian yang lalu juga. memberi pendapat.