You are on page 1of 42

` `` ` ` `` ` 9 99 9 9 99 9 _ __ _ _ __ _ : :: : : :: : 7 77 7 7 77 7 9 99 9 9 99 9 8 88 8 8 88 8 . .. . . .. .

A AA A A AA Ap pp p p pp pa aa a a aa a b bb b b bb bu uu u u uu uk kk k k kk ka aa a a aa an nn n n nn nk kk k k kk ka aa a a aa ah hh h h hh h K KK K K KK Ka aa a a aa am mm m m mm mi ii i i ii i t tt t t tt te ee e e ee el ll l l ll la aa a a aa ah hh h h hh h m mm m m mm me ee e e ee el ll l l ll l a aa a a aa ap pp p p pp pa aa a a aa an nn n n nn ng gg g g gg gk kk k k kk ka aa a a aa an nn n n nn n u uu u u uu un nn n n nn nt tt t t tt tu uu u u uu uk kk k k kk km mm m m mm mu uu u u uu u d dd d d dd da aa a a aa ad dd d d dd da aa a a aa am mm m m mm mu uu u u uu u? ?? ? ? ?? ?

k
k
l
l
\
\

l
l

P
P
x
x

H
H
P
P
s
s
I
I
f
f
p
p
w
w

S
S
Y
Y
A
A
R
R
A
A
H
H
A
A
S
S
B
B
A
A
Q
Q

N
N
A
A
Q
Q
S
S
H
H
B
B
A
A
N
N
D
D
I
I
Y
Y
Y
Y
A
A
H
H

M
M
U
U
J
J
A
A
D
D
D
D
I
I
D
D
I
I
Y
Y
Y
Y
A
A
H
H


D Di it te er rj je em ma ah hk ka an n k ke e B Ba ah ha as sa a M Me el la ay yu u d de en ng ga an n T Ta as sh hr ri ih h: :
A Ab bd du u D Dh ha a i if f F Fa aq qi ir r H Ha aq qi ir r L La a S Sy ya ai ik k F Fa an ni i
H Ha ad dh hr ra at t M Ma au ul la aw wi i J Ja al la al lu ud dd di in n A Ah hm ma ad d A Ar r- -R Ro ow wi i A Al l- -A Am ma an ni i
N Na aq qs sh hb ba an nd di i M Mu uj ja ad dd di id di i U Uw wa ai is si i U Uf fi iy ya a A An nh hu u




T Te er rb bi it ta an n d da an n E Ed da ar ra an n: :
N Na aq qs sh hb ba an nd di i A Ak ka ad de em mi i Q Qu ur ra an n S Su un nn na ah h H Ha ad di it ts s
M Ma ar rk ka az z K Kh ha al li il li iy yy ya ah h N Na aq qs sh hb ba an nd di iy yy ya ah h M Mu uj ja ad dd di id di iy yy ya ah h
G Go om mb ba ak k, , S Se el la an ng go or r D Da ar ru ul l E Eh hs sa an n, , M Ma al la ay ys si ia a
1 14 43 33 3 H H/ / 2 20 01 12 2 M M


1
kl\ lPx HPsI fpw











I Is st ti if fa ad da ah h D Da ar ri ip pa ad da a H Ha ad dh ha ar ra at t K Ki ir ra am m N Na aq qs sh hb ba an nd di iy yy ya ah h T Ta al li if fa at t K Ka ar ra an ng ga an n: :
H Ha ad dh hr ra at t K Kh hw wa aj ja ah h M Ma au ul la an na a N Na az zi ir r A Ah hm ma ad d S Sa ah hi ib b
N Na aq qs sh hb ba an nd di i M Mu uj ja ad dd di id di i S Sa a i id di i R Ra ah hm ma at tu ul ll la ah h A Al la ai ih h

D Da an n D Da ar ri ip pa ad da a K Ki it ta ab b M Ma aq qa am ma at t F Fa ad dh hz zl li iy yy ya ah h T Ta al li if fa at t K Ka ar ra an ng ga an n: :
H Ha ad dh hr ra at t K Kh hw wa aj ja ah h M Ma au ul la an na a S Sa ay yy yi id d Z Za aw ww wa ar r H Hu us ss sa ai in n S Sh ha ah h S Sa ah hi ib b
N Na aq qs sh hb ba an nd di i M Mu uj ja ad dd di id di i S Sa a i id di i R Ra ah hm ma at tu ul ll la ah h A Al la ai ih h

D Da an n I Is st ti if fa ad da ah h D Da ar ri ip pa ad da a U Um md da at t A Al l- -A Az zk ka ar r T Ta al li if fa at t K Ka ar ra an ng ga an n: :
H Ha ad dh hr ra at t K Kh hw wa aj ja ah h M Ma au ul la an na a M Mu uh ha am mm ma ad d A Ab bd du ul ll la ah h B Be eh hl la aw wi i
C Ch hi is sh ht ti i Q Qa ad di ir ri i N Na aq qs sh hb ba an nd di i S Su uh hr ra aw wa ar rd di i R Ra ah hm ma at tu ul ll la ah h A Al la ai ih hi i

2
kl\ lPx HPsI fpw
FIHRIST
KANDUNGAN KITAB




MUQADDIMAH 4
PELAJARAN 1: ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH QALB 5
PELAJARAN 2: ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH RUH 7
PELAJARAN 3: ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH SIRR 8
PELAJARAN 4: ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH KHAFI 9
PELAJARAN 5: ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH AKHFA 10
PELAJARAN 6: ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH NAFS 11
PELAJARAN 7: ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH QALIBIYYAH 12
PELAJARAN 8: ZIKIR NAFI ITSBAT 13
PELAJARAN 9: ZIKIR TAHLIL LISANI 15
PELAJARAN 10: MURAQABAH AHADIYYAT 16
PELAJARAN 11: MURAQABAH LATIFAH QALB 17
PELAJARAN 12: MURAQABAH LATIFAH RUH 19
PELAJARAN 13: MURAQABAH LATIFAH SIRR 20
PELAJARAN 14: MURAQABAH LATIFAH KHAFI 21
PELAJARAN 15: MURAQABAH LATIFAH AKHFA 22
PELAJARAN 16: MURAQABAH MAIYYAT WILAYAT SUGHRA 23
PELAJARAN 17: MURAQABAH DAERAH PERTAMA WILAYAT KUBRA 24
PELAJARAN 18: MURAQABAH DAERAH KEDUA WILAYAT KUBRA 24
PELAJARAN 19: MURAQABAH DAERAH KETIGA WILAYAT KUBRA 24

3
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 20: MURAQABAH DAERAH QAUS WILAYAT KUBRA 25
PELAJARAN 21: MURAQABAH ISIM AZ-ZAHIR 26
PELAJARAN 22: MURAQABAH ISIM AL-BATIN 27
PELAJARAN 23: MURAQABAH KAMALAT NUBUWWAT 28
PELAJARAN 24: MURAQABAH KAMALAT RISALAT 29
PELAJARAN 25: MURAQABAH KAMALAT ULUL AZMI 30
PELAJARAN 26: MURAQABAH HAQIQAT KAABAH 31
PELAJARAN 27: MURAQABAH HAQIQAT QURAN 31
PELAJARAN 28: MURAQABAH HAQIQAT SOLAT 32
PELAJARAN 29: MURAQABAH MABUDIYYAT SIRFAH 32
PELAJARAN 30: MURAQABAH HAQIQAT IBRAHIMI 33
PELAJARAN 31: MURAQABAH HAQIQAT MUSAWI 34
PELAJARAN 32: MURAQABAH HAQIQAT MUHAMMADI 35
PELAJARAN 33: MURAQABAH HAQIQAT AHMADI 36
PELAJARAN 34: MURAQABAH HAQIQAT HUBBU SIRFAH 37
PELAJARAN 35: MURAQABAH LA TAYYUN 38
RINGKASAN PELAJARAN NAQSHBANDIYYAH MUJADDIDIYYAH 39
RABITAH SYEIKH 40






4
kl\ lPx HPsI fpw
MUQADDIMAH
i dalam risalah ini akan diperjelaskan dengan secara terperinci berkenaan
pelajaran-pelajaran dalam Silsilah Aliyyah Naqshbandiyyah Mujaddidiyyah.
Dengan penerangan ini ianya bukanlah bermaksud bahawa orang ramai yang
awam boleh membaca segala pelajaran ini tanpa mempelajarinya dari seseorang Syeikh
Murshid atau beramal dengan secara bersendirian dan menyempurnakannya menurut
akal fikirannya sendiri.
Bahkan bagi Para Penuntut Haqq, adalah mustahak bagi mereka untuk mencari
dan berbaiah pada tangan seseorang Syaikh Murshid yang telah diberikan keizinan untuk
meneruskan Silsilah dan mengambil Tariqat darinya. Penuntut hendaklah beramal dan
menuruti segala petunjuk daripada Murshidnya sebagaimana yang telah diberikannya
pengajaran tentang segala pelajaran dalam Tariqat Naqshbandiyyah Mujaddidiyyah.
Penuntut juga hendaklah meletakkan segala hal-ahwalnya ke hadapan Murshidnya
supaya dia dapat terpelihara dari kejahatan Hawa Nafsu dan Syaitan.
Maksud bagi penjelasan segala pelajaran ini adalah supaya apabila seseorang
Murshid atau Para Khalifahnya memberikan sesuatu pelajaran kepada Para Murid, dia
akan dapat memahami segala niat dan Kaifiyat perlaksanaannya dan akan mendapat
penerangan tentang kesan-kesan dari pelajaran yang berlainan dalam mencapai rasa
ketenteraman dan ianya bermaksud supaya Murshid dapat mengenalpasti dan
mengesahkan apakah segala kesan-kesan amalannya itu betul ataupun tidak. Dan jika
kesan-kesan tidak dapat dirasai, maka pada amalan mana yang terdapat kekurangan,
ianya akan dapat diketahui dan hendaklah sentiasa merujuk kepada Murshid dan
menuntut limpahan Faidhz Doa darinya dan tumpuan Tawajjuhatnya dan segala
penerangan pengajarannya.
Jikalau kamu hanya menuruti Hawa Nafsu kamu dan melakukan segala pelajaran
ini secara sesuka hati, maka selain dari faedah ditakuti akan mendatangkan kerugian. Dan
tiadalah tugas kami melainkan hanya menyampaikan pelajaran-pelajaran ini dengan jelas.
Ketahuilah bahawa Para Masyaikh telah menetapkan tiga jalan untuk penyucian Batin:

1. Jalan Zikir Ismu Zat atau Zikir Nafi Itsbat
2. Jalan Muraqabah
3. Jalan Rabitah Syaikh.

Pada kadar mana yang terdapat kekurangan dalam perkara-perkara ini maka
dengan kadar itulah lambatnya seseorang dalam menempuh jalan Tariqat ini. Dari ketiga-
tiga jalan ini, pertama sekali secara huraiannya dalam Silsilah Aliyyah Naqshbandiyyah
Mujaddidiyyah, Para Penuntut ditalqinkan dengan Zikir Ismu Zat yang huraian secara
tafsilnya akan diterangkan.

D
D


5
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 1:
ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH QALB
Pada jasmani Insan kedudukan Maqam Latifah Qalb adalah di bawah tetek kiri dalam
anggaran dua jari dengan cenderung ke arah ketiak. Apabila seseorang Salik telah
menyempurnakan urusan pekerjaan duniawinya maka hendaklah dia berwudhu dan
duduk menghadap Qiblat dan lidah ditongkatkan ke langit-langit dan mengosongkan hati
dari segala kerunsingan dan khayalan kerisauan serta segala lintasan Khatrah, lalu
memberikan sepenuh tumpuan Tawajjuh dengan penuh adab sambil mengkhayalkan
bahawa, hatiku sedang berkata Allah Allah dan daku sedang mendengarnya, yakni
Tawajjuh khayalan diri adalah terhadap hati dan hati bertawajjuh terhadap Allah Taala.
Ketika berzikir samada duduk dalam keadaan Tasyahhud atau bersila, pejamkan
mata dan nafas menerusi hidung dibiarkan keluar masuk seperti biasa. Untuk beberapa
lama, lakukan Zikir dengan menggunakan Tasbih dengan cara butir-butir Tasbih di
tangan diperjalankan dengan cepat-cepat dan pada hati terus-menerus berjalan dengan
khayalan ucapan Allah Allah. Jangan diucapkan dengan menggunakan lidah, bahkan
lidah hendaklah ditongkatkan ke langit-langit. Sekiranya mampu, hendaklah diletakkan
kain atau serban di atas kepala atau menutup muka supaya aman dari sebarang khayalan.
Lakukanlah Zikir sekurang-kurangnya sepuluh kali pusingan Tasbih, yakni berzikir Ismu
Zat sebanyak seribu kali.
Kemudian, hendaklah meletakkan Tasbih dan melakukan Zikir tanpa Tasbih dalam
jangkasama yang sama sewaktu menggunakan Tasbih. Semasa berzikir, hendaklah
dikhayalkan juga bahawa Allah Taala adalah Zat Yang Maha Suci yang disifatkan dengan
segala Sifat-Sifat yang sempurna dan suci dari segala kekurangan dan keaiban. Dan
limpahan Nur Faidhzan Ilahi juga sedang terlimpah kepada hatiku. Menerusi keberkatan
Nur ini, ianya dapat menghindarkan kekaratan, kegelapan zulmat dan kelemahan di
dalam hatiku dan sebagai mensyukurinya, hatiku berkata Allah Allah.
Apabila sudah tenggelam dalam khayalan ini, hendaklah menyibukkan diri dengan
Zikir Ismu Zat dan setelah selesai, hendaklah berdoa. Pada setiap hari, hendaklah beramal
dengan Wazifah amalan ini pada suatu waktu yang khusus. Kemudian sambil berjalan,
berbaring, berdiri dan duduk, yakni pada setiap waktu hati sentiasa mengkhayalkan
tentang Zikir supaya kebenaran ungkapan bahawa, Tangan dalam pekerjaan dan hati
dalam persahabatan terhasil dan hati hendaklah sentiasa berjalan dengan Zikir.
Pada kebanyakan orang kaifiyat berjalannya Zikir dalam hati dapat dirasakan
dalam bentuk getaran di dalam tubuh badannya. Para Masyaikh telah mentalqinkan
gambaran Ismu Zat atas segala getaran tersebut supaya kebenaran maksud Hadits
bahawa, Daku adalah menurut atas sangkaan hambaKu terhadapKu, dapat difahami.
Yang dituntut dari berjalannya Zikir di dalam hati adalah bahawa khayalan tentang lafaz
Allah yang diberkati dapat didengari dengan jelas dengan telinga batin bahkan yang
dituntut bukanlah getaran pada Latifah tersebut.

6
kl\ lPx HPsI fpw
Para Penuntut adalah dikehendaki supaya mencari mana-mana kelapangan masa
pada waktu siang ataupun waktu malam dan pada bila-bila masa hendaklah membaca
Selawat seratus kali dan Istighfar seratus kali samada sekali duduk atau dalam majlis yang
berlainan. Hendaklah sentiasa melakukan Zikir Ismu Zat tersebut supaya Latifah Qalb
dapat keluar dari daging dan menuju ke tempat asalnya. Tanda Latifah Qalb telah sampai
ke tempat asalnya adalah bahawa tumpuan Tawajjuhnya cenderung ke arah kedudukan
yang lebih tinggi dan lupa terhadap sebarang arah yang lain dan dengan getaran hati,
lafaz Allah yang Mubarak dapat didengari dengan jelas.
Ketika berzikir, hendaklah melupakan segala perkara Ma Siwa yang selain Allah
dan menumpukan perhatian hanya kepada Zat Hadhrat Haqq Taala meskipun untuk
waktu yang singkat. Di samping itu, ketika melakukan segala perkara tersebut hendaklah
mengkhayalkan juga tentang berpegang teguh terhadap Syariat. Dan hal keadaannya hari
demi hari hendaklah beramal dengan amalan yang akan mengislahkan dirinya dan
mencintai Syariat. Ahwalnya akan sentiasa berubah-ubah dan akan terhindar dari
Ghaflat, lalu Salik akan mula dapat menuruti Syariat dalam setiap amal pekerjaan dan
ianya akan sentiasa ada dalam fikirannya. Syahwat yang terdapat takluk dengan Latifah
ini dan sentiasa melalaikan Salik terhadap Mahbub Haqiqi akan dapat diislahkan, lalu dia
akan mencintai Mahbub Haqiqi dan seterusnya membawa Salik dengan kecenderungan
ke arah menuntut keredhaanNya.
| 79 2%! 9 l. 9 =% +9 _.9 :
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang
yang mempunyai hati Qalb atau yang menggunakan pendengarannya, sedang Dia
menyaksikannya. [50:37]
?s 7,=% 3.9 9
Ke dalam Qalb hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-
orang yang memberi peringatan. [26:194]
! ,!. ,. | |, < ` <!, ,=% < 3, `: '=.
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah dan
barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada
Qalb hatinya dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu. [64:11]




7
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 2:
ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH RUH
Tempat kedudukan Latifah Ruh adalah di bawah tetek kanan pada anggaran dua jari
cenderung ke arah ketiak. Pada kedudukan Latifah ini, hendaklah dilakukan Zikir Ismu
Zat yakni Allah Allah sebagaimana yang telah dinyatakan pada Latifah Qalb.
Tanda-tanda Latifah ini telah sampai kepada Asalnya adalah bahawa Latifah Ruh
ini juga akan berjalan Zikir padanya dan sebagaimana Kaifiyat Zikir yang telah terhasil
pada Latifah Qalb bahkan pada Latifah Ruh akan berlaku dengan lebih banyak lagi.
Kerunsingan dan kemarahan yang pada mulanya adalah antara tabiat Salik akan dapat
diislahkan lalu dia akan menuruti tuntutan Syariat.
= `. s _9 % _9 ! .. =-9 | =%
Dan mereka bertanya kepadamu tentang Ruh. Katakanlah: "Ruh itu Termasuk urusan
Amar Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". [17:85]
_, , ..> . #` > .!. _ < |
_! _ < | `)9 `39
Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan
jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari
Rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". [12:87]
. 1 > - > `39 _.9 .,{ {
=% ! `6:
Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya Ruh ciptaanNya dan Dia
menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati tetapi kamu sedikit sekali
bersyukur. [32:9]




8
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 3:
ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH SIRR
Tempat kedudukan Latifah Sirr adalah bersamaan dengan tetek kiri pada anggaran dua
jari cenderung ke tengah dada. Pada kedudukan Latifah ini juga hendaklah dilakukan
Zikir Ismu Zat sebagaimana pada Latifah Qalb dan Latifah Ruh.
Tanda-tanda penghasilannya adalah bahawa di sini juga akan berjalan Zikir
sebagaimana pada dua Latifah yang sebelumnya dan hal keadaan Kaifiyatnya akan mulai
meningkat. Ini adalah suatu Maqam Musyahadah yang mana dengan melakukan Zikir
pada Latifah ini akan terzahirlah Kaifiyat yang ajaib-ajaib dan pelik-pelik. Pada Maqam ini
juga akan mengislahkan Salik dari sifat tamak haloba lalu dia akan membelanjakan
hartanya untuk urusan pekerjaan Syariat dan keghairahan untuk menghasilkan pahala
akan mula terbentuk dalam dirinya.
% `&! %! `=- .9 ,.9 _{ | l2 s !>
Katakanlah: "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui rahsia di langit dan
di bumi. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."[25:6]
< ,.9 _{ `=- . .> `=- ! ,.3.
Dan Dialah Allah yang disembah, baik di langit maupun di bumi; Dia mengetahui apa
yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui pula apa yang kamu
usahakan. [6:3]
| `=- .9 >
Maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia Sirr dan Akhfa yang lebih tersembunyi. [20:7]
% `&! %! `=- .9 ,.9 _{ | l2 s !>
Katakanlah: "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui rahasia di langit dan
di bumi. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [25:6]





9
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 4:
ZIKIR ISMU ZAT LATIF KHAFI
Tempat kedudukan Latifah Khafi adalah bersamaan dengan tetek kanan pada anggaran
dua jari cenderung ke tengah dada. Pada kedudukan Latifah ini dengan mengucapkan
Zikir, Ya Latif Adrikni Bilutfikal Khafi akan memberikan banyak faedah untuk
peningkatan Ruhaniah Salik.
Tanda-tanda penghasilan pada Latifah ini adalah bahawa Zikir juga akan turut
berjalan pada Latifah ini. Sifat-sifat yang buruk seperti hasad dengki dan bakhil akan
dapat diislahkan dan terzahirlah beberapa Ahwal yang ajaib dan pelik pada Maqam
Latifah Khafi ini.
`s 3, l.. > | > .-9
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. [7:55]
% /3>` >L 9 `>,9 `s. l. . > 9 !8>
3 9 3:9
Katakanlah: "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di
laut, yang kamu berdoa kepadaNya dengan rendah diri dengan suara yang lembut dengan
mengatakan: "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan Kami dari bencana ini, tentulah
Kami menjadi orang-orang yang bersyukur"". [6:63]
| ! , ! >
Iaitu tatkala dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut. [19:3]
.-. `3 l>
Pada hari itu kamu dihadapkan kepada Tuhanmu, tiada sesuatupun dari keadaanmu
yang tersembunyi bagi Allah. [69:18]



10
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 5:
ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH AKHFA
Tempat kedudukannya Latifah Akhfa adalah pada tengah-tengah dada. Persiarannya
adalah yang tertinggi dan ianya merupakan Maqam Wilayat Khassah Muhammadiyyah
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Tanda-tanda penghasilan pada Latifah ini adalah bahawa Zikir juga turut berjalan
pada Latifah ini sebagaimana pada Lataif sebelumnya. Sifat Takabbur, sombong dan
bangga diri akan dapat diislahkan dan akan terhasillah pendekatan Qurb, kehadiran
Hudhur dan Jamiyyat. Maqam Latifah Akhfa adalah tinggi dari sekalian Maqamat.
| > )9!, | ` =- .9 >
Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahasia Sirr
dan Akhfa yang lebih tersembunyi. [20:7]
! `=. !, > ! =.
Dan Aku lebih mengetahui apa yang sangat kamu sembunyikan dan apa yang kamu
nyatakan. [60:1]





















11
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 6:
ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH NAFS
Terdapat perselisihan pendapat di kalangan para-para Sufi yang mulia tentang Maqam
kedudukan Latifah Nafs. Di sisi sebahagian Sufi, kedudukannya adalah pada dua jari di
bawah pusat. Akan tetapi di sisi Hadhrat Imam Rabbani Mujaddidi Alf Tsani
Qaddasallahu Sirrahu, kedudukan Maqam Latifah Nafs adalah pada tengah-tengah dahi.
Para Muhaqqiqin telah mengikuti pendapat tersebut dengan mengatakan bahawa di dahi
adalah kepala bagi Nafs dan yang di bawah pusat adalah ekornya. Meskipun pergerakan
Zikir pada Latifah ini tidak dapat dirasai, namun ia tidaklah kosong dari tarikan Jazbah
dan Shauq.
Tanda-tanda Islah pada Latifah Nafs adalah bahawa Salik akan lebih merasakan
kelazatan dalam Zikir sebagai menolak segala kelalaian. Dan dalam Zikirnya, rasa
keseronokan Shauq dan kelazatan Zauq serta kelekaan Mahwiyyat akan bertambah-
tambah.
`=-. _ ! > ; % `s `> !, l. =-
Tak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang
sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan. [32:17]
#=3. _ | !-``
Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. [2:233]
!! %! ` ). < L.9 _ ! % -9 ). < |
< , > !, =-.
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap Nafs diri
memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari Akhirat esok dan bertaqwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [59:18]
>s _ ! , .>
Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. [81:14]


12
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 7:
ZIKIR ISMU ZAT LATIFAH QALIBIYYAH
Maqam Latifah Qalibiyyah ini juga dinamakan sebagai Sultanul Azkar. Maqam
kedudukannya adalah pada seluruh badan sehingga ke akar-akar rambut pun Zikir akan
terzahir. Adakalanya amalan Zikir Sultanul Azkar ditetapkan di atas tengah-tengah
kepala. Menerusinya juga Zikir akan berjalan ke seluruh badan atas kurniaan Allah Taala.
Tanda-tanda penghasilannya adalah bahawa pada jisim Salik, pada daging dan
ototnya, terasa bergerak-gerak adakalanya di bahu, adakalanya di kaki, adakalanya di
mana-mana bahagian tubuh badan sehingga kadang-kadang akan terasa pergerakan Zikir
pada seluruh jisim dan Salik akan merasa suatu Kaifiyat ajaib yang rasa Zauqnya tidak
dapat dijelaskan.
`,. )9 ?s ,=% !9!%
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci? [47:24]
)9 ! >9 .2 >: _} ; ',=% ) !,
; `s .,` !, ; `-`. !, 79` -{l . ,
. 79` ` =-9
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan
manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-
ayat Allah dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat
tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah, mereka itu sebagai binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai. [7:179]
',=% >
Hati manusia pada waktu itu sangat takut. [79:8]




13
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 8:
ZIKIR NAFI ITSBAT
Tujuh Lataif sudah diperjelaskan. Setelah berhasil melakukan Zikir pada Lataif tersebut,
hendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbat, iaitu mengucapkan kalimah LA ILAHA ILLA
ALLAH dengan menahan nafas. Caranya adalah seperti berikut:
1. Ditahankan nafas di bawah pusat iaitu dari dalam hendaklah dikeluarkan nafas lalu
ditekankan di bawah pusat.
2. Lalu dengan menggunakan lidah hati, kalimah LA ditarik keluar dari pusat sehingga
sampai ke otak. Kemudian, lafaz ILAHA dibawakan ke arah bahu kanan dan lafaz
ILLA ALLAH dibawakan melalui kelima-lima Lataif Alam Amar di dada lalu
dipukulkan dengan kuat ke arah Latifah Qalb sehingga kesan hentakan Zikir tersebut
sampai kepada semua Lataif.
3. Hendaklah melakukan Zikir dalam sekali nafas dan dilakukan Zikir ini beberapa kali
dalam bilangan yang ganjil.
4. Ketika melepaskan nafas ucapkanlah MUHAMMADUR RASULULLAH Sallallahu
Alaihi Wasallam dengan khayalan lidah hati.
5. Ketika berzikir hendaklah mengkhayalkan juga pengertian makna Zikirnya bahawa
selain dari Hadhrat Zat Haqq Taala tiada apa-apa yang dimaksudkan, dan ketika
mengucapkan LA ILAHA, hendaklah menafikan Hasti diri yakni rasa wujud diri dan
Hasti seluruh Maujudat, dan ketika mengucapkan ILLA ALLAH, Talib hendaklah
mengitsbatkan Hadhrat Zat Haqq Taala.
6. Di dalam satu nafas hendaklah memelihara bilangan yang ganjil yakni
permulaannya sebanyak tiga kali, kemudian lima kali, kemudian ditambah
bilangannya sehingga dalam satu nafas dapat mencapai dua puluh satu kali.
Memelihara bilangan ganjil ketika berzikir dinamakan sebagai Wuquf Adadi.
Jikalau boleh dilakukan dengan menahan nafas, maka ianya adalah sangat berfaedah.
Namun ianya bukanlah syarat. Jikalau sampai dua puluh satu kali dan faedahnya masih
tidak dapat dirasai, maka hendaklah memulakan Zikir dari permulaan sekali lagi dengan
Kaifiyat, syarat-syarat dan adab-adabnya. Setelah Talib melakukan Zikir beberapa kali,
hendaklah memohon Kehadhrat Ilahi dengan penuh kelemahan dan kekurangan diri:
Nj NJZ C I Byi ev OC }G
Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi, Atini Mahabbataka Wa Marifataka.

14
kl\ lPx HPsI fpw
Munajat ini dinamakan sebagai Baz Gasht. Tawajjuh hendaklah diberikan ke arah
hati dan hati hendaklah bertawajjuh ke arah Zat Ilahi yang dinamakan Wuquf Qalbi.
Wuquf Qalbi merupakan perkara yang sangat penting dan tanpa Wuquf Qalbi, adalah
mustahil untuk menghasilkan Nisbat.
Untuk menghindarkan was-was pada hati hendaklah melakukan Nigah Dashat
yakni memerhatikan secara bersungguh-sungguh segala lintasan Khatrah yang datang
lalu menghindarkannya dengan bersungguh-sungguh.
Kesan-kesan Zikir ini adalah bahawa akan terhasillah kehangatan Qalb, Zauq dan
Shauq, kelembutan hati, menafikan segala kekhuatiran dan terhasilnya kecintaan
Mahabbat yang bertambah-tambah dan boleh jadi juga akan menjadi sebab untuk
terhasilnya Kashaf.
Akan tetapi, Zikir ini hendaklah dilakukan di tempat yang sejuk dan menurut
tabiat keadaan diri bolehlah dilakukan samada lebih atau kurang menurut kemampuan
masing-masing supaya tidak membangkitkan sebarang kerugian. Jikalau seseorang
merasa sukar untuk menahan nafas ketika berzikir sehingga mendatangkan kesusahan
maka lakukanlan tanpa menahan nafas.
Pada cuaca yang panas janganlah melakukan Zikir ini dengan menahan nafas,
bahkan jika hendak melakukan Zikir ini, hendaklah melakukan tanpa menahan nafas dan
tanpa Wuquf Adadi. Dan ketika melakukan Zikir ini juga anggota tubuh badan janganlah
digerak-gerakkan dan hendaklah sentiasa ingat perkara ini.














15
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 9:
ZIKIR TAHLIL LISANI
Cara melakukan Zikir Tahlil Lisani adalah sepertimana yang telah dinyatakan dalam
Zikir Nafi Itsbat, tetapi di sini tidak ditahankan nafas. Dan dengan syarat-syarat yang
telah dinyatakan, Zikir ini hendaklah dilakukan dengan lidah dan bukannya lidah
khayalan atau lidah hati.
Bilangannya sekurang-kurangnya seribu seratus kali dan sebanyak-banyaknya lima
ribu kali. Jikalau tidak dapat dilakukan dalam satu waktu, maka pada waktu-waktu yang
berlainan pada siang atau malam hari hendaklah disempurnakan. Dan jika melakukan
lebih dari ini, maka banyaklah faedah yang akan kelihatan.
Zikir ini boleh dilakukan ketika berjalan, duduk, berbaring, sama ada berwudhu
atau tidak dan boleh dilakukan pada setiap waktu. Adapun dengan berwudhu adalah
lebih afdhal dan mengkhayalkan pengertian maknanya adalah lebih penting.
Kesan-kesannya juga adalah seperti yang sebelumnya dan dengan setiap jalan Zikir
samada Zikir Ismu Zat atau Zikir Nafi Itsbat akan dapat menafikan lintasan Khatrah,
menghasilkan Hudhur Qalb dan Lataif akan berusaha untuk menuju ke arah seatas-
atasnya dari tempat kedudukannya. Dan pada Qalb, akan berlaku Waridat dan Nuzul
sehingga kesan Waridat ke atas diri Salik menyebabkannya tenggelam dalam Fana.













16
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 10:
MURAQABAH AHADIYYAT
Cara kedua untuk pensucian Batin adalah Muraqabah. Muraqabah adalah mengosongkan
segala was-was dan lintasan Khatrah pada hati sambil menantikan limpahan Faidhz dan
Rahmat dari Hadhrat Ilahi. Kini dinyatakan niat-niat dan kaifiyat-kaifiyat Muraqabah
dalam Silsilah Aliyyah Naqshbandiyyah Mujaddidiyyah Qaddasallahu Asrarahum.

NIAT:
Niat Muraqabah Ahadiyyat adalah seperti berikut:

Pada Latifah Qalbku sedang terlimpah limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat yang
memiliki segala Sifat-Sifat Yang Sempurna dan terhimpun padanya segala Sifat-Sifat
Kebaikan dan Suci dari segala kekurangan dan keaiban.

Niat ini hendaklah diucapkan dengan lidah hati sambil duduk menantikan Faidhz
Ilahi. Dalam Muraqabah ini Salik hendaklah bertawajjuh ke arah menghasilkan Nisbat
Jamiyyat dan Hudhur Qalb dan juga hendaklah sepenuhnya memikirkan serta
mengkhayalkan tentang kesucian Tanzih dan Taqdis bagi Zat Haqq Taala.

KESAN-KESAN:
Apabila lintasan Khatrah pada Qalbi yakni Lataif seluruh Alam Amar sudah terhindar
sepenuhnya atau semakin berkurangan, ianya dinamakan sebagai Jamiyyat. Apabila
berlaku Tawajjuh Qalb mula tertumpu ke arah Haqq Taala, ianya dinamakan sebagai
Hudhur. Dalam Muraqabah Ahadiyyat, Salik akan berhasil mencapai Hudhur dengan
Haqq Taala dan melupakan segala yang selainNya sehingga apabila Hudhur ini terhasil
sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam dan secara sempurnanya selama empat jam
tanpa sebarang Khatrah, maka fahamilah bahawa kesan-kesan Muraqabah ini sedang
mulai berlaku. Sesudah Muraqabah Ahadiyyat, Salik akan diberikan pengajaran
berkenaan Muraqabah Masharib. Masharib adalah jamak bagi Musharab yang bermakna
jalan kehidupan atau tempat minuman. Menerusi Muraqabah ini Salik akan sampai ke
Maqam Fana. Kerana itulah ianya dinamakan sebagai Masharibat.Hendaklah jelas
bahawa selagi mana segala kesan-kesan Muraqabah tidak dapat dirasai pada Lataif Salik,
maka jangan sekali-kali diberikan Tawajjuh terhadap Muraqabah yang seterusnya. Jikalau
tidak, khayalan tentang Masiwa tidak dapat dihindarkan dari hati dan dia tidak akan
dapat mencapai Maqam Fana yang merupakan langkah pertama dalam Wilayat.
% < > < .9 9 $# 9 9` 9 3 `&! 2 >
Katakanlah: "Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak
ada seorangpun yang setara dengan Dia." [112:1-4]

17
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 11:
MURAQABAH TAJALLIYYAT LATIFAH QALB
NIAT:
Untuk melakukan Muraqabah Latifah Qalb, hendaklah menggambarkan Latifah Qalb diri
sedang berada menghadap secara bertentangan dengan Latifah Qalb Mubarak Baginda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, lalu dengan lidah hati hendaklah memohon
Kehadhrat Ilahi:
Ya Ilahi, hubungkanlah Latifah Qalb Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam yang darinya telah terlimpah pada Latifah Qalb Hadhrat Adam Alaihissalam
dengan limpahan Faidhz Tajalliyyat Afaliyyah kepada Latifah Qalbku dengan menerusi
keberkatan Para Masyaikh Kibar Naqshbandiyyah Mujaddidiyyah.
KESAN-KESAN:
Dalam Muraqabah yang dilakukan oleh Salik pada Latifah ini, dia akan melihat bahawa
segala Afal perbuatannya dan segala Afal perbuatan seluruh makhluk adalah kesan
pantulan daripada Afal Haqq Taala. Apabila Salik tenggelam dalam kesedaran ini, maka
Salik akan melihat bahawa zat dan sifat segala kejadian Kainat adalah penzahiran bagi Zat
dan Sifat Allah Taala. Salik akan mula menjadi lupa tentang Masiwa dengan kadar
bahawa walau dengan usaha pun tiada sebarang ingatan yang dating tentangnya. Segala
kerisauan Duniawi dan keseronokannya tidak memberi kesan pada Qalb. Menerusi Nazar
pemerhatiannya, Afal perbuatannya dan Afal seluruh makhluk menjadi ghaib dan selain
dari Fail Haqiqi yakni Hadhrat Ilahi, tiada Afal perbuatan sesiapa pun dalam Nazar
pemerhatiannya. Ianya dinamakan sebagai Fana Latifah Qalb.
| 79 2%! 9 l. 9 =% +9 _.9 :
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai
akal Qalb atau yang menggunakan pendengarannya sedang Dia menyaksikannya. [50:37]
: > -9 -9!, l> =),
Iaitu orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan
olehnya dan Dia datang dengan hati yang bertaubat. [50:33]
| . < =), =
Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih. [26:89]

18
kl\ lPx HPsI fpw
| l> , =), =
lngatlah, ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci. [37:84]
!, > < 9 9 9 . !L 1=s =)9 .
79> #s! ] s -.` ; ! : { | s . .
?s < | < > ,#..9
Maka disebabkan Rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka,
sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu. kerana itu ma'afkanlah mereka dan mohonkanlah ampun bagi mereka dan
bermusyawaratlah dengan mereka dalam sesuatu urusan, kemudian apabila kamu telah
membulatkan tekad keazaman, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah
mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. [3:159]
%! 9> < -, L= 9. `2 !.) s <
s %! ` 9. _,L < ?s 2 = % 3 .` !,>
Orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada
mereka, amat besar kemurkaan bagi mereka di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang
beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-
wenang. [40:35]








19
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 12:
MURAQABAH TAJALLIYYAT LATIFAH RUH
NIAT:
Niat Muraqabah Latifah Ruh hendaklah menggambarkan Latifah Ruh diri sedang berada
menghadap bertentangan dengan Latifah Ruh Mubarak Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam, lalu dengan lidah hati hendaklah memohon Kehadhrat Ilahi:
Ya Ilahi, hubungkanlah limpahan Faidhz Latifah Ruh Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam yang darinya telah terlimpah pada Latifah Ruh Hadhrat
Nabi Nuh Alaihissalam dan Hadhrat Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan limpahan
Faidhz Tajalliyyat Sifat Tsubutiyyah kepada Latifah Ruhku dengan menerusi keberkatan
Piran Kibar Naqshbandiyyah Mujaddidiyyah.
KESAN-KESAN:
Sifat Tsubutiyyah adalah sifat seperti Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat, Sama, Basar, Kalam
dan sebagainya. Latifah Ruh akan terhasil Fana apabila dalam pemerhatian Salik, segala
sifat-sifat dirinya dan seluruh Makhluqat menjadi ghaib dan dia memahami bahawa
seluruh sifat-sifat ini hanyalah hak kepunyaan Allah Taala semata-mata.
Sifat-sifat Tsubutiyyah ini adalah dari Aliran Maturidi dan dalam Aliran Ashaari,
ianya dipanggil sebagai Sifat-sifat Maani.













20
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 13:
MURAQABAH TAJALLIYYAT LATIFAH SIRR
NIAT:
Niat Muraqabah Latifah Sirr, hendaklah menggambarkan Latifah Sirr diri berada
menghadap bertentangan dengan Latifah Sirr Mubarak Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam, lalu dengan lidah hati hendaklah memohon Kehadhrat Ilahi:
Ya Ilahi, hubungkanlah limpahan Faidhz Latifah Sirr Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam yang darinya telah terlimpah pada Latifah Sirr Hadhrat
Nabi Musa Alaihissalam dengan limpahan Faidhz Tajalliyyat Shuyun Zatiyyah kepada
Latifah Sirrku dengan menerusi Wasilah Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah.
Shuyun adalah jamak bagi Shan dan yang dimaksudkan adalah Shan Zatiyyah bagi
Allah Taala yang bersifat dengan Sifat-sifat Tsubutiyyah. Firman Allah Taala:
Kulla yawmin Huwa fi Shaan
Setiap hari Dia dalam suatu keadaan Shan
KESAN-KESAN:
Tanda Fana Sirr adalah bahawa pada Maqam ini Salik akan mendapati bahawa zat
dirinya telah musnah dalam Zat Haqq Allah Taala dan selain Zat Haqq, tiada suatu zat
pun yang datang dalam pemerhatiannya.
Apabila Salik mula menjadi Fana dalam Zat dan Sifat Ilahi, maka dia tidak akan
memperdulikan sebarang caci maki dan celaan dan tidak merasa gembira dengan
sebarang pujian dan sanjungan. Salik akan berasa bahawa dirinya terserap atau tenggelam
di dalam Zat Haqq Taala.










21
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 14:
MURAQABAH TAJALLIYYAT LATIFAH KHAFI
NIAT:
Niat Muraqabah Latifah Khafi, hendaklah menggambarkan Latifah Khafi diri sedang
berada menghadap bertentangan dengan Latifah Khafi Mubarak Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, lalu dengan lidah hati hendaklah memohon
Kehadhrat Ilahi:
Ya Ilahi hubungkanlah limpahan Faidhz Latifah Khafi Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam yang darinya telah terlimpah pada Latifah Khafi Hadhrat
Nabi Isa Alaihissalam dengan limpahan Faidhz Tajalliyyat Sifat Salbiyyah kepada
Latifah Khafiku dengan menerusi Wasilah Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah.
Yang dimaksudkan dengan Sifat Salbiyyah adalah bahawa Allah Taala adalah Maha
Suci dari sebarang keaiban dan kekurangan, Dia adalah Maha Suci dari sebarang jisim dan
jasmani, sebarang Aradhz dan Jauhar, Makani dan Zamani, Hal dan Mahal, terhad dan
terhapus.
Kewujudan Allah adalah tanpa arah mahupun tempat dan tanpa bagaimana Kaifiyat,
tanpa Nisbat dan tanpa Mitsal. Di sisiNya, segala permisalan adalah terhapus. Dia Maha
Suci dari memiliki ibu bapa, isteri dan anak kerana kesemuanya ini adalah tanda-tanda
bagi Huduts yang bersifat baharu dan segala yang Huduts ini, selalunya bersifat dengan
sifat-sifat kekurangan.
KESAN-KESAN:
Tanda Fana pada Latifah Khafi ini adalah bahawa pada maqam ini, Salik akan
mendapati bahawa Allah Taala adalah Mumtaz yakni teristimewa dan terunggul serta
Tunggal, dan pada segala penzahiran Salik akan melihatnya sebagai Zat Mujarrad serta
Zat Yang Maha Esa.









22
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 15:
MURAQABAH TAJALLIYYAT LATIFAH AKHFA
NIAT:
Niat Muraqabah Latifah Akhfa hendaklah menggambarkan Latifah Akhfa diri berada
menghadap bertentangan dengan Latifah Akhfa Mubarak Baginda Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam, lalu dengan lidah hati hendaklah memohon ke Hadhrat Ilahi:
Ya Ilahi, hubungkanlah limpahan Faidhz Latifah Akhfa Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam dengan limpahan Faidhz Tajalliyyat Shan Jami kepada
Latifah Akhfaku dengan menerusi Wasilah Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah.
Asal bagi Sifat-Sifat dan Shuyunat dinamakan sebagai Shan Jami.
KESAN-KESAN:
Tanda Fana pada Latifah Akhfa adalah bahawa Salik akan mula berakhlak dengan
akhlak Hadhrat Haqq Taala dan akhlak Nabawiyyah Sallallahu Alaihi Wasallam dan
terhasillah padanya penurutan untuk mencontohinya dengan sifat yang sempurna. Kesan-
kesan ini hendaklah diperkukuhkan terus menerus dalam Maqamat yang akan datang
berikutnya.
Pada Maqam ini, dengan menuruti Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam dengan Ittiba yang sepenuhnya akan menghasilkan faedah pada Salik.
PERINGATAN:
Ketahuilah bahawa pada kelima-lima Muraqabat Masharib ini hendaklah dilakukan
niat Muraqabah tersebut dan ketika duduk menantikan limpahan Faidhz pada Latifah,
maka bagi setiap Latifah yang dilakukan Muraqabah hendaklah mengkhayalkan bahawa
Latifah seluruh Para Masyaikh dalam Silsilah sehingga Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam berada di hadapan Latifahnya seumpama cermin-cermin yang
bertemu antara satu sama lain bahawa limpahan Faidhz yang khas dari Hadhrat Bari
Taala sedang terlimpah pada latifah Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam kemudian terpantul pada cermin Latifah seluruh Para Masyaikh Silsilah, lalu
sedang sampai ke Latifahku supaya maksud pengertian Hadith Qudsi bahawa, Daku
menurut sangkaan hambaKu terhadapKu, akan mewajibkan kejayaan bagi Salik dalam
maksudnya untuk menghasilkan limpahan Faidhz tersebut. Dan hendaklah diketahui
bahawa sesudah kelima-lima Lataif Alam Amar berhasil mencapai Fana, maka persiaran
dalam Daerah Imkan pun tamat. Di dalamnya akan terhasil Jamiyyat, Hudhur, tarikan
Jazbah Lataif terhadap asal usulnya dan Ahwal serta berbagai Waridat yang Warid dari
arah yang tinggi terhadap diri Salik dan berasa lemah untuk menanggungnya.




23
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 16:
MURAQABAH MAIYYAT WILAYAT SUGHRA
NIAT:
Kaifiyat melakukan Muraqabah Maiyyat hendaklah dengan mengkhayalkan makna
potongan ayat daripada Al-Quran iaitu ayat keempat dari Surah Al-Hadid yang berikut:
`3- ! ..
Dia beserta denga kamu walau di mana kamu berada. [57:4]
Lalu dengan lidah hati hendaklah dikhayalkan dengan seikhlas hati bahawa,
Limpahan Faidhz sedang terlimpah pada Latifah Qalbku dari Zat Yang Maha Suci yang
beserta denganku dan dengan setiap zarrah kejadian yang Kaifiyat sebenarnya hanya Dia
sahaja yang mengetahuinya. Mansha tempat terbit dan Mabda tempat permulaan Faidhz
adalah Daerah Wilayat Sughra yang merupakan Daerah Wilayat Para Awliya Izham
yang agung dan merupakan bayangan Zillal Asma dan Sifat-sifat yang Suci.

KESAN-KESAN:
Pada Martabat ini akan terhasil Fana Qalb dan segala baki kesan-kesan Daerah
Imkan akan disempurnakan dan Tawajjuh ke arah atas akan mula terputus, lalu merasa
dirinya diliputi dari keenam-enam arah iaitu berasa bahawa Allah Taala meliputi dirinya
dari atas, bawah, depan, belakang, kiri dan kanan. Maka, apabila khayalan tentang
Masiwa sudah terhapus dari Lauh Hati dan hati akan mula bertawajjuh terhadap Allah
Taala dengan suatu kadar ketenggelaman bahawa sukar untuk hati menghadirkan
khayalan tentang Masiwa walau dengan usaha sekalipun. Dan segala tali perhubungan
dengan segala perkara yang bertakluk dengan Duniawi akan mulai terputus dari hatinya
lalu akan terhasil mencapai Fana Qalbi yang merupakan langkah pertama dalam Wilayat.
Baki kesempurnaan perkara-perkara yang lain adalah tertegak di atas penghasilan Fana
Qalb ini. Seseorang Syaikh Tariqat adalah dikehendaki bahawa selagi mana dirinya atau
Salik tidak merasai secara Wijdan segala perubahan yang berlaku pada Ahwal dan belum
dapat diperhatikan Jazbah yang sempurna dan kesempurnaan Jamiyyat dan Hudhur,
maka janganlah sekali-kali mengkhabarkan penghasilan Nisbat pada Maqamat ini kerana
ianya akan memburukkan nama Tariqat yang tinggi ini. Adalah jelas bahawa Fana Latifah
Qalb adalah tiada selain dari ingatan terhadap Allah Taala dan melupakan segala perkara
kecuali mengingati Allah Taala. Yang dikatakan Baqa Latifah Qalb adalah Dawam
Hudhur yang bererti berada dalam ingatan ini secara berterusan dengan teguh sehingga
tidak lalai walau seketika pun. Sesudah terhasilnya Baqa, Salik akan mula masuk ke
dalam Haqiqat Taayyun dirinya. Ini dinamakan sebagai Daerah Wilayat Sughra. Akan
tetapi, kesempurnaan Fana akan terhasil dalam Daerah Wilayat Kubra. Yang
dimaksudkan dengan Wilayat Kubra adalah Fana Nafsani dan Tazkiyah Nafs dari sifat-
sifat Mazmumah dan terhapusnya sifat Ananiyat iaitu keakuan dan nafsu serakah. Ianya
juga dinamakan sebagai Daerah Asma, Sifat dan Shuyunat kerana padanya akan berlaku
Sayr dalam Asal Usul Tajalliyyat Khamsah iaitu Lima Tajalliyyat. Wilayat Kubra
mengandungi tiga Daerah dan satu Qaus.

24
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 17:
MURAQABAH DAERAH PERTAMA WILAYAT KUBRA
NIAT:
Niatnya adalah seperti berikut:
> ,% 9| ,> 9
Kami adalah sangat dekat kepadanya dari urat lehernya. [50:16]
Pengertian ayat ini hendaklah diperhatikan di dalam hati sambil mengkhayalkan,
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat yang lebih sangat dekat dari urat leherku dan
pengertiannya hanya Allah Taala Yang Maha Mengetahui sedang terlimpah pada Latifah
Nafsku dan kelima-lima Lataif Alam Amarku. Mansha dan Mabda sumber permulaan
Faidhzyang dikehendaki adalah Daerah Pertama Wilayat Kubra iaitu Wilayat Para
Anbiya Alaihimus Solatu Wassalam dan iaitu Asal bagi Daerah Wilayat Sughra.

PELAJARAN 18:
MURAQABAH DAERAH KEDUA WILAYAT KUBRA
NIAT:
Niatnya adalah seperti berikut:
,> ,>
Allah Taala mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah Taala.[5:54]
Pengertian ayat ini hendaklah diperhatikan di dalam hati sambil mengkhayalkan,
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat Yang Mengasihiku dan daku mengasihiNya sedang
terlimpah pada Latifah Nafsku. Mansha limpahan Faidhz yang dikehendaki adalah
Daerah Kedua Wilayat Kubra iaitu Wilayat Para Anbiya Kiram Alaihimus Solatu
Wassalam dan iaitu merupakan Asal bagi Daerah Pertama.

PELAJARAN 19:
MURAQABAH DAERAH KETIGA WILAYAT KUBRA
NIAT:
Niatnya adalah seperti berikut:
,> ,>
Allah Taala mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah Taala.
Pengertian ayat ini hendaklah diperhatikan di dalam hati sambil mengkhayalkan
bahawa,

25
kl\ lPx HPsI fpw
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat Yang Mengasihiku dan daku mengasihiNya sedang
terlimpah pada Latifah Nafsku. Mansha Faidhz adalah Daerah Ketiga Wilayat Kubra
iaitu Wilayat Para Anbiya Alaihimussalam dan Asal bagi Daerah Kedua.

PELAJARAN 20:
MURAQABAH DAERAH QAUS WILAYAT KUBRA
NIAT:
Ayat Al-Quran:
,> ,>
Allah Taala mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah Taala [5:54]
Pengertian ayat ini hendaklah diperhatikan di dalam hati sambil mengkhayalkan
bahawa,
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat yang mengasihiku dan daku mengasihiNya sedang
terlimpah pada Latifah Nafsku. Mansha Faidhz adalah Daerah Qaus Wilayat Kubra
iaitu Wilayat Para Anbiya Alaihimussalam dan Asal bagi Daerah Ketiga.

KESAN-KESAN KETIGA-TIGA DAERAH DAN QAUS:
Di dalam Wilayat Kubra, pada Nafs Salik akan berlaku Istihlak rasa kebinasaan dan
Idhzmihlal rasa terserap. Ananiyat Nafs iaitu keakuan Nafs dan keserakahannya serta
kejahatannya akan dipatahkan. Sifat-sifat Razilah atau sifat-sifat Mazmumah seperti
hasad, bakhil, loba, kedekut, takabbur, rasa besar diri, cintakan kemegahan dan
sebagainya akan disucikan dan ditazkiyahkan. Sifat-sifat Hamidah atau sifat-sifat
Mahmudah seperti Sabar, Syukur, Ridha dengan ketentuan Hukum Allah, Wara, Taqwa,
Zuhud, Syarah Sadr dan sebagainya akan mula terbentuk. Kewujudan dirinya dianggap
sebagai bayangan bagi wujud yang Haqq dan kewujudan dirinya juga dianggap adalah
penurutan bagi Wujud Yang Haqq. Dengan kesanggupannya, akan berlakulah Syarah
Sadr yakni di dalam dadanya terasa suatu keluasan yang tidak dapat dijelaskan.
Keyakinan yang sempurna di atas segala janji-janji Ilahi dan seluruh bebanan Syariah
menjadi Badihi pada pemerhatiannya serta tidak memerlukan apa-apa Dalil. Salik akan
sentiasa menyibukkan dirinya dalam memenuhi segala perintah Allah Taala tanpa
mengira masa dan tempat dan tidak mempersoalkan tentang Qadha dan Qadhar. Nafsnya
menjadi Mutmainnah dan Tauhid Syuhudi mula datang dalam kesedarannya lantas dia
akan mendapat kemuliaan dengan Islam yang Haqiqi. Dalam seluruh Ahwalnya, Salik
sentiasa Ridha dengan keredhaan Allah Taala dan menganggap segala niatnya serba
kekurangan dan segala amalnya kurang kesempurnaan. Azmat keagungan dan Kibriya
kebesaran Haqq Taala akan dipersaksikan kepadanya dan pada batinnya akan tenggelam
dalam kehebatan Ilahi. Di dalam Wilayat Sughra, ianya adalah Zilal Bayangan Asma dan
Sifat Ilahi yang merupakan Taayyunat bagi seluruh makhluk kecualli Para Anbiya
Alaihimussalam dan Para Malaikat Alaihimussalam dan Salik menempuh Sayr di
dalamnya.

26
kl\ lPx HPsI fpw
Di dalam Wilayat Sughra ini, terhasillah Tauhid Wujudi, Zauq dan Shauq, Dawam
Hudhur, melupakan Masiwa dan sebagainya dalam rupa bentuk Fana yang juga
dinamakan sebagai Fana Qalb. Manakala di dalam Wilayat Kubra, akan terhasillah
Haqiqat Fana yang dinamakan sebagai Fana Nafs. Persiaran Sayr bagi kedua-dua Wilayat
Sughra dan Wilayat Kubra ini adalah termasuk di dalam Daerah Isim Az-Zahir. Kerana
itulah ianya juga dinamakan sebagai Suluk Isim Az-Zahir. Muraqabah Wilayat Kubra
tamat sehingga Isim Az-Zahir. Tawajjuh Muraqabah Isim Az-Zahir adalah seperti di
bawah.

PELAJARAN 21:
MURAQABAH ISIM AZ-ZAHIR
NIAT:
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat yang bernama Az-Zahir sedang terlimpah pada
Latifah Nafs dan lima Lataif Alam Amarku.
KESAN-KESAN:
Di dalam Muraqabah ini lebih banyak Faidhz akan Warid ke atas Latifah Nafs. Akan
terzahir pada Salik suatu ketenangan dan ketenteraman dan rasa ketenggelaman yang
sempurna dan akan terzahirlah rahsia-rahsia. Di dalam daerah ini, Nisbat Batin Wilayat
Kubra akan menjadi semakin luas dan semakin kuat. Begitu juga, bagi setiap Daerah-
daerah yang di bahagian atas sentiasa akan menghasilkan kesempurnaan dan kekuatan
jika dinisbatkan dengan Daerah-daerah yang lebih rendah.
Hendaklah diketahui bahawa bertentangan dengan Daerah Wilayat Kubra, pada
kedudukan yang bertentangan di hadapannya terdapat Daerah Saif Qati. Apabila Salik
meletakkan kakinya ke dalam daerah ini, maka dia akan terasa suatu kesedaran bahawa
bagaikan suatu pedang yang memotong rasa wujud dirinya sehingga nama dan tanda
kewujudan dirinya suatu pun tidak ditinggalkan.
PERINGATAN:
Di dalam Daerah-daerah Wilayat Kubra dan Muraqabah Isim Az-Zahir,
mengkhayalkan makna Tahlil Lisani sebagaimana yang telah dinyatakan Tariqahnya
akan memberikan faedah yang sangat besar. Sesudah menyempurnakan Sayr Wilayat
Kubra yakni Muraqabah Isim Az-Zahir, Salik akan melakukan Sayr dalam permulaan
Taayyunat bagi Para Malaikat yang agung. Wilayat Para Malaikat dinamakan sebagai
Wilayat Ulya dan bersiar di dalamnya dikatakan sebagai Sayr Isim Al-Batin. Tariqah
Muraqabahnya adalah seperti berikut.



27
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 22:
MURAQABAH ISIM AL-BATIN
NIAT:
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat yang bernama Al-Batin sedang terlimpah pada Tiga
Anasirku iaitu Api, Air dan Angin kecuali Tanah. Mansha Faidhz adalah Daerah Wilayat
Ulya, iaitu Wilayat Para Malaikat yang agung.
KESAN-KESAN:
Dalam Muraqabah Isim Al-Batin ini akan berlakulah suatu keajaiban dan keluasan dan
kesesuaian dengan sifat-sifat Para Malaikat yang tinggi di dalam Batinnya. Dan boleh jadi
juga Malaikat akan terzahir padanya.
Pada Maqam ini Salik akan memperolehi peningkatan menerusi Zikir Tahlil Lisani
dan Solat Nawafil yang panjang Qiraatnya dan banyak bacaannya. Sesudah Muraqabah
Isim Al-Batin, akan berlakulan Sayr di dalam tiga Daerah Kamalat iaitu Kamalat
Nubuwwat, Kamalat Risalat dan Kamalat Ulul Azmi.
Firman Allah Taala:
`{ `> `L9 L!,9 3, `: =.
Dialah yang Awwal dan yang Akhir yang Zahir dan yang Batin dan Dia Maha
mengetahui segala sesuatu. [57:3]
Yang dimaksud dengan yang Awwal ialah yang telah ada sebelum segala sesuatu ada,
yang Akhir ialah yang tetap ada setelah segala sesuatu musnah, yang Zahir ialah yang
nyata adanya kerana banyak bukti-buktinya, dan yang Batin ialah yang tak dapat
digambarkan hikmat ZatNya oleh Aqal.









28
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 23:
MURAQABAH KAMALAT NUBUWWAT
NIAT:
Limpahan Faidhz dari Zat Mahadhz Yang Sejati iaitu Mansha Kamalat Nubuwwat
sedang terlimpah pada Latifah Unsur Tanahku.
KESAN-KESAN:
Di dalam Muraqabah ini Faidhz di ambil daripada Asma Wa Sifat yang tiada
berpurdah dan Tajalli Zati Daimi. Pada Maqam ini, segala Marifat yang terdahulu
menjadi terhapus dan menganggap segala Ahwal yang sebelumnya adalah tidak berguna
dan buruk. Di dalam Batinnya akan terhasillah tanpa warna dan tanpa Kaifiyat.
Imaniyyat dan Aqaid yang Haqq akan menjadi lebih kuat keyakinannya. Segala
Marifat dalam Maqam ini adalah menuruti segala Syariat Para Anbiya Alaihimussalam
yang mulia. Dan jikalau Allah mengkehendaki, maka akan terhasillah rahsia-rahsia Huruf-
huruf Muqattaat Qurani dan di dalam Batinnya akan terasa suatu kadar keluasan
bahawa Wilayat Sughra dan Wilayat Kubra pada suatu sudutnya adalah seumpama tiada
apa-apa. Dan pada Nisbat Batinnya akan terhasillah rasa tanpa ilmu dan tidak tahu dan
Wusul Uryani.
Pada Maqam ini yang ada hanyalah Wusul dan tiada lagi Husul. Ini adalah merupakan
Maqam Para Anbiya Alaihimussalam, dan Para Tabiin Rahmatullah Alaihim Ajmain
yang telah berhasil mencapainya menerusi pengikutan dan perwarisan. Ketika waktu
penyucian, akan terhasillah Haqiqat Ithminan iaitu ketenteraman dan Ittiba Baginda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Nisbat Batin menjadi sempurna dan luas dan
keadaan tanpa Kaifiyat dan sebagainya.
Akan terhasil juga keadaan yang menyerupai seolah-olah Rukyah melihat Allah Taala,
meskipun janji Rukyah adalah di alam kehidupan Akhirat. Dan juga akan terhasillah
padanya Darjat Ainul Yaqin pada Maqam ini. Dan segala Ahkam Syariah, perkhabaran
ghaib, kewujudan Yang Haqq, Sifat-sifat yang Haqq, urusan di dalam Kubur, Padang
Masyhar, Syurga, Neraka dan sebagainya akan menjadi Badihi dengan tanpa memerlukan
sebarang dalil. Apa yang terhasil di dalam Muraqabah ini yang hakikatnya terzahir pada
Salik tidak dapat dihuraikan dan dijelaskan.
Pada Maqam ini hendaklah melakukan Tilawat Al-Quran dengan Adab dan Tartil,
memperbanyakkan Solat Nawafil, menyibukkan diri dalam mempelajari Hadits dan
mengajarkannya dan dengan menuruti Sunnah kerana ianya akan menghasilkan banyak
faedah serta peningkatan Ruhaniah. Dan pada pelajaran-pelajaran yang akan datang,
menerusi perkara-perkara inilah juga yang akan menghasilkan peningkatan Ruhaniah.


29
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 24:
MURAQABAH KAMALAT RISALAT
NIAT:
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat Mahadhz Yang Sejati iaitu Mansha Kamalat
Risalat Khas sedang terlimpah pada Haiat Wahdaniku.
Yang dimaksudkan dengan Haiat Wahdani adalah himpunan Lataif Alam Amar dan
Alam Khalaq. Apabila Salik sudah berhasil mencapai Fana dan Tasfiyah serta Tazkiyah
semua sepuluh Lataif, maka suatu keseimbangan dan kesatuan akan terhasil pada
kesemua Lataif Alam Amar dan Alam Khalaq.
Kesatuan Haiat yang tersebat dinamakan sebagai Haiat Wahdani. Pada Muraqabah ini
dan Muraqabah yang akan datang berikutnya, Uruj, Nuzul dan Injizab iaitu rasa
penarikan adalah pada seluruh bahagian tubuh badan.
KESAN-KESAN:
Pada Muraqabah ini Faidhz juga diambil daripada Tajalli Zati Daimi dan di sini juga
berlaku Kaifiyat-kaifiyat sebagaimana yang telah berlaku pada Muraqabah Kamalat
Nubuwwat, iaitu tanpa warna dan tanpa bagaimana dan kehalusan dan sebagainya akan
mula mendatangi.














30
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 25:
MURAQABAH KAMALAT ULUL AZMI
NIAT:
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat Bahat Yang Sejati iaitu Mansha Kamalat Ulul
Azmi sedang terlimpah pada Haiat Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Pada Muraqabah ini kesan-kesan Faidhz adalah sebagaimana yang telah berlaku pada
kedua-dua Muraqabah Kamalat yang sebelumnya. Maka pada ketiga-tiga Kamalat ini,
akan terhasil limpahan Faidhz Tajalli Zati Daimi tanpa Purdah Asma Wa Sifat. Pada
Nafs akan berlaku Idhzmihlal pada darjah yang sempurna, keluasan Batin, Wusul
Uryani, Hudhur tanpa arah, menuruti Syariat dan memperolehi limpahan Faidhz
Marifat dan Haqiqat. Dan pada setiap Maqam adalah lebih luas dari Maqam yang
sebelumnya, ketanpa-warnaan pun berlaku.
Rahsia-rahsia Muqattaat Qurani dan Mutashabihat Furqani akan tersingkap yang
mana tidak dapat dijelaskan dan dihuraikan walau bagaimana sekalipun. Rumus-rumus
di antara Ashiq yang mencintai dan Mashuq yang dicintai, yang mana bagi orang yang
mengucapkan dan bagi orang mendengarkannya adalah tidak tersembunyi pada Maqam
ini dan akan terhasil pada diri Salik. Dengan melakukan Tilawah Al-Quran Al-Majid
khasnya ketika melakukan Solat Nawafil dan hendaklah melakukan Tilawat yang
panjang-panjang kerana ianya akan memberikan peningkatan pada Maqam ini.
PERINGATAN:
Pada Daerah ini dikeluarkan Daerah Mansab Qayyumiyyat. Mansab Qaiyyumiyyat
ini adalah anugerah kurniaan yang khas kepada Para Anbiya Alaihimussalam dan di
kalangan Ummat ini, ianya di anugerahkan kepada Para Awliya yang khas sahaja. Pada
hamba tersebut akan terlimpah padanya limpahan Faidhzan, khasnya pada mengucapkan
Isim Ya Hayyu Ya Qayyum. Daerah ini tidak termasuk di dalam persiaran Suluk.
Sesudah melakukan Muraqabah Ulul Azmi, terdapat dua jalan yang perlu ditempuh
oleh seseorang Salik:
1. JALAN PERTAMA: Haqaiq Ilahiyyah dan di dalamnya mengandungi tiga Daerah
iaitu Haqiqat Kaabah Rabbani, Haqiqat Al-Quran Majid dan Haqiqat Solat.
2. JALAN KEDUA: Haqaiq Anbiya dan di dalamnya mengandungi empat Daerah
iaitu Haqiqat Ibrahimi, Haqiqat Musawi, Haqiqat Humammadi dan Haqiqat
Ahmadi. Kedua-dua Haqiqat ini iaitu Haqaiq Ilahiyyah dan Haqaiq Anbiya
apabila disatukan dinamakan sebagai Haqaiq Sabah atau Tujuh Haqiqat-Haqiqat.
Penjelasan secara Tafsilnya adalah seperti berikut.

31
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 26:
MURAQABAH HAQIQAT KAABAH
NIAT:
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat Wajibul Wujud yang kepadanya seluruh Mumkinat
bersujud iaitu Mansha Haqiqat Kaabah Rabbani sedang terlimpah pada Haiat Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Pada Maqam ini Salik akan dipersaksikan tentang Azmat keagungan dan Kibriya
kebesaran Allah Taala. Salik akan mendapati bahawa dirinya bersifat dengan keadaan
Shan tersebut dan Tawajjuh Mumkinat terasa sedang tertumpu terhadapnya.

PELAJARAN 27:
MURAQABAH HAQIQAT QURAN
NIAT:
Limpahan Faidhz dari Hadhrat Zat tanpa misal dan sempurna keluasannya lagi tanpa
bagaimana yang merupakan Mansha Haqiqat Al-Quran Majid sedang terlimpah pada Haiat
Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Pada Maqam ini akan berlaku Syarah Sadr, Ahwal keluasan dan tanpa Kaifiyat akan
mula terzahir. Segala perkara Batin dan rahsia-rahsia Kalam Ilahi akan tersingkap. Pada
setiap huruf Kalamullah adalah merupakan suatu makna bagaikan sungai yang tiada
penghujungnya. Segala kata-kata, nasihat-nasihat, kisah-kisah, serta hikayat-hikayat dan
perintah-perintah dan larangan-larangan dan sebagainya akan tersingkap Haqiqatnya.
Melakukan Tilawah Al-Quran, pada waktu ianya berada di lidah Qari, terdapat
Hikmah Syajarah Musawi yakni, seolah-olah dia sedang berkata-kata dengan Allah
Taala. Pada Batin seseorang Arif, segala Nur-Nur Al-Quran Majid akan terzahir padanya
dan Warid yang berlaku adalah terasa seperti suatu bebanan yang berat sedang
menimpanya.
PERINGATAN:
Pada kedudukan bertentangan dengan daerah ini, di hadapannya terdapat Haqiqat
Puasa. Nur-Nur dan rahsia-rahsianya juga adalah bertakluk dengan Haqiqat Al-Quran
Majid dan daerah ini juga tidak termasuk di dalam Suluk.


32
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 28:
MURAQABAH HAQIQAT SOLAT
NIAT:
Limpahan Faidhz daripada Hadhrat Zat yang tiada misal dan sempurna luasNya serta
tanpa Kaifiyat bagaimana iaitu Mansha Haqiqat Solat sedang terlimpah pada Haiat Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Pada Maqam ini akan terzahir keluasan darjah kesempurnaan Hadhrat Zat yang tanpa
bagaimana KaifiyatNya dan Haqiqat Solat akan tersingkap padanya. Dan pengertian
makna Hadits Nabi, Solat adalah Miraj bagi Mukmin dan rahsia-rahsia pengertian,
Seseorang hamba adalah paling dekat dengan Tuhan ketika dalam Solat, akan terzahir.
Maqam ini sangatlah tinggi dan teratas dan Kaifiyat bagaimana keadaannya adalah di
luar penjelasan. Pada ketiga-tiga Daerah Haqaiq Illahiyyah ini Salik merasa dirinya
terserap Idhzmihlal dalam seluruh kewujudan dan keluasan Batin akan sampai ke suatu
tahap yang lebih sempurna secara berperingkat-peringkat.

PELAJARAN 29:
MURAQABAH MABUDIYYAT SIRFAH
NIAT:
Limpahan Faidhz daripada Hadhrat Zat Mahadhz Yang Sejati iaitu Mansha Mabudiyyat
Sirfah sedang terlimpah pada Haiat Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Ini adalah Maqam Mabudiyyat Sirfah yang juga dikatakan sebagai La Taayyun. Pada
Maqam ini akan terzahirlah pada Salik perbezaan antara Abidiyyat dan Mabudiyyat dan
akan terhasillah keyakinan yang sempurna atas perkara ini bahawa selain dari Mabud
Haqiqi, tiada suatu pun yang layak dan berhak diibadati atau disembah dan seolah-olah
Haqiqat Asal Kalimah Tayyibah akan tersingkap pada Maqam ini.
Pada Maqam yang suci ini, Ibadat Solat akan memberikan peningkatan Ruhaniyat
dan Sayr pada Maqam ini adalah secara Sayr Nazari, manakala Sayr Qadami tidak
diperlukan lagi pada Maqam ini dan seterusnya.



33
kl\ lPx HPsI fpw
FAEDAH:
Penghujung Sayr Haqaiq Illahiyyah adalah sehingga di sini, seterusnya kini akan
dijelaskan pula berkenaan dengan Haqaiq Anbiya. Haqaiq Anbiya yang berlaku pada
Taayyun Hubbi pada asalnya termasuk dalam Wilayat Kubra.
Adapun pengertiannya akan tersingkap di akhirnya. Kerana itu, ianya terletak di akhir
persiaran Sayr dan Suluk. Pada Maqam Haqaiq Anbiya ini, ianya berdiri di atas kecintaan
Mahabbat terhadap Sayyidul Abrar Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Penjelasan Tafsil berkenaan Muraqabah ini adalah sebagaimana berikut.

PELAJARAN 30:
MURAQABAH HAQIQAT IBRAHIMI
NIAT:
Limpahan Faidhz daripada Hadhrat Zat Yang Sejati iaitu Mansha Haqiqat
Ibrahimi sedang terlimpah pada Haiat Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Pada Maqam yang tinggi ini akan terzahirlah pada Salik suatu kejinakan Unsiyyat
yang khas dengan Hadhrat Haqq Taala dan Khalwat, Bey Khudi dan Mahbubiyat, lalu
akan terzahir Kamalat Sifati iaitu kesempurnaan dengan SifatNya dan Mahbubiyat
Asma-i yakni kecintaan pada Nama-NamaNya.
Maqam Khullat adalah gelaran Kinayah bagi Maqam Haqiqat Ibrahimi Khalilullah
Alaihissolatu Wassalam yang mana seluruh Para Anbiya adalah menuruti Hadhrat
Khalilullah pada Maqam Khullat ini. Dan Sayyidul Anbiya Hadhrat Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam juga diperintahkan untuk menuruti Millat Ibrahim yang
Hanif. Kerana itulah, baginda Rasullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah di perintahkan
untk mengucapkan Selawat terhadap dirinya dengan mentashbihkan serta menyerupakan
sebagaimana Selawat ke atas Nabi Ibrahim seperti yang dibacakan di dalam Solat. Pada
Maqam ini Salik tidak akan bertawajjuh kepada mana-mana arah pun kecuali Hadhrat Zat
Haqq Taala meskipun pada Asma atau ZillalNya. Pada Maqam ini juga Salik akan
mendapati terdapat suatu kekhususan antara dirinya dengan Hadhrat Khalilullah. Akan
tetapi janganlah diberikan Tawajjuh terhadap sebarang kekhususan kecuali terhadap
Khususiat Habibullah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerana sekalian Para
Anbiya adalah ibarat anak buah kepada Hadhrat Baginda Rasullah Sallallahu Alaihi
Wasallam. Pada Maqam ini, dengan membacakan Selawat Ibrahimi dengan banyak akan
membangkitkan peningkatan Ruhani dan menghasilkan kebaikan dan keberkatan yang
banyak.

34
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 31:
MURAQABAH HAQIQAT MUSAWI
NIAT:
Limpahan Faidhz daripada Hadhrat Zat iaitu Mansha Haqiqat Musawi sedang
terlimpah pada Haiat Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Pada Maqam ini akan terzahir Mahabbat Zatiyyah iaitu kecintaan pada Zat diri Salik
dengan sifat Istighna dan Bey Niyazi iaitu merasa tidak bergantung pada sesiapa. Kerana
itulah pada sebahagian tabiat dan pada sebahagian waktu, dengan tanpa sebarang
kesukaran akan terkeluar ungkapan ayat Al-Quran dari diri Salik,
, L 9|
Ya Allah, tunjukkanlah ZatMu supaya daku dapat melihatMu.
Ungkapan Doa ini adalah dari sejarah kisah Hadhrat Nabi Musa Alaihissalam
sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran pada Surah Al-Araf ayat 143:
!9 l> ` ! .)9 = . , !% , L 9| !% 9
_1. 39 L <| , >9 | ).` ! 6 . _1. != ?>
, ,>=9 `&#- > !2 > ` !)-. ! = ! !% >,
,. 9| ! ` 9
Dan tatkala Musa datang untuk bermunajat dengan Kami pada waktu yang telah Kami
tentukan dan Tuhan telah berfirman langsung kepadanya, berkatalah Musa: "Ya
Tuhanku, nampakkanlah diri Engkau kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau".
Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihatKu, tapi lihatlah ke gunung
itu, maka jika ia tetap di tempatnya sebagai sediakala nescaya kamu dapat melihatKu".
Tatkala Tuhannya mentajalli menampakkan Diri kepada gunung itu, dijadikannya
gunung itu hancur luluh dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Nabi Musa
sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, daku bertaubat kepada Engkau dan daku
orang yang pertama-tama beriman". [7:143]

35
kl\ lPx HPsI fpw
Para Mufassirin ada yang mengartikan yang nampak oleh gunung itu ialah kebesaran
dan kekuasaan Allah, dan ada pula yang menafsirkan bahwa yang nampak itu hanyalah
cahaya Allah. Bagaimanapun juga nampaknya Tuhan itu bukanlah nampak makhluk,
hanyalah nampak yang sesuai sifat-sifat Tuhan yang tidak dapat diukur dengan ukuran
manusia. Pada Maqam ini, dengan mengucapkan Selawat Musawi akan menghasilkan
peningkatan Ruhaniah apabila dibacakan dengan banyak.

PELAJARAN 32:
MURAQABAH HAQIQAT MUHAMMADI
NIAT:
Limpahan Faidhz daripada Hadhrat Zat yang Dirinya adalah Muhib dan Dirinya
adalah Mahbub iaitu Mansha Haqiqat Muhammadi sedang terlimpah pada Haiat
Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Pada Maqam ini yang juga dinamakan sebagai Haqiqatul Haqaiq dan Taayyun
Awwal kerana ini adalah merupakan asal bagi sekalian Haqaiq Anbiya. Para Malaikat dan
segala Haqiqat yang lain adalah seumpama bayangan Zilal baginya. Pada Maqam
Muqaddas yang suci ini akan terhasillah Fana dan Baqa dalam suatu keadaan yang khas
dan suatu jenis penyatuan Ittihad yang khas dengan Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam akan dipermudahkan.
Juga berlaku Rafa Tawassut iaitu terangkatnya sebarang prasangka lalu akan berada
dalam warna-warna Tabi dan Matbu iaitu mengikuti dan diikuti dengan suatu kadar
penyerupaan sehingga seolah-olah nama pengikut juga akan terangkat di antara kedua-
duanya. Seolah-olahnya bahawa kedua-duanya minum dari sumber mata air yang sama
dan kedua-duanya tenggelam dalam lautan yang sama dan kedua-duanya tidur pada
suatu bantal yang sama.
Pada Maqam Haqiqat Muhammadi ini, terlimpah padanya rahsia-rahsia Asrar Haqaiq
Para Anbiya dan kitab-kitab Samawi. Pada Maqam ini Salik akan menyesuaikan dan
menyerupakan dan menjadikan Hadhrat Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai
rakannya dalam setiap perkara yang Juziyyah dan Kulliyyah, Diniyyah dan Duniawiyyah
dalam segala pergerakannya. Rahsia-rahsia Maqam ini adalah tiada had dan tidak dapat
diperjelaskan. Dan bagi golongan orang yang berpengetahuan Ilmu Zahiri, untuk mereka
tiada sebarang bahagian daripada Maqam ini. Pada Maqam ini akan terhasillah rasa
Shauq untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan Hadits dengan keghairahan yang
menyeluruh dan dengan membacakan Selawat berikut dengan banyak akan menghasilkan
peningkatan Ruhaniah:

36
kl\ lPx HPsI fpw
Selawat Nabi:
Ya Allah, limpahkanlah Selawat ke atas Sayyidina Muhammad dan Ahli-Ahli
Sayyidina Muhammad dan Para Sahabat Sayyidina Muhammad dengan
SelawatMu yang terafdhal sebanyak bilangan maklumat pengetahuanMu dan
limpahkanlah keberkatan dan kesejahteraan.

PELAJARAN 33:
MURAQABAH HAQIQAT AHMADI
NIAT:
Limpahan Faidhz daripada Hadhrat Zat iaitu Mansha Haqiqat Ahmadi sedang
terlimpah pada Haiat Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Pada Maqam ini akan berlaku kecintaan pada Zat Salik dengan Tajalliyat Mahbubiyyat
Zatiyyah. Kerana itulah pada Maqam ini, keadaan Shan Istighna dan Bey Niyazi iaitu
rasa tanpa kebergantungan akan bertambah sempurna.
Dan pada Maqam ini segala Nisbat yang terdahulu akan tenggelam dalam cahaya-
cahaya Maqam ini dan Nisbatnya akan mula menduduki dan seterusnya akan terhasillah
Kaifiyat yang ajaib dan pelik yang tidak dapat dijelaskan huraiannya. Pada Maqam ini,
sebahagian Para Salik dapat merasakan bahawa dirinya berada di hadapan Allah Taala.
Pada Maqam ini juga Salik mencintai dan mengasihi Zat Haqq Taala tanpa memerhatikan
pada Sifat-SifatNya.
Pada Haqiqat Anbiya, akan berlakulah suatu kejinakan Unsiyyat dan Ulfat dengan
sempurna secara umumnya dengan Para Anbiya Alaihimussalam dan secara khususnya
dengan Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Penghulu sekalian Jin
dan Insan. Dan pada Maqam ini juga dengan memperbanyakkan bacaan Selawat seperti
yang telah dinyatakan pada Haqiqat Muhammadi akan menghasilkan faedah yang besar.







37
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 34:
MURAQABAH HAQIQAT HUBBU SIRFAH
NIAT:
Limpahan Faidhz daripada Hadhrat Zat iaitu Mansha Hubbu Sirfah sedang terlimpah pada Haiat
Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Pada Maqam ini akan terzahir kesempurnaan ketinggian dan tanpa warna pada Nisbat
Batin. Martabat ini adalah sangat dekat dengan Hadhrat Zat Mutlaq dan La Taayyun.
Ianya adalah kerana bahawa perkara yang mula-mula terzahir adalah Hubbi iaitu
kecintaan yang merupakan Mansha iaitu tempat terbit bagi segala penzahiran dan
permulaan bagi segala penciptaan.
Dan pada asalnya inilah Haqiqat Muhammadi, dan apa yang telah diperjelaskan
sebelum ini adalah sebagai bayangan Zill baginya, dan Maqam ini telah dikhususkan
untuk Hadhrat Sayyidul Mursalin Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam. Haqiqat-haqiqat Para Anbiya Alaihimussalam yang lain tidak terdapat pada
Maqam ini.
Pada Maqam ini juga tiada persiaran Sayr Qadami, bahkan yang ada hanya Sayr
Nazari. Dalam pemerhatiannya juga terdapat Ajiz yakni rasa kelemahan dan rasa tidak
berupaya. Dan pada Maqam ini juga, dengan mewiridkan Selawat Haqiqat Muhammadi
seperti yang telah dinyatakan akan memberikan faedah yang besar.












38
kl\ lPx HPsI fpw
PELAJARAN 35:
MURAQABAH LA TAAYYUN
NIAT:
Limpahan Faidhz daripada Hadhrat Zat Bahat Yang Sejati iaitu Mansha Faidhz Daerah La
Taayyun sedang terlimpah pada Haiat Wahdaniku.
KESAN-KESAN:
Maqam ini adalah merupakan Martabat Hadhrat Zat Mutlaq dan Taayyun Awwal
yakni sebelum Taayyun Hubbi, kerana itulah ianya dinamakan sebagai La Taayyun.
Pada Maqam ini dilakukan Muraqabah untuk menghasilkan limpahan Faidhz
daripada Hadhrat Zat Yang Maha Suci dari segala ketentuan Taayyunat dan tertinggi
kedudukanNya.
Maqam ini juga dikhususkan untuk Hadhrat Penghulu Risalat Baginda Muhammad
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan pada Maqam ini, persiaran Sayr adalah
secara pemerhatian Nazari dan ianya berlaku dalam hal keadaan Salik berasa dirinya
Ajiz yakni berasa tiada berupaya dan lemah.














39
kl\ lPx HPsI fpw
RINGKASAN PELAJARAN TARIQAT
NAQSHBANDIYYAH MUJADDIDIYYAH
Ringkasan segala penjelasan pelajaran ini adalah seperti berikut:
1. Pada mulanya akan terhasil Istighraq dan Jazbat Qalb. Ianya dinamakan
sebagai Wilayat Sughra.
2. Akan berlaku Istihlak iaitu perasaan keterhabisan atau keterborosan atau
keterbinasaan dan Idhzmihlal iaitu perasaan lemah tak berdaya upaya
dengan tekanan dan kesedihan pada Nafs serta akan terhasil Tauhid
Wujudi. Ianya dinamakan sebagai Wilayat Kubra.
3. Akan terhasil kesempurnaan Istihlak, Idhzmihlal dan Fana Ananiyyat
iaitu rasa binasa pada keakuan diri. Ianya dinamakan sebagai Kamalat
Anbiya.
4. Sesudah itu, akan terhasillah rasa Idhzmihlal yakni keleburan diri dalam
segala yang wujud dan secara berperingkat-peringkat akan terhasil
keluasan Batin dan kesempurnaan dan keluasannya. Ianya dinamakan
sebagai Haqaiq Illahiyyah.
5. Sesudah itu, akan terhasillah Uns iaitu kejinakan dan Mahabbat yakni
kecintaan dan Ulfat yakni keintiman khusus terhadap Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan sekalian Para Pengikutnya.
Dan akan terhasillah kekuatan dalam Imaniyyat dan Aqaid yang Haqq.
Ianya dinamakan sebagai Haqaiq Anbiya.
Barangsiapa yang banyak melakukan Muraqabat pada Maqamat yang tinggi ini,
maka dia dapat diperbezakan menurut pada peningkatan Maqam dan keadaan tanpa
warnanya. Ketahuilah bahawa, setiap orang yang menuruti Tariqat ini tidak dapat sampai
ke sekalian Maqamat ini, bahkan sehingga mana yang Allah Taala kehedaki sahaja. Maka
darjah pendekatannya dapatlah dibezakan.
Juga setiap Daerah Maqamat pendekatan Qurb ini adalah tiada penghujungnya dan
sempurnanya sesuatu daerah adalah dengan iktibar bahawa apa jua bahagian yang telah
ditaqdirkan untuk Salik pada waktu itu, ianya akan terzahir dalam rupa bentuk suatu
lingkaran daerah yang sempurna. Jikalau tidak, sempurnanya sesuatu daerah Maqamat
Qurb tidak dapat diketahui maknanya kerana setiap daerah Qurb pada dasarnya adalah
tiada berpenghujungan.




40
kl\ lPx HPsI fpw
RABITAH SYEIKH
Jalan ketiga untuk mentasfiyahkan Batin adalah menerusi Rabitah Syeikh. Maka,
seseorang Penuntut Haqq hendaklah:
1. Ketika bersuhbat dengan Syaikh Murshid, Murid hendaklah mengosongkan
hatinya dari sebarang khayalan dan gambaran tentang segala sesuatu kecuali
zat dirinya mencintai Syeikh.
2. Memerhatikan limpahan Faidhz dari arah Syaikh Murshidnya.
3. Hendaklah memelihara limpahan Faidhz tersebut dengan Jamiyyat hati.
4. Hendaklah bersungguh-sungguh memelihara adab-adab Suhbat Syaikh.
5. Hendaklah sentiasa menuntut keredhaan dari Syaikh Murshidnya.
6. Dalam bersuhbat dengan Syaikh Murshid Kamil yang sempurna, dengan
menerusi kekuatan penumpuan Tawajjuh dan keikhlasan niatnya, kelalaian
dan Ghaflat di hati akan dapat dihindarkan dan dengan kesan-kesan
mencintainya, hati akan menjadi bersinar dengan cahaya-cahaya
Musyahadah Ilahi.
7. Dan ketika berjauhan dari Suhbat Syaikh Murshid, maka Murid hendaklah
menggambarkan dengan penuh rasa cinta dan memuliakan dalam
khayalannya akan rupa wajah Syaikhnya dan menuntut faedah limpahan
Faidhz darinya.
Semua kegiatan-kegiatan ini dinamakan sebagai Rabitah Syaikh atau Tasawwur
Syaikh. Menerusi amalan ini, segala was-was hati, lintasan Khatrah dan segala khayalan
akan dapat dijauhkan dan dihindarkan. Akan tetapi, hendaklah menjauhi Ifrath yakni
berlebih-lebihan. Janganlah berlaku keadaan mana sehingga berlaku perbuatan
menyembah gambar kerana ianya bertentangan dengan Syariat Muhammadiyyah.
Cukuplah sekadar bahawa dengan mengkhayalkan bahawa sebagaimana sewaktu
mempelajari zikir, seseorang telah duduk bersuhbat dengan Syaikhnya. Kini juga, Murid
hendaklah menggambarkan seolah-olahnya dia sedang hadir berkhidmat dengan
Syaikhnya dan mengkhayalkan bahawa limpahan Faidhzan Ilahi dari Hadhrat Allah
Taala sedang terlimpah pada Qalb Syaikh dan daripada Qalb Syaikhnya sedang
terlimpah Faidhz pada Qalb dirinya.
Begitu juga ketika semasa ketiadaan Suhbat, dengan memerhatikan adab-adab
hendaklah sentiasa menuntut keredhaan darinya. Kemudian, hendaklah meletakkan di
dalam hati kecintaan Mahabbat terhadapnya dan seminggu atau sebulan sekali,
hendaklah menyegarkan kembali takluk perhubungan dengan Syaikh menerusi penulisan
atau persuratan.

41
kl\ lPx HPsI fpw
Ya Allah terimalah dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih.
Semoga Selawat dan Salam kesejahteraan Allah Taala terlimpah ke atas sebaik-baik
ciptaanNya Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas Ahli-
Ahlinya dan sekalian Para Sahabatnya.
AMIN



Alhamdulillah, Risalah Syarah Asbaq Naqshbandiyyah Mujaddidiyyah ini telah siap
dikemaskinikan oleh Faqir Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Naqshbandi Mujaddidi Uwaisi di Markaz Khaliliyyah Naqshbandiyyah
Mujaddidiyyah pada jam 3:13am tarikh 9 Ogos 2012 Masihi bersamaan 20 Ramadhan
1433 Hijrah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

You might also like