You are on page 1of 1
PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
PEDOMAN BAHASA Bersama
Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

S alah satu aspek yang se- ring ditanya dalam ceramah bahasa ialah ayat songsang.

Banyak orang kurang jelas tentang binaan ayat songsang dan penggu- naannya dalam ayat. Dari segi binaannya, ayat song- sang ialah ayat yang susunannya bertentangan dengan susunan ayat biasa. Susunan biasa ialah subjek mendahului predikat, seperti con- toh, “Anak bongsu Ali / nakal sung- guh”. Ayat ini dapat disongsangkan dengan menukar kedudukan sub- jek-predikatnya, “Nakal sungguh / anak bongsu Ali”. Sebab utama ayat disongsangkan adalah kerana hendak memberikan penekanan yang berbeza. Dalam ayat bersusunan biasa, yang dipen- tingkan ialah subjek. Dalam ayat, “Anak bongsu Ali nakal sungguh”, yang dipentingkan ialah anak bongsu Ali. Tetapi jikalau aspek kenakalan anak itu yang hendak diberi tekanan, maka predikatnya dikedepankan, menjadi “Nakal sungguh anak bongsu Ali”. Perlu diingatkan bahawa ayat pasif merupakan satu jenis ayat songsang. Ayat pasif berasal dari- pada ayat aktif transitif, yang terha- sil melalui perubahan kedudukan subjek dalam objek asal. Sebagai contoh daripada ayat aktif, “Anita belum membaca buku itu”, lahir ayat pasif, “Buku itu belum dibaca oleh Anita”. Dalam ayat aktif ini, yang dipentingkan ialah Anita, iaitu subjek ayat. Apabila dipa- sifkan, objek asal (buku itu) men- jadi subjek ayat pasif, yang kini mendapat tekanan. Contoh di atas merupakan ayat pasif dengan orang ketiga. Contoh ayat pasif dengan orang pertama ialah, “Karangan itu / telah saya siapkan”, yang berasal daripada ayat aktif transitif “Saya / telah menyiapkan karangan itu”. Contoh ayat pasif dengan orang kedua pula ialah, “Perkara tersebut / belum awak putuskan sehingga kini”, yang berasal daripada “Awak /

BAHASA SUKUAN

Vusak

V usak ialah kosa kata suku kaum

Kadazandusun yang bermak-

sud bunga. Kata Vusak diucap-

kan dalam dua suku kata vu-sak. Contoh penggunaannya: Emak se- dang menanam pelbagai jenis vusak di laman rumah.

Oleh Noorzanani Kata

Sinda

KATA KLASIK

T akrif: hamba istana, pekerja

istana, orang istana.

Contoh ayat: Seketika ber-

semayam bangsawan muda, Hidangan diangkat dayang dan sinda , Lalulah santap Madhi yang syahda, Serta dengan paduka adinda.

Oleh Wahyunah Abd. Gani

Halaman Empat

BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007

BH PILIH L4 21 emel

PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
PEDOMAN EJAAN JAWI
Bersama Wan Mohd Saophy
Amizul Wan Mansor

Perlambangan Vokal E-Taling

D alam pengejaan tulisan Jawi, vokal [e] pepet tidak dilambang- kan dengan apa-apa huruf kecuali dengan huruf alif sekiranya hadir di awal perkataan dan huruf ya sekiranya hadir di akhir

perkataan. Lain pula dengan vokal [é] taling. Dalam ejaan Jawi, vokal

[é] taling dilambangkan dengan dua cara iaitu:

i. Vokal ini dilambangkan dengan huruf alif-ya apabila vokal ini hadir di awal kata. Contohnya:

Ejaan Rumi

Ejaan Jawi

edar

edar

elok

elok

ejek

ejek

empayar

empayar

emporium

emporium

enak

enak

engsel

engsel

estet

estet

evolusi

evolusi

ii.Vokal [é] taling dilambangkan dengan huruf ya [ ] apabila hadir pada suku kata terbuka atau tertutup di tengah atau di akhir kata. Contohnya:

atau tertutup di tengah atau di akhir kata. Contohnya: Ejaan Rumi Ejaan Jawi becak cerek kelok

Ejaan Rumi

Ejaan Jawi

becak

becak

cerek

cerek

kelok

kelok

leceh

leceh

selekeh

selekeh

sendeng

sendeng

sepak

sepak

tauge

tauge

tempe

tempe

Latihan

Tulis semula ayat berikut ke dalam tulisan Jawi.

1. Tidak elok berpakaian selekeh.

2. Mengedar dadah boleh membawa ke tali gantung.

3. Tempe goreng enak dicecah dengan sambal kicap.

4. Sayur tauge boleh didapati di gerai tersebut.

Jawapan

tali gantung. 3. Tempe goreng enak dicecah dengan sambal kicap. 4. Sayur tauge boleh didapati di

Ayat Songsang dalam Bahasa Melayu

belum memutuskan perkara terse- but sehingga kini”. Satu perkara yang perlu di- sedari sewaktu menyongsangkan ayat ialah seluruh predikat boleh dibawa ke hadapan, atau sebahagi- annya sahaja. Dalam ayat “Nakal sungguh / anak bongsu Ali”, selu- ruh predikat telah dibawa ke hadap- an ayat. Dalam ayat “Semalam mereka tiba di sini”, yang berasal daripada ayat, “Mereka tiba di sini semalam”, bahagian yang dibawa ke hadapan hanya unsur keterang- an waktu, iaitu semalam; bahagi- an lain predikat, iaitu tiba di sini kekal di bahagian belakang ayat. Lazimnya ayat-ayat pendek atau sederhana panjang disongsangkan kerana lebih berkesan. Ayat yang terlalu panjang jarang disongsang- kan, kecuali ayat majmuk pancang- an keterangan dan ayat majmuk komplemen frasa nama subjek. Contoh ayat majmuk pancang- an keterangan ialah “Walaupun badannya kurang sihat, Encik Ismail masih pergi ke pejabat”, yang berasal daripada ayat bersu- sunan biasa iaitu, “Encik Ismail masih pergi ke pejabat walaupun badannya kurang sihat”. Contoh ayat majmuk komplemen frasa nama subjek ialah “Bahawa rancangan itu gagal / tidak benar”, yang apabila disongsangkan men- jadi, “Tidak benar / bahawa ran- cangan itu gagal”. Ayat yang berbentuk aktif tran- sitif, jika pendek, boleh disong- sangkan. Contohnya, “Ibu mem- beli ikan tenggiri di pasar”. Ayat songsangannya ialah, “Membeli ikan tenggiri di pasar / ibu” (selu- ruh predikat dikedepankan) atau “Membeli ikan tenggiri, ibu, di pasar (sebahagian sahaja predikat dikedepankan). Walau bagaimanapun, bagi ayat

KOSA KATA BAHARU (PERUBATAN)

 

perentak jantung alat elektronik yang dipasang pada jantung utk memperkuat, menga wal dan mengatur denyutan jan- tung yang lemah.

reput fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pada jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pada suhu sejuk beku (seperti yang per- nah dialami oleh pendaki gunung).

trombosis

pembekuan darah di dalam jantung

atau

pembuluh

darah

sehingga

boleh menyebabkan kematian.

somnambulis orang yang berjalan semasa dalam keadaan tidur.

toksemia

(toksémia)

keracunan

darah,

ter-

utamanya

yang disebabkan oleh

toksin bakteria.

spasmodik berkaitan dengan atau disebabkan oleh kekejangan otot: asma spas- modik

Oleh Zaiton Nasir

berbentuk ayat aktif transitif agak panjang, lebih sesuai dipasifkan. Sebagai contoh, “Rombongan pe- lancong dari negara Jepun itu mendaki gunung yang tinggi di utara Kedah”. Kurang sedap jika ayat ini di songsangkan menjadi, “Mendaki gunung yang tinggi di utara Kedah rombongan pelancong dari negara Jepun itu”. Lebih sedap jika dipasifkan menjadi “Gunung yang tinggi di utara Kedah didaki oleh rombongan pelancong dari negera Jepun”. Demikian juga bagi ayat maj- muk komplemen frasa nama objek, seperti “Ibu bapa memaklumkan bahawa cadangan sekolah itu amat baik”. Betul jika dipasifkan men- jadi “Bahawa cadangan sekolah itu amat baik dimaklumkan oleh ibu bapa. Ayat tersebut tidak tepat jika disongsangkan menjadi, “Bahawa cadangan sekolah itu amat baik ibu bapa memaklumkan”. Demikianlah huraian ringkas tentang binaan ayat songsang dalam bahasa Melayu. Tujuan menggunakan ayat songsang adalah untuk memberikan pene- gasan kepada bahagian-bahagian ayat yang hendak ditegaskan. Jikalau binaan ayat songsang hendak dijadikan soalan di dalam ujian atau peperiksaan, sila tentu- kan ayat yang diberikan itu dapat disongsangkan dengan baik oleh calon dan jangan menggunakan ayat yang terlalu panjang.

GLOSARI TEKNOLOGI

 

ANGKASA

 

kapsul kecemasan (escape capsule) Kapsul yang digunakan untuk tujuan kecemasan oleh angkasa- wan.

misil udara ke udara (air-to-air missile) Misil yang dilancarkan dari satu pesawat ke pesawat yang lain semasa di udara.

orbit pusing-lunar (circumulunar orbit) Orbit bagi pengembaraan mengelilingi bulan dan pulang ke bumi.

pemantul ledakan

 

(blast deflector)

Pemantul yang membalikkan ledak-

an

supaya roket dapat dilancarkan

pada kedudukan menegak.

sut luar kenderaan bergerak (extra-vehicular mobility unit) Pakaian angkasawan di luar pe- sawat semasa berada di angkasa.

tapak altitude-azimut (altitude azimuth mount) Tapak teleskop astronomi atau antena stesen bumi yang meng- gunakan sistem horizon untuk menjejakkan jasad di angkasa.

tekanan kabin

 

(cabin pressure)

Tekanan atmosfera yang dikekalkan

di

dalam kabin pesawat.

Oleh Hendun Ibrahim