You are on page 1of 1

NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF TERENGGANU DARUL IMAN GAZETTE


PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 50

4hb Disember 1997

No. 25

ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986 (Enakmen Terengganu 12 Tahun 1986) No. 1461. PEMBERITAHUAN FATWA DI BAWAH SEKSYEN 26 (3) Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta. Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut : 1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah. 2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut. Dengan Titah Perintah, Bertarikh 26 Oktober 1997. [MB. TR. (s); 16/72 Bhg. 4; PUN. Tr. (s) 142 Bhg. 2.] DATO HAJI ISMAIL BIN ALI, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama , Terengganu