You are on page 1of 8

Kewujudan Golongan Tua dalam Masyarakat.

MOHD KAMAROLZAMAN, Sejauh Manakah Mereka Memainkan Peranan NIK NUR FARAHIN Penting dalam Masyarakat melalui Novel 002348066 OKONKWO dan Novel LAGAK WASANGKA?

Penulisan karya dijadikan medium oleh masyarakat terutamanya para cendekiawan untuk mencurahkan buah fikiran mereka. Sesuatu karya tidak akan sempurna tanpa latar masyarakat yang menggambarkan watak masyarakat secara keseluruhan. Latar mayarakat yang sentiasa ditonjol dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Mereka masingmasing memainkan peranan yang penting dalam masyarakat terutamanya golongan tua. Pentingnya golongan tua dapat dilihat melalui kata-kata Imam Ghazali: sekiranya kamu bertemu dengan orang-orang tua hormatilah mereka kerana usia yang tua bermakna banyak ilmu dan pengalamannya. 1 Kajian ini berkisar tentang sejauh manakah golongan tua memainkan peranan yang penting dalam masyarakat berdasarkan novel Okonkwo oleh Chinua Achebe dan Lagak Wasangka oleh Jane Austen. Golongan tua dalam puak Ibo yang diketengahkan dalam novel Okonkwo memainkan peranan penting dalam masyarakat sebagai pemimpin masyarakat yang disanjung tinggi dan disegani. Golongan tua dikenali sebagai ndichie dalam puak Ibo. Mereka merupakan ketua-ketua masyarakat dan bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi seluruh ahli masyarakat. Mereka memutuskan untuk menyerahkan gadis tebusan tersebut kepada Ogbuefi Udo sebagai pengganti isterinya yang mati dibunuh di sebuah pasar di Mbaino. Peranan mereka jelas dinyatakan dalam muka surat 12 novel Okonkwo:

Tanggungjawab kepada Warga Tua 13 Oktober 2000; http://www.alazim.com/masjid/khutbah16.html [9 September 2011]

Kewujudan Golongan Tua dalam Masyarakat. MOHD KAMAROLZAMAN, Sejauh Manakah Mereka Memainkan Peranan NIK NUR FARAHIN Penting dalam Masyarakat melalui Novel 002348066 OKONKWO dan Novel LAGAK WASANGKA?

ndichie, berhimpun untuk mendengar laporan mengenai missi Oknkwo. Akhirnya, mereka sepakat telah memutuskan, seperti yang diketahui oleh semua orang, bahawa anak dara itulah diserahkan kepada Ogbuefi Udo sebagai pengganti isterinya yang terkorban. Jelaslah terbukti bahawa golongan tua dalam masyarakat Ibo memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat mereka. Jane Austen turut memaparkan golongan tua sebagai pemimpin masyarakat walaupun peranan mereka lebih jelas sebagai ketua kepada sebuah keluarga melalui novel Lagak Wasangka. Golongan tua seperti pasangan Bennet dan pasangan Gardiner memainkan peranan yang penting dalam plot novel ini. Encik Bennet dan Encik Gardiner cuba menyelesaikan masalah yang telah timbul dalam keluarga Bennet. Mereka cuba menjejaki Lydia yang telah melarikan diri bersama-sama dengan Wickham. Walaupun Lydia telah menconteng arang ke mukanya dengan perbuatan yang sedemikian rupa, Encik Bennet sebagai ketua keluarga cuba membawa Lydia pulang dan menyelesaikan masalah tersebut melalui cara yang terbaik. Mereka berdua berusaha mencari Lydia dan Wickham yang dipercayai melarikan diri ke London. Encik Bennet sudah pun pergi ke Epsom dan Clapham, tetapi masih lagi gagal untuk mendapatkan apa-apa maklumat mengenai anaknya. Encik Bennet kini berikhtiar pula untuk mencari di setiap rumah penginapan yang ada di London. m/s 173. Encik Gardiner juga turut menulis surat kepada Kolonel Foster dalam usaha mereka mencari Lydia. Beliau meminta tolong Kolonel Foster untuk bertanyakan saudara-mara atau kenalannya tentang Lydia. Oleh itu, jelaslah terbukti melalui usaha yang dilakukan telah mencerminkan

Kewujudan Golongan Tua dalam Masyarakat. MOHD KAMAROLZAMAN, Sejauh Manakah Mereka Memainkan Peranan NIK NUR FARAHIN Penting dalam Masyarakat melalui Novel 002348066 OKONKWO dan Novel LAGAK WASANGKA?

peranan mereka sebagai pemimpin atau ketua yang menyelesaikan masalah keluarga mereka sendiri. Selain itu, golongan tua turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan adat dan tradisi yang diamalkan turun-temurun dalam masyarakat. Mereka yang telah berpengalaman dalam adat dan tradisi bertanggungjawab untuk mendedahkannya kepada generasi muda. Berdasarkan novel Okonkwo, Ogbuefi Ezeudu telah mengetuai ndichie untuk melaksanakan hukuman ke atas Ikemefuna, tebusan Umuofia yang telah tinggal bersama Okonkwo selama tiga tahun. Hal ini jelas terbukti melalui dialog antara Okonkwo dan Ezeudu pada halaman 59 dalam novel Okonkwo. Ya, Umuofia telah sepakat untuk membunuhnya. Tuk Nujum di Bukit dan di Gua telah mengumumkannya. Mereka akan membawa Ikemefuna ke luar Umuofia mengikut adatnya, dan akan membunuhnya di sana. Tetapi aku tidak mahu kau campur tangan dalam hal itu. Dia telah menganggap kau sebagai ayahnya. Jelaslah bahawa golongan ndichie sememangnya bertanggungjawab untuk meneruskan adat dan tradisi dalam masyarakat mereka. Pasangan Bennet sebagai golongan tua dalam novel Lagak Wasangka turut memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan adat dan tradisi dalam keluarga dan masyarakat mereka. Oleh sebab Encik Bennet tidak mempunyai anak lelaki, beliau mewariskan hartanya di Longbourne kepada anak saudaranya, William Collins seperti mana yang dikehendaki oleh adat mereka. Encik Bennet berpegang teguh pada adat mereka dan berkeras terhadap rancangannnya walaupun Puan Bennet kurang bersetuju dengannya. Puan Bennet dan anak-anak perempuannya

Kewujudan Golongan Tua dalam Masyarakat. MOHD KAMAROLZAMAN, Sejauh Manakah Mereka Memainkan Peranan NIK NUR FARAHIN Penting dalam Masyarakat melalui Novel 002348066 OKONKWO dan Novel LAGAK WASANGKA?

bakal kehilangan tempat tinggal mereka apabila William mewarisi Longbourne setelah sepeninggalan Encik Bennet. Hal ini dijelaskan oleh Encik Bennet pada halaman 35 novel Lagak Wasangka: Orang yang saya maksudkan ialah William Collins, anak saudara saya. Dialah yang akan mewarisi Longbourne selepas saya meninggal dunia nanti. Jelaslah terbukti bahawa golongan tua berperanan untuk meneruskan adat dan tradisi dalam masyarakat mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Chinua Achebe dan Jane Austen dalam novel masing-masing. Di samping itu, golongan tua turut dijadikan suri teladan oleh golongan muda dalam masyarakat. Melalui novel Okonkwo, Chinua Achebe telah memperlihatkan watak Okonkwo yang begitu menghormati Nwakibie, seorang yang sangat disanjung dalam masyarakat. Okonkwo yang berayahkan Unoka mengalami kegagalan dalam hidupnya sebaliknya telah menjadikan Nwakibie sebagai suri teladan untuk memajukan dirinya. Dia telah meminta bantuan benih ubi nasi daripadanya. Okonkwo terselamat dalam tahun yang penuh tragis semata-mata kerana dia masih mempunyai baki benih ubi nasi yang diberi oleh Nwakibie. Okonkwo juga begitu menghormati Nwakibie dan memanggil Nwakibie sebagai Nna ayi yang bermaksud bapa kami. Nna ayi,katanya. Seperti kata peribahasa kita, seseorang yang menghormati orang besar samalah juga seperti dia merintiskan jalan untuk kejayaannya. Saya datang ini untuk menyatakan rasa hormat saya dan juga untuk meminta jasa baik tuan. Tetapi marilah kita minum tuak ini dahulu. m/s19 Okonkwo yang mencontohi Nwakibie telah berjaya memegang pangkat yang tinggi dalam masyarakatnya. Dia menjadi petani yang kaya atas usahanya sendiri serta menerima dua gelaran
4

Kewujudan Golongan Tua dalam Masyarakat. MOHD KAMAROLZAMAN, Sejauh Manakah Mereka Memainkan Peranan NIK NUR FARAHIN Penting dalam Masyarakat melalui Novel 002348066 OKONKWO dan Novel LAGAK WASANGKA?

dalam puaknya. Jelaslah terbukti bahawa golongan tua turut dijadikan suri teladan oleh golongan muda untuk mereka menggantikan tempat golongan tersebut kelak. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan peranan Encik Bennet yang begitu berpengaruh terhadap watak Elizabeth dan Mary dalam novel Lagak Wasangka. Mereka telah menjadikan bapa mereka sendiri sebagai suri teladan jika dibandingkan dengan Okonkwo yang membenci bapanya, Unoka. Sikap Encik Bennet yang begitu suka membaca buku telah diwarisi oleh anakanaknya dan beliau sentiasa menggalakkan anak-anaknya menambah ilmu dengan membaca. Anak-anaknya belajar sendiri tanpa mendapat pendidikan formal daripada guru-guru yang bertauliah. Ayah selalu menggalakkan kami membaca, dan kami semuanya belajar dengan sendiri. Sesiapa yang memilih untuk tidak mahu berikhtiar untuk belajar dengan sendiri hanya akan mendapat rugim/s 97 Jelaslah terbukti bahawa golongan tua dijadikan suri teladan oleh golongan muda dalam masyarakat walaupun melalui pendekatan yang berbeza. Tambahan pula, golongan tua juga bertindak sebagai pakar rujuk kepada golongan muda. Oleh sebab golongan tua telah hidup lebih lama, mereka lebih berpengalaman dalam kehidupan seharian berbanding dengan golongan muda. Mereka merupakan penghubung antara satu generasi dengan generasi yang akan datang. Chinua Achebe memperlihatkan kepentingan golongan tua dalam puak Ibo melalui novel Okonkwo apabila mereka menasihati dan memujuk golongan muda yang bersedih atas nasib malang yang menimpa mereka akibat kesalahan yang tidak disengajakan. Uchendu yang merupakan bapa saudara Oknokwo sebelah ibu telah menerima
5

Kewujudan Golongan Tua dalam Masyarakat. MOHD KAMAROLZAMAN, Sejauh Manakah Mereka Memainkan Peranan NIK NUR FARAHIN Penting dalam Masyarakat melalui Novel 002348066 OKONKWO dan Novel LAGAK WASANGKA?

kedatangan Okonkwo dengan tangan terbuka serta menasihati Okonkwo yang bersedih atas jenayah betina yang telah dilakukannya sehingga memusnahkan segala kemewahan dan pangkat yang diperolehnya dahulu. Kami di sini keluargamu juga, Uchendu menunjuk kepada anak-anaknya. Kau fikir kaukah manusia yang paling tidak beruntung di dunia ini. Tidakkah kau tahu bahawa ada orang yang dibuang negeri seumur hidupnya? m/s 139 Sememangnya terbukti bahawa golongan tua berperanan penting menasihati golongan muda dalam kehidupan seharian mereka dan sekali gus menjadikan mereka sebagai tempat rujukan. Melalui novel Lagak Wasangka pula, watak Puan Gardiner ditonjolkan oleh Jane Austen sebagai golongan tua yang begitu berpengalaman dalam kehidupan seharian. Puan Gardiner telah menasihati Elizabeth tentang perasaannya terhadap Wikcham. Beliau berharap agar Elizabeth membuat pertimbangan dengan sebaik mungkin dan tidak terpengaruh dengan kebendaan. mak cik harap kau tidaklah begitu begitu mudah terpedaya dengannya kerana semua itu, ataupun kerana keinginan kebendaan semata-mata. m/s 84 Daripada kedua-dua novel yang dikaji, terbuktilah bahawa golongan tua berperanan sebagai tempat rujukan golongan muda. Akhir sekali, campur tangan golongan tua dalam kehidupan golongan muda turut memudahkan kehidupan mereka. Uchendu dalam novel Okonkwo telah membantu Okonkwo untuk menyesuaikan diri di kampung halaman ibunya, Mbanta setelah dia dibuang daripada Umuofia, tanah kelahirannya sendiri. Dia membantu mengaturkan upacara dan pengorbanan yang

Kewujudan Golongan Tua dalam Masyarakat. MOHD KAMAROLZAMAN, Sejauh Manakah Mereka Memainkan Peranan NIK NUR FARAHIN Penting dalam Masyarakat melalui Novel 002348066 OKONKWO dan Novel LAGAK WASANGKA?

dikenakan kerana jenayah betina yang telah dilakukan. Dia turut meyediakan tanah untuk Okonkwo mendirikan obinya dan bertani. mengaturkan upacara-upacara dan pengorbanan yang diwajibkan.m/s 133 Oleh itu, terbuktilah bahawa campur tangan golongan tua dalam kehidupan golongan muda sememangnya membantu memudahkan kehidupan mereka untuk masa depan yang cerah. Berdasarkan novel Lagak Wasangka pula, Lady Catherine sebagai golongan tua telah bertindak untuk campur tangan dalam kehidupan golongan muda, iaitu William Collins. Beliau yang merupakan bangsawan yang berpengaruh telah membantu William yang dahulunya seorang yang miskin untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Lady Catherine de Bourgh menawarkannya pekerjaan sebagai paderi di Hunsford di samping diberi tempat tinggal dan pendapatan bulanan yang mencukupi untuk dirinya. Lady Catherine turut mencadangkannya agar mencari pasangan hidup. kerana menerima nasihat daripada Lady Catherine sendiri yang begitu bersungguhsungguh juga mahu melihat aku mendirikan mendirikan rumah tangga. m/s 60 Oleh itu, terbuktilah daripada kedua-dua novel yang dikaji bahawa campur tangan golongan tua telah mempermudah kehidupan golongan muda. Secara tuntasnya, golongan tua sememangnya memainkan peranan yang penting dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda. Mereka memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin masyarakat serta penerus tradisi dan adat dalam kalangan masyarakat. Peranan mereka tidak kurang pentingnya apabila mereka turut dijadikan suri teladan dan rujukan kepada golongan muda. Campur tangan mereka turut membantu memudahkan kehidupan masyarakat
7

Kewujudan Golongan Tua dalam Masyarakat. MOHD KAMAROLZAMAN, Sejauh Manakah Mereka Memainkan Peranan NIK NUR FARAHIN Penting dalam Masyarakat melalui Novel 002348066 OKONKWO dan Novel LAGAK WASANGKA?

terutamanya golongan muda. Chinua Achebe dan Jane Austen begitu mementingkan golongan tua sehinggakan mereka langsung tidak disisihkan dalam plot cerita yang ditonjolkan. Kepentingan golongan tua dipamerkan dengan begitu berkesan sekali oleh kedua-dua pengarang. Number of words: 1466 words

You might also like