You are on page 1of 16

SEKOLAH DAN MASYARAKAT (KPS4043)

TUGASAN INDIVIDU: 5 AKTIVITI

NAMA PELAJAR: SUZILA BINTI MAN NOMBOR MATRIK: L20112007565 TARIKH PENGHANTARAN: 2 MEI 2012 NAMA PENSYARAH: EN. ARIFFIN BIN GHAZALI

SEM 2 2012/2013

Aktiviti 6.6 (M/S 86) Buat ramalan/jangkaan sistem persekolahan di Malaysia pada tahun 2020. Simpan ramalan anda/kumpulan di tempat yang selamat. Buka dan semak semula ramalan anda/kumpulan pada tahun 2020. Adakah ramalan anda tepat? Ramalan/jangkaan Sistem Persekolahan 2020 Jangkaan ini dibuat pada tarikh: 13/03/2012 Jangkaan dibuat oleh: Suzila Binti Man Pada tahun 2020, saya jangka ciri-ciri sistem persekolahan Malaysia adalah: 1. Sekolah Rendah bermula pada umur 4tahun iaitu bagi pelajar Pra Sekolah. 2. Sesi persekolahan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. 3. Keseluruhan pembelajaran menggunakan media elektronik dan tiada lagi penggunaan kapur tulis dan papan hijau. 4. Ujian bulanan dan peperiksaan besar juga menggunakan media elektronik serta proses pemarkahan dilakukan oleh komputer. 5. 100 peratus guru Sekolah Rendah dan Menengah mempunyai ijazah dan barisan pentadbir iaitu Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Koko dan Penolong Kanan HEM mempunyai Ijazah Sarjana. 6. Para pelajar berhak memilih subjek pengkhususan yang mereka minati. 7. Kedatangan pelajar diambil menggunakan sistem cap jari bukan lagi menggunakan buku rekod kedatangan. 8. Terdapat sistem penyimpanan data personel pelajar yang akan digunakan berterusan bermula dari Pra Sekolah hinggalah ke peringkat Universiti. 9. Sebarang kerja sekolah dan kerja kursus menggunakan soft copy. 10. Data salah laku pelajar disimpan terus ke balai polis daerah. Ketepatan jangkaan pada 6hb Januari 2020:................ daripada jangkaan adalah tepat.
2

Ulasan: ......................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................................... .................... Aktiviti 7.1 (M/S 88) Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan interpretasi mengenainya. Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia: Ikrar Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kearah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearah kebenaran dan kearah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profession kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.2 2. Bersikap adil kapada pelajar-pelajar tanpa mengira factor-faktor jasmani, mental, emosi,politik, ekonomi, keturunan atau agama. 3. Merahsiaka ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran matapelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
3

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibi bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengtahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Menggelakkan diri dari menggunakan atau dipenagruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. 2. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan masyarakat atau Negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanyaperbezaan budaya, keturunan dan agama. 3. 4. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat atau memenuhi tanggungjawab sebagai Menggalakkan kerjasama dan persefahaman diantara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan seorang warganegara yang sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. dengan masyarakat. 5. Memberikan kencendiakawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. 3. 4. 5. 6. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru
4

sebagai guru. bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. profesion perguruan.

7.1 Interpretasi Kod Etika Perguruan di Malaysia Definisi Etika: Merujuk kepada suatu sistem dasar tingkah laku bagi suatu kumpulan manusia atau organisasi. Definisi Kod Etika Perguruan: Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Interpretasi Kod Etika Perguruan: Guru perlu memiliki kod etikanya demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: Kod Etika Perguruan menyediakan garis panduan bagaimana bertingkahlaku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan di amalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh mempertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi Kod Etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Dengan ini ia akan membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan Negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengalaman etika dapat mengekalkan dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.

Aktiviti 7.2 (M/S 90) Bagaimanakah tapisan calon guru dilaksanakan di Malaysia? Bincangkan isu-isu profesion guru Malaysia. Bagaimanakah tapisan calon guru dilaksanakan di Malaysia? PROFESSION PERGURUAN

SPM/ STPM/STAM/ DIPLOMA

LEPASAN IJAZAH

ISMP Medsi Temuduga (IPTA)

KPLSPM Insak (Maktab Perguruan)

KPLI Mtest Temuduga (Maktab Perguruan)

DPLI Medsi Temuduga (IPTA)

Rajah diatas menunjukkan beberapa tapisan yang dibuat bagi menambah baik sistem pemilihan calon guru di Malaysia. Hal ini dilakukan dengan memperketatkan syarat kriteria pengambilan calon seperti berikut: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

Calon Lepasan SPM o Calon lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) sekurang-kurangnya memperolehi enam kepujian iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan, Sejarah, Fizik atau Kimia atau Biologi atau Kejuruteraan Awam, atau Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan dan satu mata pelajaran lain. Calon juga perlu aktif dalam kokurikulum.
o

Calon dikehendaki menduduki Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI). Ujian Medsi adalah ujian personaliti untuk menguji minat calon terhadap profesion keguruan, integriti, kecerdasan emosi dan personaliti guru.

Hanya calon yang lulus kedua-dua tapisan diatas sahaja yang layak menghadiri temuduga sebelum melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam bidang keguruan.
6

Calon lepasan STPM/STAM/Diploma


o

Calon dikehendaki menduduki Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI). Ujian Medsi adalah ujian personaliti untuk menguji minat calon terhadap profesion keguruan, integriti, kecerdasan emosi dan personaliti guru.

o Hanya calon yang lulus kedua-dua tapisan diatas sahaja yang layak menghadiri temuduga sebelum melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam bidang keguruan. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Calon Lepasan Ijazah
o

Calon dikehendaki menduduki Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI). Ujian Medsi adalah ujian personaliti untuk menguji minat calon terhadap profesion keguruan, integriti, kecerdasan emosi dan personaliti guru.

o Hanya calon yang lulus kedua-dua tapisan diatas sahaja yang layak menghadiri temuduga sebelum melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam bidang keguruan. Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) Calon Lepasan Ijazah
o

Calon yang layak akan dikehendaki menduduki ujian MTeST. MTeST merupakan singkatan bagi Malaysian Teacher Selection Test (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia.

o Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK), Kuantitatif, Bahasa Inggeris, Analitikal dan Verbal (Bahasa Melayu).
o

Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga sebelum melanjutkan pelajaran ke institut/ maktab perguruan.

Kursus Pendidikan Lepasan SPM (KPLSPM) Calon Lepasan SPM


7

Calon lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran didalam Kursus Pendidikan Lepasan SPM (KPLSPM) di institut/ maktab perguruan haruslah menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).

o INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. o Setelah lulus ujian INSAK calon akan menduduki temuduga sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di institut/maktab perguruan.
Bincangkan isu-isu profesion guru Malaysia.

Adakah guru merupakan suatu pekerjaan yang professional? Ini merupakan isu yang selalu dipertikaikan mengenai kerjaya keguruan. Sebelum membincangkan lebih lanjut, elok rasanya kita melihat definisi perkataan profesion itu sendiri. Merujuk kepada Amir Hasan Dawi: Antara kriteria-kriteria umum yang selalu digunakan untuk menghuraikan sesuatu pekerjaan sebagai profesion adalah mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang khusus, mempunyai latihan khas, mempunyai kawalan kemasukkan seperti memerlukan lessen khusus untuk mengamal, mempunyai autonomi untuk membuat keputusan, terdapat kod etika profesion, merupakan organisasi professional di mana terdapat badan yang mengawal ahli-ahlinya, keadaan perkhidmatan yang ditetapkan , diiktiraf oleh awam sebagai profesion dan seringkali dikaitkan dengan ganjaran material. Dalam menyangkal dakwaan mereka yang cuba mempertikaikan profesion keguruan, kriteria-kriteria profesion keguruan boleh digunakan sebagai dalil bagi memperkukuhkan profesionalisme guru. Merujuk kepada rajah dibawah dapat kita lihat lima aspek yang memperkukuhkan bahawa guru itu merupakan satu profesion.

Aspek keguruan yang menjadi guru sebagai satu profesion.


8

Memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran teori dan amali dalam tempoh masa yang panjang

Guru harus berpengetahuan tentang isu semasadan aplikasi di dalam kelas serta menunjukkan contoh akhlak mulia.

ASPEK KEGURUAN YANG DIANGGAP SATU PROFESION

Guru harus sentiasa mempertingkatkan prestasi profesionalisme melalui kursus yang di anjurkan oleh, KPM, JPN, PPD.

Kemahiran guru menggunakan IT merupakan

pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang berkualiti

Guru berupaya membuat keputusan dan berfikir secara kritis dan kreatif dalam pembelajaran dan pengurusan pentadbiran.

Aktiviti 7.3 (M/S 95) Senaraikan jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia.
9

Huraikan sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan.

Senaraikan jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia. Jenis-jenis sekolah di Malaysia Pra Sekolah Sekolah Rendah Kebangsaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil) Sekolah Rendah Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Kluster Sekolah Bestari Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional Sekolah Sukan Maktab Rendah Sains Mara Sekolah Wawasan Sekolah Pendidikan Khas

Huraikan sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan.

10

Tujuan utama ibu bapa menghantar anak ke sekolah adalah untuk memastikan anak mereka mendapat keputusan akademik yang cemerlang. Oleh itu sekolah yang berkesan selalu dikaitkan dengan kecemerlangan akademik yang diperolehi didalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR,SPM dan STPM. Dengan itu usaha-usaha mencapai matlamat akademik sekolah di Malaysia jelas berlaku seperti wujudnya sekolah-sekolah pilihan seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kluster dan Sekolah Agama Pilihan. Justeru dengan adanya sekolah-sekolah pilihan ini kecemerlangan murid dapat diterapkan dalam pelbagai aspek, contohnya:

Akademik Kokurikulum Sahsiah diri.

Malah program dan sistem yang dilaksanakan disekolah-sekolah pilihan juga memberi impak yang positif kepada pendidikan negara seperti:

Program Kecemerlangan Kokurikulum Program Kerjaya Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan. Lepasan sekolah pilihan diterima masuk universiti ternama didalam dan luar negara. Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah-sekolah pilihan. Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan. Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara Mempunyai pemimpin berkualiti dan guru yang cemerlang. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Aktiviti 7.4 (M/S 96)

11

Berikan definisi sekolah dan huraikan kepentingannya kepada masyarakat. Senaraikan aspek-aspek keberkesanan sekolah dan huraikan peranan guru di sekolah yang berkesan. Definisi sekolah Menurut kamus dewan, sekolah bermaksud: tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran Selain itu sekolah juga merujuk kepada sebuah lembaga yang dirancang untuk pengajaran
murid di bawah pengawasan guru. Sebagian besar negara memiliki sistem pendidikan formal, yang umumnya wajib. Dalam sistem ini, siswa kemajuan melalui serangkaian sekolah. Nama-nama untuk sekolah-sekolah ini bervariasi menurut negara, tetapi umumnya termasuk sekolah rendah untuk kanak-kanak berumur 7tahun hingga 12 tahun dan sekolah menengah untuk remaja yang telah menyelesaikan pendidikan rendah. Prasekolah ditubuhkan bagi kanak-kanak berumur lima tahun dan enam tahun. Ada juga sekolah swasta. Dan sekolah khusus pada keagamaan.

Kepentingan sekolah kepada masyarakat

Sekolah merupakan salah satu bahagian yang utama masyarakat untuk menjayakan

matlamat negara. Pelbagai dasar pendidikan telah dirancang dan dilaksanakan dalam rangka mencapai cita-cita Negara dan menyesuaikan diri masyarakat dengan kehendak-kehendak abad baru. Sekolah menjadi penyumbang besar kepada mobility social individu. Sekolah telah menyediakan pendidikan yang bermula dari peringkat bawah iaitu Pra sekolah hinggalah peringkat tertinggi iaitu universiti. Sekolah telah banyak menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Kini kita dapat saksikan ramai anak-anak petani, buruh dan nelayan telah celik huruf dan berpeluang mendapat pekerjaan yang baik seterusnya meningkatkan sosioekonomi dan status keluarga.

12

Senaraikan aspek-aspek keberkesanan sekolah dan huraikan peranan guru di sekolah yang

berkesan

Pengurusan sekolah dan bilik darjah yang cekap. Mempunyai pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bercita-cita tinggi.

Pembentukkan budaya kerja dan pembelajaran yang kondusif

Aspek Keberkesanan Sekolah

Mendapat sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

Mempunyai matlamat kecemerlangan. Guru-guru yang bermotivasi dan 13 dapat dijadikan model.

Pengurusan sekolah dan bilik darjah yang cekap. Mempunyai pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bercita-cita tinggi.

Pembentukkan budaya kerja dan pembelajaran yang kondusif

Aspek Keberkesanan Sekolah

Mendapat sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

Mempunyai matlamat kecemerlangan. Guru-guru yang bermotivasi dan dapat dijadikan model.

14

PERANAN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH BERKESAN

1)Guru sebagai penyebar ilmu: Guru merupakan transmisi ilmu didalam kelas. Ilmu yang disampaikan haruslah berkualiti supya pelajar dapat memperkeembangkan potensi dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2)Guru sebagai pembentuk nilai: guru sebagai teladan dan contoh dalam mendidik pelajar supaya berakhlak mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang diingini dalam masyarakat.

3)Guru sebagai pendidik dan pakar rujuk: guru yang berkesan menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Menggunakan kaedah dan teknik pembelajaran yang berkesan.

4)Guru sebagai agen sosialisasi: guru merupakan penyebar ilmu kemasyarakatan, guru juga pembentuk sahsiah yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Malah sebagai role model kepada murid dan masyarakat.

5)Guru sebagai mentor: di bilik darjah murid sering menghadapi pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosio-emosi, oleh itu selain mengajar guru dikehendaki memainkan membantu menyelesaikan masalah pelajar.

6)Guru sebagai pembimbing: guru beperanan membimbing pelajar dalam menyesuaikan diri disekolah, bersama rakan, malah menolong pelajar dalam merancang impian dan cita-cita.

7)Guru sebagai pengurus: tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus pelajar supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual, dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah.

15

16

You might also like