Permulaan: 1. Letakkan domino secara terbalik di atas meja dan campuradukkan. 2.

Setiap pemain mengambil 6 keping kad domino. Jika jumlah pemain melebihi 3 orang, setiap pemain perlu berjaya melengkapkan 3 pasangan kad domino. 3. Baki kad domino yang tidak digunakan ditinggalkan di atas meja. 4. Pemain tidak sesekali dibenarkan melihat kad domino pemain lain. Cara Bermain: 1. Pemain pertama meletakkan sekeping kad dominonya di atas meja dengan muka kadnya berada di atas. 2. Pemain kedua perlu cuba meletakkan kad domino yang sepadan dengan salah satu sisi kad domino yang telah diletakkan oleh pemain pertama tadi. 3. Jika tidak berjaya, pemain perlu mengambil kad domino lain yang terdapat di atas meja tetapi, gilirannya akan berpindah kepada pemain seterusnya. Pemenang: 1. Pemenang adalah pemain yang dapat menggunakan kesemua kad dominonya. 2. Jika masih tiada, pemenang dikira berdasarkan jumlah kad domino yang masih dimiliki. Pemain yang baki kad dominonya paling sedikit dikira pemenang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful