P. 1
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

|Views: 685|Likes:
Published by Tuah Pengembara

More info:

Published by: Tuah Pengembara on Oct 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/27/2014

pdf

text

original

1.

0

Pengenalan

Secara umumnya Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta171) sebagai satu badan yang bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir sesuatu kawasan berasaskan kepentingan orang awam. Peranan yang diberikan oleh Akta 171 adalah menyeluruh meliputi struktur organisasi, tugas dan dan tanggungjawab kerajaan tempatan itu sendiri. Malah PBT diberikuasa sebagai perancang kawasan yang ditadbir. Setiap pembangunan yang hendak dijalankan perlu memohon kebenaran daripada PBT. Ini membolehkan pemantauan terhadap pembangunan tersebut dan tidak mendatangkan masalah kapada sosial dan alam sekitar. Tugasan ini akan menerangkan sistem kebenaran merancang yang dilakukan oleh PBT. Kawasan kajian yang diambil adalah di Majlis Bandaraya Johor Bahru. Selain itu kelemahan dalam proses tersebut akan dikenalpasti dan pada akhir tugasan cadangan bagi memperkasakan sistem kebenaran merancang akan dinyatakan.

2.0

Profil Majlis Bandaraya Johor Bahru (MPJB)

2.1

Latar Belakang penubuhan MBJB

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan
1

perkhidmatan-perkhidmatan

perbandaran

kepada

penduduk

Bandar

Raya

Johor

Bahru.Sebagai organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandaraya Johor Bahru yang merangkumi kawasan seluas 220 kilometer persegi. Majlis Bandaraya Johor Bahru akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sejajar dengan visi MBJB iaitu "Johor Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa 2020"

2.2

Fungsi Majlis Bandaraya Johor Bahru

Dalam menjalankan tugas yang diberikan, MBJB telah membawa beberapa fungsi dalam mengurus tadbir kawasan bandaraya Johor Bahru antaranya; a) Perancangan dan kawalan pembangunan. b) Pengeluaran dan pengawalan lesen perniagaan. c) Pengindahan. d) Perkhidmatan Kesihatan. e) Pembinaan dan penyelenggaraan jalan. f) Pengurusan lalulintas dan pengangkutan awam. g) Penyelenggaraan sistem saliran. h) Kebersihan alam sekitar. i) Penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam.

2.3

Jabatan yang terdapat di MBJB

Bagi membolehkan fungsi berjalan dengan lancar, beberapa jabatan telah disediakan bagi membantu dalam menguruskan perjalanan aktiviti yang berlaku di bandaraya Johor Bahru.

2

a) Bahagian Audit b) Bahagian COB c) Bahagian Undang - Undang d) Bahagian Korporat & Perhubungan Awam e) Jabatan Kejuruteraan f) Jabatan Bangunan g) Jabatan Perancang h) Jabatan Lanskap i) Jabatan Khidmat Pengurusan j) Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan k) Jabatan Kesihatan l) Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan m) Jabatan Penilaian n) Jabatan Kewangan

2.4

Fungsi Jabatan Perancang MBJB

Jabatan perancang yang ditubuhkan dibawah PBT ini mempunyai fungsinya tersendiri bagi mengawal setiap pembangunan yang dijalankan di kawasan bandaraya Johor Bahru; antara fungsi lain yang dijalankan oleh jabatan ini adalah;

a) Mengurus, menyelaras dan menyediakan rancan Pemajuan, Polisi dan Dasar Perancangan serta Pelan-Pelan Pembangunan.

b) Memproses dan memudahcara permohonan: i. ii. Kebenaran Merancang (Susunatur dan Pembinaan) Permohonan Tanah/ UbahSyarat/ Maklumat/ Pelan

Perancangan(Kebenaran Merancang)

c) Permohonan pelbagai.

3

d) Memudahcara dan menyalurkan Maklumat Perancangan dan Pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis.

e) Permohonan Tanah untuk keperluan pihak Majlis dan Tindakan Perwartaan.

f) Memantau dan menjalankan tindakan Penguatkuasaan Perancangan.

g) Mengemaskini Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam bentuk Data Spatial, Data Attribut dan menerbitkan Pelan-Pelan untuk rujukan Jabatan/Awam (Pelan Asas MBJB, Pelan Rancangan Struktur/ Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas).

3.0

Proses Kebenaran Merancang (KM) di MBJB.

Di MBJB proses bagi sesuatu kebenaran merancang yang dipraktikan sekarang adalah secara umum sama seperti yang dilaksanakan oleh PBT lain di Malaysia. Malah bagi memastikan proses yang dijalankan cepat dan lancar, sistem One Stop Centre (OSC)/ Jawatankuasa Pusat Setempat diperkenalkan.

Permohonan kebenaran merancang bermaksud semua jenis pemajuan yang disenarai di borang A, Jadual I(Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan Am 1986 dan pindaan 2004 seperti berikut : a. Untuk membuat perubahan yang material dalam penggunaan tanah mengikut pelan susun atur yang disertakan; b. Memacah bahagi tanah mengikut pelan susun atur yang disertakan; c. Mencantumkan tanah mengikut pelan susun atur yang disertakan; d. Untuk mendirikan/membina/menjalankan di atas tanah suatu

bangunan/bangunan-bangunan/kerja-kerja mengikut pelan yang disertakan; e. Untuk membuat perubahan yang material dalam penggunaan

bangunan/bangunan-bangunan di atas tanah mengikut pelan yang disertakan;

4

f. Untuk menjalankan tambahan ke atas sesuatu bangunan mengikut pelan yang disertakan; g. Untuk menjalankan pemajuan kejuruteraan/perlombongan/perindustrian; dan h. Untuk membuat pindaan kepada kebenaran merancang Di bawah pendekatan memproses permohonan secara serentak, walaupun semua permohonan dikehendaki dikemuka dan diproses secara serentak, pelan susun atur yang telah dipersetujui berdasarkan peruntukan subseksyen 21(3),21(4) dan 21(5) Akta 172 merupakan asas perakuan bagi pelan bangunan dan pelan-pelan lain sebelum diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat.Oleh yang demikian, jabatan-jabatan dalaman MBJB yang memproses permohonan akan mengadakan perbincangan/rundingan bagi memastikan setiap permohonan diselaraskan mengikut keperluan-keperluan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Antara yang dibincangkan didalam mesyuarat ini adalah kesesuaian projek perancangan tersebut dan keselarasan dengan Rancangan Tempatan Johor Bahru.

3.1

Urusan Memproses Permohonan Kebenaran Merancang Oleh Jabatan Perancangan Bandar MBJB

Langkah 1 : Urus setia Pusat Setempat semasa menerima permohonan akan menyemak dokumen bagi permohonan Kebenaran Merancang dan juga tiga permohonan lain seperti permohonan pelan bangunan dan permohonan pelan kerja tanah tetapi dalam kes ini kami hanya akan membincangkan tentang proses permohonan kebenaran merancang sahaja. Sekiranya didapati permohonan yang dikemukakan tidak lengkap, Urus setia Pusat Setempat akan meminta pemohon mengemukakan dokumen tersebut atau dokumen tambahan yang diperlukan. Urus setia Pusat Setempat akan : a. b. c. d. Mendaftar penerimaan permohonan Menerima bayaran atau bukti bayaran memproses dan fi permohonan; Memasukkan maklumat ke dalam sistem aplikasi elektronik (jika ada); dan Mengeluarkan surat penerimaan permohonan kepada pemohon.
5

Urus Setia akan menurunkan cop bagi membuktikan borang permohonan telah diterima dan akan diproses.

Langkah 2 : Urus setia Pusat Setempat akan mengedar dokumen permohonan kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk diproses iaitu. a. Permohonan pecah sempadan dan ubah syarat atau penyerahan balik dan pemberimilikan semula kepada pejabat tanah. b. Permohonan kebenaran merancang kepada Jabatan perancangan Bandar MBJB. c. d. Permohonan Pelan Bangunan kepada Jabatan Bangunan MBJB. Permohonan pelan kerja tanah dan pelan jalan dan parit kepada Jabatan Kejuruteraan MBJB. Bagi urusan proses kebenaran merancang, Jabatan/agensi Teknikal yang perlu dirujuk bagi mendapatkan ulasan untuk permohonan kebenaran merancang adalah seperti berikut :a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Pejabat Tanah dan Galian/Pentadbir Tanah Jabatan Kerja Raya Jabatan Pengairan dan Saliran Tenaga Nasional Berhad Jabatan Alam Sekitar Jabatan Perkhimatan Pembentungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perbadanan Bekalan Air Jabatan Teknikal dalaman(Jabatan lanskap, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan kesihatan dan Jabatan Bangunan. k. Jabatan/agensi teknikal lain yang berkaitan.

6

Langkah 3 : Bagi permohonan kebenaran merancang, prosedur dan proses adalah dalam tempoh 50 hari bagi keadaan biasa dan selama 25 hari jika ada rancangan tempatan. Dan proses adalah seperti berikut : a. Menerima surat permohonan daripada Urus setia Pusat Setempat dan membuka fail. b. c. d. e. Menyemak fi permohonan Menyemak dokumen mengikut senarai semak terperinci seperti di lampiran L4 Merujuk kepada rancangan pemajuan dan garis panduan perancangan Menyemak kandungan laporan Cadangan Pemajuan yang disediakan berdasarkan kepada Manual Laporan Cadangan Pemajuan JPBD, semenanjung Malaysia. f. Menghantar notis kepada tuan tanah berjiran dan mendengar bantahan (bagi kawasan yang tiada rancangan tempatan). Tatacara mendengar bantahan dan keahlian jawatankuasa adala seperti Jadual VIII Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1986 g. Merujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan Majlis Perancang Fizikal Negara (jika perlu dan tempoh adalah tertakluk kepada mesyuarat JPN/MPFN) h. Menerima ulasan daripada jabatan/ agensi tknikal san menyelaraskan syaratsyarat. i. Menyediakan arahan bertulis kepada pemohon dan memastikan pemohon meminda dan menyerahkan pelan pindaan dalam tempoh 7 hari(atau tempoh lanjutan yang diberikan) dan j. Menyediakan kertas perakuan kepada Urus setia Pusat Setempat.

Jika pemohon tidak mengemukakan pelan pindaan dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan dianggap ditarik balik. Pengarah Jabatan Perancangan Bandar MBJB akan mengeluarkan surat pembatalan permohonan kepada pemohon (melalui penurunan kuasa oleh yang Dipertua).Pengarah Jabatan perancangan Bandar MBJB akan membentangkan kertas perakuan dalm Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat.

7

Langkah 4 : Selepas mendapat maklum balas dari Jabatan perancangan Bandar PBT dan Jabatan-jabatan lain yang berkaitan, Urus setia pusat Setempat akan :i) ii) Mengumpul dan menyelaraskan kertas perakuan; Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat beserta agenda kepad ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat. iii) Mengedarkan kertas perakuan

Urusan ini dilaksankan dalam tempoh 5 hari. Sekiranya jabatan/agensi teknikal khususnya Jabatan Perancangan Bandar MBJB tidak dapat memberi ulasan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa mempunyai alasan-alasan yang kukuh, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan menimbang permohonan tersebut dan membuat keputusan.

Langkah 5 : Mesyuarat Jawatan kuasa Pusat Setempat akan menimbangkan dan membuat keputusan ke atas permohonan kebenaran merancang yang mengambil masa 1 hari.

Langkah 6 : Urus setia Pusat Setempat akan menyediakan dokumen pemakluman kepada pentadbir tanah bagi urusan permohonan tanah iaitu Borang c(1) KPPA kelulusan kebenaran merancang dan juga dokumen-dokumen(pelann susun atur dan pelan pra-perhitungan) yang telah dilulus dan ditandatangi.(proses ini mengambil masa selama 3 hari)

Langkah 7 :

Pentadbir Tanah akan menyediakan kertas perakuan syor lulus atau tidak kepada pengarah Tanah dan Galian untuk diangkat ke mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri bagi mendapatkan keputusan. Pengarah Tanah dan galian memaklumkan keputusan permohonan tanah kepada Pentadbir Tanah dan disalinkan untuk makluman Urus setia Pusat Setempat.(proses ini mengambil masa selama 24 hari).

8

Langkah 8:

Selepas itu pentadbir tanah akan memaklumkan keputusan permohonan tanah kepada pemohon(proses ini mengambil masa selama 5 hari)

Langkah 9:

Urus setia Pusat Setempat menyediakan kertas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat dan keputusan MMK untuk di maklumkan kepada Majlis penuh MBJB.

Langkah 10 :

Urus setia Pusat Setempat akan mengumpulkan dokumen-dokumen yang telah diluluskan dan ditandantangani oleh YDP atau diturunkan kuasa kepada Pengarah Perancang Bandar atau lain-lain pengarah dan memaklumkan keputusan kelulusan pelan susun atur dan juga lain-lain pelan yang telah diluluskan.

4.0

Kebaikan dan Kelemahan Dalam Sistem Kebenaran Merancang (KM) di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

4.1

Kebaikan dalam sistem kebenaran merancang di Majlis Bandaraya Johor Bahru

Berpandukan kepada Bahagian 1 dan 2, terdapat beberapa kebaikan yang boleh dilihat melalui sistem kebenaran merancang yang dipraktikkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru. Antara kebaikan yang diperolehi ialah tempoh pengurusan KM yang ditetapkan adalah berbeza (50 hari bagi keadaan biasa dan selama 25 hari jika ada rancangan tempatan). Perbezaan tempoh pengurusan ini mempunyai kebaikannya dimana pengurusan prosedur KM adalah lebih singkat apabila ada rancangan tempatan yang memastikan proses kelulusan KM terus berjalan walaupun adanya rancangan tempatan. Ini juga menunjukkan wujudnya fleksibiliti atau budi bicara di dalam pengurusan KM.

9

Kebaikan pengurusan KM yang dapat dilihat ialah melalui Urusetia Pusat Setempat atau One Stop Centre (OSC). Di awal proses pengurusan KM, permohonan akan diterima dan diuruskan oleh OSC sebelum dokumen berkenaan diberikan kepada jabatan-jabatan di MBJB yang bertanggungjawab dalam menilai kelulusan permohonan KM tersebut. Pada peringkat ini, pemohon masih lagi berpeluang untuk melengkapkan dokumen lain KM sekiranya dokumen yang diberikan adalah tidak lengkap. Hal ini menjamin pengurusan sistematik yang memastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum diberikan kepada jabatan berkenaan terutamanya jabatan teknikal dan menjamin kelicinan pemprosesan KM. OSC juga berperanan sebagai pusat yang mengawal kemasukan dan penerimaan dokumen yang tidak bersifat berat sebelah dan membolehkan pemohon mendapatkan hak mereka dalam sistem perancangan secara adil dan saksama dan sebarang kesulitan yang mungkin berlaku boleh dirujuk kepada OSC yang mengesahkan pembayaran fi serta penerimaan dokumen.

Fleksibiliti terhadap pengurusan permohonan KM juga dapat dilihat melaluiLangkah 4 (Rujuk 3.1) bahawa OSC akan bertanggungjawab dalam membuat pertimbangan setelah jabatan/agensi teknikal khususnya Jabatan Perancangan Bandar MBJB tidak dapat memberi ulasan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa mempunyai alasan-alasan yang kukuh.

Pengurusan KM oleh MBJB melalui OSC juga memperlihat akan hak individu dalam KM, apabila OSC akan menghantar notis kepada tuan tanah berjiran dan mendengar bantahan (bagi kawasan yang tiada rancangan tempatan) seperti di dalam Langkah 3(Rujuk 3.1). dalam erti lain, pengurusan KM bukan sahaja diambilkira dari aspek perancangan oleh professional (jabatan terlibat), tetapi juga kepada aspek hak dan kepentingan orang awam. Kesimpulannya, terdapat kebaikan di sebalik sistem pengurusan KM di MBJB, terutamanya melalui kewujudan OSC.

10

4.2

Kelemahan dalam sistem kebenaran merancang di Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Walaupun peruntukan Akta 172 secara jelas memperuntukkan pembangunan yang memerlukan KM dan pembangunan yang dikecualikan KM. Namun begitu, masih banyak isu dan masalah yang menjurus kepada situasi KM tidak disediakan. Antara isu dan masalah yang dikategorikan memberikan banyak alasan dan sebab mengapa KM tidak dilaksanakan. Hasil daripada maklumat yang diperolehi bersama banyak pihak yang terlibat jelas menunjukkan bahawa KM kadang-kadang jarang diamalkan kerana beberapa sebab termasuk kos pembayaran yuran proses (fee KM) yang mahal, kos upah perunding perancang bandar yang mahal dan tempoh yang terlalu lama untuk memproses. Namun begitu, punca utama adalah kegagalan PBT menguatkuasakan peruntukan dan mewajibkan KM serta masalah isu kekurangan kakitangan dan ketiadaan pegawai penguatkuasaan khas telah menjejskan proses KM dijalankan sepenuhnya.

Masalah Campur Tangan Politik dan ”Orang Luar” bukan sahaja berlaku di MBJB malah berlaku di semua tempat, terdapat tiga cara yang berlainan dimana politik mempengaruhi keputusan jururancang. Pertama, adanya keadaan ahli-ahli politik secara individu cuba mempengaruhi keputusan-keputusan perancangan bagi mendapat faedah untuk diri mereka atau kawasan undi mereka. Kedua, terdapat keadaan yang keputusan-keputusan perancangan dipengaruhi oleh arahan dasar yang jelas yang diberikan oleh kepimpinan parti. Manakala ketiga ialah jururancang bukan sekadar diberikan arahan politik yang jelas tetapi dipengaruhi sedikit sebanyak oleh pengaruh politik yang berterusan atau kawalan. Contohnya, pegawaipegawai tinggi di agensi perancangan nasional mungkin dari lantikan politik, atau agensi perancangan itu sendiri mungkin ditempatkan dalam kedudukan politik yang strategik. Dari segi teorinya boleh dikatakan bahawa ahli-ahli politik bertanggungjawab dalam membentuk dasar, dan peranan jururancang adalah untuk menterjemah dasar ini kepada program atau projek-projek yang khusus. Bagaimanapun di dalam prosedur kebenaran merancang didapati bahawa jabatan-jabatan teknikal terlibat sebagai penasihat sahaja, namun dalam kes-kes yang tertentu kadangkala kepentingan politik disalurkan melalui keputusan daripada Jawatankuasa Perancang Bandar, Lembaga Pusat dan daripada pihak Kementerian sendiri.

11

Kekurangan koordinasi di kalangan jabatan yang terlibat. Dalam konteks ini koordinasi bermaksud dimana antara jabatan bertindak secara berpasukan dengan mengenalpasti peluang-peluang perancangan di masa hadapan dan bersama berbincang menangani masalah yang timbul dalam kawalan pembangunan contohnya ketiadaan kesefahaman di antara pemilik tanah, pemaju, kontraktor, perunding pembangunan dan PBT. Tembual yang dikumpulkan menunjukan setiap perunding lebih berpihak kepada keuntungan peribadi berbanding daripada memberi kelebihan secara menyeluruh kepada semua pihak seperti kumpulan perunding arkitek yang bertegas agar KM dimansuhkan manakala kumpulan perunding perancang bandar pula yang bertegas KM diteruskan. Tiada sebarang input yang bersetuju agar diwujudkan proses yang mempu memberi keuntungan kepada pelbagai pihak.

Pegawai yang memberi Kebenaran Merancang tidak berpengalaman, mengikut temu ramah dengan beberapa pihak yang terlibat menyatakan bahawa pembuat keputusan adalah terdiri daripada Ahli Majlis yang kadangkala tidak mempunyai latar belakang di dalam perancangan, terutamanya apabila melibatkan idea perancangan dan akhirnya kawalan diputuskan oleh pihak lain yang mana mereka tidak memahami tujuan skim perancangan tersebut. Dasar yang didapati adalah tidak jelas dan kelemahan koordinasi sukar untuk membuat rundingan yang berkesan ditambah dengan pemohon tidak begitu mahir dan berkelayakan di mana pemohon tidak menyerahkan laporan cadangan perancangan. Selain itu, penguatkuasaan adalah lemah dimana pemohon membuat pindaan pelan dalam tempoh yang agak lama dan boleh menimbulkan masalah kerana selain pegawai yang telah terlibat bertukar tangan, ianya juga telah menyebabkan perubahan perancangan di kawasan berkenaan.

5.0

Cadangan Dalam Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan KM di MBJB

Pengurusan proses Kebenaran Merancang (KM) di MBJB mempunyai banyak kebaikan serta kelebihan. Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dimiliki oleh pihak pengurusan MBJB yang melambatkan proses KM. Oleh it, beberapa cadangan perlu dikemukakan bagi menangani serta mengurangkan masalah ini dari berlaku. Salalh satu daripada cadangan yang dikemukakan adalah menilai semula kos bagi memproses KM. Seperti mana yang diketahui
12

ramai, kos bagi meluluskan sesebuah KM adalah tinggi. Oleh sebab itu, ramai pemaju tidak ingin memohon KM. Pihak pengurusan di MBJB seharusnya menilai balik kos yang dikenakan bagi sesebuah pembangunan. Antara cadangan adalah dengan mengkategorikan cadangan pembangunan mengikut kos yang bersesuai dengan pembangunan tersebut. Sebagai contoh, pembangunan yang kecil tidak seharusnya melibatkan kos yang tinggi. Kos yang dikenakan haruslah berpatutan dan mampu dibiayai oleh pemaju. Tambahan lagi, kos upah bagi seseorang perancang bandar tidak seharusnya terlalu mahal serta proses bagi meluluskan KM tidak terlalu lama. Ini adalah berkaitan dengan etika seseorang pengurus di MBJB untuk mempercepatkan proses meluluskan KM mengikut masa yang telah diberikan. Jika sesebuah KM diluluskan dalam masa yang diberikan atau lebih awal, ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan reputasi MBJB sebagai salah satu contoh PBT yang meluluskan KM dengan cepat dan teratur.

Selain itu, pegawai yang meluluskan KM seharusnya mempunyai latra belakang dan pengalaman yang banyak dalam proses ini. Ini adalah penting kerana sesebuah KM yang dipohon oleh pemaju seharusnya dinilai dengan teliti dari semua aspek pembangunan sebelum diluluskan. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah berkenaan dengan pembangunan yang diluluskan pada masa hadapan. Tambahan lagi, piak MJBJ juga seharusnya mempunyai koordinasi antara jabatan dalam memproses sesebuah KM. Ia sedikit sebanyak dapat mempercepatkan proses KM dan memudahkan jabatan yang terlibat sedar dan tahu akan permohonan yang dikemukakan. Pegawai yang menguruskan sesebuah KM juga seharusnya tidak meluluskan sesebuah permohonan KM dengan sewenang-wenangnya. KM yang diluluskan memang akan mendapat keuntungan yang banyak pada pihak yang berkenaan. Namun begitu, ia bukan merupakan alasan bagi seseorang pegawai yang terlibat untuk meluluskan sesebuah KM jika ia bercanggah dengan garis panduan yang ditetapkan. Pihak MBJB seharusnya sentiasa memantau proses meluluskan Km bagi mengelakkan perkara sebegini tidak berlaku pada masa akan datang.

13

6.0

Kesimpulan

Proses permohonan KM merupakan antara perkara yang memainkan peranan penting bagi sesebuah PBT termasuklah pihak Perancang Bandar. Permohonan ini seharusnya diambil berat agar perkara yang tidak diingini berlaku pada kemudian hari. Pihak MBJB seharusnya menilai balik dan berbincang berkenaan dengan cara bagi meningkatkan pengurusan proses KM walaupun mereka telah mempunyai kelebihan bagi melancarkan proses meluluskan KM. Selain itu, pihak MBJB juga seharusnya mementingkan etika kerja seseorang pegawai agar perkara seperti rasuah tidak berlaku serta sentiasa memantau perjalanan fail permohonan KM supaya tidak terdapat sebarang masalah sepanjang meluluskan KM.

7.0

Rujukan 1. Abdullah Mahmood. (1992). “Proses-proses Kelulusan Pembangunan: Masalah dan Penyelesaian” dalam Journal PBP, 1992/1993. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). 3. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (1987) ”Standard Prosidur Permohonan Kebenaran Merancang” 4. Norasiah Bt. Yahya (2000) “Prosidur Permohonan Kebenaran Merancang Mesyuarat Pegawai Perancang Bandar dan Desa (j3) Malaysia Ke XIII 5. Hj. Mohd. Azam Bin Mohd. Abid, Sistem Kelulusan Perancangan Di Bawah Peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Dan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Seminar Pentadbiran Dan Perundangan Tanah Untuk Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia, Tg.Malim, Disember 2003. 6. Penambahbaikan Sistem Penyampaian Prosedur dan Proses Cadangan Pemajuan serta Perlaksanaan Pusat Setempat,Edisi kedua, 2008.

14

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->