You are on page 1of 3

SEJARAH SULFURIK ASID Asid sulfuric telah ditemui oleh seorang ahli sains dan ahli kimia islam,abu

bakar muhammad bin zakaria al-razi,pada kurun ke 9.beliau telah memperoleh asid sulfurik dengan penyulingan kering mineral-mineral vitriol tertentu.misalnya:

Apabila ferum(II) sulfat heptahidrat atau kuprum(II) sulfat pentahidrat dipanaskan,kedua-duanya akan terurai menjadi ferum(II) oksida serta kuprum(II) oksida masingmasing dan membebaskan air dan sulfur trioksida.Air dan sulfur trioksida kemudiannya bergabung menjadi asid sulfuric cair.Cara menghasilkan asid sulfuric ini diketahui oleh ahli kimia eropah hasil penterjemahan.Asid sulfuric dikenali sebagai oil of vitriol dan spirit of vitriol.
Perkembangan industry pada kurun ke 17 menyebabkan ahli kimia bertungkus lumus mencari cara untuk menghasilkan asid sulfuric secara komensial.Pada tahun 1736,seorang ahli farmasi London,Joshua Ward,membakar sulfur dengan kalium nitrit,KNO3,dengan kehadiran wap air untuk menghasilkan asid sulfuric secara komensial. Pada tahun 1746 di Birminghim,John Roebuck menghasilkan asid sulfuric dengan cara tersebut dalam kebuk yang menggunakan plumbum.Asid sulfuric dihasilkan dengan cara ini untuk 2 kurun yang seterusnya. Cara Roebuck hanya dapat menghasilkan asid sulfuric 35-40%.Pembaikan cara ini telah meningkatkan kepekatan asid sulfuric kepada 78%.Walau bagaimanapun,asid sulfuric yang lebih pekat diperlukan untuk menghasilkan barangan industri yang lebih berkualiti.Satu lagi cara untuk mendapatkan asid sulfuric telah ditemui:

Sulfur trioksida dapat dilarutkan dalam air untuk membentuk asid sulfuric yang pelbagai kepekatan nya.Tetapi,cara ini memakan masa dan belanja yang terlalu banyak untuk kegunaan industry.

You might also like