P. 1
95822952 Pergerakan Asas

95822952 Pergerakan Asas

|Views: 1,710|Likes:
Published by Omme Randy

More info:

Published by: Omme Randy on Oct 06, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/27/2013

pdf

text

original

Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan
pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik
serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami
segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan
kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua
elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan
baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan
tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan
menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan
gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk pertandingan gimrama.

2. Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan pertandingan gimrama.

3. Nyatakan corak pertandingan gimrama.

RUMUSAN

Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik.
Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik
Antarabangsa (FIG).
Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan
secara licin dan berterusan
Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad
yang lalu di benua Eropah.
Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik
berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri.
Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah
kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun
1963.

Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los
Angeles, Amerika Syarikat.
Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas.
Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf
oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan
belantan.
Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran
tali sepanjang 3m dan tebal 8mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.
Gelung dibuat daripada plastik, rotan atau kayu biasa digunakan oleh gimnas.
Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan

132

ditepi gimnas.
Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan
mengikut spekfikas serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).
Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan
kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak.
Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera.
Panjang reben boleh diubahsuai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas.
Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai
untuk bergersk, laitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau
leotard dengan atau tanpa tights.
Dalam peringkat pertandingan penganjur akan hanya membenarkan peserta
memakai leotard dan tights atau leotard sahaja.
Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian
renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan.
Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit atau kain.
Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam dewan

tertutup.

Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan
acara gimrama.
Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan
taraf pertandingan yang diadakan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->