You are on page 1of 1

KEK CHEESE MILO Loyang 7.5"x7.

5 Bahan A:

250g pure butter/mentega 110g gula halus 100g tepung gandum 150g serbuk milo 3 biji telur ayam-gred A 1/3 cawan susu pekat manis coklat cadbury secukupnya (dicincang/dipatah2 kan)

Bahan B:

250g cream cheese 80g gula halus 2 biji telur ayam-gred A 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara: Bhn A: Panaskan kukusan..griskan loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. Putar gula dan telur sehingga kembang dan gebu. Dalam bekas yang lain,putar mentega dan susu hingga putih dan kembang. Masukkan adunan telur ke dalam adunan mentega,putar sehingga sebati. Kemudian milo,putar dgn perlahan hingga sebati dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.Putar dengan kelajuan yang perlahan. Masukkan coklat cadbury yg telah di cincang/dipatah2kan gaul sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang, kukus selama 25-30 minit atau separuh masak,baru lah tuang adunan cheese.Kukus lagi selama 1 jam 45 minit sehingga masak sepenuhnya.

Bhn B: Putar cream cheese dan gula sehingga gebu dan kembang. Masukkan telur,putar lagi sehingga adunan sebati dan masukkan esen vanila.