You are on page 1of 28

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

1 2 3

TUGASAN 1 TUGASAN 2 E FORUM JUMLAH

KOD & NAMA KURSUS

KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


TAJUK TUGASAN

TUGASAN 1 ( A) BIDANG SENI KREATIF MUZIK

KUMPULAN UPSI-A17

DISEDIAKAN OLEH NAMA ROSMAN BIN TAHIR NO. ID D20102043006 NO. TELEFON 010-3916251

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN FAIRUZ AIN BINTI HARUN

TARIKH SERAH: 4 MEI 2012

ISI KANDUNGAN

SOALAN 1 ( A ) Peranan Seni Kreatif Muzik Dalam Perkembangan dan Pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan Kesedaran Terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia.

RUJUKAN

FORUM 1 DAN 2

Peranan Seni Kreatif Muzik Dalam Perkembangan dan Pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan Kesedaran Terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia

Pendahuluan

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik dan berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti yang melibatkan bidang seni kreatif seperti seni lukis dan seni muzik berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan kepada mereka dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya. Setiap kanak-kanak yang normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanakkanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan mengembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dan proses aktiviti yang berkesan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk kreativiti, dan nilai estetika. Selain itu, kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, melukis dan sebagainya. Melalui aktiviti seni seperti inilah, daya estetika dan kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni muzik yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok

apabila dapat mencipta sesuatu yang baru dengan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru prasekolah untuk memupuk daya kreativiti di kalangan kanak-kanak. Terdapat pelbagai tahap pemikiran kreatif dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu jenis tahap kreativiti sahaja. Justeru itu, adalah penting bagi guru-guru untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid spay pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Kreativiti juga bermaksud kemampuan berfikir di luar kotak. Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Kreativiti boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklafikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individu yang mempunyai kebolehan kreatif biasanya mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Muzik Apabila disebut tentang muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya atau nyanyian lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik juga boleh menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku. Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Pengalaman awal

muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak. ( Suseela Balakrishnan, Norliah Kasim, Amali Ibrahim & Kamisah Buang, 2008 ) Muzik dan Pengertiannya Satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca orang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu.

Muzik dan Kanak-kanak Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa, malahan bayi dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan emosi mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada. Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyian bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritional. Salah satu soalan yang dikemukakan mengehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik. 91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumbersumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik. Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibu bapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran.Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.

Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanakkanak dalam perkembangan bahasa.Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif.Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya. Otak kiri Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanakkanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif. Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan. Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia..Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa... Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.

Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.Di dalam artikel adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us smarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak.Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri kanakkanak. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif. Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.

Muzik Membantu Perkembangan Anak Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa.Bayi dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan mood mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada. Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan. Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga. Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila muzik itu dipasangkan sama ada mereka suka atau tidak terhadap muzik tersebut. Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas. Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanakkanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.

Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang mempunyai gambar menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak terhadap membaca. Irama yang disertai senikata lagu akan membantu anak-anak mengembangkan kemahiran bahasa mereka. Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini secara tidak langsung merupakan salah satu teknik kita mendidik anak-anak dan membantu mereka dalam proses pembelajaran, terutama yang melibatkan hafalan. Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada mereka. Ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membelikan satu jenis alatan atau instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan instrument tersebut. Secara tidak langsung mereka bukan sahaja boleh mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah mereka juga akan mahir menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik. Muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat membantu dalam sessi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kanakkanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanakkanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan memahami gambarajah.Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf,malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga.

Muzik Meningkatkan Kesedaran Terhadap kepelbagaian Budaya Di Malaysia Pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program muzik Eropah yang hanya fokuskan teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal Barat.berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat tiupan dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Sejak sekolah rendah lagi diperkenalkan dengan alat-alat muzik barat seperti rekorder, kibod dan alat-alat perkusi barat yang lain. Selain itu pelajar-pelajar yang mempelajari muzik barat dianggap lebih elit dan eksklusif dibandingkan dengan pelajar yang tidak belajar muzik barat.Keadaan ini telah menyebabkan sistem muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dianggap tidak penting oleh golongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri. Zaharul Lailidin Saidon (14:2009) menyatakan, amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan dan berkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Ini dapat diperhatikan di semua peringkat instutusi pembelajaran muzik formal, daripada rekabentuk kurikulum sehinggalah ke pendekatan pengajaran yang digunakan di bilik darjah atau dewan kuliah. Terdapat kekosongan besar atau lohong dalam interaksi seni dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Senario ini wujud sejak zaman penjajahan lagi. Dimana, penjajah memang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule) untuk memudahkan mereka mengeksploitasi kekayaan ekonomi. Dasar ini menyebabkan tiada interaksi yang sebenar berlaku dalam aspek seni dan muzik dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Interaksi seni dan muzik ini sepatutnya wujud selaras dengan interaksi sosial dalam masyarakat Malaysia. Dimana, interaksi seni dan muzik pelbagai budaya tidak berkembang hebat setanding interaksi sosial yang sedia ada dalam masyarakat Malaysia. Dalam konteks perpaduan dan interaksi pelbagai budaya ini, seni dan muzik merupakan satu media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat dan dapat merentasi sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya. Pembelajaran muzik pelbagai budaya, dapat menambahkan sikap toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar dan juga masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Sikap toleransi inilah yang menjadi akarumbi kepada perpaduan yang diidam-idamkan oleh pemimpin negara dan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, pemahaman dan penghayatan setiap elemen pelbagai budaya dalam masyarakat

Malaysia sangatlah penting. Tetapi matlamat tersebut menjadi tandatanya kerana, masih terdapat pelbagai halangan untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang betul-betul tahu dan faham tentang budaya setiap etnik dan kaum di Negara kita. Masih terdapat masyarakat Malaysia yang belum mengenal dan faham pun tentang seni dan budaya etnik lain. Ketidaksefahaman inilah yang menjadi punca kepada pergolakan yang sekali-sekala melanda di Negara kita. Menurut Dr.Suseela Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Pendidikan, Polisi Dan Perancangan, Universiti Malaya, Its because of peoples poor understanding of other culture and lack of learning from each other that misunderstanding occur( New Sunday Times, 1 Mar 2009) Kekangan dalam pemahaman pelbagai budaya (multicultural) ini hanya dapat diatasi melalui pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita. Jadi, pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus diperkembangkan lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di Malaysia. Tetapi, terdapat kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensembel muzik Cina dan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional lain di Malaysia. Malah muzik tradisional lain, khususnya muzik Cina dan India menerima nasib yang sama seperti muzik tradisional Melayu yang hanya menjadi bahan kajian, penyelidikan dan persembahan untuk tujuan akademik sahaja. Seperti kata Johan Othman, While ethnic music, especially of the Malays [Makyong for example] is mostly confined within the academia [for study, research and practical performance] and function within the tourism industry as a showcase product, Chinese and Indian sacred and secular music are performed at various rituals and temple rite. (Johan Othman, 2002: Wacana Seni, Cultural Decentralization Within A Post-Colonial Territory: Movements In Malaysian Musical Culture, Jilid 1,84) Muzik pelbagai budaya ini hanya dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti persembahan Kementerian Pelancongan sekadar memperagakan dan menunjukkan kepelbagaian dan kekayaan seni dan budaya negara kita kepada pelancong asing sahaja. Tambahan pula, warisan seni dan

muzik setiap etnik di negara kita hanya dipelajari, diamalkan dan berkisar dalam komuniti masing-masing sahaja. Dalam erti kata yang sebenar, tiada pengadunan berlaku dalam konteks muzik pelbagai budaya di negara kita. Hanya beberapa individu yang hebat seperti Ramli Ibrahim, yang dapat mempelajari dan membawa seni tarian India Barathanaatiyam, ke suatu tahap yang tertinggi di dalam konteks seni dan muzik pelbagai budaya ke persada dunia! Walaubagaimanapun, pada masa kini kesedaran tentang kepentingan warisan muzik tempatan yang kaya dengan pelbagai budaya (multicultural) telah wujud dalam kalangan pendidik. Menurut Prof. Tan Sooi Beng, Increasing numbers of educators realize that there is a need to introduce their own traditional music ( including the music of minorities) as well as the music of South East Asia and other part of the world to the young through the music curriculum. (Dr.Tan Sooi Beng, 2008 : A Paradigm Shift in teaching Music In Schools, Traditional Music and Multiculturalism in Malaysian Education. Education In The Asia Pasific Region: Issues, Concerns And Prospects, volume 11, Chapter 18, 249) Usaha ini patut disanjungi dan dipuji oleh pendidik-pendidik muzik di Negara kita kerana usaha tersebut telah meningkatkan muzik etnik berbilang kaum di tanahair kita di persada dunia. Pelbagai kajian dan projek telah dijalankan mengenai muzik etnik di tanahair kita oleh pengkajipengkaji seperti Patricia Matusky, Tan Sooi Beng dan Ghouse Nasaruddin.Mereka telah menghasilkan literatur yang terbanyak dalam muzik tempatan. Untuk memartabatkan dan merealisasikan warisan muzikal tradisional dan pelbagai budaya di negara kita. Menyedari kekosongan dan kekurangan ini , Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah yang bijak dengan memberi kepentingan kepada Muzik Tradisional dan Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah menengah. Dalam objektif sukatan pelajaran sekolah menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan target pencapaian pelajar seperti berikut: setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah, pelajar berkebolehan bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensemble muzik konvensional dan tradisional dengan mengamalkan teknik yang betul( Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Menengah, 2003)

Objektif Kurikulum Pendidikan Muzik yang tersebut telah memberi peluang kepada anak-anak kita mengenali dan bergiat aktif dalam permainan alat-alat muzik tradisional dan tradisional lain selain daripada muzik konvensional iaitu muzik Barat. Usaha ini telah memberi pengiktirafan kepada muzik tradisional tempatan amnya, dan muzik tradisional lain khususnya muzik tradisional etnik-etnik lain di Malaysia seperti ensemble muzik Cina dan ensemble muzik India. Dengan erti kata lain KPM telah memberi peluang kepada anak-anak kita mengenali dan mempelajari muzik tradisional tempatan yang teridiri daripada pelbagai budaya (multicultural) dan pelbagai etnik. Ini telah diterapkan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Menengah. Iaitu, di bawah aspek 2.3 Pengalaman Ensembel Muzik Tradisional, 2.3.1 Penyertaan Dalam Ensembel Muzik Tradisional dinyatakan bahawa, Pihak sekolah boleh memilih Ensembel Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel Muzik India dan ensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan untuk mengajar pendidikan muzik tempatan. Terdapat banyak buku dan video untuk mengajar muzik-muzik tempatan. Banyak bahan rujukan ensembel tradisional kompang, gamelan dan caklempong telah dibangunkan dalam bentuk buku panduan, audio dan video. Namun bahan-bahan yang dihasilkan dalam ensembel muzik tradisional Melayu tidak mencukupi. Selain daripada ensembel muzik tradisional tempatan, tiada buku panduan, audio ataupun video bagaimana cara untuk belajar dan mengajar ensembel muzik tradisional lain, khususnya ensembel muzik tradisional India dan Cina. Dimana, kaum India dan Cina merupakan komponen kaum utama dalam masyarakat Malaysia yang kaya dalam nilai seni, muzik dan budaya. Terdapat kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensembel muzik Cina dan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional lain di Malaysia. Penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum ini harus dimantapkan lagi dalam pendidikan muzik di Malaysia. Zaharul Lailidin Saidon (2009:18) menyatakan, penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum merupakan sesuatu yang digalakkan sebagai manifestasi prinsip bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang didokong oleh kerajaan. Oleh itu, kurikulum pendidikan muzik di institusi pendidikan formal perlu turut menjelmakan dan mempraktikkan perinsip yang sama.

Kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita. Seruan 1 Malaysia hanya akan menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan perpaduan di antara berbilang kaum dan pelbagai budaya (multicultural) di negara kita. Persefahaman dan perpaduan pelbagai budaya seharusnya ditanam dan dipupuk pada generasi muda dari peringkat persekolahan lagi. Seruan 1 Malaysia ini hanya akan menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan perpaduan di antara berbilang kaum dan pelbagai budaya (multicultural) di negara kita. Persefahaman perpaduan inilah yang menjadi impian setiap rakyat Malaysia yang inginkan kebahagian dan keharmonian tanahair tercinta. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil untuk dapat memenuhi manifestasi kerajaan dengan membantu dan mengisi kekosongan dalam bahanbahan pengajaran dan pembelajaran alat-alat ensembel muzik pelbagai budaya untuk memartabatkan warisan muzik pelbagai budaya di tanahair kita. Kesimpulannya, anak-anak yang didedahkan dengan muzik seawal mereka dalam kandungan lagi lebih senang untuk ditenangkan dan mereka juga lebih aktif daripada kanakkanak lain. Malahan penggunaan muzik dan irama dalam kehidupan mampu memberikan kedamaian dan keharmonian dalam sesebuah keluarga serta muzik juga berupaya mengurangkan tekanan dalam kehidupan sehari-harian. Lebih daripada itu kita dapat mengelakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan tidak berfaedah.

RUJUKAN

1. (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology)

2. Suseela Balakrishnan, Norliah Kasim, Amali Ibrahim & Kamisah Buang, 2008

3. Dr.Tan Sooi Beng, 2008 : A Paradigm Shift in teaching Music In Schools, Traditional Music and Multiculturalism in Malaysian Education. Education In The Asia Pasific Region: Issues, Concerns And Prospects, volume 11, Chapter 18, 249

4. Cox,M.(2005).The Pictorial of The Child.United Kingdom:Cambrige Universiti Press.

5. Loy Chee Luen.(2010).seni Persembahan Kanak-kanak:Modul Pengajaran dan Pembelajaran.Petaling Jaya:L.C.L

6. http://www.creativechild.com/

FORUM

Forum 1 1. Posted By : Rosman Bin Tahir (D20102043006) Date posted : 24 Mar 2012 10:06:05 PM (29 read/s) Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi lebih kreatif.Mereka berhak untuk diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka serta menggunakan sepenuhnya potensi mereka..Menurut pakar psikologi pembabitan kanak-kanak dalam aktiviti lasak untuk menguji minda adalah usaha terbaik untuk membantu perkembangan diri mereka.Kanak-kanak lebih banyak menggunakan imaginasi,bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan dan berani memperlihatkan ekspresi diri dengan berfikiran terbuka.Sebagai ibu bapa ,mereka boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti.

2. Read Re : FORUM 1 - KREATIVITI KANAK-KANAK ADALAH SEMULA JADI ATAU BOLEH DIPELAJARI. BINCANGKAN. Posted By Reply To : Rosman Bin Tahir : Rosni Binti Ab Samat 28 Mar 2012 09:34:34 AM

20 Mar 2012 10:51:51 PM

Attachment : No File Attach

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu,bagi saya kreativiti jelas dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea,sambil meneroka dunia di sekeliling mereka..Bagaimanapun,jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreativiti ini dalam diri anakanak,perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran.Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreativiti semula jadi.Sebagai guru ,ibu bapa atau penjaga,mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti.

3. Read Re : Forum 1 28 Mar 2012 10:30:39 AM Posted By Reply To : Rosman Bin Tahir 21 Mar 2012 10:45:30 PM

: Khairul Zakiah Bt Yahya

Attachment : No File Attach

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya komputer juga boleh menjejaskan emosi dan kreativiti kanak-kanak bergantung kepada cara menggunakannya.Ia boleh positif sekiranya digunakan dengan betul dan kesan negatif sekiranya tidak dikawal oleh ibu bapa.Perisian bersesuaian dapat memupuk kreativiti kanak-kanak untuk menguasai pembelajaran dan penyelesaian masalah.Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak,Universiti dan Teknologi (UMTECH),Prof Dr Bustam Kamri didapati penggunaan komputer boleh mengurangkan kreativiti kanak-kanak jika mereka menggunakan perisian latih tubi.Ini terbukti menerusi kajian dijalankan yang menunjukkan bahawa kanak-kanak mengalami penurunan 50 peratus daripada

segi kreativti."Sekiranya mereka mengutamakan bahan perisian secara terbuka,ini tidak akan menjejaskan kreativiti mereka.Namun tidak semua pendidik dan ibu bapa mendapat pendedahan pemilihan bahan perisian yang bersesuaian untuk kanak-kanak,"jelasnya.Oleh itu kanak-kanak perlu dididik bahawa komputer hanya sebagai salah satu alat pembelajaran saja.

4. Re : Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari. Bincangkan. 24 Mar 2012 10:17:42 PM Posted By Reply To : Rosman Bin Tahir 22 Mar 2012 11:30:24 PM

: T Tilakavathy A/P Gengan @ Thanimalai

Attachment : No File Attach

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,banyak kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati bahawa sifat-sifat kreativiti memang telah sedia ada sejak kanak-kanak lagi. Kanakkanak perlu diberi bimbingan supaya dapat merekacipta sesuatu dengan menggunakan idea masing-masing.Kreativiti ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dengan daya kreatif serta mempunyai keunikan.

Course ID : KAE3013 < Group Name : Group UPSI-A17(A112PJJ) < Full Name : Rosman Bin Tahir

Title

Message

Date posted

Full Name

1. forum 1 (5 Markah) Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi lebih kreatif.Mereka berhak untuk diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka serta menggunakan sepenuhnya potensi mereka..Menurut pakar psikologi pembabitan kanak-kanak dalam aktiviti lasak untuk menguji minda adalah usaha terbaik untuk membantu perkembangan diri mereka.Kanak-kanak lebih banyak menggunakan imaginasi,bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan dan berani memperlihatkan ekspresi diri dengan berfikiran terbuka.Sebagai ibu bapa ,mereka boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti.

2. 24 Mar 2012 10:06:05 PM forum 1 (5 Markah)

Rosman Bin Tahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,banyak kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati bahawa sifat-sifat kreativiti memang telah sedia ada sejak kanak-kanak lagi. Kanakkanak perlu diberi bimbingan supaya dapat merekacipta sesuatu dengan menggunakan idea masing-masing.Kreativiti ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dengan daya kreatif serta mempunyai keunikan.

3. 24 Mar 2012 10:17:42 PM forum 1 (5 Markah)

Rosman Bin Tahir

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,terdapat juga faktor-faktor yang menghalang kreativiti kanak-kanak. Antaranya tekanan supaya mengikut norma yang ada merupakan penghalang utama di mana kanak-kanak diarah supaya mematuhi peraturan yang sedia ada.Ibu bapa dan guru yang memiliki sifat peribadi kuku besi,yang pentingkan disiplin serta mendidik kanakkanak supaya patuh arahan akan menghalang kreativiti kanak-kanak.

4. 24 Mar 2012 10:44:25 PM forum 1 (5 Markah)

Rosman Bin Tahir

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu,bagi saya kreativiti jelas dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea,sambil meneroka dunia di sekeliling mereka..Bagaimanapun,jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreativiti ini dalam diri anakanak,perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran.Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreativiti semula jadi.Sebagai guru ,ibu bapa atau penjaga,mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti.

5. 28 Mar 2012 09:34:34 AM forum 1 (5 Markah)

Rosman Bin Tahir

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya komputer juga boleh menjejaskan emosi dan kreativiti kanak-kanak bergantung kepada cara menggunakannya.Ia boleh positif sekiranya digunakan dengan betul dan kesan negatif sekiranya tidak dikawal oleh ibu bapa.Perisian bersesuaian dapat memupuk kreativiti kanak-kanak untuk menguasai pembelajaran dan penyelesaian masalah.Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak,Universiti dan Teknologi (UMTECH),Prof Dr Bustam Kamri didapati penggunaan komputer boleh mengurangkan kreativiti kanak-kanak jika mereka menggunakan perisian latih tubi.Ini terbukti menerusi kajian dijalankan yang menunjukkan bahawa kanak-kanak mengalami penurunan 50 peratus daripada segi kreativti."Sekiranya mereka mengutamakan bahan perisian secara terbuka,ini tidak akan menjejaskan kreativiti mereka.Namun tidak semua pendidik dan ibu bapa mendapat pendedahan pemilihan bahan perisian yang bersesuaian untuk kanak-kanak,"jelasnya.Oleh itu kanak-kanak perlu dididik bahawa komputer hanya sebagai salah satu alat pembelajaran saja.

28 Mar 2012 10:30:39 AM

Rosman Bin Tahir

FORUM 2

1.

Posted By : Rosman Bin Tahir (D20102043006)

Date posted : 31 Mar 2012 11:06:28 AM

(25 read/s) Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Imaginasi memberi impak yang besar dan kuat di dalam kehidupan kanak-kanak.Imaginasi kanak-kanak dapat dibentuk atau dibina walaupun kita tahu ia tercipta melalui anugerah Tuhan.Sebenarnya imaginasi dapat membantu kanak-kanak apabila dewasa kelak.Kanak-kanak akan menggunakan pelbagai kemahiran semasa mereka berimaginasi.Contohnya kemahiran yang digunakan semasa menyelesaikan sesuatu masalah.Penyelesaian masalah adalah salah satu asas didalam kehidupan apabila mereka dewasa kelak.Kanak-kanak yang berimaginasi akan mahir didalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka.Oleh itu,ibu bapa harus menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi bukan menghalang mereka. Menurut Albert Einstein,imaginasi lebih penting daripada pengetahuan.Ini mungkin kerana,kanak-kanak yang berimaginasi dapat menyelesaikan masalah melalui berimaginasi dan penyelesaian masalah ini adalah kemahiran asas apabila mereka telah dewasa kelak.Imaginasi juga boleh mendatangkan kesan negatif,contohnya ibu bapa atau guru yang menakutkan kanak-kanak bagi menghalang mereka daripada nakal ia akan menghalang kanak-kanak daripada berimaginasi.Perkara yang biasa ditakutkan kepada kanak-kanak adalah hantu dan persekitaran gelap.Ini menyebabkan kanakkanak tersebut akan sentiasa mempunyai perasaan takut terutamanya pada waktu malam dan takut gelap disebabkan tiada lampu.Oleh yang demikian ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan yang penting dalam merangsang daya imaginasi kanak-kanak. 2. Re : forum 2 (5 Markah) Imaginasi: Kesan positif dan negatif. Bincangkan 31 Mar 2012

12:00:45 PM Posted By Reply To : Rosman Bin Tahir 28 Mar 2012 07:03:34 PM

: Suriati Zuraida Binti Muhamad Sharif

Attachment : No File Attach

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya untuk meningkatkan daya imaginasi kanakkanak alatan yang bersesuaian perlu digunakan dalam merangsang daya imagunasi mereka.Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam,pelbagai jenis alat dan media,contohnya alatan asas seperti kertas lukisan, berus,warna dan krayon.Kedua gambar boleh digunakan daripada imej yang pelbagai,contohnya gambar keluarga,haiwan,bangunan,pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain.Kanak-kanak meniri imej di dalam foto untuk di manifestasikan di dalam karya lukisan mereka. Ketiga adalah melalui rakaman video dan penggunaan ICT guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada kanak-kanak di bilik media atau bilik pandang dengar.Penggunaan deria iaitu deria rasa,bau,dengar,lihat dan sentuh sebenarnya dapat membantu meningkatkan imaginasi kanak-kanak.

3. Re : Forum 2: Imaginasi:Kesan positif dan negatif.Bincangkan. AM Posted By Reply To : Rosman Bin Tahir : Rahayu Binti Abu 24 Mar 2012 11:44:43 PM

31 Mar 2012 11:34:55

Attachment : No File Attach

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,melalui imaginasi kanak-kanak dapat menerokai dan menggunakan logik didunia(Margaret Renki 2001).Kanak-kanak dapat menerokai persekitaran mereka apabila mereka berimaginasi,mereka juga akan berimaginasi berdasarkan logik persekitaran ataupun-perkara yang tidak bertentangan dengan budaya masyarakat mereka.Oleh sebab itu ,pemerhatian ibu bapa sangat penting untuk memastikan mereka berimaginasi perkara yang tidak bertentangan dengan budaya setempat.Kadang-kadang kanak-kanak akan berimaginasi perkara yang teliti daripada persekitaran mereka.Oleh sebab itu ,ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang baik kepada kanak-kanak dan memberi galakan dan sokongan kepada

kanak-kanak supaya mereka berimaginasi berlandaskan budaya setempat dan tidak bertentangan dengan agama.

Course ID : KAE3013 < Group Name : Group UPSI-A17(A112PJJ) < Full Name : Rosman Bin Tahir

Title

Message

Date posted

Full Name

forum 1 (5 Markah) Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi lebih kreatif.Mereka berhak untuk diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka serta menggunakan sepenuhnya potensi mereka..Menurut pakar psikologi pembabitan kanak-kanak dalam aktiviti lasak untuk menguji minda adalah usaha terbaik untuk membantu perkembangan diri mereka.Kanak-kanak lebih banyak menggunakan imaginasi,bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan dan berani memperlihatkan ekspresi diri dengan berfikiran terbuka.Sebagai ibu bapa ,mereka boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti.

24 Mar 2012 10:06:05 PM forum 1 (5 Markah)

Rosman Bin Tahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,banyak kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati bahawa sifat-sifat kreativiti memang telah sedia ada sejak kanak-kanak lagi. Kanakkanak perlu diberi bimbingan supaya dapat merekacipta sesuatu dengan menggunakan idea masing-masing.Kreativiti ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dengan daya kreatif serta mempunyai keunikan.

24 Mar 2012 10:17:42 PM forum 1 (5 Markah)

Rosman Bin Tahir

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,terdapat juga faktor-faktor yang menghalang kreativiti kanak-kanak. Antaranya tekanan supaya mengikut norma yang ada merupakan penghalang utama di mana kanak-kanak diarah supaya mematuhi peraturan yang sedia ada.Ibu bapa dan guru yang memiliki sifat peribadi kuku besi,yang pentingkan disiplin serta mendidik kanakkanak supaya patuh arahan akan menghalang kreativiti kanak-kanak.

24 Mar 2012 10:44:25 PM forum 1 (5 Markah)

Rosman Bin Tahir

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu,bagi saya kreativiti jelas dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea,sambil meneroka dunia di sekeliling mereka..Bagaimanapun,jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreativiti ini dalam diri anak-

anak,perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran.Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreativiti semula jadi.Sebagai guru ,ibu bapa atau penjaga,mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti.

28 Mar 2012 09:34:34 AM forum 1 (5 Markah)

Rosman Bin Tahir

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya komputer juga boleh menjejaskan emosi dan kreativiti kanak-kanak bergantung kepada cara menggunakannya.Ia boleh positif sekiranya digunakan dengan betul dan kesan negatif sekiranya tidak dikawal oleh ibu bapa.Perisian bersesuaian dapat memupuk kreativiti kanak-kanak untuk menguasai pembelajaran dan penyelesaian masalah.Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak,Universiti dan Teknologi (UMTECH),Prof Dr Bustam Kamri didapati penggunaan komputer boleh mengurangkan kreativiti kanak-kanak jika mereka menggunakan perisian latih tubi.Ini terbukti menerusi kajian dijalankan yang menunjukkan bahawa kanak-kanak mengalami penurunan 50 peratus daripada segi kreativti."Sekiranya mereka mengutamakan bahan perisian secara terbuka,ini tidak akan menjejaskan kreativiti mereka.Namun tidak semua pendidik dan ibu bapa mendapat pendedahan pemilihan bahan perisian yang bersesuaian untuk kanak-kanak,"jelasnya.Oleh itu kanak-kanak perlu dididik bahawa komputer hanya sebagai salah satu alat pembelajaran saja.

28 Mar 2012 10:30:39 AM

Rosman Bin Tahir

You might also like