You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN JAYA SETIA 45600 BATANG BERJUNTAI SELANGOR DARUL EHSAN

1971

SEL.165

No. Tel/Faks : 03-32716253 http://www.skjayasetia.edu.my

Ruj. Tuan Ruj. Kami Tarikh Kepada, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor, Jalan Keramat Tanjung, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Melalui, Guru Besar, SK Jaya Setia, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN KELAS MALAM PIBG 2012

: : Bil (5) dlm.PIBG 12/01/001 : 25 April 2012

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa PIBG SK Jaya Setia bercadang mengadakan Kelas Malam PIBG 2012 pada ketetapan berikut: Hari Masa Tempat Peserta Yuran : : : : : Isnin – Khamis setiap minggu 8.00 malam – 9.30 malam SK Jaya Setia Murid tahun 4,5 dan 6 RM40 sebulan untuk 4 subjek UPSR

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak semua ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah ini dengan penuh takzim memohon kebenaran daripada pihak Tuan untuk menjalankan program tersebut. 3. Untuk pengetahuan, usul Kelas Malam PIBG ini telah diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat dan diminitkan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 40 yang telah berlangsung pada Sabtu, 3 Mac 2012. 3. Keprihatinan, kerjasama, serta perhatian dari pihak Tuan kepada dan demi sekolah ini amatlah kami hargai. Sekian, kami sudahi dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK SEMUA” Saya yang menjalankan tugas, ....................................................... (EN MAAMOR BIN TALIAB) Yang Dipertua, PIBG SK Jaya Setia, 45600 Batang Berjuntai, Selangor Darul Ehsan.